You are on page 1of 20

FRASA & KLAUSA

TAKRIF FRASA

Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan atau pun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih.

Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun frasa itu sendiri.

Contoh : Sekolah bukan lagi bertaraf perkataan , tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi sekolah rendah dan sebagainya. sekolah sekolah rendah sebuah sekolah sebuah sekolah rendah sekolah rendah luar bandar

FRASA

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

FRASA NAMA
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama. Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

RUMUS FRASA NAMA (FN)


Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan Menerangkan. Contohnya - pisang goreng

Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.

Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:


Frasa Nama Inti Menteri Ahmad Menteri Pelancongan Nota Penerang nama jawatan Penerang gelaran/panggilan Penerang nama jawatan

Penerang Perdana Tuan Timbalan

Bilangan

Frasa Nama Penjodoh bilangan

inti Nota

Lapan

bilah

pedang

Semua Enam

ekor

murid buaya

Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan Penerang kata bilangan Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Penerang Adjektif berkilat Penerang Kata Nama/Frasa Nama ayah Penentu belakang

Inti

Kereta

itu

KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

KLAUSA BEBAS
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap. Contoh: Ahmad menari. (klausa bebas) Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Subjek budak itu ujian tadi jambatan itu mereka Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai Subjek Budak itu Ujian tadi Jambatan itu Mereka

Ayat Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali. Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah, manakala klausa tidak.

KLAUSA TAK BEBAS


Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya: Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguhsungguh. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas) kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu. Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran. Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu

You might also like