You are on page 1of 1

UTHM/FPTV/LM/02/06-02

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

TARIKH : TAJUK : PERISTIWA : REFLEKSI : 1. Bisikan hati 2. Menganalisis/ Menilai 3. Kesedaran baru 4. Cadangan/ Tindakan

12 Disember 2012 (Rabu) Kelas Pengajaran Mikro Pembentangan guru pelatih DPLI semasa kelas Pengajaran Mikro Semasa memasuki kelas Pengajaran Mikro saya dapati terdapat sebuah video kamera di bahagian belakang kelas. Dalam hati saya berbisik sudah tentu ia untuk merakam guru pelatih yang melaksanakan Pengajaran Mikro. Suasana kelas agak senyap. Mungkin begini suasananya ketika kelas Pengajaran Mikro. Selepas semuanya bersedia, seorang guru pelatih masuk ke dalam kelas dengan gaya penampilan yang menarik dan beliau sesuai untuk menjadi seorang guru. Nada suara dan kaedah beliau mengajar amat baik. Pemerhatian saya menunjukkan beliau sangat bersedia dari segi penyediaan ABBM dan latihan di dalam kelas. Apa yang menarik semasa beliau mengedarkan soalan latihan beliau telah membahagiakan kelas kepada 4 kumpulan dan setiap 2 kumpulan akan dapat soalan yang sama. Dalam salah satu kumpulan beliau telah menyertakan skema jawapan. Bagi saya taktik yang beliau lakukan adalah baik bagi memastikan pengajaran beliau semasa kelas Pengajaran Mikro berjalan dengan lancar. Melalui pengalaman berharga yang saya alami ini saya akan jadikan ia sebagai panduan untuk saya laksanakan pada semester hadapan di dalam kelas Pengajaran Mikro. Semoga saya dapat melaksanakannya dengan lebih baik dan berjaya.

Tandatangan Pelatih

Tandatangan Pembimbing/ Penyelia Nama/Cop :

Nama : NORMALA BINTI A.MANAF Tarikh : 27 DISEMBER 2013

You might also like