You are on page 1of 44

Falsafah Penyelidikan Sosial

Oleh: Dr. Ong Beng Kok

2/3/2012

Pengenalan
Syarahan ini berbincang tentang falsafah penyelidikan sosial. y Makna falsafah penyelidikan sosial adalah sebahagian daripada erti metodologi. y Metodologi berkaitan dengan kaedah kutip dan analisis data. y Juga maksud falsafah sebalik kegunaan kaedah kutip dan analisis data. Makna ini dipanggil sebagai logik penyiasatan saintifik.
y
2/3/2012 2

Pengenalan (Samb.)
Oleh itu, syarahan ini menumpu perhatian pada logik cara pengetahuan saintifik dijana dan diuji. y Pengetahuan saintifik diwujudkan melalui empat logik:
y

Induksi Deduksi Retroduksi Abduksi


2/3/2012 3

Pengenalan (Samb.)
y

Empat logik ini berasal daripada empat pendekatan sains sosial:


Positivisme Kritikal rasionalisme Realisme Interpretivisme

Selain empat pendekatan di atas, terdapat tiga pendekatan sosial yang lain:
Sains Sosial Kritikal Feminisme Pasca Moden
2/3/2012 4

Pengenalan (Samb.)
Ketiga-tiga pendekatan ini berdasarkan sebahagian atau gabungan idea pendekatanpendekatan positivisme, kritikal rasionalisme, realisme dan interpretivisme. y Oleh itu, syarahan ini membincangkan perkara berikut:
y

empat logik penyelidikan; tujuh pendekatan sains sosial; dan Kesesuaian kegunaan kaedah kutipan dan analisis data dalam setiap pendekatan sains sosial.
2/3/2012 5

Sains Sosial dan Keadah Penyelidikan


y

Terdapat dua tradisi dominan kaedah penyelidikan dalam sains sosial:


Tradisi yang menekankan kegunaan saintifik (positivistik), tradisi ini selalu menggunakan kaedah kuantitatif; dan Tradisi yang menyokong kaedah kemanusiaan (humanistik). Tradisi ini selalu menggunakan kaedah kualitatif.

2/3/2012

Sains Sosial dan (Samb)


Yang pertama berpandangan bahawa ahli sains sosial patut menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan oleh sains semulajadi. y Yang kedua berhujah bahawa mengkaji perlakuan manusia berbeza daripada mengkaji alam semulajadi. y Sains sosial kritikal mengabungkan metodologi kemanusiaan dengan metodologi realis.
y
2/3/2012 7

Sains Sosial dan (Samb)


Sains sosial kritikal menghubungkan penyelidikan dengan percubaan untuk mengubah masyarakat. y Oleh itu, sains sosial kritikal berminat membina sebarang kaedah yang dapat membebaskan kumpulan yang ditindas. y Feminisme menyerupai sains sosial kritikal. Cuma yang berbeza ialah mereka memberi tumpuan pada eskploitasi terhadap wanita.
y
2/3/2012 8

Sains Sosial dan (Samb)


Pasca moden menolak idea untuk mencari kebenaran hakiki. Mereka percaya kepada pelbagai pandangan dan manusia sentiasa terlibat dalam membina semula cerita yang menerangkan kehidupan sosial yang berbeza. y Oleh itu, sebarang kaedah yang dapat membantu perbentukan cerita semula dialu-alukan.
y
2/3/2012 9

Empat Logik Penyelidikan Sosial


Induksi. Logik ini bermula dengan pengamatan dunia empirikal dan berfikir tentang keadaan yang berlaku. y Berfikir daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. y Iaitu, bergerak ke arah konsep-konsep dan kenyataan teoritikal. y Penyelidikan membentuk teori hanya selepas data dikutip.
y
2/3/2012 10

Empat Logik (Samb.)


Sebagai contoh, Grounded Theory. y Deduksi. Satu logik yang mempunyai terbalikan daripada induksi. y Retroduksi. Logik ini mencadangkan mekanisme atau struktur sebab musabab tentang kejadian sesuatu fenomena. y Abduksi. Logik ini menjana keterangan sosial saintifik daripada keterangan harian.
y
2/3/2012 11

Empat Logik (Samb.)


y

Untuk faham setiap pendekatan ini, perlu ketahui bagaimana pendekatanpendekatan tersebut menjawab soalansoalan berikut:
Apakah tujuan utama penyelidikan sosial yang saintifik? Apakah sifat asas realiti sosial? Apakah sifat semulajadi manusia?

2/3/2012

12

Empat Logik (Samb.)


Apakah pandangan tentang agensi manusia? Apakah perbezaan antara sains dan pengetahuan umum? Apakah penerangan dan teori realiti sosial? Bagamana seseorang menentukan sesuatu penerangan adalah betul atau silap? Apakah sifat bukti atau maklumat fakta yang baik?

2/3/2012

13

Empat Logik (Samb.)


Apakah relevan atau kegunaan pengetahuan sosial yang saintifik? Dari mana nilai sosial politik mempengaruhi sains?

2/3/2012

14

Tujuan Penyelidikan Sosial Saintifik


Apakah tujuan utama penyelidikan sosial saintifik? y Bagi positivisme, tujuan penyelidikan ialah untuk mencari dan mendokumenkan hukum-hukum sebab musabab yang universal tentang perlakuan manusia. y Kritikal Rasionalisme, tujuan penyelidikan adalah sama dengan positivisme. Perbezaannya hanya terletak pada logik sampai kepada hukum-hukum universal.
y
2/3/2012 15

Tujuan Penyelidikan (Samb.)


Positivisme mendukung induksi, manakala Kritikal Rasionalisme menggunakan deduksi. y Interpretivisme pula, tujuan penyelidikan adalah untuk memahami (understand) makna sosial dalam konteks. y Memahami kehidupan sosial dan mencari cara membina maksud dalam seting sejadi.
y

2/3/2012

16

Tujuan Penyelidikan (Samb.)


Belajar apa yang bermakna daripada orang yang dikaji. y Mengetahui bagaimana mereka mengalami kehidupan harian mereka. y Mengetahui bagaimana mereka mengalami kehidupan harian mereka. y Realisme, tujuan penyelidikan adalah untuk mencari dan menerangkan fenomena yang boleh diamati dengan merujuk kepada mekanisme dan struktur dalam.
y
2/3/2012 17

Tujuan Penyelidikan (Samb.)


Sains Sosial Kritikal berkongsi tujuan penyelidikan dengan realisme dan interpretivisme. y Selain itu, Sains Sosial Kritikal melihat tujuan utama penyelidikan adalah untuk mengubah masyarakat. y Membebaskan kumpulan orang yang ditindas. y Bagi Feminisme, tujuan penyelidikan adalah sama dengan kritikal sains sosial.
y
2/3/2012 18

Tujuan Penyelidikan (Samb.)


Yang berbeza hanya Feminisme menumpukan pada pembebasan wanita daripada eskploitasi lelaki. y Pasca moden berkongsi tujuan penyelidikan yang sama dengan sains sosial kritikal. y Pasca moden lebih menekankan kepentingan menyuarakan diri secara subjektif.
y

2/3/2012

19

Sifat Asas Realiti Sosial


Apakah sifat asas realiti sosial? y Positivisme mengambil suatu pandangan essentialis. y Keadaan ini bermakna, Positivisme melihat realiti sosial sebagai pola-pola atau aturan stabil yang sedia wujud. Pola-pola ini boleh ditemui. y Kritikal Rasionalisme berkongsi realiti sosial yang sama dengan Positivisme.
y
2/3/2012 20

Sifat Asas Realiti (Samb.)


Interpretivisme mengambil pandangan konstruksionis (constructionist view). Dengan ini, realiti sosial dibina dan diwujudkan oleh manusia. y Oleh itu, realiti sosial adalah pelbagai dan bukan satu. y Manusia membina realiti sosial melalui interaksi dan perundingan antara satu sama lain. Keadaan ini merupakan satu proses sosial.
y
2/3/2012 21

Sifat Asas Realiti (Samb.)


Apabila orang menerima ciptaan sosial sebagai betul, maka sebagai kesan keadaan tersebut menjadi betul atau real. y Orang ramai mula mengabaikan kepentingan dunia sosialnya seolah-olah semua ini adalah bersifat semulajadi, objektif, dan sebahagian daripada alam fizikal. y Apabila orang belajar bahasa, mereka sebenarnya belajar untuk melihat dunia dengan cara tertentu.
y
2/3/2012 22

Sifat Asas Realiti (Samb.)


Realisme melihat realiti sosial sebagai wujud bebas daripada tindakan manusia. y Yang dilihat (empirikal) oleh orang ramai bukan realiti sosial sebenarnya. Hal ini disebabkan realiti sosial hakiki tersembunyi dan tidak dapat diperhatikan. y Sains Sosial Kritikal berkongsi realiti sosial dengan Interpretivisme, yakni melihat realiti sosial sebagai pelbagai.
y
2/3/2012 23

Sifat Asas Realiti (Samb.)


Tetapi, sains sosial kritikal menekankan realiti sosial yang diungkapkan oleh Realisme. Hal ini bermaksud sains sosial kritikal menekankan pada pencarian realiti sosial dalam, struktur dalam. y Feminisme melihat realiti sosial sama seperti Interpretivisme dan Sains Sosial Kritikal, tetapi perbezaannya ialah Feminisme menumpukan perhatian pada struktur gender yang tidak adil.
y
2/3/2012 24

Sifat Asas Realiti (Samb.)


y

Pasca modern pula, melihat realiti sosial sebagai ketidakaturan tanpa pola yang tetap.

2/3/2012

25

Sifat Semulajadi Manusia


Apakah sifat semulajadi manusia? y Positivisme melihat sifat semulajadi manusia sebagai berkepentingan sendiri, rasional yang ditentukan oleh kuasa luaran. y Kritikal Rasionalisme berkongsi idea yang sama dengan Positivisme. y Interpretivism melihat sifat sejadi manusia sebagai sesuatu yang dicipta oleh manusia dalam kehidupan sosial.
y
2/3/2012 26

Sifat Semulajadi (Samb.)


Realisme melihat sifat semulajadi manusia sebagai kreatif yang terperangkap oleh kuasa yang tak nampak. y Sains Sosial Kritikal berkongsi idea yang sama dengan Realisme. y Feminisme berkongsi idea yang sama dengan Sains Sosial Kritikal tetapi mereka lebih menumpukan pada hubungan gender. y Pasca Moden melihat sifat sejadi manusia sebagai kreatif, dinamik.
y
2/3/2012 27

Agensi Manusia
Apakah pandangan tentang agensi manusia? Positivisme melihat agensi (keupayaan untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada yang sedia ada) manusia terbantut kerana kuasa luaran memberi tekanan pada perlakuan manusia. y Kritikal Rasionalisme melihat agensi manusia sama seperti Positivisme. y Interpretivism melihat kadar agensi manusia adalah tinggi. Manusia mewujudkan maknamakna harian dan mempunyai kebebasan untuk mengubahnya.
y y
2/3/2012 28

Agensi Manusia (Samb.)


Realisme melihat agensi manusia sebagai kebebasannya dipengaruhi oleh struktur dalam. y Sains Sosial Kritikal mengambil idea agensi manusia yang sama dengan Realisme. y Feminisme juga mengambil idea yang sama dengan Realisme. y Pasca moden melihat kebebasan manusa yang tidak batas dan sebarang struktur untuk menyekat kebebasan manusia adalah suatu ilusi.
y
2/3/2012 29

Sains dan Pengetahuan Umum


Apakah perbezaan antara sains dengan pengetahuan umum? y Positivisme, perbezaannya jelas. Begitu juga Kritikal Rasionalisme. y Interpretivisme melihat pengetahuan umum adalah penting untuk perbentukan pengetahuan sains. y Namun demikian, pengkaji harus membezakan mutual knowledge daripada pengetahuan umum (common sense). Mutual knowledge is not corrigible to the sociological observer Common sense is corrigible in the light of claimed findings of social and natural science (Giddens).
y
2/3/2012 30

Sains dan.. (Samb.)


Realisme melihat pengetahuan umum sebagai kepercayaan palsu yang menyembuyikan kondisi kuasa and objektif. y Sains Sosial Kritikal dan Feminisme berkongsi idea yang sama dengan Realisme. y Pasca Moden melihat pengetahuan umum sebagai superior.
y
2/3/2012 31

Penerangan dan Teori Realiti Sosial


Apakah penerangan dan teori realiti sosial? Positivisme melihat penerangan dan teori realiti sosial sebagai kenyataan yang berbentuk hukum, dihasilkan oleh logik induktif. y Kritikal Rasionalisme juga sama, yang berbeza ialah pendekatan ini dihasilkan oleh logik deduktif. y Interpretivisme melihat teori sebagai diskripsi bagaimana makna-makna yang diwujudkan dan diteruskan.
y y
2/3/2012 32

Penerangan dan Teori ..(Samb.)


Realisme melihat teori sebagai mendedahkan keadaan yang sebenarnya, yang tersembunyi. y Sains Sosial Kritikal sama dengan Realisme tetapi bagi Kritikal, teori juga membantu orang ramai mengambil tindakan untuk mengubah nasib mereka. y Feminisme adalah sama dengan Kritikal. y Pasca Moden melihat teori sebagai cerita untuk mengembirakan, memeranjatkan, dan merangsangkan kehidupan orang lain.
y
2/3/2012 33

Penerangan Betul atau Silap


y y y y y

Bagamana seseorang menentukan sesuatu penerangan adalah betul atau silap? Positivisme, logik dan mempunyai hubungan dengan hukum yang berdasarkan fakta. Kritikal Rasionalisme juga sama. Interpretivisme, betul kepada orang yang dikaji. Kritikal Sains Sosial, sesuatu keterangan dikatakan betul apabila keterangan tersebut menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk mengubah dunia mereka.
2/3/2012 34

Penerangan Betul ..(Samb.)


Feminisme adalah sama dengan kritikal. y Pasca Moden pula menyatakan semua keterangan adalah betul untuk orang yang hendak terimanya.
y

2/3/2012

35

Bukti yang Baik


Apakah sifat bukti atau maklumat fakta yang baik? y Bagi Positivisme, bukti yang baik ialah bukti yang berdasarkan pengamatan tepat. Bukti ini boleh diulangi oleh orang lain. y Kritikal Rasionalisme juga bersetuju dengan kenyataan ini. y Interpretivisme, bukti yang baik ialah terkandung dalam konteks sosial yang tertakluk kepada interaksi sosial.
y
2/3/2012 36

Bukti yang Baik (Samb.)


Realisme, bukti yang baik ialah dapat diterangkan melalui teori yang pula mampu mendedahkan struktur dalam. y Sains Sosial Kritikal juga berpendapat demikian. Begitu juga Feminisme. Tetapi feminisme lebih tertumpu pada struktur gender. y Pasca Moden pula, bukti yang baik mempunyai nilai estetik dan dapat mewakili perasaan orang.
y
2/3/2012 37

Kegunaan Ilmu Sains Sosial


Apakah relevan atau kegunaan pengetahuan sosial yang saintifik? y Mengikut Positivisme, pengetahuan bersifat instrumental yakni membolehkan orang menguasai dan mengawal kejadian. y Kritikal Rasionalisme juga sama. y Interpretivisme pula mengambil suatu orientasi praktikal, iaitu pengetahuan membantu kita memahami dan berkongsi pengalaman dan dunia kehidupan yang dialami oleh orang lain.
y
2/3/2012 38

Kegunaan Ilmu Sains .. (Samb.)


Bagi Sains Sosial Kritikal, pengetahuan membolehkan orang melihat dan mengubah struktur dalam. y Begitu juga dengan Feminisme. Pengetahuan meningkatkan kesedaran dan kuasa orang untuk membuat perubahan. y Bagi Pasca Moden, pengetahuan saintifik tidak ada keistimewaannya. Pengetahuan hanya menghibur dan membawa keseronokan peribadi.
y
2/3/2012 39

Nilai and Sains


Dari mana nilai sosial politik mempengaruhi sains? y Bagi Positivisme, sains bebas daripada nilai. Kritikal Rasionalisme juga sama. y Interpretivisme melihat nilai adalah sebahagian daripada kehidupan sosial yang harus diambil kira sebagai fakta. y Sains Sosial Kritikal setuju dengan Interpretivisme tetapi mereka menghujah setengah nilai lebih betul. Pendapat ini juga disokong oleh Feminisme. Namun, nilai feminis dipilih.
y
2/3/2012 40

Nilai and Sains (Samb.)


y

Bagi Pasca Moden, nilai sebahagian daripada penyelidikan sosial. Namun demikian, kedudukan semua nilai adalah sama.

2/3/2012

41

Kesimpulan
Terdapat empat logik penyelidik mewajarkan ilmu sains: induksi, deduksi, retroduksi dan abduksi. y Maksudnya terdapat empat maksud sains. y Setiap logik ini datang daripada pandangan ontologikal dan epistemologikal yang berbeza:
y

2/3/2012

42

Kesimpulan (Samb.)
Positivisme Kritikal Rasionalisme Interpretivisme Realisme Sains Sosial Kritikal Feminisme Pasca Moden

2/3/2012

43

Kesimpulan (Samb.)
Akibatnya, kegunaan kaedah penyelidikan bergantung pada sifat and logik pendekatan sains sosial dan logik penyelidikan yang dipegang oleh penyelidik. y Penguasaan tentang ilmu metodologi inilah yang membolehkan seseorang penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan secara berkesan.
y
2/3/2012 44

You might also like