You are on page 1of 49

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI ini dilaksanakan kerana pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara soft landing. Kajian ini mengupas perubahan kurikulum yang berlaku selepas pelaksanaan MBMMBI. Ia juga membincangkan sejauhmana hala tuju pelaksanaan dasar MBMMBI ini dalam erti kata lain memartabatkannya. Dalam melaksanakan dasar ini, pelbagai strategi dan perubahan dalam sistem pendidikan sekolah. Antaranya ialah kesan kepada pendidik dan pelajar, bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan komitmen agensi pusat serta cabaran dan sokongan masyarakat. Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikanberdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Dasar ini berperanan untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar pendidikan di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh wantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad. Tunggak utama dasar ini ialah menggantikan penggunaan bahasa ibunda atau bahasa Melayu kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara untuk proses pembelajaran dan pembelajaran di bilik darjah di semua peringkat pendidikan. Akhirnya, dasar PPSMI ini telah dimansuhkan pada 8 Julai 2009

setelah menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak diperkenalkan dan juga berikutan kegagalan perlaksanaan secara menyeluruh terutamanya kepada pelajar luar Bandar. Pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah

menengahsekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai menggantikan dasar PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI (Wikipedia, 2011). Pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011 telah dipercepatkan berbanding cadangan asal pada 2012. Pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan. Secara umumnya, frasa memartabatkan bahasa Melayu yang didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global (ITNM, 2010). Menurut Mohd Ayob (2010), memartabatkan bahasa Melayu bermaksud

mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

Manakala memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik. Melalui dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia, guru merupakan medium terpenting bagi menggerakkan dan melaksanakan dasar ini selaras dengan peranan guru di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya. Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft- landing ) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia sahaja di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan bahasa Cina atau bahasa Cina sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa Inggeris dan bahasa Tamil atau bahasa Tamil sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT). Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme soft landing akan memberi ruang kepada dilaksanakan dalam dwibahasa. pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P sains dan matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Ini bertujuan untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.

Soft-landing ini akan membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 untuk meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan softlanding ini, proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Selaras dengan soft-landing MMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM

akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya. Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya." Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali. Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30 petang. Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya di Pagoh hari ini memberitahu, keputusan mengenai dasar PPSMI tidak dibuat terburu-buru atau atas desakan serta tekanan daripada mana-mana pihak. Ia berdasarkan kepentingan pelajar dan pentingnya mengumumkan dasar PPSMI

mempertingkatkan sistem pendidikan negara. Tegas Muhyiddin, apa juga keputusan yang dibuat akan menjadi satu dasar dan tiada sebarang rayuan kerana pihaknya sudah menerima pandangan bertahun-tahun lamanya. Pihak kementerian juga, katanya, telah membuat pelbagai kajian dan menemui pelbagai hasil dan pendapat. Muhyiddin berkata, beliau telah menemui kumpulan berkepentingan dalam soal pendidikan menerusi perbincangan serta meja bulat dan kini mendapat gambaran yang jelas mengenai PPSMI. Mengulas pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu,

Timbalan Perdana Menteri mengakui menemui bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai

satu proses perbincangan atau musyawarah. Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik. Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk kemerosotan keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran. Bantahan juga menjurus kepada kekhuatiran kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terjejas selain masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu. Sementara itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ketika dihubungi meletakkan harapan yang tinggi terhadap keputusan Kabinet esok. Diharap keputusan itu akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Untuk membolehkan hasrat itu menjadi kenyataan, maka PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu. Beliau juga yakin pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal. Zainal juga percaya PPSMI jika dimansuhkan akan memberi keyakinan kepada lulusan universiti untuk mempelajari bahasa asing terutama bahasa Inggeris sebagai nilai tambah bagi menghadapi saingan globalisasi. Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan. Katanya, pelaksanaan PPSMI hanya memberi keselesaan kepada

kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri. Beliau juga bimbang PPSMI jika diteruskan akan menjadikan kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti menjadi majoriti dan menguasai segalanya. Jika situasi sedemikian berlaku, negara kita akan menjadi negara yang porak peranda akibat bahasa ibunda kita sendiri tidak dimartabatkan tetapi mengagungagungkan bahasa asing.

Sebab Pemansuhan PPSMI Semenjak demonstrasi yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mac yang lepas, isu PPSMI semakin hangat diperkatakan.Ada yang terus menyatakan bantahan dan ada juga yang mempertahankan keperluan dasar PPSMI.Namun, daripada pemerhatian peribadi, rata-rata pandangan yang mempertahankan dasar PPSMI dibuat berdasarkan kepentingan politik ataupun dengan berdasarkan pemikiran yang simplistik. Harus difahami bahawa isu PPSMI bukan isu politik.Pihak yang berterusan membantah isu PPSMI juga bukanlah pihak yang mempunyai kepentingan politik. Seandainya ditelusuri sejarah isu ini, maka kita akan dapati bahawa pihak yang benar-benar berterusan memperjuangkan agar dasar PPSMI dimansuhkan, semenjak daripada mula-mula timbulnya cadangan untuk melaksanakan dasar ini, bukanlah parti-parti politik tetapi badan-badan bukan kerajaan (NGO), para sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini bermakna bahawa bantahan yang dibuat bukanlah berdasarkan kepada apa-apa kepentingan sebaliknya hanyalah bertunjangkan rasa cinta kepada bangsa dan keprihatinan akan masa depan umat. Adalah penting untuk difahami dengan jelas bahawa bantahan yang disuarakan terhadap dasar PPSMI tidak sama sekali bererti penolakan terhadap kepentingan menguasai Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa yang penting di dunia pada hari ini. Secara umumnya boleh diperhatikan bahawa persepsi ini wujud; bahawa seolah-olah pihak yang membantah dasar PPSMI ini adalah pihak yang menentang Bahasa Inggeris. Hal itu tidak benar sama sekali. Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tidak dinafikan, malah memang perlu digalakkan. Malangnya, pelaksanaan dasar PPSMI bukanlah langkah yang betul; bukan hanya pelaksanaan dasar ini tidak membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar tetapi akan membawa kesan-kesan lain yang cukup kritikal, khususnya dalam konteks budaya dan pandangan alam. Dasar PPSMI bukanlah penyelesaian untuk masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar kerana dasar ini lahir daripada corak pemikiran yang normal dan simplistik.Dasar ini tidak menyentuh permasalahan dasar. Dalam proses penyelesaian masalah, antara langkah awal yang penting adalah proses mengenalpasti punca masalah yang sebenar.

Kegagalan mengenalpasti punca permasalahan yang sebenar akan menyebabkan tindakan yang salah diambil, lantas gagal menyelesaikan masalah. Cara berfikir secara simplistik, dengan gaya pemikiran yang normal yang biasanya akan mudah membuat sesuatu kesimpulan atau keputusan dengan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan punca masalah yang sebenar gagal untuk dikenalpasti. Dalam isu yang sedang diperkatakan ini, masalah yang ingin ditangani adalah kelemahan para pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris, sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan Sains dan Teknologi kerana kebanyakan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti pula punca permasalahan yang sebenar. Dalam mengenalpasti punca masalah, adalah penting untuk kita tanyakan:

" Mengapakah para pelajar kita gagal menguasai Bahasa Inggeris walaupun setelah mereka mempelajari bahasa itu di sekolah semenjak Darjah 1 hingga Tingkatan 5 - sejumlah 11 tahun kesemuanya! "

Tempoh 11 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat panjang untuk mempelajari bahasa.Bukankah perkara ini memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah? Seterusnya, kalaupun kita meletakkan kegagalan menguasai disiplin ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai masalahnya, kita pasti akan bertemu dengan punca permasalahan yang sama apabila difikirkan secara rasional dan berdasarkan pandangan para intelektual. Rasional pengenalan dasar MBMMBI ini merangkumi aspek atau justifikasi seperti yang dinyatakan di bawah: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai

bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya kepada anak-anak kecil yang masih di peringkat awal pendidikan. Oleh itu, kepentingan bahasa ibunda secara perlahanlahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar berkomunikasi samaada di sekolah mahupun di rumah. PPSMI telah melebarkan jurang pencapain Sains dan Matematik antara pelajar di Bandar dan juga di luar Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula. Pelajar- pelajar di luar Bandar juga tidak begitu mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan mereka ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai kesan, pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik khususnya akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan fokus. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankantentang perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolahsekolah dan dijadikan panduan. Seperti kata pepatah Melayu, Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan Negara telah menekankan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini, bahasa ibunda masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global yang semakin pesat.

Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ialah P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris. Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pula ialah melalui penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid), menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ialah

P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris. Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pula ialah melalui penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid), menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa

Inggeris.Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Peribahasa Melayu ada menyebut Yang lama dikelek, yang baru didukung yang membawa maksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru. Bahasa Melayu telah lama menjadi tunggak di dalam dasar pendidikan Negara tidak seharusnya dilupakan atau digantikan dengan

pengunaan bahasa yang baru, tetapi seharusnya dimantapkan dan dimartabatkan lagi di samping memperkukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan juga di dalam proses pembelajaran dan pendidikan. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) baru-baru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris (Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, 2011). Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris.Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik (MudahBelajar, 2009). Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik

dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik.Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Antara strategi yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah: P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

KRONOLOGI MBMMBI 15 April 2009 Pelantikan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. 8 Julai 2009 Memorandum Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran : Transformasi Pendidikan Strategi Memartabatkan Bahasa

Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. 8 Julai 2009 Pengumuman pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan MBMMBI oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia. 4 Julai 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil.1/2009

dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KSU & Y.Bhg. Tan Sri KPPM. 3 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bil. 1/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato Noor Rezan Bapoo Hashim, TKPPM (0) 5 Ogos 2009 Nota Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran Strategi MBMMBI 5 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa induk MBMMBI 2/2009 2.30 petang dipengerusikan oleh KSU & KPPM 14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bil.2/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato TKPPM (0) 14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Penyelarasan Program Bahasa Inggeris Bil.2/09 17 Ogos 2009 Mesyuarat Ketua Setiausaha KPM bersama Ketua Perkhidmatan

KPM Bil. 8/2009. Pembentangan MBMMBI oleh Y.Bhg Tan Sri KPM. 19 Ogos 2009 Sidang Media- Keputusan Meja Bulat PPSMI & Soft Landing MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM. 20 Ogos 2009 Publisiti dalam MHI-TV3 mengenai MBI oleh Pn.Adzura Elier Ahmad (UiTM) 24 Ogos 2009 Publisiti dalam The Star mengenai MBMMBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) 25 Ogos 2009 25 Ogos 2009 2 Sept 2009 17 Sept 2009 Publisiti dalam NST mengenai MBI oleh Y.Bhg Dato KPPM(0) Sesi perbincangan cadangan LDP untuk guru Bahasa Inggeris Publisiti dalam WEB TV mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) 10 Sept 2009 Publisiti dalam Nasi Lemak Kopi 0-TV9 mengenai MBM oleh Prof. Dr. Onn Hj.Hashim (MBM) 10 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBM oleh Y.Brs.Dr. Haili Dolhan, TKPPM(D) 10 Sept 2009 5 Oktober 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBM oleh Y.Brs. TKPPM(D) mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009 2.30 petang dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran 8 Oktober 2009 Majlis Bersama Tokoh-tokoh Bahasa dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KPPM

10 Oktober 2009

Program bersama KPM di TV1 : 6 Fokus Utama MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM

12 Oktober 2009

Mesyuarat Tindak Susul kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009

11 November 2011 15 November 2011 18 November 2011 3 Disember 2011 3 & 4 Januari 2012

Taklimat pelaksanaan MBMMBI kepada JPN. Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh JPN kepada PPD Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh PPD kepada sekolah Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 Sesi persekolah 2012 bermula dan pelaksanaan MBMMBI bermula.

DASAR PELAKSANAAN MBMMBI KementerianPelajaran Malaysia telahmengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh BahasaInggeris (MBMMBI) bertarikh 4 November 2011 yang menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini, garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersamasama dengan SPI Bil. 12/2011. Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing, iaitu: o Kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus menggunakan bahasa tersebut; atau o Kelas yang menggunakan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahasa tersebut; atau o Bagi kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa Malaysia amat digalakkan. Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan konsep. o Murid dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang diikuti sebelum ini. Pemilihan penggunaan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah. o Kesediaan guru bermaksudkompetensi guru yang sediaada di

sekolahuntukmengajardalambahasaInggeris. o Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan muriduntuk mengikuti p&p dalam bahasa Inggeris.

Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris/bahasa Malaysia berdasarkan keputusan Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah.

Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep sains dan matematik dalam pengajaran: o Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari bagi membantu p&p sains dan matematik; o Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.

Pengetua sekolah yang menerima murid baru Tingkatan 1 hendaklah mengenalpasti bahasa yang digunakan dalam p&p sains dan matematik semasa murid tersebut berada di Tahun 6.

Bagi tujuan pendaftaran/penempatan murid keTingkatan 1, dasar dan prosedur penempatan yang sedia ada dikekalkan. Urusan pendaftaran murid Tingkatan 1 perlu dilaksanakan pada awal bulan Disember sila rujuk lampiran.

Sekiranya terdapat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa dalam p&p sains dan matematik, prosedur pertukaran sekolah hendaklah dipatuhi. o Pihak sekolah hendaklah sebaik mungkin mengekalkan murid yang telah mendaftar di sekolah masing-masing. o Sekolah perlu seboleh mungkin memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti.

o Sekiranya perkara 7.1 dan 7.2 tidak dapat dipenuhi, maka permohonan pertukaran sekolah murid berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan. o Bagitujuan perpindahan murid seperti perkara 7.3, hendaklah disegerakan dan diberi pertimbangan khas oleh pihak PPD dan sekolah.

Sekiranya timbul sebarang isu atau keraguan di peringkat pelaksaan adalam tempoh peralihan pelaksanaan Dasar MBMMBI, hal tersebut perlu dirujuk kepada pengurusan atasan.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan PPD. o Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk: menjadisumberrujukanpelaksanaan MBMMBI; memantaupelaksanaan MBMMBI; menyediakanlaporanpelaksanaan MBMMBI; menyelaraskandanmenyelesaikanisu-isuberbangkit; dan mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.

o Setiap pasukan petugas khas hendaklah mengadakan mesyuarat mingguan seperti berikut: KPM setiaphariRabudandipengerusikanoleh KPPM JPN setiap hari Selasa dan dipengerusikan oleh Pengarah JP PPD setiap har iIsnin dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah

o Keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan petugas khas adalah seperti berikut: KPM diurusetiakan oleh BahagianPengurusan Sekolah Harian JPN diurusetiakan oleh SektorPengurusan Sekolah PPD diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah

TUJUAN DASAR MBMMBI Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia sangat jelas kerana ia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan,bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kea rah membina negara, bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Begitu pula dengan memperkukuh bahasa inggeris kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, P&P Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperlukan menerusi pendekatan yang lebih berkesan.Dengan pemansuhan menerusi PPSMI,mulai tahun 2011,murid tahun satu sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

PERLAKSANAAN DASAR MBMMBI Dalam usaha menjayakan dasar ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengangkat kembali matapelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama dan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara, semua rakyat Negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dan memelihara bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Melayu akan ditambah mulai tahun 2011, apabila dasar MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya. Pertambahan masa Bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 330 minit di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, manakala untuk Sekolah Kebangsaan dikekalkan kepada 270 minit, menunjukkan komitmen KPM dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Melayu di sekolah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, inisiatif berkenaan diambil sebagai usaha melaksanakan MBMMBI yang menggantikan PPSMI mulai 2011. Namun begitu, dengan pertambahan masa tersebut tidak akan memanjangkan waktu persekolahan semasa kerana ia hanya melibatkan pengubahsuaian peringkat dalaman sahaja.Menurut pelbagai sumber media dasar yang diperkenalkan amat ditunggu-tunggu oleh

sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Langkah menambahkan masa pembelajaran dalam bahasa inggeris adalah amat wajar bagi memperkukuhkan penguasaan para pelajar. Kita perlu faham, bahasa inggeris bukan untuk sains dan matematik sahaja, tetapi untuk semua mata pelajaran.

STRATEGI MENCAPAI DASAR MBMMBI Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa sains dan matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan (SK) , bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan MBMMBI melalui strategi; Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Malaysia Pengajaran dan pembelajaran bagi Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Selain daripada itu, penambahan waktu PdP Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT seperti berikut: JENIS SEKOLAH TAHAP 1: Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan TAHAP 2: Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan 300 minit ( tiada perubahan ) 240 minit ( 150 minit + tambahan 90 minit ) 360 minit ( tiada perubahan ) 300 minit ( 210 minit + tambahan 90 minit ) PENAMBAHAN MASA

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan pendekatan modular dalam Kurikulum Standard Bahasa Malaysia sebagai satu daripada strategi pelaksanaan dasar Memartabatkan

Bahasa Malaysia ( MBM ) bermula 2012. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan, Kementerian Pelajaran, Dr Haili Dolhan , berkata pendekatan itu satu daripada usaha penambahbaikan kurikulum sedia ada yang lebih menekankan konsep huraian sukatan pelajaran. Menerusi pendekatan modular, kurikulum digubal dan disampaikan mengikut bahagian dan unit lengkap dengan gabungan pengetahuan, kemahiran dan nilai bersepadu yang seimbang serta holistic. Penambahbaikan ini dibuat bagi memastikan kurikulum Bahasa Malaysia di semua peringkat sekolah sentiasa releven dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang. Ia juga satu mekanisme mantap, bestari dan berkesan bagi memastikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar di sekolah terus kukuh.

Asas Berbahasa ( Back to Basics ) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuhkan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dan konteks. Tumpuan diberikan kepada murid prasekolah menerusi modul penguasaan asas berbahasa dimulai dengan pradengar, prabaca dan pratulis, selain mengenal abjad serta perkataan. Modul tersebut bertujuan memastikan murid mendapat asas dan landasan kukuh untuk menguasai kemahiran berbahasa merangkumi kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru merupakan pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang

digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Contohnya dalam Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Program ini memberi penekanan kepada litersi bahasa Malaysia iaitu lisan dan bacaan. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid berbeza antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkahlaku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru harus memahami keperluan konsep pemulihan

di dalam bilik darjah bagi mengatasi pemasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid. Didik Hibur Pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada muridmurid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran BM. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan meyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejaskan standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Guru boleh menggalakkan murid-murid bergerak aktif bukan setakat berkarya malahan menyertai pertandingan bercerita. Tajul Arifin Nordin (1991), pernah menyarankan supaya diadakan usaha memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya-karya dalam Bahasa Malaysia dalam semua bidang.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta penggunaan Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan memudahkan pembelajaran muird-murid. Guru menggunakan komputer sebagai medium untuk membimbing murid-murid dalam mencari dan mengekses maklumat dari CD rom, internet, gerbang maklumat dan lainlain. Murid-murid boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi komputer dalam pembelajaran Bahasa Malaysia. Ianya pasti akan menyeronokkan murid-murid dan pemudahcara bagi guru itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri mereka dengan kemahiran teknologi ICT serta dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia ( KOMSAS ), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awak Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Abdul Razak pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca . Ini kerana melalui bacaan, seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuannya baik dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Melalui bidang membaca juga, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berbahasa seseorang itu dapat dipertingakat. Dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI, guru boleh menggalakkan para pelajarnya terlibat dalam program bacaan kerana program atau aktiviti sebegini bukan

sahaja mampu meluaskan pengetahuan para pelajar malah dapat juga mendedahkan mereka kepada elemen-elemen sastera dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen BM untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga

perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Malaysia, setiap guru BM sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar BM. Bahagian Pendidkan Guru (BPG) juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesinalisme guru bagi mata pelajaran BM. Antara latihan untuk guru BM: i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)

ii. KDP 4 minggu iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas , serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah memainkan peranan yang penting bagi guru dalam usaha menjayakan dasar ini. Seperti yang kita ketahui, sekolah ialah tempat penyebaran ilmu yang utama. Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, gur harus bijak

memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan sesuai untuk pelajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah harus dititikberatkan. Guru perlu kreatif dalam memotivasikan pelajar untuk belajar di sekolah. Misalnya, guru boleh menyediakan bilik darjah yang ceria dengan bahan-bahan ABM atau BBM yang berwarna-warni serta menarik , suasana sosioemosi kelas yang mesra dan ceria serta persekitaran yang ideal untuk pelajar menimba ilmu. Dengan ini pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan.

Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemahkan karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu

diperhebatkan. Melaui cara ini perluasan ilmu melaui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Usaha yang gigih serta berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tidak mengalami kemerosotan. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu perlu dilakukan. Contohnya pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan BM.

Kolaborasi Antarabangsa Kursi BM di Universiti Luar Negara Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi BM di universiti luar negara.

Syarat Layak Masuk Institusi Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk. Di samping itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentangkan beberapa program di dalam Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya.Dalam perbincangan ini, KPM telah membentangkan program yang dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu. Secara dasarnya, program memartabatkan bahasa Melayu di KPM terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Program Kurikulum, Program Kokurikulum, Program Kajian, serta Program Latihan dan Pembangunan. Berikut adalah ringkasan program dan aktiviti yang telah dibentangkan (ITNM, 2010). Kempatempat program yang telah dipersetujui ialah: Program Kurikulum 1. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, pihak BPK telah melaksanakan transformasi Kurikulum Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah dengan meningkatkan waktu belajar bahasa Melayu. Bagi pelajar Tahap I, waktu belajar ditingkatkan dari 270 minit seminggu kepada 300 minit seminggu; manakala bagi Tahap II, dari 150 minit kepada 240 minit seminggu. 2. Untuk transformasi Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Menengah, ia masih dalam proses penggubalan dan akan dilaksanakan pada tahun 2012 dengan menumpukan kepada Dokumen Standard Bahasa Melayu. 3. Bagi Kurikulum Tingkatan 6 (STPM), menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, transformasi untuk pembelajaran bahasa Melayu akan bermula pada 2011, dan berbentuk Sistem Modular. 4. Pelajar sekolah menengah (pelajar Tingkatan 1 hingga 5) berpeluang memanfaatkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang mana teks KOMSAS baru

Tingkatan 1 dan 4 telah digunakan mulai Januari 2010. Teks Kesusasteraan Melayu Elektif baru juga telah digunakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 bermula Januari 2010. 5. Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bertujuan untuk memastikan semua murid dapat membaca, mengira dan mengenal huruf selepas tiga tahun persekolahan. 6. Program PROTIM (Membaca dan Menulis) membolehkan murid Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) yang masih lemah dapat menguasai kemahiran berbahasa sebelum mengikuti pembelajaran di peringkat menengah. 7. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana MBM bagi memastikan program bahasa Melayu lebih terancang dan hasrat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai. Program Kokurikulum 1. Pemantapan program memartabatkan bahasa Melayu oleh Bahagian Teknologi Pendidikan diadakan melalui penganjuran aktiviti seperti Mari Membaca, Kem Penulis Muda, program Nilai Ilmu Amalan Membaca(NILAM), Minggu Bahasa dan Klinik Bahasa. 2. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional menganjurkan program Membaca 1 Buku Bahasa Melayu setiap bulan dalam kalangan pegawainya sebagai menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu selain mengadakan KOMSAS Mentoring untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. 3. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula menganjurkan aktiviti Pelestarian Kebudayaan Melayu kepada guru pelatih, guru sekolah menengah dan rendah sebagai program penataran pendidikan kebudayaan, pelestarian aktiviti berkaitan budaya dan penyelidikan aspek kebudayaan setempat. Program Kajian 1. Institut Aminuddin Baki (IAB) menjalankan penyelidikan tahap kompetensi pemimpin sekolah dalam bahasa Melayu untuk guru besar dan pengetua.

2. Jemaah Nazir telah mengadakan kajian tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru berbangsa Cina dan India yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Ini bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam kalangan guru bukan Melayu yang mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah bukan Melayu. 3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan juga telah mengadakan kajian penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah. 4. Jemaah Nazir turut mengadakan pemeriksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang berfokus kepada penguasaan kemahiran lisan dan menulis di peringkat sekolah menengah, terutamanya pelajar Tingkatan 1 hingga 3.

Program Latihan dan Pembangunan 1. IPGM telah menganjurkan Wacana Epistemologi dan Pemikiran Alam

Melayu, khususnya untuk pensyarah-pensyarah IPG. Selain itu, IPGM turut mengadakan program pengantarabangsaan bahasa Melayu,Kursus Ketepatan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi dan Kursus dalam Perkhidmatan. Bagi aktiviti peningkatan kepakaran guru bahasa Melayu, IPGM telah mengadakan pelbagai kursus berkaitan untuk meningkatkan prestasi guru. 2. Program-program lain yang turut dianjurkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah Kempen Kecintaan Terhadap Bahasa Kebangsaan, Kursus Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar dan Guru, Pemilihan Munsyi Dewan, Konvensyen Munsyi Dewan, Kursus Pengukuhan Bahasa Melayu dan taklimat sukatan pelajaran bahasa Melayu kepada Jurulatih Utama Bahasa Melayu seluruh negara. 3. Bahagian Teknologi Pendidikan kini dalam usaha pembinaan e-Bahan Bahasa Malaysia untuk memeriksa kesalahan umum tatabahasa dan apresiasi puisi. Selain itu, bahagian

ini juga membuat pembelian dan pengedaran bahan off the shelf CD Kancil, memuat turun perisian kursus e-Bahan Bahasa Melayu pada LMS dan menambah baik prasarana yang disediakan. 4. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional turut mewujudkan Pusat Kecemerlangan Mata Pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang memberi penumpuan kepada mata pelajaran teknik, tetapi dalam masa sama tetap memartabatkan bahasa Melayu. Berdasarkan kepada empat program yang tertera seperti di atas, ianya bertujuan untuk membina asas yang kukuh, menetapkan sasaran, menumpukan kepada kepentingan dan tidak takut melakukan kesilapan serta yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa Melayu.Oleh itu, output-output yang diterima oleh para pelajar melalui usaha kerajaan, dasar MBMMBI, dan juga program-program di atas ini dapat mendukung objektif untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan memperkukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tidak ketinggalan juga, kerajaan telah menggalakan perluasan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan computer netbook, projektor LCD, menambah baik fungsi makmal computer kepada makmal bahasa, dan juga menerusi perisian di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

BAHAN DAN SUMBER MBMMBI Dalam melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum, pihak yang bertanggungjawab haruslah mengenalpasti apakah bahan-bahan sumber yang akan disediakan kepada para pendidik. Hal ini penting kerana bahan dan sumber yang disediakan akan membantu melicinkan lagi proses perubahan kurikulum tersebut. Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa dimana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk makmal Bahasa. Di samping itu, harus mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran Bahasa. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa di sekolah. Seterusnya dapat membantu guru dan murid dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Objektif Makmal Bahasa ini diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran Bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksisdan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P Bahasa di dalam kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar. Malah, Makmal Bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misalnya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan. Antara peralatan ICT di makmal komputer sekolah yang boleh digunakan termasuklah Head set, Spilter, LCD Monitor, Classroom Monitoring System (Perisian platform bagi pelaksanaan p&p) dan perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).

KESAN MBMMBI TERHADAP GURU Perlaksanaan MBMMBI sedikit sebanyak mengubah kehidupan harian pendidik. Guruguru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terlibat dengan tambahan waktu P&P. Ini kerana peruntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah bertambah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan ditambah antara 30 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi tingkatan Satu hingga Tingkatan lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu. Guru juga mesti mengikuti program yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana kerajaan telah membawa masuk penutur jati dari luar di kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah bersara secara kontrak untuk melaksanakan program peningkatan

profesionalisme pensyarah dan guru. Pakar Bahasa Inggeris ini akan dilantik sebagai mentor kepada kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat mengajar bahasa Inggeris di sekolah. Untuk memastikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajarkan oleh guru mengikut opsyen , semua guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris akan ditempatkan semula mengikut keperluan, manakala guru-guru bukan opsyen akan diberikan kursus tambah opsyen. . Guru-guru bahasa Ingggeris akan dibantu oleh seorang pembantu bagi kelas yang besar, kelas yang melebihi 35 orang murid untuk meningkatkan contact time antara guru dan murid. Dengan wujudnya jawatan guru pembantu bahasa Inggeris , tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Guru-guru yang berminat untuk mengajar di luar Bandar akan diberi insentif, tawaran ini bertujuan untuk guru supaya berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar luar Bandar.

Perlaksanaan PPSMI sebelum ini memberi memberi kesan negatif kepada pelajar Luar Bandar di mana pelajar perlu belajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa

Inggeris mengakibatkan keputusan pelajar merosot. Perlaksanaan MBMMBI memberi nafas lega kepada guru kerana keciciran pelajar boleh diminumkan jumlahnya kerana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam dwibahasa mengikut kefahaman pelajar. Guru juga perlu mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan bahan Alat Bahan Bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar melalui pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran yang dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apreseasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem bahasa. Aktiviti ini perlu disokong dengan bahan bacaan estetika seperti seperti kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstuktur dan bacaan intensif yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang berkualiti. Pendedahan kepada kepda masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Guru juga perlu melengkapkan ilmu dengan bahan bacaan dan bilik komputer bahasa yang diiktiraf sebagai makmal bahasa Ingggeris yang debekalkan sebagai perintis makmal kepada memperkasakan bahasa inggeris Penggunaan Bahasa Ingeris sekiranya dijadikan bahasa pengantar untuk berkomunikasi memberi faedah kepada guru dan pelajar untuk jangka masa panjang. Guru perlu memantapkan pengetahuan dengan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan antaranya program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa inggeris di peringkat umur awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris . Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris digalakkan untuk menambah alat bantuan mengajar semasa P&P agar menambah minat dan kefahaman pelajar.

KESAN MBMBI KEPADA PELAJAR

MBMMBI yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah strategi serampang dua mata kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Justeru, usaha kerajaan mempercepatkan MBMMBI yang sebelum ini disasarkan bermula pada 2012 kepada 2011, membabitkan murid Tahun Satu, mamp. Langkah kerajaan memperluaskannya MBMMBI kepada murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat membuka ruang kepada pelajar untuk mepelajari subjek Sains dan matematik dalam bahasa Melayu. MBMBI mampu membantu pelajar yang keciciran terutamanya di sekolah rendah luar bandar

berikutan subjek Sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Tindakan kerajaan untuk melaksanakan MBMMBI pada 2012 telah memudahkan

pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan matematik di mana kedua-dua mata pelajaran ini perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Merujuk kepada garis panduan perlaksanaan MBMMBI tahun 2012 SPI BIL 5/2011 perkara 7 pelajar boleh boleh membuat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa P&P sains dan matematik tetapi BIL 5/2011 perkara 7.1 sekolah perlu memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti. pihak sekolah juga diarah untuk mengekalkan murid-murid yang telah mendaftar di sekolah (BIL 5/2011

perkara 7.2). Sekiranya hal ini tidak dapat dipenuhi, BIL 5/2011 perkara 7.3 permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.

IMPLIKASI MBMMBI TERHADAP PENGURUSAN BILIK DARJAH Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.Dasar MBMMBI berbeza dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Manakala Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu P&P, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam P&P. Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksana seperti dihasratkan. Hasil kajian mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa lama memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.Hal ini memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami mata pelajaran itu.Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah luar bandar, malah di bandar. Sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka terus ketinggalan.Mulai 2010, dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat peringkat di semua sekolah.Dalam proses peralihan ini, P&P Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina

di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar itu. Perlaksanaan secara berperingkat membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasar kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan ini, P&P Matematik dan Sains di sekolah rendah dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016.Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada 2021.MBMMBI memberi kesan terhadap perubahan suasana P&P dengan adanya pelbagai modul yang perlu diguna pakai oleh guru sebagai satu alat bantuan terhadap pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu.Melalui modul P&P penguasaan asas bahasa dapat diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Aktiviti di dalam kelas juga lebih menarik melalui pendekatan MBMMBI apabila asas berbahasa atau Back to Basic di laksanakan secara berstruktur dan sistematik di dalam kelas. Asas berbahasa seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis dapat diperkukuh melalui modul P&P yang menyeronokkan seperti penggunaan televisyen pendidikan di dalam kelas, penggunaan audio dan visual, penggunaan CD interaktif dan sebagainya yang mampu mempertingkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Malaysia. Bagi pengukuhan dan pemantapan lagi Bahasa Inggeris penekanan kepada Phonics adalah dititikberatkan di dalam kelas.Elemen pembelajaran yang menyeronokkan di bentuk dalam Language Arts bagi menarik minat pelajar.Modul tatabahasa diberikan penekanan penting di dalam pengajaran tatabahasa di dalam kelas. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, email, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P& P yang bersifat interaktif serta menghiburkan.Satu portal akan dibina untuk menghimpunkan bahan penulisan bagi pengiat bahasa, pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia. Bagi mempergiatkan lagi pembangunan penguasaan Bahasa Malaysia di Sekolah, program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia, Buku

Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan dan diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan dalam pelaksanaan program. Melalui aktiviti didik hibur pendekatan P&P Bahasa Malaysia memberikan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai pendekatan dan kaedah seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa dengan menggunakan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, dan penghasilan produk. Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P Bahasa Inggeris yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar yang interktif. Bahan bacaan estetik juga diberi penekanan di dalam aktiviti pelajar di dalam kelas melalui Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif bagi mendedahkan pelajar kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.

Pelaksanaan MBMMBI di sekolah banyak mendorong kepada pembinaan dan pelestarian bagi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk pelajarpelajar sekolah.Sekolah perlu memantau dengan teliti dalam aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di sekolah. Pemantauan ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, keadaan bilik darjah, jumlah pelajar di dalam kelas lebih kondusif dan selesa bagi pelajar-pelajar menjalankan aktiviti P&P. Peningkatan sumber atau bahan bantu mengajar berlakuapabila MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui penaiktarafan makmal computer dengan penambahan perkakasan dan perisian supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa. Perisian yang sesuai akan digunakan sebagai bahan P&P di dalam kelas.

KOMITMEN KPM DALAM MEREALISASIKAN MBMMBI Bagi melaksanakan dasar MBMMBI, KPM bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI. KPM bertanggungjawab bagi melatih guru bahasa Inggeris dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme dan melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. Dalam meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris, ELTC dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:

I.

Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG.

II.

Certicate in the Practice of English Language Teaching (CPELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris.

III.

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti CPELT(Certificate in the Practice English Language Teaching).

IV.

Oral Prociency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu di sekolah Band 3 hingga 5.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris: Latihan untuk bahasa Malaysia: i. ii. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) KDP 4 Minggu

iii.

Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris: i. ii. iii. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris .

Sebagai langkah untuk memastikan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ELTC melaksanakan Certicate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini adalah kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan itu: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru bahasa Inggeris yang bersara dari seluruh negara.

PROGRAM PENUTUR JATI ( NATIVE SPEAKER PROGRAMME) Dalam usaha menangani masalah perlaksanaan MBMMBI, pada 2008 KPM telah bersetuju mengambil penutur jati Bahasa Inggeris sebagai pakaratau mentor kepada guru dan pensyarah bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini.Keputusan dibuat bagi melaksanakan Program Penutur Jati bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Peranan Training Fellows ditempatkan di setiap PKBI adalah menjadi mentor kepada pensyarah bahasa Inggeris bertujuan membantu pembangunan profesionalisme pensyarah itu. Selain itu,TrainingFellows juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas dilaksanakan Training Fellows sejajar dengan keperluan dan kehendak institusi. Bagi menjayakan Dasar MBMMBI, English Language Teaching Centre (ELTC) menyediakan bahan meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru manakala Bahagian Teknologi Pendidikan menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1,800 sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) iaitu:

I. II. III. IV. V.

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.

Program penutur jati adalah salah satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya telah dimulakan sejak tahun 2011 hingga 2013. Selama tiga tahun guru-guru Bahasa

Inggeris di seluruh negara berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Walau bagaimanapun bukan semua guru Bahasa Inggeris terlibat dalam program ini. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja dapat mengikuti program ini kerana bilangan penutur jati adalah terhad. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dipilih oleh Pejabat Pelajaran berdasarkan kritiria-kritiria tertentu. Tujuan program penutur jati ini adalah untuk membantu guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris khususnya Tahap 1 (Tahun 1,2, dan 3) memahami kaedah dan teknik berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya dapat membantu murid-murid memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris ke tahap yang lebih baik selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap MBMMBI.

Banyak aktiviti yang dijalankan melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di dalam kelas atau semasa menghadiri bengkel. D iantara aktiviti tersebut termasuklah tunjuk cara proses pengajaran di dalam kelas, kuiz, nyanyian, chant, game dan lain-lain. Semua aktiviti ini banyak membantu guru amnya dan murid-murid khasnya. Di bawah sistem KSSR murid tidak ditekankan dengan peperiksaan. Murid-murid berminat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh mentor dan terlibat secara aktif. Guru mendapat pendedahan dan teknik yang betul mengajar Bahasa Inggeris. Muridmurid didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan terlibat secara aktif. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru dan murid. Mencari jalan atau cara supaya sesuatu masalah itu dapat diatasi. Tidak semua sekolah terlibat dan seolah-olah objektifnya tidak menyeluruh. Bahasa Inggeris yang digunakan oleh mentor agak sedikit berbeza dari segi sebutannya dengan Bahasa Inggeris di Malaysia. Bebanan tugas ke atas guru yang terlibat apabila guru yang sama juga mengajar Tahun 6, dan sudah tentu memberikan fokus yang lebih terhadap peperiksaan UPSR. Jadual workshop yang bertindih dengan aktiviti sekolah seperti kursus, mesyuarat, contact time, kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain serta guru besar pula agak keberatan memberi keizinan

jika melibatkan aktiviti besar sekolah. Jadual yang berbeza di antara sekolah-sekolah yang terlibat. Contohnya jika sekolah A ada mesyuarat kurikulum pada hari Isnin , sekolah B hari Selasa dan sekolah C pula ada perjumpaan dengan ibu bapa pada hari yang sama tentulah kehadiran bagi workshop tidak penuh. Apabila ini berlaku tentulah menyukarkan mentor untuk mengulang semula perkara yang sama. Banyak kali berlaku guru tidak dapat hadir dengan sebab tertentu dan ada kalanya workshop dibatakan kerana hanya seorang atau dua orang guru yang hadir. Jadual waktu guru yang terlibat juga padat terutama pada sebelah petang. Guru

perlu memastikan anak-anak yang bersekolah sesi petang selesai diuruskan sebelum menghadiri workshop. Begitu juga anak-anak yang bersekolah agama rakyat mesti dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Situasi ini tentu bertambah sukar apabila anak jatuh sakit atau suami pula berkursus atau bertugas di luar daerah. Masalah-masalah inilah yang mengekang kehadiran guru ke workshop dan seterunya menjejaskan matlamat penutur jati. Kehadiran

mentor di sekolah terlalu singkat. Pertukaran guru dan perubahan kelas yang diajar oleh guru. Contoh ada guru yang mengikuti program ini di tahun pertama tetapi tidak dapat meneruskannya di tahun kedua kerana bertukar ke sekolah yang tidak mempunyai program ini, ada guru yang terlibat pencen dan ada juga yang mengajar tahun 6,5 atau 4 dan tidak lagi mengajar Tahap 1 . Libatkan semua sekolah dan semua guru Bahasa Inggeris termasuklah guru Tahap 1 dan Tahap 2. Guru yang terlibat tidak terikat dengan kelas lain terutama Tahun 6. Lima buah sekolah dan maksima lima belas orang guru adalah sesuatu yang sukar untuk melihat keberkesanan

program ini. Kurangkan jumlah sekolah dan guru yang terlibat bagi seorang mentor. Untuk kesan jangka panjang eloklah program ini diadakan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG), kerana lebih mudah dilaksanakan terhadap guru-guru pelatih yang masih muda dan sepenuh masa berada di kampus berbanding guru-guru di sekolah yang kebanyakannya berumur dan mempunyai tanggungjawab lain yang sememangnya tidak pernah kurang.

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN MBMMBI Sokongan kerajaan yang kuat dalam meralisasikan transformasi pendidikan ini dapat dilihat melalui penyediaan guru untuk mendidik pelajar di serata pelusuk negara.Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris bagi memastikan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah berjalan lancar. Penyediaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang akan bermula pada tahun depan. Hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan latihan sama untuk memastikan kelestarian MBMMBI di sekolah-sekolah. Selain itu, kementerian juga memberikan komitmen yang padu dalam perlaksanaan MBMMBI dengan menawarkan kerja secara kontrak melalui pengambilan semula guru bersara Bahasa Inggeris. Mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris telah dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168 guru telah menerima tawaran. Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis makmal dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi . Semua ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah dalam melaksanakan MBMMBI. Mentor yang terbabit di sekolah rendah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: I. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru bahasa Inggeris. II. III. IV. V. Pengendalian, program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon. Perkhidmatan pakar dalam.perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran.

VI. VII. VIII.

Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah.

Bahan berkenaan adalah bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Bahan digital ini berbentuk CD Standalone yang dapat dijalankan di semua komputer.Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur, di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

SOKONGAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN MBMMBI Pada awalnya ramai ibu bapa yang bimbang mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik daripada Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Bahasa Malaysia (MBMMBI).Namun kebimbangan ini dapat dirungkaikan melalui pendekatan soft landing.Ada juga ibu bapa yang tersenyum bersetuju dengan dasar baru kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia melalui pendekatan MBMMBI di sekolah.Melalui pendekatan MBMMBI di sekolah, bahasa pengantar di sekolah ialah dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan serta perhubungan utama dalam bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.MBMMBI juga bermatlamat untuk memperkukuh Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. MBMMBI ini juga kurikulumnya direka bentuk apabila hasil dapatan daripada kajian perlaksanaan PPSMI mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak memahami pengajaran yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris.Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut.Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.Bagi mengelakkan pelajar ini terus ketinggalan kerajaan mengambil langkah bijak dengan menggubal dasar baru iaitu MBMMBI yang kini semakin mendapat sokongan daripada ibu bapa. Kini ibu bapa boleh menarik nafas lega dan tidak perlu runsing kerana segala masalah mereka diselesaikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan pihak kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Kerajaan Malaysia khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran dan penyampaian maklumat dalam proses pengajaran dan pengajaran lebih efektif sekiranya menggunakan peralatan terkini iaitu teknologi maklumat atau teknologi komputer. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystaldisplay (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Tambahan pula, dalam prosespengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat (JamalludindanZaidatun, 2003).Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P. penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan.Penggunaan ICTdibantu dengan kelengkapan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dapat membantu para pelajar dan juga guru- guru dalam meningkatkan kualiti pencapaian akademik mahupun juga proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam satu kajian terhadap peranan ICT di dalam meningkatkan kualiti P&P (Noor Mazlan dan Noraziah, 2003), penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P

Matematik. Penggunaan ICT telah memudahkan proses P&P kerana responden tidak perlu untuk menulis pada papan hitam dan hanya perlu klik pada sahaja. Kajian ini juga membuktikan para pelajar lebih berminat untuk belajar dan kecenderungan untuk bertindak aktif di dalam bilik darjah juga meningkat.Oleh itu, penggunaan ICT mampu mendukung hasrat dasar pendidikan Negara kita untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan

memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris selaras dengan cabaran global di dalam bidang pendidikan. Konklusinya, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sebagai satu usaha positif dalam meningkatkan martabat sektor pendidikan Negara dan juga menerusi dasar baru yang diperkenalkan ini, kerajaan terbukti peka dengan keadaan semasa, masalah yang timbul, dan juga kehendak dan keperluan para pelajar, guru- guru dan juga ibu bapa secara amnya. Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan mengakui bahawa Bahasa Melayu itu mempunyai roh, jiwa dan nilai budaya yang tersendiri tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menguasai Bahasa Inggeris sebagai ilmu yang bersifat global. Sebagai pendidik, kita perlu sentiasa melihat, menghayati dan meneliti apa yang terkandung di dalam Wawasan dan Cabaran 2020 serta Wawasan Pendidikan 2020. Dalam Sembilan cabaran wawasan yang digariskan mengikut hierarki, perpaduan adalah cabaran yang pertama.Sudah pasti kita optimis mengatakan bahawa Bahasa Melayu adalah perantara terbaik untuk mencapai cabaran tersebut.Secara tidak langsung, semua guru di semua peringkat dari tadika sehinggalah ke institusi pengajian tinggi samada awam mahupun swasta adalah merupakan pemain utama.Justeru itu kita perlu mendaulat dan memartabatkan Dasar MBMMBI secara tegas dan konsisten kerana kalau tidak kita siapa lagi.

You might also like