You are on page 1of 7

SULIT*

900/2 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 2
LEARNING TO SCORE

(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tipa bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005

HALAMAN 1
SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk -tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan . [25]

1. Sesebuah negara akan maju dalam sektor ekonomi sekiranya wujud iklim pelaburan
yang memberangsang daripada pelabur-pelabur negara maju dan syarikat multinasional.
Malaysia telah mengatur strategi dalam menarik pelabur asing bagi menjana pertumbuhan
ekonomi negara.
Bincangkan sumbangan pelaburan asing terhadap pembangunan negara.

2. Kaum wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membangunkan


negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis
dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial.
Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan . [25]

3. Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang akan mencetuskan


pencemaran alam sekitar. Namun demikian, kaedah-kaedah pengurusan bahan buangan
pertanian yang lebih sistematik akan mendatangkan manfaat kepada manusia.
Jelaskan pernyataan ini.

4. Penyakit bawaan n yamuk seperti Japanese Encephalitis (JE) oleh nyamuk Culex,
demam denggi oleh nyamuk Aedes dan malaria oleh nyamuk Tiruk dan Anopheles adalah
sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Jelaskan punca dan langkah -langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal
penyakit ini.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada
soalan 6 [20]

5(a) Sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja Indonesia akan
dilaksanakan tidak lama lagi bertujuan membendung kemasukan semula pendatang asing
tanpa izin (PATI) menggunakan nama lain. Perkembangan ini bukan bermakna bahawa
Malaysia mengamalkan dasar pintu tertutup. Sebaliknya kerajaan sentiasa menerima baik
kehadiran orang luar asalkan kemasukan mereka adalah secara sah dan mematuhi undang-
undang. Kini kerajaan beralih kepada pengambilan pekerja asing dari negara lain misalnya
Pakistan bagi memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi negara.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Utusan Malaysia, Selasa 15 Februari 2005)

(i) Apakah kelebihan sistem biometrik dalam membendung kemasukan PATI?

HALAMAN 2
SULIT*

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


bagaimana pengambilan pekerja asing dapat membantu perkembangan ekonomi
negara.

ATAU

5(b) Nyamuk berada di mana-mana dan kehadirannya kelihatan bersahaja seperti


serangga perosak yang lain walhal ia sebenarnya pembunuh atau pembawa pelbagai jenis
penyakit yang boleh mencetuskan kegemparan. Antara yang paling ditakuti kini ialah
nyamuk Aedes. Ia paling aktif pada waktu pagi dari jam 5 hingga 7 pagi dan waktu petang
dari jam 5 hingga 7 petang dan situasi ini mendedahkan kanak-kanak dan pelajar sekolah
kepada bahaya denggi. Berdasarkan statistik, sebanyak 33,203 kes denggi dilaporkan di
seluruh negara dan 30% daripadanya membabitkan pelajar sekolah. Kini semakin banyak
laman web percutian memaparkan ancaman denggi di rantau ini. Ketiadaan vaksin
pencegahan denggi boleh menakutkan pelancong untuk datang ke negara kita.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro,


Rabu, 26 Januari 2005.)

(i) Mengapa kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah golongan yang paling terdedah
kepada ancaman denggi?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
penularan penyakit demam denggi boleh mempengaruhi sektor pelancongan di
negara kita.

6(a) Lebih 8,000 hektar hutan musnah terbakar di 5 kawasan di Semenanjung ketika
panas sekarang yang memaksa Pasukan Bomba dan Penyelamat berhempas pulas
mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. Keadaan diburukkan lagi ekoran cuaca
yang panas sekarang. Dijangka negara akan menghadapi suhu yang panas tahun ini pada
21 Mac 2005 iaitu menjangkau sehingga 40 darjah celcius. Kebakaran hutan yang berlaku di
negara ini turut akan menjejaskan ekonomi dan ekologi negara.

(Utusan Malaysia, 25 Februari 2005)

(i) Apakah pemangkin kepada kejadian kebakaran hutan di negara kita?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
kebakaran hutan boleh memberi kesan negatif ke atas eko logi negara ini.

ATAU

6(b) Pada amnya, kadar kejadian kanser meningkat dalam masyarakat yang maju.
Kemajuan yang dicapai bukanlah faktor penyebab kanser tetapi faktor gaya hidup tertentu
berkaitan dengan kemajuan tersebutlah yang membantu kejadian kanser. Sebilangan kecil
kes kanser adalah berkaitan dengan baka seperti kanser mata yang diperturunkan secara
genetik oleh ibu bapa kepada generasi yang seterusnya. Selain itu,sikap masyarakat yang
enggan mendapatkan rawatan awal turut menyumbang kepada merebaknya penyakit ini.

(Dewan Kosmik, Oktober 1996)

HALAMAN 3
SULIT*

(i) Apakah faktor yang menyebabkan penyakit kanser merebak?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
faktor gaya hidup menjadi pemangkin kepada kejadian kanser.

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
sesuai bagi membandingkan guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikut kategori
pekerja bagi tempoh tahun 2000 dan tahun 2002.

Dalam tempoh kajian semula, sumbangan sektor pembuatan dalam pewujudan pekerjaan
kekal tertinggi dengan kadar pertumbuhan purata 3.4% setahun berbanding dengan sektor
ekonomi lain.

Sektor pembuatan telah mewujudkan 270,700 pekerjaan baru atau 30.9 peratus
daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan. Daripada jumlah 2,679,800 guna tenaga
dalam sektor pembuatan pada tahun 2002 sebanyak 1,717,800 orang atau 64.1 peratus
adalah dalam kategori pekerja mahir. Walaupun bilangan pekerja dalam kategori ini
bertambah sebanyak 203,300 gunatenaga pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 2000,
namun peningkatan tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat
bagi pekerja dalam kategori ini.

Bagi pekerja tidak mahir, peratusan guna tenaga dalam sektor pembuatan kekal
statik iaitu 5.9 peratus bagi kedua-dua tempoh tersebut. Jumlah guna tenaga kerja dalam
kumpulan pekerjaan Pengurusan dan Profesional, dan Teknikal dan Penyeliaan
menunjukkan peningkatan, walaupun terdapat penurunan dari segi peratusan. Jumlah guna
tenaga dalam kumpulan pekerja Pengurusan dan Profesional pada tahun 2000 sebanyak
184,200 orang meningkat sebanyak 6,100 orang pada tahun 2002. Guna tenaga kerja
dalam kumpulan Teknikal dan Penyeliaan juga mengalami peningkatan pada tahun 2002
menjadi 343,000 orang.

Guna tenaga dalam sektor pembuatan bagi kategori pekerja am mengalami


penurunan yang ketara pada tahun 2002. Pengenalan teknologi moden dalam sektor
tersebut telah menyebabkan penguncupan pekerjaan am sebanyak 74,500 orang pada
tahun 2002.

Dalam tempoh kajian semula, produktiviti keseluruhan sektor pembuatan


berkurangan pada kadar 1.9 peratus berikutan daripada kemerosotan ekonomi yang
mengakibatkan pekerja tidak digunakan sepenuhnya. Guna tenaga dalam kumpulan
pekerjaan perkeranian juga berkurang daripada 245,600 orang pada tahun 2000 menurun
sebanyak 0.6 peratus menjadi 219,700 orang pada tahun 2002.

Bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, pekerja yang diberhentikan telah


diberi latihan semula sementara siswazah yang menganggur diberi latihan prapekerjaan
termasuk menempatkan mereka di syarikat bagi memperoleh kemahiran baru yang
diperlukan oleh usahawan.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Kelapan, 2001 – 2005)

HALAMAN 4
SULIT*

8. Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan
jumlah antara bidang profesional di Malaysia mengikut etnik bagi tahun 1998 dan tahun
2002.

Negara memerlukan tenaga professional yang terdiri daripada rakyat tempatan untuk
menjana pembangunan negara. Pada tahun 2002, bilangan arkitek Bumiputera hanya terdiri
daripada 1406 orang sahaja, manakala kaum Cina melebihi kaum Bumip utera sebanyak 356
orang. Walau bagaimanapun bilangan arkitek Bumiputera yang dicatat pada tahun 1998
hanya sebanyak 1146 orang iaitu berkurang sebanyak 260 orang berbanding tahun 2002.

Kaum Cina tetap mengatasi kaum-kaum lain dalam profesion arkitek pada tahun
1998 sebanyak 1664 orang. Dalam profesion yang sama , kaum India hanya mencatat 49
orang pada tahun1998. Bilangan kaum India telah menurun sebanyak 2 orang pada tahun
2002. Lain-lain kaum yang terlibat dalam profesion ini pada tahun 1998 dan 2002, masing-
masing sebanyak 7 dan 9 orang sahaja. Semua warganegara Malaysia yang terlibat dalam
profesion arkitek berjumlah 2866 orang pada tahun 1998 dan meningkat kepada 3224 orang
pada tahun 2002.

Jumlah akauntan di negara kita pada tahun 1998 sebanyak 12128 orang dan
meningkat sebanyak 6243 ora ng pada tahun 2002. Kaum Cina telah mencatat sebanyak
77.93% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1998. Kaum Bumiputera pula berjumlah
1840 orang, kaum India 704 orang dan bakinya diwakili oleh lain-lain kaum.

Pertumbuhan ekonomi negara turut menggalakkan peningkatan dalam bilangan


akauntan di Malaysia. Bilangan kaum Bumiputera meskipun hanya menyumbang sebanyak
19.0% daripada jumlah keseluruhan tetapi telah meningkat sebanyak 1656 orang menjadi
3496 orang pada tahun 2002. Bilangan akauntan Cina mencatatkan adalah sebanyak 13707
orang pada tahun 2002 iaitu melebihi sebanyak 12766 orang berbanding kaum India.
Manakala lain-lain kaum hanya mencatat sebanyak 227 orang sahaja.

Bidang kejuruteraan semakin diminati di kalangan pelajar-pelajar Pusat Pengajian


Tinggi. Keadaan ini dibuktikan dengan jumlah Jurutera pada tahun 2002 sebanyak 41762
orang, berbanding hanya 32101 orang tahun 1998. Kaum Bumiputera yang terlibat dalam
profesion jurutera pada tahun 2002 adalah sebanyak 18229 orang dan pada tahun 1998
sebanyak 13526 orang sahaja. Sementara itu, kaum Cina telah mencatat sebanyak 16553
orang tahun 1998 dan 20901 orang pada tahun 2002. Kaum India dan lain-lain kaum pula
adalah sebanyak 1634 orang dan 388 orang pada tahun 1998. Bilangan kaum India dan
lain-lain kaum turut mengalami peningkatan pada tahun 2002 iaitu masing-masing 2201 dan
431 orang.

Dalam profesion kedoktoran pula, pada tahun 1998 kaum Bumiputera yang terlibat
adalah sebanyak 4138 orang atau 35.8% daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak
11565 orang. Manakala pada tahun 2002, bilangan doktor di kalangan bumiputera adalah
5346 orang. Bilangan kaum Cina dalam bidang yang sama pada tahun 1998 adalah
sebanyak 3594 orang dan terus meningkat kepada 4151 orang pada tahun 2002. Bilangan
kaum India pula adalah sebanyak 3507 orang pada tahun 1998 dan lain-lain kaum sebanyak
326 orang. Kaum India terus meningkat kepada 3546 orang pada tahun 2002 dan lain -lain
kaum bagi tahun yang sama adalah sebanyak 334 orang.

(Sumber:Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan


Statistik ,tahun 1999 dan 2003)

HALAMAN 5
SULIT*

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan kadar guna tenaga mengikut


kumpulan pekerjaan utama dari tahun 2000 hingga tahun 2005 dan berikan sebab -sebab
wujudnya keadaan yang demikian.

MALAYSIA : GUNA TENAGA MENGIKUT KUMPULAN PEKERJAAN UTAMA,


2000-2005 (’000 orang )

Tahun 2000 2003 2005


(Jangkaan)
’000 % ’000 % ’000 %
Kumpulan Pekerjaan orang orang orang
Penggubal Undang-undang ,
Pegawai Kanan & Pengurus 639.7 6.9 771.3 7.6 845.7 7.8
Profesional 528.5 5.7 548.0 5.4 628.8 5.8
Juruteknik & Profesional
Bersekutu 1103.3 11.9 1268.5 12.5 1409.5 13.0
Pekerja Perkeranian 890.0 9.6 974.2 9.6 1008.3 9.3
Pekerja Perkhidmatan,
Pekerja Kedai & Jurujual 1205.3 13.0 1420.7 14.0 1593.8 14.7
Pekerja Mahir Pertanian &
Perikanan 1390.7 15.0 1288.8 12.7 1268.5 11.7
Pekerja Pertukangan & Yang
Berkaitan 843.7 9.1 1085.8 10.7 1246.2 11.5
Operator Loji & Mesin &
Pemasang 1492.7 16.1 1623.7 16.0 1691.4 15.6
Pekerja Asas 1177.4 12.7 1167.0 11.5 1149.3 10.6
Jumlah 9271.2 100.0 10148.1 100.0 10842.3 100.0

( Sumber : Kajian Separuh Penggal Rancangan


Malaysia Kelapan 2001-2005 )

HALAMAN 6
SULIT*

10. Dunia kini menghadapi dilema sama ada ingin meneruskan pembangunan atau
memelihara alam sekitar. Hal ini semakin membimbangkan terutamanya pencemaran yang
mungkin mengugat kestabilan sistem ekologi di dunia ini. Huraikan impak pencemaran
udara terhadap kepelbagaian biologi.

IMPAK PENCEMARAN UDAR TERHADAP KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Pencemaran Udara

Peningkatan gas Sulfur Dioksida Peningkatan Karbon Dioksida


dan Nitrogen

Peningkatan suhu global


– perubahan iklim
Gangguan proses psikologi Hujan asid
dan pertumbuhan pokok

Perubahan komposisi dan


Pengasidan tanah dan air struktur tumbuhan

Perubahan komposisi hutan Kemerosotan populasi


hidupan akuatik

Kemerosotan kepelbagaian biologi

(Sumber : Era Hijau, 2002)

HALAMAN 7

You might also like