You are on page 1of 2

910/1 - 2015

BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

25 Batik merupakan hasil kraf tangan yang diwarisi sejak turun-temurun dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat
antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar untuk memajukan industri batik di negara ini?

26 Mata pelajaran Sejarah dikatakan mampu meningkatkan rasa cinta akan tanah air. Jelaskan kepentingan mengajarkan
mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar di sekolah.

27 Kebelakangan ini, perkhidmatan rawatan kecantikan dan produk kecantikan mendapat sambutan yang menggalakkan,
bukan sahaja dalam kalangan wanita malahan juga lelaki. Jelaskan faktor sambutan tersebut dan huraikan kesan negatif
penggunaan perkhidmatan kecantikan dan produk kecantikan kepada pengguna.

910/1 - 2016
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

26 Banyak faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak di negara kita. Jelaskan faktor-faktor tersebut.

27 Pencapaian negara kita dalam bidang sukan tidak begitu memuaskan dan masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan
untuk meningkatkan mutu sukan negara. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan
pencapaian negara kita dalam bidang tersebut.

28 Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) banyak memberikan kesan positif terhadap
pembelajaran para pelajar. Huraikan kesan-kesan positif yang dimaksudkan.

910/1 - 2017
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

24 Fenomena cuaca panas yang keterlaluan di seluruh dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global kini amat
membimbangkan banyak pihak. Jelaskan faktor timbulnya gejala tersebut.

25 Banyak rumah yang telah siap dibina dikatakan sukar untuk dijual. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini
berlaku?

26 Ramai pelajar dari negara luar datang ke negara kita untuk menuntut di institusi pengajian tinggi, sama ada di universiti
awam atau di institusi pengajian tinggi swasta dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian. Jelaskan kesan positif
daripada keadaan tersebut.

910/1 - 2018
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

26 Kebelakangan ini, terdapat ramai pengemis merayau-rayau di tempat awam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada
penduduk tempatan malah warga asing juga. Jelaskan kesan keadaan tersebut dan kemukakan langkah-langkah untuk
mengatasinya.

27 Bersenam merupakan satu aktiviti yang amat digalakkan untuk dijadikan amalan harian kerana aktiviti tersebut
dikatakan dapat menjamin pengekalan kesihatan tubuh badan seseorang. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
pandangan tersebut?
28 Kejayaan seseorang atlet dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa bagi acara tertentu dapat
memberikan manfaat, bukan sahaja kepada atlet itu sendiri malah kepada negara. Huraikan manfaat yang dimaksudkan
itu.

910/1 - 2019
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

25 Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban untuk kita. Namun demikian, akhir-akhir ini, terdapat ibu bapa yang
diabaikan oleh anak-anak. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

26 Pencemaran udara merupakan masalah global yang telah membawa banyak kesan negative kepada manusia dan alam
sekitar. Huraikan kesan negatif tersebut.

27 Perniagaan dalam talian (online business) atau dikenali juga sebagai e-dagang kini semakin berkembang di negara ini.
Jelaskan kebaikan perniagaan tersebut.

910/1 - 2020
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di
bawah.

25 Anggota masyarakat sering diingatkan agar mengamalkan semangat hidup berjiran kerana amalan ini penting dalam
kehidupan bermasyarakat. Pada pandangan anda, apakah faedah amalan hidup berjiran? Jelaskan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk meningkatkan amalan tersebut di negara ini.

26 Kejadian banjir kilat sering berlaku di negara kita. Berikan pendapat anda tentang punca kejadian tersebut dan jelaskan
kesannya.

27 Malaysia telah mengambil langkah untuk menghasilkan keretanya sendiri sejak tahun 1985 lagi. Sehingga kini, jenis dan
model kereta yang dikeluarkan semakin bertambah dan produk tersebut mendapat pasaran yang baik. Huraikan kebaikan
yang kita nikmati hasil usaha itu.

910/1 - 2021
BAHAGIAN C [50 MARKAH]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan
satu daripada tajuk-tajuk di bawah.

25 Makanan segera semakin digemari oleh masyarakat di negara kita. Pada pendapat anda, apakah faktor makanan
tersebut digemari oleh masyarakat? Huraikan kesan negatif tabiat pengambilan makanan itu.

26 Pada masa ini, kerajaan banyak menyediakan pusat rekreasi di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai
melakukan aktiviti rekreasi. Jelaskan kepentingan aktiviti tersebutkepada individu, masyarakat, dan negara.

27 Amalan menderma darah mendatangkan pelbagai manfaat kepada penderma dan penerima. Namun begitu, sesetengah
anggota masyarakat kurang berminat untuk berbuat demikian. Pada pendapat anda, mengapakah mereka bersikap begitu?

You might also like