You are on page 1of 5

900/2 STPM 2008

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 1
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2008

1
KERTAS 2 SET 1

BAHAGIAN A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300
patah perkataan. [ 25 ]

1. Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa kehilangan anak sehingga ada
yang tidak ditemui oleh keluarga masing-masing. Bincangkan punca dan langkah bagi menangani
masalah ini.

2. Pewujudan wilayah ekonomi memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam usaha
mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai. Namun, implikasi yang wujud
tidak harus diabaikan. Bincangkan.

BAHAGIAN B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300
patah perkataan. [ 25 ]

3. Banyak orang mengambil makanan suplemen untuk menjamin kesihatan. Namun tidak
ramai yang tahu risiko yang mungkin dihadapi seseorang jika makanan itu diambil secara
berlebihan. Bincangkan.

4. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental


antara 5 penyakit utama di dunia yang menyebabkan hilang upaya. Menjelang tahun 2020, penyakit
ini dijangka menjadi penyebab kedua tertinggi. Bincangkan punca dan langkah yang perlu diambil
untuk mengawal penyakit ini.

BAHAGIAN C
Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan
6(a) atau 6(b). [ 10 ]

5(a) “… Bahasa asing merujuk kepada bahasa yang tidak dituturkan oleh masyarakat sesuatu tempat.
Terdapat pelbagai bahasa asing seperti bahasa Urdu, Kemboja, Myanmar dan Filipina dituturkan di
Malaysia. Hal ini berlaku kerana dasar liberalisasi pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan serta
dasar pengambilan tenaga manusia dari pelbagai negara untuk bekerja dalam pelbagai sektor di
negara ini…..”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Kuasai Bahasa Asing untuk


Bersaing,” S.Nathesan, Dewan Bahasa, Mac, 2008)

(i) Apakah faktor kewujudan pelbagai bahasa asing di Malaysia?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat menguasai
bahasa asing .

ATAU

2
5(b) “… Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan
ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan, ia akan menggalakkan produktiviti negara, sekali
gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara
yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan
bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara
maju lain.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ; “Menjelang RMK-9 : Modal Insan


Agenda Utama Kerajaan”, Berita Harian,30 Mac 2006)

(i) Apakah kelebihan yang diperoleh negara dengan memperkasakan modal insan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah modal
insan dapat memacu pembangunan negara.

6(a) “…Penubuhan Taman Laut Malaysia adalah untuk memulihara dan melindungi batu karang, ikan,
hidupan akuatik, flora dan fauna dalam kawasan perairan sejauh 2 batu nautika dari pasir pantai
yang dizonkan sebagai kawasan terhad atau pelindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu
karang. Ekosistem yang paling utama di kawasan Taman Laut adalah ekosistem terumbu karang,
juga hutan bakau dan ekosistem dasar lumpur. Bagi sesetengah kawasan ia termasuk juga lumpur.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada, “Taman Laut Melindungi


Keindahan Laut”, Estidotmy, Oktober 2006)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dikatakan Taman Laut ?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kebaikan yang
didapati daripada penubuhan Taman Laut di Malaysia.

ATAU

6(b) “…Penangan senjata yang digelar “Little Boy” yang digugurkan di Hiroshima dan “Fat Man” di
Nagasaki merupakan sebahagian senjata pemusnah besar-besaran atau WMD. Senjata pemusnah
ini adalah program ketenteraan yang menggunakan senjata yang berasaskan atom, biologi, kimia
dan nuklear. Ada banyak lagi senjata yang digunakan yang menjadi alat bagi menghalalkan segala
matlamat peribadi pemerintah perang.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, “Senjata Pemusnah


Keturunan Manusia”, Dewan Kosmik, April 2007.)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan WMD ?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah senjata
pemusnah ini boleh mengancam manusia ?

BAHAGIAN D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[ 15 ]

7. Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
jualan bahan petroleum di stesen minyak seluruh Malaysia dari tahun 2003 hingga 2006.

Penggunaan kenderaan di Malaysia semakin bertambah dari masa ke semasa. Dasar


Automatif Negara telah menggalakkan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya. Walaupun
kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan dan menjimatkan
petrol, namun permintaan terhadap kereta tetap bertambah. Justeru, jumlah penjualan bahan
petroleum telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun 2003 hingga tahun 2006.

Pada tahun 2003, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 14466.0 juta liter di
stesen minyak dan meningkat sebanyak 1810.4 juta liter pada tahun berikutnya. Manakala pada

3
tahun 2006, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 17163.6 juta liter melebihi jualan tahun
sebelumnya sebanyak 458.2 juta liter. Petrol RON 97 menunjukkan jualan yang tertinggi pada tahun
2003 iaitu sebanyak 8736 juta liter. Jualan ini melebihi sebanyak 4623 juta liter berbanding diesel
pada tahun berkenaan. Minyak diesel pula telah mencatat jualan kedua tertinggi pada setiap tahun
yang dinyatakan. Pada tahun yang sama petrol RON 92 hanya mencatat sebanyak 666.9 juta liter.
Jualan bahan petroleum yang selebihnya adalah untuk LPG iaitu menyumbang kira-kira 6.57%
daripada jumlah jualan pada tahun 2003.

Kenaikan harga bahan petroleum tidak menghalang peningkatan penggunaan bahan


tersebut. Kemajuan bidang sains dan teknologi telah menghasilkan mesin dan jentera yang
menggunakan bahan petroleum sebagai bahan pelengkap. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan
peningkatan jualan Petrol RON 97 sebanyak 346 juta liter pada tahun 2004 berbanding tahun
sebelumnya. Bagi Petrol RON 92 pula hanya mencatat sebanyak 652.4 juta liter sahaja. Walaupun
kerajaan telah memberi bekalan subsidi diesel untuk nelayan tetapi bahan petroleum ini terus
mencatat jualan kedua tertinggi bagi tahun 2004 iaitu mencatatkan 5562 juta liter. Manakala jualan
LPG hanya meningkat sebanyak 29.9 juta liter berbanding tahun sebelumnya.

Menjelang tahun 2005, jualan Petrol RON 97 telah meningkat kepada 9613 juta liter, jumlah
ini melebihi jualan diesel sebanyak 3951 juta liter. Petrol RON 92 pula menyumbang sebanyak 643.4
juta liter atau sebanyak 3.85% daripada jumlah jualan keseluruhan. Bahan LPG pula telah
menyumbang sebanyak 787.0 juta liter dan meningkat sebanyak 383 juta liter pada tahun
berikutnya. Jualan bahan petrol RON 92 bagi tahun 2006 telah berkurang sebanyak 1.68%
berbanding tahun 2005. Sumbangan jualan bagi bahan Petrol RON 97 dan diesel masing-masing
sebanyak 9895 juta liter dan 5466 juta liter bagi tahun yang sama.

Permintaan terhadap bahan bakar fosil ini semakin meningkat dan sukar untuk dikawal.
Meskipun Malaysia turut mengeluarkan minyak, tetapi bekalan bahan ini hanya mampu bertahan
untuk jangka 30 tahun sahaja. Justeru, penggunaan bahan bakar alternatif perlu mendapat
sambutan dari semua pihak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi,


Kementerian Kewangan Malaysia,2007.)

8. Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus
perubahan kematian mengikut kategori bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Perangkaan kematian jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun pihak
kerajaan telah mengambil pelbagai insiatif untuk mengurangkan tragedi yang tidak diingini ini. Oleh
itu, pihak PDRM telah melaksanakan operasi Ops Sikap pada setiap musim-musim perayaan utama.

Dalam tempoh Jan-Sept 2006, bilangan kematian bagi pemandu dan penumpang kereta
telah mencecah sebanyak 920 orang dan meningkat sebanyak 193 orang pada tempoh yang sama
bagi tahun 2007. Aktiviti tidak bermoral seperti merempit telah mengorbankan sebanyak 2736 orang
penunggang dan pembonceng motosikal bagi tempoh Jan-Sept 2006. Kempen kerajaan secara
besar-besaran melalui media massa untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang dan
pembonceng motosikal telah berjaya mengurangkan kematian sebanyak 260 orang pada tahun
berikutnya.

Keselamatan penumpang bas kini kurang terjamin kerana kebanyakan pemandu bersikap
sambil lewa dan kurang berhemah. Sikap pemandu bas telah mendorong kepada peningkatan
kematian pemandu dan penumpang bas sehingga mencecah 64 orang pada Jan-Sept 2007.
Manakala pada tahun 2006 bagi tempoh yang sama hanya mencatat sebanyak 26 orang. Bagi
kategori pemandu dan kelindan lori telah menyumbangkan kira-kira 3.73% daripada jumlah
keseluruhan atau sebanyak 174 orang bagi tempoh Jan-Sept 2006. Pada tempoh yang sama bagi
tahun 2007, bilangan kematian kategori ini telah menurun sebanyak 29 orang.

Dalam tempoh Jan-Sept 2006, kematian bagi pemandu dan kelindan van adalah sebanyak
73 orang. Bagi tahun berikutnya, kematian bagi kemalangan ini telah meningkat kepada 101 orang
berikutan kecuaian pemandu terutamanya pada waktu malam. Kemalangan maut bagi pemandu dan
kelindan pacuan 4 roda telah mencatat jumlah yang sama dengan kes pemandu / kelindan van bagi
tempoh Jan-Sept 2006. Bilangan kematian bagi kategori ini telah menunjukkan penurunan bagi
tempoh yang sama tahun 2007 iaitu mencatat 65 orang sahaja. Kemalangan yang membawa

4
kematian bagi kategori lain-lain pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 48 orang dan
59 orang.

Kerajaan telah menanggung kerugian yang besar apabila kematian jalan raya meningkat
setiap tahun. Justeru, media massa perlu memperhebatkan lagi kempen kesedaran untuk
menyedarkan rakyat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, Disember 2007.)

BAHAGIAN E
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [ 15 ]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan import makanan bagi tahun 2000 hingga
2010(anggaran). Bincangkan sebab-sebab berlakunya penurunan dalam beberapa komoditi.

Malaysia : Jumlah Import Makanan bagi Tahun 2000 hingga 2010*

RM juta
Komoditi
2000 2005 2010*
Haiwan hidup 154.6 177.4 127.0
Daging dan Penyediaan Daging 771.4 1 054.4 1 262.0
Keluaran Tenusu 1 176.5 745.1 1 533.0
Sayur-sayuran dan Buah-buahan 1 585.2 1 515.1 1 482.1
Penyediaan Gula dan Madu 1 085.2 1 406.0 1 216.0
Penyediaan Bijirin 1 839.1 2 267.1 1 464.8
Ikan, Kerang, Kepah 1 085.8 851.9 841.0
Lain-lain 917.3 2 779.8 2 047.1
JUMLAH 8 615.1 10 796.8 9 973.0

Nota : * tahun anggaran


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia
Kesembilan 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri)

10. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola eksport mengikut jenis yang dinyatakan di Malaysia.
Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku.

Malaysia: Komponen Eksport Barangan Malaysia bagi Tahun 2004 dan 2005

Komponen Eksport 2004 (%) 2005 (%)


Barangan Elektrik 66.82 45.30 44.14 27.85
Tekstil & Kain 29.79 20.20 25.75 16.25
Kenderaan 26.84 18.20 56.27 35.50
Hasil Pertanian 14.9 10.10 13.0 8.20
Komponen Kenderaan 9.14 6.20 19.34 12.20
Jumlah ( RM bilion) 147.5 100 158.5 100

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 2006)

Soalan Tamat
5

You might also like