You are on page 1of 5

Nama:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UEC 2012 (2)


SEKOLAH MENENGAH TSHUNG TSIN TENOM

Bahagian Menengah Tinggi

BAHASA MALAYSIA
(SY02)

KERTAS 1 KARANGAN Masa : 90 minit


ARAHAN KEPADA CALON Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan. Pilih dan jawab satu soalan sahaja. Calon-calon dinasihati supaya membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. 3. Mulakan setiap jawapan anda dengan helaian baharu. ============================================================================================ Tulis karangan tentang salah satu daripada tajuk di bawah ini, panjangnya hendaklah antara daripada 350 hingga 500 patah perkataan. Markah akan dipertimbangkan berdasarkan isi, penyampaian, gaya bahasa, tatabahasa, ejaan dan susunannya. Markah akan dipotong sekiranya anda tidak menyatakan jumlah perkataan yang sebenar . 1. Banyak kes vandalisme yang dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab di kawasan perumahan anda. Anda bercadang untuk menulis surat aduan kepada pihak yang berkuasa. Tulis surat itu selengkapnya. Sebagai seorang guru kaunseling, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Ceramah tersebut bertajuk Kaedah Belajar yang Berkesan. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya. Program televisyen realiti semakin popular pada masa ini di negara kita. Program tersebut memang banyak mendatangkan kesan dan pengaruh kepada anggota masyarakat di negara kita, terutamanya golongan belia. Bincangkan pengaruh program realiti televisyen tersebut terhadap golongan remaja. Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh untuk menarik balik kebenaran tersebut. Huraikan pendapat anda berdasarkan pernyataan tersebut. Rancangan muzikal di media massa sering dikatakan tidak membawa makna. Namun, rancangan sebegitulah yang mendapat sambutan masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikan yang tercetus daripada muzik di negara ini. Pada 31 Ogos yang lalu, anda telah berpeluang menjadi salah seorang peserta yang turut menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan bersama rakan-rakan anda. Ceritakan pengalaman anda itu dari awal persiapannya sehingga perarakan tersebut berakhir. Sediakan payung sebelum hujan. Tulis sebuah cerita yang menarik bagi menggambarkan peribahasa ini 1. 2.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Nama:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UEC 2012 (2) SEKOLAH MENENGAH TSHUNG TSIN TENOM

Bahagian Menengah Tinggi

BAHASA MALAYSIA
(SY02)

KERTAS 2 UJIAN BAHASA Masa : 90 minit


ARAHAN KEPADA CALON 1. 2. 3. Jawab soalan 1 dan mana-mana dua soalan yang lain dalam kertas 2. Jumlah soalan yang perlu dijawab ialah TIGA soalan sahaja. Calon-calon dinasihati supaya membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. 4. Mulakan setiap jawapan anda dengan helaian baharu.

=============================================================================
SOALAN 1 RUMUSAN (20%) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buatlah suatu rumusan tentang punca-punca remaja lari dari rumah. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sepanjang tahun 2001 seramai 2003 remaja yang berumur antara 14 hingga 17 tahun hilang dari rumah. Fenomena remaja lari dari rumah harus dipandang sebagai satu masalah sosial yang serius. Sekiranya langkah-langkah untuk menanganinya tidak diambil, dikhuatiri bilangan mereka yang lari dari rumah akan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini kerana kebanyakan remaja yang lari dari rumah merupakan remaja yang bermasalah. Masalah yang dihadapi oleh mereka itu berpunca daripada pelbagai faktor. Ada remaja yang lari dari rumah secara sukarela, manakala sebahagian daripadanya diperdaya, dipaksa, atau kerana terpaksa. Sebagai golongan yang sedang melalui alam peralihan dari dunia kanak-kanak kepada era kedewasaan, remaja selalu inginkan kebebasan dan keseronokan sehingga ada kalanya impian mereka tidak realistik. Akibat mengejar impian tersebut, maka ada antara mereka, khususnya remaja perempuan sanggup meninggalkan rumah dan menjadi bohsia. Ada antaranya meninggalkan rumah kerana mengikut kekasih selepas termakan pujukan dan tidak kurang pula yang diperdaya oleh sindiket tertentu untuk dijadikan pelacur atau pelayan. Sesetengahnya tertipu dengan iklan dalam media massa berhubung dengan gaya hidup remaja masa kini. Kebanyakan remaja mahu kelihatan kacak, cantik, anggun, dan bergaya. Untuk tujuan itu , mereka memerlukan wang untuk membeli pakaian yang berjenama. Jadi, atas dorongan material ini menyebabkan ada antara remaja itu mengambil keputusan meninggalkan bangku sekolah dan rumah untuk hidup berdikari serta mencari pekerjaan. Kesibukan ibu bapa mencari nafkah hidup turut memburukkan keadaan. Rumah tangga yang retak dan keluarga yang porak peranda akan memberi kesan buruk atas pembentukan kendiri dan sahsiah remaja. Apabila ibu bapa dan anggota keluarga lain tidak lagi dapat dijadikan sebagai tempat sandaran, maka mereka akan beralih kepada rakan, kekasih , dan dadah serta pelbagai pil khayal. Ada antara remaja menghilangkan diri selepas bergaduh dengan ibu bapanya. Sesetengahnya mengambil tindakan nekad keluar dari rumah kerana terlanjur mengandung tanpa nikah tanpa menyedari tindakan mereka itu tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan merosakkan diri sendiri. Oleh itu, langkah sewajarnya harus diambil untuk menangani masalah ini daripada terus merebak. Antaranya ialah memantapkan institusi kekeluargaan sebagai elemen sosial dan pembangunan masyarakat yang terpenting. Keruntuhan moral dan masalah sosial yang membabitkan remaja dapat diatasi sekiranya ibu bapa memainkan peranannya dengan sebaik mungkin. Di samping itu, pihak berkuasa perlu melakukan serbuan sekerap mungkin di pusat-pusat hiburan dan mana-mana tempat yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Sekolah-sekolah juga perlu menubuhkan pusat kaunseling dan mengadakan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang pelajar selepas waktu persekolahan. Tindakan ini bertujuan untuk menghindarkan pelajar daripada berkumpul dan membuang masa.

SOALAN 2

PEMAHAMAN PROSA MODEN (20%) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Papa sudah bosan begini. Ini masuk kali ketiga papa dijemput Mengapa Olan masih tidak berubah? Sedihnya papa ketika itu. Papa terduduk mengeluh panjang dan memandang aku dengan penuh emosi. Mama hanya terduduk diam, seolah-olah terkunci mulutnya daripada mengeluarkan bicara . Aku menanti mama untuk membelaku Tetapi hampa. Papa terus menghamburkan marahnya dengan berleter panjang. Kulihat Kak Lina memerhatikan aku, digertak anak tangga, dengan penuh simpati. Hatiku terusik. Kau memalukan papa. Apa tujuan kau ke sekolah? Belajar? Bersuka ria atau pergi menconteng arang di muka papa? Papa Sudah, jangan cuba menjawab. Sudah muak papa mendengar alasanmu. Keturunan papa belum ada yang menderhaka. Kecuali kau! Dupp! Papa menuding jarinya tepat ke mukaku. Aku melihat wajah tua yang hampir setengah abad itu merah padam. Silap-silap aku dibahamnya. Papa Olan tahu , Olan jahat selalu buat papa marah dan benci. Tetapi Olan bukan anak -anak kecil lagi. Tanpa menghabiskan butir bicara, lantas aku berlari memanjat tangga menuju ke bilik. Ketika melintasi bilik Kak Lina, aku sempat menolaknya ke tepi. Adikku, Olin hanya memandang sayu. Dia tidak mengerti apa-apa. Sesungguhnya, aku bukanlah terlalu jahat! Cuma nakal dan degil. Papa seorang yang tegas, serius dan prihatin terhadap rumah tangga dan masyarakat luar. Kasih sayang papa membuatkan aku kagum. Namun, aku melihat kasih sayang itu ditumpahkannya hanya pada mama, Kak Lina dan adik Olin. Aku cemburu. Hari ini biar papa tahu perangai anaknya dan membongkar seribu satu macam rekod disiplinku. Tiba-tiba aku dengar seperti ada suara dari luar. Pintu bilik berkeriut terbuka. Kulihat dia. Adik, mari makan. Mama masak sedap hari ini, luahnya perlahan. Aku menjeling benci pada wajah itu. Aku amat membencinya walaupun dia kakak kandungku. Aku tahu Kak Lina anak emas keluarga. Dia bijak, cantik, lemah-lembut, baik dan berbakat. Mungkin itu membuatkan tunas cemburu di hatiku.

(Diubahsuai daripada cerpen Wula Olan oleh Lisa Ak Laga, Dewan Siswa) 1. Terangkan maksud rangkai-rangkai kata di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. Terkunci mulutnya daripada mengeluarkan bicara Memandang sayu Siapakah aku dalam petikan di atas? Apakah maksud menconteng arang ? Mengapakah papa mengeluarkan kata-kata itu? Mengapakah Olan menjadi seorang anak yang nakal dan degil? Bandingkan sikap Olan dengan Kak Lina. Adakah masalah pelajar seperti Olan boleh diselesaikan? Berikan cadangan-cadangan anda untuk menangani masalah seperti itu.

[4%] [2%] [4%] [3%] [3%] [4%]

2. 3. 4. 5. 6.

SOALAN 3

MEMBINA AYAT DAN TATABAHASA(20%)

A. MEMBINA AYAT (10%) Bina SATU ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Rimbunan timbunan Kekejutan kekecutan Kelulusan kelurusan Kedapatan pendapatan Kedalaman pendalaman

B. TATABAHASA (10%) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua perkataan yang tertinggal. Tuliskan semula setiap ayat dengan menambahkan perkataan yang tertinggal tu dan gariskan perkataan yang adan tambah itu. (i) Saya tidak sama sekali bahawa karangan yang saudara hasilkan telah memenangi utama.

(ii) (iii) (iv) (v)

Pencemaran alam sesungguhnya akan mengancam manusia dan makhluk lain bumi ini. Gara-gara bermain mercun pada hari raya yang lalu tiga batang budak itu terputus dan sebelah telinganya. Sindiket telah beberapa orang kanak-kanak untuk mengutip derma. Beberapa orang banduan di penjara ini telah berjaya melarikan dengan memanjat tembok kawat berduri empat meter itu.

SOALAN 4

SAJAK DAN PROSAK KLASIK (20%) Jawab sama ada A atau B.

A. Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Kuala Perlis 1 Sayang Kuala Perlis laut indah pulau indah pelabuhan utama Tanah Kayangan tanggapan pertama pelancong penyeberang untuk berkampung seketika di sini siang malam laut luas angin lepas bertalu menyerbu tanpa jemu menyisir pantai membersih diri daripada kekotoran melandai Sayang Kuala Perlis tabii alam Sukar mengatasi keganasan tangan Menghumban sampah tanpa mengira tercemar kuala kotoran merata. Sayang Kuala Perlis muara tanah sekecil indah mengawalnya seharusnya mudah tapi begitulah kenyataan malam melindungkan siang menampakkan aku berkunjung selera menurun Sayang Kuala Perlis Kumimpikan keindahan 30 bersih sekitaran menarik kehadiranku berulang. Shafie Abu Bakar 1. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan Berkampung seketika Menyerbu tanpa jemu Menarik kehadiranku berulang Apakah pandangan pelancong penyeberang apabila kali pertama tiba di sini? Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan tabii alam? Mengapakah penyajak berasa tidak berselera untuk makan? Bagaimanakah sikap penyajak terhadap Kuala Perlis? Berikan cadangan-cadangan anda agar Kuala Perlis dapat mengekalkan kebersihan kawasan persekitarannya.

20

25

10

15

[6%] [3%] [3%] [3%] [2%] [3%]

2. 3. 4. 5. 6.

B. Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Hatta maka kedengaran ke benua Keling bahawa seorang hulubalang Raja Singapura, Badang namanya, terlalu gagah. Ada pun pada raja di benua Keling ada seorang pahlawan, terlalu amat gagah, tiada berlawan di benua Keling, Nadi Bijaya Pikrama namanya. Maka oleh raja benua Keling pahlawan itu disuruhnya ke Singapura, membawa tujuh buah kapal. Maka titah raja benua Keling kepada Nadi Bijaya Pkrama, Pergilah engkau ke Singapura, lawan olehmu hulubalang raja Singapura itu bergusti. Jikalau engkau alah olehnya, isi tujuh buah kapal itu berikan akan taruhnya. Jika ia alah, minta sebanyak harta tujuh buah kapal ini. Maka sembah Nadi Bijaya Pikrama, Baiklah tuanku. Maka ia pun belayarlah ke Singapura, dengan tujuh buah kapal itu. Telah datang ke Singapura, maka dipersembahkan orang kepada Seri Rama Wira Kerma mengatakan pahlawan dari benua Keling datang hendak melawan Badang bermain; jikalau ia alah, harta tujuh buah kapal itu akan taruhnya. Maka baginda

Seri Rama Wira Kerma pun keluar dihadap orang. Maka pahlawan Keling pun mengadap baginda. Maka disuruh oleh raja bergusti dengan Badang. Maka barang permainannya itu pun tewas juga Nadi Bijaya Pikrama pada Badang. Marilah kita berkuat-kuatan mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkatkan batu alahlah ia. Maka sahut Badang, Baiklah, angkatlah oleh tuan hamba dahulu. Maka diangkat oleh Nadi Bijaya Pikrama, tiada terangkat; maka disungguh-sungguhnya, maka terangkat sehingga lutut, lalu dihempaskannya ke tanah. Maka katanya, Sekarang pergantian tuan hambalah. Maka kata Badang, Baiklah. Maka oleh Badang diangkatnya batu itu lalu dilambungnya, dilontarkannya ke sungai Kuala Singapura; itulah batunya yang ada sekarang di hujung Tanjung Singapura itu. Maka oleh Nadi Bijaya Pikrama ketujuh buah kapal dengan isinya diserahkannya kepada Badang. Maka Nadi Bijaya Pikrama pun kembali dengan dukacitanya sebab kemaluan alah oleh Badang itu. (Dipetik daripada Sejarah Melayu) 1. Terangkan maksud rangkai-rangkai kata di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. tiada berlawan akan taruhnya Siapakah nama pahlawan benua Keling yang disuruh ke Singapura? Apakah tujuan raja benua Keling menyuruhnya ke Singapura? Apakah jenis pertandingan yang diadakan? Huraikan kekuatan Badang dalam pertandingan tersebut. Apakah hadiah yang dipersetujui dalam pertandingan tersebut? Apakah keputusan pertandingan tersebut?

[4 %]

2. 3. 4. 5.

[4 %] [3 %] [5 %] [4%]

SOALAN 5

PENTERJEMAHAN (20%) Pilih dua daripada petikan Cina dan bahasa Inggeris di bawah ini, kemudian terjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia moden. Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan isi, gaya dan kelancaran bahasa.

3.

Stress is a feeling we have when we react to events that dont make us feel very good. Such events can happen at school, like a test or examination. Our body has certain hormones that it releases during times of stress. Although the right amount of stress can be good, too much stress isnt. Some people overact to stress and even make small problems seem difficult to solve. They feel worried, upset and anxious all the time.

You might also like