You are on page 1of 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR
2008/2009

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH:ABU RAYHAN AL


BIRUNI

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR: CIK HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

NAMA: NURFARAHANIS SYUHADA BINTI AZEMI

NO. MATRIK: JEA080100

1
Falsafah dari sudut etimologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu “philosophia”

yang mana philos bermaksud “cinta” dan Sophia yang membawa maksud “hikmah”.

Perkataaan philosophia yang menerbitkan kata “philosophy” dalam bahasa Inggeris,

“philosophic” dalam bahasa Jerman dan Perancis dan kata falsafah dalam bahasa Arab.

Manakala kata “filosofia” dalm bahasa Sepanyol dan “filsafat” dalam bahasa Melayu

yang mendukung maksud cinta akan hikmah. Istialh philosophia digunakan dalam abad

ketujuh S.M oleh ahli falsafah yang bernama Pythagoras.

Selain itu, mengenai erti falsafah Hasbullah Bakry menghuraikan daripada tiga

sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, pengertian praktis dan perbezaan dengan

ilmu-ilmu lain. Pengertian daripada sudut bahasa adalah cinta akan hikmah atau

kebijaksanaan manakala daripada sudut praktis ialah alam berfikir atau fikiran secara

mendalam tentang hakikat segala sesuatu.

Walaubagaimanapun, daripada sudut perbezaan dengan ilmu-ilmu lain terbahagi

kepada dua ciri khusus. Pertamanya iaitu sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya,

falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan.

Keduanya iaitu sementar ilmu lain membahaskan sebab akibat tentang sesuatu ,falsafah

menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan iaitu apa, dari mana, ke mana.

2
Terdapat ramai ahli falsafah Yunani yang terkenal antaranya adalah Plato,

Aristotle, Machiavelli dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, ahli falsafah Islam juga tidak

kurang hebatnya. Antaranya adalah Ibnu Sina, Al_Biruni, Sidi Gazalba, Ibnu Tufail, Ibnu

Rushd, Al-Farabi dan ramai lagi.

Tokoh falsafah yang saya ketengahkan adalah Al-Biruni. Nama sebenar beliau

adalah Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Biruni. Nama gelaran beliau adalah Abu

Rayhan Biruni. Al-Biruni lahir pada 15 September 973M di Birun iaitu ibu negara

Khawarizm ataupun lebih dikenali Turkistan. Al-Biruni meninggal pada 13 Disember

1048M. guru terawal beliau adalah Abu Nasr Mansur Ibn Alt Ibn Iraqin yang mana

merupakan individu yang mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan ilmu alam.

Selain itu Al-Biruni juga digelar “Ustaz Fil Ulum” yang mana membawa maksud segala

guru ilmu.

Secara tidak langsungnya menzahirkan kepakaran Al-Biruni dalam pelbagai

bidang dan meletakkan diri beliau antara sarjana yang teragung dalam dunia Islam.

Minat dan kecenderungan untuk mempelajari serta memperluaskan dimensi ilmu

pengetahuan mendorong beliau merantau ke luar negara. Walaubagaimanapun, beliau

ditawan oleh Sultan Mahmood Al-Ghaznawi dan ditugaskan di istana sebagai seorang

ulama. Kesempatan berada di India tidak dipersia-siakan. Al-Biruni menggunakan

kesempatan tersebut dengan mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Selain

itu, Al-Biruni turut mengambil kesempatan untuk mengenali agam Hindu dan falsafah

India. Buktinya beliau telah menulis beberapa buku yang berkaitan denganmasyarakat

India dan kebudayaan India.

3
Terdapat banyak sumbangan Al-Biruni dalam bidang ilmu dan falsafah

khususnya. Antaranya adalah penciptaan kaedah penggunaaan angka-angka India dan

kajiannya untuk mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Selain itu, beliau

menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu negara di dunia. Al-

Biruni juga mendirikan pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang membantu

ilmu-ilmu falak pada masa akan datang. Kajian beliau dalam bidang sains, matematik,

geomatik telah menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Al-Biruni telah menghasilkan pelbagai kitab. Antaranya adalah Kitab Tahdid Al-

Nih ayat Al-Amakin Lita’shih Al-Masafat Al-Masakin. Selain itu, hasil karyanya adalah

Al-Jamahir Fi Al-Jawahir yang menceritakan tentang batu permata. Al-Athar Al-Baqiah

yang menghuraikan tentang kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah Fil Al-

Tibb yang mengisahkan tentang ubat-ubatan.

Secara umumnya,menjelang abad ketiga sarjana Islam mula memberi perhatian

kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas falsafah ilmuan

Islam berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah yang mana bertujuan

meningkatkan kenyakinandan ketakwaan umat Islam. Terdapat perbezaan antara falsafah

Yunani dengan Islam. Secara umumnya perbezaan antara falsafah Barat dengan falsafah

Islam adalah aspek keagamaan dan ketuhanan.

4
Falsafah Yunani yang lebih bertumpukan kepada pencarian berlandaskan

pemikiran logik semata-mata. Terdapat pelbagai aliran dalam falsafah. Antaranya adalah

rasionalisme, empirisisme, idealisme, eksistensialisme, pragmatisme dan realisme.

Aliran falsafah zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan terhadap

persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam padahal

meliputi perbincangan berkaitan nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Wahyu

sebenarnya tidak bercanggah dengan akal bahkan berasaskan panduan wahyu dan akal

sehingga para ilmuan Islam berjaya meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan

peradaban Islam.

Berdasarkan teori falsafah yang diketengahkan oleh Al-Biruni menyatakan ajaran

Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan konsep

syahadah tauhid Islam dan triniti agama Islam. Beliau turut menyatakan bahawa

pemikiran falsafah tidak semata-mata berdasarkan ataupun bersandarkan kepada

imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan secara

empirikal. Hal ini juga berdasarkan kata empirisisme yang menyatakan ilmu pengetahuan

itu diasaskan atau diperolehi daripada pengalaman yang berkait dengan perkara-perkara

yang boleh diinderai dan dialami. Secara ringkasnya, yang dimaksudkan empirikal itu

adalah melalui pancaindera atau lebih khususnya pengalaman.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik bahkan

bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang ilmu

5
pengetahuan dan falsafah Yunani menjadikannya antara salah seorang sarjana agung

dalam dunia Islam. Selain itu, beliau juga berjaya membuktikan bahawa gandingan

falsafah dan ilmu pengetahuan dengan agama terus hidup subur. Seterusnya berkembang

serta membantu selesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia.

Sebelum Abu Rayhan Biruni merantau ke India, beliau telah menjalinkan

hubungan dengan Avicena ataupun lebih dikenali sebagai Ibnu Sina. Hal ini

membuktikan bahawa terdapat pengikhtirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan

dan kesarjanaan Abu Rayhan Biruni.

Abu Rayhan Biruni merupakan seorang ahli falsafah Islam yang berkebolehan

dan berkaliber yang dapat memberi manfaat yang berguna kepada manusia. Hal ini

terbukti dengan pelbagai sumbangan beliau dalam pelbagai bidang ilmu sepertimana

yang telah digarapkan sebelum ini. Selain itu, beliau telah membuktikan kewibawaan

para ahli falsafah Islam setaraf dengan ahli falsafah Barat.

Selain itu, Al-Biruni juga telah membuktikan bahawa golongan ahli falsafah

bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan seperti mana yang

acapkali diwar-warkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Kesimpulannya, tokoh falsafah perlu dihargai kerana banyak sumbangan mereka telah

digunapakai oleh kita pada masa sekarang. Khususnya kepada umat Islam. Sehubungan

itu, Al-Biruni merupakan salah seorang sarjana Islam yang terkemuka dalam bidang

falsafah di dunia Islam.

6
RUJUKAN

Awang Sariyan . Falsafah dan Logika Melayu/ Awang Sariyan

ISBN978-983-066-295-4

1. Knowledge, Theory of. 2.Malay Philosophy.I.Judul 001

Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.Hashim Bin Haji

Musa.Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

http//:alhakelantan.tripod.com/tokoh/id7.html(tokoh-tokoh Islam)

You might also like