You are on page 1of 23

1.

0 Abstrak Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi yang dijana oleh sektor perkhidmatan akan melonjakkan aspirasi negara pendapatan tinggi. Namun begitu, pada masa ini, hanya 28 peratus daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan hanya 23 peratus sahaja daripada jumlah tenaga kerja mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Kekurangan tenaga kerja mahir dan berpendidikan tinggi akan lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit kerana tenaga kerja yang berkualiti akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Bagi menjadi negara maju dalam tempoh satu generasi seperti Republik Korea dan Singapura, penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan perlu diberi perhatian di samping memberi fokus kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan bagi memacu sektor berkenaan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sektor ini terus mengekalkan peratusan pekerjaan tertinggi iaitu bahagian terbesar daripada jumlah guna tenaga. Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan didapati mengalami pertumbuhan berterusan dari tahun ke tahun. Pertumbuhan guna tenaga yang berlaku ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang mewujudkan komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan. Kajian juga dijalankan bagi melihat sejauh mana pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dari tahun 2000 hingga 2012. Kajian ini menggunakan kaedah peratus dan sumbangan bagi melihat perubahan komposisi guna tenaga yang berlaku dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Hasil kajian mendapati perubahan komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 mencatatkan perubahan yang positif. Permintaan domestik dan penggantian import didapati bernilai positif manakala elemen eksport, perdagangan bersih dan produktiviti buruh bernilai negatif. Seterusnya, hasil kajian mendapati pertumbuhan tahunan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan menunjukkan nilai yang positif mencerminkan peningkatan dalam keperluan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dari tahun 2000 hingga 2012.

Senarai Kandungan Bil 1.0 Abstrak Isi Kandungan 2.0 Latar Belakang Kajian Konsep dan Takrifan 3.0 4.0 5.0 Pernyataan Masalah Objektif kajian Kaedah Kajian 5.1 Kaedah Memperoleh Data Sekunder 5.2 Kaedah Menganalisis Data 6.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 6.1 Pola Aliran Guna Tenaga Dalam Sektor Perkhidmatan Kerajaan Di Malaysia Pada Tahun 2000 Hingga Tahun 2011 6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 2000 2012. 7.0 8.0 9.0 Cadangan dan Langkah Rumusan Rujukan Lampiran Halaman 1 2 34 5 6 6 7-8 7 78 9 - 20 8 - 15

16 18

19 20 21 22 23

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia memerlukan tolakan besar yang berterusan untuk merangsang

transformasi supaya dapat menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampan menjelang tahun 2020. Malaysia menghadapi cabaran yang menggentarkan dalam persaingan global yang semakin pesat. Globalisasi mewujudkan persaingan yang sengit untuk mendapatkan bakat dan kemahiran. Keadaan ini menggambarkan manusia merupakan aset yang paling berharga yang perlu diakui oleh firma dan kerajaan. Di Malaysia, pekerjaan upah tinggi didapati masih kurang dan tidak mencukupi. Keadaan ini ditambah lagi dengan sumbangan pekerja mahir yang masih merosot yang melibatkan pelbagai industri. Masalah yang berlaku disebabkan majikan tidak

membayar untuk kemahiran sebaliknya lebih bergantung kepada pekerja asing yang tidak mahir yang mudah diperoleh dan kos yang murah. Keadaan guna tenaga kini berada pada tahap kritikal di mana berlaku peningkatan pantas dalam kadar

penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir. Bilangan ekspatriat yang bekerja di negara ini semakin berkurangan, pada masa yang sama, sistem pendidikan didapati tidak dapat menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh firma. Dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara terus terjamin, pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah program

pembangunan sumber manusia. Sumbangan sektor perkhidmatan

dalam ekonomi

negara telah mengubah struktur pasaran buruh industri perkhidmatan di mana berlaku perubahan drastik ekoran pertumbuhan ekonomi yang berlaku. Pada tahun 2011, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 59.4 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN) dan meningkat sebanyak 6.4 % pada suku keempat tahun 2011. Sektor ini dijangka mencatatkan sumbangan sebanyak 7.2 % setahun

sehingga 2015 dan berpotensi meningkatkan sumbangan KDNK sebanyak 61 % menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sumbangan sektor

perkhidmatan kepada KDNK jelas menunjukkan kepentingan sektor perkhidmatan kepada pertumbuhan ekonomi seperti di negara-negara maju yang lain di mana sejumlah besar KDNK adalah daripada sektor perkhidmatan. Selaras dengan itu, kerajaan telah mensasarkan sektor perkhidmatan menyumbang kepada KDNK

sebanyak 59.7 % pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga
3

(IMP3). Pada masa ini, pelbagai komitmen yang telah dilakukan oleh negara bagi liberalisasi sektor perkhidmatan yang melibatkan pelbagai hala, serantau dan dua hala melalui Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi perkhidmatan (AFAS),

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Di bawah AFAS, jangka masa meliberalisasikan

Perdagangan Bebas (FTA). sektor perkhidmatan telah

ditetapkan mengikut sektor-sektor keutamaan. Sektor sektor perkhidmatan perkhidmatan terus mengekalkan peratusan guna pekerjaan tenaga tertinggi yang di mana jika

membekalkan

jumlah

terbesar

dibandingkan dengan sektor-sektor lain dalam negara. Pertumbuhan guna tenaga berlaku secara berterusan dari tahun ke tahun disebabkan oleh pelbagai faktor seperti eksport, import, perdagangan, perbelanjaan negara dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis perubahan guna tenaga dalam industri perkhidmatan. Kajian juga dijalankan untuk melihat faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan dari tahun 2000 2012.

Konsep Dan Takrifan Guna tenaga Guna tenaga bermaksud penggunaan sumber - sumber ekonomi

seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha oleh firma - firma untuk kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan. Secara khusus, guna tnaga lebih merujuk kepada penggunaan buruh dalam kegiatan ekonomi.

Pengangguran dapat pekerjaan.

Keadaan Jumlah

apabila

seseorang

individu

ingin

bekerja negara

tetapi

tidak dengan

pengangguran yang

dalam

sesebuah dan

dikira proses

menjumlahkan pekerjaan.

semua

individu

tidak

bekerja

dalam

mencari

Perkhidmatan

kerajaan

Perkhidmatan

kerajaan

merupakan

sektor

yang

penting

kerana keupayaan rakyat untuk membayar perkhidmatan kos swasta masih rendah. Sektor yang disediakan relevan dengan kesejahteraan, keselesaan, kebajikan,

keselamatan rakyat. Perkhidmatan kerajaan berlangsung dalam tiga peringkat iaitu kerajaan negeri, kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan.

Pola

aliran

Arah

aliran

(trend)

merupakan

arah

pergerakan

jangka

panjang

sesuatu pembolehubah dalam data sin masa. Arah aliran ini biasanya dikira dengan menggunakan kaedah regresi atau purata bergerak.

Kata Kunci : Guna Tenaga, Pengangguran, Perkhidmatan kerajaan, Pola aliran

3.0 PERNYATAAN MASALAH. Pernyataan masalah merupakan salah satu kompenan penting dalam sesebuah

kajian. Kajian ini bertujuan untuk melihat arah aliran guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan salah satu sektor yang penting kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos swasta masih rendah. Justeru itu, tahun 2000 hingga tahun 2012 menyaksikan pola yang tidak konsisten guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Terdapat peningkatan dan

penurunan dalam bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Di samping itu, kajian ini turut melihat faktor yang mempengaruhi perkembangan guna tenaga sektor perkhidmatan di Malaysia. Kajian yang penyelidik jalankan ini akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia, Malaysia serta menambahkan

rujukan berkaitan dengan guna tenaga di Malaysia.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam sebuah kajian, objektif kajian adalah elemen yang paling penting sebagai panduan kepada tujuan yang khusus dalam proses kajian. Objektif kajian adalah seperti berikut : i. Mengenal pasti perubahan aliran guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan dari tahun 2000 2012. ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 2000 2012.

5.0 KAEDAH KAJIAN. Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah iaitu kaedah memperoleh data sekunder dan kaedah analisis data. 5.1 Kaedah Memperoleh Data sekunder.

Kaedah kajian ini dijalankan dengan memanfaatkan segala maklumat yang terdapat dalam perpustakaan, bilik sumber dan arkib. Penyelidik telah membuat beberapa rujukan berkaitan dengan Laporan Ekonomi Tahunan dari tahun 2000 hingga 2012 yang diperolehi dari Perpustakaan Negara Kuala Lumpur. Selain itu, penyelidik telah melayari beberapa laman web kerajaan seperti Jabatan Statistik Negara dan Jabatan Audit Malaysia. Penyelidik sambil merekod, akan meneliti nota semua dan bahan bertulis dan bercetak yang berkenaan diperlukan.

mencatat

mengambil

maklumat

Pembacaan ini juga merupakan cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dilakukan dan maklumat berkaitan aspek yang dikaji. 5.2 Kaedah Analisis Data.

5.2.1 Pengiraan peratus Bagi mengenal pasti peratus perubahan guna tenaga, kaedah pengiraan

peratus digunakan Rumus :

100

Dimana, E0 = guna tenaga tahun asas E1 = guna tenaga tahun semasa

5.2.2 Perbandingan Perbandingan antara tahun sepanjang tahun kajian ini dilakukan bagi melihat perubahan Malaysia. yang Dalam berlaku kaedah ke ini atas guna tenaga akan dalam sektor perkhidmatan peratusan di

pengkaji

membandingkan

aliran

perubahan guna tenaga antara tahun ke tahun. Oleh itu, analisis trend perubahan dapat dilihat dengan jelas. 5.2.3 Pengiraan peratus sumbangan. Bagi melihat sumbangan sektor cara pengiraan berikut telah digunakan.

Guna tenaga

100

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1

Pola

Aliran

Guna

Tenaga

Dalam

Sektor

Perkhidmatan

Kerajaan

Di

Malaysia Pada Tahun 2000 Hingga Tahun 2011

Tahun 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Jumlah Guna Tenaga (000) 961.1 981.0 979.5 994.5 1026.1 1,098.6

Peratusan Perubahan (%) 2.07 - 0.15 1.51 3.18 7.07

Pola Aliran Menurun Meningkat Meningkat Meningkat

Jadual 1 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada tahun 2000 hingga tahun 2004

Pola Aliran Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan Kerajaan Di Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2004
Peratusan Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan Awam (%)
8 7 6 5 4 3 2 1 0 -1 00 01 02 03 04 Peratus Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan Kerajaan

Jadual

menunjukkan

data

guna

tenaga

dalam

sektor

perkhidmatan

kerajaan di Malaysia bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2004. Berdasarkan jadual tersebut, pola aliran tidak konsisten ditunjukkan. Berdasarkan Laporan

Ekonomi yang berkait rapat dengan sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia, sektor ini merupakan sektor ketiga yang terpenting selepas sektor pembuatan, pertanian, mencukupi perhutanan bagi dan perkilangan aktiviti yang dalam memerlukan sektor ini guna dan tenaga yang untuk

menjalankan

seterusnya

meningkatkan pendapatan negara dan memajukan negara Malaysia. Hal ini kerana sektor perkhidmatan kerajaan mempunyai subsektor yang mempunyai peranan

masing-masing dan penting untuk kesejahteraan serta kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah jika sektor ini memerlukan tenaga buruh yang banyak bagi memastikan aktiviti dalam sektor ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan negara.

10

Pada tahun 2000, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan adalah sebanyak 981 ribu orang. Pada tahun 2001, jumlah guna tenaga dalam sektor ini menurun kepada 979.5 ribu orang. Jumlah guna tenaga menurun sebanyak 1.5 ribu orang atau berkurang sebanyak 0.15%. Pada tahun 2002 pula, jumlah guna tenaga dalam sektor yang sama meningkat sebanyak 15 ribu orang kepada 994.5 ribu orang. Jumlah guna tenaga yang meningkat ialah sebanyak 1.51 %. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2003, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan

kerajaaan menunjukkan peningkatan lagi sebanyak 3.18% atau meningkat sebanyak 31.6 ribu orang berbanding tahun 2002. Jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan pada tahun 2004 meningkat lagi kepada 72.5 ribu orang iaitu sebanyak 7.07 %.

11

Tahun

Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan (000 orang)

Peratusan Perubahan 1.80 3.05 7.97 -9.78

Arah Aliran

2005 2006 2007 2008

1,118.4 1,152.5 1,244.4 1,122.7

Menurun Meningkat Meningkat Menurun

Jadual 2 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2008

Arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan dari tahun 2005 -2008
10 8 6 4 2 0 -2 -4 -6 -8 -10 -12 -9.78 05 06 07 08 1.89 3.05 Peratusan Guna Tenaga 7.97

Jadual 2 di atas menunjukkan arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan dari tahun 2005 hingga 2008. Pada tahun 2005, jumlah guna tenaga dalam sektor tersebut meningkat sedikit sebanyak 1.80 % kepada 1,118.4 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Jumlah guna tenaga dalam sektor ini meningkat lagi sebanyak 34.1 ribu orang iaitu bersamaan 3.05 % kepada 1,152.5 ribu orang pada tahun berikutnya. Hal ini kerana menurut Laporan Ekonomi 2004/2005, pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam pembangunan ekonomi negara telah jauh maju ke

hadapan dan menjana peningkatan peluang pekerjaan dalam negara.

12

Peningkatan

permintaan

isi

rumah

terhadap

produk

perkhidmatan

melonjakkan

pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dan melalui kesan rantaian dengan aktiviti ekonomi yang lain membawa kepada eksternaliti dalam pasaran domestik. Lantaran itu, ia telah membuka lebih luas peluang pekerjaan perkhidmatan. Pada tahun 2007 pula, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan meningkat secara mendadak sebanyak 91.9 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor yang di nyatakan pada tahun tersebut adalah sebanyak 7.97 %. Jumlah guna tenaga dalam sektor ini menurun kepada 1,122.7 ribu orang pada tahun 2008. Penurunannya adalah dalam pasaran buruh sektor

sebanyak 9.78 %.

13

Tahun 2009 2010 2011 2012

Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan Kerajaan 1,247.9 1,249.5 1,251.8 1,254.9

Peratus Perubahan (%) 11.15 0.13 0.18 0.25

Arah Aliran Meningkat Menurun Meningkat Meningkat

Jadual 3 : Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun 2012

Arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan dari tahun 2009 - 2012(%)
12 11.15 10

Peratusan aliran (%)

0 09 10

0.13 11

0.18 12

0.25

14

Jadual 3 di atas menunjukkan arah aliran guna tenaga sektor perkhidmatan awam dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Pada tahun 2009, jumlah guna tenaga kembali kukuh dengan peningkatan 11.2% kepada 1247.9 ribu orang dan kemudiannya meningkat sedikit sebanyak 0.1% menjadi 1249.5 ribu orang pada tahun 2010. Jumlah guna tenaga sektor perkhidmatan kerajaan meningkat lagi sebanyak 0.2% menjadi 1251.8 ribu orang pada tahun 2011. Dalam era menuju sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan sektor tinggi, kerajaan secara setiap memberi dan keutamaan potensi untuk

membangunkan Akibat

perkhidmatan globalisasi

holistik aktiviti

sepenuhnya. dalam

kelangsungan

dalam

ekonomi

khasnya

sektor perkhidmatan memberi impak yang positif. Globalisasi ini membuka lebih luas pasaran sektor perkhidmatan dan seterusnya membuka peluang yang lebih besar kepada industri perkhidmatan untuk berkembang dengan lebih pesat dengan peningkatan permintaan isi rumah terhadap produk perkhidmatan melalui jaringan yang lebih global. Kesimpulannya, pola aliran jumlah guna tenaga dalam sektor

perkhidmatan kerajaan adalah tidak konsisten bermula tahun 2000 sehingga tahun 2012. Berlaku peningkatan dan penurunan antara tahun tersebut dan berubah pada tahun yang berkaitan. Peningkatan dan penurunan jumlah guna tenaga ini jelas menunjukkan bahawa negara Malaysia memerlukan lebih banyak guna tenaga

dalam sektor tersebut untuk memastikan rakyat Malaysia terus maju dan dalam keadaan aman dan sejahtera. Hal ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada tenaga buruh di Malaysia malah sektor ekonomi ini juga dapat

meningkatkan pendapatan negara Malaysia.

15

6.2

FAKTOR-FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 2012.

Tahun

Guna Tenaga Malaysia (000 orang) 9,271.2 9,532.5 9,840.0 10,181.1 10,463.7 10,892.8 11,159.1 11,409.6 11,576.5 11,640.9 11,958.5 12,555.5 12,505.0

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Di Guna Tenaga Perkhidmatan (000 orang) 4,509.2 4,756.7 4,920.5 5,086.0 5,274.5 5,556.0 5,741.8 5,921.6 6,046.1 6,229.7 6,372.1 6,545.2 6,686.8

Sektor Sumbangan Tenaga (%) 48.64 49.90 50.00 49.96 50.41 51.01 51.45 51.90 52.23 53.52 53.29 52.13 53.47

Guna

Jadual 4: Sumbangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada tahun 2000 hingga tahun 2004. Jadual 4 di atas menunjukkan data sumbangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan di Malaysia bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2011. Berdasarkan jadual tersebut, sumbangan guna tenaga sektor perkhidmatan terhadap jumlah guna tenaga di Malaysia adalah tidak konsisten. Sektor perkhidmatan yang juga sektor ketiga meliputi beberapa sektor iaitu kewangan, perhubungan, perkhidmatan

kerajaan dan perkhidmatan utiliti. Walaupun data di atas menunjukkan sumbangan sektor ketiga terhadap jumlah guna tenaga tidak konsisten iaitu terdapat peningkatan dan penurunan jumlah sumbangan terhadap guna tenaga.

16

Hanya

pada

tahun

2002,

2009

dan

2010

yang mencatatkan

penurunan

sumbangan akan tetatapi penurunan yang dicatatkan hanya penurunan yang kecil namun secara keseluruhannya data sumbangan guna tenaga tersebut

memperlihatkan peningkatan yang agak memberangsangkan. Terdapat sumbangan guna beberapa tenaga faktor sektor yang mempengaruhi terhadap peningkatan guna dalam di

perkhidmatan

jumlah

tenaga

Malaysia. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada empat faktor iaitu faktor fizikal, ekonomi, kerajaan dan teknologi. Kekayaan menggalakkan sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia telah

penyediaan

pelbagai

kemudahan

perkhidmatan.

Misalnya

perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan sektor pengangkutan, pelabuhan dan bekalan tenaga elektrik dan gas kepada penduduk. Manakala kewujudan sungai yang besar dan dalam pula telah menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti di Sungai Rajang, Sarawak. Dalam konteks sektor pelancongan hampir 90 % daripadanya bergantung terhadap keindahan semula jadi alam sekitar. Produk ekopelancongan di Malaysia mempunyai peranan dalam menjana perkembangan sektor pelancongan negara

kerana mempunyai unsur semula jadi yang menarik seperti keindahan pantai dan pulau, tanah tinggi yang beriklim sederhana sejuk, hutan simpan dan air terjun.

Kemajuan untuk untuk

sektor

ekonomi

primer sektor

dan

sekunder

menjadi negara dan

asas kerana

penting sektor sebagai

memperkembangkan kepada

perkhidmatan primer

perkhidmatan

bergantung

produk

ekonomi

sekunder

inputnya. Hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perindustrian perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran. Keadaan ini memerlukan perkhidmatan

pengangkutan dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk tersebut boleh sampai dengan segera kepada pengguna. Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api memainkan peranan penting. Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan

pengangkutan, pelancongan, kesihatan, dan

pendidikan tinggi

bergantung kepada

pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa beli yang tinggi. Jika pendapatan perkapita penduduk masih rendah maka permintaan kepada sektor perkhidmatan juga akan berkurangan.

17

Di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perkhidmatan. pelabur pengajian asing tinggi Antara peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan institut Sebagai

menanam dan

modal

dalam

sektor

pelancongan, insurans

membuka bank.

menyediakan

perkhidmatan

dan

contoh, para pelabur diberikan pengecualian cukai antara 85 % hingga 100 % bagi menggalakkan mereka melabur di Malaysia. Selain itu, usaha mempromosikan

sektor pelancongan di luar negara telah dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC. Dalam Rancangan Malaysia francais, Kelapan pula, kerajaan konsep bersungguh-sungguh e-dagang, menjayakan

mengembangkan

industri

memperluaskan

MSC, menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti mwmbina jaringan lebuh raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk menjana sektor perkhidmatan dalam Negara. Menerusi dasar penswastaan pula, kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti

bekalan air bersih, tenaga elektrik dan komunikasi. Oleh itu, muncullah syarikat konglomerat yang memberikan perkhidmatan cekap kepada rakyat seperti

TELEKOM, CELCOM dan MAXIS.

Kepesatan

pembangunan

sektor

perkhidmatan

amat

memerlukan

kemajuan

teknologi dan inovasi. Oleh itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna. Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui R&D yang berlaku dalam Negara malahan ada juga teknologi yang diimport dari luar Negara. Secara jelas teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat di Malaysia amat membantu perkembangan sektor

perkhidmatan yang lain seperti sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan dan utiliti.

18

7.0 CADANGAN DAN LANGKAH Bagi kerajaan, kerajaan meningkatkan perlu guna tenaga Dasar dalam Gaji sektor Miminum perkhidmatan Kebangsaan.

melaksanakan

Pelaksanaan dasar ini selaras dengan hala tuju kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah. Penetapan dasar gaji minimum dapat mempertingkatkan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan. Selain perkhidmatan kerajaan, ini dapat itu, untuk meningkatkan guna tenaga dalam sektor

kerajaan perlu memperkasakan pendidikan luar bandar. Hal kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya

meningkatkan

pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan Pelan yang Induk begitu ketara. Dalam hal ( ini, pihak ) kerajaan bagi telah

mewujudkan

Pembangunan

Pendidikan

PIPP

mengatasi

permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar

berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan sebagainya. Seterusnya, bagi mengurangkan pengangguran di Malaysia kerajaan

perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor - sektor primer, sekunder dan tertier. Justeru mereka mereka itu, usaha-usaha yang lebih giat akan yang dijalankan sesuai perlu dan bagi untuk terus akan

melengkapkan memudahkan

dengan

kemahiran-kemahiran pekerjaan. Selain itu,

memperolehi dan

kerajaan yang baik

menyediakan perkhidmatan

maklumat

pasaran

buruh

mengawasi arah aliran pasaran buruh dengan teliti. Tumpuan atau kecenderungan pencari kerja kepada pekerjaan kolar putih perlu diubah supaya selaras dengan bertambahnya keperluan terhadap kerja mahir. Di samping itu, bekerja sendiri perlu diberi penekanan memandangkan keadaan ekonomi yang lembab. Perubahan sikap juga perlu seperti tenaga buruh yang baru memasuki pasaran buruh perlu lebih berdikari, berdaya usaha dan mempunyai sikap bersaing.

19

8.0 RUMUSAN KAJIAN Kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana negara tanpa memiliki guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi yang mampu bertindak balas dengan cekap dan kreatif terhadap perubahan ekonomi yang berlaku. Hal ini demikian kerana guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta pertumbuhan guna tenaga yang berterusan merupakan asas penting kepada ekonomi Malaysia bagi mencapai aspirasi negara dalam mentransformasikan ekonomi daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Kerajaan telah

mensasarkan untuk mencapai 60 % daripada ekonomi negara berpunca dari sektor perkhidmatan. Yang berupaya menjana pendapatan yang tinggi dan mencapai

pendapatan per kapita rakyat USD 15,000 pada tahun 2020 Dapat dirumuskan disini bahawa peningkatan guna tenaga dalam sektor

perkhidmatan kerajaan disebabkan oleh pembangunan ekonomi negara telah jauh maju ke hadapan dan menjana isi rumah peningkatan terhadap peluang produk pekerjaan dalam negara.

Peningkatan

permintaan

perkhidmatan

melonjakkan

pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dan melalui kesan rantaian dengan aktiviti ekonomi yang lain membawa kepada eksternaliti dalam pasaran domestik. Lantaran itu, ia telah membuka lebih luas peluang pekerjaan perkhidmatan. Seterusnya, hasil kajian turut menunjukkan peratusan pertumbuhan tahunan dalam pasaran buruh sektor

guna tenaga dalam sektor perkhidmatan di Malaysia mengalami pertumbuhan yang positif dari tahun 2000 hingga 2012 mencerminkan keperluan kepada guna tenaga dalam sektor perkhidmatan yang semakin penting dan diperlukan dalam ekonomi negara. Pertumbuhan jika guna tenaga dalam dengan sektor perkhidmatan lain didapati dalam lebih

memberangsangkan negara Malaysia.

dibandingkan

sektor-sektor

ekonomi

Seterusnya, penurunan kadar pengangguran disebabkan kerajaan telah menyekat kemasukan pekerja asing ke negara kita bagi memberi laluan kepada pekerja tempatan tersebut. untuk mendapatkan kerajaan pekerjaan ini telah mengikut kelayakan kadar seseorang pekerja dan

Tindakan

mengurangkan

pengangguran

meningkatkan pendapatan seseorang individu tersebut.

20

Kesimpulannya, guna tenaga dalam

penurunan sektor

kadar

pengangguran kerajaan

menyebabkan semakin

peningkatan Namun

perkhidmatan

meningkat.

begitu, pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk melahirkan guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi setanding dengan guna tenaga di negara-negara maju yang lain. Tidak dapat inafikan lagi bahawa sektor perkhidmatan merupakan enjin

pertumbuhan ekonomi baharu dalam mana-mana Negara di dunia ini terutama di Negara maju atau developed nation dan Malaysia termasuk dalam kategori

middle income trap. Keadaan ini berlaku kerana FDI (foreign direct investment) lebih berminat untuk melabur di Negara yang mempunyai kos buruh yang rendah seperti di China dan Vietnam. Oleh itu, bagi meningkatkan sektor perkhidmatan sebagai new engine of growth tidak dapat dielakkan lagi oleh negara seperti Malaysia.. Secara ringkasnya, mutu perkhidmatan berkait rapat dengan trust and

commitment yang akhirnya akan membawa kepada satu mutu perkhidmatan yang diyakini dan membentuk sifat setia para pengguna perkhidmatan yang disediakan. Sementara itu, untuk mencapai kualiti mutu perkhidmatan yang diingini maka penyedia perkhidmatan wajib melihat dua dimensi utama iaitu : 1. Dimensi techinality iaitu memberi perkhidmatan seperti yang dijanjjikan iatu lebih baik. 2. Dimensi functionality iaitu faktor-faktor seperti professionalism,

promptness dan tindak balas yang memainkan peranan dan pelbagai lagi faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk keadaan yang memungkinkan kita bedara dalam kelompok yang berdaya saing dan

dikatakan berada dalam kategori move up value chain.

21

9.0 RUJUKAN a) Internet http://www.treasury.gov.my/ (1 Julai 2013, 4.15 p.m.) http://freepdfdb.org/pdf/memperkasakan-pendidikan-luar-bandar-about-iiumrepository-29645722.html (3 Julai 2013, 10.45pm) http://www3.pmo.gov.my/rancanganweb/rancangan1.nsf/0/edc94c433296e5814825 674b0032eb63?OpenDocument (23 Julai 2013, 10.35 p.m.) http://blog.mohr.gov.my/ (23 Julai 2013 11.10 p.m.) http://www.pmr.penerangan.gov.my ( 3 Julai 2013, 9.10 p.m.) http://www.efk.utm..my ( 4 Julai 2013, 1.15 a.m.) b) Buku Suhiliah Mohd Salleh. 2013. Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rahmah Ismail. 1996. Model Manusia dan Perolehan Buruh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kewangan Malaysia,2004, Laporan Ekonomi 2004/2005. Kuala

Lumpur. Percetakan nasional Malaysia Berhad cawangan Kuala Lumpur.

22

LAMPIRAN Formula yang digunakan

1 0 0

100

Guna tenaga

100

23

You might also like