You are on page 1of 3

Edu 3103 Murid dan Alam Belajar Bahagian A 1. Konsep alam belajar 2.

Kepentingan bermain dalam proses pembelajaran kanak-kanak 3. Jenis main 4. Prinsip pembelajaran Ewell (1997) 5. Ciri-ciri teori pembelajaran konstruktivis 6. Fokus yang perlu ditekankan oleh guru menggunakan Teori Kognitif dalam P&P 7. Implikasi Teori Albert Bandura terhadap pengajaran 8. Ciri-ciri teori pembelajaran mazhab humanis 9. Aplikasi Teori Behavioris untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas (aktiviti pengajaran yang kurang sesuai) 10. Bagaimanakah Teori Behavioris dapat diaplikasikan dalam proses p&p utk kanak-kanak berkeperluan khas? 11. Model pengajaran Pemprosesan Maklumat 12. Langkah pengajaran dalam model pengajaran langsung 13. Kaedah p&p Simulasi 14. Perkara utama yang perlu diterapkan dalam model personal 15. Kebaikan penggunaan model-model pengajaran kepada guru. 16. Kemahiran asas yang diperlukan untuk menjayakan strategi kajian masa depan (kemahiran ramalan) 17. Strategi pengajaran dan pembelajaran pedagogi bestari. 18. Kecerdasan pelbagai (spatial/ruang-visual) 19. Pendekatan motivasi pendekatan humanistic 20. Elemen-elemen yang menyumbang kepada suasana kondusif semasa proses p&p di dalam bilik darjah.

Bahagian B (40 markah) Jawab semua soalan

1. Pengalaman belajar secara langsung merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi dan amat berkesan. a. Jelaskan tiga kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid. b. Nyatakan empat prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan

pembelajaran semula jadi kanak-kanak. 2. Main merupakan sebahagian penting alam belajar kanak-kanak. a. Senaraikan empat jenis permainan kategori main sosial b. Terangkan tiga cirri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. 3. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan rohani secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pembelajaran masing-masing. a. Nyatakan 4 jenis gaya pembelajaran murid menurut Mumford dan Honey (1986) aktivis,reflektor, teoris, pragmatis b. Jelaskan 3 implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Motivasi daripada perspektif pendekatan kognitif menekankan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh cara pemikiran dan persekitaran. Teori Atribusi Weiner, Teori Ekspektasi versus Nilai dan Teori Dissonansi Kognitif mendasari aliran pandangan ini. a. Berdasarkan teori motivasi kognitif Atribusi Weiner, jelaskan 3 peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar. b. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi Weiner.

Bahagian C (40 Markah) Jawab dua soalan sahaja

1. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. a. Jelaskan 5 prinsip pembelajaran teori pembelajaran konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. b. Huraikan mana-mana 5 daripada 8 peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya. 2. Model pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif dalam kalangan murid. a. Jelaskan 4 prinsip pembelajaran koperatif dalam model pembelajaran sosial. b. Huraikan 4 implikasi model pembelajaran sosial terhadap p&p. 3. Motivasi berkaitan dengan pendekatan Behavioris dan kognitif boleh

dikategorikan kepada jenis instrinsik dan ekstrinstik. a. Jelaskan 5 perbezaan di antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi instrinsik. b. Huraikan 5 cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi instrinsik dalam kalangan murid-muridnya.

You might also like