You are on page 1of 4

Hasil kajian Pekebun Getah 5.1) Maklumat Asas.

5.1.1 Jenis Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman getah oleh Encik Zan Halizi bin Abu Hanipah di Kg. Chior, Lasah, Sg. Siput (U), Perak. 5.1.2 Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi.
Penanaman getah ini telah dimulakan oleh En. Zan Halizi bin Abu Hanipah dan Puan Fatimah binti Ahmad Tajudi, suami isteri sejak tahun 1998. Oleh yang demikian beliau telah mengusahakan penanaman getah ini sudah hampir 15 tahun lamanya. Tanaman tersebut diusahakan masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan penanaman getah tidak jauh dari rumahnya di Bukit Kepong sehingga beliau mendapat hasil. Pada masa sekarang kebun getahnya telah ditanam dengan kira 1600 pokok getah yang sedang mengeluarkan hasil. 5.1.3 Lokasi/Tempat Kajian Lokasi kajian ini ialah di Kampung Chior, Lasah iaitu kira-kira 3 km dari rumah pengusahanya. En Zan Halizi sekeluarga tinggal di No 7, Kampung Tok Sirat, Lintang, Sg. Siput (U), Perak. Beliau kini berusia 51 tahun manakala isterinya 42 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Pekan yang terdekat ialah Pekan Lasah. Jarak rumah beliau dengan pekan Lasah ialah kira-kira 1 km.

5.1.4 Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan Penanaman getah juga dijalankan oleh sebahagian besar penduduk kampung ini di kawasan kebun yang tidak jauh dari rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Zan Halizi bin Abu Hanipah. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Zan Halizi kerana beliau merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman getah di sini. 5.2. Latar Belakang

5.2.1. Tujuan dijalankan Sejak awal lagi, En. Zan Halizi pada mulanya menanam pisang untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Kemudian, beliau menjual pisang tersebut ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. Beliau menjual semua jenis pisang yang ditanam. Antara jenis pisang tersebut adalah pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan pisang nipah. Beliau menjual kira-kira 100kg pisang setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga sekitar RM 1.30- 1.50 sekilogram kira-kira dua kali sebulan.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik Ayub ialah kira-kira RM260300 sebulan.

5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan Dalam bidang menanam pisang, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kira-kira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pisang. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula mengusaha dan setiap kali proses penanaman semula.Kubotar ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah parang dan sabit untuk merumput dan membersihkan kawasan ladang.

5.2.3-Tempat Kawasan Encik Md Ayub mendapatkan kemudahan air dari rumahnya. Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak perlu membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan dari daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagai berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak.Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing. 5.2.4-Kos Pengendalilan Benih pokok pisang diambil dari pokok-pokok pisang yang telah matang dan mampu menghasilkan anak-anak pokok pisang . Racun dan baja dibeli sendiri dan dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah yang rosak, membungkus pisang dilakukan bagi mengekalkan kualiti . Kadang kala beliau menggunakan baja kimia tertentu untuk mengemukkan pokok pisang. 5.3-Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat. 5.3.1 Sumber pendapatan utama dan sampingan Dengan penanaman pisang ini, pekebun memperoleh kira-kira RM600-700 sebulan sebagai pendapatan . Pekebun hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada penjual buah-buahan di Felcra Bukit Kepong. 5.3.2- Memenuhi Permintaan. Dengan menanam pisang, beliau dapat memenuhi permintaan segelintir masyarkat setempat terutama pada musim perayaan, kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Oleh hal demikian, ia telah memudahkan penduduk kampng untuk memperoleh buah pisang dan dapt menghasilkan produk seperti : Kek Pisang Pisang Goreng - Kerepek Pisang

5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga Penanaman pokok pisang ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya. 5.3.4-Peluang Perkerjaan Dengan mengusahakan penanaman getah pisang, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di kebun pisang tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di kebun pisang adalah menanam semula anak-anak pokok, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.

5.4- Prospek 5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi. Antara cabaran yang dihadapi pekebun getah seperti En. Zan Halizi ialah serangan haiwan perosak seperti babi hutan, anai-anai dan gajah. Tambahan pula kebun beliau bersempadanan dengan kawasan hutan. dalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :-

Selain daripada haiwan perosak, kadangkala pekebun juga berhadapan masalah penyakit pokok seperti memperoleh masalah penyakit

5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta. Pihak kerajaan melalui RISDA sentiasa memberi bantuan khidmat nasihat kepada En. Zan Halizi dan pekebun-pekebun getah yang lain dari semasa ke semasa. Langkah tersebut telah dapat membantu mereka untuk meningkatkan hasil keluaran tanaman yang diusahakan. Secara tidak langsung ia dapat mendedahkan mereka dengan berbagai pengetahuan baru tentang tanaman getah. Keadaan inilah yang menguatkan semangat En. Zan Halizi dan penduduk yang lain untuk terus melibatkan diri dengan kegiatan penanaman getah meskipun adakalanya menghadapi pelbagai masalah. 5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat. Masyarakat di ini turut menanam getah bagi menampung keperluan harian diri dan keluarga. Sepertimana En. Zan Halizi, kebanyakan penduduk di sini bergantung hidup dengan hasil penjualan getah beku sahaja Kebanyakan mereka sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk seperti kerepek pisang, kek pisang dan sebgainya yang dihantar ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. 5.4.4- Saranan dan harapan. Encik Zan Halizi berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman getah yang diusahakannya sekarang. Sekaligus boleh menambahkan lagi jumlah pokok getah yang telah ditanam. Beliau juga berharap masalah-masalah yang dihadapi kini dapat dikurangkan. Pada masa yang sama dapat beliau berazam untuk terus berusaha menjaga tanaman yang sedia ada agar mampu menampung keperluan keluarga khususnya perbelanjaan pendidikan anak-anaknya pada masa hadapan. Bagi generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang pertanian, En. Zan Halizi menyarankan supaya mereka mengusahakan tanaman lain yang boleh mendatangkan hasil dalam tempoh yang lebih singkat berbanding getah. Menurutnya, harga getah yang tidak menentu dan faktor saingan daripada getah tiruan menyebabkan taraf kehidupan pekebun getah di luar bandar belum dapat ditingkatkan.

RUMUSAN Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

You might also like