You are on page 1of 147

Edisi Pertama 2008

YUSOF BOON, ASHA HASNIMY MOHD HASHIM &


HALIJAH IBRAHIM 2008
Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Adaptasi latihan dan kecederaan / editor Yusof Boon, Asha Hasnimy Mohd
Hashim, Halijah Ibrahim.
Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0510-1
1. Physical fitness. 2. Athletes. I. Yusof Boon. II. Asha Hasnimy
Mohd Hashim. III. Halijah Ibrahim. IV. Judul.
613.711
Pereka Kulit: MOHD. NAZIR MD. BASRI &
MOHD ASMAWIDIN BIDIN
Diatur huruf oleh / Typeset by
YUSOF BOON & RAKAN-RAKAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS
Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA


KANDUNGAN










Prakata ix



1 Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot 1
Lengan Terhadap Kepantasan Kayuhan Kayak
Zainal Abidin Zainuddin, Ong Ay Shin &
Halijah Ibrahim

2 Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan : Kesan 15
Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan
Hafizah Harun & Rohana Hashim

3 Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis 27
Untuk Atlet Hoki
Asha Hasnimy Mohd Hashim & Norhafizah
Ismail
Kandungan vi


4 Tindak Balas Kadar Nadi Semasa Perlawanan 39
Bola Jaring Berdasarkan Posisi Pemain
Syahrul Ridhwan Morazuki & Khalifah Mastura
Hassan

5 Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara 52
Pemain Futsal dan Pemain Bolasepak
Menggunakan Ujian Wingate
Zainal Abidin Zainuddin & Mohd Redzuan Mohd

6 Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan 64
Posisi Pemain Bola Jaring
Syahrul Ridhwan Morazuki & Ida Haryati Satibi

7 Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi 78
Ujian Masa Acara 1000m bagi Pelumba
Basikal Peringkat Negeri
Syahrul Ridhwan Morazuki & Ruziyanti
Ibrahim

8 Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah 90
Berdasarkan Bilangan dan Jarak Lepasan Anak
Panah
Asha Hasnimy Mohd Hashim & Hariaty Hamid

9 Pola Kecederaan Atlet Memanah 99
Asha Hasnimy Mohd Hashim, Kamal Talib
Zainal Abidin Zainuddin & Halijah Ibrahim

10 Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga 106
Asha Hasnimy Mohd Hashim & Mat Azmin
Bakar


Kandungan vii



11 Aktiviti Gelombang Otak Semasa Rehat, 111
Bermain Sudoku dan Selepas Simulasi
Perlawanan Taekwando
Zainal Abidin Zainuddin & Izwyn Zulkapri

12 Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan Bagi 125
Pemain Boling Padang
Hafizah Harun & Norashida Abdul Rahman


Indeks 136






PRAKATA








Buku ini merupakan hasil daripada pengumpulan bahan-bahan
kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik di
dalam bidang Sains Sukan. Ia merangkumi pelbagai aspek yang
secara tidak langsung menyentuh bagaimana sesuatu latihan itu
dapat diadaptasikan dalam situasi permainan yang sebenar dan
seterusnya dapat membantu seseorang atlet tersebut dalam
meningkatkan prestasinya. Aspek yang dikaji merangkumi aspek
fizikal, fisiologikal dan psikologikal.

Buku ini juga memaparkan kajian-kajian mengenai faktor-
faktor yang menyumbang kepada kecederaan dan pola kecederaan
yang sering dialami oleh seseorang atlet di dalam sesuatu sukan.
Melalui buku ini, diharap pembaca dapat memahami dengan lebih
mendalam dan mengaplikasikan latihan tertentu bagi mengelakkan
kecederaan dan meningkatkan prestasi atlet.




Prakata x


Yusof Boon
Asha Hasnimy Mohd Hashim
Halijah Ibrahim
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
2008
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 1


1
PENGARUH PANJANG TANGAN DAN
LILITAN OTOT LENGAN TERHADAP
KEPANTASAN KAYUHAN KAYAK
Zainal Abidin Zainuddin
Ong Ay Shin
Halijah Ibrahim


PENGENALAN


Kayak didefinisikan sebagai satu jenis kenderaan air yang kecil,
biasanya terbuka kepada udara dan boleh dijana oleh angin, jentera
atau tenaga manusia. Seseorang atlet kayak memerlukan kekuatan
otot dan mental yang tinggi. Dalam faktor kekuatan otot, ramai
menghubungkaitkan bentuk tubuh badan seseorang dengan
kekuatan individu serta prestasinya. Menurut Sodhi (1991),
terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa bentuk tubuh badan
merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha mencapai
prestasi yang tingi. Anthropometri merupakan salah satu cabang
ilmu sains juga dikenali sebagai pengukuran manusia yang
mengklasifikasikan badan dan bentuk tubuh badan manusia.
Anthropometri membekalkan kuantiti antara muka pada struktur
manusia dan fungsi. Ia juga didefinisikan sebagai kajian pada saiz
manusia, bentuk, komposisi,nisbah tubuh badan, kematangan dan
fungsi kasar dimana untuk memahami tumbesaran, latihan,
persembahan dan nutrisi. Acara kayak memerlukan kekuatan otot
untuk menghasilkan kayuhan yang kuat kerana lakuan mengayuh
menjadi berat dan memerlukan tenaga semasa berada dalam air
memandangkan teori mengayuh adalah menentang arah aliran arus.
Kekuatan otot yang rendah akan merendahkan prestasi kayuhan.
Ketangkasan otot diperlukan untuk mempersembahkan pusingan

2 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


kayuhan secara berturutan seberapa cekap dan pantas yang boleh.


Semakin banyak pusingan yang dapat dihasilkan dalam masa
singkat boleh mempercepatkan lagi proses kemajuan.
Panjang tangan atlet iaitu dari bahagian Acromion Process
di bahu hingga Carpals (pergelangan tangan) dan lilitan otot
Biceps Brachii dan Triceps di bahagian lengan atlet mempengaruhi
prestasi kayuhan dalam sukan kayak. Acromion process adalah
tulang seperti Protuberance yang terdapat di pinggir bahu
manakala otot Biceps Brachii dan Triceps merupakan bahagian
otot lengan yang terbanyak terlibat dalam pergerakan mengayuh.
Kebanyakkan kajian yang telah dijalankan biasanya menumpu
pada ketahanan, ketangkasan dan kekuatan otot mempengaruhi
prestasi kayak tetapi kurang diperhatikan kajian yang dijalankan
menfokuskan pada mengkaji pengaruh panjang tangan dan lilitan
otot mungkin boleh memberi kesan pada kayuhan. Melalui kajian
lepas yang dinyatakan oleh Lerner (2007a), didapati tulang femur
atlet lumba basikal Lance Armstrong yang berjaya memegang
tujuh rekod dunia dalam perlawanan lumba basikal paling
berprestij di dunia, Tour de France lebih panjang berbanding
dengan lelaki biasa yang mempunyai ketinggian sama dengannya.
Pernyataan ini menunjukkan aspek fizikal seperti panjang tulang
mungkin juga merupakan salah satu faktor yang boleh
mempengaruhi prestasi atlet.
Sehubungan itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengenalpasti pengaruh panjang tangan dari bahagian Acromion
Process hingga Carpals (pergelangan tangan) atlet terhadap
prestasi kayuhan dalam kayak dan mengenalpasti pengaruh lilitan
otot Biceps Brachii dan Triceps atlet terhadap prestasi kayuhan
dalam kayak.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang menggunakan reka
bentuk ujian, latihan dan kumpulan untuk mendapat perbandingan
prestasi pencapaian antara kumpulan dalam sukan kayak.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 3

Pengukuran dilakukan pada atlet sebelum dan selepas menjalani


latihan selama 6 minggu. Ujian yang akan digunakan adalah ujian
pra dan pos. Setiap ujian yang dijalankan dilakukan sebanyak 3
kali dan bacaan purata diambil untuk mendapatkan keputusan yang
tepat dan mengurangkan ketidaktepatan data yang diambil pada
panjang tangan dari bahagian Acromion Process hingga Carpals
(pergelangan tangan) dan lilitan otot Biceps Brachii danTriceps.
Bahagian ini berupaya mempengaruhi prestasi kayuhan atlet dalam
kayak sebelum dan selepas menjalani latihan.
Tiga fasa telah dirancang untuk proses pengumpulan data .
Fasa tersebut adalah Fasa Ujian Klasifikasi Subjek dimana subjek
akan menjalankan tiga ujian iaitu Pengukuran Lipatan Kulit
(Skinfold Measurement), Pengukuran Panjang Tangan dan
Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth Measurement). Ujian ini
dipilih kerana senang dipelajari dan mampu dikendalikan dengan
lebih praktikal. Ketiga-tiga ujian ini tidak memerlukan masa yang
panjang untuk enjalankannya dan merupakan satu cara yang jimat
untukmendapatkan peratusan lemak tubuh badan. Fasa kedua ialah
Fasa Pengukuran yang melibatkan pengukuran sampel iaitu
Pengukuran Lipatan Kulit (Skinfold Measurement), Pengukuran
Panjang Tangan dan Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth
Measurement) akan dijalankan sekali lagi untuk menentukan
adakah perubahan dari segi data selepas atlet melalui tempoh
latihan berbanding dengan sebelum latihan. Fasa ketiga pula ialah
Fasa Ujian Kemahiran yang bertujuan untuk menguji prestasi
pencapaian iaitu ujian kayuhan maksimum 50 dan 100 meter.
Instrumen yang akan digunakan adalah Constant Tension
Tape / Pita Pengukur, Pengukur Lipatan Kulit (Skinfold Caliper),
Pita Pengukur J arak (meter), J am Saintifik (Stopwatch), Borang
Skor Ujian Klasifikasi, Borang Rekod Kecergasan Diri, Borang
Skor Ujian Prestasi Pencapaian.
Subjek akan menjalani tiga fasa, iaitu fasa ujian klasifikasi
subjek, fasa pengukuran dan fasa ujian prestasi pencapaian. Dalam
fasa pertama, iaitu fasa ujian klasifikasi subjek, sampel telah
menjalankan tiga ujian untuk mengenalpasti dan mengelaskan
sampel. Ujian tersebut termasuk Ujian Pengukuran Lipatan Kulit
Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
4 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

(Skinfold Measurement), Ujian Pengukuran Panjang Tangan dan


Ujian Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth Measurement).


PENGANALISAAN DATA

Selepas pengumpulan data, data mentah yang diperolehi telah
diproses dan dianalisis. Dalam bab ini, tumpuan telah diberikan
kepada penganalisaan data-data yang telah diperolehi daripada
hasil pengujian prestasi yang telah dilakukan oleh penyelidik ke
atas atlet-atlet pasukan kayak. Selain itu, data-data yang telah
diperolehi daripada profail sampel yang telah dilakukan oleh
penyelidik juga dianalisis. Analisis diskriptif dibuat dengan
membincangkan dapatan dari data-data yang diperolehi. Bagi
memudahkan analisis, semua maklumat dinyatakan dalam bentuk
rajah agar hasil dapatan penyelidikan lebih mudah dan jelas untuk
difahami.



Adaptasi Latihan dan Kecederaan 5



Rajah 1: Prestasi Atlet Kumpulan J arak 50 Meter

Berdasarkan dapatan, subjek 5 merupakan individu paling cepat
dalam kumpulan dimana masa kayuhannya ialah 17.8 saat
manakala subjek 3 tergolong sebagai individu paling lambat
dimana prestasinya mencapai 20.20 saat. Ukuran panjang tangan
subjek 5 adalah paling panjang dalam kumpulan iaitu 60 cm
manakala ukuran lilitan lengannya menunjukkan nilai yang sangat
rendah dalam kumpulan iaitu 25.5 cm. Di samping itu, subjek 3
mempunyai ukuran panjang tangan sebanyak 57 cm dan ukuran
lilitan lengan sederhana tinggi dalam kumpulan iaitu 28.5 cm.

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
6 Adaptasi Latihan dan Kecederaan



Rajah 2: Nilai Ukuran Panjang Tangan dan Lilitan Lengan Atlet
Kumpulan J arak 50 Meter












Adaptasi Latihan dan Kecederaan 7



Rajah 3: Prestasi Atlet Kumpulan J arak 100 Meter

Perubahan ketara dapat dilihat apabila sampai ke garisan penamat
dimana Subjek 9 telah melintasi rakan seperjuangannya dan
merupakan individu paling cepat dalam kumpulan dengan masa
kayuhan 31.20 saat manakala subjek 3 masih tergolong sebagai
individu paling lambat iaitu 34.70 saat. Walau bagamanapun
ukuran panjang tangan subjek 9 adalah paling pendek dalam
kumpulan iaitu 53 cm manakala ukuran lilitan lengannya
menunjukkan nilai agak tinggi dalam kumpulan iaitu 31 cm. Di
samping itu, subjek 3 mempunyai ukuran panjang tangan sebanyak
57 cm dan ukuran lilitan lengan sederhana tinggi dalam kumpulan
iaitu 28.5 cm.

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
8 Adaptasi Latihan dan Kecederaan



Rajah 4: Nilai Ukuran Panjang Tangan dan Lilitan Lengan bagi Atlet
Kumpulan J arak 100 Meter

Data juga mendapati menunjukkan ukuran lipatan kulit bagi subjek
9 bertempat kedua tinggi dalam kumpulan secara umum dimana
bahagian Abdomen 14 mm, Suprailium 14.50 mm, ukuran Thigh
dan Calf masing-masing 15 dan 7 mm manakala ukuran Triceps 13
mm dan bahagian Chest 8 mm. Berbanding dengan subjek 9,
ukuran lipatan kulit bagi subjek 3 lebih rendah dimana ukuran pada
bahagian Abdomen dan Suprailium adalah 7 dan 5.5 mm, bahagian
Thigh dan Calf masing-masing 7 dan 5.50 mm manakala ukuran
Triceps dan Chest adalah 7.80 dan 5 mm.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 9



Rajah 5: Nilai Ukuran Lipatan Kulit (Skinfold) pada Enam Bahagian
Badan bagi Atlet Kumpulan J arak 100 Meter


PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan data yang diperolehi melalui ujian sebenar, dapatan
secara kasarnya juga boleh dikategorikan kepada dua kumpulan
besar iaitu kumpulan yang berada dalam nilai atas purata dan
kumpulan bawah nilai purata. Secara umumnya,keputusan
menunjukkan peningkatan dalam prestasi atlet jika dibandingkan
dengan ujian rintis tetapi menunjukkan penurunan pada taburan
dan bilangan atlet dalam kumpulan bawah nilai purata. Latihan dan
senaman memainkan peranan penting dalam memberi kesan positif
terhadap prestasi pada atlet dalam semua jenis sukan dan
Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
10 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

permainan. Ini bersesuaian dengan pendapat Sprague (1996) yang


mengatakan kekuatan dan saiz tulang boleh ditingkatkan melalui
tekanan dari latihan bebanan seterusnya menuju kearah
meningkatkan prestasi atlet dimana latihan bebanan (weight
training) diwujudkan untuk pembentukan tulang. Sehubungan
dengan itu, peningkatan dari segi saiz dan kekuatan tulang adalah
berkait rapat dengan adaptasi dari tekanan luar yang dikenakan
pada badan dan otot.
Dari analisis data dapat disimpulkan dimana subjek terpantas
dalam jarak 50 meter empunyai ukuran panjang tangan tertinggi
manakala pada jarak 100 meter, perbezaan ketara berlaku dimana
subjek didapati telah berubah orangnya dan atlet terpantas
mempunyai ukuran panjang tangan paling rendah dalam kumpulan
ini. Keputusan ini agak berbeza dengan pernyataan yang
dinyatakan oleh Sara Stinson et al. (2000) dimana individu
berbadan kecil dan rendah sentiasa dianggap sebagai kumpulan
kurang produktiviti terutama dalam aktiviti memerlukan
penglibatan fizikal yang banyak. Selain itu, keputusan ini juga
agak bercanggah dengan keputusan yang dinyatakan dalam ujian
terhadap Lance Armstrong dimana johan pemegang tujuh rekod
dunia ini mempunyai tulang femur yang lebih panjang berbanding
lelaki biasa dan ini menyumbangkan lebih daya dan kekuatan
dalam setiap lakuan kayuhan. Faktor kemahiran dan teknik yang
betul memainkan peranan penting untuk mempengaruhi prestasi
atlet dalam jarak jauh kerana kemahiran motor harus bekerjasama
dengan kecergasaan fizikal untuk mencapai potensi yang
maksimum walaupun penyelidik tidak menjalani pengujian
terhadap kriteria ini.
Subjek yang paling lewat dalam jarak 50 meter dan 100
meter mempunyai ukuran skinfold terkecil dalam kumpulan
manakala subjek terpantas dalam jarak 100 meter mempunyai
ukuran skinfold yang lebih tinggi dan mempamerkan saiz badan
yang lebih besar berbanding dengan subjek terpantas dalam jarak
50 meter. Keputusan yang diperolehi didapati mempunyai
persamaan dengan pernyataan yang dinyatakan oleh Harris (1997)
dimana kekuatan otot berkait rapat dengan ketumpatan badan,
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 11

individu yang lebih berat dalam semua peringkat umur secara


umumnya dikategorikan dalam kumpulan yang lebih kuat terutama
untuk mempersembahkan dalam ujian kekuatan. Dapatan ini juga
memenuhi pernyataan Sprague (1996) yang menyatakan semakin
banyak otot dapat menghasilkan kekuatan dan mampu menjanakan
daya serta kuasa yang lebih tinggi. Berhubungan dengan itu,
individu yang berbadan besar menjangka dapat menunjukkan tahap
ketahanan yang lebih tinggi serta lebih cepat dalam aktiviti yang
memerlukan kekuatan fizikal.
Di samping itu, terdapat tiga orang atlet tergolong dalam
kumpulan bawahnilai purata. Berdasarkan pada keputusan
menunjukkan subjek terpantas dalam jarak 50 meter dan 100 meter
mempunyai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan paling rendah
dalam kumpulan manakala subjek terlambat mempunyai ukuran
panjang tangan dan lilitan lengan paling tinggi. Keputusan yang
ditunjukkan agak berbeza dengan pernyatan Lerner (2007a) yang
menyatakan struktur yang berbeza boleh mempengaruhi kekuatan
dan potensi untuk membina otot di kalangan atlet sama jantina
seterusnya menjelaskan rangka tulang yang lebih besar mampu
menampung lebih banyak otot. Berdasarkan keputusan, penyelidik
berpendapat bahawa faktor jenis fiber otot dimana otot fast-twitch
dan slow twitch mungkin merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi prestasi atlet. Pendapat penyelidik dijanakan
berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan ke atas Lance
Armstrong. Berdasarkan keputusan, didapati hubungan fiber slow-
twitch dan fast-twitch dalam badannya merupakan salah satu faktor
mampu memberi kesan dan menyumbangkan kepada beliau untuk
menjadi atlet lumba basikal.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan data yang
dikumpul. Analisis data mendapati panjang tangan dan lilitan
lengan mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet
dimana atlet terpantas mempunyai ukuran panjang tangan dan
lilitan lengan yang paling tinggi. Ini menunjukkan faktor fizikal
seperti panjang tangan dan lilitan lengan memang mampu
mempengaruhi prestasi atlet. Perbezaan unik dapat dikesan dimana
panjang tangan yang lebih rendah mampu memberi kesan terhadap
Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
12 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

prestasi atlet dalam jarak jauh. Ini menunjukkan keputusan yang


diperolehi mempunyai persamaan dengan pernyataan yang
dinyatakan di atas dimana rangka tulang yang lebih besar mampu
menampung lebih banyak otot seterusnya menjanakan lebih tenaga
dan kuasa pada otot untuk bekerja. Keputusan menunjukkan
terdapat hubungan antara panjang tangan dan lilitan lengan
terhadap prestasi atlet. Selain itu, data juga menunjukkan ukuran
lipatan kulit (skinfold) tidak memberi kesan yang besar dalam
mempengaruhi prestasi seseorang atlet secara keseluruhannya. Ini
menunjukkan ukuran lipatan kulit tidak mempunyai hubungan
dengan prestasi atlet.
Faktor fizikal hanya merupakan salah satu faktor yang
dapat memberi kesan dan mempengaruhi prestasi atlet dalam sukan
kayak. Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi
atlet. Faktor latihan merupakan faktor utama yang mampu
memberi kesan terhadap prestasi atlet dimana melalui data yang
diperolehi, prestasi atlet mengalami peningkatan dari segi masa
selepas melibatkan diri dalam sesi latihan selama enam minggu.
Sara Stinson et al. (2000) dalam kajiannnya menyatakan senaman
dan latihan dapat meningkatkan saiz otot rangka. Dapatan ini
bersesuaian dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan
peningkatan dari segi prestasi ke atas atlet yang menjalani latihan
selama enam minggu. Di samping itu, jumlah mineral dalam tulang
rangka (bone mineral content), densiti mineral dalam tulang (bone
mineral density), saiz tulang dan komposisi badan akan mengalami
perubahan sekiranya seseorang individu itu menjalankan latihan
dalam tempoh masa yang lama dan mengekalkan kadar intensiti
latihan yang dijalankan. (Sara Stinson et al. 2000) Di samping itu,
faktor fisiologi seperti stamina, taburan fiber otot, ketahanan
aerobik dan anaerobick, kekuatan dan ketahanan otot badan seperti
yang dinyatakan sebelum ini juga mampu mempengaruhi prestasi
seseorang atlet. Selain itu, faktor kemahiran dan biomekanik
seperti pergerakan, teknik dan kemahiran motor juga memainkan
peranan penting dalam mengoptimakan prestasi seseorang atllit
seperti yang dinyatakan oleh Lerner (2007b) dimana kemahiran
motor seperti lakuan dan teknik harus bekerjasama dengan
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 13

kecergasaan fizikal badan seseorang individu untuk mengahsilkan


potensi yang maksima.


RUJUKAN
A. Wittich et al. (1998). Professional Football (Soccer) Players
Have a Markedly Greater Skeletal Mineral Content, density
and Size Than Age- and BMI Matched Controls. Journal of
Calcified Tissue International, 112 117.
Azizi Yahaya et al. (2007) Menguasai Penyelidikan dalam
Pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Coyle, Edward F. (2005). Improved Muscular Efficiency
Displayed as Tour de France Champion Matures. Journal
of Applied Physiology, 2191 2196.
Harris, Tamara. (1997). Muscle Mass and Strength : Relation to
Function in Population Studies. Journal of Nutrition, 1004S
1006S.
J ackson, Ted A. Baungartner and Andrew S. (1999). Measurement
For Evaluation In Physical Education And Exercise
Science. New York : McGraw-Hill Companies.
J asmine Ling Chiu Hung. (2006). Perbandingan Prestasi
Pencapaian merejam Lembing di Kalangan Kumpulan
Mesomorf dan Endomorf. J ohor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Lerner, K. Lee and Brenda Wilmoth. (2007a). World of Sport
Science. (Vol A L). United State : Thosom Corporation.
Lerner, K. Lee and Brenda Wilmoth. (2007b). World of Sport
Science. (Vol M Z). United State : Thosom Corporation.
Liow, D. K., & Hopkins, W. G. (1998). Velocity specificity of
heavy weight training for kayak sprint performance.
Medicine and Science in Sports and Exercise,30(5),
Supplement abstract 621.
Marieb, Elaine N. (1994). Essentials of Human Anatomy &
Physiology. Canada : The Benjamin / Cummings
Publishing Company Inc.
Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan
Kayuhan Kayak
14 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Mead, Robert Douglas. (1989). The Canoers Bible. New York :


Bantan Doubleday Dell Publishing Group. Inc.
Miller, David K. (2006). Measurement by the Physical Educator :
Why and How. New York : McGraw Hill Companies.
Montoye, Henry J . (1978). An Introduction to Measurement in
Physical Education. Boston : Allyn and Bacon, Inc.
Sara Stinson et al. (2000). Human Biologi : An Evolutionary and
Biocultural Perspective. Canada : Wiley-Liss, Inc.
Sodhi, H.S. (1991). Sports Anthropometry. India : Anova
Publications.
Sprague, Ken. (1996). More Muscle. United State : Human
Kinetics, Inc.
Stephard RJ : Science and Medicine of Canoeing and Kayaking.
Sport Medicine 1987 J an; 4(1) : 19-3.
Vrijens, J . Bourgois a J . (1997). Metabolic and Cardiorespiratory
Responses in Young Oarsmen during Prolonged Exercise
Tests on a Rowing Ergometer at Power Outputs
Corresponding to Two Concepts of Anaerobic Threshold.
Journal of Applied Physiology, 164 169.
Walker, Richard. (2005). E.Explore Human Body. London :
Dorling Kindersley Limited.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 15


2
KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS
BADAN: KESAN LATIHAN
PLIOMETRIK DAN LATIHAN
BEBANAN
Hafizah Harun
Rohana Hashim


PENGENALAN


Bagi atlet prestasi tinggi, kejayaan dalam sukan bersifat kompetetif
bergantung pada kekuatan dan kuasa eksplosif otot. Oleh itu,
keperluan kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang
bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar, ragbi, bola
sepak dan lain-lain merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan
(Kroon, 2000; Rahimi & Behpur 2005). Kemampuan atlet
menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah mekanisme
penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks
ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakkan memainkan peranan
penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007).
Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan untuk melakukan
sesuatu perlakuan atau kerja dalam masa yang paling singkat
diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah
kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja
(work) pula terhasil daripada daya (force) yang bertindak dengan
jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan
kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris,
2007). Gabungan antara komponen kecergasan fizikal iaitu
kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot.
Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan
daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999).

16 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


Menurut Wilmore dan Costill (2004), kekuatan merupakan faktor


penting dalam setiap aktiviti pergerakkan yang melibatkan
penggunaan otot. Kekuatan otot dalam aktiviti fizikal berperanan
dalam melaksanakan keupayaan melompat, merejam, melontar,
menyepak dan aktiviti yang melibatkan lari pecut.
Kuasa dan kekuatan eksplosif adalah atribut yang perlu ada
pada setiap atlet supaya bola yang dipukul, tendang atau baling
dapat dijaringkan dan tidak mudah dihalang oleh pihak lawan.
Atribut ini dapat dilatih-tubi oleh atlet dari itu penggunaan kaedah
latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif
otot dengan lebih efisien. Kunci kejayaan seseorang jurulatih
melahirkan atlet terbaik adalah dengan melatih kekuatan otot
(Hooks, 1974).Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kuasa otot antaranya ialah latihan bebanan dan
latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996; Scott, 1999;
Rimmer & Slievert, 2000). Tanpa asas yang kuat pada tubuh
badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan
kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi. Berdasarkan
pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kekuatan otot adalah
merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk
mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya
(Asmadi, 2007).
Kekuatan adalah salah satu komponen yang penting dalam
program latihan hoki. Walaubagaimanapun, pemain hoki hanya
memerlukan kuasa dalam pecutan serta kelajuan dan kepantasan
dalam perubahan arah. Kekuatan bahagian atas membenarkan
pemain untuk memukul bola dengan lebih berkuasa dan
menghantar bola kepada pemain lain pada julat jarak yang lebih
jauh (Sports Fitness Advisor, 2007). Di dalam permainan hoki,
kekuatan anggota bahagian bawah (kaki) dan anggota atas (tangan)
mestilah seimbang bagi menghasilkan prestasi yang baik. Ini
kerana, kedua-dua bahagian tersebut digunakan iaitu kekuatan
bahagian bawah badan untuk pergerakkan dan kekuatan bahagian
atas badan untuk melakukan hantaran dan pukulan semasa dalam
permainan.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 17

METODOLOGI KAJIAN


Subjek
Seramai 33 orang wanita yang juga pemain hoki iaitu 19 orang
pemain Sukma (Sukan Malaysia) J ohor yang sedang mengikuti
program latihan untuk menghadapi pertandingan di Sukma 2008 di
Trengganu dan 14 orang pemain hoki UTM (Universiti Teknologi
Malaysia) yang sedang mengikuti program latihan untuk
menghadapi kejohanan MASUM (Majlis sukan universiti
universiti Malaysia). Subjek UTM berumur di antara 21.9 2.4
tahun dan pemain Sukma J ohor 18.1 1.3 tahun.
Sampel kajian dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan
latihan; kumpulan satu melakukan latihan pliometrik (hantaran sisi
menggunakan medicine ball), kumpulan dua melakukan latihan
bebanan (bench-press menggunakan alat S3.45 Strength Multi-
Station) dan kumpulan tiga bertindak sebagai kumpulan kawalan
yang hanya menjalani latihan fizikal biasa seperti yang telah
dirancangkan oleh jurulatih masing-masing mengikut kejohanan
yang bakal disertai.


INSTRUMEN DAN REKABENTUK KAJIAN


Kajian ini dijalankan secara eksperimental yang melibatkan dua
ujian bagi menguji tahap kekuatan bahagian atas badan iaitu;
Pengujian 1RM arm-curl menggunakan alat S3.45 Strength Multi-
Station yang terdapat di Makmal Kecergasan Sains Sukan, UTM.
Ujian ini dijalankan ke atas pemain hoki wanita UTM.Pengujian
1RM biceps-curl menggunakan free weight yang terdapat di
Dewan Serbaguna, Kolej Tun Fatimah, UTM. Pengujian ini
dijalankan ke atas pemain hoki wanita Sukma J ohor.
Kedua-dua pengujian yang dijalankan adalah bagi
mengukur tahap kekuatan otot bahagian atas badan selepas 6
minggu melakukan latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan
Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan
18 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press). Alat S3.45


Strength Multi-Station dan barbell (free weight) dijadikan alat
pengukur peningkatan tahap kekuatan otot bahagian atas pemain
berdasarkan jenis latihan yang diberikan. Data pra diambil sebelum
pemain menjalankan latihan yang telah ditetapkan sementara data
pos diperolehi selepas pemain menjalankan latihan yang ditetapkan
selama 6 minggu latihan. Keberkesanan latihan tersebut dapat
dikenalpasti melalui perbandingan data pra dan pos selepas 6
minggu latihan.
Ujian dalam kajian ini mengambil masa selama 6 minggu
dan subjek merupakan kumpulan eksperimen dimana terdiri
daripada 33 orang pemain hoki wanita (19 pemain Sukma J ohor
dan 14 pemain UTM) yang sedang menjalani program latihan yang
telah diberikan disamping mengikuti latihan yang telah ditetapkan
oleh jurulatih masing- masing.





















Adaptasi Latihan dan Kecederaan 19

Jadual 1: Perbezaan ujian bagi dua kumpulan sampel UTM dan


SUKMA

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan
20 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ANALISIS DATA

Data dianalisis dalam bentuk purata dan sisihan piawai (x SD).


Semua data yang telah dikumpulkan dan diperolehi dimasukkan ke
dalam komputer untuk dianalisis bagi mendapatkan keputusan
kajian. Proses analisis data dilakukan menggunakan program
Microsoft Office Excel 2003 dan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 11.5. Ujian-t berpasangan digunakan untuk
menguji hipotesis dalam kajian ini dan keberkesanan latihan dapat
dikenalpasti melalui perbandingan data pra dan pos.Kajian ini
dijalankan selama 6 minggu bagi subjek UTM dan 12 minggu bagi
subjek Sukma J ohor untuk mendapatkan data bagi melihat
keberkesanan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap
kekuatan otot bahagian atas badan.
Data inferensi dianalisis menggunakan ujian-t untuk
menentukan nilai signifikan pada aras p<0.05 yang bertujuan
untuk menguji hipotesis kajian. Ujian-t digunakan untuk melihat
keberkesanan latihan pliometrik bahagian atas badan (hantaran sisi
menggunakan medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press
menggunakan alat S3.45 Strength Multi-Station) terhadap kekuatan
otot bahagian atas badan bagi pemain hoki wanita.

DAPATAN KAJIAN

Analisis data mengikut umur menunjukkan bahawa umur pemain


Sukma J ohor (18.1 1.3 tahun) adalah lebih muda berbanding
pemain UTM (21.9 2.4 tahun). Ini kerana, majoriti pemain
Sukma J ohor terdiri daripada pemain yang masih belajar di sekolah
menengah dan lepasan SPM jika dibandingkan dengan pemain
UTM yang lepasan matrikulasi, STPM dan pengajian tahun akhir
di UTM. Dari segi faktor berat pula, pemain Sukma J ohor (53.3
8.2 kg) menunjukkan skor min lebih tinggi bebanding pemain
UTM (52.4 7.3 kg). Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh
faktor pemakanan oleh pemain Sukma J ohor kerana majoriti
pemain dilahirkan daripada Sekolah Sukan Bandar Penawar, J ohor.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 21

Hasil analisis mengikut ketinggian pula mendapati bahawa pemain


Sukma J ohor (158.5 6.5 cm) lebih tinggi daripada pemain UTM
(156.5 6.9 cm). Faktor ini mungkin disebabkan oleh genetik
ibubapa masing-masing yang mempunyai ketinggian yang sama
atau mungkin juga disebabkan penjagaan yang teliti oleh ibubapa
sewaktu tahap tumbesaran mereka.
Keputusan ujian t-sampel berpasangan bagi kumpulan
latihan pliometrik bagi subjek UTM menunjukkan skor min
sebelum latihan (8.0 1.2 kg) adalah lebih rendah dan berbeza
secara signifikan berbanding dengan skor min selepas latihan (10.0
1.2 kg), t(6) = 3.28, p = 0.017 selepas 6 minggu latihan
pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball)9.
Keputusan kumpulan latihan bebanan menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian atas
badan tetapi ia menunjukkan peningkatan diantara skor min
sebelum dengan skor min selepas latihan.
Bagi subjek Sukma pula, keputusan ujian-t berpasangan
bagi kedua-dua kumpulan, iaitu latihan pliometrik (hantaran sisi
menggunakan medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press
menggunakan alat S3.45 Strength Multi-Station) menunjukkan
nilai perbezaan yang signifikan diantara skor min sebelum dengan
skor min selepas latihan selepas 12 minggu latihan yang diberikan.
Keputusan ujian t-sampel berpasangan bagi kumpulan latihan
pliometrik menunjukkan skor min sebelum latihan (22.5 4.3 kg)
adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding
dengan skor min selepas latihan (28.8 3.5 kg), t(5) =15.78, p =
0.000.
Begitu juga bagi kumpulan latihan bebanan yang
menunjukkan skor min sebelum latihan (17.8 2.2 kg) adalah
lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor
min selepas latihan (23.9 2.0 kg), t(4) =10.18, p =0.001





Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan
22 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Jadual 2: Dapatan kajian mengikut kumpulan kajian (x SD)




LP =Latihan Pliometrik, LB =Latihan Bebanan, K =Kawalan
* Statistik signifikan pada aras p< 0.05


Secara kesimpulannya, subjek Sukma J ohor menunjukkan nilai
yang signifikan bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan latihan
pliometrik dan kumpulan latihan bebanan. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan
memberi kesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas
badan bagi pemain hoki wanita.


Adaptasi Latihan dan Kecederaan 23

Rajah 1: Perbandingan ujian 1RM biceps-curl mengikut kumpulan


kajian bagi subjek Sukma J ohor


Rajah 2: Perbandingan ujian 1RM arm-curl mengikut kumpulan kajian
bagi subjek UTM


KESIMPULAN DAN CADANGAN


Daripada pengujian yang dijalankan, keberkesanan setiap latihan
iaitu latihan pliometrik dan latihan bebanan dapat dikenalpasti
Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan
24 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

melalui perbandingan diantara data pra (sebelum subjek


melakukan latihan) dan data pos (selepas subjek melakukan
latihan).
Hasil kajian yang dijalankan ke atas subjek UTM
membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
(p=0.017) terhadap kekuatan otot atas badan selepas menjalani
latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball)
selama 6 minggu. Keputusan ini menyerupai kajian yang dilakukan
oleh Newton dan McEvoy (1994) yang menunjukkan bahawa
latihan pliometrik dapat meningkatkan kekuatan tetapi bukan
kelajuan balingan dalam permainan baseball.
Peningkatan tahap kekuatan otot bahagian atas badan bagi
kumpulan latihan pliometrik adalah sebanyak 25% dan ia bukan
disebabkan oleh faktor luaran tetapi program latihan yang
diberikan kepada subjek kerana tiada perbezaan skor min antara
data pra dan pos bagi kumpulan kawalan.
Kumpulan latihan bebanan pula menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.102) terhadap kekuatan
otot bahagian atas badan tetapi ia menunjukkan peratus
peningkatan sebanyak 18.1%. Tiada peratus perubahan berlaku
dalam kumpulan kawalan tetapi ia hanya meningkat dari segi
ulangan angkatan. Ini disebabkan oleh faktor beban yang besar
iaitu 5 pound (2.25 kg) yang ditetapkan pada alat S3.45 Strength
Multi-Station untuk peningkatan atau penambahan beban. Oleh
kerana subjek kumpulan kawalan hanya seorang, maka data
diambil berdasarkan purata ulangan yang berjaya dilakukan oleh
subjek.
Bagi subjek Sukma J ohor pula, keputusan menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap
kekuatan otot atas badan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu
kumpulan latihan pliometrik (p=0.000) dan kumpulan latihan
bebanan (p=0.001) setelah 12 minggu latihan.
Walaubagaimanapun, kumpulan latihan bebanan menunjukkan
peratus peningkatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 34.3%
berbanding kumpulan latihan pliometrik sebanyak 28%.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 25

RUJUKAN


Asmadi Ishak. (2007). Kesan Periodisasi Model Non-Linear
Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap Kuasa
Otot Kaki Pada Atlet Bola Tampar Universiti.
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/KesanPeriodisasi.htm
Baechle, T.R. (1994). Essentials of Strength Training and
Conditioning: National Strength and Conditioning
Association. Champaign: Human Kinetics.
Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of
Training (4th Ed.). Champaign: Human Kinetics.
Boyle, P.M., Mahoney, C.A., Wallace, W.F. The Competitive
Demands of Elite Male Hockey. J. Sports Med. Phys.
Fitness. 1994 Sep; 34(3), 235-241
Coleman, A.E. (2002). 15 Basic Training Principles for all Sport.
Journal Coach and Athletic Director, 72(3), 57-63.
Foran, B. (2001). High-Performance Sports Conditioning. Human
Kinetics.
Fox, E.L., Mathews, D.K. (1981). The Physiology Basic of
Physical Education and Athletics (3rd Ed.). Philadelphia:
Saunders co.
Glashan, L. M. (2004). Power Up with Plyometric Trining. Muscle
and Fitness International Websites.
Hall, S. J . (2004). Basic Biomechanics (4 Ed.). McGraw-Hill
Hewett, T., Stroupe, A., Nance, T., & Noyes, F. (1996). Plyometric
Training in Female Athletes. The American Journal of
Sport Medicine, 24(6), 765-775.
Hom, J . (1999). Plyometric: Building Explosive Strength, Part III,
Upper Body Exercises Build Power Punches and Throws.
Stadion Publishing.
Hooks, G. (1974). Weight Training in Athletics and Physical
Education. New J ersey: Prentice Hall Pub.
J ones, K., Hunter, G., Fleisig, G., Escamilla, R., Lemak, L. The
Effects of Compensatory Accelaration on Upper Body
Strength and Power in Collegiate Football Player. The
Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan
26 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

J ournal of and Conditioning Research, 13 (2), 99-105


Newton, R.U., McEvoy, K.I. (1994). Baseball Throwing Velocity:
A Comparison of Medicine Ball Training and Weight
Training. The J ournal of Strength and Conditioning
Research, 8 (3), 198-203.
Rahimi, R., Behpur, N. (2005). The Effect of Plyometric, Weight
and Plyometric- Weight Training on Anaerobic Power and
Muscular Strength. Physical Education and Sport, 3(1),
81-91.
Rimmer, E., & Slievert, G. (2000). Effective of a Plyometrics
Intervention Program on Sprint Performance. The Journal
of Strength and Conditioning Research, 14(3), 295-301
Sports Fitness Advisor. (2007). Conditioning for the Physical
Demand of Field Hockey. Sporting Excellence Ltd.








Adaptasi Latihan dan Kecederaan 27


3
LATIHAN KEKUATAN OTOT RECTUS
ABDOMINIS UNTUK ATLET HOKI
Asha Hasnimy Mohd Hashim
Norhafizah Ismail


PENGENALAN


Kekuatan otot-otot tertentu mengikut keperluan sukan perlu
dititikberatkan untuk mencapai prestasi yang optimum. Ini
disebabkan setiap sukan mempunyai keunikkannya yang tersendiri
dan nature permainan yang berbeza antara satu sama lain. Begitu
juga dalam permainan hoki di mana kekuatan bahagian abdomen
amat penting memandangkan sukan hoki memerlukan atletnya
untuk membongkok hampir sepanjang permainan. Ini tentu sekali
akan melibatkan kekuatan dan daya tahan otot rectus abdominis.
Sehubungan itu, banyak latihan-latihan kekuatan / daya
tahan rectus abdominis diperkenalkan seperti bangkit tubi,
crunches dan curl-up Namun, adakah latihan-latihan ini sesuai
untuk sukan hoki? Ini kerana otot rectus abdominis agak besar dan
ia dibahagikan kepada lapan subunit / quadran dan sudah pasti
kontraksi subunit/quadran otot ini berbeza pada sudut pergerakkan
tertentu.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk
membandingkan kontraksi otot rectus abdominis mengikut
subunit/quadran semasa membongkokkan badan untuk kemahiran
menggelecek/ membawa bola dengan tiga jenis latihan kekuatan /
daya tahan rectus abdominis iaitu, bangkit tubi crunches dan curl-
up. Melalui dapatan kajian ini, diharap ia dapat memberi gambaran
mengenai jenis latihan kekuatan / daya tahan otot rectus abdomins
yang sesuai.

28 Adaptasi Latihan dan Kecederaan



METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian: Ekperimental

Subjek: Terdiri daripda empat orang atlet hoki wanita yang
mewakili sebuah negeri untuk pertandingan peringkat kebangsaan.
Atlet mempunyai Body Mass Index (BMI) yang ideal.

Prosedur: Setiap subjek dikehendaki melakukan aktiviti 1 iaitu
membongkokkan badan untuk melakukan kemahiran
menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki, aktiviti 2
(bangkit tubi), aktiviti 3 (crunches) dan aktiviti 4 (curl-up). Bacaan
kontraksi subunit/quadran atas (1) dan tengah (3) otot rectus
abdominis bagi keempat-empat aktiviti diambil dan dicatatkan dari
Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography).


ANALISA DATA


Kontraksi otot bagi setiap subunit/quadran 1 dan 3 otot rectus
abdominis direkodkan dan dianalisa menggunakan Statistical
Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Berikut
merupakan data-data yang telah dianalisa oleh penyelidik.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 29



Rajah 1: Bacaan purata nilai min (mV) aktiviti otot rectus abdominis
semua subjek bagi subunit / quadrant 1

Terdapat empat aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji iaitu
lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/
membawa bola, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Berdasarkan
Rajah 1 dapat dilihat bacaan purata min aktiviti-aktiviti otot rectus
abdominis pada quadrant 1 bagi empat orang subjek. Bacaan
purata min lakuan membongkokkan badan adalah 0.043 (mV).
Bagi aktiviti bangkit tubi, bacaan purata min ialah 0.189 (mV)
manakala crunches sebanyak 0.158 (mV). Aktiviti curl-up pula
menunjukkan bacaan purata min sebanyak 0.162 (mV). Di antara
keempat-empat aktiviti otot rectus abdominis ini, aktiviti bangkit
tubi menunjukkan bacaan purata min yang paling tinggi di mana
secara tidak langsung ia merupakan aktiviti yang paling sesuai
untuk meningkatkan kekuatan/daya tahan otot bagi
subunit/quadran 1 otot rectus abdominis.
Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki
30 Adaptasi Latihan dan Kecederaan



Rajah 2: Bacaan purata nilai min (mV) aktiviti otot rectus abdominis
semua subjek bagi quadrant 3


Rajah 2 menunjukkan purata bacaan nilai min aktiviti-aktiviti
kontraksi otot rectus abdominis pada bahagian subunit /quadran 3
bagi empat orang subjek. Terdapat empat aktiviti otot rectus
abdominis yang dikaji sama seperti quadran 1 iaitu lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Daripada graf didapati
untuk lakuan membongkokkan badan menunjukkan bacaan purata
sebanyak 0.055 (mV) manakala aktiviti bangkit tubi menunjukkan
bacaan purata dengan nilai 0.108 (mV). Bagi aktiviti crunches
pula, purata ialah 0.070 (mV) dan curl-up sebanyak 0.099 (mV).
Oleh itu, aktiviti bangkit tubi menunjukkan bacaan purata min
yang paling tinggi di antara keempat-empat aktiviti kontraksi
subunit / quadran otot rectus abdominis yang dikaji.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 31

Secara kesuluruhan melalui kedua-dua rajah ini, dapat


disimpulkan bahawa aktiviti bangkit tubi menunjukkan purata min
yang paling tinggi bagi aktiviti kontraksi bagi kedua-dua subunit/
quadran 1 dan 3 berbanding dua latihan yang lain.
Walaubagaimanapun, analisis inferensi dibuat untuk membuat


Analisa Inferensi

Jadual 1: Menunjukkan perkaitan bagi lakuan membongkokkan badan
untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan
ketiga-tiga aktiviti kekuatan / dayatahan otot- otot rectus
abdominis iaitu bangkit tubi, crunches dan curl-up bagi
quadran 1 dan quadran 3.

Mean Std.
Deviation
t df Sig. (2-
tailed)
Pair
1
Lakuan bongkok
badan
- bangkit tubi
.04325
.18900
.033728
.091005

-2.413

3

0.095
Pair
2
Lakuan bongkok
badan
- crunches
.04325
.15825
.033728
.046306

-3.710

3

0.034
Pair
3
Lakuan bongkok
badan
- curl-up
.04325
.16150
.033728
.042067

-3.239

3

0.048


Keputusan ujian-t sampel berpasangan bagi quadrant 1
dapat dilihat berdasarkan J adual 4.1. Pasangan pertama
menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk
kemahiran menggelecek/ membawa bola (M =0.04, SD =0.03)
adalah lebih rendah dan tidak berbeza secara signifikan berbanding
dengan skor min aktiviti bangkit tubi (M =0.19, SD =0.09), t(3) =
-2.413, p =0.095.
Pasangan kedua pula menunjukkan skor min lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola (M =0.04, SD =0.03) adalah lebih rendah dan berbeza
Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki
32 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti crunches (M


=0.16, SD =0.05), t(3) =-3.710, p =0.034 dan pasangan ketiga
menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk
kemahiran menggelecek/ membawa bola (M =0.04, SD =0.03)
adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding
dengan skor min aktiviti curl-up (M =0.16, SD =0.04), t(3) =-
3.239, p =0.048.
Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bagi pasangan pertama iaitu lakuan membongkokkan badan untuk
kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi. Ini
kerana nilai signifikan (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis
adalah lebih besar daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia
menunjukkan ke arah tidak signifikan. Oleh yang demikian
hipotesis nol adalah diterima pada aras keertian 0.05.



Jadual 2: Perbandingan bacaan nilai min empat orang subjek bagi
lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran
menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi,
crunches dan curl-up bagi quadrant 3

Mean Std.
Deviation
t df Sig. (2-
tailed)
Pair
1
Lakuan bongkok
badan
- bangkit tubi
.05525
.10750
.008221
.022708

-5.050

3

0.015
Pair
2
Lakuan bongkok
badan
- crunches
.05525
.07000
.008221
.002160

-3.571

3

0.038
Pair
3
Lakuan bongkok
badan
- curl-up
.05525
.09850
.008221
.036060

-2.311

3

0.104
Signifikan pada aras keertian 0.05


Bagi pasangan kedua dan ketiga pula iaitu lakuan membongkokkan
badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 33

crunches dan curl-up menunjukkan terdapat perbezaan yang


signifikan. Kedua-dua nilai signifikan (2-tailed) yang diperolehi
daripada analisis adalah kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05
dan ia menunjukkan ke arah signifikan. Oleh yang demikian,
hipotesis nol adalah ditolak pada aras keertian 0.05.

J adual 2 menunjukkan keputusan ujian-t sampel berpasangan bagi
quadrant 3. Skor min bagi pasangan pertama menunjukkan lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola (M =0.06, SD =0.01) adalah lebih rendah dan berbeza secara
signifikan berbanding dengan skor min aktiviti bangkit tubi (M =
0.10, SD =0.02), t(3) =-5.050, p =0.015.
Skor min bagi pasangan kedua pula menunjukkan lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola (M =0.06, SD =0.01) adalah lebih rendah dan berbeza
secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti crunches (M
=0.07, SD =0.00), t(3) =-3.571, p =0.038 dan skor min bagi
pasangan ketiga pula menunjukkan skor min lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola (M =0.06, SD =0.01) adalah lebih rendah dan tidak berbeza
secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti curl-up (M =
0.10, SD =0.04), t(3) =-2.311, p =0.104.
Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan bagi pasangan pertama dan kedua iaitu lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola dengan bangkit tubi dan crunches. Kedua-dua nilai signifikan
(2-tailed) yang diperolehi daripada analisis bagi pasangan pertama
dan kedua adalah kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia
menunjukkan ke arah signifikan. Oleh itu hipotesis nol adalah
ditolak pada aras kebarangkalian 0.05.
Bagi pasangan ketiga pula iaitu lakuan membongkokkan
badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan curl-
up menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan.
Ini kerana nilai (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis adalah
lebih besar daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia menunjukkan
Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki
34 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ke arah tidak signifikan. Oleh yang demikian, hipotesis nol adalah


diterima pada aras kebarangkalian 0.05.


PERBINCANGAN, RUMUSAN


Rectus abdominis yang dikaji ialah quadrant 1 dan
quadrant 3. Kontraksi otot yang paling tinggi bagi quadrant 1 dan
quadrant 3 ialah bangkit tubi dan kontraksi otot yang paling
rendah ialah crunches. Perbezaan ini terjadi kerana kadar flexion
of the lumbar supine adalah berbeza. Latihan-latihan yang
dilakukan adalah lebih baik mengikut keperluan otot yang
digunakan dalam permainan hoki.


Hasil Kajian

Hasil daripada penganalisaan data mentah mendapati kajian ini
telah menerima hipotesis nol dan menolak hipotesis alternatif bagi
pasangan pertama quadrant 1 iaitu lakuan membongkokkan badan
untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit
tubi dan pasangan ketiga quadrant 3 iaitu lakuan membongkokkan
badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan curl-
up.
Pasangan kedua dan ketiga bagi quadrant 1 iaitu lakuan
membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa
bola dengan crunches dan curl-up dan pasangan pertama serta
kedua bagi quadrant 3 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk
kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi dan
crunches telah menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis
alternatif.
Atlet biasanya melakukan latihan yang telah diprogramkan
untuk mereka walaupun sebenarnya mereka tidak tahu fungsi-
fungsi latihan yang diberikan. Ini disokong dengan pernyataan
McMillian (2005) yang menyatakan bahawa banyak atlet
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 35

menghabiskan masa latihan mereka dengan melakukan beberapa


latihan mudah untuk otot rectus abdominis iaitu otot besar pada
bahagian tengah hadapan. Atlet-atlet beranggapan bahawa
melakukan latihan abdominal seperti crunches sahaja telah
memadai untuk merangkumi keseluruhan otot rectus abdominis
padahal ia hanya untuk quadrant tertentu sahaja manakala
quadrant yang lain mungkin perlu menggunakan latihan
abdominal yang lain seperti bangkit tubi, curl-up dan sebagainya.
Melalui hasil dapatan kajian yang dijalankan, dalam
permainan hoki kontraksi otot rectus abdominis quadrant 1 adalah
paling hampir dengan aktiviti curl-up manakala untuk quadrant 3
pula paling hampir dengan aktiviti crunches. Oleh itu latihan
rectus abdominis yang perlu dititikberatkan dalam permainan hoki
ialah latihan curl-up dan crunches. Ini berbeza dengan hasil kajian
Peiring et al. (1993) yang mengkaji empat latihan abdominal yang
popular iaitu long lying crunch, bent knee crunch, leg raise dan
vertical leg crunch di mana hasil kajiannya menyatakan tiada
latihan abdominal yang dikaji tersebut spesifik untuk menguatkan
quadrant tertentu dalam otot rectus abdominis. Perbezaan ini
adalah mungkin disebabkan oleh latihan-latihan yang dibuat dalam
kedua-dua kajian adalah berbeza.
Menurut Petrosky et al. (2005) di dalam Mohd Shafie
(2007) menyatakan kekuatan otot-otot utama pada bahagian
abdomen melalui latihan bangkit tubi, crunches, curl-up atau
latihan abdominal lain boleh berfungsi untuk meningkatkan fungsi-
fungsinya. Ini bermakna sebagai seorang atlet hoki, atlet tidak
akan hanya menumpukan kepada satu latihan abdominal sahaja
kerana ia hanya tertumpu kepada quadrant tertentu sahaja dalam
otot rectus abdominis seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa
latihan curl-up sesuai untuk quadrant 1 dan latihan crunches
untuk quadrant 3.
Perbezaan kontraksi quadrant 1 dan quadrant 3 ini adalah
disebabkan kedudukan quadrant itu sendiri yang berbeza iaitu atas
dan bawah dan aktiviti bangkit tubi, crunches dan curl-up yang
dilakukan juga adalah berbeza pada ketika mengangkat bahagian
kepala dan badan. Ini menyebabkan berlaku kontraksi otot yang
Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki
36 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

berbeza untuk setiap aktiviti rectus abdominis dengan quadrant


yang berbeza. Ini disokong dengan kajian Vera-Gracia et al.
(2000) yang menyatakan tentang latihan curl-up on labile surface
menunjukkan peningkatan aktiviti otot kerana ia mungkin
menyebabkan peningkatan keperluan untuk menambah kestabilan
tulang belakang dan kestabilan seluruh badan bagi mengurangkan
ancaman falling off labile surface.
Selain itu Kera dan Maruyama (2005) di dalam kajiannya
membuat kesimpulan bahawa perbezaan aktitviti-aktiviti
abdominal yang dilakukan adalah berbeza kerana perbezaan
antomi otot abdominal itu sendiri dan dipengaruhi oleh graviti.
Aktiviti bangkit tubi, crunches dan curl-up adalah di antara
aktiviti otot rectus abdominis yang dilakukan untuk menguatkan
otot abdominal. Walaupun lakuan di antara ketiga-tiga aktiviti otot
rectus abdominis yang dikaji ini berbeza, tetapi kesannya adalah
hampir sama kerana berlaku trunk flexion. Menurut Escamilla et
al. (2005), trunk flexion berlaku semasa latihan abdominal
tradisional seperti curl-up atau latihan sit-up iaitu seseorang
mengangkat kepala dan bahu dari lantai dalam posisi baring
terlentang kepada posisi duduk. Di antara aktiviti bangkit tubi,
crunches dan curl-up, pemain hoki boleh memilih aktiviti yang
paling mudah seperti tidak berlaku hip flexor yang tinggi tetapi
memberi kesan yang sama terhadap otot abdominal.


RUMUSAN


Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti tahap kontraksi otot rectus abdominis semasa
lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/
membawa bola dengan aktiviti otot rectus abdominis seperti
bangkit tubi, crunches dan curl-up. Kemudian perbandingan tahap
kontraksi otot semasa lakuan membongkokkan badan untuk
kemahiran menggelecek/ membawa bola dilakukan dengan setiap
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 37

aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji untuk melihat kontraksi


otot manakah yang hampir sama.
Hasil ujian-t yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan semasa lakuan
membongkokkan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola
dengan bangkit tubi bagi quadrant 1 dan dengan curl-up bagi
quadrant 3, manakala terdapat perbezaan yang signifikan semasa
lakuan membongkokkan untuk kemahiran menggelecek/
membawa bola dengan crunches dan curl-up bagi quadrant 1 dan
bangkit tubi dengan crunches bagi quadrant 3.
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa dalam permainan
hoki atlet tidak boleh hanya menumpukan kepada satu jenis sahaja
latihan abdominal tetapi pelbagai kerana setiap satu latihan hanya
menumpukan kepada quadrant tertentu sahaja dalam otot rectus
abdominis. Dalam kajian ini latihan curl-up perlu untuk quadrant
1 dan latihan curl-up perlu untuk quadrant 3. Ini bermakna setiap
jurulatih hoki perlu merancang satu program latihan otot rectus
abdominis yang khusus untuk atlet hoki dengan melibatkan semua
quadrant dengan otot rectus abdominis yang sesuai.


RUJUKAN

Escamilla, R. F., Babb, E., DeWitt, R., J ew, P., Keheller, P.,
Burnham, T. (2005). Electromyographic Analysis of
Traditional and Nontraditional Abdominal Exercises:
Implications for Rehabilitation and Training. Physical
Therapy. 86 (5), 656-671. American Physical Therapy
Association.
Kera, T. and Maruyama, H. (2005). The Effect of Posture on
Respiratory Activity of The Abdominal Muscles. J ournal of
Physiological Anthropology and Applied Human Science.
24 (4), 529-265. J apan Science and Technology Agency.
McMillan, C. (2005). Boot Camp Abs. Gloucester: Fair Winds
Press.
Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki
38 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Mohd Shafie bin Abdul Rahman (2007). Perbandingan Aktiviti


Otot bagi Rectus Abdominis Semasa Melakukan Aktiviti
Abdominal Breathing dan Abdominal Crunches. Ijazah
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Piering, A.W., J anowski, A. P., Moore, M. T., Snyder, A. C. and
Wehrenberg, W. B.(1993). Electromyography Analysis of
Four Popular Abdominal Exercises. J ournal of
Electromyography and Kinesiology. 28 (2), 120-126.
Elsevier Science Ltd.
Vera-Garcia, F. J ., Grenier, S. G. and McGill, S. M. (2000).
Abdominal Muscle Response During Curl-ups on Both
Stable and Labile Surfaces. Physical Therapy. 80 (6), 564-
569. American Physical Therapy Association.


Adaptasi Latihan dan Kecederaan 39


4
TINDAK BALAS KADAR NADI SEMASA
PERLAWANAN BOLA JARING
BERDASARKAN POSISI PEMAIN
Syahrul Ridhwan Morazuki
Khalifah Mastura Hassan


PENGENALAN


Bola jaring merupakan permainan berpasukan yang dimainkan
oleh dua pasukan di mana setiap pasukan mempunyai tujuh orang
pemain. Matlamat utama dalam permainan ini adalah
menjaringkan seberapa banyak gol lebih daripada pasukan lawan.
Permainan ini mempunyai sedikit persamaan dengan permainan
bola keranjang seperti penggunaan tangan untuk membuat
hantaran dan menjaringkan gol. Walaubagaimanapun, salah satu
perbezaan di antara dua permainan ini ialah dalam permainan bola
jaring, pemain tidak boleh berlari dengan membawa bola seperti
dalam permainan bola keranjang. Secara umumnya permainan ini
bukan sahaja memerlukan ketepatan dalam melakukan hantaran,
malah pemain perlu tangkas, pantas dan pada masa yang sama
mematuhi peraturan permainan. Dalam permainan ini, setiap posisi
pemain mempunyai peranan tersendiri dan bermain di dalam
kawasan-kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah Center (C),
Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing
Attack (WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK).

Permainan bola jaring memerlukan kemahiran yang tinggi
termasuklah berlari, menghantar bola, menangkap bola serta
menjaringkan gol (Steele dan Chad, 1987). Penyelidik tersebut
turut menyatakan permainan bola jaring memerlukan pecutan yang

40 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


berulang kali untuk mengelakkan diri daripada pihak lawan secara


tiba-tiba, melakukan perubahan eksplosif dalam arah larian,
menggabungkan keupayaan lompatan yang tinggi bagi
mendapatkan hantaran yang tinggi dan memintas atau melambung
bola selepas pihak lawan cuba menjaringkan gol. Kesemua lakuan
atau aktiviti yang dilakukan di sepanjang perlawanan menyumbang
kepada tahap kerja yang dilakukan oleh setiap pemain tanpa
mengira posisi mereka.

Bagi mengukur tahap kerja atau intensiti seseorang pemain, ia
boleh diukur berdasarkan tindakbalas kadar nadi yang terhasil di
sepanjang perlawanan. Sebagai contoh, terdapat kajian yang telah
dijalanakan bagi mengkaji intensiti perlawanan bola keranjang
berdasarkan kadar nadi (Alonso, 2003). Penyelidik tersebut juga
mengkaji analisis perlawanan berdasarkan konsentrasi asid laktik.
Selain itu, Ghosh (1975) dalam penyelidikannya menyatakan
intensiti perlawanan pada amnya terbentuk daripada fisiologi iaitu
penggunaan oksigen, kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Ghosh
turut menyatakan bahawa kadar nadi memainkan peranan yang
penting bagi menentukan keupayaan atlet dalam sesuatu acara
yang disertai. Maklumat tentang tahap kerja atau intensiti
berdasarkan kadar nadi perlawanan adalah sangat penting kepada
jurulatih kerana ia dapat membantu pelaksanaan latihan yang
sekurang-kurangnya berkadaran dengan intensiti semasa
perlawanan sebenar.


METODOLOGI


Seramai tujuh orang pemain bola jaring yang mewakili universiti
terlibat dalam kajian ini. Kesemua subjek kajian ini berumur di
antara 21 dan 22 tahun dan mereka berpengalaman bertanding di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Memandangkan
sepasukan bola jaring terdiri daripada tujuh pemain yang bermain
pada posisi yang berbeza, kajian ini membahagikan posisi-posisi
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 41

tersebut kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan Penyerang


bagi GS dan GA, Tengah bagi C, WA dan WD, dan Pertahanan
bagi GD dan GK.
Dalam kajian ini, subjek dikehendaki bermain dalam perlawanan
simulasi bola jaring menentang pasukan bola jaring yang hampir
sama kemampuan di mana pemain-pemain pasukan lawan juga
berpengalaman bertanding sekurang-kurangnya di peringkat
kebangsaan. Perlawanan dijalankan selama 30 minit (15 minit bagi
setiap separuh masa) dan diselangi rehat selama tiga minit di antara
separuh masa pertama dan kedua. Perlawanan simulasi ini
dirakamkan bagi tujuan mengenalpasti rekod kadar nadi ketika
menjaring dan dijaringkan gol pada masa tertentu. Bagi
menentukan kadar nadi ketika menjaringkan dan dijaringkan gol,
penyelidik mengambil kira kadar nadi bermula dari bola melepasi
garisan tengah sehingga bola dijaringkan.
Di sepanjang perlawanan simulasi dijalankan, kadar nadi
subjek direkodkan dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor
(S720i, Finland). Data yang direkodkan kemudian dipindahkan ke
perisian Polar precision Performance
TM
Software untuk mengkaji
kadar nadi bagi setiap posisi pemain. Data tersebut turut digunakan
untuk analisis statistik ANOVA sehala bagi membandingkan
purata kadar nadi bagi setiap kumpulan posisi pemain ketika
menjaringkan dan dijaringkan gol menerusi perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.


DAPATAN KAJIAN


Analisis Perlawanan Simulasi


Rajah 1 menunjukkan tindak balas kadar nadi bagi kesemua posisi
pemain di sepanjang 30 minit perlawanan simulasi. Kajian
mendapati kadar nadi bagi WD adalah yang tertinggi berbanding
kadar nadi bagi posisi-posisi lain dengan purata 198.3 8.8 bpm.
Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain
42 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
100
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
210
220
C WA
WD
GA
GS
GD
GK
Masa (minit)
K
a
d
a
r

D
e
n
y
u
t
a
n

J
a
n
t
u
n
g

(
b
p
m
)
Catatan purata kadar nadi tertinggi bagi pemain C ialah 188 bpm
iaitu pada minit ke-13 perlawanan. Selain itu, kajian turut
mendapati terdapat penurunan kadar nadi yang mendadak bagi
subjek di posisi GA dari minit ke-10 (177 bpm) hinnga minit ke-15
(107 bpm). Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi semua pemain
semasa perlawanan berlangsung ialah 171.4 12.9 bpm.























Rajah 1 Tindak balas kadar nadi setiap posisi pemain semasa
perlawanan bola jaring





Adaptasi Latihan dan Kecederaan 43

Berdasarkan tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi


semasa perlawanan simulasi selama 30 minit (Rajah 2), didapati
tindak balas kadar nadi bagi kumpulan penyerang adalah rendah
berbanding dengan kumpulan posisi yang lain. Perbezaan yang
ketara dapat dilihat pada tindak balas kadar nadi bagi kumpulan
posisi penyerang yang menurun daripada 173 bpm pada minit ke-9
sehingga 121 bpm pada minit ke-14. Manakala bagi kumpulan
posisi tengah dan pertahanan didapati purata kadar nadi pada minit
ke-18 hampir sama iaitu bagi kumpulan posisi tengah dan posisi
pertahanan masing-masing dengan 179.4 19.7 bpm dan 178.0
1.6 bpm.




















Rajah 2 Tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi pemain
semasa perlawanan bola jaring



0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
Tengah
Penyerang
Pertahanan
Masa (minit)
K
a
d
a
r

D
e
n
y
u
t
a
n

J
a
n
t
u
n
g

(
b
p
m
)
Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain
44 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28
100
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
210
220
C WA
WD
GA
GS
GD
GK
Jaringan
K
a
d
a
r

D
e
n
y
u
t
a
n

j
a
n
t
u
n
g

(
b
p
m
)




















Rajah 3 Tindak balas kadar nadi setiap posisi pemain semasa
menjaringkan gol


Di samping itu, kajian turut mendapati terdapat perbezaan kadar
nadi bagi setiap posisi pemain serta kumpulan posisi pemain
semasa menjaringkan dan dijaringkan gol. Ketika melakukan
jaringan (Rajah 3), didapati purata kadar nadi bagi posisi WD
adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar nadi posisi-posisi
yang lain. Posisi WD mencapai purata kadar nadi maksimum 207
bpm pada jaringan ke-10. Bagaimanapun, purata kadar nadi untuk
pemain posisi C bagi kedua-dua separuh masa agak konsisten
dengan bacaan di antara 174 bpm hingga 184 bpm semasa
perlawanan ketika menjaringkan gol.


Separuh Masa Kedua Separuh Masa Pertama
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 45

Kadar Nadi mengikut Kumpulan Posisi Pemain


Ketika Menjaringkan Gol
130.0
140.0
150.0
160.0
170.0
180.0
190.0
TENGAH PENYERANG PERTAHANAN SEMUA
Kumpulan Posisi
K
a
d
a
r

N
a
d
i

(
b
p
m
)


Rajah 4 Purata kadar nadi bagi setiap kumpulan posisi pemain
semasa menjaringkan gol


Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4, purata kadar nadi semasa
menjaringkan gol bagi kumpulan posisi tengah adalah 179.1 7.1
bpm, lebih tinggi berbanding dengan purata kadar nadi bagi
kumpulan posisi penyerang (157.5 15.5 bpm) dan pertahanan
(172.7 12.1 bpm). Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi semua
kumpulan posisi pemain ialah 169.7 11.5 bpm.

Tindak balas kadar nadi yang hampir sama turut diperhatikan bagi
setiap posisi pemain ketika pasukan dijaringkan gol. Merujuk
kepada Rajah 5, purata kadar nadi bagi posisi WD adalah yang
tertinggi berbanding posisi yang lain ketika dijaringkan gol dengan
198.9 8.8 bpm manakala posisi GS menunjukkan purata kadar
nadi terendah dengan hanya 151.6 13.5 bpm. Pemain posisi C
pula mencatatkan purata kadar nadi 178.1 8.8 bpm.

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain
46 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
100
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
210
220
C WA
WD
GA
GS
GD
GK
Jaringan
K
a
d
a
r

D
e
n
y
u
t
a
n

J
a
n
t
u
n
g

(
b
p
m
)




















Rajah 5 Tindak balas kadar nadi bagi setiap posisi pemain semasa
dijaringkan gol


Berdasarkan pada Rajah 6, kadar nadi semasa dijaringkan gol bagi
kumpulan posisi penyerang didapati kekal lebih rendah berbanding
kumpulan posisi tengah dan pertahanan kecuali ketika jaringan ke-
2 pihak lawan dilakukan. Di sepanjang perlawanan simulasi, secara
purata kumpulan posisi tengah merekodkan kadar nadi sebanyak
178.3 10.5 bpm manakala kumpulan posisi pertahanan
merekodkan purata kadar nadi sebanyak 173.8 12.7 bpm.
Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi ketiga-tiga kumpulan
posisi pemain adalah 170.7 12.6 bpm (Rajah 7).



Separuh Masa Pertama Separuh Masa Kedua
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 47

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
120
130
140
150
160
170
180
190
200
Tengah
Penyerang
Pertahanan
Jar ingan
K
a
d
a
r

D
e
n
y
u
t
a
n

J
a
n
t
u
n
g

(
b
p
m
)
Kadar Nadi mengikut Kumpulan Posisi Ketika Dijaringkan Gol
140.0
150.0
160.0
170.0
180.0
190.0
200.0
TENGAH PENYERANG PERTAHANAN SEMUA
Kumpulan Posisi
K
a
d
a
r

N
a
d
i

(
b
p
m
)














Rajah 6 Tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi pemain
semasa dijaringkan gol


















Rajah 7 Purata kadar nadi bagi setiap posisi pemain semasa dijaringkan
gol
Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain
48 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat perbezaan purata kadar nadi


bagi ketiga-tiga kumpulan posisi pemain tersebut. Namun, analisis
statistik One Way ANOVA mendedahkan bahawa tiada perbezaan
yang signifikan di antara kesemua kumpulan posisi pemain ketika
menjaringkan (p=0.359) dan dijaringkan gol (p=0.510).


PERBINCANGAN


Tindak balas perubahan kadar nadi bagi setiap posisi di sepanjang
perlawanan adalah berbeza. Ini kerana jumlah kerja yang
dilakukan oleh setiap pemain adalah berdasarkan posisi dan had
kawasan pergerakan bagi setiap posisi tersebut. kadar nadi ini juga
mungkin dipengaruhi oleh faktor taktikal dan pergerakan setiap
pemain pihak lawan.
Kajian mendapati tindak balas kadar nadi bagi posisi wing
defence (WD) jelas kelihatan lebih tinggi daripada tindak balas
kadar nadi bagi posisi yang lain di mana ia agak konsisten dari
permulaan hingga ke akhir perlawanan. Dapatan kajian ini juga
mendapati bahawa tahap kerja atau intensiti pemain centre (C)
bukan yang tertinggi kerana purata kadar nadi pemain C di
sepanjang perlawanan hanya 178.1 7.7 bpm berbanding 198.3
8.8 bpm yang direkodkan oleh WD. Bagaimanapun, terdapat
perbezaan di antara tindak balas kadar nadi pemain posisi C
dengan WA. Berdasarkan analisis video yang dirakam, pemain
WA kebiasaanya berada berhampiran dengan kawasan D
(kawasan jaringan). Pemain WA lebih berfungsi sebagai perantara
di antara pemain C khususnya dan WD untuk membuat hantaran
kepada GA atau GS. Keadaan ini mungkin menyebabkan kadar
nadi WA lebih rendah daripada pemain C selain dari faktor had
kawasan pergerakannya. Selain itu, GS dan GA juga mencatatkan
purata kadar nadi yang rendah. Ini disebabakan GS khususnya
sentiasa berada di dalam kawasan D menanti hantaran dari
pemain lain untuk melakukan jaringan.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 49

Bagi tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi,


didapati kadar nadi bagi posisi tengah lebih tinggi berbanding
dengan posisi penyerang dan pertahanan. Keputusan ini
disebabkan oleh posisi tengah terdiri daripada C, WA dan WD di
mana ketiga-tiga posisi tersebut bermain di dalam kawasan yang
besar terutamanya posisi C. Berdasarkan analisis video, didapati
kumpulan posisi tengah adalah yang paling aktif di sepanjang
perlawanan di mana ia terlibat dalam melakukan gerakan serangan
dan membantu pertahanan ketika tidak mempunyai penguasaan
bola.
Dapatan kajian turut menunjukkan purata kadar nadi
pemain GK (173.6 11.7 bpm) adalah lebih tinggi daripada GS
(152.1 12.2 bpm). Analisis video menunjukkan bahawa di
sepanjang perlawanan GK lebih banyak mengekori GS pihak
lawan sedangkan GS bagi kajian ini kurang bergerak dan hanya
melakukan pergerakan kecil yang pantas untuk menerima hantaran
dari pemain lain sekaligus memastikan dirinya berada hampir
dengan tiang gol untuk membuat jaringan. Pergerakan yang
banyak oleh pemain GK dalam kajian ini turut mempengaruhi
kadar nadinya hingga hampir sama dengan kadar nadi pemain GD
(171.5 14.3 bpm).
Sekalipun hampir semua dapatan kajian ini secara amnya
bersifat individu, namun dari aspek kumpulan posisi menunjukkan
bahawa tindak balas kadar nadi bagi kumpulan pertahanan adalah
hampir sama dengan kumpulan tengah.


PENUTUP


Tindak balas kadar nadi bagi setiap individu semasa perlawanan
adalah berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semasa
perlawanan simulasi, tahap kerja yang dilakukan oleh setiap posisi
pemain adalah tidak sama kerana terdapat had kawasan yang
membataskan pergerakan pemain. Di samping itu, tindak balas
kadar nadi turut dipengaruhi oleh strategi dan pergerakan yang
Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain
50 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dilakukan oleh pemain ketika melakukan serangan dan ketika


bertahan.


RUJUKAN

Achten, J . dan J eukendrup, A.E. (2003). Heart Rate Monitoring:
Applications and Limitations. Sports Medicine. 33, 517-538.
Alonso, M.R., Garcia, B.F., Landaluce, J .P. dan Terrados, N.
(2003). Blood Lactate and Heart Rate During National And
International Womens Basketball. J ournal Of Sports
Medicine and Physical Fitness. 43, 432-436.
Arakawa, K. (2000). Physical Exercise In The Management Of
Hypertension. Asian Medical J ournal. 43(3), 107-113.
Astrand, P. and Rodahl, K. Dahl, H.A. and Stromme, S.B. (2003).
Textbook of work physiology: Physiological bases of
exercise, 4
th
ed. Human Kinetics..
Bompa, T. (1999). Periodization: Theory And Methodology Of
Training. (4
th
ed). Champaign, IL: Human Kinetics.
Brooks, G.A., Fahey, T.D., dan White, T.P. (1996). Exercise
Physiology: Human Bioenergetics and Its Applications. (2
nd

ed). Mountainview, CA: Mayfield.
Charlton, G.A., dan Crawford, M.H. (1997). Physiology
Consequences of Training. The Athletes Heart and
Cardiovaskular Disease. 15(3), 345-354.
Furlan, R., Piazza, S., Dell Orto, S., Gentile, E., Cerutti, S.,
Pagani, M., dan Malliani, A. (1993). Early and Late Effects
Of Exercise And Athletic Training On Neural Mechanisms
Controlling Heart Rate. Cardiovascular Research. 27, 482-
488.
Ghosh, A.K., Rauf Iqbal, V.K., Soni, N.S. dan Mukhopadhyay, S.
(1995). Heart Rate and Blood Lactate Response In Limited
Over Criket Match. Scientific J ournal. 23(2), 21-23.
Iellamo, F., Legramante, J .M., Massaro, M., Raimondi, G., dan
Galante, A. (2000). Effects of A Residential Exercise
Training on Baroreflex Sensitivity and Heart Rate Variability
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 51

in Patients with Coronary Artery Disease. A Randomized,


Controlled Study. Circulation. 102, 2588-2592.
Kano, H., Koike, A., Yajima, T., Koyama, Y., Marumo, F., dan
Hiroe, M. (1999). Mechanism of Overshoot in Cardiac
Function during Recovery from Submaximal Exercise in
Man. CHEST. Bunkyo-ku, Tokyo, J apan. 116, 868-873.
Nishime, E.O., Cole, C.R., Blackstone, E.H., Pashkow, F.J . dan
Lauer, M.S. (2000). Heart Rate Recovery and Treadmill
Exercise Score as Predictors of Mortality in Patients
Referred for Exercise ECG. J AMA, 2000;284:1392-1398
Noble, B.J . (1986). Physiology of Exercise And Sport. St. Louis,
Missouri: Times Mirror/Mosby College Publishing.
Sherpard, R.J . dan Astrand, P.O. (1992). Endurance in Sport.
Oxford: Blackwell Scientific Publications.
Steele, J .R. dan Chad, K.E. (1987). An Analysis Of The Movement
Patterns Of Netball Players During Match Play:
Implications For Designing Training Programmes. Sports
Coach, 15(1), 21-28.
Theophilos, P., Antonios, C., Helen, D., Antonios, A. and Savva,
T.P. (2005). Heart Rate Responses and Blood Lactate
Concentration of Goal Ball Players During The Game. 10
th

Annual Congress of the European College of Sport Science.
13-16 J uly. Belgrade, Serbia, 397-398.
Wilmore, J .H. and Costill, D.L., (1994). Training for Sport and
Activity. In The Physiological Basis of The Conditioning
Process. Dubuque, IA: Brown.
Winnick, J .P. (2004). Adapted Physical Education and Sport. (4
th

ed). New York: McGraw-Hill.
Woofford and Angrove, M. (1991). A Comparison Of Training
Techniques and Game Intensities for National Level Netball
Players. Sports Coach. 14, 18-21.


Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi
Pemain

52 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


5
PERBANDINGAN KAPASITI
ANAEROBIK ANTARA PEMAIN
FUTSAL DAN PEMAIN BOLA SEPAK
MENGGUNAKAN UJIAN WINGATE
Zainal Abidin Zainuddin
Mohd Redzuan Mohd


PENGENALAN


Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat popular di seluruh
dunia. Ia dianggap sebagai sukan yang mempunyai suatu kuasa
yang dapat menarik minat semua lapisan masyarakat, bangsa dan
semua peringkat umur. Selain daripada bola sepak, sukan futsal
juga telah mendapat tempat di hati pencinta-pencinta sukan. Pada
hakikatnya, permainan futsal adalah lahir daripada permainan bola
sepak cuma dimainkan dengan cara yang berbeza dari segi
bilangan pemain, peralatan, masa permainan, undang-undang dan
juga tempat permainan. Kebanyakan pemain bola sepak berupaya
untuk bermain futsal dan begitu juga sebaliknya. Menurut Reilly
(1997), kedua-dua permainan ini memerlukan tahap kecergasan
fizikal yang tinggi dari segi kekuatan otot, kelenturan,
ketangkasan, kepantasan, kapasiti aerobik dan kapasiti anaerobik.
Ia juga tidak bergantung kepada kemahiran dan teknik semata-
mata. Dengan erti kata lain, kedua-dua sukan ini merupakan
gabungan antara aktiviti aerobik dan aktiviti anaerobik. Ia
dikatakan aktiviti aerobik kerana kedua-dua sukan ini dimainkan
lebih daripada dua minit dan ia memerlukan penggunaan oksigen
yang optimum. Semasa permainan, keperluan untuk penggunaan
kuasa anaerobik untuk kedua-dua sukan ini adalah tidak dapat
dijangka kerana ia berlaku dengan cepat. Dengan erti kata lain,
pemain-pemain seharusnya mampu untuk mengulangi

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 53

pergerakanpergerakan pantas berulang kali dalam tempoh masa


yang panjang dengan bantuan anaerobik glikolisis. Walau
bagaimanapun, adakah kapasiti anerobik bagi pemain bola sepak
dan pemain futsal adalah sama?
Komponen anaerobik adalah merupakan satu elemen yang
penting di dalam permainan bola sepak dan futsal. Di dalam
permainan bola sepak dan futsal, penggunaan kuasa adalah banyak
dalam jangka masa yang singkat dengan kadar masa rehat dalam
30 saat untuk membekalkan semula creatine phosphate dalam
simpanan otot. Dalam kedua-dua permainan ini juga terdapat aksi-
aksi yang memerlukan daya lompatan, pecutan, tukaran arah yang
mendadak dan larian yang eksplosif. Ini berlaku dalam jangka
masa yang singkat di mana daya usaha tenaga secara maksimum
akan dibebaskan. Oleh itu bagi menghadapi situasi ini, sintesis
ATP mesti selaras dengan penghuraian ATP bagi memelihara
aktiviti pengecutan otot. Masa rehat yang terdapat dalam aksi-aksi
permainan jenis ini hanya boleh diukur dalam saat sahaja.Dalam
aplikasi sebegini, kuasa anaerobik yang diperlukan datang daripada
keperluan untuk mengatasi inersia. Kajian ini bertujuan untuk
mengukur kapasiti anaerobik Pemain Futsal Universiti Teknologi
Malaysia dengan menggunakan Ujian Wingate.Mengukur kapasiti
anaerobik Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia
dengan menggunakan Ujian Wingate. Membuat perbandingan
kapasiti anaerobik Pemain Futsal dan Pemain Bola Sepak
Universiti Teknologi Malaysia.
Kejayaan atlet-atlet yang terlibat dengan sukan padang
(field sports) bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan
teknik tetapi juga bergantung kepada unsur-unsur fisiologi seperti
gabungan terhadap kekuatan, kelenturan, ketangkasan, pecutan,
kapasiti aerobik dan juga kapasiti anaerobik. Haris, Lovely dan
Oram (1982) di dalam Nor Azilah (2003) menyatakan bahawa
seseorang ahli sukan itu mungkin mempunyai kekuatan tetapi
sekiranya ia tidak boleh menukarkan kekuatan tersebut menjadi
satu pergerakan yang berkesan, ia dikatakan tidak mempunyai
kuasa. Dalam bidang fisiologi, kuasa bermaksud keupayaan
oksigen semasa melakukan sesuatu aktiviti. Fox dan Matthew
Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
54 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

(1998) dalam Nor Azilah (2003) membahagikan kuasa kepada dua


jenis iaitu keupayaan kuasa aerobik dan anaerobik. Kuasa aerobik
ialah keupayaan untuk melakukan latihan pada intensiti yang
sederhana dalam jangkamasa yang panjang dengan menggunakan
oksigen manakala kuasa anaerobik pula ialah keupayaan
melakukan latihan intensiti tinggi pada masa yang singkat tanpa
atau dengan menggunakan oksigen yang sangat minimum.
Penggunaan Kuasa Anaerobik dalam Sukan Futsal dan
Bola Sepak Lamb (1978) di dalam Nor Azilah (2003) menyatakan
bahawa aktiviti aktiviti seperti membaling, melompat dan lombol
bergalah, lari pecut sehingga 800 meter, berenang 200 meter,
pecutan lumba basikal, rutin-rutin gimnastik perseorangan dan
pertandingan angkat berat adalah antara contoh-contoh aktiviti
serbuan singkat maksimum yang dilakukan terutama pada
pengeluaran ATP, fosfat kreatin dan glikogen yang tersimpan.
Menurutnya lagi sekiranya aktiviti-aktiviti inidiulangi beberapa
kali diselangkan dengan masa rehat maka penggantian ATP dan
fosfat kreatin akan berlaku pada masa rehat tersebut. Contoh-
contoh kerja yang diikuti oleh penurunan ATP, fosfat kreatin dan
glikogen otot ialah dalam pertandingan ragbi, pecutan berulangan
oleh penyerang dalam permainan bola sepak dan serangan kilat
dalam futsal.
Barbero et al. (2006) dan Castagna et al. (2006) futsal ialah
sejenis permainan indoor dari versi bola sepak yang secara
rasminya diperakui oleh FIFA dan dimainkan secara professional,
amatur dan sebagai rekreasi di seluruh dunia. Walaupun sukan ini
telah menjadi popular dan diminati ramai, hanya terdapat beberapa
kajian yang terhad terhadap sukan ini bagi menunjukkan kesan-
kesan psikologi untuk permainannya. Menurut Castagna et al.
(2006) lagi, permainan futsal pada peringkat profesional adalah
sukan yang berintensiti tinggi yang memerlukan kuasa anaerobic
dan aerobik. Tahap kuasa aerobik yang tinggi melebihi 55ml kg-1
min1 adalah diperlukan oleh pemain-pemain futsal pada
peringkat ini. Di dalam kajian Sampaio, Macas, Abrantes dan
Ibanez (2006), menyatakan bahawa sukan futsal peringkat tinggi
(profesional) ialah sejenis sukan berpasukan yang berintensiti
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 55

tinggi dan memerlukan pemain-pemainnya membuat pengulangan


yang kerap terhadap intensiti ini. Repeated Sprint Ability (RSA)
adalah satu komponen kecergasan yang penting di dalam sukan ini
(Barbero Alvarez et al., 2006).


METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini berbentuk eksperimental yang dijalankan ke atas lima
orang Pemain Bola Sepak dan lima orang Pemain Futsal Lelaki
Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga
26 tahun. Perbandingan antara subjek kedua-dua jenis sukan diuji
dengan menggunakan Ujian Wingate. Ujian Wingate dijalankan
menggunakan basikal ergometer jenis Pro-Energy (IB 400 Upright
Bike) Subjek dikehendaki mengayuh menggunakan basikal
ergometer ini seberapa pantas yang boleh dalam jangka masa 30
saat.
Prosedur Ujian Wingate melibatkan pengiraan untuk
menentukan rintangan yang tetap pada basikal ergometer untuk
setiap subjek. (% berat badan =1N kg1 atau 0.075 x berat badan.
Level untuk rintangan pada basikal ergometer adalah dibundarkan
dari hasil % berat badan). Proses memanskan badan juga
menggunaan basikal ergometer dengan keadaan bebas rintangan.
Kedudukan setiap subjek (untuk permulaan di atas basikal
ergometer) adalah mengikut kesesuaian ketinggian subjek. Selepas
sesi memanaskan badan subjek dikehendaki mengayuh basikal
ergometer selaju yang mungkin. (rintangan belum ditetapkan pada
basikal ergometer). Selepas 2 saat kayuhan, rintangan akan
diletakkan pada
basikal ergometer dan subjek akan menyambung kayuhan sekuat
tenaga untuk 30 saat.
Bagi tujuan pengiraan Power Output tertinggi biasanya
diambil semasa lima saat pertama semasa ujian untuk
menunjukkan kapasiti penghasilan tenaga pada sistem (ATP-PC).
PP adalah dalam unit watt (W). 1 W =6.12 kg - mmin-1.
Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
56 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


ANALISIS DATA




Rajah 1 Peak Power untuk semua subjek


Rajah 1 menunjukkan Peak Power (PP) bagi kesemua subjek iaitu
pemain futsal dan pemain bola sepak. Daripada graf didapati
Subjek 10 iaitu pemain bola sepak menunjukkan Peak Power
tertinggi iaitu 1078.86 Watt dan Peak Power terendah ialah
daripada Subjek 5 iaitu daripada pemain futsal iaitu 863.09 Watt.
Terdapat dua subjek pemain bola sepak yang mempunyai Peak
Power yang sama iaitu Subjek 8 dan Subjek 9 dengan nilai 980.78
Watt manakala Subjek 4 dan Subjek 6 juga mempunyai nilai Peak
Power yang sama iaitu 882.71 Watt dan masing-masing
merupakan pemain futsal dan bola sepak. Secara keseluruhannya,
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 57

purata Peak Power (PP) bagi pemain futsal ialah 914.09 Watt
manakala purata Peak Power (PP) bagi pemain bola sepak ialah
988.63 Watt.














Rajah 2





Rajah 2: Anaerobic Fatigue semua subjek


Rajah 2 menunjukkan Anaerobic Fatigue (AF) bagi semua subjek.
Rajah menunjukkan peratusan Anaerobic Fatigue (AF) bagi semua
subjek iaitu pemain futsal dan pemain bola sepak dapat dilihat
dengan jelas. Daripada graf, didapati Subjek 4 dan Subjek 6
masing-masing daripada pemain futsal dan bola sepak
menunjukkan Anaerobic Fatigue (AF) tertinggi iaitu 33 % dan
Anaerobic Fatigue (AF) terendah ialah daripada Subjek 5 iaitu
daripada pemain futsal dengan 18 %. Secara keseluruhannya,
purata Anaerobic Fatigue (AF) bagi pemain futsal ialah 26.8 %
manakala purata Anaerobic Fatigue (AF) bagi pemain bola sepak
Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
58 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ialah 28.2 %. Peratus yang lebih rendah menunjukkan kadar


Anaerobic Fatigue yang lebih baik.



Rajah 3: Purata kapasiti anaerobik subjek


Purata kapasiti anaerobik pemain futsal dan bola sepak dijelaskan
melalui Rajah 3. Maklumat yang diperolehi daripada graf
menunjukkan pemain bola sepak mempunyai purata kapasiti
anaerobik yang lebih tinggi iaitu 2552 kg-m berbanding purata
kapasiti anaerobik pemain futsal iaitu sebanyak 2370 kg-m.
Perbezaan purata di antara kedua-dua kumpulan subjek ialah
sebanyak 182 kg-m.




Adaptasi Latihan dan Kecederaan 59

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN




Hasil daripada penganalisaan data mentah, didapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pada aras keertian 0.05 dalam Standard
Critical Value t-Test terhadap perbezaan kapasiti anaerobik pemain
futsal dengan pemain bola sepak.Ini bermakna, dengan kata yang
lebih mudah dapat digambarkan bahawa kadar kapasiti anaerobik
pemain futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap
yang sama. Keputusan analisis data jelas menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti anaerobik pemain-
pemain futsal dan bola sepak.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
dapatan daripada hasil kajian ini. Faktor yang paling penting di sini
adalah latar belakang subjek. Lima orang subjek pemain futsal
adalah merupakan pemain-pemain yangmewakili universiti dalam
pertandingan futsal di peringkat universiti. Walau bagaimanapun,
kelima-lima subjek ini juga merupakan bekas pemain bola sepak di
peringkat amatur sekurang-kurangnya pernah mewakili daerah atau
kelab sebelumberkecimpung di arena futsal. Kebanyakan tahap
kemahiran, kecergasan serta tahap kematangan dalam permainan
futsal adalah diperolehi daripada pengalamanpengalamansemasa
bermain bola sepak. Selain daripada itu, semua subjek futsal ini
masih lagi bermain bola sepak pada masa lapang dan juga masih
menyertai pertandingan bola sepak di peringkat rendah contohnya
mewakili kolej.
Di sini jelas menunjukkan bahawa perkaitan di antara
sukan futsal dan sukan bola sepak adalah sangat rapat. Kenyataan
ini disokong oleh Barbero et al. (2006)dan Castagna et. al (2006)
di dalam kajian mereka menyatakan bahawa futsal adalah sejenis
permainan indoor versi bola sepak dan secara rasminya telah
diperakui oleh FIFA dan dimainkan secara professional, amatur
dan sebagai rekreasi di seluruh dunia. Satu lagi faktor yang
membuktikan bahawa sukan futsal mempunyai hubungkait yang
rapat dengan sukan bola sepak adalah dari segi intensiti permainan.
Menurut Castagna et al. (2006), permainan futsal pada tahap
Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
60 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

profesional adalah sukan yang berintensiti tinggi yang memerlukan


kuasa aerobik dan anaerobik yang tinggi. Pendapat ini juga di
sokong oleh Barbero di dalam Alvarez et al. (2006) yang
menyatakan bahawa sukan futsal peringkat tinggi ialah sejenis
sukan berpasukan yang berintensiti tinggi dan memerlukan
pemain-pemainnya membuat pengulangan yang kerap terhadap
intensiti ini.
Faktor kedua yang menyumbang terhadap dapatan kajian
adalah disebabkan oleh faktor umur subjek. Semua subjek yang
dipilih adalah berumur di antara 20 hingga 26 tahun. Peringkat
umur setiap subjek adalah berada pada tahap dewasa dan matang.
Bagi orang dewasa, tahap kapasiti anaerobik mungkin lebih tinggi
berbanding remaja mahupun kanak-kanak. Satu kajian telah
dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap 186 orang pemain
bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu bawah 15 tahun, 16
tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun untuk mengenalpasti
kuasa anaerobik mereka mengikut kategori umur masing-masing.
Kajian mendapati bahawa kuasa anaerobik adalah meningkat
secara progresif mengikut kategori umur sampel. Fournier et al.
(1982) di dalam Balciunas et al. (2005) juga menyatakan bahawa
kuasa anaerobik akan meningkat dari peringkat kanak-kanak
sehingga menjelang dewasa dan peningkatan drastik berlaku
semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana peningkatan aktiviti
enzim glycolitic terutamanya Phosphofructokinase. Kenyataan ini
juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005)
yang menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif
semasa proses matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna,
aktiviti glucolite bergantung kepada peringkat umur.
Faktor ketiga yang menyumbang terhadap dapatan kajian
adalah disebabkan oleh faktor cuaca atau suhu persekitaran. Semua
subjek yang di ambil telah terbiasa dengan keadaan kajian cuaca di
Malaysia dengan suhu persekitaran 27 C hingga 30 C semasa
menjalani latihan atau semasa pertandingan. Keadaan ini juga
mungkin menjadi faktor terhadap kapasiti anaerobik mereka yang
hampir sama. Tambahan pula, tiada sebarang kajian yang
menunjukkan kapasiti anaerobik adalah dipengaruhi oleh faktor
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 61

cuaca atau suhu sekeliling. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh


Finn et al. (2003) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan
terhadap kapasiti anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20 C
hingga 30 C. Faktor keempat yang menyumbang terhadap dapatan
kajian ini ialah disebabkan oleh komposisi badan. Pengujian untuk
kapasiti anaerobik juga dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu
Lean Body Mass (LBM) serta peratus lemak.
Sehubungan dengan itu, keempat-empat faktor ini
dianggarkan mempunyai perkaitan yang rapat terhadap dapatan
kajian serta menjadi penyumbang kepada dapatan kajian ini.
Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan ialah untuk
membuat perbandingan kapasiti anaerobik ke atas sampel yang
melibatkan dua jenis sukan iaitu sukan futsal dan bola sepak.
Dengan kata yang lebih mudah, kajian ini adalah bertujuan untuk
melihat adakah terdapat perbezaan di antara pemain futsal dan
pemain bola sepak dari segi kapasiti anaerobik walaupun kedua-
dua sukan ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat di antara
satu sama lain.
Memandangkan kadar kapasiti anaerobik untuk sukan futsal dan
bola sepak adalah sama dan tiada perbezaan, ini bermakna
sebarang latihan untuk kuasa anaerobik dalam kedua-dua sukan ini
boleh disatukan. Dengan kata lain, latihan spesifik untuk kuasa
anaerobik bola sepak boleh dibuat semasa bermain futsal, atau
menerapkan elemen-elemen futsal di dalam bola sepak dan juga
sebaliknya.
Dapatan kajian ini menunjukkan kadar kapasiti anaerobic
pemain bola sepak dan pemain futsal adalah sama, maka ia boleh
disimpulkan bahawa dengan bermain futsal juga dapat
meningkatkan kapasiti anaerobic seseorang. Sebagai contoh, jika
seseorang yang cuba untuk memperbaiki tahap kecergasannya dari
segi kuasa anaerobik tetapi tidak mempunyai kesempatan untuk
bermain bola sepak, maka permainan futsal adalah merupakan
alternatif terbaik.



Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
62 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

RUJUKAN


Alemdaroglu, U., Asci, A., Tahir Hazir, Sinem Hazir, Zambak
Sahin, Acikada, C. (2007). Comparison of Anaerobik Tests
in Young Socceer Players. Physiological Testing of
Football Players. J ournal of Sport Science and Medicine.
Suppl. 10: 114.
Ali Ozkan, Bayrak Ariburun, Isler, A. K. Relationship of Body
Composition, Anaerobic Performance and Isokinetic Knee
Strength in American Football Players. Physiological
Testing of Football Players. J ournal of Sport Science and
Medicine (2007). Suppl. 10: 127.
Alvarado, M. U. (2005). Nutrition for Young Soccer Players.
International J ournal of Soccer and Science, 3 (1), 12-20.
University of Costa Rica.
Castagna, C., DOttavio, S., Alvarez, J . C. B. (2007) .
Physiological Effects of Playing Futsal in Professional
Futsal Players. Poster Presentations, Physiological Testing
of Football Players. J ournal of Sport Science and
Medicine.Suppl. 10: 117.
Castagna, C., DOttavio, S., Vincenzo, M., Alvarez, J . C. B. (2007)
Ability to Repeat Sprint and Maximal Aerobic Power in
Young Soccer Players. Physiological Testing of Football
Players. J ournal of Sport Science and Medicine. Suppl. 10:
123.
Edis, A. S., Tahir Hazir, Zambak Sahin, Sinem Hazir, Asci, A.,
Acikada, C. (2007). Physiological Responses to
Submaximal and Maximal Exercise Intensities: Field
versus Laboratory. Physiological Testing of Football
Players. J ournal of Sport Science and Medicine Suppl. 10:
129.
Landry, G. (2003). Raising Your Anaerobic Threshold. Internet
Marketing Inc.
Lollo, P. C. B., Salgado, J . B. V., Endrighi, P., Shibucawa, R.,
Chiminazzo, J . G. C.,Matias, F. H., Arruda, M. D.,
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 63

Miyasaka, C. K. (2007). Yo-yo Intermittent Recovery


Performance Test, Body Composition and Biochemistry
Markers in YoungSoccer Players. Poster Presentations,
Physiological Testing of Football Players. J ournal of Sport
Science and Medicine Suppl. 10: 111.
Maughan, R. J . (2007). Nutrition and Football. London: Routledge
Taylor and Francis Group.
Nor Azilah binti Zakaria (2003). Perbandingan Kuasa Anaerobik
di antara Pemain Ragbi MSSM Kedah dan Pemain Bola
Keranjang. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Ijazah
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
Reilly, T., Williams, A. M. (2003). Science and Soccer. 2th
edition. London: Routledge Taylor and Francis Group.
Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak
Menggunakan Ujian Wingate
64 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


6
INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT
KUMPULAN POSISI PEMAIN
BOLA JARING
Syahrul Ridhwan Morazuki
Ida Haryati Satibi


PENGENALAN


Permainan bola jaring terdiri daripada tujuh pemain sepasukan.
Setiap pemain bermain untuk posisi tertentu di mana setiap posisi
mempunyai had kawasan yang membataskan pergerakan pemain
dalam mengatur gerakan sama ada ketika menyerang atau
bertahan. Di antara posisi-posisi tersebut ialah Center (C), Goal
Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing Attack
(WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK).
Berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan penyelidik, had
kawasan pergerakan bagi setiap posisi semasa perlawanan bola
jaring mungkin mempengaruhi kadar kerja atau intensiti setiap
pemain tersebut. Sebagai contoh, pemain Center (C) diramalkan
sebagai pemain yang bermain pada intensiti tertinggi berdasarkan
kawasan pergerakannya yang meliputi seluruh gelanggang kecuali
kawasan jaringan atau dikenali sebagai kawasan D. Ini diikuti
dengan dua pemain yang banyak bergerak di tengah gelanggang
iaitu Wing Attack (WA) dan,Wing Defence (WD). Sebaliknya,
pemain yang hanya banyak bergerak di dalam kawasan D
diramalkan bermain pada intensiti yang paling rendah berbanding
pemain-pemain lain. Walaubagaimanapun, penyelidik berpendapat
kajian mengenai intensiti perlawanan bola jaring secara umum dan
posisi pemain khususnya masih terbatas termasuk di negara ini.
Bagi sukan bola keranjang, satu kajian telah dikalankan oleh

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 65

Rodriguez et al. (2003), di mana penyelidik tersebut mengkaji


intensity perlawanan bola keranjang wanita berdasarkan tindak
balas kadar nadi dan tahap konsentrasi asid laktik.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi
mengenalpasti tahap intensiti perlawanan bola jaring yang
merangkumi intensiti setiap posisi dan kumpulan posisi pemain.


METODOLOGI


Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan seramai tujuh orang pemain bola jaring yang
mewakili universiti. Kesemua subjek kajian juga berpengalaman
bermain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Umur subjek
adalah di antara 21 dan 22 tahun.

Rekabentuk Kajian

Kajian ini melibatkan dua fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa
I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Bagi setiap fasa pengujian,
subjek-subjek dilengkapkan dengan alat pengesan kadar nadi
(Polar Heart Rate Monitor, S 720i, Finland) dan sampel darah
diambil sebelum (LA
pre
) dan selepas (LA
post
) sesi ujian bagi
mengukur tahap konsentrasi asid laktik dengan menggunakan set
peralatan yang dikenali sebagai meter (Accutrend

Lactate,
Germany). Bagi perlawanan simulasi, setiap subjek bermain untuk
posisi masing-masing dan mereka dibahagikan kepada tiga
kumpulan posisi iaitu kumpulan penyerang, tengah dan
pertahanan. Data tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid
laktik yang diperolehi digunakan untuk analisis perbezaan intensiti
perlawanan bola jaring mengikut kumpulan posisi-posisi pemain
tersebut


Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
66 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Fasa I: Ujian Makmal



Semua subjek dalam kajian ini dikehendaki berlari di atas treadmill
sehingga mencapai tahap keletihan yang maksimum bagi
mendapatkan kadar nadi maksimum (HR
max
) dan juga konsentrasi
asid laktik akhir (LA
post
). Protokol yang digunakan bagi ujian ini
adalah mengikut Bruce Protocol (ACSM, 1986). Ujian ini
dijalankan secara berperingkat di mana jangkamasa setiap
peringkat ialah tiga minit di mana kelajuan permulaan bagi ujian
ini ialah 2.7 km/h manakala darjah kecerunan permulaan ialah
10%. Kelajuan dan kecerunan bertambah pada setiap tiga minit
pengujian.

Fasa II: Perlawanan Simulasi

Pada fasa ini, subjek kajian bermain dalam satu perlawanan
simulasi bola jaring menentang pasukan yang hampir sama
kemampuan di mana pemain-pemain pasukan lawan juga
berpengalaman menyertai pertandingan sekurang-kurangnya di
peringkat kebangsaan. Tempoh perlawanan ditetapkan selama 30
minit tidak termasuk tiga minit masa rehat di antara separuh masa
pertama dan separuh masa kedua. Tiada pertukaran pemain
dibenarkan bagi kedua-dua pasukan dan pemain kekal bermain
pada posisi yang sama dari permulaan hingga tamat perlawanan.
Sebelum perlawanan bermula, subjek terlebih dahulu
dipakaikan dengan alat pengesan kadar nadi Polar Heart Rate
Monitor (S 720i, Finland) bagi merekod tindak balas kadar nadi
(kadar nadi direkod setiap 15 saat) di sepanjang perlawanan.
Selain itu, sampel darah diambil pada hujung jari subjek sejurus
sebelum (LA
pre
) dan sejurus selepas (LA
post
) perlawanan bagi
mengukur kadar konsentrasi asid laktik.
Selain itu, perlawanan simulasi juga dirakam bagi tujuan
pemerhatian pergerakan setiap posisi pemain di sepanjang
perlawanan.


Adaptasi Latihan dan Kecederaan 67

Persampelan Darah

Sampel darah untuk analisis konsentrasi asid laktik dalam darah
diambil dengan menggunakan set peralatan yang dikenali sebagai
meter (Accutrend

Lactate, J erman). Kesemua sampel darah dalam


kajian ini diambil dari bahagian hujung jari subjek. Terlebih
dahulu, hujung jari subjek dibersihkan dengan kapas pelembap
yang mengandungi 70% isopropil alkohol untuk mengelakkan
risiko jangkitan. Sejenis jarum atau lancet (Accu-Check

Softclix
Pro, J erman) digunakan untuk mengeluarkan darah pada
permukaan kulit dengan mencucuk bahagian hujung jari subjek.
Darah yang keluar di permukaan kulit dititiskan sehingga
memenuhi bahagian test strip (BM-Lactate, J erman) yang
berwarna kuning. Sampel darah pada test strip yang diambil
tersebut seterusnya dianalisis untuk menentukan tahap konsentrasi
asid laktik dalam darah dengan menggunakan alat penganalisis
asid laktik atau meter (Accutrend

Lactate, Roche, J erman).




Penganalisaan Data

Semua data deskriptif kajian ini diterjemahkan dalam bentuk
purata dan sisihan piawai. Bagi analisis statistik perbandingan
intensiti perlawanan berdasarkan kumpulan posisi pemain, analisis
ANOVA sehala digunakan menerusi perisian Computer Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.


DAPATAN KAJIAN

Rekod Fizikal Subjek

Umur, berat dan tinggi subjek mengikut kumpulan posisi
penyerang, tengah dan pertahanan ialah 21.9 0.4 tahun, 60.3
3.1 kg dan 170 5.0 sm.

Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
68 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Ujian Makmal: Kadar Nadi Maksimum dan Konsentrasi Asid


Laktik

Berdasarkan dapatan ketika ujian makmal, purata kadar nadi
maksimum di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti ialah
181.9 +0.8 bpm. Posisi WD mencatatkan kadar nadi maksimum
yang paling tinggi iaitu 200.0 +0.0 bpm berbanding dengan posisi
WA yang mencatatkan kadar nadi maksimum yang terendah iaitu
171.7 +1.6 bpm. Ini diikuti dengan posisi GK (183.7 +0.4 bpm),
GD (181 +0.5 bpm), GS (180.8 +0.4 bpm) dan C (179.3 +0.9
bpm).


KADAR NADI MAKSIMUM
MENGIKUT POSISI
176.8
180.8
171.7
200
179.3
183.7
181
181.9
150
160
170
180
190
200
210
GA GS WA WD C GK GD ALL
POSISI
H
R
m
a
x

(
b
p
m
)


Rajah 1 Kadar nadi maksimum bagi setiap posisi pemain

Berdasarkan kumpulan posisi pemain, kumpulan posisi pemain
tengah mencatatkan purata kadar nadi maksimum yang paling
tinggi iaitu 183.7 + 0.8 bpm, diikuti dengan kumpulan posisi
pemain pertahanan (182.4 + 0.3 bpm) dan kumpulan posisi
penyerang (178.8 +1.2 bpm)

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 69


KADAR NADI MAKSIMUM
MENGIKUT KUMPULAN POSISI
178.8
183.7
182.4
174
176
178
180
182
184
186
Penyerang Tengah Pertahanan
POSISI KUMPULAN
H
R
m
a
x

(
b
p
m
)


Rajah 2 Kadar nadi maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

Di samping itu, ujian makmal juga mendapati tahap konsentrasi
asid laktik subjek selepas menamatkan larian di atas treadmill
adalah di antara lima hingga sembilan mmol/L. GK mencatatkan
konsentrasi asid laktik tertinggi dengan 9.7 mmol/L diikuti dengan
WA dan GA, masing-masing 8.2 mmol/L dan 7.4 mmol/L.
Sebaliknya, pemain posisi C mencatatkan tahap konsentrasi asid
laktik terendah dengan hanya 5.8 mmol/L. Secara purata, tahap
konsentrasi asid laktik bagi semua subjek kajian adalah selepas
ujian makmal (LA
post
) adalah 7.3 1.2 mmol/L berbanding 2.6
0.4 sebelum subjek menjalani ujian makmal. Dari segi kumpulan
posisi, konsentrasi asid laktik (LA
post
) selepas ujian makmal bagi
kumpulan pertahanan adalah yang tertinggi (7.8 +2.7 mmol/L). Ini
diikuti dengan kumpulan posisi penyerang dan posisi tengah,
masing-masing 7.3 +0.2 mmol/L dan 7.1 +1.2 mmol/L.

Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
70 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

KONSENTRASI ASID LAKTIK


MENGIKUT KUMPULAN POSISI
2.6
2.3
7.3
2.8
7.1
7.8
0
2
4
6
8
10
12
Penyerang Tengah Pertahanan
KUMPULAN POSISI
A
S
I
D

L
A
K
T
I
K
(
m
m
o
l
/
L
)
LApre LApost


Rajah 3 Purata konsentrasi asid laktik mengikut kumpulan posisi
pemain


Intensiti Perlawanan Simulasi

Di sepanjang 30 minit perlawanan, pemain WD merekodkan
purata kadar nadi tertinggi dengan 198.3 + 8.8 bpm yang
bersamaan kira-kira 99.2% HR
max
berbanding posisi GS yang
mencatatkan tindak balas kadar nadi pada keseluruhan perlawanan
yang paling rendah iaitu 152.1 +12.2 bpm (84.1% HR
max
). Purata
kadar nadi perlawanan bagi posisi-posisi lain serta kumpulan posisi
pemain adalah seperti yang ditunjukkan pada J adual 1.







Adaptasi Latihan dan Kecederaan 71

Jadual 1 Purata kadar nadi dan intensiti perlawanan bola jaring


mengikut posisi pemain

Posisi Kadar Nadi (bpm) Intensiti (%)
GA 166.3 23.0 94.1
GS 152.1 12.2 84.1
WA 159.6 13.0 93.0
WD 198.3 8.8 99.2
C 178.1 7.7 99.3
GD 171.5 14.3 94.8
GK 173.6 11.7 94.5
Keseluruhan 171.4 12.9 94.1


Data yang diperolehi bagi setiap posisi dikategorikan mengikut
kumpulan masing-masing iaitu kumpulan posisi pemain
penyerang, tengah dan pertahanan. Didapati intensiti perlawanan
bagi kumpulan posisi tengah yang terdiri daripada WA, WD dan C
adalah yang tertinggi dengan 97.2% HR
max
dengan purata kadar
nadi 178.7 + 9.2 bpm. Ini diikuti dengan kumpulan posisi
pertahanan dan penyerang, masing-masing dengan 94.7% HR
max

(172.6 +12.6 bpm) dan 89.1% HR
max
(159.2 +15.2 bpm). Analisis
statistik ANOVA sehala menunjukkan bahawa tiada perbezaan
intensiti yang signifikan berdasarkan kadar nadi di antara ketiga-
tiga kumpulan posisi pemain.


Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
72 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

INTENSITI PERLAWANAN
MENGIKUT KUMPULAN POSISI
86
88
90
92
94
96
98
Penyerang Tengah Pertahanan
KUMPULAN POSISI
I
N
T
E
N
S
I
T
I

(
%
)


Rajah 4 Intensiti perlawanan mengikut kumpulan posisi pemain


Di samping itu, kajian mendapati tahap konsentrasi asid laktik
selepas perlawanan (LA
post
) bola jaring bagi semua pemain adalah
4.1 0.8 mmol/L, lebih tinggi berbanding konsentasi asid laktik
sebelum perlawanan iaitu 2.8 0.2 mmol/L. Dapatan kajian
menunjukkan julat konsentrasi asid laktik bagi GS adalah yang
terendah dengan catatan 2.9 mmol/L manakala WD merekodkan
konsentrasi asid laktik tertinggi (5.3 mmol/L). Konsentrasi asid
laktik selepas perlawanan bola jaring bagi posisi GA, WA, C, GD
dan GK masing-masing adalah 3.4 mmol/L, 3.9 mmol/L, 4.1
mmol/L, 4.5 mmol/L dan 4.6 mmol/L.
Berdasarkan kumpulan posisi pemain, kajian mendapati
tahap konsentrasi asid laktik bagi kumpulan tengah dan pertahanan
hampir sama iaitu 4.4 0.8 mmol/L dan 4.6 0.1 mmol/L.
Kumpulan penyerang sekadar merekodkan konsentrasi asid laktik
pada tahap 3.2 0.4 mmol/L. Walaupun tahap konsentrasi asid
laktik bagi kumpulan penyerang lebih rendah namun analisis
statistik ANOVA sehala mendapati tiada perbezaan konsentrasi
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 73

asid laktik yang signifikan di antara kumpulan posisi penyerang,


tengah dan pertahanan.


KONSENTRASI ASID LAKTIK MENGIKUT KUMPULAN POSISI
2
2.5
3
3.5
4
4.5
5
5.5
6
Penyerang Tengah Pertahanan Semua
KUMPULAN POSISI
K
O
N
S
E
N
T
R
A
S
I

A
S
I
D

L
A
K
T
I
K

(
m
m
o
l
/
L
)


Rajah 5 Perbandingan tahap konsentrasi asid laktik selepas perlawanan
bola jaring mengikut kumpulan posisi pemain


PERBINCANGAN

Dapatan kajian berdasarkan tindak balas kadar nadi subjek bagi
semua posisi menunjukkan intensiti perlawanan bola jaring adalah
sangat tinggi di mana purata intensiti mencecah kira-kira 94%
daripada kadar nadi maksimum mereka. Di antara semua posisi,
hanya GS merekodkan intensiti perlawanan di bawah 90%. Kajian
ini mendapati intensiti perlawanan bagi WD dan C adalah hampir
sama walaupun secara umumnya C mempunyai had kawasan
pergerakan yang lebih besar berbanding WD. Dapatan ini berlaku
mungkin disebabkan oleh faktor taktikal pemain ketika melakukan
serangan atau ketika bertahan.
Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
74 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Di samping itu, perbezaan intensiti yang ketara didapati


antara subjek yang bermain pada posisi GS dan GK di mana
intensiti perlawanan GS (84.1%) adalah lebih rendah daripada GK
(94.5%). Berdasarkan rakaman video yang dilakukan, penyelidik
mendapati GS biasanya melakukan gerakan-gerakan pendek dan
pantas ketika cuba mencari ruang dan untuk menerima hantaran.
Sebaliknya, GK dalam kajian ini pula lebih aktif di mana subjek
sentiasa mengekori pergerakan GS pasukan lawan yang begitu
aktif di sepanjang perlawanan.
Intensiti bagi kumpulan posisi tengah dan pertahanan juga
hampir sama di mana purata kadar nadi masing-masing direkodkan
178.7 9.2 bpm dan 172.6 12.6 bpm. Analisis video juga
menunjukkan bahawa strategi yang biasa dilakukan oleh subjek-
subjek kajian ini adalah hantaran pendek dan pantas yang bermula
dari GK atau GD dan bertunjangkan kepada dua pemain utama
iaitu WD dan C. Pemain di posisi WA bermain lebih rapat dengan
GA yang sentiasa berada hampir dengan kawasan jaringan atau
kawasan D. Keadaan ini menjelaskan mengapa intensiti posisi
GD sedikit tinggi daripada WA.
Selain itu, purata konsentrasi asid laktik yang mencecah 4.1
0.8 mmol/L menggambarkan situasi sebenar sesuatu perlawanan
bola jaring yang bersela di mana terdapat pergerakan pantas dan
eksplosif dan ada ketika pemain kurang bergerak atau berhenti
khususnya ketika bola keluar dari permainan dan ketika percubaan
jaringan dilakukan oleh GS. Ini bermaksud ketika pergerakan
pantas dan eksplosif dilakukan (Bursztyn, 1990; Bergeron et al.,
1991), tenaga pemain terhasil dari sistem anaerobik yang boleh
meningkatkan tahap konsentrasi asid laktik dalam darah manakala
ketika pemain berhenti atau kurang bergerak, maka intensiti
permainan menjadi rendah dan pernafasan aerobik berlaku
sekaligus menyebabkan asid laktik dalam darah dapat
dimansuhkan (Fernandez et al., 2006).




Adaptasi Latihan dan Kecederaan 75

PENUTUP

Bola jaring merupakan permainan yang berintensiti tinggi. Namun,
ciri perlawanan bola jaring yang bersela atau start-stop
memberikan sedikit ruang pemulihan kepada pemain-pemain untuk
bersedia sebelum permainan bersambung semula. Maklumat
berkenaan intensiti perlawanan bola jaring adalah sangat penting
kepada jurulatih khususnya kerana ia dapat memberikan gambaran
keperluan fizikal dan fisiologi yang perlu dihadapi oleh setiap
pemain mengikut posisinya. Ini sekaligus membantu jurulatih
melakukan latihan yang memenuhi keperluan fizikal dan fisiologi
bagi setiap posisi pemain ketika perlawanan sebenar dan mengikut
corak taktikal yang diaplikasikan bagi setiap posisi pemainnya.


RUJUKAN


Achten, J . dan J eukendrup, A.E. (2003). Heart Rate Monitor:
Application And Limitation. Sports Medicine. 33:517-538.
Allison, B. (1978). A Practical Application Of Specificity In
Netball Training. Sports Coach. 2 : 9 13.
Arts, F. J . P. dan Kuipers, H. (1994). The Relation Between Power
Output, Oxygen Uptake And Heart Rate In Male Athletes.
International J ournal of Sports Medicine. 15:228-231.
Astrand, P.O. dan Rodahl, K. (1985). Textbook Of Work
Physiology. New York: McGraw-Hill.
Bale, P. dan Hunt, S. (1986). The Physique, Body Composition And
Training Variables Of Elite And Good Netball Players In
Relation To Playing Position. Australian J ournal Of
Sciences And Medicine in Sports. 18:16-19.
Bangsbo, J . (1998). Quantification Of Anaerobic Energy
Production During Intensity Exercise. Medicine and Science
in Sports and Exercise. 30: 47-52.
Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
76 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Bergeron, M.F., Maresh, C.M., Kraemer, V.J ., Abraham, A.,


Conroy, B. and Gabaree, C. (1991). Tennis: A physiological
profile during match play. Int J Sports Med. 12, 474-479
Bowers R., Fox, E. dan Foss, M. (1993). The Physiological Basis
For Exercise And Sport. (5
th
ed.) Madison, W.I: Brown dan
Benchmark.
Brooks, G.A., Fahey, T.D., dan White, T.P. (1996). Exercise
Physiology: Human Bionergetics And Its Application.(2
nd

ed.) Mountainview, CA: Mayfield.
Bursztyn, P.G. (1990). Physiology for sportspeople: a serious
users guide to the body. Manchester University Press.
Pp.41-50
Fernandez, J ., Mendez-Villanueva, A. and Pluim, B.M. (2006).
Intensity of tennis match play. Br J Sports Med. 40, 387-391
Karvonen, J . dan Vuorimaa, T. (1998) Heart Rate And Exercise
Intensity During Sports Activities. Sports Medicine. 5:303 -
312.
King, C.N. dan Senn, M.D. (1996). Exercise Testing And
Prescription, Practical Recommendations For The
Sedentary. Sports Medicine. 21:326-336.
Meyer, T., Gabriel, H.H.W. dan Kimdermann, W. (1999). Is
Determination Of Exercises Intensities As Percentage Of
VO2max or HR
max
adequate? Medicine and Science In
Sports Exercises. 31:1342-1345
Otago, L. (1983). A Game Analysis Of The Activity Patterns Of
Netball Players. Sports Coach. 7:24-28
Rodriguez-Alonso, M., Fernandez-Garcia, B., Perez-Landaluce, J .,
dan Terrados, N. (2003). Blood Lactate And Heart Rate
During National And International Womens Basketball.
J ournal Of Sports Medicine and Physical Fitness. 43:432-
436.
Steele, J .R. dan Chad, K.E. (2000). An Analysis Of The Movement
Patterns Of Netball Players During Match Play:
Implications For Designing Training Programmes. Sports
Coach. 15 (1):21- 28.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 77

Weltman, A. (1995). The blood lactate response to exercise. (1


st

ed.) Human Kinetics, Champaign, Illinois.
Wilmore, J . dan Costill, D. (1994) Physiology of Sport and
Exercise. (1
st
ed.) Human Kinetics, Champaign, Ilinois.
Woolford dan Angrove. (1992). Game Intensities In Elite Netball
Players. Sports Coach. 15: 28-32.

Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring
78 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


7
PERBANDINGAN INTENSITI LATIHAN
DAN SIMULASI UJIAN MASA ACARA
1000M BAGI PELUMBA BASIKAL
PERINGKAT NEGERI
Syahrul Ridhwan Morazuki
Ruziyanti Ibrahim


PENGENALAN


Pelumba basikal khususnya bagi acara pecut memerlukan kekuatan
otot, kemampuan melakukan kayuhan pada kelajuan yang tinggi,
serta kekuatan fisiologi yang tinggi kerana sukan ini memerlukan
atlet menggunakan seluruh anggota badan untuk menghasilkan
kayuhan yang pantas dan bertenaga di sepanjang tempoh
perlumbaan. Dengan itu, atlet lumba basikal perlu menjalani
latihan yang khusus serta bersesuaian dengan tahap kerja yang
akan dilakukan semasa perlumbaan sebenar. Acara lumba basikal
secara umumnya merupakan sukan yang melibatkan perlumbaan
jarak dekat, sederhana dan jauh. Ia turut diadakan di velodrom atau
di jalan raya bergantung kepada jenis acara yang disertai.
Kepelbagaian serta perbezaan keperluan fizikal dan
fisiologi bagi setiap acara dalam sukan lumba basikal
membataskan kemampuan seseorang atlet lumba basikal untuk
terlibat dalam banyak acara perlumbaan. Kebiasaannya, seseorang
pelumba basikal hanya menumpukan kepada satu atau dua acara
sahaja kerana faktor program latihan yang diterapkan kepada
mereka bagi menghadapi kejohanan yang disertai.
Bagi mencapai prestasi yang optimum pada sesuatu
kejohanan, salah satu aspek penting yang perlu diber penekanan
ialah tahap intensiti latihan yang dilaksanakan dalam program

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 79

latihan atlet tersebut. Tahap intensiti latihan berlebihan untuk suatu


tempoh yang panjang mungkin menyebabkan atlet mengalami
sindrom overtraining (Hartmann dan Mester, 2000). Sebaliknya,
intensiti latihan yang terlalu rendah mungkin menyebabkan
persediaan seseorang atlet tidak mencapai tahap keperluan fizikal
dan fisiologikal bagi acara yang disertai seseorang atlet tersebut.
Oleh itu, keupayaan atlet perlu dikenalpasti supaya dapat
meningkatkan lagi intensiti sesuatu latihan yang dijalankan.
Dalam kajian ini, intensiti latihan yang dilakukan oleh
pelumba basikal direkodkan dan dibandingkan dengan intensiti
ketika sesi ujian masa bagi jarak 1000m. Tujuan utama kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan intensiti latihan
dengan intensiti ketika ujian masa sama ada ia hampir sama atau
terdapat perbezaan yang ketara.


METODOLOGI


Seramai tiga pelumba basikal lelaki peringkat negeri terlibat dalam
kajian ini. Ketiga-tiga subjek tersebut merupakan pelumba basikal
yang mengambil bahagian dalam acara ujian masa dalam jarak
1000m di peringkat kebangsaan. Kajian ini melibatkan dua fasa
kajian iaitu fasa Latihan (Fasa I) dan Simulasi Ujian Masa 1000m
(Fasa II). Kedua-dua fasa kajian dijalankan di sekitar kawasan
Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, J ohor.
Pada Fasa I, subjek-subjek menjalani dua sesi latihan pada
hari yang berasingan. J angkamasa dan jenis latihan yang
dilaksanakan adalah di bawah kawalan jurulatih. Di antara bentuk
latihan yang dijalankan oleh subjek ialah mengayuh basikal pada
kelajuan biasa dan diselangi dengan pecutan maksimum pada jarak
tertentu di permukaan jalan yang lurus dan rata. Sebelum sesi
latihan dimulakan, subjek-subjek dilengkapkan terlebih dahulu
dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor S720i,
Finland) bagi tujuan merekod intensiti latihan semasa latihan
berdasarkan purata perubahan kadar nadi di sepanjang latihan yang
Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
80 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dijalankan. Selain itu, sampel darah subjek turut diambil sejurus


sebelum latihan bermula (LA
pra
) bagi menganalisis tahap
konsentrasi asid laktik dalam darah. Sejurus tamat sesi latihan,
sampel darah (LA
post
) setiap subjek diambil bagi tujuan analisa
perubahan tahap konsentrasi asid laktik.
Pada Fasa II, dua sesi simulasi ujian masa acara 1000m
dijalankan. Prosedur pengumpulan data adalah seperti pada Fasa I
di mana subjek terlebih dahulu dilengkapkan dengan alat pengesan
kadar nadi dan seterusnya sampel darah diambil bagi analisis tahap
konsentrasi asid laktik. Setelah subjek memanaskan badan dan
bersedia, subjek dikehendaki melakukan kayuhan pada keupayaan
maksimum dalam jarak 1000m.


PERSAMPELAN DARAH DAN ANALISA ASID LAKTIK


Dalam kajian ini, semua sampel darah diambil dari hujung jari
subjek. Prosedur persampelan darah dimulakan dengan
membersihkan salah satu jari subjek dengan kapas pelembap yang
mengandungi 70% isopropil alkohol. Ini bertujuan membersihkan
dan mengelakkan sebarang risiko jangkitan pada jari subjek ketika
pengambilan darah dilakukan. Seterusnya, lancet (Accu-Check


Softclix Pro, J erman) digunakan untuk mengeluarkan darah pada
permukaan kulit dengan mencucuk bahagian hujung jari subjek.
Darah yang keluar di permukaan kulit dititiskan pada test strip
(BM-Lactate, J erman) sehingga memenuhi bahagian yang
berwarna kuning test strip tersebut. Sampel darah pada test strip
yang diambil tersebut seterusnya dianalisis untuk menentukan
tahap konsentrasi asid laktik dalam darah dengan menggunakan
alat penganalisis asid laktik atau meter (Accutrend

Lactate,
Roche, J erman).




Adaptasi Latihan dan Kecederaan 81

DAPATAN KAJIAN

Rekod Fizikal Subjek

Rekod fizikal bagi ketiga-tiga subjek kajian dari segi umur, berat
dan tinggi masing-masing adalah 20.7 1.2 tahun, 59.7 2.5 kg
dan 172.7 1.2 sm.

Intensiti Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
Berdasarkan Kadar Nadi

Secara purata, jangkamasa bagi dua sesi latihan pada Fasa I yang
dijalani oleh kesemua subjek ialah 62.3 13.7 minit. Subjek 1
mencatatkan kadar nadi terendah di sepanjang sesi latihan dengan
147.7 22.5 bpm dan diikuti oleh Subjek 2 dan Subjek 3 masing-
masing dengan 158.6 20.5 bpm dan 161.9 18.1 bpm. Secara
purata, intensiti latihan dalam jangkamasa 62.3 13.7 minit
berdasarkan tindakbalas kadar nadi yang direkodkan adalah 156.1
20.4 bpm.


156.1 161.9 147.7 158.6
100.0
110.0
120.0
130.0
140.0
150.0
160.0
170.0
180.0
190.0
1 2 3 Semua
Subjek
K
a
d
a
r

N
a
d
i

(
b
p
m
)

Rajah 1 Purata tindak balas kadar nadi (bpm) bagi dua sesi latihan
Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
82 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Jadual 1 Tindak balas kadar nadi semasa simulasi ujian masa 1000m

Subjek J angkamasa Simulasi Ujian
Masa (saat)
Kadar Nadi (bpm)
1
81.0 7.1
172.9 9.8
2 175.0 9.2
3 172.0 10.2


Merujuk kepada J adual 1, berdasarkan dua sesi simulasi ujian masa
acara 1000m yang dijalankan, purata jangkamasa ujian masa yang
dilakukan bagi ketiga-tiga pelumba basikal adalah 81.0 7.1 saat.
Dalam jangkamasa tersebut, kajian mendapati purata kadar nadi
subjek adalah di antara 172.0 10.2 bpm hingga 175.0 9.2 bpm.
Keseluruhannya, kajian mendapati intensiti simulasi ujian masa
1000m bagi ketiga-tiga pelumba basikal adalah 173.3 9.7 bpm.


172.9
175.0
172.0
173.3
130.00
140.00
150.00
160.00
170.00
180.00
190.00
1 2 3 Semua
Subjek
K
a
d
a
r

N
a
d
i

(
b
p
m
)


Rajah 2 Purata tindak balas kadar nadi (bpm) bagi dua sesi simulasi
ujian masa 1000m
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 83

Berdasarkan intensiti latihan yang diperolehi daripada sesi latihan


dan simulasi ujian masa 1000m, kajian mendapati intensiti latihan
pelumba basikal dalam kajian ini lebih rendah berbanding intensiti
aktiviti ketika subjek melakukan simulasi ujian masa. Perbezaan
intensiti ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

120.0
130.0
140.0
150.0
160.0
170.0
180.0
190.0
1 2 3 Semua
Subjek
K
a
d
a
r

N
a
d
i

(
b
p
m
)
Kadar Nadi Latihan Kadar Nadi Ujian Masa


Rajah 3 Perbandingan intensiti latihan dan simulasi ujian masa 1000m
berdasarkan tindak balas kadar nadi (bpm)


Intensiti Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
Berdasarkan Tahap Konsentrasi Asid Laktik

Dari aspek tahap konsentrasi asid laktik, kajian mendapati purata
tahap konsentrasi asid laktik dalam darah sebelum latihan ialah 2.6
0.3 mmol/L. Namun selepas kira-kira 62.3 13.7 minit latihan,
purata tahap konsentrasi asid laktik didapati mencapai 6.3 2.6
mmol/L. J ulat tahap konsentrasi asid laktik selepas latihan adalah
di antara 4.9 1.6 mmol/L hingga 8.2 5.6 mmol/L.
Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
84 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

0.0
2.0
4.0
6.0
8.0
10.0
12.0
14.0
16.0
1 2 3 Semua
Subjek
K
o
n
s
e
n
t
r
a
s
i

A
s
i
d

L
a
k
t
i
k
(
m
m
o
l
/
L
)
LA_pra LA_post


Rajah 4 Tahap konsentrasi asid laktik (mmol/L) sebelum dan selepas
sesi latihan

Berdasarkan Rajah 5, purata tahap konsentrasi asid laktik selepas
simulasi ujian masa 1000m bagi ketiga-tiga pelumba basikal
didapati mencapai 11.7 2.9 mmol/L. Tahap konsentrasi asid
laktik selepas ujian masa didapati lebih tinggi dibandingkan
dengan konsentrasi asid laktik sebelum ujian masa (2.5 0.2
mmol/L) dan analisis statistik t-test berpasangan turut
menunjukkan perbezaan di antara purata tahap konsentrasi asid
laktik sebelum dan selepas ujian masa adalah signifikan (p<0.05).


Adaptasi Latihan dan Kecederaan 85

0.0
2.0
4.0
6.0
8.0
10.0
12.0
14.0
16.0
18.0
1 2 3 Semua
Subjek
K
o
n
s
e
n
t
r
a
s
i

A
s
i
d

L
a
k
t
i
k
(
m
m
o
l
/
L
)
LA_pra LA_post


Rajah 5 Tahap konsentrasi asid laktik (mmol/L) sebelum dan selepas
sesi latihan


PERBINCANGAN

Kajian mendapati tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid
laktik semasa simulasi adalah lebih tinggi berbanding semasa
latihan. Kadar nadi yang tinggi menunjukkan sistem anaerobik
mempengaruhi penghasilan tenaga manakala kadar nadi yang
rendah menunjukkan sistem aerobik pula mempengaruhi
penghasilan tenaga dalam badan (Howald, 1977; McArdle et al.,
2000). Kenyataan ini dapat menjelaskan dapatan kajian ini yang
menunjukkan tindak balas kadar nadi semasa simulasi ujian masa
1000m (173.3 9.7 bpm) yang menggunakan sistem anaerobik
adalah lebih tinggi berbanding kadar nadi semasa latihan (156.15
20.4 bpm). Di samping itu, corak latihan yang dijalani oleh subjek-
subjek kajian ini adalah melibatkan kombinasi latihan aerobik dan
anaerobik, di mana adakala subjek melakukan kayuhan pada
intensiti sederhana untuk suatu tempoh dan pada suatu ketika
mereka melakukan kayuhan maksimum dalam jarak tertentu. Ini
*
Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
86 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dapat dibuktikan menerusi nilai sisihan piawai purata kadar nadi


yang besar ketika sesi latihan.
Selain itu, intensiti yang tinggi bagi simulasi ujian masa
juga diperkukuhkan dengan dapatan tahap konsentrasi asid laktik.
Nilai konsentrasi asid laktik selepas ujian (LA
post
) meningkat
secara mendadak semasa simulasi sehingga mencapai 11.7 2.9
mmol/L dalam jangkamasa kira-kira 81 saat. Nilai ini adalah
normal kerana menurut Craig dan Norton (2001), semasa acara
basikal trek yang singkat biasanya menghasilkan tahap konsentrasi
asid laktik yang tinggi iaitu di antara 11.6 hingga 22.0 mmol/L.
Tahap konsentrasi asid laktik yang tinggi menunjukkan sistem
anaerobik atau asid laktik mempengaruhi penghasilan tenaga
manakala tahap konsentrasi asid laktik yang rendah menunjukkan
sistem aerobik mempengaruhi penghasilan tenaga (Bursztyn,
1990). Simulasi ujian masa 1000m yang singkat menyebabkan
peningkatan asid laktik dalam darah kira-kira 11.72 mmol/L
sekaligus menunjukkan penglibatan glikolisis anaerobik dalam
penghasilan tenaga.
Konsentrasi asid laktik semasa latihan pula menunjukkan
nilai yang lebih rendah iaitu 6.3 2.6 mmol/L. Ini adalah
disebabkan corak latihannya yang bersela telah menyebabkan
konsentrasi asid laktik dalam darah selepas menjalani latihan
adalah lebih rendah berbanding selepas simulasi ujian masa
1000m. Nilai ini menunjukkan metabolisme anaerobik adalah
lebih dominan ketika latihan namun ia tidak terlalu tinggi
berbanding tahap konsentrasi asid laktik selepas ujian masa.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan asid laktik dalam darah
telah ditukarkan kepada glukos apabila terdapat kehadiran oksigen
ketika intensiti semasa sesi latihan rendah atau sederhana.


PENUTUP

Sekalipun jangkamasa sesi latihan adalah jauh lebih lama
berbanding jangkamasa ketika simulasi ujian masa, namun intensiti
latihan berdasarkan purata kadar nadi masih rendah jika
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 87

dibandingkan dengan intensiti yang direkodkan ketika simulasi


ujian masa. Tambahan lagi, tahap konsentrasi asid laktik selepas
sesi latihan dan simulasi ujian masa turut menunjukkan perbezaan
yang signifikan. Tahap konsentrasi asid laktik yang mencecah kira-
kira 11 mmol/L dengan jelas menunjukkan bahawa acara ujian
masa 1000m adalah bersifat anaerobik. Sekalipun tahap
konsentrasi asid laktik selepas sesi latihan didapati kira-kira enam
mmol/L dan bersifat anaerobik, namun intensiti semasa latihan
masih belum cukup tinggi bagi mencapai keperluan fisiologi bagi
acara 1000m. J usteru, intensiti ketika sesi latihan perlu
dipertingkatkan agar pelumba basikal dilatih pada tahap yang
bersesuaian dengan intensiti perlumbaan yang sebenar.


RUJUKAN

Asker, J . dan Adrie, D. V. (1998). Heart Rate Monitoring During
Training and Competition in Cyclists. J ournal of Sports
Sciences. 16(3) : 91-99
Battinelli, T. (2000). Physique, Fitness and Performance. Florida :
CRC Press LLC
Bonen, A., Haynes, F. J ., Watson-Wright, W., Sopper, M. M.,
Pierce, G. N., Low, M. P. et al. (1983). Effects of Menstrual
Cycle on Metabolic Responses to Exercise. J . Appl. Physiol.
55 : 1506-1513
Brooks, G. A., Fahey, T. D., dan White, T. P. (1996). Exercise
Physiology: Human Bioenergetics and Its Applications. (2nd
Ed). Mayfield Publishing Company : Mountain View CA.
Bursztyn, P. G. (1990). Physiology for Sportspeople, A Serious
Users Guide to the Body. Manchester and New York :
Manchester University Press.
Craig, N. P. dan Norton, K. I. (2001). Characteristics of Track
Cycling. Sports Medicine. 31(7) : 457-468.
Fernandez-Garcia, B., N. Terrados, J . Perez-Landaluce, dan M.
Rodriguez-Alonso (2000). Intensity of Exercise During Road
Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
88 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Race Pro-Cycling Competition. Med. Sci. Sports Exerc., 32


(5) 1002-1006.
Fisher, A. L. dan C. R. J enson (1990). Scientific Basic of Athletic
Conditioning. Philadelphia : Lea and Felugar.
Foley J .P, Bird S.R. dan White J .A. (1989) Anthropometric
Comparison of Cyclists From Different Events. Br J Sports
Med. 23(1) : 30-33.
Gladden, L. B. (2000). Muscle as a Consumer of Lactate. Med Sci.
Sports Exerc. 32 : 764-771.
Hartmann, U, dan Mester, J . (2000). Training and overtraining
markers in selected sport events. Med Sci Sports Exerc. 209-
215.
Impellizzeri, F., Sassi, A., Rodriguez-Alonso, M., Mognoni, P. dan
Marcora, S. (2001). Exercise Intensity During Off-Road
Cycling Competitions. Medicine & Science in Sports &
Exercise.
J acobs, I. (1986). Blood Lactate, Interpretation for Training dan
Sports Performance. Sports Med. 3, 10
Karlsson, J ., Davis, J . N. dan Kehr, W. (1971). Muscle Metabolism
During Sub Maximal in Maximal Exercise in Man. Scand J .
Clin. Invest. 26 : 382.
Koning, J . J ., Bobert, M. F. dan Foster, C. (1999). Determination
of Optimal Pacing Strategy in Track Cycling With an Energy
Flow Model. J . Sci. Med. Sport. 2 : 266-277.
Kovacs, M.S. (2004a). Energy system-specific training for tennis.
Strength Conditioning J . 26, 10-13
McArdle, W. D., Katch, F. I. dan Katch V. I (2000). Essentials of
Exercise Physiology 2
nd
Editor. Lippincott William &
Wilkins. USA. Pp. 258.
Medbo J . I. dan Toska K. (2001). Lactate Release, Concentration
in Blood and Apparent Distribution Volume after Intense
Bicycling. J pn. J . Physiol. 51: 303-312.
Myers, J . dan Ashley, E. (1997). Dangerous Curves. A Perspective
on Exercise, Lactate and The Anaerobic Threshold. Chest
111 : 787-795.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 89

Muller E., Benko, U., Raschner, C. dan Schwameder, H. (2000).


Specific fitness training and testing in competitive sports.
Med Sci Sports Exerc. 32(1), 216-220
Nikiforov, G. (1974). Recovery during High-Intensity Intermittent
Anaerobic Exercise in Boys, Teens, and Men. Med Sci Sports &
Exerc. 37(3):505-512
Stone, M. H. dan Conley, M. S. (1994). Bioenergetics in Essentials
of Strength Training and Conditioning. Champaign, Ilinois :
Human Kinetics.
Therminarias, A., Dansou, P., Chirpaz-Oddou, M.F., Gharib, C.
and Quirion, A. (1991). Hormonal and metabolic changes
during strenuous tennis match: Effect of aging. Int J Sports
Med. 12, 10-1
Weltman, A. (1995). The Blood Lactate Response to Exercise.
Current Issues in Exercise Science, 4. Champaign : Human
Kinetics


Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m
bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
90 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


8
KETIDAKSELESAAN JARI ATLET
MEMANAH BERDASARKAN
BILANGAN DAN JARAK LEPASAN
ANAK PANAH
Asha Hasnimy Mohd Hashim
Hariaty Hamid


PENGENALAN


Kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat
dielakkan sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek
keselamatan dalam mengendalikan ibu panah (busur) ketika
melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya
dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat,
patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya
kecederaan ini dipengaruhi berat busur, keseimbangan postur
badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa
aktiviti memanah dilakukan. Kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti tahap ketidakselesaan di jari atlet memanah akibat
geseran tali dan membuat perbandingan tahap ketidakselesaan di
antara lepasan anak panah yang dilakukan. Kecederaan blister atau
bulla merupakan satu kecederaan yang mempengaruhi prestasi
seseorang atlet. Apabila bahagian epidermis pada kulit
memisahkan bahagian dermis, pengumpulan limfa dengan bendalir
dalam badan terkumpul pada bahagian atas manakala lapisan kulit
bawah mula tumbuh. Blister berlaku akibat kecederaan fizikal atau
secara kimia. Sebagai contoh kecederaan secara kimia ialah reaksi
alergi manakala kecederaan yang secara fizikal adalah disebabkan
oleh bahang, reput (fros) atau ibun (frostbite) ataupun berlakunya
pergeseran. Kecederaan blister yang berlaku disebabkan oleh

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 91

geseran dari tali, kasut dan pakaian. Kebiasaanya, kecederaan ini


berlaku disebabkan oleh pergeseran yang berulangkali pada kulit.
Kecederaan blister sering berlaku kepada ahli sukan, terutamanya
atlet memanah. Ini disebabkan oleh pergeseran tali semasa fasa
pelepasan anak panah yang mengenai jari atlet. Selain itu juga,
atlet marathon dan penjalan kaki cenderung mendapat kecederaan
blister.


METODOLOGI


Bahagian ini memberi penekanan terhadap tatacara perlaksanaan
kajian dan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Kajian
ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ketidakselesaan jari atlet
selepas melakukan lepasan anak panah dan membuat perbandingan
di antara kumpulan lepasan anak panah dalam sukan memanah
yang punca penyebab kecederaan blister di jari atlet. Perbandingan
ini dilakukan kepada 30 orang atlet memanah yang menyertai
sekurang-kurangnya kejohanan peringkat negeri.
J enis rekabentuk kajian yang digunakan dalam
penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian
yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data antaranya
pemerhatian, Perceived Scale dan borang soal selidik. Kaedah ini
digunakan dalam proses penyelidikan bagi mengenalpasti
ketidakselesaan di jari akibat geseran tali selepas melakukan
lepasan anak panah dan membuat perbandingan di antara
kumpulan lepasan anak panah yang mana boleh mendorong ke
arah berlakunya kecederaan blister.
Kajian ini merujuk kepada pemerhatian, soal selidik dan
menggunakan Perceived Scale. Terdapat 3 bahagian dalam borang
soal selidik di mana bahagian A adalah berkaitan maklumat diri
subjek, bahagian B berkaitan sejarah kecederaan manakala
bahagian C adalah berkaitan tahap skor kecederaan subjek yang
telah diubahsuai mengikut kesesuaian tahap ketidakselesaan
Perceived Scale.
Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak
Lepasan Anak Panah
92 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Bagi mendapatkan keputusan kajian, setiap data yang


diperolehi akan dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan
program Microsoft Office Excel. Antara perkara yang dianalisa
adalah berat bow, jarak tarikan dan jarak target, skor latihan dan
skor tahap ketidakselesaan. Selain itu juga penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik bagi mengenalpasti tahap
ketidakselesaan di jari atlet memanah akibat geseran tali yang
boleh mendorong ke arah pembentukan kecederaan blister di jari
atlet. Perbandingan akan dilakukan di antara kumpulan lepasan
anak panah.


DAPATAN KAJIAN

Berikut merupkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.


















Rajah 1: Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak
panah pada jarak 30m

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan
LepasanAnakPanahPadaJarak30m
0
10
20
30
16 712 1318 1924 2530 3136
LepasanAnakPanah
P
e
r
a
t
u
s
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 93

Rajah 1 menunjukkan ketidakselesaan pada jari subjek di mana


merupakan petanda awal yang boleh mendorong kepada
kecederaan blister pada jarak 30 meter. Terdapat enam kumpulan
lepasan di dalam sesuatu jarak. Setiap kumpulan lepasan terdapat
enam lepasan anak panah. Pada lepasan pertama hingga lepasan ke
12 sebanyak 11.11% melaporkan ketidakselesaan pada jari mereka.
Manakala pada lepasan ke 13 hingga lepasan ke 24 adalah
sebanyak 5.56%, lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 adalah
sebanyak 22.22% dan pada lepasan ke 31 hingga lepasan tiga ke 36
adalah sebanyak 5.56%.


















Rajah 2: Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah
pada jarak 50m


Rajah 2 di atas menunjukkan ketidakselesaan jari atlet yang pada
jarak 50 meter. Pada jarak 50 meter, sebanyak 36 lepasan akan
dilakukan oleh subjek mengikut kumpulan lepasan anak panah.
Pada lepasan anak panah pertama hingga lepasan ke 18 sebanyak
KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan
LepasanAnakPanahpadaJarak50m
0
5
10
15
16 712 1318 1924 2530 3136
LepasanAnakPanah
P
e
r
a
t
u
s

Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak


Lepasan Anak Panah
94 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

5.56% mempunyai tanda awal yang ditunjukkan tidak selesa. Pada


lepasan ke 19 hingga ke 30 sebanyak 5.55% berlaku peningkatan
terhadap tahap ketidakselesaan manakala pada lepasan ke 31
hingga lepasan ke 36 adalah tidak menunjukkan ketidakselesaan
yang cenderung mendapat kecederaan blister di jari.

















Rajah 3: Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah
pada jarak 70m

Rajah 3 pula menunjukkan ketidakselesaan atlet pada jari di jarak
70 meter. Terdapat 36 anak panah telah dilepaskan mengikut
kumpulan lepasan anak panah. Hasil kajian yang telah dilakukan,
pada lepasan pertama hingga lepasan ke 12 sebanyak 5.56%
mengadu ketidakselesaan pada jari mereka. Pada lepasan ke 13
hingga lepasan ke 18 terdapat kenaikan secara mendadak iaitu
sehingga 16.67% manakala pada lepasan ke 19 hingga lepasan ke
36 adalah sebanyak 5.56%. Pada kumpulan lepasan ke 19 hingga
lepasan ke 36 berlaku penurunan sebanyak 11.11%.


KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan
LepasanAnakPanahPadaJarak70m
0
5
10
15
20
16 712 1318 1924 2530 3136
LepasanAnakPanah
P
e
r
a
t
u
s
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 95

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan
LepasanAnakPanahDanKumpulanJarak
0
10
20
30
16 712 1318 1924 2530 3136
LepasanAnakPanah
P
e
r
a
t
u
s
30meter
50meter
70meter















Rajah 4: Perbandingan ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan
lepasan anak panah pada jarak 30 meter, 50 meter dan 70
meter


Rajah 4 di atas menunjukkan peratusan perbandingan
ketidakselesaan di jari mengikut jarak yang telah ditetapkan.
Terdapat tiga jarak telah digunakan bagi subjek untuk melepaskan
anak panah. Antaranya adalah jarak 30 meter, 50 meter dan 70
meter. Setiap kumpulan lepasan anak panah, terdapat enam lepasan
anak panah bagi tiap- tiap jarak. Hasil daripada penyelidikan yang
telah dilakukan, pada lepasanpertama hingga lepasan ke 6 adalah
pada jarak 30 meter didapati sebanyak 11.11% terdapat
ketidakselesaan di jari yang dilaporkan manakala pada jarak 50
meter dan 70 meter adalah 5.56%. Pada lepasan ke tujuh hingga
lepasan ke 12, pada jarak 30 meter terdapat 11.11% mengalami
ketidakselesaan dan diikuti oleh jarak 50 meter dan 70 meter
adalah tahap peratusan ketidakselesaan adalah sama iaitu 5.56%.
Sebanyak 5.56% subjek mengalami ketidakselesaan pada jarak 30
meter dan 50 meter mengikut kumpulan lepasan ke 13 hingga
lepasan ke 18. Manakala pada jarak 70 meter, subjek mengalami
Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak
Lepasan Anak Panah
96 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ketidakselesaan sebanyak 16.67%. Pada lepasan ke 19 hingga


lepasan ke 24, ketidakselesaan yang dialami oleh subjek adalah
sebanyak 5.56% pada jarak 30 meter dan 70 meter, diikuti oleh
jarak 50 meter sebanyak 11.11%. sebanyak 22.22%
ketidakselesaan dialami pada jarak 30 meter dan diikuti oleh jarak
50 meter sebanyak 11.11% dan 70 meter iaitu 5.56% pada lepasan
kumpulan lepasan yang ke 25 hingga lepasan ke 36. Pada
kumpulan lepasan yang terakhir iaitu pada lepasan ke 31 hingga
lepasan ke 36, sebanyak 5.56% mengalami ketidakselesaan pada
jarak 30 meter dan 70 meter. Pada jarak 50 meter tiada
ketidakselesaan yang dicatatkan oleh subjek semasa melepaskan
anak panah. Secara kesimpulannya daripada perbincangan ini,
dapat dirumuskan bahawa pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30
merupakan tanda tanda awal kecederaan blister yang direkodkan
melalui tahap ketidakselesaan subjek yang berjumlah 38.89% pada
keseluruhan jarak.


PENUTUP


Merujuk kepada analisis dapatan ketidakselesaan pada jari ini
berlaku disebabkan oleh geseran tali yang berulang kali di jari.
Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keletihan, postur
badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan teknik tarikan dan
lepasan anak panah. Idea ini disokong oleh Ertan, et al. (2006)
yang menyatakan berlakunya kecederaan blister adalah disebabkan
oleh faktor berat busar, panjang tarikan dan bilangan anak panah
yang telah dilepaskan di dalam sesuatu sesi latihan atau
pertandingan.
Pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 menunjukkan
kumpulan lepasan yang mempunyai peratusan yang tertinggi
terhadap tahap ketidakselesaan yang dialami oleh subjek. Ini dapat
dinyatakan terdapat perbezaan antara kumpulan lepasan anak
panah. Berdasarkan hasil dapatan kajian, kumpulan lepasan ke 25
hingga 30 iaitu 38.89% bagi keseluruhan jarak yang mempunyai
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 97

tahap ketidakselesaan yang tinggi berbanding kumpulan lepasan


yang lain disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor
keletihan, faktor persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan
teknik yang betul semasa fasa melepaskan anak panah yang
menyebabkan geseran berlaku (Ertan, et al. 2006). J ester, et al.
(2002), menyatakan bahawa blister berlaku adalah disebabkan oleh
geseran yang berulang kali. Idea ini juga disokong oleh Cooper
(2007), menyatakan bahawa geseran ini dipengaruhi oleh
mekanisme geseran disebabkan oleh kelajuan. Pada lepasan ke 25
hingga lepasan ke 30 pada jarak 30 meter, tahap ketidakselesaan
dicatatkan sebanyak 22.22%, pada lepasan ke 19 hingga lepasan ke
30 pada jarak 50 meter adalah sebanyak 11.11% manakala
kumpulan lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18 pada jarak 70 meter
sebanyak 16.67%. Perbezaan tahap ketidakselesaan ini berlaku
mengikut jarak kerana ianya dipengaruhi oleh faktor bilangan anak
panah yang dilepaskan, keletihan, persekitaran dan berat busar.
Melalui perbincangan, secara keseluruhanya dapat
dirumuskan bahawa aspek am, latihan, teknikal dan latihan harian
merupakan salah satu keperluan yang perlu atlet dititik beratkan
dalam melakukan aktiviti memanah. Selain itu juga hasil
penganalisaaan data mengenai tahap ketidakselesaan yang
cenderung ke arah kecederaan blister akibat geseran tali semasa
fasa lepasan menunjukkan hampir semua subjek mengalaminya.
Walau bagaimanapun keputusannya tidak menunjukkan tahap yang
serius, di mana ia boleh menyebabkan gangguan prestasi terhadap
sesuatu pertandingan.


RUJUKAN


Basler, R. S., Hunzeker, C. M., Garcia, M. A. (2004). Athletic Skin
Injuries-Combating Pressure and Friction. The Physician
and SportsMedicine. 32 (5).
Borg, G. (1998). Borgs Perceived Exertion and Pain Scales.
Human Kinetics. USA
Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak
Lepasan Anak Panah
98 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Cooper, R. C., Prebeau, L. M., Butcher, M. T., Bertram, J . E. A.


(2007). Step Length and Required Friction in Walking.
Global Medical New.
Darrigrand, A., Reynolds, K., J ackson, R. (1992). Efficacy of
Antiperspirants on Feet. Military Medicine.157:256-9.
Ertan, H., dan Tuzun, M. (1998). Injury Pattern among Turkish
Archers.Turkey.
Ertan, H., Kentel, B., Tumer, S.T., & Korkusuz, F. (2003).
Activation Pattern in Forearm Muscles during Archery
Shooting. J ournal of Dermatology. 22: 37-45.
Ertan, H., Korkusuz, F.,Soylu, A.R. (2006). Archery Performance
Level and Repeatability of Event-Related EMG. J ournal of
Electromyography and Kinesiology. 25:767-774.
Ertan, H., Soylu, A. R.,Tumer, S. T., & Korkusuz, F. (2005).
Quantifications the Relationship between FITA Scores
EMG Skill Indexes in Archery. J ournal of
Electromyography and Kinesiology. 15:222-227.
J ester, R., Russell, L., Fell, S., Williams, S., Prest, C. (2002). The
Effect of Wound Dressings and Other Related Factors on
Skin Blistering. J ournal of Orthopaedic Nursing. 4 (2): 71-
77.






Adaptasi Latihan dan Kecederaan 99


9
POLA KECEDERAAN ATLET
MEMANAH
Asha Hasnimy Mohd Hashim
Kamal Talib
Zainal Abidin Zainuddin
Halijah Ibrahim


PENGENALAN


Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik atau
berkemahiran tertutup yang memerlukan kekuatan dan daya tahan
otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada
bahagian otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya
merupakan sukan prestasi yang tinggi dalam keupayaan memanah
ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3 fasa dalam
acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan
pandangan (sighting).
Sukan ini merupakan salah satu acara wajib yang
dipertandingkan sehingga ke peringkat Olimpik. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1900 dan ia merupakan sukan yang
tertua di dunia. Kemahiran dan seni memanah masih kekal
dipraktikan sehingga hari ini. Walaupun begitu, sukan ini telah
mengalami beberapa perubahan dan peraturan pertandingan dari
segi teknik, kemahiran dan peralatan memanah.
Perkembangan dan perubahan dari segi teknik, kemahiran
dan latihan yang dijalani serta pertandingan yang disertai boleh
mendedahkan atlet kepada kecederaan. Ini disebabkan oleh
jangkamasa keupayaan setiap individu untuk mengadaptasi
perubahan tersebut adalah berbeza. Dan selalunya, jurulatih akan

100 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


mengambil jalan mudah dengan melatih atlet mereka dengan cara


yang sama tanpa mengira perbezaaan tersebut.
Walaubagaimanapun kecederaan dalam sukan memanah
sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya tidak mengikuti
peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu panah
(busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang
biasanya dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister,
tergeliat, patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya.
Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur,
keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan
dan jarak semasa aktiviti memanah dilakukan.
Sehubungan itu, setiap jurulatih mestilah memastikan
setiap atlet mereka benar-benar bersedia untuk menyertai sesuatu
pertandingan dari segi kecergasan fizikal, teknik dan taktik dalam
sukan memanah ini. Semua komponen ini hendaklah dilakukan
secara sistematik dan berperingkat mengikut kebolehan dan
keupayaan seseorang atlet.


METODOLOGI


Bahagian ini akan memberi penekanan terhadap tatacara
perlaksanaan kajian dan menerangkan bagaimana kajian ini
dijalankan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan
menganalisa pola kecederaan yang dialami oleh atlet yang belum
menguasai kemahiran, atlet memanah peringkat negeri dan dan
atlet memanah dari kumpulan elit (peringkat kebangsaan).
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan bagi
tujuan pengumpulan data antaranya pemerhatian dan borang soal
selidik. Subjek pula terdiri daripada 30 atlet yang dipilih secara
rawak yang menyertai satu kejohanan memanah di sebuah negeri
di Malaysia.
Data-data mengenai pola kecederaan diambil selepas
subjek-subjek tersebut menyertai satu kejohanan yang diadakan di
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 101

BahagianKecederaan
0
20
40
60
80
AtasBadan BawahBadan Atasdanbawahbadan
P
e
r
a
t
u
s

K
e
c
e
d
e
r
a
a
n
sebuah negeri di Malaysia. Data-data tersebut kemudiannya
dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan program
Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0).


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Berikut merupakan pola kecederaan yang dialami oleh subjek di
dalam kajian ini. Pola kecederaan ini dinyatakkan secara
keseluruhan dan diperincikan kepada jenis-jenis kecederaan dan
penyebab kecederaan seperti yang dilaporkan oleh subjek kepada
penyelidik.
















Rajah 1: Bahagian Kecederaan Anggota Badan


Dapatan kajian menunjukkan peratusan kecederaan yang paling
tinggi yang dilaporkan oleh subjek berlaku pada bahagian atas
badan sahaja iaitu sebanyak 66.7% manakala pada bahagian bawah
badan sahaja menunjukkan peratusan kecederaan yang paling
Pola Kecederaan Atlet Memanah
102 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

BahagianKecederaanAnggotaAtasBadan
0
10
20
30
40
50
Jari Bahu Siku Pergelangan
tangan
P
e
r
a
t
u
s

K
e
c
e
d
e
r
a
a
n
rendah iaitu 6.7%. Ini disebabkan perlakuan sukan memanah yang
banyak menggunakan perulangan anggota atas badan badan
bberbanding anggota bawah badan. Walaubagaimanapun,
peratusan kecederaan yang dialami oleh atlet pada kedua-dua
bahagian badan dilaporkan sebanyak 26.6%. Melalui pemerhatian,
dapatan ini disebabkan oleh postur atlet ketika melakukan lepasan
anak panah agak kurang baik dan seterusnya menyebabkan
ketegangan dan kesakitan seterusnya kecederaan kepada kedua-dua
bahagian tersebut.
Seterusnya perincian kecederaan yang dialami oleh subjek
pada bahagian badan akan diterangkan melalui rajah 2 dan rajah 3.















Rajah 2: Bahagian Kecederaan Anggota Atas Badan


Rajah 2 menunjukkan bahawa bahagian kecederaan yang banyak
dilaporkan oleh subjek berlaku pada bahagian jari iaitu sebanyak
(41.5%) diikuti dengan bahu (40.2%), siku (15.8%) dan
pergelangan tangan (2.5%). Kecederaan yang berlaku pada jari
adalah blister dan koyakan yang disebabkan berlakunya
perulangan geseran tali pada jari tersebut. Puncanya berlaku
geseran ini adalah disebabkan teknik tarikan dan pelepasan tali
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 103

KecederaanBahagianAnggotaBawahBadan
0
10
20
30
40
50
60
kaki pergelangan
kaki
tapakkaki paha lutut
P
e
r
a
t
u
s

K
e
c
e
d
e
r
a
a
n
busur yang tidak betul. Menurut Leroyer et. al. (1993) seseorang
atlet tidak sepatutnya memegang tali busur dengan terlalu ketat dan
mengenakan tekanan/daya terhadap tali busur tersebut melalui jari
mereka. Sebaliknya tali busur tersebut hanya perlu diletak pada jari
dan daya tarikan tali busur tersebut bermula pada bahu.
Kecederaan pada bahu adalah disebabkan kekuatan dan daya tahan
otot subjek tersebut yang tidak mampu menampung perulangan
daya yang dikenakan pada bahu. Ini kerana majoriti subjek
memaklumkan kepada penyelidik mereka mengalami ketegangan
dan ketidakselesaan pada otot bahu mereka menjelang lepasan
anak panah 20 anak panah terakhir. Dan ini seterusnya akan
menyebabkan penerbangan anak panah terpencong daripada
sasaran sebenar. Kecederaan pada siku dan pergelangan tangan
pula adalah disebabkan perlakuan teknik yang tidak betul kerana
daya tarikan dan lepasan dikenakan pada bahagian tersebut.
















Rajah 3: Kecederaan Bahagian Anggota Bawah Badan


Kecederaan bahagian anggota bawah badan diperincikan kepada
bahagian-bahagian tertentu seperti yang digambarkan pada rajah 3.
Pola Kecederaan Atlet Memanah
104 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan kecederaan yang


dilaporkan oleh subjek berlaku pada otot/sendi/ligamen di bawah
lutut iaitu dibahagian kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki. Tiada
sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku pada
otot/sendi/ligamen di atas paras lutut. Berdasarkan rajah 3,
sebanyak 50% melaporkan kecederaan pada bahagian kaki dan
masing-masing 25% pada pergelangan kaki dan tapak kaki.
Kesemua kecederaan/ketidakselesaan yang dilaporkan melibatkan
sedikit ketegangan otot pada bahagian-bahagan tersebut. Ini
disebabkan subjek terpaksa berdiri dalam jangkamasa agak lama
untuk menyelesaikan jumlah lepasan anak panah mengikut acara
yang disertai. Mereka juga perlu mengimbangi badan, busur dan
anak panah dengan baik sebelum, semasa dan selepas melepaskan
anak panah ke sasaran sepanjang acara dijalankan. Keadaan ini
akan memaksa subjek untuk mengenakan daya yang lebih kepada
otot-otot kaki terutamanya pada gastrocnemius, Achilles tendon
dan otot-otot pada tapak kaki untuk mengimbangi kedudukan
mereka dengan baik. Bagi individu yang mempunyai postur yang
kurang baik semasa melakukan aktiviti memanah, sudah pasti ia
akan memberi daya tekanan yang lebih terhadap otot-otot tersebut.


KESIMPULAN


Kecederaan dikalangan atlet memanah menunjukkan satu trend
atau pola tertentu yang boleh digunakan oleh jurulatih dan atlet
sukan memanah untuk meningkatkan prestasi mereka. Melalui
kajian ini, didapati kebanyakan atlet melaporkan
kecederaan/ketidakselesaan berlaku pada bahagian atas badan
berbanding bawah badan selepas menyertai kejohanan. Walaupun
ada yang melaporkan kecederaan mereka berlaku pada kedua-dua
bahagian badan, namun peratusannya masih kecil. Kecederaan
banyak berlaku di atas badan disebabkan jenis sukan memanah ini
yang banyak menggunakan bahagian atas badan berbanding bawah
badan. Walaubagaiamanpun dalam mengimbangi badan untuk
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 105

melakukan panahan, otot-otot yang terletak pada bahagian bawah


badan sangat diperlukan dan penggunaanya yang berlebihan akan
menyebabkannya cedera. Sehubungan itu, daya yang dikenakan
pada otot-otot anggota atas badan mahupun bawah badan mestilah
seimbang dan setanding dengan kekuatan dan daya tahan otot-otot
tersebut.
Secara keseluruhanya dapat disimpulkan di sini bahawa
aspek am, latihan, teknikal dan latihan harian merupakan salah satu
keperluan yang perlu atlet atau jurulatih titik beratkan dalam
melakukan aktiviti memanah. Ini kerana penggunaan daya yang
berlebihan yang dikenakan pada bahagian tertentu anggota badan
yang melebihi tahap sebenar kekuatan dan daya otot atlet akan
mendorong berlakunya kecederaan dan seterusnya boleh
mempengaruhi prestasi atlet tersebut.


RUJUKAN


Emin Ergan , Karol Hibner., (2004). Sports Medicine and Science
in Archery. Federation Internationale De Tir A LARC.
Switzerland.
Ertan, H., dan Tuzun, M. (1998). Injury Pattern among Turkish
Archers.Turkey.
Leroyer ,P.,Hoecke,J .V.,Helal,J .N.(1993). Biomechanical study of
the final push-pull in archery. J ournal of Sport Sciences
11,63-69.
McArdle , W.D., Katch, F.I., Katch, V.L. (2002) Essentials of
Exercise Physiology. Lippincott Williams & Wilkins. USA.


Pola Kecederaan Atlet Memanah
106 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


10
POLA KECEDERAAN ATLET SILAT
OLAHRAGA
Asha Hasnimy Mohd Hashim
Mat Azmin Bakar


PENGENALAN


Silat merupakan salah satu sukan seni mempertahankan diri yang
telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Memandangkan
sukan ini merupakan sukan yang melibatkan pertembungan di
antara dua atlet maka kecenderungan untuk atlet cedera adalah
tinggi. Kecederaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
terutamanya kepada yang kurang mementingkan ciri-ciri
keselamatan semasa latihan mahupun pertandingan. Menurut J affe
dan Minkoff, (1988), kebanyakkan individu yang mempelajari seni
mempertahankan diri adalah lebih fokus untuk menyertai
pertandingan dan mereka kurang menitikberatkan aspek
keselamatan yang boleh mendatangkan kecederaan.
Menyentuh mengenai kecederaan yang mungkin dialami
oleh setiap atlet dalam sukan seni mempertahankan diri ini
dapatlah dikatakan bahawa kecederaan adalah sesuatu yang amat
penting dan perlu dititikberatkan bagi setiap atlet, pihak
pengurusan dan setiap individu yang terlibat dalam sukan ini
malah semua jenis sukan yang ada di dunia. J ika seseorang atlet
yang mengalami kecederaan, sudah semestinya segala harapan
yang diharapkan mungkin terkubur begitu sahaja. Oleh itu risiko
kecederaan terutamanya kepada atlet amatlah perlu di utarakan
kepada semua pihak
Masalah kecederaan adalah antara yang paling digeruni
oleh setiap atlet malah bagi setiap individu yang bersukan. Apabila

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 107

seseorang atlet telah mengalami kecederaan, adalah sukar untuk


mereka mengembalikan tahap prestasi sediakala dalam masa yang
singkat dan sudah semestinya sukar untuk meneruskan aktivitinya.
Setiap atlet adalah berisiko mengalami kecederaan dan sebagai
alternatif untuk mengelakkan daripada kecederaan tersebut berlaku
adalah dengan memberikan pengetahuan tentang kecederaan dan
punca-punca yang boleh mendatangkan kecederaan serta latihan-
latihan kecergasan, teknik dan taktik yang mencukupi kepada
setiap atlet yang bakal bertanding.


METODOLOGI KAJIAN

Subjek: 15 orang atlet silat olahraga di sebuah negeri berumur 17
hingga 23 tahun yang terdiri dari 10 orang lelaki dan 5 orang
wanita. Prosedur: Kecederaan atlet akan direkodkan selepas
sesuatu pertandingan berlangsung dengan menggunakan borang
yang disediakan oleh penyelidik. Kecederaan yang dilaporkan oleh
atlet akan dikenalpasti dan direkod sendiri oleh penyelidik.


ANALISA DATA

Kecederaan yang dilaporkan oleh atlet silat olahraga sepanjang
kejohanan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori yang
sesuai. Berikut merupakan analisa data yang telah dibuat.
PeratusKecederaanBahagianBadan
0
20
40
60
AtasBadan BawahBadan Muka&kepala
P
e
r
a
t
u
s


Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga
108 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 1: Peratus Kecederaan Bahagian Badan



Hasil kajian menunjukkan bahagian kecederaan yang banyak
dialami oleh atlet silat olahraga setelah menyertai beberapa
kecederaan adalah pada bahagian badan iaitu sebanyak 54.5%
berbanding bahagian bawah badan iaitu 39.8% dan kecederaan
paling sedikit berlaku pada bahagian muka dan kepala iaitu 5.7%.

PeratusJenisJenisKecederaan
0
10
20
30
40
L
e
b
a
m
B
e
n
g
k
a
k
M
e
l
e
c
e
t
K
e
t
e
g
a
n
g
a
n
T
e
r
s
e
l
i
u
h
L
u
k
a
L
a
i
n

l
a
i
n
P
e
r
a
t
u
s


Rajah 2: Peratus J enis-J enis Kecederaan

Bagi jenis-jenis kecederaan yang sering dialami oleh atlet silat
olahraga, peratusan atlet yang mengalami lebam adalah paling
tinggi iaitu 36.9% diikuti kebengkakkan 18.5%, melecet 14.8%
dan ketegangan 11.3%. Kecederaan terseliuh menunjukkan
peratusan agak rendah iaitu 8.2% diikuti luka 4.6% dan kecederaan
lain-lain 3.7%.
Hasil daripada kajian ini telahpun menjelaskan bahawa
kecederaan adalah sesuatu yang utama perlu dititikberatkan apabila
menceburkan diri dalam sukan terutamanya sukan seni
mempertahankan diri, khasnya silat olahraga. Daripada analisis
yang diperolehi menunjukkan hampir setiap atlet yang bertanding
dalam silat olahraga akan mengalami kecederaan. Pelbagai jenis
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 109

kecederaan dapat dikenalpasti dan bahagian-bahagian kecederaan


pada badan adalah menyeluruh. Selain itu sebab kecederaan juga
menunjukkan kepelbagaiannya yang boleh berlaku kecederaan.
Walaupun tidak menunjukkan tahap kecederaan yang serius, ianya
sedikit sebanyak boleh menyebabkan kemerosotan prestasi
seseorang atlet. Oleh itu setiap pihak seharusnya sedar tentang
risiko sesuatu kecederaan dan cuba untuk mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan. Sikap mengambil tahu dan ambil berat
tentang masalah kecederaan adalah cara yang terbaik dan utama
untuk mengelakkan daripada kecederaan berlaku.


PENUTUP


Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti
kecederaan yang dialami oleh atlet silat olahraga selepas
pertandingan termasuk jenis, bahagian, sebab dan tahap
kecederaan. Setelah hasil kajian diperolehi didapati terdapat
pelbagai kecederaan dikenalpasti dialami oleh atlet silat. J ika
dilihat daripada kajian pengkaji-pengkaji lain juga dapatlah kita
rumuskan bahawa kecederaan boleh berlaku kepada setiap atlet
tidak kira apapun sukan yang diceburi. Tetapi kecederaan ini boleh
dielak sekiranya setiap orang mengetahui dan mengambil berat
tentang masalah kecederaan serta dapat mengenalpasti jenis-jenis
kecederaan dan bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku.
Secara automatik setiap individu itu akan berusaha untuk mengelak
daripada berlakunya kecederaan dan secara tidak lansung juga
dapat mengurangkan kecederaan kepada orang lain.

RUJUKAN

Cobin, C.B. and Linsey, R. (2004), Definitions: Health, Fitness,
and Physical Activity. The President's Council on Physical
Fitness and Sports. Dubuque, Iowa.
Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga
110 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Falis, E, Bauhaus, G and Rogers, B (1994), Merchantability Or


Fitness For A. Particular Purpose, Florida State Universitys.
1185-1190.
Fetto, J .F. (1994), J udo and karate-do, In: Sports
injuries:mechanisms, prevention and treatment. Baltimore
Medical:Williams and Wilkins.
J affe,L. and Minkoff, J . .(1988), Martial Arts: a perspective on
their evolution, injuries, and training formats. Orthop Rev.
66(5): 741-4
J ames, G. and Clement, W. (1978), Attention-Deficit /
Hyperactivity Disorder (ADHD) and Risk of Injuries.
Department of health and human services, USA.
Loes, D.M. and Goldie, I.(1988), Incidence rates of injuries during
sport activity and physical exercise in a rural Swedish
municipality: Incidence rates in 17 sports. International J ournal
Sports Medicine. 8(1): 9-14.
Willy Pieter (1997), Martial Arts Injuries. School of Health
Sciences, Science University of Malaysia, Kubang Kerian,
Kelantan, Malaysia. 15(1): 15-21.
Zetaruk, M.N. (2005), Injuries In Martial Arts: A Comparison Of
Five Styles. British J ournal of Sports Medicine. 66(5): 741-4





Adaptasi Latihan dan Kecederaan 111


11
AKTIVITI GELOMBANG OTAK
SEMASA REHAT, SUDOKU DAN
SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN
TAEKWONDO
Zainal Abidin Zainuddin
Izwyn Zulkapri



PENDAHULUAN

Otak merupakan organ elektrokimia yang mempunyai kawalan ke
atas sistem saraf tunjang dan juga sistem saraf periferi. Ia
mengawal kesemua aktiviti tubuh manusia sama ada secara tidak
sedar (luar kawal) atau dalam keadaan sedar. Sel-sel otak
berkomunikasi antara satu sama lain dengan menghasilkan impuls.
Gelombang otak dijana oleh sel-sel yang dikenali sebagai neuron
yang merupakan komponen asas otak. Terdapat lima kategori
gelombang otak utama yang merangkumi gelombang dengan
jumlah aktiviti yang terbanyak (frekuensi tinggi, amplitud rendah)
sehingga gelombang dengan jumlah aktiviti yang sedikit (frekuensi
rendah, amplitud tinggi). Setiap kategori berbeza dari segi
amplitud dan frekuensi. Lima kategori gelombang otak adalah
gelombang beta, alpha, delta, theta dan gamma.
Gelombang beta (13Hz 40Hz) adalah gelombang otak
dengan frekuensi yang paling tinggi dan wujud apabila seseorang
itu terlibat secara aktif dalam aktiviti mental seperti berfikir dan
menyelesaikan masalah. Ia berhubung kait dengan tahap kepekaan
yang tinggi dan tumpuan ditujukan kepada dunia luar. Gelombang
alpha (8Hz 13Hz) adalah lebih perlahan jika dibandingkan
dengan gelombang beta. Gelombang ini hadir apabila seseorang
individu rileks serta berada dalam keadaan yang tenang dan juga

112 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


ketika meditasi dengan mata tertutup. Ia adalah tahap kesedaran


mental yang tenang dan sesuai melakukan refleksi diri. Apabila
seseorang individu memasuki alam angan-angan, gelombang theta
(4Hz 8Hz) memainkan peranannya. Ini juga dikenali sebagai
tahap meditasi yang tertinggi di mana pengaliran idea yang bebas
tanpa sebarang halangan dapat diperoleh dan ini membolehkan
pemikiran secara mendalam dan optimum berlaku. Gelombang
dengan amplitud yang terbesar dan frekuensi yang terendah adalah
gelombang delta (0.5Hz 4Hz). Ia adalah keadaan di mana
seseorang individu tidak lagi berada dalam alam realiti (dari segi
pemikiran) dan berupaya mengalami ketenangan yang mendalam.
Aktiviti elektrik dalam otak dapat diukur dan direkod
menggunakan bacaan yang diperoleh daripada elektrod yang
diletakkan di kepala. Ujian yang mengukur aktiviti elektrik otak
juga dikenali sebagai electroencephalogram (EEG). EEG tidak
mengukur aliran elektrik dalam otak tetapi mengukur perbezaan
voltan antara bahagian-bahagian otak yang berlainan. Ujian ini
adalah satu proses yang tidak sakit dan tidak menceroboh
pemikiran subjeknya. EEG berupaya mengesan perubahan aktiviti
elektrik dalam otak pada tahap milisaat. Ia juga boleh mengesan
perubahan yang kecil dan kecacatan pada aktiviti elektrik dalam
otak. Bacaan EEG dikatakan berbeza dalam keadaan yang berbeza
di mana aktiviti yang dijalankan akan mempengaruhi aktiviti setiap
gelombang otak dan ini menentukan tahap penggunaan mental
mahupun tahap ketenangan mental.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan
membandingkan corak gelombang otak atlet taekwondo dalam
keadaan dan situasi yang berbeza iaitu semasa rehat, semasa
bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo.


METODOLOGI


Kajian ini berbentuk eksperimental dan dijalankan ke atas tiga
orang atlet taekwondo yang berpengalaman mewakili negeri dalam
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 113

menyertai pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan.


Pengumpulan data dijalankan dalam tiga fasa iaitu semasa rehat,
semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan
taekwondo (light simulation sparring). Ketiga-tiga fasa dijalankan
di Makmal Kecergasan Sains Sukan, Fakulti Pendidikan.
Subjek diberi taklimat mengenai prosedur kajian dan dikehendaki
mengisi borang maklumat diri serta borang perjanjian sebagai
persetujuan menjadi subjek kajian sebelum dibenarkan
menjalankan prosedur ujian. Penyelidik kemudian memasang tiga
elektrod mengikut prosedur pemasangan pada kulit kepala di
bahagian temporal dan occipital di sebelah kiri otak. Penyelidik
akan merekodkan aktiviti elektrik otak subjek menggunakan EEG
selama dua minit. Pengambilan data menggunakan EEG dalam
perisian Biopac Student Lab dijalankan dalam tiga fasa iaitu
semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas perlawanan
simulasi (light simulation sparring). Selepas selesai mengambil
data dalam fasa ketiga, subjek dikehendaki melakukan aktiviti
cooling down.
Fasa semasa rehat. Subjek dikehendaki duduk dengan rileks dan
memejam mata tanpa melakukan sebarang pergerakan yang besar
sambil mendengar muzik jenis instrumental yang dimainkan.
Penyelidik akan merekodkan aktiviti elektrik otak selama dua
minit menggunakan EEG untuk mendapatkan data mentah dalam
bentuk gelombang otak.
Fasa semasa bermain sudoku. Fasa kedua ini dijalankan 30 minit
selepas fasa pertama selesai dilaksanakan. Subjek diberi
permainan sudoku mengikut tahap kebolehan dan kebiasaan setiap
subjek bermain sudoku. Subjek dikehendaki menyelesaikan
masalah berbentuk permainan nombor yang diberikan. EEG
digunakan untuk merekodkan aktiviti elektrik otak selama dua
minit.
Fasa selepas simulasi perlawanan taekwondo. 30 minit selepas
fasa kedua selesai, subjek dikehendaki melakukan aktiviti
memanaskan badan sebagai persediaan untuk simulasi perlawanan
taekwondo. Simulasi perlawanan dijalankan sebanyak dua
pusingan dengan setiap pusingan selama tiga minit di mana subjek
Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
114 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

akan berlawan dengan pasangan yang telah ditetapkan. Subjek


diberi rehat seminit di antara pusingan. Aktiviti elektrik otak
direkodkan selama dua minit menggunakan EEG sejurus selepas
tamat pusingan kedua perlawanan simulasi.
Perkakasan dan perisian Biopac Student Lab digunakan
untuk merekodkan data mentah melalui program EEG. Data
diperoleh daripada ketiga-tiga fasa dalam bentuk gelombang otak
(selama dua minit) yang akan dipecahkan mengikut frekuensi
untuk mendapatkan data bagi setiap jenis gelombang otak iaitu
beta, alpha, theta dan delta. Data bagi setiap jenis gelombang otak
kemudian akan dianalisis.
Data mentah dianalisis menggunakan perisian Biopac
Student Lab setelah setiap jenis gelombang dipisahkan dengan
perubahan tertinggi daripada nilai sifar bagi setiap empat saat
ditentukan untuk setiap jenis gelombang. Corak aktiviti
gelombang otak yang diperoleh adalah untuk menjawab persoalan-
persoalan kajian. Analisis data diteruskan dengan menggunakan
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 dalam
komputer. Ujian perbandingan repeated measures analysis of
variance (ANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis kajian dan
untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan ke atas
aktiviti elektrik otak semasa rehat, semasa bermain sudoku dan
selepas simulasi perlawanan taekwondo.


KEPUTUSAN

Subjek yang dipilih bagi kajian ini berumur dalam
lingkungan 18 hingga 21 tahun. Berdasarkan analisis yang
dijalankan, purata dan sisihan piawai (min SP) bagi umur, berat
dan tinggi subjek ialah umur (19.67 1.53 tahun), berat (57.33
13.65 kg) dan tinggi (163.00 8.19 cm).




Adaptasi Latihan dan Kecederaan 115












Rajah 1: Graf pengalaman dan pencapaian subjek dalam
pertandingan


Subjek A dan B mempunyai pengalaman bertanding selama
enam tahun manakala subjek C mempunyai lima tahun
pengalaman. Pencapaian subjek A ialah 16 emas, lima perak dan
empat gangsa. Subjek B mempunyai pencapaian lapan emas, lima
perak dan empat gangsa manakala subjek C mempunyai
pencapaian lima emas dan enam perak.



0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
A B C
SUBJEK
B
I
L
Emas
Perak
Gangsa
0
1
2
3
4
5
6
7
A B C
SUBJEK
T
A
H
U
N
Pengalaman subjek dalam
pertandingan
Pencapaian subjek dalam
pertandingan
Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
116 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SUBJEK A (REHAT)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)
SUBJEK B (REHAT)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
110
120
130
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)
SUBJEK C (REHAT)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
10
20
30
40
50
60
70
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)


Rajah 2: Corak gelombang otak subjek A, B dan C semasa rehat


Adaptasi Latihan dan Kecederaan 117

SUBJEK A (SUDOKU)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
5
10
15
20
25
30
35
40
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)
SUBJEK B (SUDOKU)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)
SUBJEK C (SUDOKU)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)


Rajah 3: Corak gelombang otak subjek A, B dan C semasa bermain
sudoku


Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
118 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SUBJEK B (SIMULASI)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
25
50
75
100
125
150
175
200
225
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)

SUBJEK C (SIMULASI)
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130
0
15
30
45
60
75
90
105
120
135
150
165
180
EEG
BETA
ALPHA
THETA
DELTA
MASA (saat)
G
e
l
o
m
b
a
n
g

O
t
a
k

(

V
)


Rajah 4: Corak gelombang otak subjek A, B dan C selepas simulasi
perlawanan


Aktiviti gelombang otak beta dianalisis menggunakan
analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat
vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam
subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan
ujian adalah tidak signifikan, F(2, 4) =0.531, p =0.625, p >0.05.
Oleh itu, hipotesis nol yang pertama yang menyatakan tidak
terdapat yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak beta atlet
taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas
simulasi perlawanan taekwondo diterima.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 119

Aktiviti gelombang otak alpha dianalisis menggunakan


analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat
vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam
subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan
ujian adalah signifikan, F(2, 4) =19.966, p =0.008, p <0.05.
Perbandingan Post-hoc menggunakan Bonferroni adjustment untuk
pelbagai perbandingan dilaksanakan. Aktiviti gelombang otak
alpha semasa rehat (M =22.331, SD =2.540) dan semasa bermain
sudoku (M =5.647, SD =1.304) menunjukkan perbezaan yang
signifikan p =0.045, p <0.05. Manakala perbandingan antara
aktiviti gelombang otak alpha semasa bermain sudoku (M =5.647,
SD =1.304) dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (M =
12.054, SD =4.671) serta aktiviti gelombang otak alpha semasa
rehat (M =22.331, SD =2.540) dan selepas simulasi perlawanan
taekwondo (M = 12.054, SD = 4.671) adalah tidak signifikan
dengan nilai p masing-masing ialah p =0.253 dan p =0.314 iaitu p
>0.05. Oleh itu, hipotesis alternatif yang kedua yang menyatakan
terdapat perbezaan yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak
alpha atlet taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan
selepas simulasi perlawanan taekwondo diterima.
Aktiviti gelombang otak theta dianalisis menggunakan
analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat
vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam
subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan
ujian adalah tidak signifikan, F(2, 4) =1.075, p =0.423, p >0.05.
Oleh itu, hipotesis nol yang ketiga yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak theta atlet
taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas
simulasi perlawanan taekwondo diterima.
Aktiviti gelombang otak alpha dianalisis menggunakan analisis
repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat vs.
sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam
subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan
ujian adalah signifikan, F(2, 4) =27.842, p =0.004, p <0.05.
Perbandingan Post-hoc menggunakan Bonferroni adjustment untuk
pelbagai perbandingan dilaksanakan. Aktiviti gelombang otak
Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
120 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

delta semasa bermain sudoku (M = 17.409, SD = 4.993) dan


selepas simulasi perlawanan taekwondo (M = 100.039, SD =
8.066) menunjukkan perbezaan yang signifikan p =0.045, p <
0.05. Manakala perbandingan antara aktiviti gelombang otak delta
semasa rehat (M =26.821, SD =21.114) dan semasa bermain
sudoku (M =17.409, SD =4.993) serta aktiviti gelombang otak
delta semasa rehat (M = 26.821, SD = 21.114) dan selepas
simulasi perlawanan taekwondo (M =100.039, SD =8.066) adalah
tidak signifikan dengan nilai p masing-masing ialah p =0.253 dan
p = 0.314 iaitu p > 0.05. Oleh itu, hipotesis alternatif yang
keempat yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
aktiviti gelombang otak delta atlet taekwondo semasa rehat,
semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan
taekwondo diterima.


PERBINCANGAN


Corak EEG adalah untuk menunjukkan bahawa alat yang
digunakan berfungsi di mana terdapat perubahan pada corak EEG.
Corak EEG bagi subjek A dan subjek C adalah hampir serupa
dalam ketiga-tiga keadaan manakala subjek B mempunyai corak
EEG yang serupa dengan dua subjek yang lain hanya selepas
simulasi perlawanan. Corak EEG bagi subjek B semasa rehat
adalah lebih tinggi daripada subjek lain dan coraknya berubah-
ubah semasa bermain sudoku. Ini kerana EEG menunjukkan
aktiviti gelombang otak secara keseluruhan dengan mengambil
kira semua gelombang otak (beta, alpha, theta dan delta). Maka
perubahan pada mana-mana gelombang akan mempengaruhi
bacaan keseluruhan iaitu EEG.
Corak gelombang otak subjek A dan subjek C
menunjukkan gelombang alpha yang lebih dominan di sepanjang
dua minit bacaan direkodkan berbanding gelombang otak yang
lain. Gelombang otak alpha yang tinggi menunjukkan bahawa
kedua-dua subjek berada dalam keadaan rileks dan tenang dari segi
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 121

pemikiran dengan mata tertutup. Keputusan ini disokong oleh


Teplan (2002) yang menyatakan dalam kajiannya bahawa
gelombang otak alpha dirangsang dengan menutup mata serta
relaksasi.
Bagi subjek B pula, corak gelombang otak yang diperoleh
menunjukkan bahawa gelombang otak delta adalah gelombang
yang lebih dominan secara keseluruhannya diikuti oleh gelombang
beta. Ini menunjukkan bahawa walaupun subjek berada dalam
tahap relaksasi dan ketenangan yang agak tinggi (delta tinggi),
terdapat tanda-tanda bahawa subjek tidak rileks sepenuhnya (beta
sederhana tinggi). Ini mungkin disebabkan subjek melakukan
pergerakan-pergerakan kecil semasa bacaan diambil walaupun
diminta untuk rileks tanpa sebarang pergerakan. Pendapat ini
serupa dengan pendapat J ohn (1979) yang menyatakan bahawa jika
subjek yang diuji bergerak, sama ada mata atau kepala, elektrod
yang dilekatkan pada kulit kepala mungkin mengesan tindak balas
elektrik yang mungkin dikelirukan sebagai isyarat gelombang otak.
Corak gelombang otak semasa bermain sudoku bagi ketiga-
tiga subjek adalah hampir serupa di mana gelombang otak delta
adalah lebih dominan berbanding gelombang otak yang lain
manakala gelombang otak beta adalah gelombang yang kedua
tinggi aktivitinya. Hasil kajian ini bercanggah dengan kenyataan
Teplan (2002) dalam kajiannya iaitu ketika tahap kesedaran yang
normal dengan mata terbuka, gelombang otak beta adalah
gelombang otak yang dominan. Hasil kajian yang diperoleh
berbeza dengan kajian dahulu mungkin kerana permainan sudoku
tidak berupaya merangsang subjek untuk berfikir pada tahap yang
tinggi, sama ada disebabkan kebiasaan subjek bermain sudoku atau
tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah yang
diberikan yang seterusnya menyebabkan subjek tenang dalam
keadaan tersebut.
Corak aktiviti gelombang otak selepas simulasi perlawanan
taekwondo menunjukkan corak yang menarik di mana corak
gelombang otak bagi ketiga-tiga subjek menunjukkan aktiviti
gelombang otak delta yang jauh lebih tinggi daripada aktiviti yang
ditunjukkan oleh gelombang-gelombang otak yang lain. Aktiviti
Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
122 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

bagi gelombang yang lain berada pada paras yang rendah dengan
pengecualian bagi subjek C di mana kelihatan gelombang beta
yang tinggi sedikit berbanding gelombang alpha dan theta.
Gelombang otak delta yang tinggi menunjukkan bahawa aktiviti
fizikal seperti simulasi perlawanan taekwondo boleh menyebabkan
seseoarang itu berada pada tahap relaksasi mental yang sangat
tinggi. Ini dapat dilihat bukan sahaja pada seorang subjek tetapi
ketiga-tiga subjek yang digunakan dalam kajian ini. Dapatan
kajian ini selari dapatan kajian Rau et al. (1998) yang dijalankan
ke atas atlet judo. Mereka mendapati bahawa gelombang delta
meningkat ke tahap yang signifikan selepas lakuan mencekik
dalam judo.
Simulasi perlawanan taekwondo telah menyebabkan
keletihan fizikal yang berupaya memberikan ketenangan mental.
Ketenangan mental yang wujud hasil daripada aktiviti fizikal
dalam bentuk simulasi perlawanan taekwondo menunjukkan
bahawa aktiviti fizikal berupaya meningkatkan tahap relaksasi dan
seterusnya akan memulihkan mood seseorang. Dapatan kajian ini
serupa dengan dapatan kajian Shunichi (2007) yang menyatakan
bahawa selepas aktiviti fizikal dan kecergasan yang dijalankan,
didapati mood pelajar universiti adalah lebih baik. Beliau
mencadangkan bahawa aktiviti fizikal dalam kelas pendidikan
jasmani dapat meningkatkan mood pelajar. Ini diperkukuhkan lagi
oleh kajian yang dijalankan oleh Meeusen (2005). Hasil kajian
beliau menunjukkan bahawa latihan fizikal boleh dianggap sebagai
satu anti-depressant semula jadi kerana terdapat neurotransmitter
yang dipengaruhi oleh latihan fizikal yang berkala.


KESIMPULAN


Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti corak aktiviti gelombang otak dalam tiga keadaan
yang berbeza iaitu semasa rehat, semasa bermain sudoku dan
selepas simulasi perlawanan taekwondo. Kemudian perbandingan
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 123

terhadap aktiviti gelombang otak bagi ketiga-tiga keadaan


dilakukan untuk melihat persamaan atau perbezaan aktiviti
gelombang otak antara keadaan.
Dapatan kajian telah mencapai semua objektif yang telah
ditetapkan iaitu dengan menggunakan electroencephalography
(EEG), aktiviti gelombang otak direkodkan dan kemudian
perbezaan tertinggi dari nilai sifar dikenal pasti untuk mendapatkan
corak aktiviti gelombang otak. Ketiga-tiga keadaan (rehat, sudoku
dan selepas simulasi perlawanan) memberikan corak gelombang
otak yang berbeza disebabkan keperluan setiap keadaan adalah
berlainan sama ada duduk dengan rileks, berfikir untuk
menyelesaikan masalah ataupun menjalani aktiviti fizikal.
Walaupun corak gelombang otak setiap keadaan kelihatan
berbeza, hanya gelombang otak alpha dan delta yang
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan apabila analisis
statistik menggunakan repeated measures ANOVA dijalankan.
Kedua-dua gelombang otak beta dan theta pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga keadaan. Corak
gelombang otak selepas simulasi perlawanan adalah menarik di
mana aktiviti simulasi perlawanan dapat merangsang peningkatan
tahap relaksasi mental yang drastik.


RUJUKAN


Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG.
Measurement Science Review. Volume 4, Section 2.
Institute of Measurement Science.
Teplan, M. (2002). Fundamentals of EEG Measurement.
Measurement Science Review. Volume 2, Section 2.
Institute of Measurement Science.
Crevecoeur, G., Hallez, H., Van Hese, P., Asseler, Y. D., Dupre,
L., and Van de Sforza, E., Grandin, S., J ouny, C., Rochat,
T., and Ibanez, V. (2002). Is Waking
Electroencephalographic Activity A Predictor Of Daytime
Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas
Simulasi Perlawanan Taekwando
124 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Sleepiness In Sleep-Related Breathing Disorders?


European Respiratory J ournal. 19, 645-652, European
Respiratory J ournal.
Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG.
Measurement Science Review. Volume 4, Section 2.
Institute of Measurement Science.
Meeusen, R. (2005). Exercise and Brain, Is There Any Evidence
That Exercise Works for Rehabilitation? 10
th
Annual
Congress of the European College of Sport Science. 13-16
J uly. Belgrade, Serbia, 29-30.
Shunichi, T. (2007). The Mood Before and After Physical Activity
in Two Different Physical Education Classes At University
In Japan. 12
th
Annual Congress of the European College of
Sport Science. 11-14 J uly. J yvaskyla, Finland.
Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG.
Measurement Science Review. Volume 4, Section 2.
Institute of Measurement Science.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 125


12
LATIH TUBI DAN TAHAP
KEBIMBANGAN DALAM PERMAINAN
BOLING PADANG
Hafizah Harun
Norashida Abdul Rahman


PENGENALAN


Persatuan Boling Padang Malaysia (PBPM) telah ditubuhkan pada
tahun 1997. Asas kewujudan PBPM ialah keanggotaan daripada
negeri-negeri dan peranan persatuan ini adalah mengadakan skim-
skim latihan, motivasi dan sains sukan. Sebaik sahaja kerajaan
Malaysia mendapat keputusan untuk menjadi tuan rumah Sukan
Komanwel pada tahun 1998, kerajaan Malaysia mulai serius dalam
membina infrastruktur bagi permainan boling padang. Terdapat
beberapa gelanggang sintetik dibina di beberapa negeri seperti
Pulau Pinang, Perlis, Alor Star, Perak, Selangor, Melaka, J ohor
dan Terengganu (Ahmad Sarji, 2005). Di Malaysia, sukan ini
dimainkan oleh golongan muda berbanding dengan negara-negara
Eropah yang kebanyakkan pemain terdiri dari golongan yang telah
bersara.
Boling padang dimainkan di padang berukuran 40m x 40m.
Terdapat beberapa rink (kawasan khas) di padang dimana pemain
perlu bermain di dalam rink dan empat kategori dipertandingkan
dalam permainan ini iaitu; single, pairs, triple, dan fours (J udson,
2004). Setiap pemain perlu membaling empat biji bola (bowl) satu
demi satu dan matlamat utama balingan yang dilakukan adalah
untuk mendekati bola putih yang dikenali sebagai jack. J arak di
antara pembaling (bowler) dan jack selalunya berada lebih dari 30
m yang dipengaruhi oleh balingan mula dari salah seorang dari

126 Adaptasi Latihan dan Kecederaan


pertanding. Mata akan diperolehi jika bola yang dibaling paling


dekat jack berbanding pihak lawan- contohnya satu bola
bersamaan satu mata (Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006).
Keadaan yang perlu diterapkan semasa membuat balingan adalah
kawalan minda supaya fokus dan tenang (Salter dan Bliss, 1997).
Sukan ini juga menekankan penguasaan membuat balingan
yang konsisten. Antara kemahiran teknikal ialah kemahiran
membuat balingan/bowl delivery berjarak dekat, sederhana dan
jauh. Dalam sesuatu perlawanan kaedah spesifik untuk menguasai
dan meningkatkan prestasi ialah melakukan latih tubi balingan
kerana atlet yang berupaya membuat balingan jauh selalunya
mendapat skor yang tinggi. Balingan jauh merupakan salah satu
kemahiran yang sukar untuk dikuasai kerana ianya melibatkan
jarak balingan sejauh 36 meter menuju ke arah sasaran jack
(Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006). Prestasi atlet juga
dikatakan mempunyai hubungan yang positif dengan intensiti
latihan. Walaubagaimanapun, peningkatan perlulah dilakukan
secara beransur-ansur berlandaskan kepada prinsip-prinsip latihan
sukan seperti ansur maju dan latih tubi yang berulang-ulang.
Dalam sukan ini, balingan yang konsisten memainkan peranan
yang penting kerana pemain dikehendaki melakukan beberapa
balingan sepanjang masa permainan (J udson, 2003).
Selain konsistensi, ketepatan juga merupakan perkara utama
yang mempunyai kaitan dalam membantu seseorang atlet
mengulangi perlakuan dengan tepat secara maksimum. Menurut
J udson (2003), kebiasaannya orang yang baru mempelajari sukan
ini sukar untuk melakukan kemahiran balingan jauh. Oleh sebab
itu, bagi memastikan ianya berada dalam keadaan yang konsisten,
mereka perlulah sentiasa mempraktiskan kemahiran sukan ini
sepanjang masa. Objektif mempraktiskan kemahiran sukan boling
padang adalah berbeza-beza dan ianya perlulah sesuai dengan
tahap prestasi seseorang. Sebagai contoh, orang yang baru
mempelajari sukan ini akan menghadapi sedikit kesukaran dalam
melakukan kemahiran membaling bola dengan menggunakan
teknik yang sepatutnya. Biasanya, lakuan mereka akan kekurangan
dari segi kelancaran pergerakan bola dan juga dari aspek
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 127

konsistensi.
Terdapat tiga aspek dalam penguasaan konsistensi iaitu
balingan yang tepat secara berturutan, penurunan kesalahan lakuan
dan peningkatan ketepatan. Atlet juga perlulah bijak dalam
mengawal kebimbangan semasa membuat balingan Oleh sebab itu,
setiap atlet boling padang haruslah menguasai aspek kemahiran
teknikal dan mengawal psikologi bagi menjamin mutu
persembahan mereka.
Kebiasaannya, bagi perlawanan antarabangsa pemain
melakukan lebih daripada lapan balingan daripada sembilan ends
(Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006). J ika lakuan yang dibuat
oleh seseorang atlet berada dalam keadaan yang konsisten ini
seterusnya dapat membantu mereka dalam peningkatan prestasi.


METODOLOGI KAJIAN


Kajian adalah berbentuk deskriptif dan melibatkan lima belas
orang atlet boling padang wanita. Mereka telah dipilh secara rawak
daripada populasi atlet yang akan menyertai SUKMA (Sukan
Malaysia ) di Terengganu 2008 dari kalangan pemain UTM
(Universiti Teknologi Malaysia) dan pemain SUKMA negeri J ohor
2007-2008. Purata umur subjek ialah diantara 17-23 tahun. Subjek
yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai sekurang-
kurangnya satu tahun pengalaman dalam sukan ini. Selain
daripada menjalani program latihan dari jurulatih MSNJ (Majlis
Sukan Negeri J ohor) secara berpusat selama 6 minggu di J ohor
Bahru mereka juga mengikuti program yang disediakan oleh
penyelidik. Dari lima belas subjek yang terpilih mereka
dibahagikan kepada tiga kumpulan: A- menjalani program latihan
balingan jauh 36 meter (BJ 36) yang disediakan oleh penyelidik.
Mereka perlu melakukan balingan mengikut kadar yang telah
ditetapkan dalam jadual latihan. B-Menjalani program latihan
balingan jauh disamping latihan bebanan iaitu mengangkat
dumbell secara (arm culr) yang disediakan oleh penyelidik. C-
Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permainan Boling Padang
128 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Kumpulan ini adalah kumpulan kawalan. Mereka hanya diuji pra


dan pos tanpa apa jua program latihan oleh penyelidik dan hanya
menjalani program latihan biasa.

Jadual 1: Demografi subjek (min dan SP)

Kump Umur(thn) Berat (kg) Tinggi
(cm)
Penglibatan
(thn)
A 19.5 +1.3 57.5 +0.5 159 +0.1 2
B 19.3 +1.5 50 +0.2 157 +0.2 3
C 17.3 +2.1 45.3 +0.4 157 + 0.2 3


Tempat kajian yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah di
Kompleks Belia dan Sukan negeri J ohor di J ohor Bahru. Tempat
ini dipilih kerana tempat ini merupakan salah satu tempat yang
mempunyai kelengkapan padang permainan boling padang.
Pemerhatian dilakukan oleh penyelidik untuk mengira
jumlah balingan bola yang masuk dalam kawasan lingkungan yang
ditentukan dan berkedudukan paling dekat dengan jack.
Kedudukan atau jarak yang ditentukan ini berukuran 20, 40 dan 60
cm berjejari di sekeliling jack. Cubaan atau ulangan balingan
adalah sebanyak 40 kali dari kedudukan pembaling dan jack sejauh
(>30m). Rakaman video digunakan bagi membantu proses
perekodan skor dan menilai secara kualitatif teknik balingan subjek
(untuk penggunaan jurulatih mengenalpasti kesilapan sebjek).
Ujian ini dilakukan oleh subjek secara ujian pra dan ujian pos dan
min skor jumlah balingan yang memasuki kawasan yang
ditentukan sahaja direkodkan.
Aspek konsistensi pula dilihat melalui ketepatan yang
berturutan terhadap jejari yang ditandakan. Apabila sesi pengujian
selesai dijalankan penyelidik mengedarkan borang soal selidik
SCAT.
Terdapat dua jenis data yang dikumpul sepanjang kajian ini
dijalankan. Data tersebut terdiri daripada ketepatan balingan jauh
ke arah jack dalam lingkungan jejari yang disediakan semasa ujian
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 129

pra dan ujian pos. Data kedua adalah daripada soal selidik SCAT
iaitu tahap kebimbangan atlet semasa ujian pra dan ujian pos.







Rajah 1: Lakaran kedudukan subjek dan target semasa menjalani latihan
dan ujian balingan jauh >30 m

Setiap data yang diperolehi dikumpulkan kemudian data tersebut
diproses bagi mendapatkan suatu keputusan kajian. Kesemua data
yang dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 11.5.






Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permainan Boling Padang
130 Adaptasi Latihan dan Kecederaan













Rajah 2: Subjek dalam fasa persediaan Rajah 3 Subjek dalam fasa
menghayun











Rajah 4 Subjek dalam fasa Rajah 5 Target jack ditengah
perlepasan dengan lingkungan jejari
20, 40 & 60 cm dari jack


Skor pemarkahan SCAT berkala dan dikategorikan iaitu; tahap 1
ialah tahap kebimbangan yang rendah ( skor 17 dan ke bawah),
tahap 2 (skor 17-24) adalah tahap kebimbangan sederhana dan
tahap 3 i(skor melebihi 24) menunjukkan tahap kebimbingan yang
tinggi.


DAPATAN KAJIAN

Terdapat dua jenis analisis statistik yang digunakan bagi


menganalisis data yang diperolehi iaitu analisis deskriptif dan
analisis inferensi. Penganalisaan deskriptif melaporkan min skor
jumlah balingan, iaitu jumlah bola yang masuk dalam kawasan
jejari yang telah ditentukan (berkedudukan 20, 40 dan 60 cm dari
jack). Min skor ini berdasarkan min dari 40 kali cubaan balingan
jauh, dan juga min ujian SCAT (tahap 1 -rendah, 2- sederhana dan
3 -tinggi). Penganalisaan inferensi melaporkan ujian ANOVA,
perbandingan di antara kumpulan dan di antara skor pra dan pos
latihan. Nilai signifikan ditetapkan pada paras p>0.05.


Jadual 2 Skor min dan SP jumlah balingan bola yang hampir dengan
jack (yang masuk ke dalam kawasan jejari yang ditentukan)
dan tahap kebimbangan SCAT

Kumpulan Pra latihan
(balingan) dan
SCAT (tahap )
Pos latihan
(balingan) dan
SCAT (tahap)
Peratus
perubahan (%)
A 6.5 +0.7 ; 3 10.0 + 1.4 ; 2 53.6
B 10.5 +0.7 ; 3 15.0 + 1.5 ; 2 42.8
C 7.0 + 0.3 ; 3 9.0 + 0.2 ; 2 28.6


Merujuk kepada jadual 2, tiada terdapat perbezaan signifikan
jumlah balingan yang tepat dan uijan tahap kebimbangan skor
Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permainan Boling Padang 131
132 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SCAT untuk pra dan pos latihan. Perbezaan yang signifikan juga
tidak terdapat di antara kumpulan A, B dan C bagi ujian pra dan
pos jumlah balingan dan skor SCAT (p>0.05).
Walaubagaimana pun, peningkatan dari aspek min skor
balingan meningkat bagi ketiga-tiga kumpulan iaitu kumpulan A
sebanyak 53.6 %, kumpulan B sebanyak 42.8 %. Dan kumpulan C
meningkat dengan kadar yang lebih rendah.
Skor ujian kualitatif yang menguji tahap kebimbangan
dengan menggunakan soal selidik SCAT menunjukkan perubahan
daripada tahap kebimbangan yang tinggi, iaitu 3 sebelum subjek
menjalani latihan (ujian pra) kepada tahap kebimbangan 2,
sederhana selepas menjalani latihan selama 6 minggu.


KESIMPULAN DAN CADANGAN


Analisa ujian anova pada tahap p >0.05 telah mendapati tiada
perubahan yang signifikan samada perubahan skor balingan yang
tepat dengan jack di antara ujian pra dan pos, dan di antara ketiga-
tiga kumpulan A, B dan C. Kemungkinan ini berlaku kerana
persampelan yang kecil dan homogonous. J umlah atau bilangan
sampel kajian yang rendah adalah disebabkan oleh faktor jumlah
pemain dalam sukan ini. Dalam sesuatu kejohanan setiap pasukan
hanya perlu menghantar tujuh orang atlet sahaja bagi pasukan
wanita. Dan memandangkan permainan ini masih baru berbanding
permainan padang yang lain, sukar untuk penyelidik mendapatkan
bilangan subjek yang lebih ramai dan lebih heterogenous
contohnya dari aspek pengalaman dan kemahiran.
Antara sebab lain ialah jumlah kekerapan balingan yang
masuk ke dalam kawasan yang ditandakan (jejari 20, 40 dan 60
cm) tidak banyak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh J udson
(2003), ia menjelaskan bahawa konsistensi dalam permainan
boling padang ini dapat dibentuk apabila seseorang atlet dapat
membuat balingan yang tepat secara berturut-turut. Subjek dalam
kajian ini telah diberi 40 kali cubaan atau ulangan membaling bowl
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 133

atau bola kepada jack, tetapi mereka hanya berjaya membuat lebih
kurang 6 15 kali balingan sahaja yang memasuki kawasan
lingkaran <60 cm dekat kepada jack. Berkemungkinan jika subjek
kajian mempunyai kemahiran yang lebih tinggi, dapatan yang
signifikan boleh diperolehi selepas diberi latihan tambahan selama
enam minggu, atau pun jangka masa yang lebih panjang boleh
memberi kesempatan untuk subjek menigkatkan kemahiran
spesifik kepada tatacara balingan jauh >30 m.
Selain itu, atlet juga perlu meningkatkan ketepatan dan
mengurangkan kesalahan teknik balingan. Namun, daripada
dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan subjek kajian tidak
dapat melakukan balingan yang tepat secara berturutan. Dengan
ini, konsistensi dalam balingan jauh tidak dapat dikuasai oleh
subjek semasa sesi pengujian dijalankan.
Walaubagaimana pun, hasil kajian menunjukkan tahap
kebimbangan boleh dikurangkan apabila mereka menjalani latihan
intensif berpusat dan berulang. Menerusi pelbagai latihan fizikal
(bebanan) dan spesifik (ulangan >40 kali balingan jarak jauh >30
m) pemain lebih yakin untuk mencuba. Dalam masa enam minggu
atlet telah berjaya meningkatkan skor iaitu jumlah balingan yang
lebih tepat kepada jack. Latihan yang dilakukan adalah secara
berulang kali walaupun kumpulan kawalan yang hanya mengikuti
program latihan yang disediakan oleh jurulatih juga menunjukkan
peningkatan dalam aspek balingan yang tepat. Kepentingan
latihan secara berjadual mengikut rutin dibuktikan oleh Singer
(2000), menjelaskan bahawa mempraktiskan sesuatu kemahiran
sukan secara berulang kali merupakan suatu usaha dalam
membentuk teknik yang konsisten.
J ika latihan psikologi seperti visualisasi atau mental
imageri, teknik pernafasan yang betul dan lain-lain dapat diberikan
kepada atlet kemungkinan skor tahap kebimbangan boleh
dikurangkan lagi serta kadar balingan yang tepat kepada jack dapat
ditingkatkan.
Menurut Mohd Salleh Aman (2005), latihan mental dalam sukan
adalah prinsip psikologi sains yang diaplikasikan kedalam sukan
untuk membantu atlet mencapai tahap sebenar mereka. Latihan
Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permanian Boling Padang
134 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

mental terdiri daripada keyakinan diri, motivasi, kata kendiri,


konsentrasi, visualisasi dan imageri. Melalui pengawalan emosi
yang positif dapat melahirkan dalam diri seseorang dan seterusnya
membantu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tenang.
Salah satu faktor yang memainkan peranan penting dalam
pengujian ini adalah dari aspek jarak. Keadaan yang konsisten
sukar dibentuk mungkin disebabkan oleh faktor jarak >30 m .
Sepatutnya, seseorang atlet perlu menganggap bahawa aspek jarak
tidak menjadi penghalang untuk membuat balingan dalam keadaan
yang konsisten. Ia berbeza dari dapatan Viitasalo et al. (2001),
yang dilaporkan oleh Edwards, Lindsay dan Waterhouse (2005).
Kajian ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam
aspek konsisten bagi balingan jarak dekat dan jarak jauh.
Faktor keletihan (fatigue) juga merupakan salah satu faktor
yang akan mempengaruhi ketepatan balingan dan konsisten.
Carrier dan Monk (2000), dalam kajian Edwards, Lindsay dan
Waterhouse (2005), menyatakan apabila kita melakukan sesuatu
aktiviti dalam jangka masa panjang cecair dalam badan akan
kurang dan seterusnya badan akan menjadi letih. Dari itu tumpuan
semasa latihan dan pertandingan perlu diberikan kepada hidrasi
dan pemakanan yang seimbang kerana ia dapat membantu atlet
melambatkan keletihan. Selain itu, ketepatan juga membabitkan
fungsi sistem saraf dalam badan serta kekuatan otot (Monk 2000),
latihan bebanan berintensiti rendah untuk meningkatkan kekeuatan
tubuh secara keseluruhan semestinya dimasukkan dalam program
latihan atlet boling padang.


RUJUKAN


Ahmad Sarji (2005). Lawn Bowls In Malaysia. Pelanduk
Publication
Cheng Tyen Yee (2006). Perkaitan Di antara BMI dengan
Pencapaian Prestasi Pemanah di Malaysia. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Adaptasi Latihan dan Kecederaan 135

Edwards, B.J ., Lindsay, K., Waterhouse, J ., (2005). Effect of Time


of Day on The Accuracy and Consistency of The
Badminton Serve. Taylor & Francis Group. 48 (11-
14):1488-1498.
Grassi, G.P., Santini, T., Lovecchio, N., Turci, M., Ferrario, V.F.,
and Sforza, C., (2005). Spatiotemporal Consistency of
Trajectories in Gymnastics: A Three- Dimensional Analysis
of Flic-Flac. J ournal of Sports Science and Medicine. 26
(4): 134-138.
Hagtvet, K.A and Hanin, Y.L. (2007). Consistency of
Performance-related Emotion in Elite Athletes:
Generalizability Theory Applied to The IZOF Model.
Science Direct Psychology of Sports and Exercise. 8 (1):
47-72.
Hume, Patria, A. , Keogh, J ustin, Read, Duncan (2005). The Role
of Biomechanics in Maximising Distance and Accuracy of
Golf Shoots. J ournal of Sports Science. 35 (5):429-449.
J ackson and Robin C (2003). Pre-performance Routine
Consistency: Temporal Analysis of Goal Kicking in The
Rugby Union World Cup. J ournal of Sports Science. 29
(5):536-550.
J udson, R. (2003).Lawn Bowls Coaching. ebook-3rd.ed.pdf.
http//www.bowlers.com
Mohammed, M. N. (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan
Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala
Lumpur, DBP.
Mohd Salleh Aman (2005). Sukan Dalam Masyarakat Malaysia.
Penerbit Universiti Malaya.
Salter, B., and Bliss, J ., (1997). The A To Zen of Lawn Bowls.
IRONBARK.
Silk A.J ., Hammond, J ., and Weatherby, R.P, (2006). Resting
Toucher: A Time and Motion Analysis of Elite Lawn
Bowls. J ournal of Sports Science and Medicine. (2006)
5,:582-589.
Singer, R.N. (2000). Performance and human factors:
considerations about cognition and attention for self-paced
Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permaian Boling Padang
136 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

and externally-paced events. Ergonomics. 43,:1661-1680.






INDEKS












Aerobik, 12, 54, 56, 57, 62,
76, 88, 89
Alpha, 114, 117, 122, 123,
125, 126
Anaerobic Fatigue, 59, 60
Anaerobik, 54, 55, 56, 60, 61,
62, 63, 64, 76, 88, 89, 90
Anthropometri, 1
Asid laktik, 42, 67, 68, 69,
71, 72, 74, 75, 76, 82, 86,
87, 88, 89, 90
Bangkit tubi, 28, 29, 30, 31,
32, 33, 34, 35, 36, 37, 38
Blister, 93, 94, 95, 96, 97, 99,
100, 103, 105
Crunches, 28, 29, 30, 31, 32,
33, 34, 35, 36, 37, 38
Curl-up, 28, 29, 30, 31, 32,
33, 34, 35, 36, 37, 38, 39
Diskriptif, 4
Eksplosif, 15, 16, 42, 55, 76
Fisiologi, 12, 42, 56, 77, 80,
90
Gelombang, 114, 124, 125
Glycolitic, 62
Intensiti, 12, 42, 50, 56, 57,
62, 66, 67, 69, 73, 75, 76,
77, 81, 82, 83, 84, 85, 86,
88, 89, 90, 129
Kadar nadi, 42, 43, 44, 45,
46, 47, 48, 49, 50, 51, 52,
67, 68, 70, 71, 72, 73, 75,
76, 81, 82, 83, 84, 85, 86,
88, 90
Komposisi, 1, 12, 63

Adaptasi Latihan dan Kecederaan 137

Kuasa, 15, 16, 26, 56, 65,


140, 149
Lilitan, 2, 3, 5, 7, 11
Otot, 1, 2, 3, 10, 11, 12, 15,
16, 18, 21, 22, 23, 25, 28,
29, 30, 31, 32, 35, 36, 37,
38, 39, 54, 55, 56, 80, 102,
106, 107, 108, 137
Pecutan, 16, 41, 55, 56, 81
Perceived Scale, 94
Pliometrik, 16, 17, 18, 21, 22,
23, 24, 25
Prestasi, 1, 2, 3, 4, 9, 10, 11,
12, 15, 16, 28, 80, 93, 100,
102, 107, 108, 110, 112,
129, 130
Rectus abdominis, 28, 29, 30,
31, 32, 36, 37, 38, 39
Sel-sel otak, 114
Simulasi, 43, 44, 45, 48, 52,
67, 68, 69, 82, 84, 85, 86,
87, 88, 89, 90, 115, 116,
117, 121, 122, 123, 124,
125, 126
Skinfold, 10, 12
Statistik, 43, 50, 69, 73, 74,
87, 126, 134
Sudoku, 115, 116, 117, 120,
121, 122, 123, 124, 126
Taktikal, 50, 76, 77
Ujian Wingate, 55, 57

You might also like