You are on page 1of 2

LAPORAN PETRA

PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG NAIK


Bagi memeriahkan PETRA kami kumpulan PISM PSV telah diamanahkan untuk
menguruskan pertangdingan layang-layang.Jesteru itu bagi memudahkan kerja
pengurusan ketua AJK PETRA kelas kami iaitu saudara Afiq Razak telah
membahagikan kelas kami kepada beberapa kumpulan.Antara kumpulan yang telah
terbentuk adalah,kumpulan bengkel,pertandingn layang-layang cantik dan pertandingan
layang-layang naik.Say Mohd Syafiq Fauzan,bersama sama dengan Huda Wahab dan
Haryani Muharam telah diletakkan kedalam kumpulan yang akan menguruskan serta
mengadili pertandingan laying-layang naik
Sebelum bermulanya kejohanan kumpulan kami telah mengadakan perbincangan
bagi menyenaraikan bahan-bahan serta alatan yang diperlukan oleh kumpulan kami
sepanjang menjayakan pertandingan ini.Selain itu,kumpulan kami juga turut berbincang
mengenai borang permarkahan serta aspek permarkahan yang akan kami nilai pada
hari pertandingan nanti.Antara permasalahan yang kami hadapi ketika ini adalah bagi
mendapatkan kertas layang-layang yang asli untuk memudahkan layang-layang
dinaikkan.Setelah puas mencari di serata ceruk Bandar Metropolitan Kuala
Lumpur,kertas yang dicari-cari tidak jua berada di depan mata.Jesteru itu,kami telah
menempah khas kertas tersebut dari negeri tempat asalnya layang-layang iaitu negeri
Kelantan Darul Naim menerusi bantuan daripada rakan sekelas kami yang berasal dari
negeri yang sama.
Semasa pertandingan berlangsung masalah yang paling kami takuti telah
melanda kami iatu pada hari tersebut cuaca agak mendung sehinggalah tepat pada
masa yang dinantikan beberapa minit sebelum acara berlangsung hujan telah turun
dengan lebatnya.Hal ini telah menyebabkan pertandingan ini telah ditangguhkan kepada
beberapa waktu.Namun begitu berkat kesabaran semua pihak, acara yang dianantikan
akhirnya berjya juga dilaksanakan dengan penuh gemilang setelah hujan mulai
reda.Dari aspek penyertaan pulam,sambutan daripada setiap peserta yang telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan amatlah menggalakkan dan diluar
jangkaan.Kesungguhan serta komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh setiap
kumpulan sungguh mengujakan kami serta menjanjikan cabaran kepada kami sebagai
juri untuk memberi markah yang setimpal kepada setiap kumpulan.
Selepas tamatnya permainan,masa yang paling mendebarkan kepada setiap
kumpulan yang mengambil bahagian sudah tentu ketika majlis penyampaian hadiah
terutamanya pada saat ketika pengurusi majis menyebut nama pemenang.Akhirnya
pemenang bagi kategori layang-layang naik telah telah dimanangi oleh kumpulan Haris
Hambali dari kelas KSB.Keputusan yang diumumkan telah diterima dengan penuh
terbuka oleh peserta yang lain.Hal ini kerana sepanjang pertandingan berlangsung
semua peserta boleh melihat betapa kumpulan tersebut begitu mendahului kumpulan
yang lain dalam kategori ini.
Sebagai rumusanya boleh saya nyatakan di sini,walaupun pertandingan yang
dilaksanakan dapat diuruskan dengan lancar walaupun terdapat sedikit halangan yang
tak dapat untuk dielakkan.Namu bagitu masih terdapat bnayak kelemahan yang kami
harus perbaiki pada masa akan datang.Hal ini boleh dilihat pada aspek publisisti serta
pengurusan masa setiap peserta.Akhir kalam daripada saya,setiap yang baik itu
datangnya daripada Allah manakala setiap yang buruk itu juga datangnya daripada
Allah di atas kelemahan diri kami sndiri yang lemah serta masih belajar.

DI LAPORKAN OLEH,
Mohd Syafiq Fauzan bin Mohd Razali,
(Ketua AJK Pertandingan Layang-layang Naik)

You might also like