You are on page 1of 24

Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia

Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

1.0. PENGENALAN

Pada 31 Ogos 2009 yang lalu genaplah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah
dijajah oleh kuasa-kuasa penjajah silih berganti sejak 1511.  Dalam tempoh itu penjajah
British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usaha untuk membebaskan
Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila
Kesatuan Melayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas
Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah
memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-
MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah
Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-
wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18
Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan
kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan
persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan
Tanah Melayu Merdeka.
Seorang ahli politik terkemuka Robert A. Dahl menyatakan sistem politik di
sesebuah negara yang berubah mejadi kompleks menuntut perlembagaan untuk
memainkan peranan politiknya iaitu dengan mengariskan corak pentadbiran dan
pembahagian kuasa untuk memudahkan pemerintahan. James Bryce berpendapat
perlembagaan mampu menjadi aras tanda kepada satu adat perjalanan kehidupan negara
yang akan melibatkan keputusan undang-undang yang kompleks dan dibina menurut
kesesuaian sistem pemerintahan sesebuah komuniti. Perlembagaan merupakan dokumen
yang menggariskan prinsip pembahagian kuasa. Oleh itu, rakyat perlu mempunyai
pengetahuan yang sepatutnya berkenaan Perlembagaan supaya Perlembagaan tidak hanya
menjadi milik eksklusif para golongan undang-undang seperti hakim dan peguam. Rakyat
perlu tahu akan hak asasi mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan. Ketiadaan
pengetahuan mengenai Perlembagaan Malaysia ini akan menyebabkan kita kehilangan

m/s: 1
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

hak lantaran terdapatnya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan


membelakangkan konsep ketertinggian perlembagaan itu sendiri.
Sehubungan itu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain
bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.  Untuk
tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis
Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. 

2.0 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang
getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British
kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti
dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah dalam Majlis berpandukan kepada
Arahan Diraja (Royal Decree) bertarikh 23 Mac 1946. Kemenangan Parti Perikatan
dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan
Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah
suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah
Melayu (PTM). Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini
dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat
sebelah. Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah
Melayu, baik dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah
Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan
perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos
1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat
dan merdeka.

m/s: 2
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Maka pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United


Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian
Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu
dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini
dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta
Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas
kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan
Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963.

3.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN

Menurut D.Robertson (1993), ”perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan
rosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan
antara autoriti awam dengan rakyat. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap
negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik
negara”. Abdul Aziz Bari (2008:xiii) menyatakan, ”secara umumnya perlembagaan
adalah bersifat membatas dan mengawal kuasa, dan dengan itu ia selalu tidak disenangi
oleh penguasa yang rata-rata mahukan kuasa yang luas dan meluas dan kalau pun tidak
mutlak. Selaras dengan kehendak dan falsafah perlembagaan itu sendiri; yakni
membataskan kuasa supaya hak dan kebebasan rakyat terpelihara.” Sementara itu,
K.Ramanathan (1989) mendefinasikan Perlembagaan sebagai “prinsip-prinsip asas yang
mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu
akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan,
menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem
pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis
Piagam Perjanjian”.

m/s: 3
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas


kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey 1 menyatakan bahawa
perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat
politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti
politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini
menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.
Dengan kata lain Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah
negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang
memerinth dengan licin dan saksama. Perlembagaan adalah undang-undang dasar yang
menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan, serta merupakan peraturan yang
menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian
kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-
undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi
menggubal undang-undang yang lain. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada
16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian dan
13 jadual. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah
Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan
Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

1
A.V.Dicey (1835-1922) was an English jurist, Vinnerian Proffesor of English Law at Oxford University, and author of, among other
works, The Law of Constitution.

m/s: 4
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

4.0 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Menurut Mohamad Salleh Abas2 (1987) Sejarah Perlembagaan Malaysia, ada


menerangkan bahawa sejarah Perlembagaan Malaysia berasal sejak Tanah Melayu
berlindung di bawah naungan kerjaan Inggeris pada akhir abad ke -19. Menjelang tahun
1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan pahang yang dkenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 10 September
1899, Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan
sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.  
Selepas Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali, mereka merancang untuk
memperkenalkan malah meluluskan penubuhan Malayan Union pada 10 Oktober 1945 di
mana Sir Harold Mac Micheal3 dilantik wakil Inggeris untuk mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu. Perlembagaan Malayan Union ialah menukar taraf negeri-negeri
Melayu daripada negeri-negeri yang bernaung kepada tanah jajahan British. Menerusi
Malayan Union, Kerajaan British telah menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu.
Negara Kita (1983:47). Perkara ini telah mendapat tentangan hebat dari kaum orang
Melayu pada masa itu.   Namun, Malayan Union telah ditentang habis-habisan oleh orang
Melayu kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu
terutama kuasa raja- raja.
          Maka, penentangan yang hebat telah berlaku pada masa itu, pada januari 1946, di
Alor Star, dianggarkan seramai 50,000 orang Melayu telah mengadakan demonstrasi
membantah penubuhan tersebut. Pada tanggal 10 Februari 1946, di Johor, dianggar
seramai 150,000 orang telah mengadakan demonstrasi. Namun, pada 11 April 1946,
British cuba mengisytiharkan Malayan Union dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
pertama Malayan Union. Pengisytiharan itu telah dipulaukan oleh orang Melayu dan
mahukan Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya

2
Tun Haji Mohamed Salleh bin Abas (lahir 1929) adalah bekas Ketua Hakim Negara Malaysia. Beliau dipecat daripada jawatannya
pada tahun 1988 dan menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan di Malaysia. Tindakan pemecatan ini dikutuk oleh secara meluas
di peringkat antarabangsa. Peristiwa pemecata tersebut juga dianggap telah menurunkan tahap kebebasan badan kehakiman di
Malaysia kerana campurtangan eksekutif.
3
Sir Harold Mac Micheal ialah

m/s: 5
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, Malayan Union akan gagal. Tidak
berapa lama selepas Malayan Union mendapat tentangan, pada 1 April 1946, satu
Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan yang terdiri dari pegawai-pegawai British dan
UMNO untuk merundingkan rangka pelan baru pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu. Deborah A.Johnson dan Anthony Milner (2005:83).
          Akhirnya Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dipersetujui dan
berjalan dengan beberapa pengubahsuaian sehinggalah Tanah Melayu mencapai
Kemerdekaan pada tahun 1957. Setelah British melihat kemenangan Parti PERIKATAN
pada Pilihanraya umum pada 1955, telah menjadi bukti bahawa orang Melayu dan bukan
Melayu boleh bekerjasama di dalam membentuk dan mentadbir sebuah negara. Maka
British telah menawarkan kemerdekaan andainya semua rakyat di negara ini bersatu padu
dan mampu bekerjasama.
         Pada 2 Januari 1956, 'Rombongan Kemerdekaan' pimpinan Tunku yang mewakili
Perikatan yang terdiri daripada Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan
satu pihak lagi mewakili Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri
Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan
Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri
Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya
dengan kapal terbang ke London. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari
sehinggalah 8 Febuari 1956 iaitu telah mengambil masa selama 3 minggu.  Hasilnya pada
8 Febuari 1956, termetrailah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian London. Antara
kandungan perjanjian tersebut ialah:
i. British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
ii. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
iii. British mendapat hak menempatkan askarnya di Tanah Melayu.
iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
iaitu Suruhanjaya Reid.
v. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantikan dengan
Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dipegang oleh rakyat tempatan.

m/s: 6
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

5.0 PENUBUHAN SURUHANJAYA REID

Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja
Melayu, telah mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji
bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalam Komenwel yang
mengandungi lima orang anggota seperti berikut:
 
1. Lord Reid (British)
2. Sir Ivor Jennings (British)
3. Sir Williamn Mckell (Australia)
4. B. Malik (India)
5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang


hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Tanggungjawab Suruhanjaya ini
adalah untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan demokrasi
berparlimen, mengadakan mesyuarat dwidewan dan mempunyai kerajaan Persekutuan
yang kuat. Suruhanjaya juga hendaklah menjamin kedudukan dan darjat Raja-raja
Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing-masing, mengadakan suatu rupa
bangsa yang sama bagi seluruh Persekutuan, dan seorang ketua negara bagi seluruh
negara. Suruhanjaya juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-
hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Dengan bidang tugas yang sedemikian, Suruhanjaya
Reid mula menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pandangan bagi menggubal
perlembagaan bagi Tanah melayu. Suruhanjaya telah memulakan kerjanya pada akhir
bulan Jun 1956.
Justeru itu, Setiausaha Agung UMNO, Senu Abdul Rahman dalam surat
pekelilingnya kepada Setiausaha-setiausaha Bahagian UMNO dan Pertubuhan-
pertubuhan bergabung, telah meminta UMNO Negeri mengemukakan pandangan atau

m/s: 7
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

cadangan kepada ibu pejabat sebelum akhir bulan Mei 1956 mengenai cadangan
perlembagaan. Beliau juga mengingatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan
juga ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh atau terlatah apabila terpandang atau
terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Nasihat Setiausaha Agung itu ada asasnya.
Pada ketika itu pemimpin-pemimpin masyarakat Cina kelahiran negara China  telah
menuntut supaya orang-orang yang asalnya pedagang dan asing diberikan hak
sepenuhnya dalam negara ini dengan tidak diberikan kelebihan atau keutamaan kepada
bangsa Melayu sahaja.  Mereka menuntut supaya dasar jus soli  diterima sebagai syarat
kerakyatan Persekutuan. Kumpulan ini berpendapat bahawa undang-undang kerakyatan
yang sedia ada 'tidak realistik' dan bersifat 'diskriminasi'.   
Sementara itu, pada 9 April 1956, Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden
UMNO, telah dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk mempengerusi Jawatan
kuasa Siasah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbang memorandum-
memorandum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa
Siasah telah menerima pelbagai cadangan. Tetapi isu yang paling hangat dibicarakan
ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan bahasa. Jawatankuasa
Perhubungan UMNO Negeri Johor, umpamanya, mendesak UMNO menolak pemberian
kerakyatan kepada kaum asing berasaskan prinsip jus soli.  Pada pandangan UMNO
Johor, 'dengan memakai dasar jus soli dalam Tanah Melayu Merdeka kelak akan
membangkitkan kesusahan dan kerumitan antara Kerajaan Tanah Melayu Merdeka
dengan kerajaan lain dalam menentukan kerakyatan seseorang itu dengan sebab kerajaan
lain umpamanya kerajaan China, menurut undang-undang kerajaannya telah ditetapkan
seorang Cina mestilah jadi rakyat Negara China walau dimana mereka diperanakan'. 4 
UMNO juga mendesak supaya tuntutan kaum bukan Melayu yang menuntut supaya
bahasa Mandarin  dijadikan sebagai bahasa rasmi ditolak.
Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi meneliti serta
menimbang syor-syor perlembagaan daripada bahagian dan cawangan UMNO di seluruh
negara. Mana-mana cadangan yang dianggap 'melampau' seperti mengisytiharkan Tanah
Melayu sebagai negeri milik orang Melayu sahaja, telah ditolak. Mengenai jus soli,
Jawatankuasa Siasah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak prinsip itu

4
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor - UMNO Negeri, 17 April 1957.

m/s: 8
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

dan hanya menerima pakai prinsip itu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima cadangan Jawatankuasa Siasah dan
disahkan dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 19 Ogos 1956. Razak
kemudiannya telah diminta mengemukakan memorandum cadangan Perlembagaan
UMNO kepada Majlis Perikatan Perikatan untuk ditimbang dan diselaraskan sebelum
dipanjang kepada Suruhanjaya Bebas. Majlis ini juga dipengerusikan oleh Razak.

6.0 BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

Majlis Kebangsaan Perikatan telah menimbang memorandum dari UMNO, MCA dan
MIC. Dalam deliberasinya, Majlis Kebangsaan Perikatan mencadangkan Perlembagaan
mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera di negeri ini berasaskan sejarah dan
perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British. Justeru, Yang Di Pertuan
Besar telah diberi tanggungjawab untuk menjaga kepentingan istimewa orang Melayu.
Sehubung dengan itu, Perlembagaan hendaklah mempunyai kuasa untuk
memperuntukkan kepada orang-orang Melayu 'a reasonable proportion of lands, posts in
the public service, permits to engage in business or trade, where such permits are
restricted and controlled by law, Government scholarships and such similar privileges
accorded by the Government'.5 Sungguhpun demikian, 'Constitution should also provide
that any exercise of such powers should not in any way infringe the legitimate interests of
the other communities or adversely affect or diminish the rights and opportunities at
present enjoyed by them'.6
Sehubung dengan soal kerakyatan dan kaedah memperolehinya, ahli-ahli
komponen Perikatan berbeza pendapat. UMNO menolak cadangan memberikan
kerakyatan berasaskan prinsip jus soli seperti yang dicadang oleh MCA dan MIC
sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sungguhpun begitu, sebagai kompromi UMNO

5
Lihat memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid, 27 September 1956 dlm. Penyata Mesyuarat Agung UMNO Tahun
1955/56.
6
Ibid.

m/s: 9
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

bersetuju supaya 'perlembagaan itu mengadakan syarat iaitu mereka yang dilahirkan di
Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan itu patutlah menjadi
warganegara Tanah Melayu'. Kelonggaran yang dicadangkan oleh UMNO adalah seperti
berikut:
Bagi kategori yang dilahirkan di negara ini sebelum merdeka, mereka berhak
untuk mendaftar menjadi rakyat  dalam tempoh setahun dengan syarat :
(1)    dilahirkan disini dan telah berumur 18 tahun ataupun lebih;
(2)    berkelakuan baik;
(3)    Mengangkat sumpah taat setia kepada negara ini ;
(4)    Mengisytihar untuk tinggal di negara ini secara berkekalan;
(5)    Telah tinggal di negara ini lebih daripada 5 daripada 7 tahun     daripada
tarikh permohonan;
(6)    Mempunyai kebolehan bahasa Melayu mudah.

Bagi kategori yang tidak dilahirkan di negara ini, mereka layak untuk memohon
kerakyatan dalam tempoh setahun dengan syarat yang sama kecuali dari segi tempoh
maustautin, iaitu mereka perlu tinggal dinegara ini lebih daripada 8 tahun daripada 12
tahun pada ketika membuat prermohonan. Pihak MCA dan MIC bersetuju dengan
syarat-syarat tersebut tetapi masih mendesak supaya kelonggaran itu diberikan untuk
tempoh dua tahun dan bukan setahun seperti yang dicadangkan oleh UMNO.
Majlis Kebangsaan Perikatan juga bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa  kebangsaan dan rasmi negara dengan syarat cadangan itu
tidak menjejaskan dasar Perikatan untuk memupuk dan mempertahankan penggunaan
bahasa lain dalam sistem pendidikan negara. Sungguhpun begitu mereka berbeza
pendapat tentang tempoh maksimum yang harus dibenarkan kepada penggunaan bahasa
asing dalam urusan kerajaan. UMNO bersetuju untuk membenarkan bahasa  Inggeris
dalam urusan kerajaan hanya untuk tempoh  10  sahaja manakala MCA dan MIC pula
mencadangkan supaya bahasa Inggeris, Kuo-Yu dan Tamil dipakai dalam urusan Dewan
sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun sehingga Majlis berpendapat
penggunaannya  tidak lagi diperlukan.

m/s: 10
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Secara amnya, UMNO dan MCA bersependapat dalam banyak perkara, seperti
hak istimewa orang Melayu, tetapi mereka berbeza pendapat tentang dasar jus soli dan
bahasa. Oleh kerana itu, UMNO dan MCA dan MIC ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.
Sikap kompromi Majlis Tertinggi UMNO berhubung dengan ‘syarat-syarat untuk masa
peralihan’ telah mencetuskan kontroversi dalam UMNO. Syed Jaafar Albar, Setiausaha
Penerangan UMNO telah melepaskan jawatannya kerana tidak berpuashati dengan
keputusan itu. Oleh kerana kontroversi itu juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan
UMNO Mohd. Khir bin Johari telah melarang ketua-ketua Penerangan di semua
peringkat mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara bertulis ataupun secara
lisan kepada akhbar untuk mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

7.0 BERSEMUKA DENGAN SURUHANJAYA REID

Dalam memorandum yang dinamakan sebagai ‘Testament “Amanah” Politik Perikatan’,


yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid pada 25 September 1956,  Tunku
menjelaskan bahawa memorandum itu bukan dokumen legal tetapi hanya mengutarakan
beberapa perkara yang difikirkan patut terkandung dalam Perlembagaan Tanah Melayu
yang merdeka dan berdaulat. Pada 27 September 1956 Perikatan telah dipanggil oleh
Suruhanjaya Reid untuk ‘hearing’ di Dewan Majlis Ekskutif di Jalan Maxwell, Kuala 
Lumpur pada jam 10.00 pagi.  Perikatan telah diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Dato
Abdul Razak, V.T. Sambantham, Mohamed Khir Johari, Yong Pung How, Ng Ek Teong,
K.Ramanathan dan Senu Abdul Rahman.
Dalam pertemuan itu, Razak, selaku pengerusi Jawatankuasa Siasah UMNO dan
merangkap Pengerusi Majlis Kebangsaan Perikatan, telah menjadi jurucakap bagi
Perikatan.  Antara aspek  terpenting dalam perbincangan itu ialah soal kedudukan
istimewa orang Melayu, bahasa dan kerakyatan. Sehubungan dengan kedudukan
istimewa orang Melayu, Razak memaklum kepada Suruhanjaya hasrat Perikatan untuk
menambah proviso kepada memorandum bagi membolehkan kedudukan itu dinilai
selepas15 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaaan. Yang diPertuan Besar
mempunyai tanggungjawab perlembagaan dan bukan personal terhadap kedudukan

m/s: 11
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

istimewa orang Melayu. Raja-raja Melayu di negeri juga mempunyai tanggungjawab


sedemikian. Razak menjelaskan bahawa kedudukan keistimewaan orang Melayu itu
adalah terhad kepada bidang perniagaan dan perdagangan kerana orang-orang Melayu
masih ketinggalan dalam bidang tersebut. Dalam memperuntukan kedudukan
keistimewaan itu, hak bukan Melayu akan tetap terpelihara. “We do not  want to reduce
the legitimate interests of the others. What we have in mind is not to give Malay special
rights by taking away the legitimate rights of other people. In certain cases it should be
increased - in business or trade the Malays have very few permits, and they should be
given more, but by giving more we should not take away from what the non-Malays now
have. That is the idea”.7
Tunku turut memberi jaminan kepada Suruhanjaya bahawa “it will be the duty of
this Government to see that no undue hardship should be suffered by any particular
people who are citizens of this country'. Justeru itu, tegas Tunku, 'when we talk of Malay
rights here, it is no more than to say what is being done in the Federation alone. We do
not actually refer to the States”.8
Berhubung dengan soal bahasa, Lord Reid membangkit tentang penggunaan
bahasa Kuo-Yu dan Tamil dalam Majlis Mesyuarat. Menjelas soal ini, Tunku
menyatakan bahawa UMNO berpandangan bahawa seseorang yang bercadang hendak
menjadi wakil di Dewan mestilah mampu bertutur dalam bahasa rasmi, tetapi MCA
berpandangan bahawa tidak semua wakil mempunyai kemampuan untuk bertutur dalam
bahasa rasmi melainkan dalam bahasa yang mereka mahir. Sehubung ini, Ng Aik Teong,
wakil MCA, menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Kuo-Yu atau Tamil hanya berupa
‘a temporary privilege’, iaitu untuk tempoh 10 tahun sahaja, dan juga atas kesedaran
bahawa syarat-syarat memperolehi kerakyatan istimewa dibuat tanpa perlu melalui
peperiksaan bahasa. Dan sekiranya mereka ini diberi hak mengundi tetapi dalam masa
yang sama mengenakan syarat bahasa pasti sebahagian besar orang Cina tidak
mempunyai kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.
Lord Reid nampaknya tidak dapat menerima hujah tersebut kerana mereka masih
berpeluang untuk mempelajari bahasa rasmi berkenaaan. ‘The Chinese are pretty able

7
Minit 'Hearings' Perikatan-Suruhanjaya Reid di Dewan Majlis Ekskutif, Kuala Lumpur, 27 September 1957. CO 889/4.
8
Ibid

m/s: 12
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

people; they could do that pretty easily’. Sehubung dengan ini, Tunku mencelah bahawa
sekiranya keputusan telah dibuat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan maka semua pihak mesti berusaha untuk menjayakannya. Lagipun, Undang-
Undang Piliharaya menegaskan bahawa seseorang itu mestilah boleh bercakap salah satu
daripada bahasa rasmi untuk melayakkan diri sebagai calon.

8.0 PENYATA REID DAN DERAF PERLEMBAGAAN

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyiarkan penyataannya mengenai
Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Dengan terbitnya Penyata tersebut, maka sekali
lagi suasana politik dalam negeri telah menjadi keruh. Ahli-ahli UMNO pada umumnya
menganggap Penyata Reid itu 'terkeluar daripada cadangan UMNO dan Perikatan'. Pada
pandangan ahli-ahli UMNO sekiranya cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid itu
diterima sepenuhnya nescaya orang Melayu akan menerima bencana besar. Seorang ahli
UMNO mengeluh:
“Banyak syor-syor dan tuntutan-tuntutan daripada orang-orang dan pertubuhan-
pertubuhan Melayu yang telah dimajukan kepada Suruhanjaya itu yang bercorak
mempertahankan hak-hak Melayu itu nampaknya dikecualikan penyata tersebut,
sebaliknya tuntutan orang-orang dan petubuhan-pertubuhan daripada bangsa yang bukan
Melayu yang telah menuntut persamaan hak dengan orang-orang Melayu itu telah
mendapat layanan dalam penyata itu.”9
Bagi menjamin keselamatan orang Melayu selepas merdeka, UMNO negeri Johor
mencadangkan agar Majlis Teringgi UMNO memasukkan dalam Perlembagaan bahawa
Perdana Menteri mestilah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Perasaan
tidak puashati ahli UMNO terhadap Penyata Reid telah diluah dalam Perhimpunan Khas
UMNO pada 28 Mac 1957. Sekali lagi Tunku terpaksa membuat kenyataan bagi
meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa syor Perlembagaan itu hanyalah cadangan jua dan
akan disemak serta dipinda supaya bersesuaian dengan kehendak rakyat negeri ini
khasnya orang Melayu.  Malah beliau memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan

9
Setia bin Abu Bakar - DYMM Raja-raja Melayu, 3 April 1957.

m/s: 13
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

berganjak daripada tuntutan-tuntutannya yang asal. Jaminan itu perlu kerana Parti
pembangkang Melayu khususnya Parti Negara dan PAS telah menggunakan penyata dan
syor perlembagaan Reid untuk menumbangkan UMNO dengan jalan mempengaruhi
rakyat - rakyat Melayu kononnya orang-orang Melayu akan lenyap dan hapus dari bumi
Tanah Melayu jika syor Perlembagaan dalam Penyataan itu diterima.
Jawatankuasa Siasah UMNO telah  menyemak dan mengkaji segala fikiran dan
pendapat daripada ahli-ahli dan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO
sebelum kemudian di bawa ke dalam Jawatankuasa Sementara Politik Perikatan (Alliance
Ad Hoc Political Committee). Jawatan kuasa Sementara Politik Perikatan telah
mengadakan mesyuarat pertamanya pada 18 Mac 1957. Jawatankuasa ini dipengerusikan 
oleh  Abdul Razak. Beliau mengingatkan ahli Jawatankuasa bahawa cadangan Perikatan
adalah yang terbaik dan diterima oleh majoriti rakyat. Malangnya syor-syor yang
dikemukakan oleh Suruhanjaya telah menyimpang jauh daripada cadangan Perikatan.
Terdapat empat isu penting dalam memorandum tersebut iaitu: kerakyatan, bahasa,
agama dan hak keistimewaan orang Melayu. Perkara-perkara tersebut, pada pandangan
Razak, tidak seharusnya diputuskan oleh pakar-pakar asing tetapi hendaklah diputus dari
sudut politik. Seterusnya Razak memaklumkan kepada Majlis bahawa oleh kerana
Suruhanjaya Reid telah menyeleweng jauh daripada cadangan Perikatan terhadap
perkara-perkara penting itu, sesetengah ahli-ahli UMNO telah mengkritik dengan tajam
pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan tersebut telah meletakkan pemimpin-pemimpin
UMNO dalam kesulitan. Apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersetuju untuk menerima
cadangan Perikatan, mereka percaya bahawa  cadangan itu akan diterima oleh rakyat.
Justeru itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak merujuk soal itu kepada Persidangan
UMNO.
Tan Siew Sin memberi jaminan kepada Razak bahawa MCA akan berpegang
kepada keputusan asalnya. Kenyataan Tan Siew Sin itu disokong oleh Ramanathan, wakil
MIC. Melihat kepada sokongan padu itu, Razak  merumuskan bahawa UMNO, MCA dan
MIC sebulat suara menyokong cadangan asal Perikatan. Beliau juga mengingatkan
bahawa sehubung dengan perkara-perkara yang kontroversi, Jawatankuasa hendaklah
memikir apa yang sangat diterima oleh negeri secara keseluruhan dan bukan apa yang
ideal. Bagi mengelakkan ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya daripada

m/s: 14
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

terpengaruh dan terkeliru oleh dakyah-dakyah lawan, UMNO telah mengadakan


Perhimpinan Agung pada 28 Mac 1957 di Kuala Lumpur untuk menerangkan
perkembangan dalam rundingan Jawatankuasa Kerja dan pendirian UMNO terhadap
Penyata Reid.  Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan
berganjak daripada tuntutan UMNO. Cadangan Reid itu akan disemak serta dipinda
supaya bersesesuaian dengan kehendak rakyat.
Sementara itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah mengeluarkan peringatan
kepada semua ketua dan setiausaha Negeri dan Bahagian UMNO supaya tidak
mengeluarkan kenyataan secara persendirian dalam surat khabar atau mengadakan
mesyuarat-mesyuarat tergempar dan menerbitkan ketetapan yang keras berhubung
dengan penyata tersebut. Pada pandangan Majlis Kerja Tertinggi ‘perbuatan yang
terburu-buru akan mengelirukan dan memecahbelahkan ahli-ahli kita dan orang ramai
dan juga memberi peluang dan modal kepada parti-parti lawan kita’. 10 Majlis Tertinggi
juga menyeru ahli-ahli UMNO supaya memberikan sokongan yang tegap dan fikiran
serta pendapat yang sihat di dalam masa kita memperjuangkan kehendak-kehendak dan
tuntutan-tuntutan kita itu.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa kecil Politik Perikatan pada 3 April 1957, Razak
telah membentangkan keputusan mesyuarat Agung UMNO tentang Penyata Reid dan
memberi jaminan bahawa UMNO akan berpegang kepada Memorandum Perikatan.11
Jawatankuasa itu membincangkan pelbagai perkara yang masih belum selesai seperti soal
jawatan Gabenor, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Razak mencadangkan dua priviso
perlu dimasukkan dalam Fasal 8 yang mengsyaratkan pemegang jawatan itu mesti rakyat
negara ini. Berkaitan dengan itu juga, Razak menarik perhatian mesyuarat tentang
jawatan Menteri Besar. Mengikut perlembagaan yang sedia ada seseorang Menteri Besar
itu mestilah beragama Islam dan berbangsa Melayu. Melihat kepada jumlah dan
komposisi penduduk di sesetengah negeri, berkemungkinan besar pada masa hadapan
jawatan itu akan diisi oleh seorang yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama
Islam kiranya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.  Oleh kerana itu, Razak

10
Setiausaha Agung UMNO - UMNO Negeri, 17 April 1957.
11
Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 3 April 1957.

m/s: 15
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

berpendapat proviso mesti dimasukkan bagi membolehkan Raja menggunakan kuasanya


dalam perkara itu.
Jawatankuasa itu juga membincang tentang kedudukan istimewa orang Melayu.
Razak mendapati bahawa Fasal 153 yang dicadangkan oleh Penyata Reid menepati
kehendak Memorandum Perikatan. Razak menegaskan bahawa, “We have agreed to
give the Malays reasonable openings in the economic and commercial fields but, in
doing so, we should not cause hardship to or diminish the rights or opportunities or
interests of the other races”.12 Sehubung hal ini, Dr. Ismail meminta MCA dan MIC
menyokong tuntutan kedudukan istimewa orang Melayu dan Agama Islam bagi mengelak
parti-parti pembangkang Melayu daripada mengambil kesempatan untuk mencetuskan
kekeliruan di kalangan orang Melayu bahawa kaum bukan Melayu menentang pemberian
kedudukan istimewa tersebut. Sungguhpun bersetuju dengan provisi itu, Tan Siew Sin
mencadangkan supaya provisi itu dideraf dengan teliti bagi menjaminkan kedudukan
orang bukan Melayu tidak akan terjejas terutama sekali kiranya parti pembangkang
Melayu yang memerintah. Unless the provisions to be inserted in the constitution are
carefully drafted, they can be interpreted to the disadvantage of non-Malays by another
party in power, say under Onn or Burhanuddin or Boestaman. There would be nothing to
stop such  a party from saying that in future half of any trade or industry should be given
to Malays, and this could go on ad infinitum. There is a real fear among the non-
Malays.13
Menjawab kebimbangan Tan Siew Sin, Dr. Ismail mengingatkan  bahawa
Perikatan pada prinsipnya telah bersetuju bahawa orang-orang Melayu hanya diberikan
kuota dalam bidang yang terhad sahaja, seperti perniagaan. Tetapi, dalam bidang yang
tidak terhad, orang Melayu tidak perlu diberikan kuota. Tegas Dr. Ismail lagi, “that
existing licences should remain untouched, but in future licensing, the Malays should be
given a certain percentage”.14 Tambahnya lagi, “It is felt that here is one aspect of
business in which the Malays stand a reasonable chance of success, but it is not intended

12
Ibid.
13
Ibid.
14
Ibid.

m/s: 16
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

that the grant of licences to Malays should redound to the disadvantage of existing
licence holders”.15
Tan Siew Sin menganggap Penyata Reid mengenai Fasal 153 adalah menepati
kehendak Memorandum Perikatan. Disebut dalam memorandum itu bahawa
kepentingan, hak dan peluang yang sah kaum bukan Melayu tidak akan diganggu 
ataupun disekat. Kaum bukan Melayu menginsafi bahawa orang Melayu mesti dibantu
dalam bidang ekonomi, tetapi dengan jaminan bahawa kepentingan mereka akan selamat.
Merumus perbahasan itu, Razak berpendapat bahawa provisi itu mesti dimasukkan dalam
Perlembagaan untuk membantu orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain.
Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashati dengan perkara itu mereka boleh
membawanya ke mahkamah.16
Deraf Fasal 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu telah dibahas pada
mesyuarat Jawatankuasa pada 29 April 1957.  Dalam membentang deraf terbaharunya
mengenai perkara itu, Razak menjelaskan, “The Alliance recommendations can be
divided into two parts: Part 1 says the Alliance agrees that the special privileges and
rights at present accorded to Malays should be continued, and Part 2 deals with the
question of these privileges and rights in the future. His interpretation of the intention of
the Alliance is that no person should be deprived of his existing rights solely for the
purpose of reserving rights for the Malays. It is on this interpretation that the Attorney-
General has redrafted the section of the draft Constitution”.17
Tan Siew Sin bagaimanapun menegur bahawa deraf itu tidak mengambilkira dua
pandangan yang dibangkitkan, iaitu jaminan bahawa hak kepentingan kaum bukan
Melayu akan terus terpelihara walaupun kerajaan berubah ganti, dan juga jaminan
kiranya orang Melayu tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan, kuota itu akan
dibuka kepada orang bukan Melayu agar kemajuan ekonomi tidak terjejas akibat
daripadanya. Selepas berbincang lanjut, Jawatankuasa kecil Politik bersetuju dengan
cadangan untuk memasukkan satu provisi baru dalam deraf perlembagaan terbaharu yang
berbunyi seperti berikut:

15
Ibid
16
Ibid
17
Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 29 April 1957.

m/s: 17
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

“Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict or control any trade
or business just for the sake of creating quotas for Malays”18

Jawatankuasa juga bersetuju untuk memasuk dalam laporan rasmi Working Party
bahawa bahawa “the Malays themselves would want to remove from the Constitution the
slight implied in the protective clause under the heading of Special Position of the
Malays”.19 Jawatankuasa itu juga berbincang mengenai kedudukan bahasa Inggeris.
Sehubung hal ini, Tan Siew Sin nampaknya tidak berpuashati dengan cadangan untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempoh 10 tahun.  “if the
Alliance is serious about doing away with English in 10 years, it is best not to waste the
time of children now studying English in primary schools”, tegasnya.20 Dr. Ismail
menasihat Tan Siew Sin supaya  bersikap pratikal dan realistik. Di India, katanya,
penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan melebihi hak yang ditetapkan oleh
Perlembagaan.21 Razak bagaimanapun mengingatkan bahawa Perikatan telah menerima
cadangan Penyata Reid untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pada 4 Mei 1957, laporan Mesyuarat Jawatankuasa Politik Perikatan telah
dibentang di Majlis Kebangsaan Perikatan di ibu Pejabat MCA yang dipengerusikan oleh
Tunku. Tunku menganggap mesyuarat itu sebagai “the most important meeting in our
history”.22 Tunku mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Politik yang
dipengerusikan oleh Razak sehingga berjaya menghasilkan satu kompromi tentang
peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan. Beliau memberi jaminan bahawa
mana-mana bahagian dalam perlembagaan itu masih boleh dipinda pada masa depan atas
semangat bertolak ansur. Beliau berbangga dengan pendirian tegas MCA dan MIC dalam
menghadapi tekanan kaum masing-masing. Members of the Alliance may have
differences of opinion and even quarrels, but when faced by an enemy, they have always
stood, and will always stand, united for the sake of the country. The future of independent
Malaya lies in oiur hands. I pray that God will give us life and strength, so that we will
do our duty for many more generations to come.23
18
Ibid
19
Ibid
20
Ibid
21
Ibid
22
Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Perikatan, 4 Mei 1957.
23
Ibid

m/s: 18
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Sebagai pengerusi Jawatankuasa kecil politik Perikatan, Razak telah


membentangkan laporan cadangannya yang meliputi isu kerakyatan, bahasa, agama dan
hak istimewa orang Melayu. Selepas menjelaskan secara mendalam beberapa aspek
daripada Penyata Reid dan cadangan balas Jawatankuasa, Majlis Kebangsaan telah
menerima cadangan tersebut untuk dikemukakan kepada Kerajaan British. Sementara
itu satu perhimpunan telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 4-
7 Mei 1957 yang ditaja oleh ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati untuk membincangkan
laporan deraf Perlembagaan. Turut terlibat dalam perhimpunan itu yang dikenali sebagai
Kongres Melayu 1957 itu ialah PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Perhimpunan itu
telah mengemukakan beberapa tuntutan, diantaranya menuntut supaya syarat-syarat
pemberian kerakyatan diperketatkan, menolak kerakyatan komonwel dan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perhimpunan itu juga mendesak agar agama
Islam bukan hanya diisytihar sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai asas pemerintahan
negara. Memorandum Kongres itu telah dikemukakan kepada Tunku untuk dijadikan
pedoman semasa berunding dengan Kerajaan British, tetapi telah ditolak.
Kelompok bukan Melayu diluar MCA turut mengemukakan bantahan.
Kumpulan-kumpulan seperti The Pan-Malayan Federation of Chinese Association,
Federation of Chinese Guilds and Association (FCGA), United Chinese School Teachers
Association (UCSTA) dan All-Malaya Chinese Schools Management Association
(AMCSMA) membuat memorandum berasingan dan telah menghantar rombongan
merundingkan kemerdekaan. The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations  di
bawah Lau Pak-Khuan, Tan Kee Gak dan Yap Mau Tatt umpamanya menuntut kerajaan
British menerima prinsip jus soli untuk kewarganegaraan. Mereka juga menuntut agar
kedudukan Istimewa Orang Melayu dihapuskan. Pada pandangan mereka, “It is
submitted that to enshrine in the constitution, even for a limited period of time, all the
special privileges at present enjoyed by the Malays will have the effect of relegating the
non-Malays to the position of second-class citizens. Inequalities arising from poverty,
malnutrition and ignorance undoubtedly exist, but these are not confined to Malays, and
are, in the submission of the Delegations, matters to be remedied by social policy, rather
than by according special privileges to any particular community”.24
24
Joint memorandum for the consideration of the Secretary of State for the Colonies by The Pan-Malayan Federation of Chinese
Associations and the Malayan Party. CO1030/439; Malaya: Monthly Intelligence Report for November 1956, PRO London.

m/s: 19
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Atas hujah itu mereka mendesak supaya  'all nationals should be accorded equal
rights, privileges and opportunities, and there must not be discrimination on grounds of
race or creed.'25 Mereka juga mendesak supaya bahasa Cina, Tamil dan Inggeris diiktiraf
sebagai rasmi selain bahasa Melayu. Desakan itu dibuat atas alasan bahawa “in modern
Malaya, where Malay speaking peoples constitute no more than half the total population,
it would be quite incongruous to make Malay the official language for all”.26 Tambahnya
lagi, “The Delegations respectfully submit that the attempt to impose one language on
the whole community as its official language cannot help but be a potential sourse of
trouble for the future”.27

9.0 ROMBONGAN KEMERDEKAAN

Pada 10 Mei 1957 Tunku telah mengepalai rombongan untuk kali ketiga ke London
berbincang dengan kerajaan British tentang kemerdekaan.  Rombongan itu bertolak ke
London dengan pesawat BA 781. Rombongan kemerdekaan telah berada di sana selama
15 hari. Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak dan Ong Yoke Lim telah ditempatkan
di Prior's House manakala  V.Y. Sambanthan dan Tunku Ismail telah ditempatkan di
Queen's House yang terletak di St. James's Court, Buckingham Gate, S.W.1.
Dalam mesyuarat antara rombongan kemerdekaan dengan kerajaan British,
beberapa persetujuan telah dicapai mengenai butir-butir perlembagaan. Tidak lama
kemudian, Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan atas Penyata Reid
telah dikeluarkan. Bahasa Kebangsaan telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.Yang di
Pertuan Agung telah diberi tanggungjawab oleh Perlembagaan untuk menjaga kedudukan
istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.
Pada 29-30 Jun 1957, kertas putih itu telah dikemukakan di Perhimpunan Agung
UMNO di mana ia telah diluluskan dengan sebulat suara.  Rang Undang-Undang itu
kemudiannya telah di bawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Jun 1957. Tunku
Abdul Rahman, selaku Ketua Menteri telah membentang Rang Undang-Undang tersebut

25
Ibid
26
Ibid
27
Ibid

m/s: 20
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

yang mengambilmasa selama 2 1/2 jam. Tunku memberi jaminan bahawa  kerajaan
Perikatan akan berlaku adil kepada semua pihak. Mengenai Perkara 152(1). Tunku
menganggap sebagai tanggungjawab mempertahankan keistimewaan bagi orang Melayu
tanpa menjejaskan hak sediada bukan Melayu.

It was necessary for Malays to be protected otherwise they would go under as has
happened in Singapore or Penang.28

Usul itu telah di sokong oleh Tan Siew Sin. Sehubung dengan kedudukan
istimewa orang Melayu, Tan Siew Sin menegaskan bahawa ia bukan sesuatu yang baru
dan 'was not only for the benefit of the Malay themselves but in the interest of the
country as a whole in order to bring the Malays up to something nearer equality with the
other races'.29 Beliau juga tidak membantah hasrat untuk menjadikan Islam sebagai
agama Persekutuan ' as there was no derogation of the principle of a secular state or no
disabilities were imposed on non-muslim'.30 Perlembagaan itu telah diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.

10.0 MERDEKA

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang
telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat
orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya
pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam
Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan
dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-
raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan
kerajaan British.
28
Penyata Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan 10 Jun 1957.
29
Ibid
30
Ibid

m/s: 21
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf
perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang
Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan
Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957
dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara
rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya
telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi
Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak lalu membentuk Malaysia.
Tepat jam 12 malam bertempat di padang Bangunan Sultan Abdul Samad, Razak
bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain mengiringi Tunku Abdul Rahman untuk
menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan tamatnya penjajahan British di Tanah
Melayu. Dengan laungan ‘merdeka’, bendera ‘Union Jack’ perlahan-lahan diturunkan.
Razak merasa megah dan puashati. Setelah bertahun-tahun berjuang, Tanah Melayu
akhirnya akan kembali bebas dan merdeka.
Pada pagi 31 Ogos 1957, satu majlis telah diadakan di Stadium Merdeka yang
dibina khas untuk meraikan peristiwa yang bersejarah itu. Bersama-sama dengan Tunku
Abdul Rahman dan barisan pimpinan lain, Razak berdiri megah apabila Persekutuan
Tanah Melayu telah diisytiharkan kemerdekaannya. Beliau turut tercabar apabila Tunku
mengingatkan bahawa perjuangan mereka masih lagi belum selesai. Janganlah ada orang
yang menyangka bahawa kita telah sampai ke penghujung jalan. Kemerdekaan itu
sesungguhnya adalah semata-mata ibarat tempat perbentian dalam perjalanan yang jauh,
malahan ia adalah ambang kepada satu usaha dan percubaan bagi mewujudkan sebuah
negara baru yang berdaulat.31

11.0 KESIMPULAN

31
Ucapan Tunku Abdul Rahman Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957

m/s: 22
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali
imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu
perlu dan bagaimana dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah
sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan
satu dokumen yang panjang. Maka menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan
kedaulatan perlembagaannya.
Kesimpulannya disini, proses penggubalan telah mengambil kira masa dan
pengorbanan yang telah dicurahkan terutama oleh kaum Melayu. Sepanjang
tempoh era penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Sifat
keterbukaan orang Melayu pada masa itu menerima kaum lain di dalam Parti
Parikatan untuk menubuhkan kerajaan sendiri biarpun tanpa memerlukan jumlah
kerusi dari MCA dan MIC pada masa itu.

Rujukan:

 Buku

m/s: 23
Tugasan: SKSJ 2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Penerbit:
Arah Publication.

Deborah A.Johnson dan Anthony Milner. 2005. Westminster Implanted: The


Malaysian Experience. Penerbit: University Of New South Wales Press Ltd.

Malaysia Kita. 2008. Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.


Penerbit: International Law Book Services.

Mohamad Salleh Abas .1987. Sejarah perlembagaan Malaysia: prinsip


perlembagaan Malaysia. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Negara Kita. 1983. Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan.


Penerbit: Institut Tadbiran Awam Negara.

 Kertas Kerja

Prof.Dr.Nik Anuar Nik Mahmud UKM, Sejarah Pengubalan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu, Kertas kerja ini disampaikan sewaktu Wacana
Bulanan Kumpulan Prihatin, anjuran Kumpulan Prihatin & ABIM pada (Sabtu)
12 Julai 2008 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya.

m/s: 24

You might also like