You are on page 1of 1

LAPORAN GOTONG-ROYONG

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SELAMBAU

Pada 7 September 2014, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-
royong sempena kempen kebersihan bagi tahun 2014. Aktiviti ini melibatkan beberapa
persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet
Remaja Sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat
daripada Cikgu Roslan. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke
kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu,
dan berus.Kami membawa sendiri perlalatan bergotong royong.
Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang di
hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas.
Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Fazrina. Beliau juga turut membantu bergotong-
royong.

Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami telah
diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan gotong-
royong ini telah ditaja oleh PIBG. Guru-guru perempuan membantu mengagihkan
makanan.

Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan.
Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan.
Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung
bantal baru, memasang lagsir, dan memasang tikar getah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin untuk
menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik Talib
Ahmad telah menyampaikan ucapan. Cabutan bertuah juga diadakan dan ramai yang
mendapat hamper. Akhir sekali,b eliau menyeru seluruh warga sekolah agar
mengamalkan budaya Sentiasa Bersih.


Disediakan oleh, 8 SEPTEMBER 2014



(Irsyad Danial B Nasir)
Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau,
Sungai Petani, Kedah.

You might also like