You are on page 1of 33

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

MADIYALAGAN SATHAPPAN
JABATAN PJK

PENGENALAN

Menurut Mahmod Nazar (2000), golongan
istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang
mempunyai batas keupayaan fizikal dan
mental.
Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya
terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi
mengelakkan pelajar istimewa terasa
terpinggir, pelajar istimewa akan mengikuti
kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi
memenuhi keperluan khas.


PENGENALAN
KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT
Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak
untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani
dalam kehidupan. Kanak-kanak istimewa tidak boleh
dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi
pendidikan.
Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad
dalam mata pelajaran, maka Pendidikan Jasmani suaian
diperkenalkan. Disebabkan ciri-ciri istimewa golongan ini,
maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu
disesuaikan mengikut batasan keperluan. Penyesuaian yang
dimaksudkan ialah menyediakan kemudahan, alatan, objektif
dan aktiviti yang menepati keperluan.



Definisi Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam
pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum
serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan
Jasmani dengan keperluan golongan istimewa.
Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa
mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau
batasan.
Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan
Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum
Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan
dan batasan pelajar yang mengikutinya.




Konsep Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan
Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa.
Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti
Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk
menyediakan peluang kepada individu kurang upaya
untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani
dengan selamat dan berjaya serta mencapai
kepuasan diri.
Faktor utama yang perlu diambil kira dalam
melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah
potensi dan keupayaan individu untuk melakukan
aktiviti tersebut.


Matlamat dan Tujuan
Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di
Malaysia, iaitu untuk memberi kesinambungan
program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan
kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan
khas dalam persekitaran (suasana) biasa.
Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan
rancangan khas serta tanggungjawab untuk
meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan
semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak
khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan
kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang
telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan
sistem persekolahan.
Matlamat dan Tujuan
Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan
matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang
di perkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan
Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan
Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa.
Berdasarkan maklumat tersebut objektif-objektif
pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata,
bermakna dan dirancang untuk jangka masa yang
pendek. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu:
Tingkah laku yang dapat diperhatikan; dan
Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali
berdasarkan peratus gerak balas.

Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian
dengan Pendidikan Jasmani Suaian ialah:
Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus
ketika bermain bola;
Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat
berjalan diatas palang;
Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat
berbaris menunggu giliran masing-masing;
Kriteria pencapaian yang jelas. Contohnya tiga orang pelajar
dapat membaling kearah gol dengan tepat;
Syarat-syarat yang sesuai. Contohnya tiga orang pelajar
dapat membaling ke arah gol dengan tepat dari jarak satu
meter;
Objektif haruslah berorentasi pelajar; dan
Jangka masa yang diperlukan untuk mencapai setiap
objektif berbeza dari satu hari ke satu hari.



Selain daripada objektif pembelajaran,
dalam program Pendidikan Jasmani
suaian, objektif psikomotor juga perlu
diberi perhatian.
Aspek yang menjadi tumpuan utama
dalam program Pendidikan Jasmani
Suaian dari sudut psikomotor berkaitan
fizikal, motor, kecergasan dan permainan.

Permainan
Secara tradisinya aktiviti permainan ini
melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.
Permainan merupakan tempat untuk pelajar
mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan
kecergasan. Aktiviti permainan memberi
ruang kepada pelajar istimewa melibatkan diri
dalam berkomunikasi dan melibatkan diri
dalam aktiviti sosial.

Fizikal
Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek
struktur anotomi individu, kawalan postur adalah
merupakan asas yang perlu di bina bagi
membolehkan individu mengalami perkembangan,
pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian
dengan umur.
Kawalan postur juga menyediakan pelajar untuk
mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks.
Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua
aspek iaitu postur statik dan juga postur yang
dinamik.


Motor
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal
kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Motor
ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti
kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan
otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Dalam
Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus
selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal
dan motor.
Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti
pergerakkan individu dan perlakuan harus ke arah
mencapai tahap berkemahiran. Faktor asas yang
terlibat ialah:
(i) Imej tubuh;

(ii) Kawalan objek;

(iii) Orientasi spatial (ruang);

(iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor;

(v) Perkembangan kemahiran; dan

(vi) Kecergasan.



Permainan
Secara tradisinya aktiviti permainan ini
melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.
Permainan merupakan tempat untuk pelajar
mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan
kecergasan.
Aktiviti permainan memberi ruang kepada pelajar
istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi
dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.


KEPERLUAN PSIKOLOGI DAN
PENGUBAHSUAIAN SIKAP ORANG KURANG
UPAYA

Orang istimewa mempunyai keperluan hidup
seperti manusia biasa. Seperti yang digambarkan
mengikut Maslow (1970), keperluan hidup
manusia tersusun mengikut hieraki iaitu
keperluan hidup, keperluan keselamatan,
keperluan kasih sayang, keperluan ego dan
penghormatan juga keperluan kendiri.



Konflik Pelajar Istimewa
Namun setelah mengetahui serta menyederi
kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar
istimewa ini akan cuba mengasingkan diri,
merasa malu, rendah diri, kurang yakin serta
bimbang terhadap masa depan yang serba
kekurangan. Pandangan negatif masyarakat,
ibubapa, keluaraga dan rakan-rakan menjadikan
keadaan lebih buruk.
Di antara sikap negatif orang normal yang
memburukkan lagi keadaan termasuklah:

Kegelisahan atau keraguan melayan orang
yang kurang upaya dalam interaksi;
Tidak menerima orang kurang upaya sebagai
sebahagian daripada masyarakat serta
mengasingkan mereka daripada masyarakat;
Mengambarkan orang kurang upaya sebagai
orang yang terlalu tidak berupaya dan
mengharapkan simpati daripada masyarakat;
Menafikan hak orang kurang upaya dalam
masarakat contohnya menafikan hak mereka
untuk mendapat pendidikan; dan
Mengejek, mencaci serta merendahkan nama
baik orang kurang upaya.
Sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan,
masyarakat dan institut pendidikan amat
penting untuk mengembalikan sifat positif
serta keyakinan diri kepada orang kurang
upaya.



Pengubahsuaian Sikap terhadap
Situasi Ketidakupayaan
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi
ke tidak upayaan populasi khas melibatkan interaksi
kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga
sekolah.
Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Keluarga
Keluarga merupakan faktor utama dalam
menentukan kejayaan proses penyesuaian pelajar
istimewa. Keluarga perlu menerima situasi atau
batasan yang wujud apabila salah seorang daripada
ahli keluarga mereka merupakan kalangan orang
kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu
dielakkan ialah:




i) Pengasingan orang kurang upaya dengan
masyarakat;

(ii) Penolakkan yang dicerminkan oleh hasrat ibu
bapa untuk menghantar orang kurang upaya ke
asrama berasaskan dasar pengasingan;

(iii) Pelindungan yang terlampau, oleh kerana rasa
takut terhadap kekurangan ahli keluaraga yang
kurang upaya. Golongan orang kurang upaya tidak
dibenarkan keluar dan bercampur dengan
masyarakat;



iv) Mengharapkan perubahan yang drastik dari
slot pemulihan; dan

(v) Sifat terlalu kasihan dan bersimpati
sehingga tidak memberi ruang orang kurang
upaya berdikari.


Pengubahsuaian Sikap di Peringkat
Sekolah
Sekolah merupakan tempat membina masyarakat. Guru
merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di
sekolah. Guru seharusnya menanam sikap menerima,
memahami dan membantu dalam kalangan pelajar normal
terhadap pelajar kurang upaya. Langkah utama yang guru
perlu lakukan ialah melenyapkan rasa janggal, menyusahkan
dan hina dalam kalangan pelajar normal terhadap pelajar
kurang upaya.
Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh pihak
sekolah ialah dengan melakukan perbandingan yang ketara
antara pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa. Langkah-
langkah berikut perlu bagi mewujudkan sifat positif
dikalangan dua golongan pelajar ini:
(i) Tidak memfokuskan keupayaan yang sedia ada
pada populasi;

(ii) Membuat keputusan yang tetap dalam
pengurusan tingkah laku. Konsep ganjaran dan
dendaan yang sama dengan populasi yang lain;
dan

(iii) Memupuk kefahaman pemikiran mengenai
kesamaan peluang dalam masyarakat.
Pengubahsuaian Kurikulum di Sekolah
Sistem pembelajaran seharusnya memberi peluang yang sama
rata antara golongan pelajar. Kurikulum yang dirancang bagi
setiap pelajar seharusnya sama bagi mengelak rasa tersisih di
kalangan pelajar. Memandangkan keupayaan fizikal dan
mental yang terhad, satu penyesuaian kurikulum perlu
dirangka untuk membenarkan golongan kurang upaya ini
dapat belajar seperti kanak-kanak biasa. Dalam Pendidikan
Jasmani pengajaran yang disesuaikan dengan golongan ini
dikenali sebagai Pendidikan Jasmani Suaian. Keupayaan
pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan
Jasmani atau sukan akan memberikan mereka motivasi atau
semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
KATEGORI PELAJAR DALAM PELAKSANAAN
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Jasma dan French (1994), telah memperkenalkan
hieraki dalam menentukan kedudukan penempatan
pelajar istimewa didalam kelas. Terdapat 2 tahap
pelajar iaitu:
Tahap Berasingan
Pada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan
pelajar normal secara keseluruhan. Pengajaran pada
tahap ini membolehkan guru memberi perhatian
sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa
ini.Tahap ini akan memudahkan guru merancang
aktiviti yang bersesuaian bagi golongan pelajar.

Tiga Kategori Tahap Berasingan :
Institusi Khas
Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan
juga satu sekolah yang mempunyai
ketidakupayaan yang sama. Contoh institusi
ini ialah sekolah kanak-kanak buta.

Program Bersendirian Khas
Dalam program ini pelajar akan berada di
rumah, pakar atau guru akan datang
mengajar, melawat dan merawat pelajar ini.
Pelajar akan dikawal oleh keluarga secara
sepenuhnya.
Program Berasingan di Sekolah Khas
Pelajar istimewa dari pelbagai kategori dalam
satu daerah atau kawasan dikumpulkan untuk
belajar dalam satu sekolah. Contoh institusi ini
ialah sekolah pendidikan khas.
Tahap Integrasi Persekitaran
Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar
penggabungan ke dalam sekolah atau bilik
darjah biasa untuk memberi peluang pelajar
istimewa ini menikmati kemudahan belajar
dalam keadaan normal. Integrasi ini memberi
peluang kepada pelajar kurang upaya
menikmati segala kemudahan dalam keadaan
normal seperti pelajar biasa yang lain.
Menurut Bariah (1995), pendidikan inkluksif
akan dapat:
i) Memberi kesedaran kepada pelajar normal
tentang kehadiran kanakkanak istimewa;

ii) Memberi peluang kanak-kanak istimewa
menyesuaikan diri seterusnya menyertai aktiviti-
aktiviti yang disediakan; dan

(iii) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan
menyakinkan kanak-kanak istimewa bahawa
mereka standing dengan kanak-kanak normal.

Tiga Kategori Tahap Integrasi
Program Khas Sepenuh Masa
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas
biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi
semua matapelajaran.
Program Khas Sepenuh Masa yang Diawasi
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa
untuk mengikuti pelajaran biasa bagi semua
matapelajaran tetapi diawasi oleh seorang
guru.
Program Khas Separuh Masa
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa
untuk mengikuti pelajaran biasa bagi
matapelajaran tertentu sahaja.

You might also like