You are on page 1of 4

Halaman 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,


LEKIR, 32030 SITIAWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERMAINAN HOKI


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MANJUNG TAHUN 2007

1. UNDANG-UNDANG
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
permainan hoki Persatuan Hoki Malaysia, PHM dan
Antarabangsa, FIH, yang dikuatkuasakan sekarang dan
peraturan Am MSSM.

2. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN.


2.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi 18 orang pemain.
2.2 Seseorang peserta dibenarkan menyertahi pertandingan
dalam kumpulan umurnya 12 tahun dan ke bawah.
2.3 Semua peserta hendaklah mempunyai dokumen yang sah
bagi membuktikan umurnya.
2.4 Salinan sijil kelahiran hendaklah disahkan oleh Guru Besar
Sekolah peserta.
2.5 Wang pendaftaran RM 50.00 untuk setiap pasukan
perempuan dan RM 50.00 untuk pasukan lelaki.

3. SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Peringkat Daerah
Cara Liga Dua Kumpulan – ( A dan B ) - Pasukan Lelaki dan
Perempuan.
3.1.1 Pusingan Pertama
a) Lapan pasukan yang mewakili Sekolah Rendah
akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A
dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
b) Johan Daerah dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib
Johan ditempatkan dalam kumpulan B.
c) Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam
dua kumpulan secara undian.

3.1.2 Pusingan Separuh Akhir


a) Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan
Kumpulan B. Johan Kumpulan B akan melawan
Naib Johan Kumpulan A.

3.1.3 Pusingan kedua


a) 6 pasukan yang mewakili Johan Kumpulan A, B,
C, dan Naib Johan Kumpulan A, B, C, akan
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan X
dan Kumpulan Y. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
b) Kumpulan X dan Y ditentukan agar tidak
sekumpulan dalam Pusingan Pertama.

PUSINGAN KE-DUA

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007


Halaman 2

KUMPULAN X KUMPULAN Y
JOHAN A JOHAN B
NAIB JOHAN B JOHAN C
NAIB JOHAN C NAIB JOHAN A

3.1.4 Pusingan Separuh Akhir


a) Johan Kumpulan X, Johan Kumpulan Y, Naib
Johan Kumpulan X dan Naib johan Kumpulan Y
layak ke separuh akhir.

Johan X melawan Naib Johan Y = Pemenang a


Johan Y melawan Naib Johan X = Pemenang b

3.2.4 Peringkat Akhir


a) Pemenang perlawanan separuh akhir pertama
iaitu Pemenang a akan berlawan pemenang
separuh akhir kedua Pemenang b untuk
menentukan Johan dan naib Johan Daerah.
b) Pasukan yang tewas dalam separuh akhir
pertama dan kedua akan menduduki tempat
ketiga.

4. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN


4.1 Sistem Liga
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

4.2 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan


daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri
pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan seperti
berikut;-
a) keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu
jumlah gol yang dijaring tolak jumlah gol yang kena;
b) jika kedudukan masih seri maka keputusan akan
ditentukan secara mengambil kira keputusan perlawanan
di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya.

4.3 Sistem Kalah Mati;


Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika
keputusannya berakhir dengan seri, maka kepuusan
pertandingan akan ditentukan seperti berikut;-

Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar


kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan
dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.
Undang-undang yang meliputi pukulan tengah dan
pengantian, seperti terdapat dalam Buku Undang-Undang
Permainan, akan dilaksanakan.
Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat,
pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan
meneruskan permainan selama lima (5) kedua tamat.
Setelah masa kedua-dua tambahan tamat dan keputusan
masih seri, 5 pukulan penalti secara bergilir-gilir akan

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007


Halaman 3
diberikan. Andai masih seri pasukan yang dapat menjaring
dahulu dikira pemenang.

5. PAKAIAN
5.1 Pemain wajib memakai jersi yang bernombor.
5.2 Tiap-tiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi
yang berlainan warna.
5.3 Jika pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama
warna, pasukan tuan rumah (Pasukan namanya dihadapan)
dikehendaki menukar jersi.
5.4 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai kasut getah atau
‘boots’ yang berstud getah.
5.5 Pemain-pemain perempuan tidak dibenarkan memakai
‘tights’ atau seluar pendek ketika bermain.

6. GELANGGANG / ALATAN
6.1 Rujuk Undang-undang Persatuan Hoki Malaysia PHM, dan FIH.
6.2 Pertandingan dijalankan di Stadium Hoki Majlis Perbandaran
Manjung, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.
6.3 Setiap pasukan diminta menyediakan makan, minum,
peralatan sendiri dan sebiji bola pertandingan jenis
‘KOKUBURA DIMPLE’.

7. PENGADIL
7.1 Pasukan pengadil ‘panel’ akan disediakan.
7.2 Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh
dibantah oleh pasukan.
7.3 Elaun pengadilan RM 10.00 seorang bagi satu perlawanan
yang telah dipersetujui.

8. KELEWATAN
Sepuluh minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu
sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira menyerah kalah
dengan sengaja.

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


9.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak
dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
9.2 Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyarah kalah
dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan
pertandinganyang dimainkan oleh pasukan itu akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai
perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil
ke atas pasukan yang berkenaan.

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007


Halaman 4
10. BANTAHAN
10.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak
lewat dari satu jam selepas tamatnya perlawanan dengan
bayaran RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) tunai.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak
berasas.

11. LEMBAGA RAYUAN


Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada;
11.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
11.2 Setiausaha Sukan MSS Daerah Manjung atau wakilnya.
11.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan Hoki.
11.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau
wakilnya.
11.5 Tiga (3) orang pengurus Pasukan yang tidak terlibat,

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu
perlawanan atau membuat perubahan pada masa atau
tempat pertandingan. Pemberitahuan yang cukup akan
diberikan dalam perkara ini.
12.2 Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan
ini, Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan dan
keputusan itu adalah muktamad.
12.3 Masa bermain adalah mengikut persetujuan dalam
mesyuarat penyelarasan pertandingan hoki iaitu 15 minit
masa pertama 5 minit rehat dan 15 minit lagi untuk masa
kedua. Tempoh masa permainan 15 – 05 – 15 ini untuk
kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Hanya peringkat
akhir lelaki sahaja masa permainan berubah iaitu 20 – 05 –
20.

Pengerusi Pengelola Pertandingan


Hoki ( R ) Daerah Manjung 2006.

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007

You might also like