You are on page 1of 20

Mujahid mujahidah |1

YANG BERHORMAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Peribadi

Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Jawi: ‫حاج عبد‬
‫)ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ‬, lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung
Rusila Marang, Terengganu. Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji
Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau adalah anak ke
5 dari 9 orang adik beradik. Beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu dan merupakan seorang pemimpin yang
sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan.1

Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi,
beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persada politik
tanah air mahupun antarabangsa. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan
dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun
permasalahan dalaman parti. Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya
adalah suatu yang sangat mengkagumkan. Semoga Allah swt terus mengurniakan
kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau.

1.2 Keluarga

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5 daripada 9 orang
beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
Mujahid mujahidah |2

Mohamad bin Abd Rahman merupakan seorang ulama tempatan dan aktivis politik
yang dikenali ramai di Terengganu. Manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf
juga merupakan tempat rujukan bagi muslimat di kawasannya 2. Kedua-duanya telah
meninggal dunia. Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di kampung Rusila
tempat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok
Guru di Kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan
tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.3

Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt Awang dan Dr.
Norzita Taat. Hasil perkahwinan dengan isteri beliau yang pertama pada tahun 1976,
beliau dikurniakan 11 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini
belajar di Universiti Iman, Yaman. Puan Hajah Zainab bt Awang mempunyai akhlak
yang baik, lemah lembut dan begitu merendah diri. Dan tak hairan kalau tuan guru
beristeri 2. Memang layak dengan perwatakan tuan guru dan Puan Hajah Zainab bt
Awang sendiri.

Manakala hasil perkahwinan beliau dengan Dr. Norzita Taat berasal Negeri
Sembilan dianugerahkan 3 orang anak. Dr Norzita Taat , isteri ke dua tuan guru
seorang yang lembut dan warak. bertuah tuan guru punya dua isteri yang berakhlak
mulia dan bersama-sama berjuang bersama suami tercinta.

1.3 Pendidikan

YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya
tahun 1955, seterusnya di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang tahun 1961. Beliau
meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun. Dari tahun 1965
hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah
Ugama Sultan Zainal Abidin (SMUZA), Kuala Terengganu dan mengambil aliran
Thanawi. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah
beliau sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.4

2
Abdul Hadi Awang. Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Riduan Mohamad Nor. (2009).
3
http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27.
4
Abdul Hadi Awang. Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Riduan Mohamad Nor. (2009).
Mujahid mujahidah |3

YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam
Madinah di peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab
Saudi. Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk
peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan berjaya
menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974-1975). YB. Tuan Guru Hj. Abdul
Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977
hingga 1978. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Terengganu. Tuan Guru Mula aktif
sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang
cawangan) PAS kampung Rusila , Marang.5

1.4 Pengalaman/Perubahan Yang Dilakukan

Beliau mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai
Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976,
setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS
Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada
tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato'
Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.6

Antara pengalaman kerja yang pernah beliau sandang:7

(i). Pengerusi Yayasan Islam Negeri Terengganu Kemudian Dilantik Untuk


Mengetuai Yayasan Berkenaan Yang Ketika Itu Diletakkan Di Bawah Jabatan
Agama Islam Terengganu (1977 - 1978).

(ii). Pembantu kepada Mufti Terengganu, seterusnya diberi tugas sebagai


pembantu Jabatan Agama Islam Terengganu dalam perkara-perkara
berhubung dengan tauliah mengajar dan menangani ajaran-ajaran sesat yang
terdapat di Negeri Terengganu disamping beberapa tugas yang lain lagi.

5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
7
http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
Mujahid mujahidah |4

(iii). Menteri Besar Terengganu (1977 - 1978).

(iv). Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu (1977 –
1978).

Jawatan Dalam Parti:

(i). Presiden PAS Malaysia

(ii). Penasihat PAS Negeri Terengganu

1.5 Strategi Perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang8

Tuan Guru Abdul Hadi telah berjaya membentuk cara berfikir dan bekerja
ahli-ahli PAS pada dekad 80-an kerana beliau mempunyai beberapa kekuatan dan
daya tarikan politiknya yang tersendiri. Menurut Riduan Mohd Nor di dalam
bukunya, kekuatan Tuan Guru Haji Hadi Awang terletak kepada keupayaan ilmunya
yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam, kefasihannya membaca ayat al-Quran
dalam berhujah dan berpidato, mampu menggabung-jalinkan ilmu agama dan isu
semasa, dilatih secara haraki (pergerakan) oleh tokoh-tokoh besar Ikhwanul
Muslimin, berketurunan ulama, menjaga akhlaknya sebagai pimpinan gerakan Islam
dan beliau mempunyai daya tarikan sebagai pemidato.

Beliau telah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli-ahli dalam kehidupan
dan cara hidup seharian malah tidak suka membuang masa. Ketokohannya turut
terserlah dengan kebolehannya menulis. Beliau turut dikagumi oleh pemuda-pemuda
PAS kerana latar belakang pendidikan dan pengalamannya yang terus ditarbiah oleh
tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.

Abdul Haji Awang telah banyak menulis buku-buku sebagai panduan kepada
ahli-ahli PAS terutama sebagai rujukan dalam progam usrah seperti Muqqadimah
Aqidah Muslim, Pemerintahan di dalam Islam, Penghujung Kehidupan, Islam: fikrah,
harakah dan daulah, Tafsir at Tibyan, Fiqh Al Harakah, Koleksi Khutbah Jumaat dan
Hari Raya dan pelbagai lagi jenis buku. Di dalam matlamat mewujudkan negara
8
http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
Mujahid mujahidah |5

Islam, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menggariskan kepada tiga perkara di
dalam bukunya iaitu:-

(i). Khalifah

 Menegakan Islam

 Melaksanakan Islam

 Menegakan keadilan di kalangan manusia

 Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang


bermaruah

 Menghormati taraf kemanusiaan

 Menegakan keamanan dan kestabilan

 Menyediakan keperluan Rakyat

 Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat.

(ii). Amanah

(iii). Ibadah

1.6 Buku-buku Karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

1. Islam Adil Untuk Semua9

Buku karangan terbaru Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini berkisarkan mengenai
maksud keadilan dalam Islam yang kian dicemari oleh kepelbagaian definisi-definisi
barat yang mendoktrin definisi adil yang nyata songsang dengan adil dalam ruang
lingkup Islam. Keadaan kian serius lagi apabila orientalis barat kian menyusupkan
rasa kebencian terhadap Islam dan menggaburi makna keadilan yang sebenarnya. Isu-
isu perkauman juga memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

Intisari buku ini juga mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam
menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira
9
http://presiden.pas.org.my
Mujahid mujahidah |6

bangsa dan agama, yang turut merangkumi pentadbiran politik, transaksi dan kegiatan
ekonomi, kesaksamaan dalam sistem kehakiman, hak dan keadilan wanita dan juga
hak orang bukan Islam.

2. Islam dan Demokrasi10

Buku ini mengutarakan prinsip politik dalam Islam, yang memberi fokus kepada
persoalan demokrasi dari kaca mata Islam yang kian dicemari oleh sistem sekularis
yang menutupi situasi dan kondisi sebenar, di samping memberikan perbezaan antara
demokrasi Islam dan demokrasi barat. Selain itu, subjek pilihan raya juga disentuh
dalam memastikan keselarasan kefahaman mengenai pendekatan yang telah diambil
oleh PAS ini.

3. Fiqh Al-Harakah Fi Al-Sirah Nabawiyyah11

Buku Fiqh Al-Harakah Fi Al-Sirah Nabawiyyah ini merangkumi penuliasan sirah


yang menekankan kaedah gerakkan Islam dan perjuangan dakwah pada zaman
Rasulullah S.A.W. Setiap kisah penting dihurai dengan menyertakan pengajaran dan
iktibar yang boleh diambil berdasarkan suasana dan peristiwa penting yang
ditekankan dalam sesuatu topic.

**Banyak lagi buku karang beliau yang telah memecahkan pasaran buku-buku Islam.
Antara buku lain karangan beliau adalah Muqadimmah Aqidah Muslim dan Mutiara 2
Tok Guru.

1.7 Kuliah Ilmu dan Ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Sepanjang menjadi menteri besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak
pernah melupakan tanggungjawab sosial malah lebih cergas bergiat dalam
mengusahakan dan menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di sekitar Terengganu, malah

10
http://pts.com.my/index.php/buku/islam_dan_demokrasi/
11
http://www.nufairshop.com
Mujahid mujahidah |7

turut menerima jemputan untuk menyampaikan pengisian diseluruh pelusuk


semenanjung.

Dalam antara kuliahnya yang terbaru, bertarikh 9 November 2009 (Isnin),


telah mengupas mengenai tajuk penolakkan hukum-hukum Islam umpama haiwan
yang tidak mendengar seruan. Amaran ini sebagai peringatan keras kepada umat
Islam yang matanya dilitupi keindahan hiasan dunia. Beliau bekata,

“Kalau kita memanggil ayam atau kambing yang jinak, binatang itu semua datang
kepada kita tetapi sebaliknya yang liar biasanya tidak ada datang kepada kita setelah
dipanggil. Soalnya seruan kita sekarang ialah kepada manusia yang jinak hatinya
dengan dakwah. Manusai yang liar lebih teruk daripada kambing lagi dalam
persoalan ini iaitu mereka tidak mahu mendengar seruan Islam”.

Selain itu, dalam kuliah beliau sempena Nuzul Quran ramadahan baru-baru
ini, beliau telah menekankan kepentingan Al-Quran dalam dijadi sebagai rujukan
utama menyelesaikan masalah dan perselisihan pendapat. Beliau berkata,

“Sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa masalah sekalipun, kembalilah kepada


al-Quran maka bertemulah yang mana betul dan yang mana salah. Kebiasaanya
orang Islam bertelingkah kerana mereka tidak mengetahui. Yang tidak mengetahui
mestilah kembali kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sehingga
apabila kembali kepadanya semua menjadi betul dan baik. Inilah dia cara Islam.”

Ini hanya antara isi kuliah yang telah diusahakan oleh Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang sepanjang kehadiran beliau dalam kancah politik. Jelasnya, berpolitik
tidak pernah melekakan beliau dalam menyampaikan dakwah umum kepada
masyarakat, dalam usaha menyedarkan umat Islam Malaysia akan situasi ‘tenat’ Islam
zaman sekarang.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membina tapak perjuangannya melalui
Masjid Rusila Terengganu di mana kuliahnya bermula sejak tahun 1976 sekembali
beliau dari bumi Mesir. Beliau mempunyai visi dan misi yang jelas dalam
Mujahid mujahidah |8

menjayakan kemenangan PAS di Malaysia, Beliau yakin dengan penyebaran dan


kekuatan ilmu serta tarbiah yang berterusan adalah merupakan pra syarat
kemenangan:-

“Ilmu menjadi salah satu ciri terpenting di dalam kepimpinan harakah Islamiyyah
kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal & hati bagi makrifah Allah dan segala
tuntutannya serta memandu dengan betul & mengendalikan urusan dengan tepat
samada terhadap Khaliq atau makhluk, iaitu ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang
berdasarkan kepada Deen Allah bagi membentuk peribadi, memimpin umat dan
membina Negara ilmu kerap kali disebut di dalam al-Quran. Ilmu adalah konteks
aqidah seseorang itu mestilah faham & berfikir ke arah menyuburkan iman yang
membuahkan amal, mengaji & mengkaji al-Quran yang menjadi kitab kepada
harakah ini, tonggak pergantungannya yang kuat, pemandu & pengawalnya, penyata
& penterjemahannya, menjadi tempat rujukan setiap pendakwah untuk berpandu
kepadanya di dalam beramal & harakah & menajdi bekal penting kepada perjalanan
perjuangan kita.”

Tuan Guru merupakan salah seoarang tenaga penting dalam PAS yang terlibat
menyusun skema tarbiah. Beberapa kertas kerjanya telah dijadikan rujukan usrah
seperti Pra-Syarat Kejayaan Hizbul Allah dan Hizbul Syaitan. Beliau telah
memberikan penerangan yang begitu serius kepada persoalan tarbiah dalam membina
organisasi PAS sebagaimana gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Keseriusan PAS
terhadap persoalan tarbiah telah menyebabkan pelbagai perubahan berlaku kepada
PAS terutama aspek tarbiah Islam yang syumul. Dalam hal ini, beliau menegaskan:-

“Di antara sifat-sifat tarbiah Islamiah itu, ia mestilah syumul sebagaimana


syumulnya Islam. Ia tidak boleh ditumpukan kepada sebahagian daripada aspek
fitrah manusia & tanggungjawab mereka diatas bumi ini. Ia tidak boleh ditumpukan
kepada aspek kerohanian & akhlak sahaja seperti penumpuan yang dinyatakan oleh
bidang tasawwuf & akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib. Ia tidak
boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori-teori akliah sahaja seperti
dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah. Dengan menyedari bahawa akal juga
menpunyai peranannya meliputi roh & jasad, hati & akal, akhlak dan sikap yang
menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira & derita, damai & perang yang
Mujahid mujahidah |9

memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran di dalam diri &


masyarakat. Maka tarbiah itu mestilah meliputi tarbiyah rohaniah, tarbiyah
ijtima’iah, tarbiyah jihadiah & sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam di dalam
aspek aqidah & kaedah, syariat & nizam.”

Dengan penekanan kepada persoalan tarbiah, maka dekad 80an telah


menyaksikan munculnya markaz-markaz tarbiah PAS di seluruh negara,
berkembangnya kelas-kelas pengajian umum di seluruh negara yang digerakkan oleh
aktivis-aktivis PAS. Manakala program-program kaderasasi seperti usrah, tamrin,
mukhayyam, ijtimak dan sebagainya mula dibudayakan dalam organisasi PAS dalam
semua peringkat.

Dengan kehadiran Tuan Guru juga boleh dikaitkan dengan hubungan


pemikiran perjuangan Ikhwanul Muslimin dengan PAS dan beliau menjadi
penghubung dan penyalur kepada pemindahan fikrah atau ideologi ini secara besar-
besaran ke dalam PAS pada tahun-tahun 80an.

Satu elemen yang dapat dikesan daripada penulisan karya-karya Tuan Guru
ialah penekanan kepada soal akidah terutama yang berkaitan dengan ideologi moden.
Inilah tema-tema yang selalu diungkapkan di dalam penulisan tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin seperti Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Contohnya Tafsir Al-Tibyan
yang dikarang oleh Tuan Guru cukup terkesan dengan Tafsir Fi-Zillal al-Quran yang
dikarang oleh Sayyid Qutb. Begitu juga dengan kitab Akidah Muslimin yang dikarang
oleh beliau yang membicarakan pertembungan Islam dengan ideologi moden.

2.0 SUMBANGAN
2.1 Diperingkat Nasional12

2.1.1 Era-70-an

Perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kancah politik bermula
dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga
tahun 1969, dimana beliau juga masih menuntu ilmu ketika itu di Universiti Islam
Madinah. Pada tahun 1977 hingga 1978, beliau juga pernah memegang jawatan

12
http://www.malaysia-today.net
Mujahid mujahidah | 10

sebagai Pegawai Yayasan Islam Terengganu pada tahun. Di samping itu, beliau juga
diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri
Terengganu juga pada masa yang sama.

Sekembalinya beliau dari luar Negara, beliau telah memegang jawatan Ketua
Pemuda PAS Terengganu pada tahun 1976, kemudian pada 1977 menjadi Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat. Kesibukan beliau dalam menggerakkan Pas telah
menenggelamkan fungsi beliau sebagai Pengerusi ABIM Negeri Terengganu.
Kehebatan beliau terserlah dengan meningkat secara mendadaknya program
kaderisasi dikalangan mahasiswa kampus baik dalam mahupun luar negara.

Jasa beliau dalam bidang ilmu dan dakwah juga semakin menyerlah di
Terengganu dengan penyampaian kuliah-kuliah ilmu dan ceramah, serta stail
pidatonya yang yakin dan bertenaga telah menarik minat ramai dari kalangan
golongan masyarakat untuk mengikuti seterusnya mendalami ilmu agama, selain Al-
Quran dan As-Sunnah tidak pernah lekang dari bibir beliau sebagai bukti dan dalil
yang kukuh dalam setiap perkataan yang beliau sampaikan. Suatu inspirasi yang teguh
untuk generasi anak muda Islam.

Selain jasa beliau dalam perkembagan ilmu dan agenda dakwah, nama beliau
juga sinonim sebagai tenaga pendidik yang mewarnai sistem pendidikan di
Terengganu. Beliau pernah mengajar di Institut Berakan (Maahad Ikhwan) Kuala
Terengganu sekitar tahun 1977-1978. Sepanjang menjadi pendidik di Institut tersebut,
sesi pengajaran beliau antara yang paling popular hingga guru-guru juga tidak
melepaskan untuk belajar dan mengutip mutira dari beliau.

Pada tahun 1978, Tuan Guru terlibat dalam pilihanraya dimana beliau
bertanding DUN Marang. Namun, beliau kalah tipis iaitu sebanyak 64 undi sahaja
kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zahid tetapi menang pada pilihanraya 1982.

2.1.2 Era 80-an


Mujahid mujahidah | 11

Kemenangan beliau dalam pilihanraya Dun Marang pada tahun 1982


membuktikan ketokohan beliau sebagai pemimpin yang disanjungi oleh rakyat
sekeliling. Pada 1983, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden PAS selaras dengan
peralihan kepimpinan ulama. Pada tahun 1986, beliau menang di DUN Rhu Rendang
(nama baru DUN Marang selepas persempadanan semula) namun kalah di Parlimen
Marang dengan majority yang tipis. Pada tahun yang sama, beliau juga telah
mengasaskan Mahaad Darul Quran bersama pimpinan PAS Terengganu yang
bertujuan untuk melahirkan amilin jemaah dalam masa panjang.

2.1.3 Era 90-an

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November, 1999, Tuan Guru


Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac,
2004 disamping menjadi Ahli Parlimen sebelum dipertanggungjawabkan sebagai
Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004. Keadaan ini berlaku akibat
pemecatan Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan semangat reformasi dimana
impaknya telah menyebabkan kejatuhan Terengganu ke tangan PAS.

Sepanjang pemerintahan beliau sebagai menteri besar Terengganu, pimpinan


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memartabatkan pendidikan warga
Terengganu terutama kepada generasi muda dengan penubuhan beberapa institusi-
institusi pendidikan Islam. Antara institusi yang ditubuhkan adalah Kolej Islam Sain
Terengganu (KIST), Kolej Sains Dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ), dan Sekolah
Rendah Agama Bersepadu (SRAB). Jelasnya, pendidikan Islam diselarikan dengan
ilmu sains sejajar dengan kehendak dan waqi’ semasa negara. Ini jelas menunjukkan
kesyumulan agama Islam dalam bidang pendidikan.

Banyak perubahan lain yang telah dilakukan selama Tuan Guru memerintah
bumi Terengganu. Jelasnya, pangharaman judi telah dikuatkuasakan selama beliau
memerintah. Tidak seperti UMNO, dimana secara terangnya bersikap sangat toleransi
dengan kegiatan judi hingga membarah dalam masyarakat. Buktinya, pusat kasino
terbesar di Asia Tenggara telah dibina iaitu Genting Highlands. Keadaan ini jelas
kontara dengan pemerintahan Tuan Guru yang berkeras memartabatkan hukum Islam
Mujahid mujahidah | 12

dan mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah. Naman apabila Terengganu kembali


diampas UMNO pada 2004, kegiatan judi ini kian tumbuh dan menyubur kembali.

Di sektor kesihatan dan perubatan pula, Tuan Guru telah menubuhkan Pusat
Perubatan Islam Darul Iman (DIIMC), dan Kem Seliaan dan Latihan Pemadam
Negeri Terengganu (KESIHAT). Kedua-dua institusi ini ditubuhkan bagi menjaga
kebajikan rakyat dengan berkonsepkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan
dalam masa yang sama member perkhidmatan yang mampu dibayar oleh rakyat.
Perkhidmatan ini jelas menggambarkan sikap profesionalisme pimpinan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang disamping syariat tetap utuh ditegakkan.

Tidak lengkap pemerintahan tanpa penguatkuasaan undang-undang Islam.


Dengan ini, semasa memerintah Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
telah mewartakan hukum hudud bersama negeri Kelantan. Tindakan ini telah dikecam
hebat malah diperlekehkan dan hukum Islam ini telah dipolitikan oleh UMNO demi
mencapai niat jahat mereka.

2.2 Pemerintahan Tuan Guru pada Zaman Moden

Setelah Terengganu dirampas kembali oleh UMNO, beliau kembali memberi


fokus kepada perjuangan PAS selaku Presiden PAS. Banyak cabaran dan dugaan
ditempuhi selama beliau memegang tampuk kepimpinan hinggalah PAS berada di
aras yang membanggakan sekarang. Antara isu-isu yang diketengahkan dan disokong
oleh pimpinan PAS antaranya adalah pemansuhan PPSMI yang jelas pelaksanaannya
memakan ratusan juta wang rakyat, dan lebih teruk lagi kajian teliti dan telus tidak
dilaksanakan hingga menyebabkan perbezaan yang ketara antara pelajar bandar dan
pelajar luar bandar dalam subjek sains dan matematik. Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang berkata
Mujahid mujahidah | 13

“Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi


pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih
mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Ianya bukan sahaja melibatkan
perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan
pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada
pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata ”

Pembaziran wang rakyat ini amat mudah dibuktikan. Contoh yang paling
mudah adalah pembaziran wang yang digunakan atas kertas peperiksaan dwi bahasa.
Bayangkan jumlah kertas dan wang yang dilaburkan untuk membelinya jika
melibatkan keseluruhan pelajar di Malaysia. Ini hanya bukti yang mudah dan banyak
lagi contoh pembaziran wang rakyat lantaran pengenalan sistem ini.

Menyentuh isu yang kedua, mangenai pembayaran royalti minyak kepada


Kelantan dan Terengganu, jelas isu ini telah diselewengkan oleh UMNO, dimana
Perdana Menteri sendiri menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara
Terengganu dan Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri
Besar, meskipun hakikatnya, hasil royalti ini sebenarnya tercatat dalam penyataan
rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan mantan Perdana Menteri, dan
ia juga ditulis dalam bujet kerajaan negeri yang menerima royalti ini. Namun,
kerajaan pusat berkeras menafikan kewujudan perjanjian ini. Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang mengulas isu ini berkat
“ Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat
menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh
negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas –
antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April
1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain”

Menyetuh isu terkini mengenai kerajaan perpaduan, banyak spekulasi telah


direka oleh media dan pihak UMNO dalam usaha memburukan Imej pemimpin PAS
ini, dan juga dalam rangkaan memburukkan keadaan dan menimbulkan syakwasangka
buruk terhadap pimpinan PAS. Teguran telus dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengenai kepimpianan PAS juga telah dimanipulasikan.
Namun, ketelusan bariasan pimpinan berbincang nyata member kesan baik atas
Mujahid mujahidah | 14

kemelut ini. Usaha memburukan pimpinan PAS ini hanya satu alat melemahkan
sokongan terhadap pimpinan PAS itu sendiri.

Bagi menjernihkan keadaan yang kusut, Seminar Politik PAS telah dilakukan
pada 7 November 2009, menggantikan Muktamar Khas yang dicadangkan oleh Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat. Perbahasan perwakilan jarang menyentuh "halatuju PAS"
pada masa depan, tetapi lebih dari perspektif perbalahan antara dua orang ulama
dalam parti. Namun dipengakhiran seminar, beberapa perkara telah dipersetujui.
Berikut merupakan hasil seminar.

2.2.1 Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami


bahawa: 13

1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan
empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-
kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. 
Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.

2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang


merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat
Politik ini.  Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar
menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak
lain sebab kita juga bertanggungjawab.

3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki "Persepsi"


rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang,
bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi
membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdaya saing, makmur dan
sejahtera.  Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan
anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan
mutakhirini.

13
http://www.buletinonline.net
Mujahid mujahidah | 15

2.2.2 Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:

1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak,


kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat
musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.

2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai 'ta
alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.

3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan


negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang
lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak
melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan
keutuhan kerajaan negeri.

4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari


kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat)
segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".
2.2.3 Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi
parti untuk:

1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi


PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta
menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta
semangat setiakawan yang tinggi.

2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-Islam yang


ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab
Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan


penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam
Mujahid mujahidah | 16

pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua
kawasan dan cawangan di seluruh negara.

4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan
KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir
ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan
pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul
yang telah sedia ada.

5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13, bagi


memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan
memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau
PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum
dan budaya.

2.3 Diperingkat Antarabangsa

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mula melibatkan diri dalam bidang
kepimpinan di peringkat antarabangsa di Madinah apabila beliau menjadi Ketua
Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung
Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.

Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin


bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al
Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-
undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan
Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan
Islam atau gerakan rakyat.
Mujahid mujahidah | 17

Antaranya  ialah Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul


Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan pada tahun 1990. Di dalam sekretariat
tersebut, Tuan Guru telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa penyelaras bagi
menangani pelbagai isu yang merangkumi isu umat Islam sedunia iaitu Isu Palestin
pada tahun tersebut. Beliau sentiasa mengambil berat isu–isu berkaitan umat Islam
dari semasa ke semasa. Sehinggalah pada 27 Disember 2008, serangan Israel
laknatullah ke atas Gaza telah mengorbankan ribuan para syuhada’ dan mencederakan
ribuan yang lain, ia sekaligus mendesak kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu
tersebut di dalam sidang khas Parlimen, beliau dipilih sekali lagi untuk memberikan
ucapan dalam sidang tersebut.14

Selain itu, Tuan Guru juga pernah menjadi ahli deligasi dalam sidang Parlimen
parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri
Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli
Senat Amerika Syarikat pada tahun 1990. Pada tahun yang sama juga, Tuan Guru
telah menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai
oleh Dr. Erbakan pada tahun 1990 bagi membincangkan pelbagai isu antarabangsa
berkaitan umat Islam.15

Bagi meneruskan kesinambungan dan keberlangsungan perjuangan Islam,


Tuan Guru Haji Hadi sekali lagi telah dilantik untuk menjadi ahli Penyelaras
Sekretariat Gerakan Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki pada
tahun 1994. Namun demikian, perjuangan Islam masih belum terhenti di situ, beliau
menempatkan dirinya di dalam politik antarabangsa apabila beliau telah dipilih
menjadi Ahli Majma' Taqrir Mazhab Islami di kalangan mazhab-mazhab Islam yang
berpusat di Tehran, Iran. Bagi meneruskan pejuangan mata rantai Islam, beliau telah
menyertai deligasi pemimpin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta
presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk. Di sini, jelas terpancar
kelantangan dan keikhlasan seorang pimpinan ulama’ dalam menyuarakan
keprihatinan beliau terhadap masalah dan musibah yang melanda umat akhir zaman
saban hari dan tahun.

14
Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin, Penerbit Jundi Resources
(2009), Kuala Lumpur.
15
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
Mujahid mujahidah | 18

Tuan Guru juga pernah mengiringi Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadzil
Mohd Noor bersama deligasi pemimpin Jerman Islam seluruh dunia untuk
mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.16 Rasa keakraban dan
kebersamaan ini jelas tergambar apabila beliau dengan lantang menyuarakan bantahan
terhadap pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan melalui ceramah, doa dan
pidatonya pada tahun 1979. Apabila tentera Rusia mengundurkan diri, Tuan Guru
bersama Almarhum Ustaz Fadzil menyertai rombongan Tokoh Gerakan Islam
Antarabangsa telah bergegas ke Afghanistan bagi membantu penegakan negara Islam
dan menyelesaikan jurang konflik yang timbul antara Jemaah Islam yang agak kucar-
kacir dan tidak stabil selepas peristiwa pengunduran tersebut.17

Selain dijemput menyertai deligasi undangan di dalam Ijtima’ Am yang


dianjurkan oleh Parti Islam Pakistan (Jamiat Islami), beliau juga sangat aktif dalam
berkongsi idea dan pendapat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi umat Islam
Nusantara dalam beberapa Gerakan Islam di Indonesia seperti Parti Keadilan
Sejahtera, Partai Bulan Bintang, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan sebagainya.

3.0 KEGIATAN LUAR18

Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang ADUN, tetapi
beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya
memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.

16
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
17
Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin, Penerbit Jundi Resources
(2009), Kuala Lumpur.

18
http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
Mujahid mujahidah | 19

Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat
kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas
rasminya di DUN dan Parlimen. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau
menyampaikan ilmu kepada rakyat.

Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan.
Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan
Guru Hj. Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat,
pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat
khususnya pengundi di Marang.

Semuanya ini menjadi hobi Tuan guru sebelum menjadi wakil rakyat lagi.
Gelaran Yang Berhormat tidak sedikit pun menjejaskan imejnya untuk turun ke
sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi. Pendek
kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru
Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar
Mujahid mujahidah | 20

dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara


ini.

Salam buat ayahnda yang dihormati..

Buat Ayahnda Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kusayangi seperti bapaku,
kuhormati sebagai pemimpinku,
pada setiap siang malam jerih payah ketidakcukupan rehat penat lelah sabar tabah kata-kata
perjuangan amal ibadahmu,
moga Allah memberimu kekuatan,
moga Allah membalas amal ikhlasmu dengan kebaikan..

Allahuakbar!!!

You might also like