You are on page 1of 3

4

2.2 Panduan Penulisan Kertas Kerja Projek

Penulisan kertas kerja projek mengikut format yang betul amat penting bagi
mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan. Justeru itu, garis panduan
penulisan kertas kerja mengikut format yang betul amat penting supaya
kertas kerja yang dihasilkan cukup lengkap dan perkara-perkara penting yang
diperlukan tidak tercicir daripada senarai.
Berikut merupakan panduan umum penulisan kertas kerja projek;

2.2.1 Tajuk
Tajuk kertas kerja projek bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut
disediakan. Penulisan tajuk bagi sesebuah kertas kerja projek merangkumi
semua idea utama yang hendak disampaikan. Contohnya ialah logo
sekolah atau institusi, tajuk program, tarikh, tempat dan anjuran (badan atau
persatuan yang menganjurkan proram). Tajuk kertas kerja juga hendaklah
ringkas dan seelok-eloknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

2.2.3 Pengenalan
Pengenalan merupakan pendahuluan tentang program atau projek secara
ringkas tetapi menyeluruh. Pengenalan dapat dikatakan sebagai gambaran
awal tentang program yang ingin dijalankan. Penulisan pengenalan
merangkumi penjelasan tentang latar belakang program atau projek yang
akan dijalankan. Selain itu, kepentingan program juga perlu dihuraikan jika
melibatkan pihak luar. Seterusnya, pernyataan tentang pihak yang akan
bekerjasama turut diperlukan (jika ada). Akhir sekali, biasanya pendahuluan
ditulis lebih kurang dalam satu muka kertas kerja tersebut.

2.2.4 Rasional
Rasional ialah matlamat umum program yang hendak dilaksanakan.
Rasional dapat juga dikatakan sebagai tujuan sesuatu program dijalankan.
5

2.2.5 Objektif
Objektif merupakan matlamat khusus program yang hendak dijalankan.
Penulisan objektif yang baik hendaklah merangkumi perkara-perkara
berikut:

Nyatakan objektif/matlamat yang hendak


dicapai.

Memberikan huraian objektif yang mantap


dan jelas maksudnya serta tidak meleret-
leret.

Mempunyai hubungkait dengan matlamat


program sekiranya bekerjasama dengan
pihak luar.

Setiap objektif ditulis mengikut pecahan


dengan menggunakan nombor seperti 1.1,
1.2, 1.3, 1.4 dan seterusnya.

Rajah 2 : Cara Penulisan Objektif Kertas Kerja Projek

2.2.6 Tarikh
Tarikh merupakan jangka masa yang diambil bagi menjalankan program
atau projek. Hari turut dinyatakan dalam penulisan tarikh.

2.2.7 Tempat
Tempat ialah lokasi yang digunakan bagi melaksanakan program atau
projek.
6

2.2.8 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran merupakan peserta yang menyertai program. Peserta
biasanya terdiri daripada pelajar, kakitangan dan masyarakat luar atau
antarabangsa.

2.2.9 Jawatankuasa Pelaksana


Jawatankuasa pelaksana merupakan senarai nama individu yang terlibat
dalam menguruskan dan menjayakan program. Jawatankuasa pelaksana
merangkumi jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Jawatankuasa
induk ialah jawatankuasa tertinggi. Seterusnya bagi jawatankuasa kerja
pula, setiap ahli mempunyai pembahagian tugas masing-masing.

2.2.10 Anggaran Belanjawan


Anggaran belanjawan ialah perbelanjaan keseluruhan bagi program dan
diperincikan secara menyeluruh. Anggaran belanjawan meliputi anggaran
perbelanjaan dan sumber kewangan. Jumlah sumber kewangan perlu selari
dengan jumlah anggaran perbelanjaan.

2.2.11 Tentatif Program


Tentatif program merupakan perjalanan aktiviti sepanjang program
berlangsung. Penulisan cadangan tentatif program hendaklah ditulis
daripada awal hingga akhir program temasuk aturcara perasmian dan
penutup. Selain itu, nyatakan juga masa, nama penceramah dan tajuk
ceramah.

2.2.12 Penutup
Penutup ialah harapan daripada program yang akan dijalankan. Contohnya
ialah harapan semoga program yang hendak dilaksanakan dapat
memberikan impak yang baik kepada para peserta.

You might also like