You are on page 1of 14

KAJIAN FILEM OMBAK

RINDU,
KARYA FAUZIAH

diarahkan oleh Osman Ali dan


diterbitkan oleh GSC Movies.
PENGENALAN
• Kajian ini berfokus pada aspek kesantunan leksikal yang terdapat dalam
dialog filem Ombak Rindu (2011), iaitu dialog antara dua watak utama
filem tersebut.
• Kajian dalam bidang pragmatik yang dilakukan ini akan mengenal pasti
padanan leksikal dengan berpandukan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan
Edisi Baharu (2010) dan juga Tesaurus Bahasa Melayu Edisi Kedua (2011).
• Ketepatan pemilihan leksikal yang digunakan dalam dialog filem Ombak
Rindu akan dapat diperlihatkan selain daripada mengaplikasikan model
Prinsip Kesantunan Leech (1983) berdasarkan keenam-enam maksimnya.
• Dapatan analisis menunjukkan bahawa ketepatan pemilihan leksikal dalam
dialog filem Ombak Rindu telah dipengaruhi oleh empat faktor utama, iaitu
konteks peristiwa, latar belakang watak, struktur suku kata dan kekerapan
penggunaan sesuatu kata dalam komunikasi seharian
PERNYATAAN MASALAH

 Bidang kesantunan berbahasa telah mendapat perhatian para pengkaji sejak tahun 1950-
an sehingga kini.
 Ini adalah kerana kesantunan berbahasa itu merupakan suatu nilai yang hadir dalam setiap
masyarakat termasuklah dalam budaya masyarakat Melayu.
 Secara umumnya, kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji bahasa terhadap aspek
kesantunan berbahasa dalam konteks masyarakat Melayu telah memaparkan unsur
keharmonian dan keindahan yang hadir dalam kehidupan masyarakat Melayu tersebut
 Berdasarkan kajian literatur, banyak kajian tentang aspek kesantunan berbahasa menjurus
kepada majlis pertunangan, ucapan dalam ceramah dan juga karya pantun.
 Justeru, pengkaji mendapati bahawa kajian terhadap kesantunan leksikal khususnya
terhadap karya filem Melayu kurang mendapat perhatian pengkaji bahasa
TUJUAN KAJIAN

 mengenal pasti padanan leksikal kata nama, kata kerja dan kata adjektif dalam filem
Ombak Rindu dan hubungannya dengan komunikasi berkesan;
 menghubungkaitkan penggunaan leksikal dalam filem Ombak Rindu dengan Prinsip
Kesantunan Leech (1983); dan
 mengenal pasti penggunaan leksikal kata ganti nama diri dan kata sapaan dalam drama
Kisah Kita Episod 5 (2014) yang boleh diterapkan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
KAJIAN LITERATUR

 Aspek kesantunan berbahasa telah banyak dibincangkan oleh pengkaji barat dan juga
tempatan menerusi beberapa kajian yang telah dilakukan oleh mereka.
 Namanama pengkaji dari luar dan dalam negara yang telah banyak menyumbang kepada
bidang pragmatik ini adalah seperti Goffman, Brown dan Levinson, Leech, Watts, Asmah
Haji Omar dan juga Awang Sariyan.
 Nama-nama ini merupakan antara nama-nama penting yang sering dikaitkan dengan
bidang kesantunan berbahasa.
 Kajian literatur ini akan membincangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan
kesantunan berbahasa berdasarkan kajian luar dan dalam negara, iaitu mengikut kronologi
tahun kajian dilakukan.
 Kajian yang dilakukan pengkaji merujuk kepada penulisan-penulisan seperti yang terdapat
dalam buku, jurnal, kertas kerja, tesis dan juga disertasi
KAEDAH KAJIAN

 Pertama, kaedah pemerhatian terhadap keseluruhan filem Ombak Rindu dan drama Kisah
Kita Episod 5 (2014) secara berulang kali. Kaedah pemerhatian ini turut dilakukan bagi
mengenal pasti dialog-dialog yang diungkapkan oleh dua watak utama dalam filem
tersebut, iaitu Hariz dan Izzah;
 Kedua, kaedah pentranskripsian dialog filem Ombak Rindu dan drama Kisah Kita Episod 5
(2014) dilakukan kerana pentranskripsian dialog dalam filem tersebut memainkan peranan
yang penting dalam pemilihan data-data leksikal untuk dianalisis, sekaligus membantu
dalam mencapai kedua-dua objektif kajian ini;
 3.Kaedah ketiga pula ialah kaedah pengkategorian data leksikal berdasarkan golongan
kata masing-masing, iaitu kata nama, kata, kerja, kata permintaan, kata sapaan dan kata
ganti nama diri
BAHAN KAJIAN

 Kajian ini akan menggunakan sebuah filem Melayu yang bertajuk Ombak Rindu (2011)
yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan Tarantella Pictures. Filem ini telah dipilih sebagai
bahan kajian untuk mewakili filem-filem Melayu lain yang pernah ditayangkan di pawagam.
Selain itu, kajian ini turut akan menggunakan drama tempatan, iaitu drama Kisah Kita
Episod 5 (2014) yang mencerminkan penggunaan bahasa seharian serta realiti kehidupan
pelajar-pelajar Melayu di Singapura.
PROSEDUR KAJIAN
 pemerhatian filem Ombak Rindu dan drama Kisah Kita Episod 5 (2014);
 pentranskripsian dialog filem Ombak Rindu dan drama Kisah Kita Episod 5 (2014) bagi
mempermudahkan pengkaji mengenal pasti data analisis;
 pengenalpastian dialog dan data analisis mengikut babak dan peristiwa
 4pelabelan data analisis seperti “B” bagi babak, “D” bagi dialog dan “KGN” bagi kata ganti nama;
 pengkategorian data analisis, iaitu pengkategorian kepada kategori seperti kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sapaan dan kata ganti nam;
 pemadanan data analisis dengan merujuk tesaurus bahasa Melayu;
 pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan leksikal seperti faktor konteks peristiwa,
latar belakang watak, struktur suku kata dan kekerapan penggunaan leksikal dalam komunikasi seharian
 rujukan konkordans menerusi laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);
 pengaplikasian kaedah kuantitatif bagi memperlihatkan darjah kedominan yang menjadi faktor penentu
bagi pemilihan sesuatu leksikal serta bagi memperlihatkan keseluruhan data analisis yang dikaji dan
juga; dan
 penganalisisan hubungan penggunaan leksikal dengan Prinsip Kesantunan Leech (1983), iaitu untuk
memperlihatkan sejauh mana Prinsip Kesantunan Leech dipatuhi atau sebaliknya dalam filem Ombak
Rindu (2011) dan drama Kisah Kita Episod 5 (2014).
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

 Dapatan kajian ini akan membincangkan tentang empat perkara utama, iaitu pertama,
analisis padanan leksikal kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang terdapat dalam
dialog filem Ombak Rindu.
 Kedua, dapatan kajian akan turut memperlihatkan faktor-faktor yang menjadi penentu
dalam pemilihan leksikal yang terdapat dalam dialog filem Ombak Rindu (2011), iaitu
dialog antara dua watak utama dalam filem ini. Ketiga, hubungan penggunaan leksikal
dalam dialog filem Ombak Rindu dengan Prinsip Kesantunan Leech (1983) serta sejauh
mana prinsip kesantunan
WATAK/GOLONGAN HARIZ IZZAH JUMLAH

KATA NAMA 19 5 24

KATA KERJA 18 9 27

KATA ADJEKTIF 7 0 7

JUMLAH KESELURUHAN 58

JADUAL1.1: JUMLAH KESELURUHAN DATA LEKSIKAL KATA NAMA, KATA KERJA


DAN KATA ADJEKTIF DARI DIALOG FILEM OMBAK RINDU
NO LEKSIKAL(KATA NAMA) FREKUENSI
PENGGUNAAN
1 PELACUR 3
2 LELALKI/LAKI LAKI 7
3 PEREMPUAN 6
4 ISTERI 4
5 PEMBANTU 1
6 ZURIAT 1
7 SUAMI 1
8 JANTAN 1
JUMLAH KESELURUHAN 24

JADUAL 1.2: FREKUENSI PENGGUNAAN LEKSIKAL KATA


NAMA DALAM DIALOG
NO LEKSIKAL(KATA KERJA) FREKUENSI PENGGUNAAN
1 MINUM 1
2 BELI 1
3 LAYAN 2
4 MAMPUS/MATI/MENINGGAL 5
5 NIKAHI/KAHWINI 5
6 TUNTUT 1
7 HARAP 1
8 SENTUH 2
9 MEMANDANG 1
10 KURUNG 1
11 GUGURKAN 2
12 PERGI 2
13 CERAI 1
14 KUTIP 2
JUMLAH KESELURUHAN 27

JADUAL 1.3: FREKUENSI PENGGUNAAN LEKSIKAL KATA KERJA


DALAM DIALOG
NO KATEGORI(KATA JUMLAH PERATUSAN%
LEKSIKAL)
1 KATA NAMA 24 7.7
2 KATA KERJA 27 8.7
3 KATA ADJEKTIF 7 2.3
4 KATA SAPAAN-ENCIK 29 9.4
5 KATA SAPAAN-SAYANG 2 0.6
6 KATA SAPAAN-ABANG 49 15.8
7 KATA PERMINTAAN- 11 3.6
TOLONG
8 KATA PERMINTAAN- 6 1.9
MINTA MAAF
9 KATA GANTI NAMA- 49 15.8
SAYA
10 KATA GANTI DIRI-AKU 44 14.2
11 KATA GANTI DIRI-KAU 62 20.0
JUMLAH KESELURUHAN 310 100

JADUAL 1.5: JUMLAH KESELURUHAN DATA LEKSIKAL DARI DIALOG FILEM


OMBAK RINDU
Kesimpulan

PEMILIHAN LEKSIKAL YANG TEPAT DEMI MENCAPAI KEBERKESANAN KOMUNIKASI AMAT


BERKAIT RAPAT DENGAN EMPAT (4) FAKTOR UTAMA, IAITU KONTEKS PERISTIWA, LATAR
BELAKANG WATAK, STRUKTUR SUKU KATA DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN SESUATU KATA
DALAM KOMUNIKASI SEHARIAN. HAL INI SEKALI GUS MENJELASKAN BAHAWA KOMUNIKASI
BERKESAN TIDAK AKAN BERLANGSUNG ATAU MENJADI TERHALANG SEKIRANYA SALAH SATU
DARIPADA KEEMPAT-EMPAT FAKTOR TERSEBUT TIDAK DITEPATI.DAPATAN ANALISIS DALAM
KAJIAN INI TURUT MEMBUKTIKAN BAHAWA KESANTUNAN LEKSIKAL DALAM DIALOG FILEM
SEPERTI OMBAK RINDU DAN KISAH KITA EPISOD 5 DAPAT DIHUBUNGKAITKAN DENGAN
PRINSIP KESANTUNAN LEECH (1983) BERDASARKAN ENAM MAKSIMNYA, IAITU MAKSIM
KEBIJAKSANAAN, MAKSIM KEDERMAWANAN, MAKSIM SOKONGAN, MAKSIM KERENDAHAN
HATI, MAKSIM PERSETUJUAN DAN MAKSIM SIMPATI. NAMUN DEMIKIAN, TIDAK KESEMUA DATA
LEKSIKAL DIDAPATI MEMATUHI KEENAM-ENAM MAKSIM-MAKSIM TERSEBUT

You might also like