Professional Documents
Culture Documents
Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya
memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk
digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE
merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah.
Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE
yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan
secara berperingkat.
Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE
iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan
objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan
sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require
learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise
(melakukan penilaian dan pengubahsuaian).
Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang
boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia
ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri-
ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang
murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan,
budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi
suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru
daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar
berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan
unsur budaya etnik berkenaan.
Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam
bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang
bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan
dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum
beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru
menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan
secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui
ujian pra atau melalui soal jawab.
Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru
perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan
kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada
pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas
bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin
serta menepati kehendak. Sebagai contoh :
iii. Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang
hendak dicapai.
S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber)
Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga
langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang
paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri
murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah
format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang
akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan
media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum
balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan
sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk
kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting
adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru
dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan
sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah-
langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber
sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang
penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun
bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara
optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menganalisis Pelajar
Menyatakan Objektif
Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak
siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran
tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Kesihatan Diri, objektif pembelajaran
boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif
kognitif, murid-murid dapat menyatakan cara-cara penjagaan kebersihan gigi, rambut
dan badan dengan cara dan kaedah yang betul. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-
murid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam diri mereka.
Bagi tajuk Kesihatan Diri, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah
main peranan.Guru bolehlah memanggil beberapa orang murid ke depan bagi membuat
demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan cara dan
kaedah yang betul.
Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri
adalah seperti video mengenai cara-cara penjagaan kebersihan gigi serta cara-cara
memberus gigi yang betul. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih
memahami dan nampak dengan jelas cara perlakuan memberus gigi yang betul.
Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri
adalah bahan maujud seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi
dan model syampu rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi main
peranan di mana beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk membuat
demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan betul.
Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah mengkaji bahan sumber
seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu
rambut sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum
digunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang
penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam
sesi main peranan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan
menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan
model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan.
Buku :
Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and
Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.
Internet :
http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php
LAMPIRAN