You are on page 1of 4

PENTAKSIRAN DALAM SEJARAH (SJH 3093)SEM 5/2015

Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah juga ukuran sebaran dan ia amatlah berkait dengan varians, iaitu
sisihan piawai adalah punca dua varians. Sisihan piawai sangat penting kerana dapat
memberi gambaran lengkap skor mengenai taburan skor yang mempunyai min yang
sama tetapi sebaranya berbeza dalam sesuatu ujian. Biasanya ukuran sisihan piawai
mempunyai kaitan dengan lengkung taburan normal.
Sisihan piawai dapat menunjukkan sisihan daripada purata bagi sesuatu taburan skor.
Saiz sisihan piawai menunjukkan luas atau jarak daripada min dalam sesuatu taburan
skor yang sama.
Kegunaan Sisihan Piawai
Sisihan piawai digunakan untuk mengetahui pencapaian keseluruhan murid dalam
sesuatu ujian sama ada merupakan homogen dan heterogen, iaitu sama ada
pencapaian mereka berkelompok di suatu markah purata atau disebarkan secara luas.
Contoh: Cari varians dan sisihan piawai bagi data berikut:

1,7,2,5
x = 1+7+2+5
= 15

x = hasil tambah / jumlah


x = skor individu

PENTAKSIRAN DALAM SEJARAH (SJH 3093)SEM 5/2015

x2 = 12+72+22+52
= 1 + 49 +4 +25
= 79
Oleh itu varians ialah :

2
(
)
x
2
___________
2 ___________
Varian, s =
= [ x +
]
n-1
n

(15)2
1
= ___________ = [ 79 +___________]
4-1
4
= 7.582
Sisihan piawai, s =
=

PENTAKSIRAN DALAM SEJARAH (SJH 3093)SEM 5/2015

= 2.754
Kesahan Item
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan
kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan
diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid, 2005).
Kebolehpercayaan dan kesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan
ketekalan alat kajian sama ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina
(Hardy & Bryman, 2004)
Istilah kesahan berasal daripada perkataan Latin validus bermaksud kuat (Chambers
English Dictionary, 1990). Manakala dalam kamus The New Collins (1997), kesahan
bermaksud mengesahkan sesuatu secara rasmi. Dalam konteks penyelidikan pula,
kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur (Kerlinger, 1986).
Secara amnya, penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi bererti dapatan
yang diperoleh adalah berdasarkan fakta atau bukti dan mampu memberi justifikasi
yang tepat.
Fraenkel dan Norman (2005) berpendapat bahawa kesahan adalah sebagai ketepatan,
kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data
diinferenkan. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin
kesahan item-item kajian agar bersifat:
(a) dapat dipertahankan - hasil kajiannya tepat dan berguna,
(b) ketepatan - menjawab persoalan kajian,
(c) kesesuaian - relevan dengan tujuan kajian,
(d) bererti - memberi makna terhadap data melalui skor dan
(e) kebolehgunaan - mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba
dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut

PENTAKSIRAN DALAM SEJARAH (SJH 3093)SEM 5/2015

boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk


dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan
data kajian (Fraenkel dan Norman, 2005).

You might also like