You are on page 1of 5

Imam Al-Ghazali

Rahimahullah
Riwayat Hidup
Tarikh lahir: 450 Hijrah bersamaan dengan tahun
1058 Masihi
Tempat lahir: Bandar Tus, Khurasan(Iran)
Nama sebenar: Abu Hamad Muhammad Bin
Muhammmad Bin Ahmad Al-
Ghazali At-Tusi
Gelaran: i.)Al-Ghazali (sempena nama kampung
tempat kelahirannya iaitu Ghazalah)
ii.)Abu Hamad (kerana salah seorang
anaknya bernama Hamad)
Asal-usul: i.)Dari keluarga yang miskin.
ii.)Bapanya mempunyai cita-cita yang
tinggi melihat anaknya menjadi orang
alim dan soleh
Jawatan: Naib Canselor di Madrasah Nizamiah,
pusat pengajian tinggi di Baghdad.
Beliau juga merupakan seorang ulama, ahli fikir,
dan ahli falsafah Islam yang terkemuka yang
banyak memberi sumbangan ke arah perkembangan
tamadun manusia
Tarikh wafat: Hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505
Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus
Tempat dikebumikan: Bandar Tus, Khurasan(Iran)

Sifat Peribadi
Mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak
berhujah sehingga digelar “Hujjatul Islam”
Berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu
pengetahuan
Sangat mencintai ilmu pengetahuan
Sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup
untuk bermusafir demi mencari ilmu pengetahuan.
Terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah
mengharumkan nama ulama Islam di Eropah
melalui hasil karyanya yang bermutu tinggi
Sejak kecil lagi dididik dengan akhlak yang mulia.
Oleh itu,beliau membenci sifat riak, megah,
sombong, takbur, dan sifat-sifat mazmumah yang
lain.
Kuat beribadat, warak, zuhud, tidak gemar kepada
kemewahan,dan mencari sesuatu untuk mendapat
keredaan Allah S.W.T
Mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang ilmu
terutamanya fikah, usul fikah, dan siasah syar’iyah.
Oleh itu, beliau digelar “fakih”.
Pendidikan
Pada peringkat awal, beliau mendapat pendidikan
secara percuma daripada beberapa orang guru
kerana kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang
diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau
menguasai bahasa Arab dan Parsi.
Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap
ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, ilmu
mantik, usul fikah, dan falsafah serta menyelidik
segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam
bidang yang dibincangkan oleh pendapat daripada
mazhab-mazhab tersebut.
Selepas itu, beliau menyambung pelajaran dengan
seorang guru yang bernama Ahmad Ar-Razkani
dalam bidang ilmu fikah dan beliau juga berguru
dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jarjan dan Imam
Harmain di Naisabur.
Oleh sebab Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian
ilmu, beliau dilantik menjadi guru di Madrasah
Nizamiah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor di sana.
Mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah,
Madinah, Mesir, dan Jerusalem untuk berjumpa
dengan ulama-ulama di sana bagi mendalami ilmu
pengetahuan.
Sewaktu pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya
Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada
masyarakat dan pemikiran umat Islam dalam semua
masalah.
Sumbangan
Berpendapat bahawa untuk mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat,seseorang itu harus mempunyai ilmu dan
diamalkan dengan baik dan ikhlas kerana Allah
S.W.T.
Merupakan ahli fikir Islam yang telah
meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui
hasil-hasil karyanya.
Pernah dilantik sebagai penasihat agung
kepada Nizam Al-Mulk, perdana menteri Khalifah
Abbasiyah di Baghdad.
Mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Menjadi tenaga pengajar di Universiti
Nizamiyah di Baghdad.
Menolak fahaman ahli falsafah.
Segala hasil tulisan beliau, mempengaruhi
ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi,
Syeikh Al-Asyraf dan Ibnu Rusyd.
Kebanyakan hasil karya beliau berbentuk
falsafah. Oleh itu, ahli-ahli falsafah Barat
menganggap beliau sebagi ahli falsafah dan beliau
digelar filsuf (pelapor kepada golongan sufi).
Hasil karya beliau juga merangkumi
pelbagai bidang ilmu termasuk fizik, metafizik,
dan sebagainya.
Antara ulama yang berjuang membina
tamadun Islam yang dinamik kerana hasil
pemikirannya melalui penulisan banyak
mempengaruhi umat Islam hingga kini.
Kitab-kitab hasil karya beliau banyak
diterjemahkan ke dalam bahasa asing oleh
pengkaji-pengkaji barat.
Antara hasil karya beliau yang bermutu
tinggi selain Ihya Ulumuddin termasuklah:
i. Mizanul-Amal
ii. Al-Munkaz Minal Dhalal
iii. Minhajul-Abidin
iv. Tuhafatul-Falasafah
v. Hidayatus-Salikin
vi. Jawahir Al-Quran
vii. Maqasidul-Falsafah
viii. Al-Mustazhar
ix. Al-Wajiz

You might also like