You are on page 1of 32

Soalan-soalan Asas

Pencemaran Alam Sekitar

Musbri Mohamed
Pengurus Besar
Yayasan PEKIDA Malaysia
Apakah yang disebut alam sekitar ?
Alam sekitar membawa maksud faktor fisikal
di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara,
cuaca, bunyi, bau, rasa, biologikal haiwan, biologikal
tanaman dan nilai estatika.
Apa makna alam sekitar yang kekal atau
semulajadi?
Alam sekitar yang kekal adalah alam sekitar yang
masih berada pada kedudukan semulajadi ,indah
dan bersih. Persekitaran semulajadi yang kekal dan
tenteram akan menjadikan manusia senantiasa sihat,
ceria dan bertenaga.
Apakah yang dimaksudkan pencemaran alam sekitar ?
Pencemaran alam sekitar adalah perbuatan atau
ketinggalan perbuatan yang dilakukan oleh manusia
kepada alam sekitar yang menghasilkan impak negatif
kepada manusia dan alam.
Apa kesan pencemaran alam sekitar ?

Akibat pencemaran alam sekitar :-

Pencemaran alam sekitar antara lain telah


menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan
keselamatan penduduk , penipisan ozon,
penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan
flora dan fauna.
Kenapa berlaku pencemaran alam sekitar ?

Inovasi dan pertumbuhan teknologi, industri dan


aktiviti manusia telah memberi sumbangan dan
kemajuan di bidang sosial, politik dan ekonomi
sejagat.
Namun di dalam proses pelaksanaan objektif
pembangunan tersebut ianya telah menyebabkan
pencemaran alam sekitar.
Berapa katogeri pencemaran alam sekitar ?

Pencemaran alam sekitar secara amnya


boleh dibahagikan kepada :-
1.Pencemaran Air
2.Pencemaran Udara
3.Pencemaran Tanah
4.Pencemaran Bunyi
Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bahan


pencemar di udara. Bahan pencemar ini boleh
berupa asap , habuk , debu dan gas-gas beracun.
Punca utama pencemaran udara :-
Kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api di kilang
Pembakaran hutan , tanah gambut dan sampah
Pembukaan tanah dan penebangan hutan
Penyemburan racun serangga , baja dan kimia
Asap rokok
Kesan pencemaran udara :-

Menjejaskan kesihatan manusia


Penipisan lapisan ozon
Kesan Rumah Hijau
Pembentukan hujan asid
Jerebu
Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila terdapat bahan


pencemar di dalam air. Bahan pencemar ini boleh
berupa air basuhan, najis, sisa kilang, tumpahan
minyak dan sampah sarap.
Antara punca pencemaran air :-
Bahan buangan rumah seperti air basuhan , najis
dan sampah
Sisa kilang seperti ampaian toksid, minyak gris,
raksa dan bahan kimia lain
Tumpahan minyak
Pembuangan sampah dan najis binatang
Hakisan tanah
Kesan pencemaran air :-

Menjejaskan kesihatan manusia


Membunuh hidupan air
Menjejaskan keindahan alam
Kehilangan sumber ekonomi
Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapat bahan


pencemar atau aktiviti negatif di atas tanah. Bahan
pencemar ini boleh berupa sampah sarap, racun
serangga dan aktiviti manusia yang tidak terkawal.
Antara punca pencemaran tanah :-
Pembuangan sampah sarap di merata tempat
Aktiviti penternakan, pembinaan, perlombongan dan
pembalakan
Penyemburan racun perosak
Kesan pencemaran tanah :-

Menjejaskan kesihatan manusia


Menyebabkan hakisan tanah
Memupuskan habitat dan haiwan liar
Menjejaskan keindahan alam
Menjejaskan kesuburan tanah dan sumber alam
Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah penghasilan bunyi


yang kuat dan tidak disenangi di dalam
sesuatu persekitaran.
Antara punca pencemaran bunyi :-
Aktiviti manusia
Kerja pembinaan
Kilang-kilang
Kenderaan di jalanraya, kapal terbang,
kereta api dan kapal laut
Kesan pencemaran bunyi :-
Sakit kepala
Hilang tumpuan
Gangguan perasaan
Sukar tidur
Pekak
Contoh masalah alam sekitar :-

Pencemaran pantai, pinggir pantai dan laut oleh


tumpahan minyak
Pencemaran sungai oleh pembuangan najis ternakan
Jerebu oleh pembakaran hutan
Pertambahan suhu dengan pembangunan urbanisasi
yang tidak terkawal
Pengurangan flora dan fauna dengan pembukaan
hutan kekal
Langkah mencegah pencemaran alam sekitar :-

Mengharamkan pembakaran terbuka


Membina kilang jauh daripada perumahan
Kitar semula bahan buangan
Kempen, kesedaran dan pameran kepentingan
alam sekitar
Mengawal aktiviti lombong, ternakan , pembinaan
dan pertanian
Undang-undang dan fakta alam sekitar Malaysia.

Di Malaysia perundangan alam sekitar hanya digubal


pada 1974 dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sebelum 1997 masyarakat Malaysia tidak terlalu
prihatin akan masalah alam sekitar walaupun di luar
negara terdapat isu pemanas bumi, pembakaran hutan
dan bencana maut seperti di Bhopal, India pada 1984
dan di Chernobyl, Rusia pada 1986.
Episod jerebu pada 1997 yang melanda Malaysia dan
Asia Tenggara telah membuka mata dan minda rakyat
Malaysia akan sebab dan akibat pencemaran alam
sekitar.
Urutan itu kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar pada 1998 bahawa separuh daripada
pantai di Malaysia telah tercemar amat mengejutkan
semua lapisan rakyat Malaysia.
Adakah masalah alam sekitar dapat diatasi bersendirian ?

Kini di Abad 21 didapati bahawa isu alam sekitar telah


menjadi lebih kompleks dan ianya tidak dapat dilihat dan
diatasi secara berasingan lagi dari sudut tindakan maupun
pihak yang terlibat; ianya perlu tindakan bersama seluruh
penduduk dunia dengan cara multimedia.
Isu alam sekitar telah menjadi isu sejagat kerana
kesannya melibatkan semua pihak tanpa mengira batasan
sempadan negara.
Sudut pandangan Islam

Manusia diciptakan sebagai sebahagian daripada kosmik


kehidupan yang bertanggungjawab memenuhi keperluan
antara satu sama lain. Bagaimanapun, manusia sebagai
khalifah diamanahkan mentadbir alam sekitar.

Firman Allah s.a.w ;


Surah Ar Rum ; Ayat 41
( Terjemahan )

“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan


di lautan oleh kerana tangan manusia sendiri,
sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian
azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka
kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”
Kempen kesedaran alam sekitar

Mengerakkan masyarakat antara lain ibubapa, guru,


majikan, NGO, CBO, kerajaan dan swasta agar pro-
aktif dan sistematik serta berterusan dalam
memberikan bimbingan dan contoh kepada generasi
muda betapa pentingnya untuk kita menjaga alam
sekitar dulu, kini dan selamanya.
Apakah makna “Pembangunan Mampan” ?

Pembangunan mampan adalah pembangunan yang


memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas
keperluan generasi masa depan dan ianya adalah
pembangunan yang mengimbangkan
pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial
dan alam sekitar.
Apakah yang disebut Local Agenda 21 ( LA 21 )

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat,


sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya)
bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan
persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh


melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu
pembangunan mampan,  membentuk pelan tindakan untuk
menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan
itu. 

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up",


atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk
tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan
tindakan bagi kawasan masing-masing.
Kerjasama Peringkat Global

Local Agenda 21 ialah suatu inisiatif yang


dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan sokongan
United Nations Development Programme
(UNDP) dan kerjasama Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU)
Malaysia .
Local Agenda 21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut
kajian International Council of Local Environmantal Initiatives
(ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara yang
terlibat dengan aktiviti Local Agenda 21 (sehingga hujung tahun
1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia,
China, Denmark, Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Rep.
Korea, Sweden dan United Kingdom.
Di rantau Asia-Pasifik, negara-negara yang terlibat dengan
aktiviti-aktiviti Local Agenda 21 termasuk:

Tiada kempen kebangsaan:


India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea,
Thailand, Vietnam

Dengan kempen kebangsaan:


Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia
Hutan
Selamatkan
. T an g g u n gjawab
Kita
Bersama.
Hutan hari ini untuk generasi akan datang.
Apa yang boleh anda buat ?

1.Sertailah pertubuhan-pertubuhan, program-program


dan aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial dalam
kawasan anda.

2.Hubungilah pihakberkuasa tempatan anda (Majlis


Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau
Dewan Bandaraya) untuk menyertai program-program
alam sekitar dan sosial.

3.Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya


mencintai alam sekitar.

4.Jika anda tinggal di kawasan tapak-tapak projek Miri,


Petaling Jaya, Kerian atau Kuantan, sila hubungi Majlis
Daerah atau Majlis Perbandaran masing-masing untuk
menyertai program Local Agenda 21 di tempat anda.
Faedah-faedah program kesedaran alam sekitar.

Sebagai individu

1.Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan


pelaksanaan program-program untuk meningkatkan
kualiti hidup anda.
2.Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan
berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
3.Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang
lebih tinggi.
4.Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab
kepada alam sekitar anda.
Sebagai persatuan atau syarikat

1.Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai


badan masyarakat atau korporat yang
bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-
keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak
berkepentingan yang lain.
2.Menjalankan program-program dengan lebih
berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-
pihak berkepentingan yang lain.
3.Peluang untuk merancang dan menguruskan
pembangunan alam sekitar kawasan anda
bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
4.Peluang untuk memberi input kepada dasar-
dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada
kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup
masyarakat tempatan.
5.Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.
Sebagai wakil kerajaan

1.Meningkatkan persefahaman antara masyarakat


dengan pihak kerajaan.
2.Meningkatkan sokongan masyarakat kepada
program-program yang akan membawa manfaat
kepada semua.
3.Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang
mempraktikkan tadbir urus yang baik (good
governance) dengan adanya penyertaan awam,
ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus),
keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban
(accountability) dan wawasan strategik.
Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w
bermaksud:

“Jika seorang Muslim menanam atau menyemai


sebatang pokok di atas sebuah padang dan manusia,
burung atau haiwan lain memakannya maka ia dikira
sebagai sedekah.”

(Hadis Sahih & Muslim)

You might also like