You are on page 1of 7

Peneguhan

Peneguhan ialah rangsangan yang dapat meningkat atau mengubah tingkah


laku yang diingini. Skiner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat 6 jenis peneguhan yang boleh dipertimbangkan oleh seseorang guru


dalam mengurus tingkah ;laku murid. Antara peneguhan yang boleh digunapakai
ialah seperti berikut;

1. Peneguhan Positif
2. Peneguhan Negatif
3. Peneguhan Simbolik
4. Peneguhan Aktiviti Bebas
5. Peneguhan Tangible
6. Peneguhan Sosial

Perkara yang perlu diambilkira oleh seseorang guru semasa memilih peneguhan
yang sesuai dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku murid ialah;

 Keadaan fizikal murid. Guru perlu melihat keadaan fizikal murid sama ada
jenis peneguhan yang akan digunakan itu bersesuaian dengan murid atau
memberi kesan lain terhadap murid. Contohnya bagi murid yang terlalu pasif
tidak berminat untuk dilibatkan dalam aktiviti membaca dalam kumpulan.

 Persekitaran murid. Guru juga perlu ambil kira persekitaran murid supaya
peneguhan yang dijalankan lebih berkesan dan praktikal. Contohnya
persekitaran murid yang mempunyai sosioekonomi yang rendah lebih
cenderung untuk mengharapkan barangan atau makanan.

 Masalah tingkah laku yang dipamerkan oleh seseorang murid itu. Di sini
guru ;perlu bijak menyesuaikan jenis peneguhan yang sesuai mengikut
masalah yang dipamerkan. Ini bertujuan supaya jenis peneguhan yang dipilih
itu bersesuaian dan akan menampakkan kesan sewaktu proses mengurus
tingkah laku sasaran.

Apa yang penting ialah tindakan memilih jenis peneguhan yang sesuai dengan
masalah yang dipamerkan oleh murid haruslah bertujuan untuk menggalak atau
menghapus sesuatu pelakuan yang hendak diubah.
Prinsip-Prinsip Peneguhan

Prinsip-prinsip peneguhan merupakan peraturan yang boleh diaplikasi dalam


proses perubahan tingkah laku. Prinsip-prinsip berikut haruslah diutamakan;

 Peneguhan bergantung kepada tingkah laku sasaran yang dipamerkan dan


setelah tingkah laku sasaran itu dipamerkan barulah peneguhan diberikan.

 Tingkah laku sasaran diteguhkan sebaik sahaja ia ditunjukkan. Ini penting


terutama pada peringkat awal proses mengubah tingkah laku. Jika ia
ditangguhkan atau diabaikan ditakuti tingkah laku yang bukan sasaran secara
tidak sengaja akan diberi peneguhan.

 Pada peringkat awal, proses perubahan tingkah laku, tingkah laku sasaran
perlu diteguhkan setiap kali ia ditunjukkan. Ini adalah kerana tingkah laku
baru terbentuk itu perlu dijadikan sebahagian daripada tingkah laku harian
murid supaya murid tidak keliru tingkah laku yang mana hendak diteguhkan.

 Apabila tingkah laku sasaran mencapai tahap yang memuaskan, ia perlu


diteguhkan tanpa berkala. Ini bertujuan supaya tingkah laku ini masih
ditunjukkan walaupun peneguhannya tidak lagi diberi sepenuh masa. Murid
akan tertunggu tetapi tidak tahu bila tingkah laku ini akan diteguhkan.

 Peneguhan sosial perlu diberikan bersama-sama dengan peneguhan tangible


(material ). Ini adalah kerana, tujuan perubahan tingkah laku adalah
kepuasan pencapaian diri pelajar dan bukan hanya kepada peneguhan
material sahaja.

 Apabila melaksanakan proses perubahan tingkah laku dan semakin


meningkat tingkah lakunya, pemberian peneguhan berbentuk material perlu
diberhentikan tetapi teruskan dengan peneguhan sosial.

Peneguhan Positif

 Peneguhan positif ialah apa sahaja yang digunakan atau dilakukan untuk
menggalak atau menghapus sesuatu pelakuan. Ransangan yang
memuaskan diberikan terhadap sesuatu tingkah laku supaya diulangi.
Biasanya pemberian yang menyenangkan atau menyeronokkan.

 Semua guru yang berwibawa sedia maklum segala galakkan dan pujian yang
tertentu mahu pun ganjaran jangka pendek lebih berkesan daripada dendaan.

 Murid belajar dengan lebih pantas dan lebih berkesan jika mendapat ganjaran
di atas pelakuan dan perubahan tingkah laku. Ini kerana, apabila mendapat
pujian atau barangan daripada guru, murid akan rasa dihargai dan
meningkatkan motivasi diri.

 Minat, usaha, harga diri berkait rapat dan lebih berkesan ke arah membentuk
peneguhan positif. Ini lebih kepada jenis masalah yang dipamerkan oleh
seseorang murid dan ciri-ciri yang ada pada murid berkenaan.

 Peneguhan ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan asas yang
mana lebih bersifat material seperti pemberian bunga,hadiah dan makanan.
Manakala yang kedua ialah peneguhan lazim yang lebih bersifat spontan
seperti pujian dengan kata-kata atau bahasa badan.

Peneguhan Negatif

 Peneguhan negatif ialah apa sahaja yang dilakukan sebaik sahaja pelakuan
yang ditunjukkan dan hasilnya ialah pelakuan yang tidak diulangi lagi.
Dengan kata lain, suatu ransangan yang menyeronokkan diberhentikan dari
persekitaran individu agar keadaan akan jadi lebih menyenangkan.

 Antara jenis peneguhan negatif ialah deraan, pelupusan rangsangan yang


tidak menyeronokkan dan sebagainya. Peneguhan negatif dilakukan segera
sebaik sahaja pelakuan negatif ditunjukkan.

 Murid yang dikenakan atau menerima peneguhan negatif mestilah tahu


kenapa mereka dikenakan peneguhan negatif. Ini penting agar tidak
berlakunya penderaan atau tindakan diluar batas normal dan mengelak
daripada berlakunya penginayaan.

 Peneguhan negatif tersebut mestilah kekal dan bersifat adil kepada sesiapa
sahaja yang dikira sesuai dikenakan peneguhan negatif.

 Peneguhan negatif dikenakan atas dasar sayangkan murid dan bukan


bertujuan untuk balasan atau mengikut emosi marah.

Contohnya ;

Admund awak tinggal di dalam bilik ini dan siapkan kerja sebelum awak ke bilik
muzik bersama-sama kawan lain.
Peneguhan Simbolik

 Merupakan jenis setem, binatang dan lain-lain simbol. Guru juga boleh
menggunakan simbol;

i. secara lebih bersistematik


ii. terancang dan dapat dikembangkan sebagai satu hasil

 carta yang ditampalkan dengan setem boleh digunakan untuk menunjukkan


perkembangan kejayaan pelajar dan ini juga satu peneguhan kepada pelajar
lebih-lebih lagi jika mereka sendiri yang meletakan setem / pelekat ke atas
carta setiap kali individu itu menerima pujian.

 Pada tempoh tertentu, guru boleh memberi sesuatu yang lebih bermakna
kepada murid yang dapat mengumpul kutipan objek tertinggi dan yang
berikutnya.

 Hadiah yang dijanjikan perlulah bermanfaat kepada murid dan dapat


membantu murid dalam pembelajaran mereka. Contohnya pensel, pensel
warna, buku latihan dan sebagainya.

Peneguhan Aktiviti Bebas

 Guru menawarkan aktiviti khas sebagai ganjaran dan peneguhan. Bentuk-


bentuk aktiviti adalah pelbagai seperti bermain,membaca, mengisi masa
lapang, tidak perlu buat kerja rumah boleh digunakan. Ini boleh dirunding
berdasarkan kontrak.

 Pembinaan kontrak itu perlu ada matlamat yang mana kenapa peneguhan itu
diberikan dan mengapakah seseorang murid itu layak untuk menerima
ganjaran.

 Pemilihan peneguhan jenis ini dapat memberi keyakinan kepada murid dan
menggalakkan murid meningkatkan motivasi diri di samping melihat
keberkesanan kontrak ke atas tingkah laku sasaran.
Peneguhan Tangible

 Token, pelekat dan point atau berbentuk makanan ( gula-gula, aiskrim dan
lain-lain yang mempunyai nilai-nilai tertentu). Semua peneguhan hendaklah
dilaksanakan secara sistematik.

 Pemilihan peneguhan jenis tangible perlu dicatatkan atau mempunyai rekod


agar tidak berlaku pilih kasih dan dapat membuat penilaian kepada tingkah
laku bermasalah yang dipamerkan.

 Pemberian ganjaran perlu dipamerkan dalam bentuk jadual peneguhan di


dalam kelas agar murid sendiri dapat membuat penilaian dan ada rasa ingin
bersaing mengekang tingkah laku negatif.

Peneguhan Sosial

Merupakan peneguhan yang disukai dan diterima oleh ramai murid. Peneguhan
sosial telah terbukti berkesan bukan sahaja unuk guru menukar dan mengekal
tingkah laku murid ( Kirby & Holborn ), malah murid juga dapat menukar dan
mengekal tingkah laku guru ( Polivistok & Greer, 1977 ).

Expresi tanpa lisan

 Gelak, senyum kenyit mata, mengangguk, tepuk tangan dan lain-lain. Ini
boleh dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan
akan dapat dilihat pada riak wajah murid yang mendapat gerak lisan seperti
di atas daripada guru. Murid akan lebih berkeyakinan dan dapat memberi
kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kedekatan

 Duduk sebelah murid semasa makan, di dalam bas dan bercerita. Ini dapat
memberi rasa yakin kepada murid untuk kenal guru dan mendengar nasihat
daripada guru.
 Duduk di atas riba guru dan sepasukan dengan guru semasa bermain. Ini
dapat meningkatkan keyakinan dan kemesraan yang berpanjangan antara
guru dan murid.

Kontek

 Pegang, peluk, berjabat tangan, mengusap kepala atau menepuk belakang


secara mesra ( ikut kesesuaian ). Guru perlu ambil kira jantina murid dan
guru. Ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan orang
luar.

Keistimewaan Individu

 Menjadi ketua permainan atau ketua darjah.


 Menaiki kereta bersama-sama guru.
 Peneguhan positif untuk individu.
 Pujian terhadap tingkah laku. Contohnya ”Saya suka lihat Rizal, dia tekun
habiskan kerja”.
 Iktiraf setiap murid.
 Kata-kata perangsang disebut atau ditulis di dalam buku murid.
 Kenyataan positif dihantar kepada ibu bapa.
 Pada buku latihan yang ditanda, elakkan daripada memangkah.
 Berikan insentif;
I. masa lebih untuk komputer
II. peluang membaca buku cerita
III. ganjaran / hadiah
IV. pemberian kecil
V. makan percuma dan lain-lain.

Peneguhan Positif untuk Kelas

 suatu hari dikecualikan daripada membuat kerja rumah.


 masa bebas ( melakukan kerja atau permainan yang berfaedah ).
 habiskan kerja rumah dalam kelas.
 Kelas boleh dengar muzik / nasyid.
 Menonton video.
 Perbincangan
 Bermain dam, catur, bingo dan lain-lain.
Contoh Pelaksanaan Peneguhan

 Amir merupakan seorang murid yang sukar untuk berada di tempatnya. Dia
selalu berjalan ke tempat kawan-kawannya serta keluar kelas.

 Kaedah yang digunakan ialah dengan meletakkan ”Timer” di atas meja Amir.
Jika Amir masi berada di tempatnya semasa ”Timer” berbunyi, dia akan
diberikan peneguhan. Amir dibenarkan untuk berada di satu sudut
mendengar cerita dari kaset untuk jangka masa tertentu.

 Jadual peneguhan di bawah digunakan;

Minit berada di tempat duduk Minit berada di kawasan peneguhan

5 2
5 2
7 21/2
8 21/2
10 21/2
15 3
20 3
25 3
30 31/2
45 4
60 4
90 4
120 71/2
150 10

You might also like