You are on page 1of 2

Slide 1 Respon Positif.

Salah satu peranan guru yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam
akademik ialah memberi respon positif terhadap usaha yang ditunjukkan oleh murid.
Respon itu membawa maksud komunikasi dan interaksi pelbagai hala diantara guru dan
murid-murid

Respon positif ini didatangkan dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah dengan
menunjukkan keprihatinan yang positif kepada murid atau keprihatinan kepada murid ini dengan
menunjukkan sifat terpuji kepada murid-murid.. Keprihatinan kepada murid juga boleh didatangi
dengan memberikan motivasi dalam bentuk pujian kepada murid yang tengah mencuba sedaya
upaya untuk memahami proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggalakkan lagi usaha
dan juga membantu murid dengan kata-kata yang positif supaya murid tidak berputus asa.

Slide 2.
Respon positif kepada murid juga boleh didatangi dengan memberikan motivasi dalam
bentuk pujian kepada murid yang tengah mencuba sedaya upaya untuk memahami proses
pembelajaran dan pengajaran dengan menggalakkan lagi usaha dan juga membantu murid
dengan kata-kata yang positif supaya murid tidak berputus asa.
Menurut Zulkarnain Abd Hamid, Dalam pembelajaran, kaedah pujian dan penghargaan seperti
memberi kata-kata positif atau memberi hadiah, memberi tepukan, merupakan tindakan pujian
yang secara tidak langsung memberi semangat dan galakan kepada pelajar . Menurutnya lagi,
secara realitinya kaedah ini dapat memotivasikan murid bertingkah laku yang diingini dengan
mengurangkan atau menghentikan tingkah laku negatif secara terus.
Ciri-ciri pujian yang memberi kesan ialah, memuji secara ikhlas memuji dengan cepat,
memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik dan
memuji jawapan atau respon yang spontan (Brophy 1981).

Slide 3,
Seterusnya ialah memberikan ganjaran atas usaha yang ditunjukkan oleh murid. Kaedah
penghargaan dalam pendidikan merupakan antara kaedah yang terawal dalam pendidikan yang
diasaskan oleh Burrhus Fredric Skinner (1904). Terdapat lima jenis proses dalam teori Pelaziman
Operan Skinner salah satu daripadanya ialah peneguhan positif. Peneguhan ialah perkara yang
dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan positif didatangi
dengan memberi ganjaran atas usaha murid-murid di dalam kelas. Ini adalah beberapa contoh
ciri-ciri memberi ganjaran yang boleh kita jadikan panduan,

1. Segera dan terkumpul


2. Dilakukan secara konsisten
3. Individu dan berkumpulan
4. Murid faham dan jelas perbuatan atau respon yang akan diberikan ganjaran
5. Dimaklumkan kepada murid sebab diberikan ganjaran
6. Fleksibel dan berubah-ubah

You might also like