You are on page 1of 8

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ZON BERSIH DI


PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

1. PENDAHULUAN

1.1 Garis panduan ini disediakan sebagai asas rujukan oleh semua
PBT Selangor dalam melaksanakan program Zon Bersih PBT
Selangor. Garis panduan ini juga menerangkan kriteria-kriteria
yang perlu dipatuhi oleh setiap PBT dalam usaha untuk
memastikan Zon Bersih dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2. OBJEKTIF

2.1 Menyeragamkan semua langkah dan tindakan dalam


melaksanakan Zon Bersih; dan

2.2 Memaklumkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap


PBT dalam melaksanakan program Zon Bersih.

1
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

3. KRITERIA – KRITERIA ZON BERSIH

3.1 Kebersihan – Dinilai dari segi seluruh kawasan Zon Bersih


termasuk kawasan lapang hendaklah bebas daripada sampah-
sarap, sisa bangunan, sisa pepejal dan lain-lain yang berkaitan.
Kriteria kebersihan seperti berikut:

a. Mempunyai inventori kawasan yang kotor;


b. Mempunyai jadual penyelenggaraan kebersihan dan kutipan
sampah;
c. Ada data sebenar penyelenggaraan kebersihan;
d. Bebas daripada ‘Illegal Dumping’;
e. Bebas daripada iklan haram; dan
f. Penguatkuasaan Undang-undang (bilangan kompaun).

3.2 Penyelenggaraan Infrastruktur – Dinilai dari segi keadaan


infrastruktur di dalam Zon Bersih di selenggara dengan baik
seperti jalan, lampu jalan, longkang, dan yang berkaitan.
Kriteria penyelenggaraan infrastruktur seperti berikut:

a. Mempunyai jadual penyelenggaraan jalan, lampu jalan,


longkang dan yang berkaitan ;
b. Ada data sebenar penyelenggaraan jalan, lampu jalan,
longkang dan yang berkaitan;
c. Penyelenggaraan tempat letak kereta; dan
2
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

d. Penguatkuasaan Undang-undang (Bilangan kompaun).

3.3 Penyelenggaraan Kemudahan Awam – Dinilai dari segi


keadaan kemudahan awam di dalam Zon Bersih di selenggara
dengan baik seperti perhentian bas, tandas awam, tempat
awam, taman permainan dan yang berkaitan. Kriteria
penyelenggaraan kemudahan awam seperti berikut:

a. Mempunyai jadual penyelenggaraan perhentian bas, tandas


awam, tempat awam, taman permainan dan yang berkaitan;
b. Ada data sebenar penyelenggaraan perhentian bas, tandas
awam, tempat awam, taman permainan dan yang berkaitan;
dan
c. Penguatkuasaan Undang-undang (Bilangan kompaun)

3.4 Penyelenggaraan Landskap – Dinilai dari segi


penyelenggaraan elemen landskap. Kriteria penyelenggaraan
landskap seperti berikut:

a. Mempunyai inventori pokok;


b. Mempunyai jadual penyelenggaraan pokok-pokok; dan
c. Ada data sebenar penyenggaraan pokok dan taman;

3
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

3.5 Pengurusan Aduan Zon Bersih– Dinilai dari segi


keberkesanan tindakan dan masa yang diambil untuk
menyelesaikan aduan. Kriteria pengurusan aduan adalah
seperti :

a. Mempunyai pegawai/kakitangan khusus mengendalikan


pengurusan aduan Zon Bersih;
b. Setiap aduan diterima diberi pengesahan penerimaan;
c. Mempunyai saluran-saluran aduan;
d. Bilangan aduan yang diterima (%) dan diselesaikan dalam
tempoh 3 hari; dan
e. Respons kepada aduan.

4
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

4. PAPAN TANDA MAKLUMAN ZON BERSIH

4.1 Papan tanda jalan masuk ke Zon Bersih ( 2 Tiang)

5
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

4.2 Papan tanda peringatan Zon Bersih ( 1 Tiang)

6
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

4.3 Papan tanda jalan masuk ke Zon Bersih seperti di para 4.1
hendaklah diletakkan di semua jalan masuk yang berkenaan
untuk memaklumkan kepada masyarakat awam.

4.4 Manakala papan tanda peringatan Zon Bersih seperti di para


4.2 hendaklah diletakkan di dalam kawasan Zon Bersih atau di
lokasi yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di dalam
zon berkenaan untuk memberi peringatan kepada masyarakat
awam.

4.5 Tindakan penguatkuasaan perlu dilipatgandakan demi


memastikan objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai.

4.6 Kawasan Zon Bersih yang dipilih perlu diambil gambar


(fotografi) keadaan sebelum dan selepas sesuatu tindakan
diambil. Perkara ini akan dipantau oleh pihak Kerajaan Negeri
dari masa ke semasa.

4.7 Satu penilaian menyeluruh akan dilaksanakan terhadap zon


yang telah dipilih setelah satu (1) tahun program ini
dilaksanakan.

7
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

5. PENUTUP

5.1 Pemakaian garis panduan ini dipanjangkan kepada semua PBT


Selangor untuk dilaksanakan.

Disediakan oleh:

Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan


Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

You might also like