You are on page 1of 44

PERBEZAAN

PENDEKATAN, KAEDAH
DAN TEKNIK
PENDEKATAN
 Parera (1986) :
 Pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah atau pandangan mengenai idea
utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma (pernyataan yang
diterima umum dan menjadi asas kepada
sesuatu huraian).
 Kamarudin Hj. Husin (1988) :
 satu kumpulan andaian yang saling berkait
tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran
bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa
Jenis-jenis Pendekatan :
1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Eklektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Interaksional
6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
7. Pendekatan Bersepadu
KAEDAH
 Mangantar Simanjuntak (1982) :
 satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang di gunakan.
 Parera (1986) :
 satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan
secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada
bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan
semuanya berdasarkan kepada pendekatan
 Ishak Ramly (2006) :
 satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan
sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran.
Jenis-jenis kaedah :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )
1. Kaedah terus
2. Kaedah semulajadi
3. Kaedah askar atau tentera
4. Kaedah ajuk-hafaz
5. Kaedah linguistik
6. Kaedah oral-aural
7. Kaedah terjemahan
8. Kaedah psikologi
9. Kaedah kod-kognitif
10. Kaedah khusus
1. Kaedah Terus :
 Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah
kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan
bahasa kedua kepada kanak-kanak.
 menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini
mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
 Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas
iaitu:
1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada.
3. timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan.
4. mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-
undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,
mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu
yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
2. Kaedah Semulajadi :
 hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh
murid.
 Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Oral-Aural :
 kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur.
 menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
 Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik
memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

4. Kaedah Linguistik :
 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa
yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi
bunyi.
 memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan
mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
TEKNIK
 Kamus Dewan (edisi ketiga) :
 kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti
muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Edward M. Anthony :
 satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
 Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz :
 pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Jenis-jenis teknik :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
1. Teknik berbincang
 teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan
di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan
guru.

2. Teknik brainstorming
 teknik yang berbentuk perbincangan
 Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk
menghuraikan pendapatnya.

3. Teknik soal jawab


 teknik yang kerap digunakan oleh guru.
 Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan
dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut.
 Mempunyai aras kesukaran soalan
4. Teknik main peranan
 teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap
sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang
bantuan skrip.
 pengalaman secara spontan.

5. Teknik bercerita
 Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi
pengajaran yang hendak disampaikan.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan
kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan.

6. Teknik tunjuk cara


 sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang
memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan
ayat-ayat yang betul dan sempurna.
 Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk
menerangkannya melalui bahasa yang baik.
 Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah
menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-
perkara yang harus dicakapkan.
7. Teknik penyelesaian masalah
 teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah
penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan
cuba menyelesaikan masalah tersebut.

8. Teknik latih tubi


 pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin
kekekalannya.

9. Teknik permainan bahasa


 guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-
kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka
untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang
diberi.
Secara keseluruhannya, pendekatan
adalah bersifat aksiomatik dan
menggambarkan hakikat bahasa dan proses
belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk
menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula
adalah bersifat prosedur dan teknik
merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.
Pendekatan Pendekatan Pendekatan Pendekatan
Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif
o Khusus kepada o Umum kepada o Gabungan induktif o Bahasa sebagai satu
umum khusus dan deduktif komunikasi
o Pengajaran o Pengajaran o Pengajaran o Pengajaran lebih
mendapatkan berdasarkan mengikut kebolehan kepada dialog
hukum hukum dan kemampuan o Situasi yang
o Banyak o Kemukakan kanak-kanak menyerupai keadaan
menggunakan genelisasi sebenar
contoh
Kaedah : Kaedah : Kaedah : Kaedah :
1. Terus atau 1.Linguistik 1.Linguistik 1. Linguistik
semulajadi 2.Semulajadi 2.Oral-aural 2. Oral-aural
2. Oral-aural 3.Terus 3.Semulajadi 3. Terus
3. Linguistik 4.Terus
4. Fonetik

Teknik : Teknik : Teknik : Teknik :


1.Berbincang 1.Main peranan 1.Penyelesaian 1.Bercerita
2.Brainstorming 2.Bercerita masalah 2.Brainstorming
3.Soal jawab 3.Lakonan/ drama 1.Tunjuk cara 3.Soal jawab
4.Tunjuk cara 2.Latih tubi 4.Berbincang
3.Soal jawab 5.Permainan
bahasa
Sumber : Kamaruddin haji Husin (1988)
Pendekatan Induktif
 dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme
 dimulai dengan contoh-contoh khusus kpd

kesimpulan umum
 memberi peluang kepada pelajar membuat
kesimpulan sendiri
 bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan &
menekankan kpd pengulangan
 utk mendapatkan hukum
Konsep-konsep pndktn induktif :

 Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk


mendapatkan hukum
 Memperkenalkan pengetahuan & pengalaman
 Mengakumulasikan maklumat utk m’btk hukum
 Membentuk kesimpulan drpd cth-cth tertentu
Pendekatan Deduktif
 Pendekatan ini selaras dengan teori
pembelajaran Gestalt
 pengajaran dengan mengemukakan generalisasi
dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.
 bematlamatkan pemerolehan struktur kognitif
 Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek
tulisan
Prinsip-prinsip pndktn deduktif
1. Generalisasi pada permulaan pengajaran
mestilah dinyatakan secara eksplisit
2. Cth-cth yang digunakan mestilah sesuai dan
mencukupi
3. Cth tdk hrs datang dr guru shj ttp juga dr murid
4. Cth msti btl spy murid dpt meniru & mghslkan cth
yg lain
5. Pemahaman generalisasi murid msti dinilai
melalui pelbgai cara
Kelebihan:
 Cara yang mudah untuk menyampaikan isi
pelajaran.
 Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu
membuat banyak persediaan.
 Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan
oleh kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik merupakan


gabungan daripada dua pendekatan lain
iaitu pendekatan deduktif dan induktif.
Pendekatan eklektik bermaksud
pengajaran disampaikan dengan
menggabungkan semua atau sebahagian
daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke
dalam kaedah yang baru.
 Pengajaran eklektik amat penting dalam
membantu meningkatkan kemahiran
mengeja dan juga kemahiran membaca
dalam kalangan kanak-kanak.

 Pendekatan eklektik digunakan apabila


sesuatu pengajaran memerlukan guru
menggunakan berbagai-bagai pendekatan
tidak hanya dengan penggunaan satu
bidang pendekatan yang mirip kepada
satu teori sahaja.
 Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman
bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-
bagai sistem dan pendekatan.

 Pendekatan eklektik merupakan satu usaha


bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di
antara berbagai-bagai pendekatan.

 Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi


merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik
dalam penggunaan pendekatan tersebut
 Cara yang demikian merupakan satu
permulaan bagi menggabungkan kaedah
yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang
munasabah untuk dilaksanakan ke dalam
proses pengajaran.

 Walau bagaimanapun penggabungan tidak


boleh disamakan dengan teori eklektik,
tetapi di antara satu kaedah dalam teori
eklektik adalah penggabungan.
Pendekatan komunikatif
 Fokus kpd aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi
 Tujuan :
- Guna bhs yg betul semasa
komunikasi
- Membentuk satu tatacara yang
berkesan bagi mengajar empat
kemahiran bahasa iaitu membaca,
memahami, menulis dan bertutur
Peringkat-peringkat dlm
pelaksanaan pengajaran :

1. Aktiviti prakomunikatif

2. Aktiviti komunikatif
Secara ringkasnya ……
 penekanan kepada fungsi dan struktur
secara serentak
 boleh menyatakan perasaan atau fikiran
mereka
 berbeza dengan pendekatan tradisional
yang hanya mementingkan kepada aspek
tatabahasa dan perbendaharaan kata
semata-mata.
CONTOH AKTIVITI
HP : 3.2.1 Mengecam huruf vokal
yang terdapat dalam perkataan
MENGECAM HURUF VOKAL
DALAM PERKATAAN
- AKTIVITI 1 -
 PENDEKATAN : INDUKTIF
 KAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL,
LINGUISTIK & FONETIK
 TEKNIK : BERBINCANG,
BRAINSTORMING & SOAL
JAWAB
1. Guru menunjukkan kad-kad gambar
beserta perkataan kepada kanak-kanak.
2. Guru meminta kanak-kanak menyebut
perkataan yang di tunjukkan.
3. Guru meminta kanak-kanak mencari dan
menyebut huruf vokal yang terdapat
dalam perkataan tersebut.
RAMBUTAN
KOMPUTER
MENGECAM HURUF VOKAL
DALAM PERKATAAN
- AKTIVITI 2 -
 PENDEKATAN : DEDUKTIF
 KAEDAH : TERUS, SEMULAJADI &
LINGUISTIK
 TEKNIK : BERCERITA, MAIN PERANAN,
LAKONAN / DRAMA &
TUNJUK CARA
1. Guru menunjukkan kad-kad huruf vokal
dan meminta kanak-kanak menyebut
huruf vokal tersebut.

Aa Ee Ii

Oo Uu
2. Kemudian, guru menunjukkan contoh-
contah perkataan yang mengandungi
huruf vokal.

BASIKAL ROKET

Ambulans Bumi
3. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 5
kumpulan. Setiap kumpulan mewakili 1
huruf vokal.
4. Kanak-kanak diminta untuk melakonkan
sebarang aksi pekerjaan yang mengandungi
huruf vokal yang diberikan di hadapan
kelas.
Contoh : Askar, Polis, Doktor, Guru dan
Petani dan sebagainya.
5. Guru dan kanak-kanak berbincang tentang
huruf vokal yang terdapat dalam perkataan
tersebut.
MENGECAM HURUF VOKAL
DALAM PERKATAAN
- AKTIVITI 3 -
 PENDEKATAN : EKLEKTIK
 KAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL,
SEMULAJADI & LINGUISTIK
 TEKNIK : SOAL JAWAB, LATIH TUBI,
PENYELESAIAN MASALAH &
TUNJUK CARA
1. Guru membahagikan kanak-kanak
kepada empat kumpulan
2. Guru mengedarkan kad gambar dan kad
huruf vokal kepada setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diminta mengecam
huruf vokal yang sesuai dengan kad
gambar tersebut.
a e i
o u
3. Kemudian, guru memberikan kad-kad
perkataan kepada setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan diminta mengecam
huruf-huruf vokal yang terdapat dalam
perkataan yang diberi.
MENGECAM HURUF VOKAL
DALAM PERKATAAN
- AKTIVITI 4 -
 PENDEKATAN : KOMUNIKATIF
 KAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL &
LINGUISTIK
 TEKNIK : BERCERITA, BRAINSTORMING,
SOAL JAWAB, BERBINCANG &
PERMAINAN BAHASA
1. Guru menunjukkan dan menyebut huruf-
huruf vokal (a,e,i,o,u) yang berbentuk 3
dimensi bersama kanak-kanak.
2. Kanak-kanak diletakkan dalam 5 kumpulan.
3. Guru mengagihkan kad perkataan (pisang,
betik, tembikai, rambutan dan durian)
kepada setiap kumpulan.
4. Satu kumpulan dikehendaki menyatakan
ciri-ciri buah yang diwakili. Contoh : durian-
mempunyai duri, isi berwarna kuning, dan
berbentuk bulat. Kanak-kanak yang lain
diminta untuk meneka buah tersebut.
5. Kemudian, ahli kumpulan tersebut
menunjukkan kad perkataan kepada
kelas. Guru dan pelajar bersoal jawab
tentang huruf vokal yang terdapat dalam
perkataan tersebut.
6. Langkah 4 dan 5 diulang dengan
kumpulan yang lain.
KeSiMPuLaN
 Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan
teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa
P&P
 Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan
teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1
pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik
semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah
secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh
pengalaman yang berguna.

You might also like