You are on page 1of 3

Qawaid fiqhiyyah ialah prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang terdapat dalam feqah

Islam. Di dalam definasi Islam Qawaid Fiqhiyyah bermaksud kaedah-kaedah umum dalam
fiqh Islam yang mana di dalamnya merangkumi hukum-hukum syarak yang berbentuk
umum.

Selain itu, Qawaid Fiqhiyyah juga dapat didefinasikan sebagai kaedah umum yang
menjadi rujukan untuk menetapkan hukum setiap peristiwa fiqhiyyah sama ada yang sudah
mempunyai nas yang sharih iaitu jelas ataupun belum.Tambahan pula, terdapat beberapa
kepentingan Qawaid Fiqhiyyah itu sendiri iaitu mengembangkan hukum syarak mengikut
perkembangan keperluan hidup manusia.Selain itu, Qawaid Fiqhiyyah dapat menentukan
hukum yang belum ada hukumannya dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam hidup
manusia.Lebih-lebih lagi, Qawaid fiqliyyah dapat mengatasi masalah manusia yang susah
meletakkan sesuatu hukum.

Demikian pula, terdapat banyak ulama’ yang memberikan pandangan mengenai


kaedah-kaedah yang terdapat dalam Qawaid Fiqliyyah antaranya, Sheikh Izudin Abdul Salam
yang berpendapat bahawa terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu pertama, menolak
segala yang merosakkan dan yang kedua menarik segala maslahat.Berbeza pula dengan Abu
Qadhi daripada as-Syafieyyah yang berpendapat bahawa terdapat lima kaedah yang
melambangkan Fiqliyyah antaranya, kenyakinan itu tidak dapat dikalahkan oleh keraguan,
kemudaratan harus dilenyapkan, adat dapat dijadikan sebagai hukum, Segala urusan
tergantung kepada tujuannya, dan pertembungan antara 2 mudhorat perlu memilih mudhorat
yang paling ringan.
Maqasid Syariah iaitu matlamat syariah terbahagi kepada dua maksud umum dan
khusus. Dari segi umum Maqasid Syariah dapat didefinasikan sebagai makna-makna dan
hikmah-hikmah yang diperhatikan daripada Allah s.w.t pada setiap perkara yang disyariatkan
olehNya atau sebahagian besar daripadanya, Iaitu pemerhatian kepada makna dan hikmah ini
tidak tertumpu kepada himah hukum tertentu sahaja, sebaliknya ia meliputi sifat-sifat syariat
Islam dan tujuanumum yang difokus olehNya.Sebaliknya maksud Maqasid Syariah dari segi
khusus pula bermaksud matlamat-matlamat yang merupakan kepentingan-kepentinagn yang
diperhatikan untuk manusia daripada hukum-hukum yang disyariatkan dan makna-makna
yang dimaksudkan secara terus daripada lafaz Al-Quran dan Al-Hadith.Tujuan asal Maqasid
Syariah ini untuk menentukan kemaslahatan manusia dan memelihara atau menjauhi mereka
daripada perkara yang merosakkan.

Selain Itu, Maqasid Syariah juga bermaksud tujuan syariat Islam dalam Proses pensyariatan
satu hukum yang berkait rapat dengam matlamat yang ingin dicapai.Kaedah yang
dilaksanakan juga mesti sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai dan mestilah berdasarkan
daripada Al-Quran dan Hadith.Tambahan pula, dari segi ekonomi Maqasid Syariah amat
penting untuk menjaga kepentingan dan maslahat umum masyarakat Islam dalam kehidupan
mereka.Jika berlaku perkara yang buruk atau negatif dalam ekonomi Islam ini akan
menjejaskan Maqasid Syariah sesebuah negara Islam.Maqasid Syariah juga terbahagi kepada
5 iaitu Memelihara Kesesucian dan kepercayaan beragama, Memelihara kemurniaan dan
kewarasan akal, Memelihara keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan, Memelihara
usaha pemilikan dan penguasaan harta, dan Memelihara kehormatan , Maruah dan keturunan.

Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama dapat dilihat melalui manusia dalam
kehidupan ini.Manusia diserahkan tugas dan hak untuk mentadbir alam sebagai satu amanah
dan kepercayaan dari Allah s.w.t. berbanding makhluk lain seperti malaikat dan jin yang telah
diciptakan oleh Allah s.w.t.Menjaga agama amatlah penting bagi umat muslim.Terdapat
beberapa perkara yang boleh dielakkan oleh setiap orang muslim untuk memelihara agama
seperti syirik, khurafat, dan taqliq kerana apabila mereka melakukan perkara ini akan
menyebabkan agama mereka tidak terpelihara.

Tambahan pula, memelihara kemurniaan dan kewarasan akal fikiran juaga terdapat
dalam Maqasid Syariah.Manusia pula dikurniakan Akal fikiran untuk membolehkan manusia
memahami setiap bentuk tanggungjawab yang ditentukan terhadapnya.Lebih-lebih lagi, akal
fikiran manusia juga dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara.Contohnya, untuk memelihara kewarasan dan kemurniaan akal
Islam melarang umatnya meminum arak dan mengambil segala bentuk minuman dan
makanan yang memabukkan.

Sementalahan pula, di dalam Maqasid Syariah juga menyuruh manusia memelihara


keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan .Nyawa dan jiwa serta tubuh badan adalah
elemen penting bagi manusia menurut Islam.Tanpa jiwa manusia akan mati kerosakan pada
anggota badan dan menyebabkan kesukaran untuk hidup.Semua perbuatan yang
menyebabkan kematian samada ke atas orang lain atau diri sendiri amatlah dilarang dalam
Islam.Contohnya seperti membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.
Selain itu, memelihara usaha pemilikan dan penguasaan harta.di dalam Islam,
menyuruh umatnya mendapatkan harta melalui sumber yang halal dan selamat bukan dari
bentuk pencerobohan harta orang lain.Manusia juga boleh memperolehi harta melalui
muamalah, pewarisan,waqaf,hadiah dan sebagainya.Sebagai contoh, mencuri ,menganiaya
serta merampas hak milik orang lain adalah dilarang dalam Islam.

Memelihara kehormatan ,maruah dan keturunan juga ada terdapat di dalam Maqasid
Syariah.Keturunan yang mulia merupakan penghormatan yang amat dihargai oleh semua
manusia.Setiap manusia juga mahukan keturunan yang mulia untuk dihormati dan
disegani.Allah s.w.t juga telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara
keturunan , kehormatan dan maruah diri dengan menutup aurat dan melindungi kehormatan
diri.Selain itu, perbuatan yang mencemar kesucian keturunan , menodai kehormatan dan
menjatuhkan maruah diri adalah dilarang dalam Islam.Sebagai contoh memfitnah mengumpat
berzina dan meliwat.

You might also like