You are on page 1of 7

Fungsi sistem biologi dalam kawalan motor.

- Pergerakkan manusia dipengaruhi oleh interaksi antara sistem biologi dan


persekitaran.
- Interaksi ini dikenali sebagai ekologi pergerakan.
- Komponen utama dalam ekologi pergerakan ini ialah keberkesanan sistem biologi
mengawal postur.

Kawalan postur

- Kawalan postur – perkara asas dalam membina pengusaan kemahiran sukan yang
lebih kompleks.
- Dipengaruhi oleh pengawalan keseimbangan statik dan dinamik.
- Keupayaan manusia dalam proses pengawalan postur melibatkan komponen seperti
berikut:
i. Sistem visual
ii. Sistem Vestibular
iii. Sistem Somatosensori.

Komponan sistem Fungsi Struktur Catatan


biologi utama
Sistem visual Mengawal Mata Ambient - Penggunaan yang tidak
dan maksimum semasa
mengetahui situasi pergerakan
pergerakan menyeluruh.
disekeliling. - Tidak di kawal oleh otak.
- Berfungsi dalam
mengawal keseimbangan
dinamik.
Fokal - Penggunaan sistem
visual yang sepenuhnya.
- Melibatkan konteks
visual – otak.
- Fungsi – pemfokusan
imej.
Sistem vestibular Menyelaras Alat memfokuskan pelbagai pergerakan dengan
keseimbangan vestibular memerlukan keseimbangan pengawalan
badan dan terhadap aktiviti atau perlakuan oleh sistem
perubahan ini.
fisiologi yang
wujud dalam
badan.
Sistem Mentafsir Reseptor Melibatkan pelbagai reseptor – maklumat
somatosensori maklumat dari kinestetik bagi membolehkan pentafsiran
pelbagai mengenai keadaan persekitaran.
reseptor bagi
menyelaras Proprioseptor – mendominasi perubahan
interaksi diri pergerakan tubuh.
dan
persekitaran.

Peranan persekitaran dalam kawalan motor.

- Proses kawalan motor sistem biologi – di pengaruhi oleh kepelbagaian maklumat


kinestetik.
- Maklumat kinestetik yang diproses secara releven (yang diperlukan) akan wujud
selepas di proses oleh sistem biologi iaitu ransangan dalam konteks persekitaran dan
daya.
- Terdapat dua jenis maklumat sensori yang diwujudkan oleh tindak balas sistem biologi
dan persekitaran iaitu ransangan (persekitaran) dan daya.

Ransangan (persekitaran)
- Ransangan ekstrinsik
- Pelbagai bentuk ransangan
- Menerima (sistem biologi) melalui pelbagai jenis reseptor sensori (impuls saraf –
ransangan – ransangan sensori.
- Tindak balas terhadap ransangan (persekitaran) dipantau oleh sistem persepsi –
mewujudkan maklumat ekstrinsik.

Daya (fizikal)
- Daya semulajadi (persekitaran)
- Graviti, rintangan udara, geseran (daya semulajadi yang mempengraruhi proses
kawalan motor)
- Keberkesanan pergerakan – kemampuan, teknik mengaplikasikan daya tersebut.
- Kemahiran manipulasi daya fizikal – kombinasi antara sistem biologi dan
persekitaran.

Interaksi sistem kawalan motor dan persekitaran dalam kawalan motor.


- Penguasaan sesuatu kemahiran adalah hasil dari interkasi antara sistem biologi dan
persekitaran.
- Sistem biologi (sebagai sistem mekanikal – berfungsi menghasilkan pergerakan)
- Persekitaran (sebagai penyalur maklumat)
- Sistem biologi (sebagai penerima dan memproses ransangan/respon)
- Berlaku secara sistematik
- Sistematik (dari segi pemantauan –tindakan).

Sistem persepsi
- Sistem pemprosesan maklumat bagi sistem biologi
- Mentafsir maklumat dari persekitaran (pembekal maklumat)
- Mengenalpasti hanya maklumat releven diterima dan diproses.
- Pengretahuan tinggi, pengalaman dan tahap permainan (boleh mempengaruhi sistem
persepsi)

Siztem aksi.
- Sistem yang merencana pergerakan dari sistem persepsi kepada pergerakan yang
sesuai dengan persekitaran.
- Sistem persepsi (mentafsir) dan sistem aksi (bertindak)
- Penguasaan kemahiran – kematangan persepsi-aksi.
- Penglaman dan pengetahuan sebagai pembolehubah kemhiran pergerakan.

PERKEMBANGAN MOTOR
- Perkembangan motor adalah antara kandungan pengkajian kawalan motor yang
melihat kepada peningkatan penguasaan kemahiran pergerakan secara semulajadi
berdasarkan kepada prinsip perkembangan motor Arnold Gesell (1952).
- Asas pemahiran perkembangan motor akan melalui empat proses perkembangan
motor manusia iaitu:
i. Tahap satu – perkembangan refleks
ii. Tahap dua – kemahiran motor asas
iii. Tahap tiga – kemahiran permainan awalan
iv. Tahap empat – kemahiran fizikal.
- Keempat-empat tahap perkembangan motor dipengaruhi oleh dua pembolehubah iaitu
perubahan keupayaan motor dan perubahan fisiologi.

Perubahan keupayaan motor.


- Terdapat dua peringkat fasa yang menjadi tunjang kepada perubahan keupayaan motor
iaitu perkembangan dan penurunan.
- Perkembangan motor – proses mempelajari kemahiran motor iaitu dari mudah kepada
kompleks.
- Penurunan – proses perkembangan motor merosot (penuaan)
- Kedua-dua fasa ini berhubungkait dengan perubahan fisiologi yang berlaku kepada
proses kematangan dan sistem biologi.
Fisiologi.
- Berkait rapat dengan sistem saraf pusat dan sistem-sistem reseptor.
- Perubahan fisologi ini meningkatkan kecekapan sistem biologi mengadaptasikan
kemhiran mudah kepada kemhiran kompleks.
- Contoh: sistem kinestetik dan vestibular berkembang dari lahir kepada 6 bulan untuk
tempoh kematangan, sistem visual juga bermula dari lahir tetapi memerlukan tempoh
masa sehingga berumur 10-12 tahun.
- Secara teorinya, kematangan proses kemahiran dibentuk dari kecil lagi iaitu
pendedahan sistem biologi terhadap perkembangan kemahiran motor.

PEMBELAJARAN MOTOR.
- Merupakan antara skop subdisiplin bidang kawalan motor yang memfokuskan kepada
pengkajian kemahiran yang berlaku melalui beberapa pembolehubah seperti praktis,
latihan, pemindahan pembelajaran, penjadualan praktis dan teknik penyampaian
maklum balas.
- Pembolehubah yang mempengaruhi pembelajarn motor berkait rapat dengan tahap
pemerolehan kemahiran motor yang wujud pada sistem biologi.

Tahap pemerolehan kemahiran motor.


- Secara umumnya, kemahiran motor ialah kebolehan mencapai objektif pergerakan
yang ingin dilakukan dan Keberkesanan pencapaian objektif seharusnya berada pada
tahap yang konsisten. Ini bermaksud, kemahiran motor merujuk kepada keupayaan
mencapai objektif pergerakan secara konsisten melalui usaha minimum.
- Proses pemerolehan kemahiran motor memerlukan kekerapan dan kecekapan diri
dalam melakukan pergerakan. Perkara penting dalam mengketagori sesuatu
pergerakan itu sebagai satu kemhiran ialah konsistensi iaitu kekerapan.
- Hasilan pergerakan yang tidak konsisten tidak dikategorikan sebagai kemahiran.
- Penguasaan kemhiran memerlukan proses latihan dalam membentuk satu jalinan
penguasaan kemhiran dengan pelaku dalam proses konsistensi.
- Proses pembelajaran sesuatu kemahiran dalam bidang sukan dipengaruhi oleh tiga
tahap iaitu:
i. Tahap lisan kognitif
ii. Tahap asosiatif
iii. Tahap autonomi.

Tahap lisan kognitif


- Berkait rapat dengan kemhiran asas kerana berlaku diperingkat awalan dan melalui
proses arahan kepada sesuatu pergerakan (terminologi lisan) dan pentafsiran maksud
arahan oleh pelaku (terminologi kognitif).
- Lisan/arahan melibatkan beberapa fasa pergerakan dan ansur maju kemahiran melalui
kaedah-kaedah arahan seperti penyampaian guru/jurulatih dan kaedah peniruan
(video, demonstrasi) manakala kognitif pula menjadikan setiap maklumat mengenai
kemahiran yang ingin dipelajari sebagai satu kepentingan asas.

Tahap asosiatif
- Juga dikenali sebagai gabungan iaitu penguasaan keseluruhan kemahiran asas yang
diperlukan melalui peringkat pengabungan kemahiran-kemahiran asas yang releven.
- Kepentingan pengabungan proses kemahiran asas mewujudkan satu kaedah keputusan
pelaksanaan yang perlu dilakukan.
- Contoh: pemain midfield dalam permainan bola sepak mendapat bola dikedudukan 25
meter dari tiang gol pihak lawan dan pemain ini boleh melakukan beberapa keputusan
pergerakan samada melakukan tendangan terus (menjaringkan gol), menghantar bola
kesebelah tepi /kiri dan kanan (Side attack) dan menghantar bola ke bahagian bawah
(hold position).
- Berdasarkan kepada contoh tersebut, faktor kedudukan, stamina serta kepantasan
membuat keputusan merupakan satu keadaan yang berlaku kepada pemain tersebut
semasa mendapat bola 25 meter dari tiang gol pihak lawan.
- Perkara dasar bagi tahap asiosiatif ini adalah pelaku tidak memerlukan sebarang
arahan dari luar untuk membuat keputusan sesuatu pergerakan kerana telah mencapai
tahap pembelajaran secara sendiri.

Tahap autonomi
- Proses penguasaan kemahiran yang berlaku adalah sebati dengan diri pelaku yang
berpandukan kepada situasi persekitaran dan respons/keputusan yang sesuai dengan
situasi.
- Autonomi lebih mudah ditafsirkan sebagai automatik iaitu satu keadaan secara
spontan berlaku kepada pergerakan pelaku yang menguasai keseluruhan pergerakan
bidang sukan serta menguasai setiap undang-undang dan peraturan yang diceburinya.

PEMBOLEHUBAH YANG MEMPENGARUHI TAHAP PEMEROLEHAN KEMAHIRAN


MOTOR.

Praktis.

- Praktis ialah aktiviti yang dilakukan secara berulang-ulang dengan tahap kekerapan
yang tinggi iaitu merujuk kepada latihan mengikut konteks bidang sukan dilakukan
secara kerap mengikut jadual yang sistematik bagi mendapat penguasaan maksimum
sesuatu pergerakan atau kemahiran.
- Contoh: david beckham melakukan latihan tendangan percuma sehari 100 biji bola
setiap hari.
- Praktis dilakukan berdasarkan kepada penggunaan secara maksimum fisiologi dan
kemahiran motor semasa melakukan sesuatu latihan.
- Ada dua konsep asas praktis yang menjadi pembolehubah kepada praktis iaitu
cara/teknik/kaedah praktis dan taburan praktis.

Cara/teknik/kaedah praktis.
- Dua bentuk iaitu fizikal dan mental.
- Praktis fizikal merangkumi pembelajaran amali iaitu bentuk latihan yang diperlukan
bagi memaksimumkan penguasaan kemahiran manakala praktis mental berbentuk
teori iaitu penggunaan minda secara maksimum dalam memantapkan ciri dalaman
tubuh. Lebih dikenali sebagai persediaan psikologi.
- Gabungjalin kedua-dua cara/teknik/kaedah praktis ini menyediakan atlet sebelum
pertandingan.

Taburan praktis.
- Merujuk kepada penyelenggaraan masa semasa latihan mengikut sesi berdasarkan
kepada dua kaedah iaitu praktis massa dan praktis agihan.
- Kedua-dua taburan praktis ini berkonsepkan jeda tetapi berbeza dari segi pelaksanaan
aktiviti dan masa. Masa adalah perkara utama dalam menjalankan taburan praktis ini
kerana bagi praktis massa, penggunaan masa rehat adalah minimum tetapi aktiviti
adalah maksimum manakala prastis agihan memaksimumkan aktiviti dan masa rehat
yang sama.
- Praktis massa digunakan dalam kemahiran yang terus iaitu melibatkan perlakuan yang
sama diulang-ulang seperti renang, larian marathon, menimbang bola takraw manakala
bagi praktis agihan lebih kepada kemahiran atau lakuan yang mempunyai titik
permulaan dan pengakhiran yang spesifik kerana melibatkan pergerakan pantas dan
masa terhad seperti pukulan dalam sukan golf, rejeman dalam sukan takraw, melontar
peluru.

Maklum balas.
- Praktis juga berlaku dalam bentuk maklum balas iaitu semasa proses memperbaiki
kesilapan dan kekurangan kemahiran yang dilakukan.
- Maklum balas merujuk kepada pengumpulan maklumat yang diterima bagi setiap kali
pergerakan tersebut dilakukan yang bertujuan untuk memperbaiki setiap kesilapan
yang dilakukan bagi kemahiran yang gagal dilaksanakan.
- Terdapat dua jenis maklum balas yang wujud semasa menganalisis titik akhir
pergerakan kemahiran iaitu maklum balas intrinsik dan maklum balas ekstrinsik.
- Maklum balas intrinsik memfokuskan kepada proses maklum balas dalaman terhadap
perlakuan yang dilakukan manakala bagi maklum balas ekstrinsik merujuk kepada
maklum balas luaran terhadap perlakuan dan prestasi.
- Maklum balas intrinsik akan melalui proses pemerolehan maklumat sensori oleh deria
dan tidak memperolehi maklumat tersebut dari luar seperti jurulatih, rakan-rakan dan
penyokong/penonton mankala bagi maklum balas ekstrinsik, pemerolehan maklumat
adalah dari luaran sepenuhnya samada dari jurulatih, rakan-rakan, perkasasan video
dan sebagainya yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang timbul semasa
perlakuan motor.
- Tindak balas dari kedua-dua maklum balas ini berbeza dari segi prestasi dan tahap
seseorang atlet seperti berikut:

Jenis Contoh perlakuan Atlet novis Atlet profesional/prestasi


maklum tinggi
balas

Intrinsik Jaringan bola tidak Hanya melihat dan akan Menilai setiap faktor seperti
tepat dalam sukan melakukan jaringan secara kedudukan postur badan dan
bola keranjang berulang-ulang kedudukan bola semasa dilepas
semasa melakukan jaringan

ekstrinsik Komen dari jurulatih Atlet akan mengetahui teknik Kedudukan tangan, kaki,
mengenai teknik yang dilakukannya adalah kecondongan badan dan
pukulan bola hoki tidak betul semasa melakukan hayunan kayu adalah tidak
tidak kuat dan laju. pukulan menepati kriteria semasa
melakukan pukulan

You might also like