You are on page 1of 65

KAJIAN KETEBALAN LAPISAN MEDIA PENURAS SEBAGAI

PENJERAP GARAM BAGI AIR MASIN

NAMA NO. PEND.

Mohd Afindy Bin Abd Kadir 06 DKA 05 F006

Nor Amira Binti Abdul Razak 06 DKA 05 F054

Muhammad Yusri Bin Rosli 06 DKA 05 F070

Munira Binti Abdul Rauap 06 DKA 05 F026

Norishah Binti Harun 06 DKA 05 F030

Lee Chin Foo 06 DKA 07 F302

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai memenuhi

sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam.

i
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

Laporan projek bertajuk “Kajian Ketebalan Lapisan Media Penuras Sebagai

Penjerap Garam Bagi Air Masin” ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan

sebagai memenuhui syarat dan keperluan penulisan projek seperti yang telah

ditetapkan.

Disemak oleh

Nama Penyelia : En Baharin b Ahmad

Tandatangan Penyelia :

Tarikh :

Disahkan oleh

Nama Penyelaras : En Baharin b Ahmad

Tandatangan Penyelaras :

Tarikh :

ii
“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap

satunya telah kami jelaskan sumbernya”

Tandatangan :
Nama : Mohd Afindy Bin Abd Kadir
No. Pend. : 06 DKA 05 F006
Tarikh :

Tandatangan :
Nama : Nor Amira Binti Abdul Razak
No. Pend. : 06 DKA 05 F054
Tarikh :

Tandatangan :
Nama : Muhammad Yusri Bin Rosli
No. Pend. : 06 DKA 05 F070
Tarikh :

Tandatangan :
Nama : Munira Binti Abdul Rauap
No. Pend. : 06 DKA 05 F026
Tarikh :

Tandatangan :
Nama : Norishah Binti Harun
No. Pend. : 06 DKA 05 F030
Tarikh :

Tandatangan :
Nama : Lee Chin Foo
No. Pend. : 06 DKA 07 F302
Tarikh :

iii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan

kurnianya dapatlah kami menyiapkan sebuah laporan Projek Akademik ini dengan

jayanya. Dalam kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

menyiapkan projek akademik ini.

Penghargaan yang tidak terhingga ini juga kami tujukan kepada Penyelia

Projek iaitu En. Baharin bin Ahmad di atas bimbingan, tunjuk ajar dan

perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan. Selain itu

kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah UTHM Pn. Azra

Munirah bt Mat Daud yang telah membantu memberi sedikit sebanyak maklumat

yang boleh dijadikan bahan tambahan dan rujukan kepada kami untuk menjalankan

projek ini. Bagi menjalankan ujikaji dimakmal UTHM ribuan terima kasih diberikan

kepada pembantu makmal En Ridzwan kerana kesudiannya memberikan maklumat

dan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami.

Tidak dilupakan juga kepada Penyelaras Projek Akademik, Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan Awam dan rakan – rakan yang telah memberi bantuan dalam

melaksanakan projek akademik ini. Sesungguhnya segala ketekunan dan keikhlasan

mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini amat kami hargai.

Akhir kata, sekalung budi diberikan kepada semua yang terlibat memberikan

kerjasama kepada kami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

iv
ABSTRAK

Air merupakan keperluan asas yang paling penting kepada segala hidupan di

muka bumi. Kini, Malaysia berhadapan dengan masalah bekalan air yang serius

disebabkan oleh punca air tidak bersih dari pencemaran air. Maka, sistem penapisan

air yang efektif perlu dititikberatkan untuk mengurangkan masalah ini. Sistem

penapisan air yang berkesan dipengaruhi oleh faktor – faktor seperti keperluan

rekabentuk yang mencukupi, penggunaan bahan yang sesuai dan amalan kerja di

makmal yang betul dan berkualiti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan

kadar kemasinan air laut bagi tujuan menyediakan air bersih yang hanya tidak

bergantung kepada air tawar semata – mata dan secara tidak langsung menjimatkan

kos rawatan. Maklumat yang berkaitan dengan teori yang digunakan dalam

merekabentuk dan menjalankan ujikaji dikumpulkan berpandukan kepada buku –

buku ilmiah. Dari hasil kajian, perbandingan ketebalan media dilakukan bagi

mengenalpasti ketebalan media yang paling efektif. Antara parameter- parameter

yang dipilih dalam kajian ini ialah jumlah Pepejal Terampai (SS), Kandungan

Oksigen Terlarut (DO), Nilai Keasidan dan Kealkalian (pH), Kadar

Kemasinan(salinity), Kadar Kekeruhan (turbidity). Meskipun terdapatnya punca –

punca pencemaran yang mungkin wujud daripada pembangunan yang telah

diperkenalkan, namun begitu kualiti air laut tidak menunjukkan penurunan yang

ketara.

v
ABSTRACT

Water is one of the most important things for all life in this world.

Nowadays, Malaysia is facing serious water problems as a result of non-clean water

from water sources. Hence, an effective of filtration water system should be a

priority to decrease this problem. An efficient filtration water system is influenced

by many factors such as design requirement, materials used, proper procedures and

quality works in laboratory research. This study is carried out to gather information

about to reduce the sea water salinity. Based on the research, comparison of media

will be process to make sure the most effective media. Water quality parameters

such as SS, DO, pH, Salinity and turbidity. Despite of the present source of pollution

from new developments, the water quality of the sea water does not deteriorate.

vi
POLITEKNIK PORT DICKSON

ISI KANDUNGAN.

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Objektif 3
1.4 Skop 4

2 KAJIAN LITERATURE
2.1 Pengenalan 6
2.2 Air Laut 7
2.3 Media-media Penuras 11
2.4 Parameter Pengukuran 30

3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 34
3.2 Perancangan Kajian 36
3.3 Jadual Kemajuan Kerja 49

4 DAPATAN DAN ANALISA DATA


4.1 Pendahuluan 50
4.2 Media Pensampelan 50
4.3 Parameter 52
4.4 Keputusan analisis Kadar isipadu 53
4.5 Keputusan analisis Kadar masa 56
4.6 Keputusan analisis Kadar kemasinan (Salinity) 59
4.7 Keputusan analisis nilai keasidan & kealkalian(pH) 62
4.8 Keputusan analisis oksigen terlarut ,(D0%) 65
4.9 Keputusan analisis Suspended Solid , (SS) 68

vii
POLITEKNIK PORT DICKSON

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.10 Keputusan analisis Turbidity , (NTU) 71

5 PERBINCANGAN
5.1 pengenalan 74

6 KESIMPULAN DAN CADANGAN


6.1 Kebaikan 76
6.2 Kesimpulan 77
6.3 Cadangan 77

RUJUKAN
LAMPIRAN

viii
POLITEKNIK PORT DICKSON

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

Jadual 2.2 (a) Unsur utama dalam air laut dalam

unit bahagian per seribu (Shreir, 1963) 9

Jadual 2.2 (b) Kandungan Unsur air laut di Pantai Purnama

Batu 10, Port Dickson. 10

Jadual 3.3 Kemajuan Kerja 49

Jadual 4.2 Data Ujikaji di makmal Politeknik 51

Jadual 4.4 Keputusan analisis Kadar isipadu 53

Jadual 4.5 Keputusan analisis Kadar masa 56

Jadual 4.6 Keputusan analisis Kadar kemasinan (Salinity) 59

Jadual 4.7 Keputusan analisis nilai keasidan & kealkalian(pH) 62

Jadual 4.8 Keputusan analisis oksigen terlarut ,(D0%) 65

Jadual 4.9 Keputusan analisis Suspended Solid , (SS) 68

Jadual 4.10 Keputusan analisis Turbidity , (NTU) 71

ix
POLITEKNIK PORT DICKSON

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

Rajah 1.1 Lokasi Pengambilan Sampel Air 5

Rajah 3.2 Aliran Perancangan Kajian 36

Rajah 3.2.2 Bahan-bahan Media Penuras 38

Rajah 3.2.3(a) Gambarajah Alatan Ujikaji 39

Rajah 3.2.3(b) Gambarajah Proses Ujikaji 41

Rajah 3.2.6.1 Gambar alat YSI 43

Rajah 3.2.6.2 Ujikaji dijalankan menggunakan alat YSI 44

Rajah 3.2.6.3 Contoh Data yang diperolehi 45

Rajah 3.2.7 Alatan Kandungan Pepejal Terampai (ss) 47

Rajah 3.2.8 Alat DR/2010 Turbiditimeter 48

Rajah 4.3 Air Laut yang telah dituras & dilabel

Sebelum ujikaji seterusnya diteruskan 52

x
POLITEKNIK PORT DICKSON

SENARAI LAMPIRAN

Perkara Lampiran

Data-data keputusan A

xi
POLITEKNIK PORT DICKSON

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN.

Air adalah salah satu sumber alam yang mempunyai banyak kegunaan.
Kelangsungan hidup bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan bergantung
kepada sumber ini. Bagi manusia, air diperlukan untuk minum iaitu kegunaan
terpenting selain digunakan untuk membasuh, mandi, memasak dan sebagainya.

Air boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti Sungai, Tasik, Kolam,
Laut dan sumber air bawah tanah. Walaupun Laut mempunyai kuatiti air yang
banyak tetapi disebabkan kandungan garam yang tinggi menyebabkannya tidak
sesuai untuk kegunaan manusia. Oleh yang demikian kajian ini adalah untuk

mengukur kadar kemasinan yang dapat dijerap oleh bahan-bahan media yang
telah dipilih.

Seperti yang sedia maklum Port Dickson dikelilingi air masin, dan
terdedah kepada bahan pencemaran yang tidak terkawal dari pelbagai sumber,
menyedari tentang hal yang demikian, pentingnya sistem rawatan air masin agar
pencemaran dapat dibendung dan kualiti alam sekitar dapat dipelihara.

1.2 PENYATAAN MASALAH.

xii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Pengunaan semula air masin terawat dapat menampung keperluan


bekalan air yang semakin meningkat dari hari ke hari. Dengan adanya sistem
rawatan air masin, sudah pasti penyediaan air bersih tidak hanya bergantung
kepada air tawar semata-mata dan secara tidak langsung menjimatkan kos
rawatan

Oleh itu, satu kajian mengenalpasti ketebalan media penuras sebagai


penjerap garam dilakukan bagi tujuan menentukan ketebalan yang sesuai bagi
menjerap garam. Media yang digunakan dalam kajian ini adalah Hampas Kelapa,
Hampas Tebu, Hampas Buah Kepala Sawit dan Sekam Padi.

1.3 OBJEKTIF

i. Merekabentuk ketebalan media penuras sebagai penjerap garam


dalam air masin

- Bagi memastikan kajian ini berjaya beberapa kajian ketebalan telah


dijalankan yang mana ketebalan media tersebut terdiri daripada
15mm, 30mm, 45mm, 60mm, 75mm, dan 90mm.

ii. Mengkaji tahap keberkesanan ketebalan efektif media penuras

- Dalam mengkaji tahap keberkesanan media yang digunakan, beberapa


jenis media yang telah dikenalpasti dapat menjerap kandungan garam
digunakan antaranya ialah Sekam Padi, Hampas Tebu, Hampas
Kelapa Sawit, dan Hampas Kelapa.

iii. Mengukur kandungan garam dan pepejal terampai dalam air masin
sebelum dan selepas ujikaji dijalankan.
- Sebelum ujikaji dijalankan adalah pentingnya untuk mengetahui

xiii
POLITEKNIK PORT DICKSON

kandungan garam (salinity) dan juga pepejal terampai (suspended


solid) yang terkandungan di dalam air laut tulen.
- Menjalankan ujikaji menentukan keberkesanan media-media yang
digunakan dalam mengukur kandungan garam dan pepejal terampai

iv. Membuat perbandingan dan memilih ketebalan media penuras


bendasing dan penjerap garam yang paling efektif.

- Berdasarkan analisis data, penelitian harus dibuat untuk memilih


ketebalan media penuras bendasing dan penjerap garam yang paling
efektif

1.4 SKOP PROJEK.

Port Dickson merupakan salah satu pusat perlancongan di Malaysia,


namun disebabkan kebersihan kawasan sekitar yang kurang memuaskan dan
kualiti air yang kurang bersih menyebabkan terdorongnya untuk melakukan
kajian ini. Kajian ini melibatkan kawasan air laut di sekitar pantai Purnama yang
terletak di Batu 10, Port Dickson. Lokasi tempat mengambil sampel kajian
ditunjukan didalam rajah 1.4.1

Skop atau pelaksanaan projek yang dijalankan adalah seperti berikut:-

i. Parameter pengukur:

- Mengukur kandungan garam dan pepejal terampai yang tedapat dalam


air laut sebelum dan selepas ujikaji dijalankan.

ii. Jenis media penuras dan penjerap garam

- Hampas Kelapa, Hampas Tebu, Hampas Buah Kelapa Sawit dan


Serkam Padi.

xiv
POLITEKNIK PORT DICKSON

Rajah 1.1 Lokasi Pengambilan Sampel Air

xv
POLITEKNIK PORT DICKSON

BAB 2 KAJIAN LITERATURE

2.1 PENGENALAN

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat
lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu
igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan
dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di
lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa
letupan gunung berapi. Menurut A.M.Neville, et al (1987), dan banyak lagi
spesifikasi lain menerangkan air yang sesuai untuk bancuhan konkrit adalah
air yang boleh di minum. Dalam menilai kualiti air minuman, pengguna
bergantung sepenuhnya kepada deria mereka. juzuk-juzuk yang terdapat

dalam air boleh menberikan kesan kepada bau ataupun rasa air dan ini
merupakan ciri-ciri utama yang digunakan oleh pengguna bagi menentukan
kualiti dan kebolehterimaan air tersebut. Air yang sangat keruh, terlalu
berwarna, ataupun mempunyai rasa yang kurang disenangi dianggap
berbahaya dan di tolak untuk kegunaan minuman (Sahbudin Mustapha, 1996)
xvi
POLITEKNIK PORT DICKSON

Projek Akhir Diploma Kejuteraan Awam ini ingin mengkaji


‘Ketebalan Lapisan Media Penuras Sebagai Penjerap Garam Bagi Air
Masin’ yang mana media-media yang digunakan adalah seperti Sekam Padi,
Hampas Kelapa Sawit, Hampas Kelapa dan Hampas Tebu. Parameter
pengukuran yang di analisis adalah kandungan garam dan pepejal terampai.

2.2 AIR LAUT

Air laut merangkumi hampir 2/3 daripada permukaan bumi. Dengan


itu, ia merupakan satu sumber air semulajadi yang besar dalam pembinaan
konkrit. Tetapi air laut hanya boleh digunakan untuk membuat konkrit
kosong sahaja. Ia adalah tidak sesuai untuk membuat konkrit tetulang kerana
kandungan garam yang tinggi dalam laut akan menyebabkan pengaratan pada
tetulang.

Air laut adalah air dari laut atau samudera. Air laut memiliki kadar
garam rata-rata 3.5%. Ertinya dalam 1 liter (1000 mL) air laut terdapat
35gram garam (terutama, namun tidak seluruhnya, garam dapur/NaCl).
Walaupun kebanyakan air laut di dunia memiliki kadar garam sekitar 3.5 %,
air laut juga berbeza-beza kandungan garamnya. Yang paling tawar adalah di
timur Teluk Finlandia dan di utara Teluk Bothnia, keduanya-duanya adalah
dari Laut Baltik. Manakala yang paling masin adalah di Laut Merah, di mana
suhu tinggi dan sirkulasi terbatas membuat penguapan tinggi.

Kandungan garam dalam air laut adalah berbeza dari satu laut ke satu
laut yang lain. Jadual 2.2.1 menunjukkan kandungan unsur utama dalam air
laut dalam unit bahagian per seribu.
xvii
POLITEKNIK PORT DICKSON

UNSUR UTAMA KEPEKATAN


Chloride (Cl-) 18.9799
Sulphate(SO42-) 2.6486
Bicarbonate (HCO3-) 0.1397
Bromide (Br-) 0.0646
Fluoride (F-) 0.0013
Boric Acid (H3BO3) 0.026
Sodium (Na+) 10.5561
Magnesium (mg2+) 1.2720
Calsium (Ca2+) 0.4001
Potassium (J+) 0.3800
Stontium (Sr2+) 0.0133

Jadual 2.2.1 Unsur utama dalam air laut dalam unit bahagian per seribu
(Shreir, 1963)

xviii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Air laut yang digunakan dalam kajian ini diperolehi di sekitar Pantai
Purnama Batu 10, Port Dickson. Oleh itu, adalah penting perlu kita
mengetahui kandungan unsur dalam air laut di sekitar pantai tersebut.

UNSUR NILAI
Temp / c 23.66
Spcond / mS/cm 40.91
TDS / g/L 26.59
Salinity / ppt 26.20
Cond / mS/cm 39.86
DO Conc / mg/L 6.84
DO% / % 93.8
ORP / Mv 133.20
pH 6.62
pHmV / mV 29.64
Resistivity / Kohm.cm 0.02

Jadual 2.2.2 Kandungan Unsur air laut di Pantai Purnama Batu 10, Port
Dickson

2.3 MEDIA-MEDIA PENURAS

2.3.1 HAMPAS TEBU

Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan


1,324 juta tan (melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan).
Pengeluar-pengeluar terbesar ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan
merupakan melebihi 50% daripada pengeluaran dunia.

xix
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.1.1 Sejarah

Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia


Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari
cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang
dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Sekitar
abad ke-8 A.D. orang-oramg Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean
dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman
terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi


merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah,
gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan
mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis
mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia

menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe,


Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun.
[Belanda Dutch] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika
Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam
Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan
pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan
kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian
penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica,
Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi
Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan
keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.

2.3.1.2 Penanaman

Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika,


dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu
tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam
tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim].
xx
POLITEKNIK PORT DICKSON

Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan


20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.

2.3.1.3 Tebu Sebagai Barang Makanan

Dalam kebanyakan negara di mana tebu ditanam, ianya boleh


menghasilkan prodak makanan dan prodak lain yang dihasilkan darinya,
seperti:

i. Batang tebu yang dimakan terus, yang dimamah bagi mengeluarkan


airnya dan hampas diludah keluar.
ii. Air tebu yang dihasilkan melalui tangan, atau mesin eletrik dangan
sedikit campuran limau nipis dan air batu, menhasilkan minuman
yang sedap dan amat popular.
iii. Ianya jugak bolah menghasilkan prodak makanan kepada haiwan
seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya.
iv. Hampas tebu juga bolah dijadikan sebagai bahan tambah dalam
menghasilkan bata.

2.3.1.4 Kesimpulan

2.3.2 SEKAM PADI

xxi
POLITEKNIK PORT DICKSON

Padi adalah salah satu tanaman terpenting dalam peradaban manusia.


Padi juga digunakan untuk mengacu pada beberapa jenis dari marga (genus)
yang sama, yang disebut padi liar. Penanaman Padi dunia menempatkannya
pada tangga ketiga dari semua jenis tanaman ruji setelah jagung dan gandum.
Namun demikian, padi merupakan sumber karbohidrat utama bagi penduduk
dunia.

2.3.2.1 Ciri-ciri umum

Padi tumbuh di sawah. Padi termasuk dalam suku padi-padian atau


Poaceae (sinonim Graminae atau Glumiflorae). Sejumlah ciri suku
(familia) ini juga menjadi ciri padi, misalnya

 berakar serabut,
 daun berbentuk lanset (sempit memanjang),
 urat daun sejajar,
 memiliki pelepah daun,
 bunga tersusun sebagai bunga majemuk dengan satuan bunga berupa
floret,
 floret tersusun dalam spikelet, khusus untuk padi satu spikelet hanya
memiliki satu floret,
 buah dan biji diasingkan kerana merupakan bulir (Ing. grain) atau
kariopsis.

xxii
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.2.2 Jenis-jenis padi

a. Padi pera

Padi pera adalah padi dengan kadar amilosa lebih dari 20% pada
berasnya. Butiran nasinya jika ditanak tidak saling melekat. Lawan dari padi
pera adalah padi pulen. Sebagian besar orang Indonesia menyukai nasi jenis
ini dan berbagai jenis beras yang dijual di pasar Indonesia tergolong padi
pulen. Penggolongan ini terutama dilihat dari konsistensi nasinya.

b. Padi Ketan

Ketan (sticky rice), baik yang putih maupun merah/hitam, sudah


dikenal sejak dulu. Padi ketan memiliki kadar amilosa di bawah 1% pada pati
berasnya. Patinya didominasi oleh amilopektin, sehingga jika ditanak sangat
lekat.

c. Padi wangi

Padi wangi atau harum (aromatic rice) dikembangkan orang di


beberapa tempat di Asia, yang terkenal adalah ras 'Cianjur Pandanwangi'
(sekarang telah menjadi kultivar unggul) dan 'rajalele'. Kedua kultivar ini
adalah varietas javanica yang berumur panjang.

d. Padi gogo

Di beberapa daerah tadah hujan orang mengembangkan padi gogo,


suatu tipe padi lahan kering yang relatif toleran tanpa penggenangan seperti
di sawah. Di Lombok dikembangkan sistem padi gogo rancah, yang
memberikan penggenangan dalam selang waktu tertentu sehingga hasil padi
meningkat.

xxiii
POLITEKNIK PORT DICKSON

e. Padi rawa

Padi rawa atau padi pasang surut dikembangkan oleh masyarakat yang
tinggal di rawa-rawa Kalimantan. Padi rawa mampu membentuk batang yang
panjang sehingga dapat mengikuti ayunan kedalaman air.

2.3.2.3 Pengolahan gabah menjadi nasi

Setelah padi dipanen, bulir padi atau gabah dipisahkan dari jerami
padi. Pemisahan dilakukan dengan memukulkan seikat padi sehingga gabah
terlepas atau dengan bantuan mesin pemisah gabah.

Gabah yang telah kering disimpan atau langsung ditumbuk/digiling,


sehingga beras terpisah dari sekam (kulit gabah). Beras merupakan bentuk
olahan yang dijual pada tingkat konsumen. Hasil sampingan yang diperoleh
dari pemisahan ini adalah:

 sekam (atau merang), yang dapat digunakan sebagai bahan bakar


 bekatul, yakni serbuk kulit ari beras; digunakan sebagai bahan makanan
ternak, dan
 dedak, campuran bekatul kasar dengan serpihan sekam yang kecil-kecil;
untuk makanan ternak.

Beras dapat dikukus atau ditim agar menjadi nasi yang siap dimakan.
Beras atau ketan yang ditim dengan air berlebih akan menjadi bubur.
Pengukusan beras dapat juga dilakukan dengan pembungkus, misalnya
dengan anyaman daun kelapa muda menjadi ketupat, dengan daun pisang
menjadi lontong, atau dengan bumbung bambu yang disebut lemang
(biasanya dengan santan). Beras juga dapat diolah menjadi minuman
penyegar (beras kencur) atau obat balur untuk mengurangi rasa pegal
(param).
xxiv
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.2.4 Kesimpulan

2.3.3 KELAPA SAWIT

Pokok Kelapa Sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau


famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran
minyak kelapa sawit. Pokok Kelapa Sawit Afrika, Elaeis guineensis,  berasal
dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala Pokok Kelapa
Sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika
Selatan.

Pokok-pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang


tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun
majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang
daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya.
Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan
pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20
daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja,
dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan
untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang
berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya
dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, Pokok Kelapa, Pokok
Kelapa Sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui
penyemaian biji-biji.

xxv
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.3.1 Sejarah kelapa sawit di Malaysia

Industri sawit Malaysia bermula apabila empat anak benih dari Afrika
ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari
Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di
Deli, Sumatera pada dekad 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor
pada tahun 1911-1912.

Industri sawit Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang


Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau
Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil
beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan
D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan
bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila
Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

2.3.3.2 Definisi

Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai


24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak.
Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging
buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya
itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya
dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan
pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar
dan arang.

Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah


tropika, pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit
menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi.
Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang
tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.

xxvi
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.3.3 Klasifikasi baka sawit

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah


berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera
(tempurung nipis) dan pisifera (tiada tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding


buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina
mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah
dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera
tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan.
Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.

Program pembiakan di Malaysia sejak dekad 1920-an terhadap baka


dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya seragam dan bermutu
tinggi. Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura Deli.

2.3.3.4 Pembiakan benih sawit

Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :

1. Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912


2. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
mulai tahun 1969
3. Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979
4. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.

Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif


yang berikut:

 Meningkatkan hasil minyak


 Meningkatkan kualiti minyak
 Mengurangkan kadar ketinggian pokok

xxvii
POLITEKNIK PORT DICKSON

 Tahan kepada perosak dan penyakit

2.3.3.5 Kegunaan

Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Jika getah dapat


dipelbagaikan kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan, begitu juga dengan
kelapa sawit.

Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah


dapat menghasilkan  :

1. Aiskrim

Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam
pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai
digunakan dalam pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun
istimewa boleh dijadikan bahan alternatif. Penggunaan minyak sawit dan
minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja
menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.

2. Konfeksi

Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk


menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko
dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan,
minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk
menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat
menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir
menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana
bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan
berkilat, dapat bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke
dalam mulut.

xxviii
POLITEKNIK PORT DICKSON

3. Krimer

Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak
digunakan secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam
penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit
menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman
kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.

Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk
menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan,
satu ciri yang mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum.
Secawan kopi yang menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak,
berperisa dan memuaskan cita rasa peminumnya.

4. Serbuk santan

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia


untuk menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden.
Minyak sawit yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur
kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa.
Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa
komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik
kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih
lama (tidak tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan
semulajadi seperti tokopherol dan tokotrienol.

Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada
suhu 15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya
selama tiga bulan.

5. Sosej dan burger

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi


menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan

xxix
POLITEKNIK PORT DICKSON

daging seperti sosej, burger, bebola daging dan ayam, serta nugget.
Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai
pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam.

Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak


makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan.
Tanpa kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih
dan halal untuk dinikmati.

Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit


yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan.
Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi?

2.3.3.6 Tanaman sawit mesra alam sekitar

World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan


spesies di dunia sedang diancam aktiviti pertanian. Contohnya, kelapa sawit
adalah ancaman terbesar yang membahayakan hidupan mamalia. Populasi
gajah Asia, badak sumbu Sumatera, Orang Utan dan harimau semakin pupus
berikutan tanaman kelapa sawit merampas habitat mereka.

Menurut WWF, pertanian adalah industri utama di dunia yang


mengancam alam sekitar. Ia menyumbang kepada 1.3 bilion orang dan
menghasilkan antara RM5 trilion nilai barangan setiap tahun, tetapi ia juga
menyumbangkan kepada masalah alam sekitar, sosial dan ekonomi. Isu-isu
ini dibincangkan di dalam buku WWF, ‘World Agriculture and The
Enviroment’ oleh Dr Jason Clay, Timbalan Presiden di Pusat Inovasi
Pemuliharaan WWF Amerika Syarikat.

Pertanian menggunakan lebih dari 50 peratus kawasan habitat di bumi


ini termasuk tanah yang tidak sesuai untuk pertanian. Kawasan hutan seluas
lebih empat kali saiz negara Switzerland dimusnahkan setiap tahun untuk
tujuan pertanian. Punca air digunakan hampir atau melebihi had terutama di

xxx
POLITEKNIK PORT DICKSON

Semenanjung Arab, Amerika Syarikat, China dan India. Kesannya ke atas


suhu dunia berkemungkinan mengganggu sumber bekalan air dunia.

Pertanian mempunyai impak yang besar ke alam sekitar berbanding


dengan aktiviti manusia yang lain. Hari ini ia mengancam sistem utama yang
kita perlu mendapatkan keperluan makanan dan pakaian.

Jenis amalan pertanian yang berbentuk baru dapat menghasilkan


keperluan makanan untuk populasi yang semakin meningkat dan masih boleh
menampung keperluan lain-lain hidupan di bumi ini.

2.3.3.7 Kesimpulan

2.3.4 POKOK KELAPA

Pokok Kelapa atau juga dikenali sebagi nyuir adalah tumbuhan saka,
tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokok boleh mencapai ketinggian
6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan
tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai
guna.

Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae


(keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus
xxxi
POLITEKNIK PORT DICKSON

Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter,
dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun
(pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok
yang licin.

2.3.4.1 Sejarah

Asal pokok kelapa telah menjadi perbahasan dengan sesetengah pihak


berkuasa mendakwa bahawa ia berasal dari semenanjung Asia Tenggara
sementara yang lain pula mendakwa bahawa ia berasal di barat laut Amerika
Selatan.

Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa


tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah
dijumpai di Rajasthan, India. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah
tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang
persisiran pantai. Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa
mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak
yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak
cahaya matahari dan hujan yang tetap (75-100 cm setahun), yang menjadikan
koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara
seperti Norway telah di dapati masih utuh dan mampu tumbuh setelah
diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawai, pokok
kelapa dianggap diperkenalkan oleh orang Polinesia, pertama diperkenalkan
ke kepulauan oleh pelayar Polinesia dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.

xxxii
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.3.4.2 Buah

Secara botani, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali


sebagai pepauh (ataupun drup) bergentian (bukannya "kacang"). Mesokarpa
terdiri daripada gentian yang dikenali sebagai sabut dan terdapat tempurung
(endokarpa). Tempurung keras mempunyai tiga liang percambahan yang jelas
kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Melalui salah satu
darinya pucuk keluar apabila embrionya bercambah. Apabila dilihat dari satu
bahagian, tempurung dan liang percambahan kelihatan seperti muka monyet
yang merupakan istilah bahasa Portugis iaitu coco.

2.3.4.3 Kegunaan

Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya


bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji
kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah,
nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang
diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan
kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

 batang kelapa boleh dibuat titi;


 daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan;
 lidi kelapa boleh dibuat penyapu;
 sabut kelapa boleh dibuat tali; dan
 tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan
kraftangan.

Buah kelapa yang muda boleh diminum, sementara kelapa tua boleh
diproses untuk menghasilkan santan, minyak kelapa dan pelbagai lagi.

2.3.4.4 Kesimpulan

xxxiii
POLITEKNIK PORT DICKSON

2.4 PARAMETER PENGUKURAN

2.4.1 Suhu (Tempreture)

Rasa air yang sejuk biasanya lebih sedap. Suhu air yang rendah
berupaya mengurangkan keberkesanan proses rawatan termasuk pebasmian
kuman dan dengan itu mempunyai kesan yang buruk terhadap kualiti air
minum. Walaubagaimanapun, suhu air yang tinggi meningkatkan
pertumbuhan bakteria dan masalah rasa, bau, warna, dan kakisan mungkin
bertambah.

Nilai garis panduan tidak disarankan bagi suhu air minum oleh kerana
pengawalan biasanya tidak boleh dilaksanakan.

2.4.2 pH

Salah satu daripada objektif utama pengawalan pH adalah untuk


meminimumkan kakisan dan pembentukan kerak dalam sistem pengagihan
yang terjadi hasil daripad hubungan kompleks di antara pH dengan juzuk atau
sifar-sifar air yang lain seperti karbon dioksida, kelikatan, keaikalian dan
suhu. Dalam sistem pengagihan, tahap pH kurang daripada 7 boleh
menyebabkan kakisan yang teruk ke atas logam. Peningkatan tahap bahan
kimia tertentu seperti plumbum mungkin dihasilkan oleh kekakisan jenis paip
tertentu, dan kadar kekakisan meningkatkan dengan penurunan nilai pH. Pada
tahap pH melebihi 8.0 keberkesanan proses pengklorinan akan menurun
secara beransur-ansur.

xxxiv
POLITEKNIK PORT DICKSON

Nilai pH yang diterima di dalam air minum ialah diantara 6.5 hingga
8.5 dan ini adalah julat yang dicadangkan sebagai nilai garis panduan. Tanpa
sistem pengagihan, julat yang lebih luas mungkin boleh diterima.

2.4.3 Kekeruhan (Turbidity)

Tahap kekeruhan yang tinggi boleh melindungi mikroorganisma


daripada kesan-kesan pebasmian kuman dan merangsang pertumbuhan
bakteria. Oleh sebab itu dalam semua kes air yang dibasmi kuman, kekeruhan
perlulah rendah seelok-eloknya kurang daripada 1 NTU supaya pembasmian
kuman lebih berkesan.

Nilai garis panduan ialah 5 unit kekeruhan nefelometrik (NTU) atau 5


unit kekeruhan Jackson (JTU) tetapi seeloknya kurang daripada 1 NTU
apabila pembasmian dilakukan. Kekeruhan yang melebihi 5 NTU (5 JTU)
mungkin oleh diperhatikan dan dengan itu tidak disegani oleh pengguna.

2.4.4 Oksigen Terlarut (Do)

Oksigen yang terlarut di dalam air menggangu tindakbalas


pengoksidaan penurunan logam-logam besi, mangan, kuprum dan sebastian
yang mengandungi nitrogen dan sulfur. Kajian ke atas kepekatan oksigen di
dalam air boleh memberi petunjuk yang berguna mengenai sebab berbagai-
bagai masalah semasa pengagihan.

Nilai garis panduan tidak disarankan oleh kerana penerimaan tahap


oksigen terlarut yang rendah berganutng kepada kehadiran jusuk-juzuk air
yang lain. Walau bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya tahap oksigen
terlarut dikawal hampir ke tahap tepu.

2.4.5 Bau dan rasa

xxxv
POLITEKNIK PORT DICKSON

Bau air di sebabkan terutamanya oleh kehadiran bahan organik.


Sesetengah bau adalah penunjuk kepada peningkatan aktiviti biologi, yang
lain mungkin disebabkan oleh pencemaran daripada industri. Tinjauan
sanitari seharusnya melibatkan penyiastan keatas sumber bau yang sedia ada

atau yang mungkin terjadi dan usaha perlu dibuat untuk menyelesaikan
masalah bau.

Gabungan tanggapan terhadap bahan yang dikesan oleh bau dan rasa
sering dipanggil dengan ringkas sebagai rasa. Masalah rasa dikesan sebataian
tidak organik seperti magnesium, kalsium, natrium, kuprum, besi dan zink.

2.4.6 Pepejal Terampai (SS)

xxxvi
POLITEKNIK PORT DICKSON

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan bagaimana prosedur dan cara kerja kajian akan
di buat dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Selain
itu, ia bertujuan agar mencapai kualiti kajian yang baik dan boleh diterima
pakai. Perancangan teliti terhadap metodologi dari segi langkah-langkah yang
teratur perlu dirangka sebelum memulakan kerja-kerja kajian. Ini penting
supaya kajian dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Carta aliran merupakan satu kaedah yang sistematik, ringkas dan


mudah difahami bagi mengambarkan keseluruhan kajian tersebut. Apa juga
masalah yang timbul semasa membuat kajian akan mudah dikenalpasti agar
tidak terkeluar daripada objektif dan skop kajian. Ia juga sebagai panduan dan
menjadi prosedur dalam mengawal aktiviti atau tatacara semasa membuat
penelitian terhadap kajian supaya lebih tepat dan mencapai keputusan yang
dikehendaki.
xxxvii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Didalam kajian ini 4 jenis media telah dilakukan kajian. Pemilihan


media-media ini dilakukan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang mana kami
menggunakan bahan-bahan yang terbuang yang mungkin boleh menyumbang
kearah kebaikan.

3.1.1 Perancangan kajian

Pengumpulan data dan maklumat

Penentuan media yang digunakan

Kajian di makmal

Pensampelan

Ujikaji di makmal UTHM

Analisis data

Kesimpulan/Cadangan

xxxviii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Rajah 3.1.1. aliran Perancangan Kajian

3.1.1.1 Pengumpulan data dan maklumat

Dalam menyediakan kajian ini, kesefahaman terhadap kajian


adalah perlu bagi menghasilkan kajian yang mencapai objektif, skop
berkesan dan sistematik. Kajian dilakuakan berdasarkan maklumat
yang diperolehi melalui jurnal dan buku-buku dari sumber yang
diiktiraf.

Ujian-ujian terhadap kualiti air sebelum dan selepas penapisan


perlu dilakuakan untuk mendapatkan keputusan berdasarkan
parameter-parameter yang dikehendaki. Maklumat juga diperolehi
dari Jabatan Alam Sekitar, Seremban

3.1.1.2 Penentuan media yang digunakan

Media-media yang ingin digunakan dalam kajian ini perlulah


dikenalpasti terlebih dahulu sifat-sifatnya dengan mengadakan
lawatan terhadap kilang-kilang yang mengeluarakan media-media
tersebut atau mencari maklumat berkaitan didalam jurnal-jurnal, buku
ilmiah dan laman web yang berkenaan.

xxxix
POLITEKNIK PORT DICKSON

Hampas tebu Sekam padi

Hampas kelapa sawit


Hampas kelapa

Rajah 3.1.1.2: Bahan-bahan Media Penuras

3.1.1.3 Kajian dimakmal politeknik

Kajian di makmal dijalankan untuk mengenalpasti ketebalan


yang sesuai bagi proses penapisan air masin ianya merangkumi kajian
seperti masa proses penapisan, warna dan bau dan isipadu air yang
tertapis.

Prosedur kerja dimakmal politeknik


i. Bahan-bahan dan alatan yang digunakan perlu disediakan terlebih
dahulu

a) Botol kosong
b) Tray
c) Pisau
d) Gunting
xl
POLITEKNIK PORT DICKSON

e) Bekas filter
f) Alat hentaman IVR (Makmal Jalan Raya)
g) Penumbuk getah
h) Bikar
i) Plastik
j) Media penuras

Rajah 3.1.1.3 (a) Gambarajah Alatan Ujikaji

ii. Media seperti Hampas kelapa sawit, hampas kelapa, Sekam Padi,
Hampas Tebu di timbang sebanyak 60 gram bagi memenuhi bekas
hentaman.
iii. Bekas hentaman dialas menggunakan plastik bagi memudahkan
proses pengeluaran media yang telah dihempas
iv. Media diisi sepenuhnya ke dalam bekas hentaman
v. Hentaman dilakukan sebanyak 10 kali ke atas hampas bagi proses
pemadatan.
vi. Kemudian media dikeluarkan bagi proses pemotongan mengikut
diameter alat tapisan iaitu 70mm
vii. Dengan ketebalan yang seragam 1.5cm media dimasukan ke
dalam bekas filter.
viii. Air laut sebanyak 400ml digunakan dan perhatikan hasil yang
diperolehi melalui media.
ix. Masa dan hasil yang diperolehi dicatat
x. Ujikaji diulangi dengan prosedur yang sama sehingga mencapai
ketebalan 90 mm

xli
POLITEKNIK PORT DICKSON

Media yang dipadatkan Ketebalan Media Ketebalan

Air laut tulen Air laut yang telah di tapis

Rajah 3.1.1.3 (b) : Gambarajah Proses Ujikaji

3.1.1.4 Pensampelan

xlii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Tujuan penyediaan sampel adalah untuk digunakan bagi


menguji kandungan ph, salinity, Do, Turbility, Suspended Solid yang
mana akan dijalankan dimakmal UTHM . semasa menyediakan
sampel/menjalankan ujikaji beberapa perkara perlu diberi perhatian:

i. Air laut yang diambil mestilah dari bahagian tengah


permukaan atas air
ii. Botol yang digunakan untuk mengisi sampel air di bilas
telebih dahulu menggunakan air suling untuk membasmi
sebarang benda asing yang ada didalamnya.
iii. Memastikan ketebalan setiap media mengikut turutan adalah
tepat 15mm, 30mm, 45m, 60mm, 75mm dan 90mm.

Setiap botol di tandakan dan disimpan didalam tempat yang


gelap/ peti sejuk supaya tidak mengganggu ciri kualiti airnya yang
asal.

3.1.1.5 Ujikaji dimakmal UTHM

Ujikaji dimakmal ini dijalankan bagi sampel air yang telah


diambil ditapak kajian dan telah ditapis di makmal politeknik
menggunakan media-media yang telah dikenalpasti. Ujikaji
melibatkan beberapa parameter pengukuran antaranya kadar
kemasinan (salinity), kandungan pepejal terampai (suspended solid),
kandungan PH, kandungan oksigen terlarut (DO), kekeruhan
(turbidity).

3.1.1.6 Ujikaji mengunakan alat YSI


xliii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Ujikaji menggunakan alat ini adalah untuk mengetahui kadar


kemasinan (salinity), nilai keasidan dan kealkalian (ph), kandungan
oksigen terlarut (Do). Kaedah dilakuakan dengan menggunakan alat
YSI 556 MPS (Multi Probe System)

Rajah 3.1.1.5.1 Gambar alat YSI

Kaedah / cara ujikaji dijalankan

i. Sebelum sampel air diuji, botol digoncang agar sampel bercampur


secara sekata bagi membolehkan seluruh bahagian sampel bertindak
balas dengan lengkap.
ii. Kemudian air dituang kedalam botol khas yang mana dibilas terlebih
dahulu menggunakan air suling.

Rajah 3.1.1.5.2 Ujikaji dijalankan menggunakan alat YSI

iii. Alat ysi dicelup kedalam botol khas yang telah dituangkan sampel air
berkenaan.
iv. Ianya dibiarkan selama 3 minit untuk mendapatkan bacaan

xliv
POLITEKNIK PORT DICKSON

Rajah 3.1.1.5.3 Contoh Data yang diperolehi


v. Data dimasukan kedalam komputer untuk dicetak beserta graf .

3.1.1.7 Ujikaji suspended solid

Langkah-langkah ujikaji untuk menentukan kandungan pepejal


terampai adalah menggunakan panduan daripada cara kerja yang telah
diberikan.

i. Labelkan kertas turas mengikut sampel yang ingin diuji.

ii. Keringkan kertas turas tadi ke dalam oven pada suhu 103-105° C
selama sejam.

iii. Selepas 1 jam, keluarkan kertas turas tersebut. Kemudian timbang


menggunakan analytical balance (P1).

iv. Turas 20 ml air sampel.

v. Keringkan kertas turas bersama sisa tadi ke dalam oven pada suhu
103-105°C selama sejam.

vi. Selepas 1 jam, keluarkan kertas turas tersebut dan sejukkan.


Kemudian, timbang menggunakan analytical balance.

vii. Catatkan nilai jisim kertas turas terbabit (P2). 

Pengiraan SS: 

Jumlah pepejal terampai =     (P2 –P1) x 1000


 Isipadu Sampel
di mana,
xlv
POLITEKNIK PORT DICKSON

P1 = berat kertas turas

P2 = berat kertas turas + sisa 

Contoh:

Jisim sebelum pemanasan = 95.8 mg

Jisim selepas pemanasan   = 94.3 mg

Isipadu sampel         = 20 ml 

SS = (95.8 – 94.3) x (20/1000)

     =  75 mg/l

Rajah 3.1.1.7 : Rajah Alatan Kandungan Pepejal Terampai (ss)

3.1.1.8 Ujikaji Kekeruhan (Turbidity)

xlvi
POLITEKNIK PORT DICKSON

Ujikaji menggunakan alat ini adalah untuk mengetahui kadar


kekeruhan dan boleh juga untuk mengetahui jumlah pepejal terampai. Alat
ini dinamakan DR/2010.

Rajah 3.1.1.5.3 Alat DR/2010 Turbiditimeter

i Pengujian adalah menggunakan alat DR/2010 Turbiditimeter.


ii Wayar alat Turbidity disambung pada alat pengujin dan diprogram
kepada program Turdidity.
iii Masukkan air suling ke dalam alat Turbidity dan tekan butang zero.
iv Bacaan air suling dipaparkan. Kemudian masukkan sample yang
hendak diuji dan tekan butang zero.
v Bacaan sample dipaparkan. Kemudian ulangi langkah 3 untuk
pengujian sample yang lain

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISA PROJEK

xlvii
POLITEKNIK PORT DICKSON

4.1 PENDAHULUAN

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan metodologi kajian yang


telah diterangkan sebelum ini iaitu kajian dimakmal. Keputusan analisis
kajian yang diperolehi akan menunjukkan keadaan sebenar air laut yang
dituras menggunakan media-media yang telah dicadangkan.

4.2 Media pensempelan

Berdasarkan pemerhatian dan ujikaji yang telah dijalankan, sebanyak


6 jenis sampel dijalankan ujikaji bagi setiap medis penurasan. Pemilihan
media adalah faktor yang ditentukan dalam pemilihan media.

Ujikaji dijalankan dengan menggunakan air laut sebanyak 400ml dan


dicatatkan bacaan air yang terturas oleh media-media berikut.

4.3 Keputusan analisis Kadar isipadu air laut yang tertapis

Output
Bil Sample Input
15 30 45 60 75 90

1 Hampas Kelapa Sawit 400 ml 355 325 325 290 250 225

2 Hampas Tebu 400 ml 310 300 250 225 160 125

3 Sekam Padi 400 ml 350 350 325 300 290 250

4 Hampas Kelapa 400 ml 350 300 200 175 25 -

xlviii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Jadual 4.3 Keputusan analisis Kadar isipadu air laut yang tertapis

volume vs Thickness
400.00

300.00
Volume /ml

200.00

100.00

0.00
15 30 45 60 75 90
Thickness / mm

Sekam Padi Hampas Tebu Hampas Kelapa Swit Hampas Kelapa

carta bar

xlix
POLITEKNIK PORT DICKSON

Thickness/ mm
Bil Sample
15 30 45 60 75 90

Air Laut 6.62

Hampas Kelapa
1 6.15 6.48 5.84 5.44 4.36 4.06
Sawit

2 Hampas Tebu 3.11 2.77 2.57 2.56 2.71 3.77

3 Sekam Padi 6.28 6.21 5.83 6.14 5.98 6.12

4 Hampas Kelapa 3.11 2.85 2.58 - - -

l
POLITEKNIK PORT DICKSON

Rajah 4.2.1 : Setiap sampel yang dilabel sebelum diuji

4.3 Keputusan ujikaji setiap parameter

Terdapat 5 parameter yang diambil kira semasa ujikaji dijalankan untuk


menentukan pengkelasan kualiti air laut sebelum dan selepas ujikaji ialah oksigen
telarut (DO), Keasidan/kealkalian (pH), kekeruhan (Turbidity), kadar kemasinan

(Salinity), dan pepejal terampai (SS).

Berikut merupakan keputusan ujikaji bagi setiap parameter beserta analisis


dan peneranagan. Keputusan ujikaji akan digunakan untuk membuat analisis tahap
kekurangan kemasinan yang dapat dikurangkan mengikut jenis media yang
digunakan.

li
POLITEKNIK PORT DICKSON

4.3.1 Keputusan analisis kadar kemasinan (salinity)

Berdasarkan rajah 4.3.1, menunjukkan nilai keputusan analisis kadar


kemasinan bagi setiap media untuk sepanjang kajian dijalankan.

Jadual: Keputusan ujikaji kadar kemasinan (salinity) (ppt)

Bi Thickness/ mm
Sample
l 15 30 45 60 75 90
1 Hampas Kelapa Sawit 28.25 12.87 12.34 4.93 0.12 0.10
2 Hampas Kelapa 12.07 0.18 0.07 - - -
3 Hampas Tebu 12.54 12.3 0.06 0.05 0.05 0.09
4 Sekam Padi 10.85 0.35 0.32 0.31 0.15 0.01

SALINITY VS THICKNESS
Salinity / ppt

Thickness / mm

Sekam Padi Hampas Tebu Hampas Kelapa Sawit Hampas Kelapa

Rajah 4.3.1: Taburan nilai analisis ujikaji kadar kemasinan setiap sampel
mengikut ketebalan

lii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Keputusan kadar kemasinan menunjukkan nilai tertinggi adalah


dengan ketebalan media 15mm. Nilai Salinity yang tertinggi ialah 28.25ppt
pada media hampas kelapa sawit, manakala nilai Salinity terendah adalah
0.01 ppt iaitu pada media sekam padi. Rajah juga menunjukkan kadar
kemasinan semakin menurun apabila ketebalan media semakin bertambah.
Berdasarkan objektif,

4.3.2 Keputusan analisis keasidan/kealkalian (pH)

liii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Berdasarkan rajah 4.3.2, menunjukkan analisis ujikaji pH bagi setiap media


untuk sepanjang kajian dijalankan.

Jadual: Keputusan ujikaji bagi Keasidan/kealkalian (pH) (mg/L)


Thickness/ mm
Bil Sample
15 30 45 60 75 90
1 Hampas Kelapa Sawit 5.90 5.70 5.56 4.36 4.36 4.04
2 Hampas Kelapa 3.19 2.86 2.59 - - -
3 Hampas Tebu 2.94 2.77 2.58 2.56 3.74 4.26
4 Sekam Padi 6.10 5.94 5.71 5.95 5.79 6.08

PH VS THICKNESS
Ph

Thickness / mm

Sekam Pdi HAmpasTebu Hampas kelapa SAwit Hampas KElapa

Rajah 4.3.2: Taburan nilai analisis ujikaji pH bagi setiap sample mengikut
Ketebalan

liv
POLITEKNIK PORT DICKSON

Nilai pH yang diperolehi berada dalam lingkungan 2 hingga 6. Nilai


ini menunjukkan tahap keasidan adalah lebih berbanding kealkalian. Nilai pH
terendah adalah pada media hampas tebu iaitu 2.56. manakala nilai pH
tertinggi ialah pada media sekam padi iaitu 6.10. Keputusan menunjukan nilai
pH bagi media sekam padi lebih kurang sama walaupun ketebalan medianya
bertambah berbanding media-media yang lain.

lv
POLITEKNIK PORT DICKSON

4.3.3 Keputusan analisis oksigen terlarut (DO)

Berdasarkan rajah 4.3.3, menunjukkan analisis ujikaji DO bagi setiap media


untuk sepanjang kajian dijalankan.

Jadual: Keputusan ujikaji bagi oksigen terlarut (DO) (mg/L)

Thickness/ mm
Bil Sample
15 30 45 60 75 90
1 Hampas Kelapa Sawit 2.61 2.14 -0.12 -0.34 -0.88 3.49
2 Hampas Kelapa 4.44 3.35 4.87 - - -
3 Hampas Tebu 5.28 3.17 2.75 3.08 2.96 2.58
4 Sekam Padi 5.57 5.64 4.76 3.67 4.71 4.28

lvi
POLITEKNIK PORT DICKSON

DO VS THICKNESS

DO

sekampadi THICKNESS
hamps tebu / mm
hampas kelapa sawit
hampas kelapa

Rajah 4.3.2: Taburan nilai analisis ujikaji DO bagi setiap sample mengikut
Ketebalan

Keputusan oksigen terlarut menunjukkan nilai tertinggi adalah dengan


ketebalan media 90mm. Nilai DO yang tertinggi ialah 6.08 mg/L pada media
sekam padi, manakala nilai DO terendah adalah -0.88 mg/L iaitu pada media
hampas kelapa sawit.

4.3.4 Keputusan analisis pepejal terampai (SS) &


Keputusan analisis kekeruhan (Turbidity)

Berdasarkan rajah, menunjukkan analisis ujikaji SS dan Turbidity


bagi setiap media untuk sepanjang kajian dijalankan.
lvii
POLITEKNIK PORT DICKSON

SERKAM PADI
Tebal ss (mg/l) NTU(FAU)
1.5 cm 13 2
3.0 cm 18 5
4.5 cm 25 18
6.0 cm 32 39
7.5 cm 45 90
9 cm 66 138

NTU (FAN)
ss (mg/ )

KELAPA SAWIT
Tebal ss (mg/l) NTU (FAU)
1.5 cm 116 86
3.0 cm 188 142
4.5 cm 198 155
6.0 cm 320 230
7.5 cm 584 423
9 cm 641 472

lviii
POLITEKNIK PORT DICKSON

NTU (FAN)
ss (mg/ )

KELAPA
Tebal ss (mg/l) NTU (FAU)
1.5 cm 293 214
3.0 cm 2166 1095
4.5 cm 2713 2190
6.0 cm 3040 2990
7.5 cm 3565 3035
9 cm - -

NTU (FAN)
ss (mg/ )

HAMPAS TEBU
Tebal ss (mg/l) NTU (FAU)
1.5 cm 343 246

lix
POLITEKNIK PORT DICKSON

3.0 cm 495 348


4.5 cm 1009 711
6.0 cm 1170 765
7.5 cm 2008 840
9 cm 2182 1230

NTU (FAN)
ss (mg/ )

Daripada analisis data yang telah dilakukan, didapati ujikaji SS dan Turbidity
ke atas empat – empat media penuras, media yang mempunyai SS dan Turbidity
yang paling rendah pada ketebalan 1.5cm adalah sekam padi. Nilai SS yang
diperolehi adalah 13mg/l dan nilai NTU (Naflometic Turbidity Unit) adalah 2FAU.
Nilai kedua yang rendah adalah kelapa sawit dengan nilai yang diperolehi 116mg/l
bagi SS dan 86FAU bagi NTU.

BAB 5 PERBINCANGAN.
lx
POLITEKNIK PORT DICKSON

5.1 PENGENALAN

Kami telah memilih tajuk tentang ‘Kajian ketebalan lapisan media


penuras sebagai penjerap garam bagi air masin’ sebagai projek akhir semester
ini. Hal ini berikutan dengan keadaan air laut yang dikelilingi air masin dan terdedah
kepada bahan pencemar yang tidak terkawal dari pelbagai sumber. Sekiranya
manusia tidak memikirkan cara alternatif lain bagi mendapatkan air yang dirawat,
kemungkinan besar sumber air kian berkurangan. Oleh itu, dengan adanya sistem
rawatan air masin pencemaran dapat dibendung dan kualiti alam sekitar dapat
dipelihara.
Dengan cara merawat air masin kemungkinan kajian yang kecil ini mampu
mendorong pihak tertentu meneruskan penelitian tentang media-media penuras yang
mampu mengurangkan kadar kemasinan. Kami telah menggunakan empat jenis
media penuras dengan menguji ketebalan media – media tersebut menguji
keberkesanan. Media ini dapat mengurangkan tahap kemasinan air laut dan ia boleh
diminum pada keadaan kritikal. Antara media-media yang digunakan ialah:-
i Hampas kelapa
ii Hampas tebu
iii Hampas buah kelapa sawit
iv Sekam Padi
Kami telah membuat beberapa nilai yang sesuai antaranya 1.5cm, 3.0cm,
4.5cm, 6.0cm, 7.5cm dan 9.0cm. Bagi hampas kelapa,

lxi
POLITEKNIK PORT DICKSON

5.2 CARTA PERBINCANGAN

Peringkat
permulaan
perbincangan

BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN.


6.1 KEBAIKAN

lxii
POLITEKNIK PORT DICKSON

Kebaikan dari kajian :

1. Melalui kajian kami, ketebalan media yang lebih efektif terhadap kemasinan
adalah sekam padi dengan ketebalan 90mm.
2. Jangka hayat bagi sekam padi adalah lebih panjang berbanding hampas tebu,
hampas kelapa sawit dan hampas kelapa. Ini kerana penghasilan airnya tidak
mengeluarkan bau dan warna keruh.
3. Kos kajian untuk ujikaji kami adalah murah dan berpatutan kerana media-media
yang kami perolehi senang serta mudah didapati.
4. Penggunaan media-media yang mudah didapati dan mesra alam.

6.2 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian dan analisis yang telah dijalankan, menunjukan sekam
padi merupakan media yang paling efektif terhadap pengurangan kadar kemasinan
berdasarkan ketebalan. Perkara ini telah dibuktikan melalui ujian yang telah kami
lakukan keatas sampel di Makmal Air dan Alam Sekitar, UTHM. Di samping itu
kami telah berjaya menghasilkan satu alat pengurangan kadar kemasinan yang diberi
nama CAPSULE BEE. Oeh itu kami berharap agar alatan ini boleh diguna pakai
pada waktu-waktu kritikal. Dengan ini kami telah mencapai objektif utama iaitu
untuk mengurangkan kadar kemasinan.

6.3 CADANGAN

Cadangan dari kajian :


1. Media-media perlu dicuci terlebih dahulu supaya segala kekotoran dapat
dibuang serta mendapatkan media-media yang bersih.
2. Media-media perlu di ayak untuk menghasilkan saiz partikel-partikel yang
seragam. Alat yang sesuai digunakan ialah alat penggetar aggregat..

lxiii
POLITEKNIK PORT DICKSON

3. Bagi pengujian sampel, kami mencadangkan sampel-sampel diletakkan ke


dalam ais yang bersuhu 4ºC untuk mengelakkan daripada penghasilan
bakteria ke dalam sampel tersebut.
4. Pastikan media-media dikeringkan terlebih dahulu sebelum menghasilkan
sampel-sampel

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. P. Aarne Vesinind. J. Jeffrey Peirce. Ruth Weiner. (1994) “Kejuruteraan


Alam Sekitar.”
2. Affizad Herwady B. Ahmad. (2005/2006) “Pencirian bahan organic
semulajadi (NOM) dan sifat kekotaoran di Sg Yong Peng. Universiti
Teknologi Malaysia.
3. Ini adalan versi html bagi fail
http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/2JHH/Part1/SHAIRAAA
990491D03TT7.doc.
4. Nazlizan B Nasir (2007). “Kajian Penggunaan Kayu Aksia ‘Hybrid’ dan
Hampas Tebu Dalam Penghasilan ‘Particleboard’.
5. http://www.nikomgroup.com/nikomInternational/www.nikomgroup.com
6. Kong Su Mei. (2004/2005) “Penggunaan Tumbuhan Akuatik Untuk
Mengolah Air Sisa Domestik. Universiti Teknologi Malaysia.
7. Raja Asri B Raja Othman. (2005/2006) “Penilaian Semula Kualiti Air Sungai
UTM. Universiti Teknologi Malaysia.

lxiv
POLITEKNIK PORT DICKSON

8. Mohd Asri Mohd Noor. (1996) “Garis Panduan Kualiti Air Minum”
Universiti Teknologi Malaysia

lxv

You might also like