You are on page 1of 92

KENEGARA

AN
BAB 10
MASYARAKAT
MAJMUK
Pengenalan
Tujuan asas pengajian Kenegaraan Malaysia;

Untuk memperkukuhkan pemahaman & penghayatan ciri &


sifat-sifat kenegeraan spt. Menghargai pengorbanan dan
sumbangan pemimpin2 masa lampau, serta mengetahui &
memahami proses kerjasama, tolak ansur & akomodasi yg
membantu pembentukan negera yg dipanggil Persekutuan
Malaysia

Penghayatan kpd sejarah & proses pembentukan negara ini


akan membantu negara dalam usaha melahirkan negera
bangsa iaitu “Bangsa Malaysia” yg hidup aman-damai &
bersatu padu di bawah satu payung negara-Malaysia
Kewujudan Masyarakat Majmuk
Ø Berlaku sejak zaman-zaman awal lagi –
v Zmn Melaka sbg pusat perdagangan.
v Para pedagang berulang alik ke Kepulauan Melayu dgn tempat
asal mereka.
v Kuasa penjajah tidak pernah menyekat kemasukan para imigran
§ British amalkan dasar Pintu Terbuka

§ Galakkan kemasukan imigran – untuk kepentingan ekonomi


mereka.
Ø Kemasukan imigran membawa satu dimensi baru dalam proses
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kawasan Etnik
Semenanjung -Melayu
Malaysia -Cina juga terdapat di Sabah/Sarawak
-India
-Serani
-Punjabi
-Orang
Asli – Jakun, Negrito, Semai, Senoi, Semelang
Semang, Pangan, Sungai, dll.
Sabah -Kadazan-Dusun - Lotud
-Bajau - Dumpas
-Murut - Rungus
-Bisaya - Sulu
-Kedayan

Sarawak -Dayak Iban - Kedayan


-Dayak Bidayuh - Kelabit
-Melanau - Kenyah
- Orang Ulu - Punan
-Kayan
-Bisayah
Ø Perlembagaan Malaysia mencatatkan bahawa terdapat tidak kurang
daripada 40 suku etnik di Malaysia, dan ini termasuk lebih kurang 20
suku etnik di Sabah serta 20 suku etnik di Sarawak.
Ø Kebanyakkan suku etnik ini dapat dikategorikan berdasarkan faktor-
faktor seperti cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan.

Islam

Kristia
Agama n
Budd
ha
Hindhu

Sikh

Konfucious

Taoisme

Animisme
SEJARAH HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Ø Kebanyakkan pemerhati politik Malaysia menganggapkan etnisiti
atau perkauman sebagai satu asas yang penting dalam memahami
struktur dan fenomena politik dalam negara. Ini dilihat dari
persaingan antara kaum-kaum utama dalam proses politik untuk
kepentingan kaum masing-masing.
Ø Soal perkauman ini begitu berpengaruh sehinggakan semua perkara
yang berlaku dalam Negara dikaitkan dengan isu perkauman.
Ø Asasnya, penjajahan yang berlaku di TM menyebabkan berlakunya
scenario politik yang begitu kompleks dalam Negara.
v “Dasar Pecah dan Perintah”.
Ø Sejarah perhubungan kaum di TM bermula dengan kedatangan
penjajah Inggeris yang bertanggungjawab melahirkan masyarakat
yang berbilang kaum.
v Penjajah telah mengimport ramai imigran masuk ke TM untuk
kepentingan ekonomi mereka.
v Kemasukan kaum Cina dan India telah menjadikan masyarakat
TM bertambah kepada 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan
India.
MASYARAKAT MALAYSIA
SEMASA PENJAJAHAN
Ø INGGERIS
Penjajahan Inggeris bawa kepada pembukaan PP (1876), Singapura
(1819) dan seterusnya NNS (1826) telah memberikan kesan kepada
TM:
v Pengusaan Inggeris kepada sumber ekonomi negara
v Kemasukan Imigran China
Lombong bijih timah
v Kemasukan Imigran India
Ladang tebu dan kopi
Upah murah dan pentadbiran Inggeris di India memudahkan
urusan
v Sarawak – bermula dengan pengistiharan James Brooke sebagai
Raja Sarawak 1841
v Sabah – Perjanjian Sultan Brunei dengan Overback (1877), Inggeris
bertapak di Sabah
Ø Faktor British membawa masuk imigran asing
v British tidak mahu mengugat struktur tradisional yang sedia ada
v Orang Melayu dianaktirikan – import orang asing yang dikatakan
kuat, murah, berpotensi
v Anggap seolah-olah orang Melayu tidak pernah wujud dan tidak
mampu membangunkan negara sendiri dan menjadi ancaman
kepada kuasa politik penjajahannya
v Berpendapat imigran asing hanya ingin mencari rezeki dan akan
kembali ke negara asal
v Tidak melihat orang Cina dan India sebagai ancaman kepada
mereka, malahan dapat memperkukuh kuasa penjajahan mereka
di TM.
Sejarah Ringkas
Ø Orang Melayu
v Penduduk asal
v Asasnya bergiat dalam bidang pertanian sebagai sumber
ekonomi utama berdasarkan sistem ekonomi secukup hidup dan
tingal dalam komuniti kampong atau desa.
Orang Cina
Ø Datang ke TM secara besar-besaran mulai pertengahan abad ke 19
bila berlakunya pembukaan lombong-lombong bijih timah di pantai
barat TM.
Ø Mengendalikan kegiatan ekonomi moden berdasarkan kepada
sistem kapitalis telah menjadikan orang Cina sebagai penduduk
utama di kawasan-kawasan Bandar yang baru muncul.
Ø British telah mengalakkan imigran Cina untuk membangunkan
kawasan perdagangan dan kewangan, seperti kawasan bijih timah di
Perak dan Selangor dan emas di Bau, Sarawak.
Ø Bagaimanapun, hubungan mereka dengan negara asal tetap terjalin
dalam bentuk yang rapat dan kukuh.
v Bentuk politik – segala gerakan mereka adalah dipengaruhi oleh
keadaan yang berlaku di Negara China.
Freedman menjelaskan keadaan ini sebagai “ the homeland
became a focus of political interest”.
v Pendidikan – bersumberkan dari Negara China.
Ø Faktor penghijrahan
v Kesengsaraan hidup di negeri China
v Bencana alam yang berleluasa
v Ketidakstabilan politik dan ekonomi negara China
v Terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah
v Pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di TM
v Kestabilan politik di TM
Ø Cara Kemasukan
v Sistem tiket kredit
v Pengambilan oleh majikan
v Sistem pengambilan rumah kongsi.
Orang India
Ø Kedatangan orang India secara besar-besaran berlaku dalam
peringkat yang lebih lewat, yang mempunyai hubungan rapat dengan
pembukaan ladang-ladang getah pada akhir abad ke 19 dan awal
20-an.
Ø Juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Negara asal mereka,
malah dalam kebanyakkan hal, kedatangan mereka lebih merupakan
untuk sementara waktu sahaja, semata-mata untuk mencari
kekayaan.
Ø Pendidikan
Ø Politik
Ø Faktor penghijrahan
v Kesukaran hidup di India
v Peluang kerja yang luas dan pertumbuhan ekonomi yang pesat
v Galakan daripada kerajaan British

Ø Cara Kemasukan
v Sistem kontrak
v Sistem Kangani (pengawas)
v Tabung Imigran India
Ø Dasar Pecah dan Perintah penjajah Inggeris telah mewujudkan
jurang antara kaum. Pihak penjajah telah mengkhususkan pelbagai
etnik itu bagi kepentingan pemerintahan mereka.
Ø Mereka berjumpa untuk berurusniaga di Bandar, kemudian kembali
ke kawasan masing-masing
v Orang Melayu – kampong
v Dayak – Rumah Panjang
v China – Kongsi / Bandar
v India - estate
PERPADUAN & INTEGRASI
MASYARAKAT MAJMUK DI
Ø MALAYSIA
Ciri-ciri berdasarkan kpd J.S. Furnival
v Terdiri dari penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan
mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza
antara satu sama lain
v Terdiri daripada masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur
kebudayaan dan susunan sosial yang tinggal berdampingan tetapi
tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama
v Rakyat dari keturuan asal yang berbeza itu lebih suka hidup di dalam
kawasan petempatan yang berasingan antara satu sama lain
v Kehidupan masyarakat dicirikan dengan pertentangan, konflik dan
paksaan.
v Interaksi sosial antara anggota masyarakat yang wujud sangat
terbatas. Interaksi yang berlaku hanya terhad dalam kegiatan
ekonomi berjual beli.
MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
Ø Berdasarkan ciri-ciri tersebut, masyarakat majmuk di Malaysia
boleh dibahagikan kepada tiga sudut :
v Ekonomi
v Politik
v Sosial
Kepelbagaian di Malaysia
Perbezaan budaya, bahasa & kepercayaan
-Melayu, Cina & India (Semenanjung)
-Kadazan-Dusun, Cina, Melayu (Sabah)
-Iban, Bidayuh, Ulu, Melayu, Cina (Sarawak)
Kepelbagaian berdasarkan
:cara hidup
:pola petempatan
:pekerjaan &
:pendidikan
Kelompok asli (bumiputera) (sebelum merdeka, akibat pecah & perintah)
:tinggal di luar bandar
:mundur dari segi ekonomi
:rendah taraf pendidikan
Kelompok bukan bumiputera
:tinggal di bandar
:kuasai ekonomi
Wujud jurang perbezaan
:antara kaum
:di dlm kelompok kaum yg sama juga
:wilayah
Ø Ketegangan kaum telah bermula.
Ø Bentuk hubungan antara kaum
v Berpecah belah
v Berkompromi
v Berkonflik
v Bersaing
v Bekerjasama

Ø Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedarkan para pemimpin Negara


tentang kepentingan integrasi nasional dan perpaduan.
Ø Persoalan penting kemudiannya ialah bagaimana cara untuk
mencapai integrasi nasional dan perpaduan dan pada masa yang
sama memperkenalkan konsep perkongsian kuasa.
Ø Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sebagai
langkah untuk mencapai perpaduan nasional dengan dua strategi
utama
v Membasmi kemiskinan
v Penyusunan semula masyarakat
BAB 11
INTEGRASI DAN
PERPADUAN
NASIONAL
Pengenalan
Tujuan asas pengajian Kenegaraan Malaysia;

Untuk memperkukuhkan pemahaman & penghayatan ciri


& sifat-sifat kenegeraan spt. Menghargai pengorbanan dan
sumbangan pemimpin2 masa lampau, serta mengetahui &
memahami proses kerjasama, tolak ansur & akomodasi yg
membantu pembentukan negera yg dipanggil Persekutuan
Malaysia

Penghayatan kpd sejarah & proses pembentukan negara


ini akan membantu negara dalam usaha melahirkan negera
bangsa iaitu “Bangsa Malaysia” yg hidup aman-damai &
bersatu padu di bawah satu payung negara-Malaysia
Pembinaan Negara
Bangsa
Perpaduan
Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial,
ekonomi & politik tetapi bukan biologikal

Integrasi
Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial,
ekonomi & politik termasuk aspek biologikal (kesanggupan
kahwin campur)

Negara Bangsa
Sebuah negara yg rakyatnya hidup aman bersatu-
padu-teguh & menerima satu pandangan “dunia’ politik yg
sama.
JPNIN
Teori
Ø Integrasi :
Ø Bentuk Integrasi :

Asimilasi
A+B+C=A
v Proses integrasi satu hala
v Akhir proses, golongan minority akan hilang cirri-ciri kebudayaan
dan identity etniknya
v Kewujudan satu kelompok yang seragam
A = majority / dominant
B dan C = kelompok minority
Akhir proses, B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan
agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya,
bahasa dan agama kelompok A
v Contoh : Masyarakat Cina di Indonesia.
v Proses integrasi jenis ideal.
Proses Kecil Asimilasi

Ø Terdapat 2 proses kecil asimilasi di mana kelompok minority tidak


kehilangan semua ciri-ciri mereka pada akhir prosesnya.
v Asimilasi budaya / Akulturasi
Kelompok minoriti mempelajari budaya kelompok
dominan/majoriti.
Ciri-ciri kelompok minoriti tidak semestinya hilang.
Memperkayakan budaya
Contoh : Orang Cina yang berasal dari Negara China sebagai
Cina Malaysia.
v Asimilasi struktur
Ai + B + C = Ai + Bi + Ci

Kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok


dominan / majority.
A = kelompok majority
B dan C = kelompok minoriti
i = institusi
Contoh : di Malaysia
Sekolah
Barisan Nasional

Kenyataan Akhbar
Amalgamasi

A+B+C=D
v Proses pencantuman dari segi biologi
A, B dan C : kumpulan etnik
D : amalgam – hasil percantuman
v Akan melahirkan satu kelompok baru yang akan memiliki ciri-ciri
baru.
v Berlaku melalui perkahwinan campur secara besar-besaran.
v Di Amerika, dikenali sebagai Teori Periuk Pencair ( Teori
Tomyam).
Percantuman ras dan etnik akan memperkayakan lagi warisan
masyarakat
Pluralisme

Bertentangan dengan dasar asimilasi dan amalgamasi


Dasar yang mempertahankan kepelbagaian.

Pluralisme Kebudayaan
A+B+C=A+B+C
v A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik.
v Pengekalan ciri-ciri kebudayaan termasuk pelbagai kelompok,
termasuk kebudayaan kelompok minority berasaskan andaian
Semua kelompok etnik mempunyai hak terhadap warisan
psikofizikal masing-masing
Perbezaan dalam kebudayaan manusia adalah lazim dan tidak
dapat dielakkan
Kepelbagaian adalah punca kekuatan di mana Negara akan
mendapat manfaat dari kepelbagaian ini.
v Satu bentuk perpaduan yang mudah diterima umum.
Pluralisme Ubahsuaian

A + B + C = Ai + Bi + Ci
v Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya orang
lain
A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik asal.
Ai, Bi dan Ci adalah kelompok asal yang sudah mengubah
suaikan amalan budaya asal mereka kerana pergaulan dan
perhubungan dengan kelompok lain.
v Pengaruh ini membawa sedikit perubahan kepada amalan
budaya asal sesuatu kelompok itu.
v Dikemukakan oleh Nathan Glazer dan Daneil P. Moynihan (1963)
Hasil kajian dan tinjauan mereka keatas satu fenomena yang
wujud di kota New York.
Amalan budaya Nigeria di kalangan Nigeria di Ny berbeza
dengan amalan asal budaya Nigeria.
Dimensi Integrasi
boleh dilihat drpd bbrp dimensi
: mengintegrasikan individu & kelompok (etnik)
(bagi wujudkan keharmonian sosial, kestabilan politik &
pembangunan ekonomi)
: mengintegrasikan idea & nilai
: mengintegrasikan kawasan & keadaan
Integrasi untuk bina konsensus di kalangan rakyat berbagai etnik &
kepentingan
: boleh dicapai melalui pemuafakatan
: prinsip asas;
I. Perpaduan & integrasi melalui kepelbagaian
II. Saling menghormati
III. Bekerjasama & bertolak ansur
IV. Sederhana dlm tuntutan yg melintasi garis
pemisah
: konsensus- perjanjian & persetujuan ttg nilai asas yg harus
dipegang (dlm politik & kerajaan-budaya sivik)
: masyarakat yg punyai budaya sivik yg tinggi, stabil dari segi
politik & sosial, 2 syarat bagi penggalakan pertumbuhan ekonomi
Integrasi juga proses untuk rapatkan jurang perbezaan antara
kelompok pemerintah dengan yang diperintah ( integrasi elit-massa)
Integrasi juga proses merapatkan jurang pembangunan antara
wilayah
Masalah Perpaduan &
Integrasi
1. Dasar Pecah dan Perintah
2. Pendudukan Jepun
3. Prasangka
4. Perkauman
5. Perbezaan agama dan kebudayaan
6. Pendidikan
7. Perbezaan sosio-ekonomi
8. Politik perkauman
9. Pemisahan fizikal
Ø Didapati konflik dan pertentangan amat mudah berlaku disebabkan
oleh:
v Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama
dan adat resam.
v Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya
interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang
berbeza
v Terdapatnya perbezaan dari segi pekerjaan dan tempat tinggal yang
menyebabkan interaksi jarang dan sukar berlaku
v Prasangka dan prejudis yang menebal
v Keenganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada
masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-
masing
v Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau
perniagaan yang hanya didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja.
v Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti yang lebih kurang
sama mengakibatkan pertentangan dari segi kuasa kaum dan
keadaan ‘tawar menawar’ yang kuat.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI

Ø Kemuncak masalah perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia


bilamana tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
v Pilihanraya umum 1969, Parti perikatan buat pertama kalinya
gagal memperolehi majoriti 2/3.
v Parti pembangkang telah merancang untuk mengadakan
perarakan kemenangan.
§ Gerakan dapat kebenaran untuk adakan perarakan
§ DAP juga adakan perarakan.
v Kemuncak dan manifestasi hubungan kaum yang selama ini
terpupuk sejak kuasa penjajah mulai bertapak di negeri-negeri
dalam Persekutuan Malaysia.
Ø Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan wujudnya masyarakat
majmuk yang dipisahkan dari pelbagai segi.
v Tempat Tinggal
Orang Melayu dan penduduk asli dibiarkan oleh penjajah di
perkampungan dan pendalaman seperti sediakala.
Etnik-etnik pendatang terpisah dari segi tempat tinggal kerja
Cina – perlombongan
India – Estate
v Pendidikan
Setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan pelajaran
masing-masing.
Melayu – Sekolah Melayu / Inggeris
Cina – Sekolah aliran Cina / Inggeris
India – Sekolah aliran India / Inggeris
v Pekerjaan
Melayu – dibiarkan terus menjalankan hidup yang mereka
lakukan sejak turun temurun, sebagai petani sara diri dan
nelayan.
Cina – digalakkan bergiat dalam sector ekonomi
India – pekerja estet.
Ø Kesan dasar “pecah dan perintah”, masyarakat Malaysia yang terdiri
dari pelbagai kelompok etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan
dan Dayak terpisah antara satu sama lain.
Ø Inilah keadaan social, ekonomi dan politik TM menjelangnya
kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan
Malaysia pada tahun 1963.
Ø Sehingga tahun 1969, kerajaan Malaysia telah mempunyai
anggapan bahawa ‘tolak ansur’ antara orang Melayu dengan bukan
Melayu dalam bidang politik dan ekonomi negara sudahpun diterima.
Ø Rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kemuncak kepada masalah
perpaduan dan integrasi nasional. Antara perkara penting yang
disedari umum ketika itu ialah dalam soal-soal :
v Politik
Konsep ‘tolak ansur’ tidak lagi diterima
Orang Melayu bukan hanya perlu kuasai politik, tetapi juga
ekonomi
v Ekonomi
Ketidak seimbangan pendapatan berleluasa antara kelompok
Melayu dan Bukan Melayu di Semenanjung Malaysia.
Pendapatan tinggi
Pandapatan sederhana
Pendapatan rendah
Pemilikan harta yang tidak seimbang antara Melayu dengan
bukan Melayu.
Ø Pergaduhan kaum telah menunjukkan bahawa keadaan politik tidak
begitu tenteram seperti yang dijangkakan.
Ø Kebanyakkan pemerhati politik membuat kesimpulan, peristiwa
tersebut berlaku disebabkan :
v kaum Melayu tidak berpuas hati dengan kadar pemodenan yang
telah berlaku dan juga tidak berpuas hati dengan anggapan
bahawa aktiviti mereka seharusnya tertumpu kepada soal-soal
politik semata-mata.
v Kaum bukan Melayu pula tidak berpuas hati bahawa mereka
seharusnya berkecimpung dalam aktiviti ekonomi sahaja dan
tidak bersetuju dengan penerimaan konsep hak istimewa orang
Melayu.
Ø Antara pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 :
v Mempertahankan demokrasi
v Kepentingan hidup bersama
v Semangat cintakan negara
v Mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara
v Perpaduan kunci kesejahteraan.
Langkah Perpaduan &
Integrasi
Sosial

A. Rukun Negara
Bertujuan memupuk muafakat di kalangan masyarakat
pelbagai etnik
B. Dasar Pelajaran Kebangsaan
Penggunaan Bajasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di
sekolah2
Sukatan pelajaran yg sama
C. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Berasaskan kepada;
1. Kebudayaan asli rakyat dirantau ini
2. Unsur2 budata yang sesuai dari pelbagai ernik diambil pakai
3. Islam menjadi unsur penting
Politik

Ø Pindaan Akta Hasutan

v Telah dipinda dalam masa darurat oleh Ordinan 45 Tahun 1970


untuk menghukum perbuatan mempersoalkan isu-isu sensitif.
v Larangan telah diperluas dan dikenakan kepada ahli Parlimen dan
ahli Badan Perundangan Negeri.
Seksyen 3 dan 4 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1971 telah
meminda Perkara 63 dan 72 Perlembagaan Persekutuan untuk
melucutkan daripada ahli Parlimen dan Dewan Negeri,
perlindungan yang diberikan kepada mereka di bawah perkara-
perkara itu jika mereka dituduh atas suatu kesalahan di bawah
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah
Perkara 10(4) atau suatu kesalahan di bawah Akta Asutan 1948
seperti yang dipinda oleh Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu)
(No.45) 1970.
v Selepas kerajaan berparlimen diadakan semula, Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1971 telah dibuat. Tujuan :
untuk mencegah beberapa isu-isu sensitif daripada
dipersoalkan atau dibahas
serta untuk membolehkan demokrasi berparlimen berjalan
dengan licin dan baik dan
juga untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial dalam
banyak bidang di Negara dan
dengan itu mencapai perpaduan rakyat .
v Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1971 itu telah meminda
Perkara 10 perlembagaan (mengenai kebebasan bercakap) untuk
memberi kuasa kepada Parlimen meluluskan undang-undang
melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan dan hak kedaulatan yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian 3 (Kewarganegaraan)
Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
Perkara 153 (Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera dan kedudukan sah kaum-kaum lain)
Perkara 181 (Kedaulatan Raja-Raja).
v Politik Perikatan dan Barisan Nasional
Kerjasama politik melalui permuafakatan dalam parti Perikatan
diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada
tahun 1976.
Ø Politik Perikatan dan Barisan Nasional
v Kerjasama politik melalui permuafakatan dalam parti Perikatan
diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada
tahun 1976.
v Politik akomodasi, pemimpin politik setiap etnik lebih mudah
mencapai kata sepakat dan membuat sesuatu keputusan tanpa
kehilangan sokongan dari kumpulan etnik mereka - sebagai salah
satu daripada proses untuk amalan demokrasi dalam konteks
masyarakat berbilang kaum.
v Politik akomodasi di Malaysia - Barisan Nasional (BN)
BARISAN
NASIONAL
Ø Sebelum merdeka - Parti Perikatan
Ø BN - idea PM yang kedua - cuba menghapuskan isu-isu
perkauman dari medan dan perbahasan politik.
Ø Langkah untuk mewujudkan BN
v Penubuhan kerajaan campuran dengan parti-parti di luar
Perikatan
v 1970 - Sarawak United People’s Party (SUPP) bersetuju
menyertai Kerajaan Perikatan Sarawak
v 1972 - Parti Gerakan & Parti Progresif Rakyat (PPP)
v 1973 - PAS menyertai BN melalui kerajaan campuran - Januari.
Ø 1 Julai 1974 – pembentukan BN
v objektif utama BN adalah untuk mengurangkan ‘politicking’ dan
menggerakkan tenaga ke arah perpaduan dan pembangunan
nasional.
BARISAN
NASIONAL
Ø BN menang pilihan raya umum Ogos 1974 - kejayaan politik akomodasi
antara parti-parti politik perkauman
Ø Parti komponen BN pada 1 Julai 1974
v Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
v Persatuan Cina Malaysia (MCA)
v Kongres India Se-Malaysia (MIC)
v Pertubuhan lslam Se-Malaya (PAS)
v Parti Progresif Rakyat (PPP)
v Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
v Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
v Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
v United Sabah National Organisation (USNO
Ø Berjaya, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan
United Pasokmomungun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) dari
Sabah manakala Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dan
Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Sarawak.
BARISAN
NASIONAL
Ø Parti komponen BN pada pilihan raya ke-11 tahun 2004:
Ø UMNO, MCA, MIC, PPP, GERAKAN, SUPP, PBB, LDP, PBRS,
PBS, SAPP, UPKO, SPDP, PRS
Ø Politik akomodasi oleh BN
v untuk memastikan tiada golongan yang dipinggirkan dalam arus
pembangunan negara.
v memberikan penekanan ke atas usaha untuk memastikan semua
kaum diwakili selaras dengan AMALAN PERKONGSIAN KUASA
ke arah menjamin keamanan, kemakmuran dan keharmonian
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik.
v mengutamakan perpaduan negara dan memastikan satu sistem
kerajaan untuk seluruh rakyat.
v pembahagian kerusi dan jawatan dalam Kabinet adalah
berdasarkan kepada parti komponen BN
v Parti komponen diberikan jawatan utama dalam Kabinet -
mengambil kira kedudukan parti di Dewan Rakyat
Ekonomi
Ø Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1971 melalui Rancangan
Malaysia Kedua, 1971-1975.
Ø Matlamat utama :
Membasmi kemiskinan
Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan etnik
mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.

Ø Tujuan akhir : mencapai integrasi nasional dan hidup bersama


dengan rukun dan damai.
Hasil & Kejayaan
Ekonomi: pertambahan peratusan & ada
perubahan ke arah perkongsian ekonomi
Politik: politik perikatan diterima sebilangan besar
masyarakat pelbagai kaum
Sosial: kejayaan program & dasar sukar untuk
dilihat & dinyatakan dengan jelas sebab ia lebih
berbentuk subjektif
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Ø Masih lagi belum mendapat sambutan yang begitu hebat dan hangat
dari semua lapisan kelompok etnik.
Ø Apakah bentuk dan rupa kelompok bangsa Malaysia yang ingin
dibina?
v Bangsa Malaysia

KESIMPULAN
Social policy may be identified as positive action to
rectify a negative action……”
“social Policy is an attempt to steer the life of society
along channels it would not follow if left to itself”
Dasar lebih merupakan ‘asas’ atau ‘panduan’ kepada beberapa
pelan tindakan yang telah dirancangkan untuk memenuhi tujuan-tujuan
atau matlamat-matlamat bagi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi.
Dasar boleh dianggap sebagai pernyataan rasmi yang diterima dan
dikeluarkan oleh badan-badan berkuasa seperti kerajaan, perundangan
dan lembaga.
Dasar termaktub dalam pekeliling perkhidmatan,peraturan jabatan
dan sebagainya. Adanya dasar kepada asas panduan, urusan pentadbiran
yang berkaitan dengan rancangan tindakan agensi / organisasi akan
menjadi lebih teratur, licin dan cekap.
v Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi
keutamaan atau priority kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan
keadilan, kerohanian dan kemanusiaan.
v Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun
untuk menangani berbagai-bagai masalah yang timbul, termasuk
masalah.
v Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara,
perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk dan perhubungan
kemasyarakatan.
v Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui berbagai-bagai dasar
seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia,
perumahan dan sebagainya.
Dasar Pendidikan
ØKebangasan
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia
tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan
melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini
kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961
Ø Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan
dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan
dalam tahun 1979.
Dasar Pendidikan
Kebangasan
Rasional
Ø Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
Ø Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia
rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal
mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat
tempatan.
Ø Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah
tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak
lagi sesuai.
Ø Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem
pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang
merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri
Dasar Pendidikan
Kebangasan
Ø Kerajaan menyedari bahawa pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam memupuk integrasi
nasional dan perpaduan, dan telah merangka dasar-
dasar pendidikan Negara.
Ø Dibahagikan kepada beberapa tahap
v Laporan Razak, 1956
v Ordinan Pelajaran 1957
v Laporan Rahman Talib, 1960
v Akta Pelajaran 1961
v Jawatankuasa Kabinet, 1974
v Laporan Kabinet 1979
PENYATA RAZAK 1956

Ø Jawatankuasa Pendidikan telah ditubuhkan pada


1956. Parti Perikatan telah dipilih untuk berkuasa dan
untuk menunaikan janjinya ia telah memperkenalkan
satu sistem pelajaran yang seragam dan bersepadu
bagi semua penduduk.

Ø Tugas-tugas utama jawatankuasa ini adalah untuk:


i.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang seragam
ii.Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
iii.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain
dipelihara.
Ø Undang-Undang Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
Penyata Razak atau Penyata Jawatankuasa
Pelajaran 1956, dan ia diluluskan oleh Dewan Negara
pada tahun 1957.
Penyata / Laporan
Utama
Laporan Razak 1956

Tujuan-tujuan utama laporan ini ialah:

1. Menyediakan bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan
2. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu
rumpun bangsa Tanah Melayu
3. Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan
yang lebih cekap dan berkesan
4. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih,
bertoleransi, liberal dan progresif
Penyata / Laporan
Utama
Laporan Razak 1956

Pelajaran peringkat rendah:

1. Satu sukatan pelajaran sahaja


2. Enam tahun persekolahan
3. SRK – Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu
4. SRJK - Tamil dan Cina

Pelajaran peringkat Menengah :


1. Satu sukatan pelajaran sahaja
2. Lima tahun persekolahan
1. Sek Men : BM sbg bahasa pengantar
2. SMJK : BI sebagai pengantar
Laporan Rahman Talib 1960
Ø Jawatankuasa Razak telah mencadangkan syor-syor
yang terkandung di dalam Laporan Razak dikaji semula
tidak lewat dari tahun 1959. Selepas pilihan raya 1959,
sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman
Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor
dalam Laporan Razak.
Ø Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya digubal
menjadi Akta Pelajaran 1961.
Ø Syor-syor Laporan Rahman Talib 1960.
v Bahasa Kebangsaan
1. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah sekolah dan universiti-universiti
2. Semua peperiksaan awam – BM
3. Calon wajib lulus BM – untuk masuk Sek Menengah
v Kenaikan Kelas
1. Automatik ke Sek Menengah
2. Peluang pendidikan – 9 tahun
3. Sekolah rendah – percuma tanpa mengira bahasa
pengantar
Laporan Rahman Talib 1960

v Kelas Peralihan
1. Setahun – bagi pelajar aliran Cina dan Tamil sebelum
ke Tingkatan 1
2. Peperiksaan SRP dan LCE dalam bahasa Melayu dan
Inggeris

v Pelajaran Agama dan Moral


1. Pengajaran agama Islam diwajibkan di sekolah yang
mempunyai tidak kurang 15 orang pelajar
2. Pelajar bukan Islam – Pendidikan Moral

v Pendidikan Teknik dan Vokasional


1. Utk menghadapi perkembangan ekonomi negara
2. Beberapa institusi teknologi dilibatkan
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974

v Penguasaan 3M
v Kenaikan darjah secara automatik
v Penekanan kokurikulum dan disiplin sebagai asas
perpaduan
v Penekanan terhadap sekolah vokasional
v Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam
peperiksaan
v Memperkenalkan sukatan pelajaran sekolah swasta
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Ø Objektif Dasar

“ BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang


diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 adalah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan
dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya….”Objektif ini dinyatakan secara am, tetapi
dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran
dengan berpandukan kepada Penyata Razak, 1956
dan Laporan Rahman Talib, 1960 telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-
kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja (“ tenaga kerja,” istilah yang digunakan
oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan
ekonomi
Strategi Perlaksanaan
1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
yang sama
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhan dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang
dan bersepadu
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama
sembilan tahun
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan
mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil
dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang
kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman.
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) berasaskan 3M, iaitu membaca,
menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baharu ini
adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
9. Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional melalui
penyusunan semula Kurikulum sekolah Vokasional pada
tahun 1978
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan
pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan
11. Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
12. Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah dan memberi
peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-
bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil
13. Mengalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin,
contohnya pasukan kadet tentera, kadet polis etc.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latarbelakang
Ø “Kebudayaan” adalah keseluruhan cara hidup manusia.
Ø Ia berperanan penting kerana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosio-ekonomi dan politik.
Ø Ini sudah memerlukan penggembelengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan

Rasional
Ø Penting untuk memenuhi hasrat dan aspirasi negara membangun
yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Ø Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan
dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Asas Dasar
Dasar Kebudayaan Kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan tiga
prinsip seperti yang berikut:
i. Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina,
Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan
Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia & Oceania) merupakan
bahagian utama dari kawasan tamadun @ budaya Melayu.
ii. Penerimaan Unsur-unsur Kebudayaan Lain
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-
ubah melalui proses penyerapan & penyesuaian secara berterusan
kepada pelbagai budaya (Cina, India, Arab & Barat) yang sesuai &
wajar diberi pertimbangan & penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan
iii. Islam Unsur Utama dlm Pembentukan Kebudayaan Kbangsaan.
Agama @ kepercayaan kpd Tuhan merupakan unsur penting dlm
proses pmbangunan negara serta pembentukan rakyat yg berakhlak
& berperibadi mulia. Agama Islam menjadi unsur utama yg penting
dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujud
fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyta rantau ini
Ø Objektif
v Mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat melalui kebudayaan
kebangsaan
v Memupuk, memperkaya dan memelihara keperibadian
kebangsaan, mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan membentuk kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosio-ekonomi.

Ø Strategi
v Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kea rah
menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha
sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan
dan perhubungan budaya;
v Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-
usaha membimbing dan melatih peminat, serta mendokong dan
mengerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
v Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
v Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
v Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Dasar Sosial Negara

Ø Dasar
v Dasar Pembangunan Sosial yang berteraskan
nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan
bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial,ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan.
Ø Rasional
v Pembangunan ekonomi ialah prasyarat
pembangunan negara tetapi pembangunan holistik
dapat mengimbangi kehidupan manusia.
Dasar Sosial Negara

Ø Dasar
v Dasar Pembangunan Sosial yang berteraskan
nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan
bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial,ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan.
Ø Rasional
v Pembangunan ekonomi ialah prasyarat
pembangunan negara tetapi pembangunan holistik
dapat mengimbangi kehidupan manusia.
Objektif Umum Dasar Sosial Negara
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa
mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan
wilayah agar dapat menyertai dan memberi sumbangan
kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hidup secara berterusan.
Objektif Khusus DSN
v Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan
masyarakat dipenuhi.
v Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
v Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan
sosial dan perkhidmatan sosial
v Menjana sinergi multisektor
Prinsip:
v Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan
sebagai jentera penyelarasan perlaksanaan.
Ø Majlis Sosial Negara yang merupakan badan yang tertinggi ini
akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan
keanggotaan terdiri daripada Menteri-menteri Kabinet yang
berkaitan dengan sektor sosial. Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia.
Ø Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara
Ø Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat
Kementerian
v Diperingkat negeri pula Majlis Pembangunan Negeri
Ø yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri
akan memainkan peranan bagi merealisasikan DSR di
samping merancang projek-projek pembangunan fizikal.
Ø Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri
v Jawankuasa Pembangunan Daerah dan Bahagian
v Peringkat Akar Umbi dan komuniti
DASAR WANITA NEGARA

Ø Rasional
v Kepentingan peranan wanita dalam keluarga,
masyarakat, ekonomi dan politik negara
v Melibatkan wanita secara berkesan dalam proses
pembangunan
v Mengintegrasikan peranan wanita

Ø Objektif
v Untuk menjamin perkongsian yang saksama antara
lelaki dan wanita, di samping mendapat peluang dan
faedah dari pembangunan
v Untuk mengintegrasikan wanita ke dalam semua sektor
pembangunan negara.
DASAR WANITA NEGARA

Ø Strategi Perlaksanaan
v Memperkukuhkan HAWA
v Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan
– program pengintegrasian wanita
v Pendidikan dan Latihan
v Penglibatan NGO dalam program dan tindakan
pembangunan wanita
v Membasmi diskriminasi
v Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai
isu wanita
v Peruntukan anggaran belanjawan bagi setiap agensi
untuk memenuhi program dan projek pembangunan
wanita.
Dasar Belia Negara

Ø Usaha untuk menggerakkan tenaga belia bermula dengan


penubuhan Bahagian Perkhidmatan Belia oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953.
v Tujuan penubuhannya ialah untuk membimbing
pergerakan belia negara dengan memberi perkhidmatan
sosial dan riadah kepada golongan ini.
Ø Satu kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan telah
ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan dasar
belia.
Prinsip Dasar

Ø Prinsip-prinsip Dasar Belia Negara adalah seperti berikut:


v Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
v Mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan
mengamalkan prinsip autonomi;
v Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang;
v Mengalakkan penyertaan dalam proses perancangan Negara;
v Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan
kesihatan dan kecergasan diri; dan
v Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Ø Dasar ini bertujuan untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi


belia disamping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.
Dasar ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip
Tiga Padu Belia

Tujuan;
1. Pembangunan sosial dan ekonomi belia
2. Perpaduan negara, dan
3. Keselamatan negara

Strategi;
1. Kemahiran memimpin
2. Kemahiran berniaga
3. Kemahiran aktiviti/ vokasional

Sikap;
1. Berdikari
2. Bersatu
3. Berdisiplin
DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Ø Latar Belakang
v Dilancarkan oleh Dr. M pada bulan April 1982
v Menjadi asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang
diperkenalkan pada 19 Mac 1983.

Ø Rasional
v Sikap positif dan moral sangat penting dalam pembangunan dan
kejayaan sesebuah negara – perlu ditanamkan
v Semangat bekerja demi faedah negara

Ø Objektif
v Mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat baharu bagi
rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan
hasil (produktiviti) dan mutu kerja.
v Meningkatkan semangat dan motivasi pekerja seiring dengan
Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan
Bersih, Cekap dan Amanah

Ø Sifat-sifat yang ingin diterapkan


v Bersih
§ Moral tinggi, disiplin
§ Berkecuali
§ Tidak pentingkan diri sendiri
§ Tidak khianat, hasad dan dengki
v Cekap
§ Berani dan cepat buat keputusan
§ Tenang
§ Tegas kepada prinsip
§ Produktiviti yang tinggi
§ Kenyakinan diri
§ Berpandangan jauh
§ Berpengetahuan
v Amanah
§ Rela dan cuba jalankan tugas
§ Sifat luhur dan murni
Bersih, Cekap dan Amanah

Ø Strategi Perlaksanaan
v Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)
§ Skop kerja dan kuasa
v Memperbaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baharu
sperti mesyuarat dan kumpulan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
v Perluasan khidmat bayaran bil setempat
v Pejabat Pelan terbuka
v Kad Perakam Waktu
v Pengistiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta
kakitangan kerajaan
v Pemakaian tag nama
v Tubuh dan tegaskan peranan BPR
v Perkhidmatan cemerlang bagi hargai pegawai
v Penghantaran pegawai lanjut pelajaran
Rukun Negara
Sebagai Ideologi
Ideologi – ajaran @ satu bentuk fahaman yg boleh
dijadikan pegangan hidup @ cita-cita yg hendak
dicapai secara bersungguh-sunguh
RN- adalah satu susunan cara (prinsip) hidup
bermasyrakat yg mengandungi nilai-nilai kenegaraan
& norma-norma sosial yg meliputi semua aspek
kehidupan bernegara
Latar Belakang Penggubalan Rukun
Negara
Tarikh Peristiwa Catatan
13 Mei Rusuhan kaum meletus Pergaduhan setempat
1969 merebak menjadi konflik
kaum
16 Mei • Darurat diisytiharkan o Ordinan Khas (Kuasa-
1969 YDPA kuasa Perlu) Darurat 1969;
• Fungsi Parlimen di • Perintah Berkurung
gantung •Larangan Berkumpul
•MAGERAN dibentuk •Kawalan Keselamatan

Ogos-Dis. •Badan-badan Khas Kemudian digabung


1969 Keamanan & menjadi Kem. Perpaduan
Pembangunan Negara (sila semak semula
•J/Kuasa Muhibbah terkini
Negara
•Jab. Perpaduan Negara
29 Jan. MAJLIS Badan Penasihat
1970 PERUNDINGAN/ MAGERAN
PERISYTIHARAN
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendokong cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya
Memelihara satu cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yg adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil &
saksama
Menjamin satu cara hidup yg liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yg kaya & berbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yg akan
menggunakan sains & teknologi moden
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga & usaha kami untuk
mencapai cita2 tersebut berdasarkan atas PRINSIP-
PRINSIP berikut;

Kepercayaan kepada Tuhan


Kepercayaan kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan & Kesusilaan
OBJEKTIF
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat
Malaysia yg demokratik, saintifik & progresif serta
bersatu padu & bersikap terbuka terhadap
pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan

Objektif-objektif ini adalah:


Mencapai perpaduan yg lebih erat
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yg adil
Membentuk satu sikap yg liberal
Membina sebuah masyarakat progresif
KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang & juga sesuatu bangsa serta negara
Prinsip ini yg paling tinggi nilainya menekankan
pentingnya seseorang itu mempunyai nilai &
kepercayaan agama
Agama boleh diibaratkan sebagai sauh yg boleh
menahan seseorang itu daripada hanyut tanpa haluan
sehinga boleh terjebak & terjerat ke dalam jenayah,
kejahatan & kemaksiatan
KESETIAAN KEPADA RAJA &
NEGARA
Pentingnya perasaan setia kepada raja & negara kerana jika rakyat
mempunyai perasaan ini maka mereka tidak akan melibatkan diri dalam
aktiviti2 yg akan meruntuhkan perpaduan & mewujudkan keadaan kacau
bilau dlm masyarakat.

Jadi setiap rakyat akan bertanggungjawab, sanggup berusaha untuk


memakmurkan negara & mengharumkan namanya serta sanggup
berkorban untuk tanahairnya. Pegangan yg teguh ini dijangka akan
mewujudkan rakyat yg;
Menghormati harta awam
Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara
Mematuhi undang-undang
Produktif yg akan menyumbang kpd pembangunan negara
Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti2 sosial,
ekonomi & politik yg diceburinya
Sanggup menyumbang masa & tenaganya untuk pembangunan
masyarakat & negara
Mempertahankan negara jika diancam oleh kuasa luar
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Penekanan kepada rakyat perlu menerima, mematuhi &
mempertahankan keluhuran @ kemuliaan perlembagaan negara ini
kerana ia adalah sumber perundangan yg tertinggi.

Aspek2 utama dalam Perlembagaan ialah;


Kedudukan raja2 sebagai raja berperlembagaan
Kedudukan kaum-kaum bumiputera & bukan bumiputera dlm
pembangunan sosio-ekonomi dijamin
Penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sementara
perkembangan bahasa2 lain tidak dilarang
Agama Islam diiktirafkan sebagai agama rasmi sementara kebebasan
beragama dijamin
Hak asasi rakyta dijamin
Penetapan soal kerakyatan & soal sistem pemerintahan

Kestabilan negara akan terguggat sekiranya rakyat tidak menerima


keluhuran perlembagaan negara ini & tersu mempersoalkan serta
mengkritiknya tanpa asas @ lebih dari itu mencacinya.
Ia merupakan kontrak sosial rakya yg tidak boleh dipersoal dan digugat
kerana ia digubal berasaskan kesepakatan semua kaum & semua pihak
semenjak negara merdeka
KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG
Undang-undang merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan
bernegara, tanpa undang-undang, hidup berkelompok @ bernegara
tidak boleh diteruskan dengan licin & stabil berlaku anarki. Ia mesti
dihormati & dipatuhi oleh semua untuk mewujudkan sesebuah
masyarakat yang:

Ø Aman, stabil & makmur


Ø Kehidupan anggotanya bergerak dengan licin & teratur tanpa kekacauan
Ø Anggotanya rasa selamat & tidak diancam oleh penjenayah

Sekiranya ia dipertahankan maka masyarakat akan terus membangun


dan anggotanya dapat hidup dalam keadaan aman & harmoni
KESOPANAN &
KESUSILAAN
Ia menekankan perkembangan personaliti & tingkahlaku
individu. Tujuannya untuk mewujudkan individu yg bersopan
(beradab, ikut peraturan, tertib & bermaruah) & bersusila
(berakhlak & berhemah mulia).
Prinsip ini dapat dilihat pada tingkahlaku @ kata-kata
seseorang individu. Bahasa yg lembut & “diplomatik” serta
perbuatan yg “halus” akan menjamin hubungan yg baik &
harmoni di antara anggota masyarakat. Tingkahlaku & kata-
kata yg bersopan ini bermula dgn fikiran, oleh itu fikiran
individu itu juga mesti “beradab” & “ berakhlak mulia”.
Prinsip ini, jika dipraktikkan, dijangka akan mewujudkan
Individu yang berdisiplin
Insan murni yang akan membantu membentuk masyarakat yang baik
Masyarakat yang berperaturan, tertib & harmoni.

You might also like