You are on page 1of 20

BAB 1

PENGENALAN HUBUNGAN
ETNIK : KESEPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN

1
PENGENALAN
 Malaysia - negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
 Kepulauan Melayu juga terdapat pelbagai etnik dan
subetnik daripada rumpun yg sama. Berlaku proses
sosialisasi.
 Pelbagai kaum, suku dan etnik mendiami pusat
tamadun di rantau Alam Melayu (harmoni).
 Kehadiran para pekerja China dan India pada akhir
abad ke-19 membentuk komposisi kaum di Malaysia.
 Terdapat pelbagai faktor kewujudan masyarakat iaitu
sejarah, sosial dan budaya, ekonomi, politik, bahasa,
sentimen dan psikologi.

2
Latarbelakang Hubungan Etnik Di Malaysia
 Pada awalnya, penduduk di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak didiami oleh kaum peribumi.
 Di Tanah Melayu, penduduk terdiri daripada
Masyarakat Melayu yang di tepi sungai dan persisir
pantai. Masyarakat Melayu terlibat dengan aktiviti
tanaman sara-diri iaitu menanam padi. Juga aktiviti
memungut hasil hutan dan terlibat dalam
perdagangan bijih timah.
 Bagi sudut politik, masyarakat Melayu mempunyai
susun lapis Melayu Tradisional.

3
4
 Masyarakat majmuk telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
 Pada pertengahan kurun ke-19, berlaku migrasi atau
penghijrahan dari negara India dan China akibat aktiviti
ekonomi seperti perlombongan bijijh timah dan
penanaman getah.
 Masyarakat peribumi seperti Kadazan, Bajau, Murut,
Bisaya, Suluk dan lain2 sudah lama bertapak di Sabah
 Masyarakat peribumi Sarawak pula terdiri daripada
Iban, Bidayuh, Melayu Sarawak, Melanau dan Orang
Ulu.
 Juga terdapat masayarakat cina di Sabah dan Sarawak .

5
Kawasan wilayah Nusantara Melayu

6
Faktor kefahaman hubungan etnik di
Malaysia :

7
a)Sejarah
 Interaksi antara wilayah nusantara di
pusat pelabuhan utama :
a) Ligor dan Singora (Langkasuka)
b) Lembah Bujang (Kedah),
c) Kuala Selingsing (Perak),
d) Sriwijaya (Palembang)
e) Majapahit (Jawa)
 Penduduk peribumi serumpun
 Semangat feudalisme: konsep daulat dan
tulah dengan raja.

8
 Perkahwinan campur : penduduk tempatan
dengan kaum asing di Melaka
 Interaksi pelbagai kaum
 Kontrak sosial- permuafakatan antara kaum
sebelum merdeka.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

9
Agama

Kebudayaan

10
b) Agama , Sosial dan Budaya
- Kepelbagaian agama, sosial dan budaya
- Melayu dan Islam serta adat istiadat
Melayu
- Agama, sistem, nilai dan budaya
- Perbezaan agama dan budaya
- Persepakatan antara pemimpin kaum
terbesar
- Perkara 3(1) : Islam adalah agama rasmi
Persekutuan Malaysia tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan
11
c) Ekonomi
- Peranan dan pengaruh ekonomi amat besar
dalam hubungan etnik
- Jurang ekonomi antara kaum berdasarkan
latarbelakang etnik
- Demografi kependudukan ditentukan oleh
fungsi ekonomi atau sektor pekerjaan pada setiap
etnik
- Peristiwa 13 Mei 1969 mengubah
lanskap ekonomi dan membawa kepada
penubuhan DEB
12
Lokasi dan Pekerjaan Mengikut Etnik

13
Melayu Cina India
14
d) Politik
- faktor penting dan dikaitkan dengan kuasa,
pembentukan dan pelaksanaan dasar.
- Malaysia sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan
- Sistem demokrasi dan pilihanraya.
- Penubuhan parti politik berdasarkan kaum (Parti
Perikatan)

15
e) Bahasa
 Bahasa adalah suatu identiti bagi setiap
kaum
 Bahasa berperanan besar dalam hubungan
etnik.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang termaktub dalam
perlembagaan perkara 152.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan antara kaum di Malaysia
 Bahasa jiwa bangsa
16
17
Sentimen Psikologi

18
f) Sentimen dan Psikologi
- Dua faktor ini boleh menjadi penghalang
kepada proses pemupukan hubungan antara kaum.
- Sentimen ialah perasaan dalaman yang
selalunya seseorang bersikap negatif , tidak adil,
diskriminasi dan steroetaip.
- Psikologi ialah satu kajian yang saintifik
tentang jiwa dan tingkahlaku manusia.
- Bersikap prejudis dan berpandangan
negatif perlu dielak .
- Menjaga sensiviti dan sentimen kaum

19
Rumusan
 Hubungan etnik antara kaum berlaku secara beransur-
ansur dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman
dan luaran.
 Terdapat pelbagai elemen yang membentuk
hubungan etnik iaitu sejarah, agama, sosial dan
budaya, ekonomi, politik, bahasa serta sentimen dan
psikologi.
 Setiap individu perlu mempunyai kesedaran dan
pengetahuan yang kukuh terhadap pluraliti
masyarakat di Malaysia.

20

You might also like