You are on page 1of 50

Gaya Penulisan UMS

MUKADIMAH

Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar


dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan
keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis
panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin
kajian.

ETIKA PENYELIDIKAN

Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya


orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang
tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea
atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas
dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus
diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan
sumbernya di dalam teks.

PANDUAN UMUM

1. Kertas

Saiz A4 (210cm x 297cm)


Kertas Simili 80gm
Warna putih

2. Jenis Huruf

Tahoma ataupun Arial

* Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang


penulisan teks.

1
Gaya Penulisan UMS

TERTIB SUSUNAN TESIS

Tajuk pada helaian pertama


Pengakuan
Penghargaan
Abstrak (Bahasa Melayu)
Abstrak (Bahasa Inggeris) –Tulisan dicondongkan (Italic)
Kata Kunci
Isi Kandungan
Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Senarai Simbol
Senarai Glosari
Bab (Bab 1 hingga bab ……)
Rujukan/Bibliografi
Lampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B…..)

Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam
tesis/disertasi anda.

PENULISAN TESIS/DISERTASI

1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis

a. Secara Penyelidikan
Tesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah
perkataan
Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah
perkataan

b. Secara Kerja Kursus


Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah
perkataan
Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah
perkataan

* Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam


teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan
lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah
tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu
atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.

2
Gaya Penulisan UMS

STRUKTUR TESIS

Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama


iaitu:

1. Pendahuluan
2. Kandungan teks
3. Bahan Tambahan

1. Pendahuluan

Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:

1.1 Tajuk Tesis/Disertasi

– Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang


diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.

1.2 Muka Hadapan


Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman
kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ”....TESIS/DISERTASI INI
DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....”

Format penulisan adalah seperti berikut:

Tajuk Tesis :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam
bentuk centre.
Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre)
Nama Sekolah : Sekolah di mana calon mendaftar (centre)
Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre)
Saiz Tulisan : 18 (Huruf Besar)

Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan.

3
Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT


KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

SEKOLAH SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2006

4
Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT


KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH*

SEKOLAH SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2006
1.3 Pengakuan

5
Gaya Penulisan UMS

Pelajar perlu memasukkan kenyataan ”.....Segala nukilan, ringkasan dan


rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....”

1.4 Penghargaan

Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan


ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan
kajian dan digalakkan supaya tidak panjang.
Dedikasi tidak dibenarkan.

1.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu)


Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului


dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam
Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya.

Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang


digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta
sedikit pernyataan dalam kajian.

Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja.

Format Abstrak adalah seperti berikut:


Saiz Huruf :11
Selang Baris : Satu (1) langkau
Jumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka
surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah
perkataan untuk tesis dan 250 patah
perkataan untuk disertasi.

* Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrak
Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.

Contoh abstrak Bahasa Melayu:

6
Gaya Penulisan UMS

ABSTRAK

Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di


negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada
persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio-
ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan
bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi
menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan
mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali
dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....

Contoh abstrak Bahasa Inggeris:

7
Gaya Penulisan UMS

ABSTRACT

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY


BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000.

Writings by local scholars on the development of the downstream industry


based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are
more focused on the “upstream” level of the fishery industry. These writings
have attempted to answer questions such as: the status of marine sources,
the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine
species and other topics which are related and geared towards “upstream”
issues. Hence, due to the focus towards study on the development of the
fishery industry at the “upstream” level, this has affected the attention on
the issues at the “downstream” level, which have occasionally been
marginalized……

1.6 Kata Kunci

8
Gaya Penulisan UMS

Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh


memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut.

Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang


tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak
melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.

Contoh:

Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan


akademik.

1.7 Isi Kandungan


Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah
disenaraikan dan disusun mengikut tertib.

Contoh:

9
Gaya Penulisan UMS

ISI KANDUNGAN
M/S
i
TAJUK
ii
PENGHARGAAN
iii
ABSTRAK
iv
ABSTRACT
v
SINGKATAN
vi
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI RAJAH
viii
SENARAI JADUAL
1
BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA 1

UMS
1.1.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1
1.1.2. PENGGUNAAN TEMPLAT 2

10
Gaya Penulisan UMS

1.8 Senarai Rajah

Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar


foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta
dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto,
contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto.

Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.

Bagi Pelajar Sains Sosial:

Tajuk :Di bahagian atas


Sumber :Di bahagian bawah rajah

Bagi Pelajar Sains:

Tajuk :Di bahagian bawah rajah


Sumber :Di bahagian bawah tajuk rajah

11
Gaya Penulisan UMS

Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial):

Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai.

Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah.

12
Gaya Penulisan UMS

Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains:

Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai


Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah

13
Gaya Penulisan UMS

1.9 Senarai Jadual


Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan.
Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam
teks tesis atau disertasi.
Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks.

Pelajar Sains Sosial:

Tajuk :Di bahagian atas


Sumber :Di bahagian bawah jadual

14
Gaya Penulisan UMS

Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera:

Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996


mengikut jantina dan lokasi

Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000

15
Gaya Penulisan UMS

1.10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada)

o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual.


o Contoh:
AFC Komunikasi Secara Efektif
USIA United Sabah Islamic Association
WHO World Health Organisation

1.11 Glosari

Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang


mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan
hendaklah disusun mengikut abjad.

Contoh untuk gugusan Sains:

Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma


Blastofor Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio
Dendrit Neuron yang menalar impuls
Diastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium

Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial:

Baptis Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara


permandian
Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luar
Interpersonal Hubungan sesama manusia
Korelasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik

2. Kandungan teks tesis dan disertasi

Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang
tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya
dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara
berikut:

Penaipan Teks

Saiz Huruf Teks : 11


Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 12 (Bold)
Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold)

16
Gaya Penulisan UMS

Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) : 10

Selang Baris :2 langkau (double spacing) Langkau


1 baris untuk Nota Bawah
Perenggan :Perenggan pertama dimulakan di
sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya
dimulakan selepas ketukan yang ke-12
(1 Tab).
Nomboran Muka Surat :Mengekalkan dengan satu format
Margin :1½ inci/38mm dari birai kiri
1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan
bawah.
Bahasa :Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris. (Bahasa asing dalam teks
hendaklah dicondongkan/Italic)
Warna Huruf : Hitam
Cetakan :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan

17
Gaya Penulisan UMS

Contoh:

25mm dari birai atas.

BAB 2

38mm dari SOROTAN LITERATUR


birai kiri.

2.1. Pendahuluan 25mm dari birai kanan.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24

November 1994……..

Perenggan baru
dimulakan dengan
12 ketukan atau 1
tab

Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan


Muka
UMS. Banyak change sudah berlaku……. surat

25mm dari birai bawah

36

18
Gaya Penulisan UMS

2.1 Pengenalan
Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif
dan hipotesis.

2.2 Sorotan Literatur


Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan topik kajian.

2.3 Metodologi
Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah
dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian.

2.4 Hasil
Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam
penulisan teks.

2.5 Perbincangan
Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian
yang dilakukan oleh penyelidik.

2.6 Kesimpulan
Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup
yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.

2.7 Cadangan
Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai
dengan kajian.

3. Bahan Tambahan

Bahan tambahan terdiri daripada:

3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi


Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi
sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau
pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan
dalam sesuatu penulisan.

Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu:

19
Gaya Penulisan UMS

3.1.1 Sistem pengarang-tarikh

Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh


menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh
sepenuhnya.

- Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara


asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis
merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut
hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang
diletakkan selepas tahun terbitan.
- Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga
(surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan
hendaklah diletakkan dalam kurungan.

- Contoh:

a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat,


hendaklah ditulis seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

(Williams, 1965)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

(Williams, 1965: 34)

b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis


seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

Williams (1965)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

William (1965:34)

c. Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama


pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya
nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson,
S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks
seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

20
Gaya Penulisan UMS

Adams et al. 1994.

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

Adams et al. 1994: 35

d. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya


atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis
seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

(Cheah, 1998a)
(Cheah, 1998b)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Cheah, 1998a: 77)


(Cheah, 1998b: 118)

e. Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang


sahaja.

Contoh pelajar Sains:


(Ahmat, 1992)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ahmat, 1992: 23)

f. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.

Contoh pelajar Sains:

(Ong t.th.)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ong t.th.: 7)

*Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang


dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian.

21
Gaya Penulisan UMS

g. Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada


satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan
dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;).

Contoh pelajar Sains:

(Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25)

Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama


tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut
dipisahkan dengan tanda koma (,).
Contoh pelajar Sains:

(Cheah, 1998a, 1998b)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15)

h. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut:

(Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171),


2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45)

3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung

Peringatan– Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan


sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat
huraian atau penerangan selain daripada dalam teks.
Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem
nota bawah sepenuhnya.

Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin


tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan
pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan
akhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberi

22
Gaya Penulisan UMS

penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi


rujukan kepada pembaca.

Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:-


Jenis Tulisan : Tahoma/ Arial
Saiz Huruf : 10
Format : Justify

Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu Nama


Pengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:)
noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma,
halaman (.) noktah.

c. Penggunaan Ibid
Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem
yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan
berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak
ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid.
(apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang
berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut.

23
Gaya Penulisan UMS

Contoh ayat dalam teks:

....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana 1


yang mengamalkan kepercayaan adat.2 Walau bagaimanapun bagi beliau
telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan
terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut. 3.....

Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid.

______________________
1
Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1998, hlm.9.

2.
Ibid.
3.
Ibid., hlm. 63.

24
Gaya Penulisan UMS

3.1. Penggunaan op. cit.


Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere
citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini
digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh
penulis tidak lagi berturutan.

Contoh:

...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir

sementara oleh British Military Administration1 (BMA) sehingga 15hb. Julai 19462. Ini

bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu

masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesan

peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanan

dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.

Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbiran

tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasa

Perang Dunia Kedua. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan

dan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat

Perang Dunia kedua. Sir Edward Twinning 3 yang telah dilantik oleh Kerajaan British

menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang

Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut:

No town in the world wear the wounds of war more


terribly and more honourably than does Sandakan.
Where ever we look there is destruction, far beyond
more repair. It is because of this nearly total destruction
that Sandakan now appears a new town in spite of its
hundred years old history4.

25
Gaya Penulisan UMS

Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah

dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut:

The general situation was at first chaotic and one of the


essential needs was the situation of law and
order...North Borneo was more heavily damaged in the
war than any other British Colony. Sandakan and Labuan
towns had been completely destroyed and others,
including Jesselton, heavilly damaged... The general
health of the population had suffered from malnutritim
and lack of drugs...Communition never good, were now
almost non-existent. Such roads as had existed had
been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles
and, as the end of the war approached, bridges had
been blown up5
Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiran

BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan

sebanyak £1,4000,000.00 6 melalui North Borneo Order in Council 7 pada 10hb. Julai

1946....

Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks:

_____________________
1
Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The Wind. Kota
Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The first
Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House, 1965.
2
Peter Chay, op. cit., hlm. 14

3
H.M. Baker, op. cit., hlm. 37.

4
Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada
penerbitan), hlm. 18.

5
H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.

6
Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda
Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.

7
Ibid., hlm. 33.

26
Gaya Penulisan UMS

3.2 Lampiran-lampiran

Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat,


foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer
dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk.

Perkataan “LAMPIRAN” diletakkan di sudut atas sebelah kanan


(santak kanan)

Format:

Huruf : Tahoma/Arial
Saiz Huruf : 11
Selang Baris : Satu (1) Langkau
Susunan :Disusun mengikut urutan muka surat
tesis/disertasi

Contoh:

27
Gaya Penulisan UMS

LAMPIRAN A

Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Model 1:
KLSECI = 0.824 – 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY
(-2.934)* (3.575)* (-2.988)*

Model 2:
HARTANAH = 0.335 – 0.3821BR7DAY
(-3.696)*

Model 3:
KEWANGAN = 1.608 – 0.4461 IBR 7 DAY – 0.384TBIL3MTH + 0.48AVR3MTH
(-5.084)* (5.403)* (-3.055)*

FORMAT BIBLIOGRAFI

28
Gaya Penulisan UMS

Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam


penulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan.
Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama ada
dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklah
dimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut:

Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun atau


penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. Bilangan
Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit.
Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku).

Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakala


rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada
rujukan yang digunakan.

Format menulis bibliografi seperti berikut:

Saiz Huruf : 11
Jenis Huruf : Tahoma/Arial
Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)
Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing)

Contoh menulis bibliografi:

1.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan

Contoh:

1. C.O. 874/466-Immigration.

2. Colonial Office 874/1104 – War With Japan.

1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan

Contoh:
1. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan
The Summer Institute of Linguistics.

2. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-


2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.

1.3 Laporan-Laporan Kerajaan

29
Gaya Penulisan UMS

Contoh:

1. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan


Perangkaan Malaysia. 3-21.

2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report


Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.

3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.


.

1.4 Fail-fail Arkib

Contoh:

1. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of


State-General.

2. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company


at Si Amil Island- General.

1.5 Fail-fail Jabatan

Contoh:

1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan


1986.

2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu


District, 1986. KO-NELAYAN.

1.6 Akhbar

Contoh:

1. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu.

2. Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los


Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp.

1.7 Tesis/Latihan Ilmiah

30
Gaya Penulisan UMS

Contoh:

1. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah,


Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi
MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan).

2. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus


(Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari
Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus
sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi
serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

1.8 Kertas Kerja

Contoh:

1. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan


Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota
Kinabalu. 12-16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan
Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.

2. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific:


Environmental and trade issues and regional cooperation.
Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade
and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional
cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25
September.

3. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt.


Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.

1.9 Buku

Contoh:

1. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah


Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

2. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd ed.
New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic
Publishers.

31
Gaya Penulisan UMS

3. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of


Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P.
(ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture
2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.

1.10 Ensiklopedia

Contoh:
1. Coolier’s Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan
Educational Company.

2. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.)


Encyclopedia of ecology and environmental management.
Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford.

3. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed).


Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John
Wiley and Sons.

1.11 Kamus

Contoh:
Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris.
Kuala Lumpur: Victory Agencies.

1.12 Artikel

Contoh:
1. Appell, G.N.1972. “Murut Depopulation and The Sipitang Lun
Dayeh.” JMBRAS,45 (2).

2. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement
of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione.
Journal of Nutrition 124:227-282.

1.13 Filem

Contoh:
Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.

1.14 Peta

Contoh:
Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.

32
Gaya Penulisan UMS

1.15 Laman Web/E-mel

Contoh:
1. “Salvation Army International Headquaters” dlm.
http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation
army/home.htm. 26 September 2004.

2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland


region of south-east Asia,
www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat


kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
- Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai
pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.

1.16 Responden Yang Ditemu Bual

Contoh:
Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua
Kampung Padas. “Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada
Zaman Penjajah.” 26 September 2003.

FORMAT RUJUKAN

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukan
hendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan juga

33
Gaya Penulisan UMS

rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E-


Jurnal yang diperakui.

Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti


berikut:

Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku – condong (.) Penyunting,
Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara – jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilid
atau Bilangan Dalam Siri – jika ada (.) Edisi – jika ada (.) Bilangan Jilid – jika
ada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.)

Format menulis rujukan seperti berikut:

Saiz Huruf : 11
Jenis Huruf : Tahoma/Arial
Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)
Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing)

Contoh menulis rujukan:

a. Pengarang Tunggal

Contoh:
1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global
Publisher.

2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement.


London: Croom Helm.

b. Pengarang Bersama

Contoh:
1. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991.
Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

2. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants


(Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park,
Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C.
Tropical rainforest research-current issues. Monographiae
biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers,
London.

c. Edisi

Contoh:

34
Gaya Penulisan UMS

1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford:


Pergamon Press.

2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London:


Edward Arnold.

d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang)

Contoh:
Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171).
Kuala Lumpur: International Law Book Service.

e. Karya Susunan

Contoh:
Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran,
Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas
Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

f. Karya Suntingan

Contoh:
Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New
York: Free Press.

g. Karya Selenggaraan

Contoh:
Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan
Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

h. Karya Terjemahan

Contoh:

35
Gaya Penulisan UMS

Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

i. Karya Berbilang Jilid

Contoh:
Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu:
Usaha Baru.

*Nota: Jld. Bermaksud Jilid.

j. Kertas Kadangkala

Contoh:
Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas
Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

k. Monograf

Contoh:
1. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun.
Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

2. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi


Pengangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri
Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

l. Karya Dalam Jurnal

Contoh:
Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s.
Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society.
65(2):151-182.

*Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan
ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman
selepas noktah bertindih.

m. Berita/Rencana Dalam Akhbar

Contoh:

36
Gaya Penulisan UMS

New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism.


New Straits Times. 3 October: 9.

*Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama
Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)

n. Bab Dalam Buku

Contoh:
1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah
Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38.

2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in


mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of
Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical
Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota
Kinabalu:ums.

3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang


Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan
Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia., hlm. 31.42.

o. Karya Dalam Pascasidang

Contoh:
1. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan
Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial
Borneo Research Conference. UMS. 557-586.

2. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. &


Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of
Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia.
Borneo 2000: environment, conservation and land.
Proceedings of sixth biennial Borneo research conference.
July 10-14, 2000. Kuching Sarawak.

p. Karya Dalam Majalah

Contoh:

37
Gaya Penulisan UMS

Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20


(10:33)

q. Ulasan Buku

Contoh:
Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An
Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to
Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press.
Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society
124(1):111-114.

r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat

Contoh:
Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat
Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah
Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah.
5 Jun.

s. Tesis/Disertasi

Contoh:

1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab


Agama Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu
Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

t. Filem dan Karya Muzik

i. Filem

Contoh:
Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura:
Shaw Brother.

ii. Video

Contoh:

38
Gaya Penulisan UMS

Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong,


Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium
Sabah.

iii. Slaid

Contoh:
Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi
Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia
Sabah.

iv. Karya Muzik

Contoh:
Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia.
Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor).
Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music
Incorporated.

v. CD-Rom

Contoh:
MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD
Leicester: British Pshychological Society.

vi. Temubual

Contoh:
Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu
bual. 25 Mei.

vii. Bahan Rujukan Elektronik

Contoh:
1. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan
Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau
Sipadan dan Ligitan” (atas talian)
http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-
56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002.

2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern


Sundaland region of south-east Asia,

39
Gaya Penulisan UMS

www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re
14.htm.

*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat


kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
- Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum
sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber
rasmi.

FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN

40
Gaya Penulisan UMS

1.1 Muka Kulit Bahagian Depan Tesis

Bahagian kulit depan tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut


mengikut tertib;
Tajuk Tesis : Tahoma/Arial 18
Nama Calon : Tahoma/Arial 18
Nama Sekolah : Tahoma/Arial 18
Nama Universiti : Tahoma/Arial 18
Tarikh Tahun Viva : Tahoma/Arial 18
Warna Kulit : Biru gelap
Warna Huruf : Emas
Logo : Tidak dibenarkan
Jenis Kulit : Keras

1.2 Bahagian Tulang Belakang Tesis

a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib


mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16


Nama Ijazah (memanjang) : Tahoma/Arial 16
Tarikh Tahun Viva (memanjang) : Tahoma/Arial 16
Singkatan Nama Universiti (memanjang) : Tahoma/Arial 16

b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm wajib


mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16


Nama Ijazah (melintang) : Tahoma/Arial 16
Tarikh Tahun Viva (melintang) : Tahoma/Arial 16
Singkatan Nama Universiti (melintang) : Tahoma/Arial 16

41
Gaya Penulisan UMS

1.3 Penjilidan

Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian
depan dan belakang.

a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm.

42
Gaya Penulisan UMS

b. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm.

43
Gaya Penulisan UMS

c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid.

44
Gaya Penulisan UMS

PENYERAHAN TESIS

Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
Pascasiswazah seperti berikut:

a. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan


Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan
sebelum tarikh penyerahan tesis.
b. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan.
c. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa
Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang
PPPSUMS13/2004.
d. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga
akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.
e. Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah.
f. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah
kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan
Perpustakaan.

RUJUKAN

Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page


Limited.

Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s


guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company.

Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative


Approaches. London: SAGE Publications.

Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN A

45
Gaya Penulisan UMS

TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS

Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyelia


diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya tidak
mengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

46
Gaya Penulisan UMS

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

47
Gaya Penulisan UMS

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

48
Gaya Penulisan UMS

LAMPIRAN B

49
Gaya Penulisan UMS

PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS


CADANGAN PENYELIDIKAN

i. Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:
a. Permasalahan Kajian
b. Hipotesis Kajian
c. Hasil Yang Diharapkan
d. Objektif Kajian

iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur


- Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan
penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan

50

You might also like