You are on page 1of 36

Isu Banjir

Kaedah dan Penyelesaian


PENGENALAN / DEFINISI
• Banjir merupakan bencana alam/fenomena yang telah berlaku
sejak zaman dahulu.
• Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi
sesuatu kawasan atau tempat yang luas.
• Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras
bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
• Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan
rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya
akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai
berkenaan.
• Di Malaysia,banjir merupakan bencana alam yang diberi
perhatian kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi
penduduk.
• Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO),
banjir merupakan bencana alam ke tiga terbesar yang telah
banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda.
• Banjir di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-negeri
Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.
• Banjir berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan angin timur
laut iaitu sekitar November dan Disember.
• Bagaimanapun akhir-akhir ini, banjir di Malaysia bukan lagi
terhad di Pantai Timur. Ia telah mula merebak ke negeri-
negeri lain. Malah bandar raya Kuala Lumpur pun tidak
terkecuali daripada bencana banjir.
• Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna
tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak
mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran
yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.
• Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah
mengalami beberapa kejadian banjir besar.
• Walaupun luas kawasan yang mengalami banjir kira-kira
29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini,
lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumlah penduduk negara
yang terlibat dengan banjir.
• Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak
RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981.
• Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif
dalam menangani masalah bencana banjir seperti
penubuhan badan penyelia, perlaksanaan projek-projek
tebatan banjir, perlaksanaan langkah-langkah bukan
struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan
amaran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang
sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan
sungai secara bersepadu untuk mengurangkan kehilangan
harta benda dan nyawa akibat banjir.
Sejarah
• Banjir besar pada zaman Nabi Nuh merupakan peristiwa
sejarah yang menonjol dan dahsyat bagi manusia. Peristiwa
itu merupakan azab maha pedih yang ditimpakan Allah
terhadap orang-orang kafir. Dan peristiwa itu memang
merupakan ketetapan Allah yang Maha Besar. Gambaran
Al-Qur’an tentang terjadinya peristiwa banjir besar itu. Hujan
yang turun dari langit, tetapi bukan sekedar hujan. Air hujan
yang maha deras itu mengakibatkan terjadinya arus yang
sangat deras. Bumi memancarkan air, tetapi air itu tidak
terpancar dari satu tempat saja, bahkan semua permukaan
bumi memancarkan air. Kemudian air bumi dan air langit
berpadu menjadi satu menimbulkan kedahsyatan banjir
besar dan di atas banjir besar yang ganas dan dahsyat itu
berlayarlah sebuah kapal yang ditumpangi orang-orang
Mu’min di bawah lindungan Allah.
• Banjir Laut Mediterania (Laut Tengah) sekitar 6
juta tahun lalu. Sebelumnya ia merupakan
sebuah padang pasir setelah pergerakan
kontinental telah menutup Selat Gibraltar
(antara 8 atau 5.5 juta tahun lalu).
• Banjir Laut Hitam yang disebabkan
meningkatnya ketinggian Laut Mediterania
seiring berakhirnya zaman ais terakhir (sekitar
5600 SM).
• Seiring berakhirnya zaman es di Amerika Utara,
sebuah banjir besar terjadi kerana pecahnya
empangan ais yang menahan Danau Agassiz.
PERISTIWA - MALAYSIA
• Disember 2006 – Johor telah dilanda banjir besar akibat hujan lebat yang tidak
berhenti. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Kawasan Batu
pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat
terjejas teruk. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. 90,000
orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan
terhad. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan melalui
air meningkat. Kes-kes kecurian juga dilaporkan berlaku di sesetengah tempat.
• Februari 2006 – Banjir terburuk yang pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun di Shah
Alam ekoran hujan lebar luar biasa. Dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Baru
Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan terpaksa ditutup akibat banjir ini.
Mangsa banjir mengikut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
melibatkan kira-kira 9,000 orang dari kira-kira 3,500 buah rumah.
• Januari 2007 – Banjir kedua berlaku di Johor. Banjir kali lebih serius sehingga 115,
000 orang di pindahkan ke 344 pusat pemindahan banjir. Terdapat khabar angin
darurat di isytiharkan di Johor. Banjiryang berlaku di Johor merupakan yang terburuk
pernah dilihat sepanjang 100 tahun, lapor Datuk Dr. Jemilah Mahmood(Presiden
Mercy Malaysia).
• Disember 2007 – Negeri-negeri Pantai Timur mengalami banjir besar. Pahang dan
Kelantan mencatatkan 34, 000 mangsa banjir di pindahkan ke tempat pemindahan
mangsa banjir. Mangsa korban di Kelantan meningkat kepada 14 orang.
PERISTIWA – LUAR NEGARA
• Mei 2006 – Seramai 39 orang telah terkoraban akibat banjir
besar yang berlaku di Uttaradit wilayah utara Thailand. Sekitar
2 juta penduduknya menerima kesan akibat banjir ini.
• Jun 2006 – Di Pulau Sulawesi pula, kejadian banjir dan tanah
runtuh telah mengorbankan 120 orang.
• November 2006 – Seramai 1.8 juta penduduk di Kenya,
Somalia dan Ethopia terpaksa meninggalkan rumah masing-
masing akibat hujan lebat yang melanda Afrika Timur.
• RENUNGKANLAH…
• Ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: “Telah nampak
kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan
tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia
merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,
supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
KESAN DAN KEROSAKAN
AKIBAT BANJIR
•        Memang diketahui umum bahawa bencana banjir
 
membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan
kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara
impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada
struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan
sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut
Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi
kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan
nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti
sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan
kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga
menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan
isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan
kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan
dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins, Roger John 1982 )
• Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan
jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori iaitu
kerosakan langsung    ( direct damages ),
kerosakan tidak langsung ( indirect damages )
dan kerosakan tidak ketara ( intangible
damages ). Manakala Marvin pula mengatakan
bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu kerosakan
ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak
ketara ( intangible damages ). Bagi kerosakan
ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan
langsung dan kerosakan tidak langsung.
Kesan Pembangunan

•       Pembangunan yang pesat telah


menyebabkan banyak kawasan bandar
berkembang untuk memenuhi kehendak
kehidupan penduduk setempat dan demi
tercapainya matlamat negara sebuah negara
perindustrian baru.  Pembangunan yang
disebutkan merangkumi pembangunan
perumahan, perindustrian dan pembinaan
infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca
major yang mengakibatkan berlakunya banjir
Berkurangannya kawasan telap air
•            Hutan dan tanah memang berperanan
sebagai agen menyerap air hujan yang
semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit,
fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan)
dan tanah akan memanjangkan masa air
hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu
sungai dan parit.  Tambahan pula,
kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal
sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk
ke dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem
saliran yang sedia ada berkemampuan untuk
menakung air sebegitu isipadunya.
• Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek
pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan
kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen,
tar, konkrit dan sebagainya.  Oleh sebab air hujan tidak
dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan
mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke
sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu air yang
banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan
sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem saliran
tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang
sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah
keluar.  Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas
sekejap sahaja hujan turun.
Pemendapan kelodak dalam sungai
•            Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah
satu kesan pembangunan.  Oleh sebab kekurangan tanah
pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka
tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. 
Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan
yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan
Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan
impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan
pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai
50 darjah hingga 70 darjah!  Tanah bukit yang dibuka adalah
terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman
rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. 
Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan
tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. 
Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih
Kekurangan Kawasan Lapang/hijau
•          Kekurangan kawasan lapang/hijau  merupakan salah satu
punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan
Jalan Terengganu.  Melalui pemerhatian yang kumpulan kami
jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata,
bertar dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan
Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan
kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada
10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. 
Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air
Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya
kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju
apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat
tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan kedalam tanah
dalam kadar yang tinggi.  Tumbuhan-tumbuhan yang ada di
kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan
tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian
permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai.
Kaedah Penyelesaian
Mempertingkat sistem saliran dan perparitan
• Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem
saliran dan perparitan yang melibatkan sungai-
sungai utama, parit-parit utama dan longkang
yang sedia ada perlu dijaga supaya keupayaan
sungai boleh mengambil dan menampung air
dapat ditingkatkan mengikut tahap
pembangunan semasa.
Mengawal pembangunan yang pesat
• Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di
kawasan-kawasan hulu sungai yang merangkumi juga
kawasan tadahan air.  Pihak kerajaan patut
menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas
pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan lereng berbukit. Sebagai contoh,
mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat
mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam
takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk
menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke
dalam sungai-sungai utama.  Melalui cara ini jumlah aliran
air ke dalam sungai-sungai dapat dikawal dari masa ke
masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya
di kawasan hilir sungai.
Penswastaan projek penyelenggaraan sistem
saliran dan perparitan
• Projek-projek untuk membaikpulih sistem saliran
dan perparitan yang sedia ada memang penting. 
Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara
berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di
kawasan-kawasan mudah banjir.  Pihak kerajaan
juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan
sebagai langkah untuk mengurangkan beban
kewangan kerajaan terutamanya dari aspek
keperluan pertambahan tenaga manusia,
peralatan, teknologi dan kepakaran.  Ini disebabkan
kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan
projek-projek pengawalan banjir.
Penguatkuasaan undang- undang yang
sedia ada
• Menguatkuasakan undang-undang secara
bersungguh-sungguh bagi menghalang
masyarakat awam daripada terus membuang
sampah  ke dalam sungai, parit dan longkang
dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh,
kita melihat di negara-negara luar seperti
Singapura, aspek ini telah berjaya
membudayakan cara hidup rakyatnya di mana
sampah sarap tidak dibuang merata-rata sesuka
hati.
• Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi mengawal
tingkah laku manusia. Mulai tahun ini Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar telah memperkenalkan hukuman mandatory kepada
mereka yang didapati bersalah mencemarkan sumber air seperti
sungai. Langkah ini dianggap tepat memandangkan semakin banyak
sungai – sungai utama di negara kita khususnya yang terletak
berhampiran kawasan perindustrian telah tecemar.
• Di peringkat antarabangsa beberapa Deklarasi tentang alam sekitar
telah pun dilaksanakan dibawah kelolaan UNDP (Pertubuhan
Bangsa- bangsa Bersatu bagi Program Pembangunan United Nations
Development Program) bagi memastikan pembangunan yang lestari.
• Malaysia telah menandatangani Deklarasi Rio de Jenerio
• (1993) dan Protokol Kyoto ( 1997) tentang pemuliharaan alam sekitar.
• Malaysia juga telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk
memastikan pembangunan negara dilakukan secara lestari dan
mesra alam.
Mempercepat perlaksanaan projek
• Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan
projek-projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir. 
Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati
bahawa pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan
agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah
yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik
tanah, peruntukan kewangan dan halangan-halangan
utiliti semasa peringkat pembinaan.  Kerjasama dan
penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan
dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan
lebih serius dan penuh komitmen. 
Langkah mengatasi banjir
• Sebagai langkah membendung bencana alam daripada
terus menjejaskan kehidupan harian, pelbagai langkah
perlu dilakukan sama ada oleh pihak kerajaan atau
penghuni bumi hijau.
• Pertama ialah kerajaan telah mengerakkan langkah
agresif dalam memberi maklumat tentang bencana alam
kepada semua pihak.
• Sebaran maklumat melalui khidmat pesanan ringkas
( SMS ) talian talipon tetap di rumah dan internet
dipertingkatkan.
• Jabatan Meteorologi Kementerian Sains Teknologi dan
Innovasi telah diberi peranan menjalankan tugas ini.
• Melalui penyebaran maklumat mutakhir, rakyat diharap
dapat bersedia lebih awal menghadapi bencana alam.
• Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu Sistem
Elektronik Amaran Banjir ( SEAB) dan lima stesen
memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen
merakam paras air sungai telah dibina di Kuala Lumpur.
• Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap bahaya
sungai dan menyebarkan maklumat amaran banjir
kepada pemilik bangunan di sekitar pusat bandar yang
sering dilanda banjir.
• Dengan sistem pemantauan dan amaran ini, penghuni di
kawasan terbabit dapat mengambil tindakan lebih awal
dan menyelamatkam harta benda alih seperti kereta dan
barangan lain, di samping mengambil langkah perlu
untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat buat
sementara waktu.
• Sistem dan langkah yang diambil oleh
DBKL ini sedikit sebanyak dapat
meringankan beban mangsa banjir.
• Tindakan juga sedang diambil untuk
memperluaskan CCTV bagi liputan
memantau paras air sungai di pusat
Bandar ketika hujan lebat. Misalannya
“Building Flood Alert Terminal” ( BEAT)
juga dipasang di 11 bangunan di pusat
bandaraya Kuala Lumpur yang sering
dilanda banjir
• Langkah ke 2 ialah Perdana Menteri kita Datuk Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badwi semasa membentangkan
bajet 2007 telah mengumumkan Program Saliran dan
Tebatan Banjir yang melibatkan kos sebanyak RM 716 juta.
• Selain itu hasil daripada bajet ini , Program Pengurusan
Sungai dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir dan
pencemaran serta meningkatkan tahap kualiti air sungai
dengan peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.
• Perdana menteri kita dalam Rancangan Malaysia ke 9 telah
mengumumkan peruntukan RM 510 juta bagi pemuliharaan
dan mengindahkan sungai. Contohnya RM 350 juta bagi
pengurusan pantai, RM 200 juta bagi penanaman semula
hutan dan RM 70 juta bagi pengurusan hidupan liar dan
kawasan yang dilindunginya.
• Langkah ketiga pula ialah perancangan dan reka bentuk
yang menyeluruh atau holistic penting dalam setiap
pembangunan untuk mengurangkan risiko banjir Manual
Saliran Mesra Alam ( stormwater Management Manual)
diperkenalkan tahun ini untuk semua reka bentuk
perparitan yang mengambil kira faktor risiko banjir.
• Selain itu Manual Saliran Mesra Alam adalah kaedah baru
untuk menangani masalah banjir kilat. Sistem ini
menggunakan pendekatan kawalan pada puncanya
( control at source) iaitu kaedah mensimulasikan proses
semulajadi kitar hidrologi di kawasan bandar dengan
menggunakan kaedah kejuruteraan penyusupan, sistem
penahanan storan dan penuaian hujan ( rain harvesting).
• Air hujan akan dikumpul dari kawasan yang tidak tetap
(contoh dari kawasan bumbung., bangunan, jalanraya dan
tempat letak kereta) air dari kawasan ini akan dialirkan
semula ke dalam tanah melalui proses penyusupan
supaya tempoh masa tumpuan dapat ditingkatkan dan
puncak air larian hujan ke sungai dapat dikurangkan.
• Langkah keempat ialah memelihara hutan. Kegiatan
pembalakan dimana penerokaan di kawasan pinggir
sungai berlaku dengan serius sekali. Ini menyebabkan
tanah terhakis dengan lebih mudah dan runtuh ke
kawasan sungai. Keadaan yang sama juga berlaku
apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng
– lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan
cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu
menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
• Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge)
dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan – perlahan ke anak – anak sungai. I a juga
bertindak sebagai penapis dalam menentukan
kebersihan dan kejernihan sungai. Hutan mampu
menyerap air hujan pada kadar 20%. Seterusnya air
hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui
sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dikurangkan.
• Faktor kelima ialah mengawal aktiviti manusia.
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar
disebabkan pembuangan sampah dan sisa
industri ke dalam kawasan sungai dan parit.
Bagi menangani masalah ini , kesedaran
kepada masyarakat perlu ditingkatkan agar
masyarakat tahu menilai dan menghargai
sumber alam .
• Faktor terakhir ialah badan kerajaan , NGO
(Non Government Organisation) perlu
memainkan peranan yang penting dan
bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa
bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan
sampah.
Renungan
• Sesungguhnya kejadian banjir merupakan
malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan yang
lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat
untuk mengurangkan risiko banjir. Kita
seharusnya sedar bumi ini adalah milik Tuhan
dan kita telah diamanahkan untuk memelihara
sumber alam dan kita seharusnya mempunyai
kesedaran yang tinggi untuk menjaga alam dan
bukan untuk memusnahkannya.
• Bayangkanlah daripada 186 batang sungai utama di negara ini,
17 daripadanya dikenal pasti teruk tercemar dan dikategorikan
Sebagai sungai yang tidak selamat untuk kegunaan manusia.
Bayangkanlah juga proses pemuliharaan semula sungai
tersebut memerlukan jangka masa sehingga 10tahun atau lebih!
• Mungkin sudah tiba masanya penjenayah alam sekitar
menerima balasan yang setimpal seperti golongan yang
melakukan jenayah berat yang lain. Namun system
penguatkuasaan yang berkesan dan telus wajar dikemaskinikan
dalam menjayakan agenda penting ini.
• Rakyat negara kita belum pernah mengalami sungai bertukar
menjadi lautan api seperti yang berlaku di Sungai Ohio pada
1960 – an kerana sungai tersebut terlalu teruk tercemar dengan
bahan mudah terbakar. Keadaan ini seterusnya membawa
banjir kilat berapi yang sungguh dahsyat yang membawa bahan
api yang mudah terbakar.
• Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit hutan tanah
rendah kerana kebanyakannya ditebang dan dimusnahkan
untuk aktiviti pembalakan dan pembangunan. Keadaan ini
mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan tanah, dan
berlakunya banjir kilat.
• Kebanyakan kita beranggapan apa – apa yang berlaku
pada masa 100 tahun lagi sudah tidak bermakna kerana
mereka sudah tiada. Walaupun kenyataan itu ada
kebenarannya, bumi ini bakal diwarisi oleh generasi
seterusnya untuk meneruskan kehidupan. Jika hanya
keuntungan yang diutamakan, generasi seterusnya bakal
menghuni bumi yang tenat dan hampir mati !
• Sesungguhnya alam ini adalah anugerah Tuhan yang tidak
ternilai untuk dinikmati oleh setiap umat dimuka bumi ini.
Kita perlu menghargainya dan bukan menjadi pemusnah !

You might also like