You are on page 1of 6

TUJUAN DAN MATLAMAT

PENILAIAN DALAM KAUNSELING


Dr Sapora Sipon
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

PENGENALAN

Penilaian dalam sesi kaunseling adalah satu elemen yang


sangat penting dalam menjayakan sesi kaunseling. Artikel ini akan
membincangkan tujuan dan matlamat penilaian, dan langkah-langkah
dalam penilaian. Selain daripada itu, kaedah kerja rumah dalam
menjayakan matlamat penilaian akan turut dibincangkan dalam bab
ini. Bahagian ini akan juga membincangkan halangan kerja rumah
dalam matlamat penilaian.
Penilaian mempunyai dua sebab utama. Sebab pertama ialah ia
boleh menentukan kemajuan klien dan sebab kedua ialah ia boleh
membantu kaunselor untuk mempertingkatkan kemahiran dalam
melaksanakan kaunseling di masa hadapan. Mengikut Young (1992),
tujuan penilaian diadakan ialah;

- Membantu untuk kenal pasti penyebab permasalahan/persoalan


klien.
- Membantu menerangkan /menjangka tingkah laku matlamat
- Membantu klien memahami masalah
- Membantu menyediakan data yang berharga.
- Membantu klien melihat kekuatan diri

Penilaian dalam kaunseling perlu dilakukan kerana ia dapat


memperbaiki cara kaunselor menggendalikan sesi kaunseling di
samping boleh menentukan arah masa hadapan klien dan menyambung
sesi kaunseling pada bila-bila masa yang klien kehendaki. Fokus
penilaian dalam kaunseling adalah atas dasar perubahan tingkah laku.
Aspek penting dalam proses penilaian adalah faktor masa the
matter of timing iaitu bila penilaian akan dilakukan. Sebelum proses
penilaian, kaunselor perlu meneliti dengan jelas dan spesifik apa
matlamat klien selepas sesi kaunseling dijalankan. Perhatian seperti ini
akan memberikan penilaian kepada objektif yang dibawa oleh klien
bersama kaunselor.
Walaupun tujuan kaunseling adalah bertujuan untuk mengubah
tingkah laku klien, adalah juga penting kaunselor menilai tingkah
lakunya. Tingkah laku kaunselor merupakan salah satu alat penilaian
penting dalam membuktikan perubahan tingkah laku klien. Dalam
menilai tingkah laku klien, kaunselor boleh bertanya soalan-soalan
seperti;

- Adakah saya membantu klien mencapai objektif yang ditetapkan

- Adakah saya membantu membantu klien mencapai matlamat


sebaik yang boleh.

- Apakah yang telah saya pelajari dari sesi kaunseling ini.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENILAIAN

Antara langkah-langkah dalam penilaian kaunseling ialah


melalui beberapa seperti di bawah;

Percakapan klien

Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan dalam percakapan


klien adalah nada suaranya. Selain dari itu, perhatikan juga sama ada
klien bercakap dengan laju atau sebaliknya. Adakah klien bercakap
tanpa mendengar.

Pakaian klien

Perhatikan jenis pakaian yang dipakai oleh klien. Adakah


pakaian klien bersesuaian dengan keadaan sekeliling.

Postur

Adakah klien mempunyai postur yang baik dan bersesuaian.

Ekspresi muka

Ekspresi muka termasuk gerak mata, bibir, mulut dan


sebagainya. Adakah klien menggunakan hubungan mata yang baik dan
sebagainya.

Pergerakan badan yang lain.

Seringkali klien merasa bimbang semasa sesi terapi. Kelakuan


ini ditunjukkan berbagai perlakuan seperti mengulas-ulas tisu,
menggerak-gerakkan kaki
-KERJA RUMAH

Kerja rumah dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam


menentukan keberkesanan kaunseling. Kerja rumah merujuk kepada
apa sahaja tugasan yang diberikan kepada klien untuk disiapkan
diantara sesi. Kerja rumah diberikan atas tujuan penilaian dan ada juga
yang digunakan untuk meningkatkan kepekaan klien. Kerja rumah
juga dilakukan dengan bertujuan untuk melatih satu tingkah laku baru.

-Tujuan Kerja rumah

Tujuan utama menggunakan kerja rumah ialah ia menyediakan


satu susulan atau rawatan yang berterusan antara sesi. Kerja rumah
juga boleh meningkatkan rawatan. Kedua, tugasan kerja rumah boleh
menukar kepekaan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan
menggalakkan pemindahan pembelajaran. Tugasan juga
membolehkan kawalan daripada kaunselor kepada klien.

- Kaedah Kerja Rumah

Dalam melihat kaedah kerja rumah, Young (1992) telah


mengenal pasti beberapa langkah iaitu;

Langkah 1: Menilai matlamat klien

Sebelum memberi kerja rumah, kaunselor dan klien sepatutnya


menilai matlamat utama sesi dan memastikan tugasan kerja rumah
adalah ke arah membantu klien.

Langkah 2: Klien dan kaunselor mengenal pasti aktiviti yang


perlu klien amalkan

Sebagai contoh, jika klien berusaha untuk mengurangkan


kesedihan, matlamat yang dikenalpasti mungkin meningkatkan aktviti
fisikal atau mengurangkan pemikiran yang kalah diri.

Langkah 3: Kaunselor menjelaskan beberapa pilihan bagaimana


matlamat boleh dicapai.

Dalam contoh di atas, kaunselor mungkin mencadangkan


beberapa aktiviti yang boleh membantu klien seperti menghadiri kelas
aerobik, berjalan sejauh satu kilometer.
Langkah 4: Klien dan kaunselor berunding mengenai satu
rancangan yang boleh diterima

Klien digalakkan untuk memodifikasi atau mengembangkan


cadangan kaunselor. Tugas kaunselor adalah untuk meneruskan untuk
mencabar klien untuk mengenal pasti rancangan yang dirasakan paling
berjaya untuk dirinya . Kaunselor juga akan memastikan klien
membuat rancangan semudah mungkin.

Langkah 5: Klien membuat komitmen ke atas rancangan

Kejayaan sesuatu tugasan banyak bergantung kepada


keterlibatan klien. Kaunselor mesti bersifat fleksibel untuk
menjayakan rancangan dan berbalik kepada langkah 3 sekiranya klien
tidak mahu terlibat ke atas tugasan.

Langkah 6: Mencabar klien

Kaunselor mencabar klien untuk melaksanakan kerja rumah.


Kaunselor akan memastikan bahawa klien benar-benar memahami
tugasan yang diberikan. Klien juga digalakkan bertanya soalan.
Kaunselor perlu menamatkan sesi dengan menggalakkan klien untuk
menyiapkan kerja rumah.

Langkah 7 : Susulan

Dalam peringkat susulan ini, kaunselor dan klien akan


membentuk satu sistem pelaporan dengan tujuan klien boleh
menyiapkan satu laporan kemajuan pada sesi yang akan datang. Klien
boleh menulis data-data dalam buku kecil.

-HALANGAN-HALANGAN DALAM PERLAKSANAAN KERJA RUMAH.

Tugasan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk berjaya


sahaja yang patut dipilih. Ini penting dilakukan terutama sekali di
peringkat awal sesi kaunseling supaya klien mempunyai motivasi yang
tinggi untuk berjaya. Tugasan kerja rumah perlu disesuaikan mengikut
kesesuaian setiap klien. Seringkali kaunselor memberi kerja rumah
yang sama kepada setiap klien. Ini mungkin boleh mengurangkan
motivasi klien.
Tugasan yang mempunyai kreativiti boleh menambahkan
kejayaan klien. Contohnya, sekiranya klien suka membaca, klien boleh
diminta untuk membaca buku sebagai tugasan yang perlu dilakukan.
Kerja rumah juga sepatutnya mudah untuk dilaksanakan dan mudah
diikuti oleh klien.
Rumusan
Secara keseluruhannya, artikel ini telah membincangkan tujuan
dan matlamat penilaian dalam sesi kaunseling. Dalam menetapkan
penilaian dalam kaunseling, artikel ini juga telah membincangkan
kebaikan dalam membuat penilaian dalam kaunseling seperti
membantu kaunselor untuk mengenal pasti persoalan klien, membantu
menjangka tingkah laku, membantu klien memahami persoalannya dan
membantu menyediakan data yang berharga. Artikel ini juga telah
membincangkan mengenai kaedah terbaik dalam melaksanakan kerja
rumah.

RUJUKAN

Young, M.E. (1992). Counselling methods and techniques. An electic approach. New
York: Merill Publishing Company.

You might also like