You are on page 1of 11

1.

0)PENGENALAN

Tapak pembinaan boleh dikategorikan sebagai zon berbahaya


bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga orang awam di sekitar atau
berhampiran kawasan tersebut.Rata-rata pekerja di tapak pembinaan
terdedah kepada bahaya atau risiko antaranya akibat ketinggian tempat
kerja, barang-barang yang dikendalikan, elektrik, motor, objek tajam
yang bergerak, lif, kimia, habuk, bunyi bising dan ruang yang
terbatas.Kebanyakan tapak pembinaan tidak dapat memisahkan
sepenuhnya bukan pekerja atau orang awam. Tapak pembinaan jalan
umpamanya pada kebanyakan masa perlu membenarkan trafik
menggunakan laluan tersebut.
Kompleks membeli belah atau bangunan awam yang lain pula
tidak boleh ditutup apabila sebahagian daripada bangunan-bangunan
tersebut menjalani pengubahsuaian. Ini menyumbang sedikit-sebanyak
risiko kepada orang awam dan bukan pekerja.Bukan itu sahaja kawasan
setiap kawasan kerja juga mempunyai risiko untuk menghadapi
kemalangan.Kadang kala berkerja tempat yang jarang atau rendah risiko
untuk menghadapi kemalangan tetapi berlaku juga.Oleh itu,kita perlulah
beringat setiap tempat kerja adalah mempunyai risiko untuk
mengahadapi kemalangan.

1
2.0)KES-KES KEMALANGAN DI
TEMPAT KERJA

2.1)Dua Maut Perancah Tapak Binaan The Pavillion


Runtuh
 Petikan dari UTUSAN ONLINE, January 12, 2007
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN HUSSIN

KEADAAN di tapak pembinaan The Pavillion, yang mana perancah di bangunan itu runtuh dan
mengakibatkan dua pekerja binaan terbunuh di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut manakala 10 lagi cedera apabila
perancah yang mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15
meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion Kuala Lumpur, di
Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja binaan mati
di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah
dipercayai dihempap batu granit.
Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali sebagai Liew
Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK,
25.
Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari
India. Mereka kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala
Lumpur (HKL).
Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra
Perdana Sdn. Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu,
Mejar (B), Abu Bakar Abdul Rahman berkata, pihaknya mendengar
bunyi gegaran yang kuat di kawasan pembinaan berdekatan Zon A
berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.

‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang digunakan oleh pekerja
memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah roboh dan menghempap perancah di
bawahnya iaitu di tingkat dua.‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas
perancah manakala lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.‘‘Kami mendapati beberapa
pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya
kepada pemberita ketika membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.
Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian terdapat 10
batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan

2
cemas dengan mengeluarkan mereka yang cedera.Tambahnya, pegawai keselamatan dan
beberapa orang pegawai PPCSB telah membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan
kecemasan.

‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah menghubungi Ibu
Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’ katanya.

Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn. Bhd., iaitu
subkontraktor kepada PPCSB.Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang
batu granit pada dinding kompleks di atas perancah.
‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi dan
berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.
‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman
berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama muatan batu granit itu
dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh menghempap bahagian bawahnya.
‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi siasatan
lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.
Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga
masing-masing.

Punca-Punca Kemalangan Berlaku:-

I. Kecuaian pekerja itu sendiri


II. Kesalahan semasa mendirikan peranca yamg digunakan
III. Kecuaian majikan menyediakan kelengkapan keselamatan yang mengcukupi
IV. Kecuaian dalam menggunakan peralatan keselamatan bagi tempat yang tinggi
V. Kurangnya cirri-ciri keselamatan dan cuai.

3
2.2)13 Pekerja Bangladesh Cedera Jatuh Tingkat 12

Utusan Malaysia / 26.08.2008


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seramai 13 pekerja warga
Bangladesh cedera termasuk tiga daripadanya parah setelah
terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan kondominium
yang dalam pembinaan di Jalan UK 1/3 Ukay Perdana 2
dekat sini petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika
pekerja terbabit sedang melepa simen pada tiang perancah
yang sedang dipasang apabila ia tiba-tiba runtuh
menyebabkan kesemua mereka terjatuh.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner


Abdul Jalil Hassan memberitahu, tujuh daripada mangsa
dihantar ke Hospital Ampang manakala selebihnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk
menerima rawatan.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada batang perancah yang patah.

Beliau memberitahu, hanya tiga mangsa parah manakala yang lainnya mengalami cedera ringan.
"Sehingga lewat petang ini, keadaan semua mereka yang mempunyai permit kerja yang sah itu
dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, salah seorang rakan mangsa, Ripon Miar, 28, ketika ditemui memberitahu,
kejadian itu berlaku sebaik sahaja mereka menyambung kerja-kerja melepa simen setelah
berhenti rehat selama satu jam.

Katanya, kejadian itu hanya disedarinya apabila terdengar


bunyi besi bertindih disusuli jeritan rakan-rakan yang
berada di atas peranca tersebut.
"Ketika itu saya sedang bekerja di bahagian lain di
bangunan tersebut. Kejadian berlaku sekelip mata dan

4
kami tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka," katanya yang masih trauma
melihat kejadian itu.

Punca-Punca Kemalangan Berlaku:-

I. Kecuaian pekerja itu sendiri


II. Kesalahan semasa mendirikan peranca yamg digunakan
III. Kecuaian majikan menyediakan kelengkapan keselamatan yang mengcukupi
IV. Kecuaian dalam menggunakan peralatan keselamatan bagi tempat yang tinggi
V. Kurangnya cirri-ciri keselamatan dan cuai.
VI. Penggunaan peranca yang tidak sesuai.
VII. Kurangnya kawalan keselamatan oleh majikan

5
2.3)Penyelia Maut Dihempap Tiang Konkrit

 Berita Harian / 17.03.2009

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia tapak pembinaan sebuah kondominium maut dihempap
tiang konkrit ketika berada dalam sebuah kabin kontena yang dijadikan pejabat di sebuah tapak
pembinaan di Jalan Morib, Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah
Brickfields Asisten Komisioner, Wan Abdul Bari Wan Abdul Rahman, berkata dalam kejadian
jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, Ng Hai Oun, 51, mati akibat cedera parah di leher. Katanya,
sebelum kejadian berlaku, sebuah lori membawa muatan tiang konkrit masuk ke kawasan tapak
pembinaan. "Kren digunakan untuk mengangkat tiang itu untuk diletakkan ke tanah.. Ketika satu
tiang diangkat dan melalui bumbung kabin kontena itu, tiba-tiba kren menjadi tidak stabil kerana
dipercayai tanah lembut lalu tiang yang diangkat jatuh menghempap kabin kontena itu," katanya
kepada Bernama. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, di PETALING JAYA, seorang pekerja binaan terbunuh ditimpa kren yang patah
di tapak pembinaan sebuah apartmen di SS2 pada jam 2.30pm

Punca berlakunya kemalangan:-


i. Kecuaian semasa mengendalikan kren tersebut.
ii. Tempat pemindahan bahan pembinaan itu tidak sesuai kerana berdekatan dengan
kawasan pekerja huni.
iii. Kurangnya kawalan kesalamatan dan pengendalian barang yang tidak betul serta cuai
dalam mengambil keselamatan sekeliling
iv. Kecuaian pekerja.
v. Kawasan pemindahan barangan tidak sesuai dan betul.

6
2.4)Dua Lelaki Indonesia Mati Dihempap Mesin
Kuari

 Petikan dari UTUSAN,18/10/2008

KAJANG 17 Okt. – Dua lelaki warga Indonesia mati selepas dihempap mesin pengangkut di
kuari di Kilometer 18, Hulu Langat dekat sini pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi
itu, tiga pekerja pengangkut pasir berada di tempat kejadian.Bagaimanapun, timbunan pasir di
kuari itu dikatakan tiba-tiba runtuh ke atas mesin pengangkut sebelum menghempap sebuah
lori.Salah seorang daripada tiga pekerja berkenaan sempat terjun dari lori berkenaan untuk
menyelamatkan diri.Manakala dua orang lagi rakannya terperangkap di dalam timbunan
pasir.Mayat kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 3 petang ini.Ketua Polis
Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mood yang ditemui di sini hari ini
mengesahkan kejadian itu. – Utusan

Punca berlakunya kemalangan:-


i. Disebabkan oleh faktor keadaan sekeliling yang mengundang kemalangan tanpa diduga.
ii. Kedudukan mesin kuari yang berhampiran dengan tebing yang mudah runtuh.
iii. Kawasan mesin kuari yang tidak sesuai.

7
2.5)3 Maut Lori Rempuh Kantin

 28 APRIL 2008 - BERITA HARIAN

JOHOR BAHRU: Tiga pekerja asing kilang mengeluarkan komponen komputer di Kawasan
Perindustrian Tebrau 4, di sini, maut ditimpa dinding konkrit kantin selepas sebuah trailer
terbabas dan merempuh bangunan itu, pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Zainal Baharom, berkata
dalam kejadian jam 4.10 pagi itu, trailer dalam perjalanan dari Jalan Firma 2 ke Jalan Kangkar
Tebrau, hilang kawalan lalu terbabas merempuh dinding kantin kilang JCY HDD Technology
Sdn Bhd.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu, 11 pekerja asing yang sedang makan ditimpa dinding
konkrit menyebabkan seorang wanita warga Vietnam dan dua lelaki, masing-masing warga
Bangladesh dan India maut.
Wanita Vietnam itu dikenali sebagai Ha Tai Le, 20, lelaki India pula dikenal pasti sebagai
Kasi Venkatesan, 30 dan pekerja Bangladesh itu ialah Sho Had Mia, 25 tahun.
“Seorang lagi lelaki dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), manakala tujuh menerima
rawatan pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI). Siasatan mendapati pemandu trailer terbabit
tertidur dan dia ditahan di Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan,” katanya.Mangsa yang
dirawat di ICU dikenali sebagai Hwang.
Zainal berkata, pemandu itu, seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an
ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seorang saksi yang juga pekerja kilang sama, Abu Tahir berkata, kejadian itu berlaku kira-
kira lima minit selepas beliau beredar dari kantin untuk kembali ke tempat kerja.
“Saya ke kantin kira-kira jam 3.45 pagi bersama tujuh rakan dan naik semula 20 minit
kemudian. Ketika menaiki tangga, saya dengar bunyi kuat dari kantin.
“Saya nampak keadaan kelam kabut dan pekerja kilang membantu mengalihkan batu yang
menghempap beberapa mangsa. Bagaimanapun, tiga pekerja sudah mati kerana dihempap
dinding konkrit yang besar.
“Saya amat bernasib baik kerana baru beredar dari kantin. Jika tidak kami turut mengalami
nasib sama,” katanya.

Punca berlakunya kemalangan:-


i. Kecuaian pemandu lori treler yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

8
2.6)Wanita Mati Dalam Kolam Dihempap Traktor

 sumber berita harian,03/05/2010

BATU PAHAT: Seorang ibu tunggal yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak petang
Jumaat lalu, ditemui maut dalam kolam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sejagong,
Sungai Kepok di sini, kelmarin, akibat dihempap traktor yang dipandunya.
Mayat Masliah Parni, 51, yang mengambil upah membersihkan ladang serta mengait sawit,
ditemui jam 9.30 pagi dalam kolam berkenaan bersama traktor oleh anggota pasukan mencari
dan menyelamat. Adiknya, Kamaruddin, yang juga bekerja mengambil upah membersihkan
ladang serta mengait sawit, berkata beliau tidak menyangka kedatangan kakaknya ke ladang bagi
membantunya berakhir dengan tragedi. "Kakak datang ke ladang kira-kira jam 4 petang menaiki
motosikal dan mengambil alih kerja selepas menyuruh saya berehat sebentar. Namun, apabila
beliau sedang menggunakan traktor saya, tiba-tiba enjinnya mati dan gagal dihidupkan selepas
beberapa kali dicuba.
"Kakak kemudian balik ke rumah untuk membawa traktor sendiri ke ladang. Ketika dia
pulang, saya berjaya menghidupkan enjin traktor dan meneruskan kerja," katanya ketika ditemui
semalam.
Kamaruddin berkata, tidak lama kemudian Masliah tiba bersama traktor tetapi apabila melihat
beliau sudah menyambung kerja, kakaknya pulang ke rumah.
"Saya pulang jam 6.45 petang dan singgah di rumah kakak yang terletak depan rumah saya.
Namun, saya terkejut apabila anaknya memberitahu kakak saya belum pulang ke rumah. Saya
pergi semula ke ladang mencarinya sehingga jam 8 malam tetapi gagal," katanya.
Beliau kemudian memaklumkan kehilangan kakaknya kepada ketua kampung dan bersama orang
kampung serta polis Sri Medan mereka mengadakan operasi mencari dan menyelamat sehingga
jam 5.30 pagi.
"Mayat kakak hanya ditemui jam 9.30 pagi dalam kolam berhampiran tempat kami bekerja.
Saya sendiri tidak menyedari di situ ada kolam disebabkan kawasannya dilitupi semak dan
rumput tebal,” katanya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, mengesahkan
kejadian dan hasil bedah siasat mendapati kematian disebabkan tulang rusuk patah dihempap
traktor ketika terjatuh dalam kolam berkenaan.

Punca kemalangan:-

I. Penggunaan jentera yang tidak dalam keadaan baik.


II. Dihempap oleh traktor.
III. Penggunaan jentera yang rosak.

9
3.0)KESIMPULAN
 banyak kemalangan berlaku di tapak pembinaan dan sector perindustrian

 faktor utama berlakunya kemalangan di tempat kerja adalah disebabkan kecuai diri
sendiri.

 Seterusnya ialah faktor peralatan yang digunakan mungkin sudah terlalu lama yang boleh
menyebabkan kecelakaan berlaku.

 Setiap invidu hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam menanggani


kemalangan di tempat kerja.

 Rumusan daripada kes kemalangan yang dinyatakan diatas tadi,punca berlakunya


kemalangan itu adalah kerana:-
i. Kecuaian semasa bekerja.
ii. Sikap mementingkan diri sendiri.
iii. Penggunaan peralatan salah.
iv. Kelengkapan tidak mencukupi.
v. Jentera atau loji yang digunakan sudah rosak.
vi. Tiada tumpuan semasa bekerja.
vii. Faktor sekitar dan keselamatan sekitar tidak di titik beratkan.
viii. Sikap meremehkan insiden nyaris
ix. Dan tidak memahami apa sebenarnya keselamatan

4.0)RUJUKAN

Internet:- --http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?
tid=342160&rpid=21798900&ordertype=0&page=1#pid217989

Bahan rujukan:- C1403 modul keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

10
11

You might also like