You are on page 1of 2

BIODATA TOK POCHEK /Tengku AHMAD

TUNGGAL

Semasa perang Paroi/Bkit Putus/Seri Menanti tidak tercatit petanan atau


kedudukan T.Ahmad Tunggal secara terperinci.Buku karanganT.S.Samad laris
tidak dinyatakan dengan jelas peranan T.Ahmad tunggal.Adakah beliau bersama
menyertai perang tersebut atau tidak.Yang di nyatakan adalah punca perang di
mana perebutan kuasa memerintah di Seri Menanti .Perlantikan Tengku
Laksamana Antah untuk menaiki takhta Y.D.Pertuan Seri Menanti dibantah
oleh T.Ahmad tunggal.Nyata diterangkan,kesempatan ini dimanfaatkan oleh
pihak ketiga.

Di sini satu pertanyaan perlu diungkai.Kemanakah perginya T.Ahmad


Tunggal,siapakah isteri beliau,beliau mempunyai berapa orang cahaya mata dan
di manakah mereka serta keturunannya?Begitu juga dengan adik beradiknya
iaitu Putra dan Putri Yang Di-Pertuan Imam.

Tengku Ahmad Tunggal pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang


anak .Isteri beliau bernama Putri Lenang Sari dan tiga anak beliau bernama
Idah,Kati dan Banci.Kemanakah mereka menghilang?

Semasa perang tiga penjuru,T.Ahmad Tunggal melarikan diri bersama


keluarga serta pengikutnya ke Juaseh dan kini dikenali sebagai Juaseh Stesen.Di
sanalah beliau berkampung beberapa lama.

Kini Kampung Juaseh didiami keturunan Bidasari.Beliau ialah kakak


Lenang Sari dan dikenali sebagai SUKU BIDUANDA RAJA. Keturunan
Lenang Sari tiada seorang pun tinggal di Juaseh.Diceritakan oleh orang
tua,Keturunan ini pergi meninggalkan Juaseh atas beberapa sebab.

T.Ahmad Tunggal dan keluarganya serta pengikutnya meninggalkan


Juaseh dan menghala ke Rembau.Tidak beberapa lama di Rembau T.Ahmad
Tunggal membuat keputusan menghantar anak bongsunya iaitu Bacik
berlandung ke Pagar Ruyung bersama Lenang Sari.Beliau meninggalkan isteri
bersama anak bongsunya di Pgar Ruyung.Beliau pulang ke Rembau dan
membesarkan kedua-dua anak perempuan beliau di sana.
Kampung Jeram,Kota adalah kampong di mana beliau dikebumikan .Di
situ juga terdapat Suku Biduanda Waris T.Ampuan(Raja).Rahsia ini terungkai
akhirnya setelah terbongkarnya anak lelaki beliau kini Bergelar Sultan
Banci.Dikalangan keturunan ini,di Rembau amat kukuh menyimpan rahsia sejak
dahulu lagi.

Untuk mendapat cerita lengkap agak mustahil kerana ramai dikalangan


keturunan ini telah kembali ke Rahmatullah dan kebanyakan yang tinggal
hanyalah dari jenerasi ke lima.

Sekian.

You might also like