You are on page 1of 6

Tun Fatimah-Srikandi Melayu

Gubahan dan Adaptasi oleh: Aimi Syazwani Ramlee

Watak-watak:

Tun Fatimah
Tun Mutahir
Tun Perak
Tun Ali
Tun Tahir
Tun Hasan
Sultan Mahmud Shah

Penglipur Lara: Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan
merupakan anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (Perdana
menteri). Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ialah anak Bendahara Seri Nara Di Raja Tun
Ali dengan Tun Kudu. Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Sultan Mahmud telah lama
berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai
seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila
dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali.
Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk merampas takhta, ekoran
fitnah dari Pembesar Istana Sultan Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun Mutahir
dibunuh tanpa periksa, termasuk suaminya Tun Ali kecuali Tun Fatimah.
Tun Fatimah sudahpun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba
memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman
bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Tun Tahir, Tun Hasan dan
ayahandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali. Sultan Mahmud yang menyesal
selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya mengahwini Tun Fatimah. Beliau juga merupakan
Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.
Tun Fatimah adalah wanita Melayu pertama yang memimpin rakyatnya sekali gus
menjadikanya Permaisuri berdaulat yang karismatik. Dikatakan bahawa orang Portugis lebih
takut kepada Tun Fatimah Permaisuri Melaka dari suaminya Sultan Mahmud .
Tun Fatimah dikatakan telah membantu Tun Perak, seorang Bendahara Melaka, untuk
memimpin Melayu dalam perjuangan mereka melawan kekuatan Portugis menyerang pada
awal abad ke-16. Malangnya, orang Melayu telah kemudian kalah berperang dengan tentera
Portugis yang mempunyai teknologi lebih kuat.
Menurut sejarawan Malaysia itu dikatakan ada pembesar istana Melaka yang memberi tahu
rahsia kepada Portugis untuk menakluk kota, dan dengan demikian akhirnya membuat Melayu
hilang kawalan mereka. Mungkin jatuhnya Melaka juga sebahagian kerana kekejaman Sultan.
Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah mengasaskan kerajaan
Melayu baru Johor-Riau dari Johor dan pulau-pulau Riau ke bahagian Sumatera dan
Kalimantan. Kekuasaan Sultan Melaka hampir terbatas . Tun Fatimah mencipta perikatan
dengan tetangga kerajaan dengan membiarkan anak-anaknya berkahwin dengan keluarga
kerajaan Aceh, Minangkabau dan Kalimantan.
Tun Fatimah sudahpun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba
memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman
bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Tun Tahir, Tun Hasan dan
ayahandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali.
Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya mengahwini Tun
Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri
Tun Kudu.

Babak 1 (Fatimah, Puteri Rupawan)

(Tun Mutahir dan Tun Fatimah sedang berbual di halaman ruang tamu sambil
menikmati hidangan minum petang)

Tun Mutahir: Pinangan dari Tun Ali akan tiba esok hari, sebelum zohor. Apa kata anakanda?

Tun Fatimah: Ayahanda, hidup anakanda bukanlah semata-mata untuk diri sendiri. Andai
jodoh itulah yang menemukan anakanda dan Tun Ali, anakanda terima sahaja.

Tun Mutahir: Fatimah puteriku, ketahuilah kamu, menjadi isteri kepada pembesar istana seperti
Tun Ali bukanlah mudah. Sebelum ayahanda nikahkan kamu dengannya, ketahuilah bahawa
Sultan sangat murka padaku.

Tun Fatimah: Mengapa baginda bisa murka, ayahanda?

Tun Mutahir: (Mengeluh) Baginda menuduhku menyembunyikan kamu dari pengetahuannya.


Baginda berfikir, ayahanda cuba merahsiakn tentangmu supaya kamu tidak boleh menjadi
gundiknya. Sungguh besar fitnah itu dan berat sekali untuk menerimanya.
Tun Fatimah: Usahlah risau, duhai ayahanda. Jika ditakdirkan anakanda untuk Tun Ali, Tuhan
pastikan jua ia terjadi. Baginda Sultan bukanlah penakluk mahupun pemerintah hati dan takdir,
maka dia bukanlah siapa-siapa untuk menidakkan ketentuan.

Tun Mutahir: (Tersenyum lalu mengangguk) Ada benar katanya anakanda itu. Ayahanda
sangat bersyukur mempunyai puteri yang rupawan, baik hati dan tulus sepertimu.

Babak 2 (Kemurkaan Sultan)


(Tun Mutahir dan Tun Perak masuk menghadap Sultan)

Tun Mutahir dan Tun Perak: Ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun!

Sultan: (Memandang wajah Tun Mutahir dengan kemarahan): Kau sesungguhnya adalah rakyat
yang durhaka Tun Mutahir! Kau menikam beta dari belakang!

Tun Mutahir: Ampun Tuanku, tidaklah patik mengerti apa yang Tuanku maksudkan, kerana
seumur hidup patik, kedaulatan raja adalah tunjang untuk patik hidup…

(Sultan mendekati Tun Mutahir lalu menolak bahunya dengan kasar, lalu Tun Mutahir jatuh ke
lantai, tertunduk kesakitan)

Sultan: Beta seharusnya yang mengetahui Tun memiliki puteri yang rupawan selama ini! Beta
seharusnya yang tahu segala-galanya! Mengapa kau sembunyikan dari beta?!

(Tun Perak membantu Tun Mutahir untuk bangun, sambil memandang Sultan)

Tun Perak: Sungguhpun Tuanku begitu murka, menyakiti Tun Mutahir yang sudah lanjut usia
akan hanya mengundang sesal di kemudian hari.

Sultan: Kau diam Tun Perak! Kau tidak berhak berkata apa-apa! Ini urusan beta dan
pendurhaka ini! (Sambil menunjuk ke arah Tun Mutahir)
Tun Mutahir: (Bersuara lemah dan perlahan) Ampunkan patik Tuanku… Bukanlah niat patik
menjadi rakyat durhaka, bukanlah kerana patik tidak suka Tuanku mengetahui tentang puteri
patik, Srikandi Fatimah tetapi sesungguhnya dia sudah menjadi isteri Tun Ali. Telah patik
serahkan tanggungjawab dan amanah untuknya untuk menjaga Fatimah, anak patik yang satu-
satunya. Ampunkan patik, tuanku.

Sultan: Sudah! Simpan kebohongan itu dari beta! Kerana hal ini, beta murka dengan seluruh
kaum kerabatmu! Esok, menjelang Subuh, beta arahkan kau dan semua lelaki keturunanmu
dihukum bunuh!

(Tun Perak dan Tun Mutahir terkejut)

Tun Perak: (Bersujud) Ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Sesungguhnya hukuman ini bakal mengundang malapetaka untuk bumi Melaka, Tuanku! Patik
pohon Tuanku Tarik semula titah itu! Janganlah kerana nafsu amarah, dikorbankan nyawa yang
tidak berdosa!

Sultan: Tidak! Tidak akan pernah beta tarik semula hukuman itu! Andai Tun Perak mahu
membela Tun Mutahir dan keluarganya, maka Tun Perak pun beta akan bunuh!

(Tun Mutahir mengalirkan air mata, menepuk-nepuk bahu Tun Perak)

Tun Mutahir: Janganlah sampai Tun Perak ini menjadi mangsa, Tuanku. Biarlah, biarlah patik
dan kaum kerabat yang menerima hukuman ini. Tun Perak adalah tonggak negeri Melaka,
andai hilang ke dalam tanah, maka hilang jugalah kegemilangan negeri kita. (Memandang Tun
Perak dengan wajah sedih) Benarkanlah kata-kata Tuanku, duhai Tun Perak, Bendahara
Bijaksana. Jagakanlah puteri kesayangan hamba, Fatimah setelah ketiadaanku dan suaminya
Tun Ali.
(Sultan mendengus kemarahan lalu meninggalkan mereka berdua dari situ)
(Tun Perak dan Tun Mutahir saling berpelukan dan menangis)
Tun Perak: Hamba berjanji, Tun Mutahir, Fatimah bakal menjadi tanggungjawab hamba. Tidak
akan ada sesiapapun yang bisa menyakitinya selagi hamba masih bernyawa.

Tun Mutahir: Terima kasih, yang mulia Tun Perak. Semoga Tuhan memberkatimu!
Babak 3 (Hukuman Bunuh)
(Pengawal menutup kepala Tun Mutahir, Tun Hasan, Tun Ali dan Tun Tahir dengan kain hitam
kemudian mengarahkan mereka duduk melutut)
(Manakala Tun Fatimah dan Tun Perak hanya memerhati dengan linangan air mata)
(Sultan berdiri tidak jauh dari tempat hukuman, dengan wajah yang angkuh)

Babak 4 (Penjelasan Tun Perak)


(Tun Fatimah termenung sendirian di rumahnya ketika Tun Perak sampai di anjung lalu
memberi salam)

Tun Fatimah: (Mengelap air mata) Waalaikummusalam… Oh Tun Perak, jemputlah masuk.

Tun Perak: (Masuk ke halaman ruang tamu lalu duduk bersila menghadap Tun Fatimah) Duhai
puteri Tun Mutahir, bagaimanakah kamu setelah sepeninggalan suami dan ayahandamu? Niat
hamba ke sini untuk meminta persetujuanmu.

Tun Fatimah: Persetujuan? Tentang apakah wahai Yang Mulia?

Tun Perak: Begini, setelah lama hamba menungkan, memikirkan nasib keluargamu yang tidak
berdosa, hamba berfikir ada baiknya andai kamu bangkit membela kematian mereka. Puterinya
Mutahir, sahabat karib hamba bukanlah wanita lembik yang senang dipijak-pijak. Hamba
mengenalimu dari kecilnya kamu dalam pangkuan Tun Mutahir, sehinggalah kamu menjadi
isteri Tun Ali. Kematian keluargamu bukanlah sia-sia, duhai Fatimah! Itu kerana mereka
menyanjung tinggi maruahmu sebagai wanita!

(Tun Fatimah berfikir sejenak)

Tun Fatimah: Andai keberanian dapat membersihkan nama keluarga hamba, maka marilah Tun
Perak, bawalah hamba mengadap Sultan!
Babak 5 (Perkahwinan Sultan dan Tun Fatimah)
(Sultan duduk di atas singgahsana, wajah muram)
(Tun Fatimah dan Tun Perak masuk menghadap Sultan)

Tun Fatimah: Ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik dan Tun Perak
tiba untuk menerima titah tuanku.

Sultan: Fatimah, puteri yang mulia Tun Mutahir… Ampunkan kesilapan beta yang telah salah
mengerti kejujuran ayahandamu sebelum ini! (menangis) Sesungguhnya…beta menyesal
dengan hukuman kejam yang telah beta jatuhkan ke atas kaum kerabatmu… (Menghampiri
Tun Fatimah lalu melutut) Ampunkan beta wahai Tun Fatimah, benarkan beta menebus segala
dosa-dosa terkutuk itu…

(Tun Perak dan Tun Fatimah saling berpandangan)

Tun Fatimah: Telah Nabi ampunkan umat, dan telah lama patik maafkan tindakan tuanku. Jika
benar tuanku berasa sesal, patik memohon tuanku teruskan bertahta dan menjadi raja berdaulat
untuk rakyat Melaka. Patah tumbuh hilang berganti, tuanku.

(Sultan bangkit lalu menghampiri Tun Fatimah. Dia meletakkan tapak tangan kanannya ke atas
kepala Tun Fatimah)

Sultan: Dengan kesaksian seluruh istana, dengan ini beta bersumpah maruahmu wahai Fatimah,
akan dijunjung menjadi wanita suci dalam sejarah Melaka. Beta jadikanmu sebagai Permaisuri
Utama, Permaisuri Tun Kudu, lambang keberanian dan keagungan pemerintahan negeri
Melaka!

Tun Fatimah: Patik menjunjung titah tuanku. Patik menerima dengan ikhlas menjadi
Permaisuri tuanku, Permaisuri Tun Kudu. Ampun, tuanku…

Tun Perak: Daulat tuanku!

You might also like