You are on page 1of 12

Pemajmukan

1.       Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk
memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon
terus dail, setiausaha dan sebagainya.

2.       Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh
disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai
majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

                     i.       Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

                   ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

                  iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna
tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

                     i.       Umum

                   ii.       Istilah

                  iii.       Kiasan/peribahasa

Kata majmuk umum terbahagi kepada:

      i.        Kata majmuk biasa

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari

     ii.        Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta
Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus

      i.        Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang.
Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau
istilah khusus.

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja


Kata Majmuk Kiasan

      i.        Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud
harafiahnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

Pengimbuhan Kata Majmuk

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang
sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)

Lampiran 1 

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk


air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa

Lampiran 2 

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai


satu perkataan
antara bangsa antarabangsa
apa bila apabila
apa kala apakala
apa lagi apalagi
bagai mana bagaimana
barang kali Barangkali
beri tahu Beritahu
bumi putera Bumiputera
dari hal darihal
dari pada Daripada
duka cita dukacita
hulu balang Hulubalang
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan Kakitangan
ke pada kepada
kerja sama Kerjasama
mana kala Manakala
Mata hari Matahari
olah raga olahraga
pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya Suruhanjaya
tanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawab
warga negara warganegara

 Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu


perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan


kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang
terakhir. Lihat jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan


berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

Penggandaan

 
1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan
kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses
pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

2. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

                                             i.            Gandaan penuh

                                           ii.            Gandaan separa

                                          iii.            Gandaan berentak

                                          iv.            Gandaan makna

3.       Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda
kepada tiga jenis iaitu

                                                   i.                  penggandaan penuh

                                                 ii.                  penggandaan berentak

                                                iii.                  pengandaan separa.

Penggandaan penuh

1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.


2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata
nama terbitan, dan kata nama majmuk.
3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

 
Kata nama tunggal
Alat alat-alat
Budak budak-budak
Rumah rumah-rumah
Murid Murid-murid
Kura Kura-kura
Makan Makan-makan
Tadika Tadka-tadika

  

Kata nama terbitan


Ketua ketua-ketua
Pekebun pekebun-pekebun
Makanan makanan-makanan
Persatuan persatuan-persatuan
pejuang pejuang-pejuang
Kedutaan Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

1. Pengulangan kata dasar  mengikut rentak bunyi kata dasar.


2. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal
tertentu diulang dan diubah.
3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau
sebahagian bunyi kata dasar.
4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau
sebahagian bunyi kata dasar.
5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:

i.                     penggandaan suku kata awal

ii.                   penggandaan suku kata akhir

iii.                  penggandaan konsonan

iv.                  penggandaan bersisipan

v.                    penggandaan berakhiran

 
6. Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek
fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
7. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan
menggunakan sengkang (-)

  

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong


Cerai cerai-berai
Hina Hina-dina
Sayu Sayur-mayur

Rentak pengulangan konsonan


gunung Gunung-ganang
susap Susap-sasap
simpang Simpang-siur

  

Penggandaan suku kata awal

Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah.
Contoh:

Bukit bukit-bukau
Warna warna warni
Batu batu-batan

  

Penggandaan suku kata akhir

Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.

Contoh:           

Sayur   sayur mayur


Kuih kuih-muih
Lauk  lauk pauk

                             

Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi
vokalnya berubah

Contoh: 

Gunung gunung-ganang
Guruh guruh-garah

    

Penggandaan bersisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas
konsonan pertama bentuk ulangannya.

Contoh:

Tali tali-temali
Gunung gunung-ganang
Jari jari jemari

           

 Penggandaan berakhiran

Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh


menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.

Contoh:

Sayur sayur-sayuran
Biji Biji-bijian
Barang barang-barangan

      

Penggandaan separa

1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar.


Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
2. Kata tunggal

(a)     Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah


penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal
asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah
atau / a /
 

Contoh:             

Kata dasar Penggandaan penuh Penggandaan separa


laki Laki-laki Lelaki
langit Langit-langit Lelangit
suatu Satu-satu Sesuatu
budak Budak-budak Bebudak
siku Siku-siku sesiku

3. Kata terbitan

(a)     penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses


pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.

I.                    Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn


dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama
atau atau penggandaan separa depan.

II.                   Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan


dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau
penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi
dipisahkan dengan sengkang.

4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda


bual Ber + bual Berbual-bual
cari Ter + cari Tercari-cari
gila Ter + gila Tergila-gila
borak Ber + borak Berborak=borak
akan Se + akan Seakan-akan

5. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

 
Kata dasar Kata terbitan Kata ganda
anak Ber + anak Anak-beranak
kejar Men + kejar Kejar-mengejar

6. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif. (lihat lampiran)

Penggandaan Makna

1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya.


Contoh:

Ipar ipar duai


Ipar ipar lamai
Saudara saudara mara

Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak

buku buku-buku
ketua ketua-ketua
jabatan jabatan-jabatan
gunung gunung-ganang
bukit bukit-bukau

   

b. membentuk nama haiwan

biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang

c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai

langit langit-langit (menyerupai langit)


siku siku-siku (menyerupai siku)
orang orang-orang (menyerupai orang)

         

   

d. Menunjukkan pelbagai jenis

sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
saudara saudara-mara

              

Latihan

a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:


 

Layang-layang putus talinya

Akan daki gunung-gemunung

Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian

Hutang-piutang beliau belum dibayar

Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik

Jari-jemari para penari itu lembut belaka

Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa

Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina
pada musim sejuk

Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal

Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut


sawah itu.

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

1. Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung


2. Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.
3. Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan sahabat-sahabat.
4. Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar
dari asrama.
5. Langit-langit budak itu penuh dengan kudis.
6. Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.

c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

 
1. hasil
2. asal
3. sahabat
4. pemuda
5. ibu
6. datuk

You might also like