You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Muzik merupakan salah satu subjek yang ditekankan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi melahirkan murid yang mencakupi dalam pelbagai
aspek. Malah pendidikan muzik juga secara tidak langsung akan melahirkan murid
yang berfikiran kreatif dan juga kritis. Penekanan terhadap subjek muzik ini diberi
perhatian apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan kursus
pendidikan muzik kepada sesetengah guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) bagi melahirkan murid yang cerdik dalam muzik. Manakala,
instrumen atau alatan muzik yang sering diberi penekanan dalam proses pengajaran
dan pembelaran (P&P) di dalam bilik muzik ialah permainan kibod, rekoder dan
nyanyian.

Berdasarkan subjek MZU 3110, satu tugasan mengenai gubahan lagu kanak-kanak
diberikan bagi mengasah bakat guru pelatih dalam penulisan skor. Secara tidak
langsung, pengaplikasian perisian muzik digunakan bagi melihat pemikiran kreatif
para pelatih dalam pengubahan skor. Selain pandai bermain kibod, rekoder dan
bernyanyi, guru pelatih juga perlu memahirkan diri dalam penulisan skor supaya
kelak dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari kepada murid-murid.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir tugasan ini, saya akan dapat :

i. Mengetahui cara untuk menyediakan satu skor lagu yang lengkap.

ii. Mengetahui sejarah lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dalam


masyarakat di Malaysia.

iii. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan berdasarkan Pendidikan Muzik


dalam kehidupan seharian
1.2 KAEDAH KAJIAN

Terdapat banyak kaedah kajian yang dapat dijalankan semasa proses


menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah :

1. Perpustakaan

Saya pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan dan maklumat-maklumat


yang berkaitan dengan pengubahan skor lagu.

2. Internet

Selain itu, saya juga turut menggunakan kaedah pengaksesan internet. Melalui
internet, saya mencari maklumat mengenai sejarah lagu kanak-kanak.

3. Temu Bual

Saya juga turut melakukan temu bual dengan beberapa orang guru muzik ketika
saya menjalani PBS di sekolah baru-baru ini. Mereka banyak memberikan input-
input serta keterangan kepada saya mengenai pemilihan lagu kanak-kanak.

4. Perbincangan

Sebelum merangka draf awal tugasan ini, saya telah berbincang dengan pensyarah
dan beberapa orang rakan yang lain untuk saling berkongsi idea bagi menghasilkan
tugasan yang baik.

1.3 BATASAN KAJIAN

Tugasan subjek muzik kali ini ialah berfokuskan kepada penyediaan dan
pengubahan skor lagu kanak-kanak . Saya dikehendaki memilih sebuah lagu kanak-
kanak dan melakukan improvisasi terhadap lagu tersebut. Saya juga dikehendaki
menceritakan mengenai asal-usul lagu yang telah dipilih. Masa yang diperuntukkan
untuk tugasan ini ialah enam minggu. Dalam masa ini, saya perlu
membahagikan masa dengan sebaiknya bagi menghasilkan tugasan yang
bermutu tinggi.
2.0 PENYEDIAAN SKOR

Penyediaan skor merupakan satu kemestian yang perlu dipelajari oleh guru
pendidikan muzik. Dalam penyediaan skor terdapat pelbagai aspek yang perlu
diberikan perhatian antaranya ialah instrumen yang digunakan, tahap pelajar dan
situasi.

2.1 Pemilihan Lagu

Baa, Baa, Black Sheep merupakan sebuah lagu atau sajak kanak-kanak Inggeris,
yang dinyanyikan berdasarkan varian dari melodi 1761 Perancis Ah! vous dirai-je,
Maman. Bentuk asli lagu tersebut digunakan untuk Twinkle Twinkle Little Star dan
lagu Alphabet. Kemudian beberapa perkataan telah berubah sedikit dalam dua
setengah abad. Sajak ini dicetak pertama kali dalam Arahan Song's Pretty Tommy
Thumb, yang diterbitkan pada 1744 dengan lirik berikut:

Bah, Bah a black Sheep,

Have you any Wool?


Yes merry have I,
Three Bags full,
One for my master,
One for my Dame,
One for the little Boy
That lives down the lane.

Di dalam lirik tersebut terdapat beberapa makna yang ingin disampaikan oleh
penulis lirik iaitu ingin memberi keterangan tentang abad pertengahan 'Besar' atau
'Old Custom' cukai wool” bulu kambing” 1275, yang bertahan hingga abad kelima
belas. Berbeza dengan beberapa pendapat, cukai ini tidak melibatkan pengutipan
satu pertiga untuk raja, dan satu pertiga untuk gereja. Malah ada yang menyatakan
lagu ini berkaitan dengan perdagangan hamba. Penjelasan ini menjadi isu
perdebatan tentang kebenaran politik tetapi para sarjana bersetuju bahawa lagu ini
sesuai digunakan kepada kanak-kanak.
2.2 Pemilihan Instrumen

Bagi gubahan lagu Baa Baa Black Sheep, saya telah “improvise” lagu tersebut
dengan memasukkan instrument seperti tenor saxophone, piano (solo), tuba dan
triangle. Instrumen-Instrumen ini dipilih kerana gabungan bunyi kesemua instrumen
akan menghasilkan muzik yang harmoni. Gubahan ini sesuai dimainkan dan
dinyanyikan oleh murid-murid secara tidak langsung, mereka juga dapat mengecam
bunyi-bunyi alat muzik .

Sebagaimana yang kita tahu, guru muzik perlu mengaplikasikan permainan


keyboard dalam pengajarannya. Jadi bagi pengaplikasian tersebut, saya
menggunakan instrumen yang dinyatakan di atas kerana permainan keyboard juga
boleh menghasilkan bunyi-bunyi instrumen tersebut. Malah dengan menggunakan
instrumen tersebut akan menarik minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran muzik. Permainan instrumen ini juga sesuai mengiringi murid dalam
nyanyian serta permainan rekoder.

Fungsi tenor saxophone dalam permainan skor ini ialah menghasilkan melodi.
Manakala piano pula akan bermain secara solo bagi menghasilkan melodi yang
harmoni. Tuba pula bertindak sebagai rhythm. Triangle pula memberi beat atau
rentak dalam permainan skor ini. Pada pendapat saya, instrumen yang diaplikasikan
dalam gubahan skor ini adalah bersesuaian bagi mengiringi nyanyian murid-murid
sekolah rendah. Guru juga bertindak sebagai tutor bagi memberitahu dan
memperkenalkan instrument yang digunakan bagi mengiringi nyanyian mereka.

2.3 Skor dan Lirik

Skor

Dalam gubahan skor ini, saya menggunakan tempo moderato iaitu bersesuaian
dengan murid-murid sekolah rendah. Introduction yang digunakan di dalam skor ini
ialah permainan tenor saxophone, piano, tuba dan triangle dalam kiraan 2:4 pada
bar yang pertama. Penamat dalam lagu ini dimainkan dalam kiraan 2:4 juga. Tenor
saxophone, piano dan tuba dimainkan dalam nada D Major.
Lirik

Baa, baa, black sheep,


Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.
One for the master,
One for the dame,
And one for the little boy
Who lives down the lane.
3.0 RUMUSAN

Lagu kanak-kanak merupakan lagu yang mengandungi unsur-unsur nasihat dan


juga memberi banyak maksud dalam lirik yang diujarkan dalam lagu itu.
Pendedahan lagu kanak-kanak atau lagu rakyat kepada murid sekolah dapat
memberi teguran, jenaka, ilmu dan hiburan. Kebanyakkan lagu kanak-kanak di ambil
daripada puisi dan kemudiannya diolah menjadi lagu. Lagu Baa Baa Black Sheep ini
merupakan salah satu lagu yang termasuk dalam kurikulum pendidikan muzik
sekolah rendah. Murid-murid diajar bernyanyi dan bermain rekoder berdasarkan skor
lagu tersebut. Kesimpulannya, lagu kanak-kanak merupakan lagu yang sangat
sesuai digunakan dalam pengajaran pendidikan muzik. Guru muzik perlulah kreatif
bagi mengubah lagu tersebut menjadi menarik supaya murid seronok dengan
pengajaran guru tersebut.
4.0 REFLEKSI

Setelah mendapat kerja kursus MZU 3110 ini, saya merangka beberapa idea bagi
penulisan skor. Malah saya juga turut mencari informasi mengenai penulisan lagu
kanak-kanak di perpustakaan dan juga internet. Terdapai pelbagai input yang saya
perolehi daripada carian yang dilakukan dan akhirnya saya memilih lagu Baa Baa
Black Sheep untuk digubah dalam penulisan skor. Melalui pencarian bahan
tersebut, ia dapat merangsang saya untuk mengulangkaji sekaligus
mempertingkatkan ingatan saya mengenai pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja
khusus ini memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif bagi pengubahan skor.

Tambahan lagi dalam penulisan skor ini juga, saya belajar untuk menggunakan
perisian sibellius sekaligus menambah pengetahuan saya dalam penulisan skor.
Malah dalam penulisan skor itu juga, saya perlu memasukkan introduction dan
ending yang menarik dalam lagu tersebut. Selain itu, saya juga perlu menggunakan
tanda masa yang betul supaya permainan skor tersebut berjalan dengan lancar.
Dalam penulisan skor ini juga, saya juga dapat menunjukkan daya kreatif dengan
memasukkan woodwind instrument (tenor saxophone), string instrument (piano),
blowing instrument (tuba) dan percussion (triangle) sekaligus dapat memberikan
input yang berguna kepada murid-murid sekolah nanti.

Selain itu, saya juga sempat mencari asal usul dan maksud sebenar lagu Baa Baa
Black Sheep yang sebelum ini tidak diketahui oleh saya. Sebelum melakukan
gubahan sesebuah lagu, guru juga perlu mengetahui sejarah serta makna yang ingin
disampaikan oleh lagu tersebut. Bagi mengubah lagu juga, guru perlu kreatif bagi
menarik minat pelajar di dalam kelas muzik supaya pembelajaran menjadi seronok
dan tidak membosankan. Kesimpulannya guru perlu mempunyai kompetensi dari
aspek pengetahuan dalam kemahiran muzik, aspek pedagogi serta mempunyai
kualiti dan pengetahuan dalam penciptaan dan pengubahan lagu.
BIBLIOGRAFI

BUKU

............., Modul MZU 3110 Permainan Kibod dan Nyanyian dalam Bilik Darjah

LAMAN SESAWANG

http://en.wikipedia.org/wiki/Baa,_Baa,_Black_Sheep

http://en.wikipedia.org/wiki/Tommy_Thumb%27s_Pretty_Song_Book
LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S.W.T. dengan limpah kurnia serta keizinan-
Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus MZU 3110 dengan sepenuh hati dan
komitmen.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.
Mubin Bin Md. Noor kerana telah banyak membantu dalam melaksanakan tugasan
dengan memberi pelbagai kaedah, bahan-bahan untuk melaksanakan ini. Selain
daripada itu, tanpa tunjuk ajar daripada encik kemungkinan saya tidak dapat
melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya, ribuan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya kerana mereka banyak memberi
sokongan dan semangat kepada saya bagi meneruskan pelajaran sehingga
peringkat ini. Sehubungan dengan itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah banyak membantu saya dari segi
penyusunan susun atur tugasan ini supaya lebih kemas dan teratur. Di samping itu,
ribuan terima kasih buat rakan-rakan kerana telah banyak memberi kerjasama
ketika menjalankan tugasan ini. Saya amat menghargai jasa mereka semua. Terima
kasih diucapkan kepada mereka.

Akhir sekali, saya berharap tugasan projek ini menjadi rujukan pada masa akan
datang supaya ilmu ini dapat disebarkan. Dalam kesempatan ini saya juga ingin
memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam kerja kursus ini.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like