You are on page 1of 60

Senarai Kandungan

Bil Senarai kandungan Muka surat

Tajuk: Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan
Penghargaan

Saya Liew Wai Bing ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya, Encik Liew

Swee Ming kerana mereka telah memberi banyak sokongan dalam bentuk wang dan

menghantar saya ke bangunan MBPJ supaya saya dapat menjalankan tugasan sejarah saya

dengan lancar.

Saya ingin berterima kasih kepada pegawai pentadbir awam, Cik Intan Khairana Md

Zali kerana beliau telah memberikan maklumat tentang Majlis Bandar Petaling Jaya dan juga

membantu saya menyiapkan sebahagian tugas daripada tugasan sejarah saya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada guru sejarah saya Phua kerana beliau telah

memberi bimbingan dan juga sokongan dalam pelaksanaan kerja kursus sejarah ini.Beliau

telah membimbing saya dari mula sehingga saya menyiapkan projek ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya ingin mengucap terima kasih kepada rakan saya, Lee Ren Aun, Lim

Siew Mei dan juga Goh Cha Yee kerana menemani saya melawat ke tempat kajian, dan

mengumpulkan maklumat.
Objektif Kajian

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini, saya berharap untuk menjadi seorang

yang lebih bersyurkur dan menghargai kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan

untuk kita supaya dapat melicinkan aktiviti kehidupan harian kita.

Dengan itu,saya berharap saya dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang

pihak berkuasa di nergara ini dan sejarah tempat tinggal saya iaitu Petaling Jaya, Selangor

semasa saya menjalankan kerja kursus yang bertajuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini, saya

telah menetapkan beberapa objektif kajian. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara

mengumpul fakta sejarah, menganalisis, menyusun dan merekod fakta sejarah secara teratur

dan sistematik.

Dengan melaksanakan tugasan ini, saya dapat mengenali institusi pentadbiran

tempatan yang mentadbir kawasan perumahan saya Seksyen SS2, Petaling Jaya iaitu Majlis

Bandaraya Petaling Jaya.Saya dapat memahami latar belakang, peranan dan

perkembangannya.

Akhir sekali, saya berharap saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan

keluarga saya dan juga kawan-kawan saya yang membantu saya semasa menjalankan projek

ini.

Saya berasa bersyukur kerana dapat hidup dalam masyarakat majmuk dan muhibah di

bawah pentadbiran MBPJ.


Kaedah Kajian

Bagi melengkapkan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk

memperoleh fakta-fakta sejarah.

Saya telah melawat tempat kajian iaitu Bangunan MBPJ yang beralamat Jalan Yong

Shook Lin, 46675 Petaling Jaya untuk mengumpulkan maklumat daripada pengawai-

pengawai di situ, mendapatkan brochure yang mengenai dengan MBPJ dan juga mengambil

gambar di depan bangunan MBPJ.

Selain itu, kaedah yang saya telah gunakan ialah melayari laman web,

www.mbpj.gov.com.my untuk mendapat maklumat seperti map tentang lokasi bangunan

MBPJ, latar belakang dan juga sejarah mengenai MBPJ.

Saya juga telah membuat penyelidikan dengan merujuk kepada majalah, risalah,

akhbar dan buku ilmiah mengenai MBPJ.

Akhir sekali, saya juga telah menemu ramah salah satu pengawai MBPJ yang

bernama Cik Intan Khairana Md Zali .


Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama rasmi bagi institusi pentadbiran tempatan ini adalah Majlis Bandaraya Petaling

Jaya.Nama Ringkas baginya adalah MBPJ.

MBPJ terletak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lim ,46675, Petaling

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Matlamat MBPJ adalah untuk ‘menjadikan Bandar Raya Terulung Dalam Penyediaan

Perkhidmatan Dan PrasaranaYang Berkualiti Untuk Pelanggan’. Visi MBPJ ialah ‘Petaling

Jaya Bandaraya Peneraju, Dinamik, Lestari’.


Latar belakang Petaling Jaya
Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan

penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun

getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau

kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang

wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling

Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah

pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja

pembangunan.Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan

perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam.Pembangunan Petaling Jaya bermula di

pekan “Old Town” dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung

wayang, stesen bas dan lain-lain.Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer

merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya. 

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala

Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya.Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya

kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb

Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta

Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai

‘Autonomi Kewangan’ telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.


Sejarah Penubuhan MBPJ

MBPJ ditubuhkan pada tahun 1952 oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah

kesesakan penduduk dan setinggan di Kuala Lumpur.Kerajaan negeri Selangor membuka

tanah kawasan kebun getah seluas 1200 ekar di Jalan Klang Lama. Kawasan ini terletak di

daerah Petaling, oleh itu nama Petaling Jaya diambil supaya ia dapat menjadi Bandar yang

Berjaya. Nama asal badan pentadbiran Petaling Jaya ialah Kuasa Tempatan Petaling Jaya

mulai 1954 dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya 1 Januari 1977.

Kawasan Petaling Jaya pada peringkat permulaan terdiri daripada Pekan Old Town

dan Jalan 1 merupakan jalan utama yang kini dipanggil Jalan Templer.

Pada 20 Jun 2006 nama baru ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya merangkumi

keluasan 97.2 km². Jumlah penduduk seramai 670.00 orang dan merupakan bandar satelit

perrtama di Malaysia, pusat pertumbuhan terunggul di Selangor dan terrkenal sebagai pusat

perindustrian berteknologi tinggi dengan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi, social dan

pendidikan.
Undang-Undang

Terdapat pelbagai undang-undang yang digunapakai oleh Bandar Petaling Jaya bagi

memastikan kemajuan dan kemodenannya.Undang-ndang yang digunapakai oleh Majlis

Bandaraya Petaling Jaya ialah Ordianan No.36, Petaling Jaya Authority (1954). Selain itu,

Enakmen Lembaga Bandaran (1955) iaitu kuasa kerajaan tempatan untuk tuhuan system

cukai pintu dan bayaran lessen serta urusan pentadbiran pengurusan dan penyelenggaraan

kawasan-kawasan yang dimajukan di Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1964, Undang-undang

otonomi kawalan digunakan.

Walaubagaimanapun, pada 1 Januari 1977, undang-undang yang digunapakai ialah Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan kesannya, Petaling Jaya muncul sebagai sebuah

Bandar pertama yang memperolehi status Majlis Bandaraya di Malaysia.


Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir

Pentadbir

Pentadbir bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya ialah Datuk Bandar.Beliau dibantu oleh 24

orang ahli Majlis bagi melancarkan pentadbiran.

Tanggungjawab

Tanggungjawab Datuk Bandar sebagai pentadbir ialah untuk mentadbir, mengurus dan

melaksanakan dengan cekap system pengurusan bandaraya Petaling Jaya, dalan fungsinya

sebagai sebuah institusi yang demokrasi, melaksanakan dasar awam dan memberikan

perkhidmatan kepada orang awam.


Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan

Pentadbir tertinggi bagi Petaling Jaya ialah Datuk Bandar dan terdiri daripada 24 orang ahli

majlis.Tugasnya ialah bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan melaksanakan dengan

cekap system pengurusan Bandaraya Petaling Jaya, dan berfungsinya sebagai sebuah institusi

yang demokrasi, melaksanakan dasar awam dan memberikan perkhidmatan kepada orang

awam.

Datuk Bandar adalah seorang Pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran

negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Beliau bertugas sepenuh masa dibantu

oelh seorang TImbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua jabatan dalam menentukan dan

melaksanakan visi, misi , dasar kualiti, objektif, dan aktviti majlis.


Peranan MBPJ

Ekonomi

1. Komersial

Institusi pentadbiran ini memberikan kemudahan dari segi prasarana. Selain itu,

perkhidmatan kewangan dan perniagaan juga dibetikan, ia juga terlibat dengan

perniagaan sector informal seperti gerai, pasar dan pasar malam.

2. Industti

Ia telah menempatkan kilang berteknologi tinggi di Seksyen 13 Petaling Jaya. Terdapat

lebih kurang 200 industri di Petaling Jaya. Damansara dijadikan untuk penempatan

gudang import dan eksport.

Kemasyarakatan

Institusi ini telah menyediakan kawasan perumahan yang lengkap yang mempunyai tempat

riadah, tempat berhibur, pusat membeli belah dan tempat berdiadat.Ia juga menyediakan

prasarana dari segii pengangkutan. Melalui program local agenda 21 penglibatan NGO,

Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga dalam program majlis.Menggalakkan penduduk

mengadakan aktiviti kemasyarakatan dengan mengiktiraf usaha mereka melalui anugerah

perdana komuniti mampan.


Pendidikan

Institusi ini telah menyediakan 3 IPTA, 17 IPTS.Institusi pengajian tinggi awan yang ada

adalah Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysiia

(UIAM). Antara instisusi pengajian tinggi swasta ialah Universiti Tun Abdul Razak

( UNITAR) dan Kolej Damansara Utama (KDU). Pendidikan untuk golongan istimewa tidak

dipinggirkan di mana terdapat sebuah sekolah Kelana Jaya khusus untuk golongan cacat

pendengaran yang dikenali sebagai Sekoolah Orang Pekak Ainomichi. Mereka menyediakan

26 sekolah menengah bantuan kerajaan, 3 sekolah menengah swasta, 39 sekolah rendah

bantuan kerajaan, 5 sekoolah rendah swasta. Beberapa sekolah mengikut agama juga tidak

dilupakan iaitu 7 sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, 3 sekolah rendah jenis kebangsaan

India dan 10 sekolah rendah agama.

Keagamaan

Sebanyak 24 masjid dibina bagi orang Islam untuk beribadat.Selain itu, sebanyak 6 kuil yang

telah disediakan bagi penganut agama Indai.Sebanyak 6 tokong telah dibina bagi penganut

agama Bhudha dan 13 gereja untuk orang-orang Kristian.


Perkembangan

Pembangunan Fizikal

Pada tahun 1950 an, Cuma terdapat jalan 1( Jalan Templer) dan jalan 2 ( Jalan Othman).

Kini, terdapat lingkaran lebuhraya seperti lebuhraya persekutuan, MKVE, PLUS,

KESAS.Terdapat juga pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas.

Cabaran

Setiap institusi haruslah mempunyai cabaran yang harus dihadapi.Cabaran yang mereka

hadapi ialah untuk menjadikan bandaraya Petaling Jaya sebuah bandar yang mampan, hajau

dan selesa untuk didiami.

Perancangan Masa Hadapan

Istitusi ini merancang untuk menjadikan Petaling Jaya bandar kehijauan, mesra orang kurang

upaya (OKU), bandar yang selamat, pembangunan mampan dan bandar bebas halangan.

Saranan dan Harapan

Saranan dan harapan institusi pentadbiran ini ialah “ Bandaraya Petaling Jaya adalah

dipinjamkan daripada generasi akan datang. Bermula dari kamu harus terus memelihara dan

memulihara bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya yang selamat didiami dan

selesa serta dibanggakan.”


Objektif MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempunyai objektif sendiri iaitu memajukan ke arah

masyarakat bermoral, berilmu, berbudaya, prihatin, penyayang, dan progresif melalui

Perkongsian Pintar.Selain itu, MBPJ juga berperanan membangunkan ekonomi Petaling Jaya

yang berdaya saing dan dinamik.


Misi MBPJ

Seperti institusi-institusi yang lain, Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dapat

misi yang tersendiri, iaitu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan

pengurusan Bandar yang cemerlang. Selain itu, pihak berkuasa juga menyediakan

kemudahan prasarana yang sempurna, selamat, selesa dan juga mesra.Di samping

itu, MBPJ merupakan organisasi yang berteraskan IT dan mengamalkan budaya

berkualiti.MBPJ juga merupakan penggerak pembangunan social dan

ekonomi.Dan MBPJ juga sentiasa mengekalkan alam sekitar yang sejahtera.


Visi MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempunyai visi yang tersendiri , iaitu ‘Petaling Jaya

Bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari’. Bagi menjadikan Petaling Jaya sebuah daerah

yang peneraju, dinamik dan lestari, pihak ahli-ahli MBPJ telah pun berusaha supaya

penduduk-penduduk Petaling Jaya tinggal dengan selesa.

Moto MBPJ

Seperti Institusi-institusi yang lain, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menetapkan moto

bagi memberikan dorongan kepada ahli-ahli MBPJ. Pihak berkuasa telah berusaha supaya
dapat memberi perkhidmatan yang baik seperti moto yang berikut’ Mesra, Capat dan Tepat-

Kualiti Keutamaan Kami’.

Matlamat MBPJ

Seperti Institusi-institusi yang lain, MBPJ juga mendapat matlamat yang hendak mereka

capaikan, supaya dapat meningkatkan taraf dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada

pelanggan. Matlamat MBPJ ialah seperti berikut:’Menjadi Bandaraya Terulang Dalam

Penyediaan Perkhidmatan dan Prasana Yang Berkualiti Untuk Pelanggan’.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti MBPJ ialah Komitmen Majlis ialah memberikan perkhidmatan yang cepat,

tepat, berkesan dan mesra serta berinisiatif untuk menambah baik kualiti perkhidmatan bagi

kepuasan hati pelanggan.Kami hendaklah bangga sebagai penduduk Petaling Jaya kerana

dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak MBPJ.


Alamat Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Saya mendapat bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya terletak di Jalan Yong Shook Lim,

46675, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Selain itu, saya juga mendapat nombor telefon

pejabat MBPJ, iaitu 03-79563544.Dan juga nombor faks pejabat MBPJ, iaitu 03-79581494.
Carta di atas menunjukkan carta organisasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Dari carta

organisasi ini, saya dapat bahawa MBPJ dikawal oleh Datuk Bandar, iaitu Dato' Haji

Mohamad Roslan Bin Sakiman PJM, AMS. Beliau telah dibantu oleh ramai ahli-ahli MBPJ

supaya organisasi tersebut boleh berfungsi dengan lancar.


Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires dan juga

kecekapan umum.Namum begitu, PBT telah memberi kuasa ang luas di bawah Akta Kerajaan

Tempatan 1976.Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi

tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas Menurut budi bicara mereka sendiri.Tugas-

tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraan lampu-lampu jalan raya dan

juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam.Fungsi budi bicara itu pula termasuklah

peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan awam, taman-taman rekreasi,

perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan

peranan dan tugas-tugas , seperti mereka berkuasa perancang tempatan, mengeluarkan

lessen, mengenakan cukai-cukai tertentu. Selain itu, pihak MBPJ juga berkuasa membina

bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan ,seperti pasar, gerai-gerai dan lain-lain. Di

samping itu, pihak MBPJ juga berperanan mengurus dan mengawal lalulintas, termasuk

mengurus system pengangkutan awam Bandaran.Dan akhirnya, mereka juga berperanan

untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam.


Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang

awam, social dan juga pembangunan.

Alam Sekitar

-Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah

bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan,

pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna

selain program-program mengindahkan kawasan

Orang Awan

-Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah oemyembelihan, perkhidmatan

veterinary, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar

mayat.

Sosial

-Beberapa kawasan Perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan

kemudahan-kemudahan social seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah

program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut

menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-

kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajaan Negeri
atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan social ke peringkat

Negeri mahupun daerah.

Pembangunan

-Peranan ini lebih Menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat

penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan suymber kewangan dan

kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan . Dalam hal ini,

Majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.


Piagam Pelanggan MBPJ

KOMITMEN KAMI IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI

DENGAN MESRA, CEPAT DAN MEMUASKAN

1. Mengambil tindakan membaiki kerosakan jalan raya, lampu isyarat, longkang, tebing,

runtuh dalam masa 24 jam dan tidak melebihi 1 bulan.

2. Meluluskan permohonan membina bonggol, pelan infrastruktur, pelan tatatur dan

pelan pembangunan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.

3. Memberi kelulusan penyewaan pejabat, tandas, pentas bergerak, tempahan

kemudahan sukan, lot kubur, krematorium, kereta jenazah, dewan sivik/ serbaguna

dan balai raya dalam tempoh 1 hari.

4. Meluluskan permohonan lesen iklan , pelan lanskap, pelan bangunan kediaman,

pengeluaran lesen perniagaan / gerai dalam tempoh 1 bulan.

5. Mengeluarkan sijil kelayakan (CF) dalam tempoh 1 minggu selepas teguran.

6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang, parit, jalan kawasan lapang dan

pungutan sisa pepejal dengan cepat, kemas dan memuaskan mengikut jadual yang

ditetapkan.

7. Membersihkan pokok tumbang dalam tempoh 1 hari dan menguruskan cantasan di

kediaman dalam tempoh 1 minggu.


8. Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan.

9. Menyelesaikan urusan pelanggan di kaunter mengikut masa piawaian yang

ditetapkan.

SENARAI ANUGERAH YANG TELAH DITERIMA


OLEH MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA DARI
2003 HINGGA 2010
Anugerah Inovasi, Peringkat Kebangsaan 1993 (Pembinaan Tandas Bergerak).

Tempat Ke-2 Anugerah Inovasi Y.A.B Menteri Besar Peringkat Negeri Selangor (Mesin 
Pemecah dan Pengaut Tanah Serta Mengisi Tanah Dalam Ploybag), 1993.

Anugerah Istimewa Sistem Pengurusan Sampah Terbaik Dari Kementerian Perumahan


& Kerajaan Tempatan, 1993.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Ketua Setiausaha Negara) Tandas Bergerak


Jurutera Jentera Tahun 1993.

Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Pertandingan KMK (QCC) (MPPJ FMM), 1993.

Anugerah Y.B Setiausaha Kerajaan Selangor, 1993.

Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 1993.

Anugerah Piagam Pelanggan Terbaik, 1993.

Anugerah Kualiti Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 1993.

Johan Pertandingan KMK Negeri Selangor, 1993.

Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 1994.

Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Pertandingan KMK (QCC) (MPPJ FMM). 1994.

Anugerah Kualiti Y.A.B Menteri Besar Selangor, 1996.

Anugerah Kualiti Y.B Setiausaha Kerajaan Selangor, 1996.


Anugerah Maklumat Terbaik Hari Perancang Bandar Sedunia, 1997.

Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Selangor, 1997.

Anugerah Kualiti Negeri Selangor (Penyertaan Tahunan), 1998.

Anugerah Khas Belia Bagi Agensi Kerajaan 1998, Kementerian Belia dan Sukan, 1998.

Anugerah Pameran Aplikasi GIS Terbaik Negeri Selangor, 1998.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. 1998.

Anugerah Belia Negara, 1998.

Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Selangor. 1998.

Naib Johan Kenderaan Bermotor Pesta Mini Flora Selangor, 1999.

Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 2000.

Kawad Perbarisan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
Al Haj Ibni Almahrum Sultan Hishamudin Alam Shah Al Haj Sultan Selangor Darul
Ehsan. 1999.

Johan Pertandingan KMK Negeri Selangor, 2000.

Anugerah Kualiti Negeri Selangor,2000.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, 2000.

Pertandingan Anggerik Antarabangsa, Shah Alam, 2000.

Pebarisan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-74, 2000.

Anugerah Menteri Besar Selangor, 2001.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Mesin Penggaul Tanah dan Perangkap Laut),
2001.

Pebarisan Hari Kebangsaan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, 2001.

Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan, 2002.

Anugerah Kaunter Terbaik, 2002.

Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002.


Anugerah Kualiti Menteri Besar Selangor, 2002.

Anugerah Commonwealth Association Of Administration And Management (CAPAM)


– Best of II, 2002.

Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik Pembangunan Kemasyarakatan, 2002.

Anugerah Pengiktirafan Bangunan Dengan Kemudahan Akses Sempena Sambutan Hari


Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan Ke-9 (Kategori Bangunan Kerajaan), 2002.

Anugerah Pengiktirafan Bangunan Dengan Kemudahan Akses, 2003.

Anugerah Khas Inovasi Negeri Selangor. 2003.

Anugerah Sukan Untuk Semua Kakitangan Jabatan Kerajaan, 2003.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2003.

Juara Pertandingan Bola Sepak Malaysia Tahun 2003.

Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU, 2003.

Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, 2003.

Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Besar Selangor, 2003.

Malaysian Best Invention-Gold Medal (Mesin Pengupas Kelapa). 2004.

Gold Medal Geneva, Switzerland (Mesin Pengupas Kelapa), 2004.

Anugerah Pertandingan Landskap Peringakat Negeri Selangor, 2004.

Silver Medal Malaysia (Easydump Wheel Barrow), 2005.

Silver Medal Geneva, Switzerland (Easydump Wheel Barrow), 2005.

Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Mampan, 2006.

Anugerah Prestasi Pertama Kategori A PBT Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang


(APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2006.

Johan Pebarisan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, 2007.

Naib Johan Pebarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-50
Peringakat Negeri Selangor, 2007.
Anugerah Inovasi (Perkakas Membuka Bunting dan Bendera), 2007 Johan Anugerah
Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang.

(APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2007.

Anugerah Kualiti Laman Terbaik 2008, Festival Antarabangsa Landskap dan Taman
Malaysia 2008.

Johan Pebarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-51 Peringkat Negeri Selangor


Kategori PBT Tahun 2008.

Hadiah Kecemerlangan Prestasi, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran


Cemerlang (APPC) Tahun 2008 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Johan Pebarisan Maulidur Rasul 1430 Hijrah Peringkat Daerah Petaling.

Memperolehi 4 Bintang Sistem Rating PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan


Tempatan.

Tempat Kedua Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2009 Kategori
Peringkat Orang Awam.

Tempat Ketiga Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2009 Kategori
Peringkat Awam.

Pengiktirafan MS ISO 9001:2008.

Johan Keseluruhan Sukan Selangor Ke-8, 2009.

Johan Lelaki Bawah 18-Kejohanan Hoki Remaja Perak MILO-MBI-MSN, 2009.

Johan Kategori Terbuka Wanita Pesta Bola Jaring USM Ke-19, Pulau Pinang 2009.

Johan Kejohanan Bola Jaring PBT MALA / MBMB 2009.

Johan Pebarisan Lintas Hormat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2009.

Tempat Pertama Anugerah Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan 2009 Kategori
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan


Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2009.

Pengiktirafan Sistem Pengurusan Pesekitaran Berkualiti  5S 2010.


Penarafan 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites Assesment 2010.

Anugerah Bandar Bestari Lestari, Anugerah Alam Sekitar 2009/2010 Anugerah Khas
Kemudahan Untuk Orang Kurang Upaya.

Johan Perbarisan Lintas Hormat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2010.

Johan Kategori Perbarisan Lintas Hormat Sukan Penguatkuasa Negeri Selangor 2010.

Naib Johan Kategori Pameran PBT Sukan Penguatkuasa Negeri Selangor 2010.

Johan Pebarisan Kategori Bandaraya SeMalaysia Sempena Ulang Tahun Majlis


Bandaraya Shah Alam Ke-10.

Pencapaian Tahap Mampan Dalam Program Perlaksanaan Petunjuk Bandar Malysia


(MURNInet) 2010 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010.

Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan


Negeri Selangor Darul Ehsan 2010.
Pencapaian Piagam Penlanggan JUN–DIS 2010

1.    Memberi Perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan sistematik pada setiap   masa.

Jumlah Pelanggan yang menilai :  1931

Jumlah yang menilai memuaskan: 1676

Peratus pencapaian – 87%

2.    Memberi maklum balas kepada permohonan, aduan dan perkhidmatan dalam tempoh dua

(2) minggu.

Jumlah Aduan: 5585

Aduan yang diberi maklumbalas dalam 10 hari: 5585

Peratus pencapaian – 100%

3.    Menguatkuasakan Undang-Undang dan Peraturan pada setiap masa.

Jumlah Aduan : 4456

Aduan diselesaikan 4456

Peratus pencapaian : 100%


 4.    Meluluskan Pelan Pembangunan dalam tempoh tiga (3) bulan dengan syarat pihak

berkenaan mengemukakan dokumen lengkap dan mematuhi dasar serta prinsip yang

ditetapkan.

Jumlah Permohonan: 180

Permohonan yang diluluskan: 164

Peratus pencapaian : 91%

5.    Meluluskan permohonan permit dan lesen dalam tempoh satu (1) hari dengan syarat pihak

berkenan mengemukakan dokumen lengkap dan mematuhi dasar serta prisip yang ditetapkan.

Jumlah Permohonan :1811

Jumlah Permohonan diluluskan: 1811

Peratus pencapaian :100%

6.    Melaksanakan perkhidmatan penyelenggaran prasarana mengikut jadual yang ditetapkan.

Jumlah Aduan : 2081

Aduan diselesaikan dalam Tempoh 14 hari : 2056

Peratus Pencapaian : 99%

7.    Menguruskan aset-aset secara sistematik dan mengikut jadual yang ditetapkan. Jumlah

permohonan : 2426
Jumlah yang diluluskan: 2420

Peratus pencapaian : 98% 

8.    Menjamin kebersihan dan kesihatan awam serta keselesaan penduduk pada setiap masa.

Jumlah permohonan : 120

Jumlah yang diselesaikan: 120

Peratus pencapaian : 100%

  9.    Melaksanakan tanggungjawab sosial melalui aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk

mengikut proram yang ditetapkan.

Jumlah Program yang dirancang : 87

Jumlah Program yang dilaksanakan: 87

Peratus pencapaian : 100%


Rumusan

Setelah saya menjalankan kerja kursus sejarah, saya lebih memahami tentang peranan dan

tanggungjawab yang dimainkan oleh MBPJ-institusi pentadbiran tempatan di Petaling

Jaya.Saya berasa bangga kerana MBPJ rajin dan gigih mentadbir Petaling Jaya.

MBPJ turut berbakti kepada bangsa terutamanya penduduk Petaling Jaya.MBPJ telah

memberi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan prasarana yang baik kepada pelanggannya.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana MBPJ juga memberi sumbangan kepada

negara.Bandaraya Petaling Jaya telah menjadi pusat perindustrian, perniagaan dan pusat

pendidikan.

Ini telah menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara membangun yang maju di rantau

Asia Tanggara.
Peta
Saya telah mendapat peta yang menunjukkan lokasi Pejabat Majlis Bandaraya

Petaling Jaya.Peta ini menunjukkan bahawa Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya

terletak di Jalan Yong Shook Lim, 46675, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Logo MBPJ
Logo Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini telah direka

dengan bertemakan 'Permuafakatan, Bijaksana dan

Dinamik'. Dalam logo MPPJ ini, bunga inai merah

menjadi motif utama dalam rekaannya kerana ia

merupakan lambang identiti MBPJ itu sendiri. Setiap

warna yang terdapat dalam logo ini mempunyai maksud

yang tersendiri.Terutamanya ialah warna merah.Warna

merah melambangkan kemakmuran .Warna biru pula

melambangkan perpaduan.Selain itu, warna kuning

melambangkan kedaulatan.Dan juga warna kelabu yang

melambangkan teknologi.
Logo Selangor

-Lambang Negeri Selangor melambangkan Negeri Selangor itu sendiri.


Bunga rasmi Petaling Jaya

-Bunga Inai merah adalah bunga rasmi Petaling Jaya dan kini

digubah menjadi identity Bendaraya Petaling Jaya.


Gambar-gambar

Gambar 1 di bawah menunjukkan bandar Petaling Jaya dahulu yang belum ditadbir oleh

pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Petaling Jaya dahulu merupakan Bandar Satelit

Pertama di Malaysia.Pada tahun 1952, pihak berperanan telah menjalankan program

pembukaan tanah kawasan kebun getah seluas 1,200 ekar bagi mengatasi masalah kesesakan

penduduk di Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1964 , bandar tersebut ditadbir Lemgaga Bandaran

Petaling Jaya . Dan akhirnya , pada 1 Januari 1977, Majlis Pembandaraya Petaling Jaya iaitu

Majlis Bandaraya Petaling Jaya ditubuhkan untuk mentadbir Petaling Jaya.Gambar 3 pula

menunjukkan bandar Petaling Jaya yang telah ditadbirkan oleh pihak Majlis Bandaraya

Petaling Jaya pada 20 Jum 2006.Bandar Petaling Jaya yang di bawah organisasi MBPJ telah

berkembang maju dan berlengkap dengan kemudahan-kemudahan.Bilangan penduduk

Petaling Jaya juga semakin meningkat.Dan juga terkenal sebagai pusat perindustrian

berteknologi tinggi.

Gambar 1: menunjukkan petaliign Jaya dahulu.


Gambar 2: menunjukkan bangunan yang terkini.
Rujukan

 Akhbar

-The Star, 13 April 2011, halaman M4

 Melawat tempat kajian

-Pejabar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lim, 46675, Petaling

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 Orang Sumber

- Cik Intan Khairana Md Zali, 23 tahun, No.7 , Jalan Ru 7/6, Seksyen 7,46200,

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

-Kenny Foo, No 28, Jalan Ru 7/6, Seksyen 7,46200, Petaling Jaya, Selangor Darul

Ehsan.

 Internet

-http://www.mbpj.gov.my/web/guest/home

-http://maps.google.com.my

-http://www.wikipedia.org/

-http://www.google.com.my/

-http://www.scribd.com
Saya telah melawat ke Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menemu rama beberapa
orang pegawai untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan projek sejarah saya.

Encik Badrul Hisham B.A. Bakar merupakan seorang pegawai yang bekerja di pejabat
MBPJ.Saya telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada beliau.Beliau bepegang
jawatan sebagai seorang Pembantu Pereka Grafik di bawah Unit Perhubungan Awam Dan
Korporat. Selain itu, saya juga terdapat tempat kerjanya terletak di Tingkatan 1, Ibu Pejabat
MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675, Petaling Jaya, Selangor Datul Ehsan, Malaysia.
Gambar di bawah menunjukkan bahawa saya telah melawat ke pejabat MBPJ pada 18 April
2011, kira-kira pukul 2.00.
Berita di atas telah saya dapatkan daripada surat khabar ‘The Star’ yang diterbitkan

pada 13 April 2011. Ia diterbitkan pada halamn M4. Berita ini menunjukkan pihak

MBPJ telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Aman.
Gambar di bawah menunjukkan saya telah melawat ke pejabat ibu MBPJ untuk mendapatkan
maklumat bagi menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sejarah saya. Pejabat ibu
MBPJ ini terletak di Jalan Yong Shook Lin,46675, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Saya telah dapatkan beberapa keeping brochure untuk menjadikan salah satu sumber di dalam

elemen satu.Kegunaan brochure ialah sebagai intro ringkasan kepada pengguna atau
pelanggan.Pihak MBPJ telah menyediakan brochure di kaunter informasi untuk pelanggan

supaya pelanggan dapat memahami sistem pentadbiran MBPJ.


Pegawai MBPJ telah memberikan saya sebuah majalah yang bertajuk BERITA

BANDARAYA PETALING JAYA ( Petaling Jaya city news) yang diterbitkan pada tahun

2011 , Mac. Majalah ini ditebitkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Koporat, Majlis

Bandaraya Petaling Jaya. Editor bagi majalah ini ialah Cik Haniza Binti Abdul Hamid.
Saya telah melayari laman web Rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu
http://www.mbpj.gov.my .Pihak MBPJ telah membuat laman web online untuk kemudahan
penduduk Petaling Jaya. Saya telah mendapatkan maklumat yang saya perlukan untuk
menyiapkan projek saya.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagaikan “ genggam bara api, biar sampai jadi arang” untuk

menjadikan bandar Petaling Jaya sebuah bandar yang peneraju, dinamik dan lestari, pihak

ahli-ahli MBPJ telah pun berusaha supaya penduduk-penduduk Petaling Jaya tinggal dengan

selesa.

Sebagai warganegara Malaysia ,kami hendaklah berbangga sebagai rakyat

Malaysia dengan lebih mendalam lagi. Dengan menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh

Negara yang memperjuangankan untuk membangunkan Negara kita dari pelbagai aspek

seperti , ekonomi, social dan lain-lain.

Selain itu, Kita juga perlulah bersemangat setia Negara dengan bersyukur

sebagai warganegara Malaysia. Oleh sebab pihak berkuasa seperti MBPJ, DBKL dan lain-

lain telah menyediakan kemudahan-kemudahan kepada penduduk-penduduk .Pihak berkuasa

telah berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan warganegara Malaysia, supaya mereka

berhidup dalam alam sekitar yang selesa.

Di samping itu, semangat kekitaan juga saya telah amalkan. Saya akan bersikap

bertolak and ansur dan bertoleransi supaya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang aman

dan harmoni. Seterusnya, saya juga mengamalkan sikap saling hormat-menghormati supaya

dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

Akhir sekali, saya akanberusaha dan menjadi produktif kepada negara saya. Saya

akan rajin dan gigih belajar dan mendapat keputusan yang amat baik sekali untuk

membanggakan negara saya. Selanjut itu, saya juga akan menyokong dan melibatkan diri

dalam usaha pembangunan negara sebagai balasan kepada negara kita.

You might also like