You are on page 1of 7

Tajuk: Integrasi Nasional Pemangkin Kemajuan Negara

Oleh: Nurul Faqihah Binti Mohd. Yusof

Integrasi Nasional menjadi salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh

Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan merupakan isu yang utama dari sembilan cabaran

untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa

Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh

dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan

persamaan hak dan keadilan”

Cabaran ini berkait rapat dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan

masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas

mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada

masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait

pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan

berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat

daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu

sahaja.Persoalannya di sini , bagaimana integrasi nasional boleh menjadi pemangkin

kemajuan sesebuah negara? Adakah benar seperti yang dituntut Perdana Menteri

Malaysia , sebagai contoh yang terbaru , gagasan 1 Malaysia , mampu menjadi

pemangkin kemajuan negara kita , Malaysia sekiranya gagasan ini dilaksanakan oleh

semua pihak ?
Antara bukti bahawa integrasi nasional boleh menjadi pemangkin kemajuan

negara adalah melalui kegiatan ekonomi di Malaysia yang ada melibatkan lebih

daripada satu kaum . Sekiranya integrasi nasional tidak diamalkan dalam kerjasama

ekonomi ini , sudah semestinya sesebuah perniagaan akan mulai terjejas dan ini akan

mengakibatkan ekonomi Malaysia terencat malahan pada waktu yang sama , kemajuan

negara tidak akan dapat dicapai . Bak kata pepatah , ’kerana nila setitik rosak susu

sebelanga . Sebagai contoh , Kumpulan Bank Maybank yang diterajui oleh pelbagai

bangsa dan sangat mengamalkan perpaduan antara kaum telah membuktikan bahawa

sesungguhnya salah satu sebab mereka berjaya menjadi antara bank terkemuka di

dunia adalah melalui hubungan baik antara mereka walaupun asal mereka daripada

berlainan bangsa .Sehingga kini , tidak mustahil untuk kita sebagai rakyat Malaysia

untuk terserempak dengan logo harimau yang melambangkan bank itu di mana-mana ,

begitu juga di luar negara . Begitu juga dengan syarikat minyak gergasi di Malaysia ,

Petronas yang berjaya menaikkan nama Malaysia di seantero dunia . Mereka yang

terlibat dalam menaikkan nama syarikat ini terdiri daripada berbilang kaum . Jika

mereka tidak menjaga perpaduan antara mereka , maka mustahillah mereka dapat

maju sedemikian rupa . Maka benarlah , integrasi kaum adalah pemangkin kemajuan

negara.

Selain itu , integrasi nasional telah membawa kepada kemajuan dalam sektor politik

di negara ini . Apabila sesebuah negara menitikberatkan soal integrasi dalam politik ,

situasi aman dan keadaaan persekitaran yang stabil dapat dikecapi . Dengan cara ini ,
pelancong asing tidak ragu-ragu untuk datang ke negara kita sekali gus tidak mustahil ,

ada yang sudi melabur di sini. Berbeza dengan negara luar yang sedang kucar-kacir

seperti negara Afghanistan yang sudah lama mengimpikan kemajuan tetapi tidak

berhasil kerana akar umbi mereka sendiri , pemimpin mereka , tidak sehaluan. Politik

mereka kacau-bilau dan integrasi nasional tidak pernah wujud dalam kamus

pemerintahan mereka. Kita patut bersyukur dengan keamanan yang ada di negara kita ,

kita bebas melakukan aktiviti harian tanpa diselebungi rasa takut seperti rakyat di

negara lain yang penuh dengan konflik politik dan perang antara satu sama lain. Ini

tidak lain tidak bukan kerana Malaysia telah lama mengamalkan integrasi nasional

sesama sendiri. Pepatah ada menyebut , bersatu kita teguh , bercerai kita roboh . Oleh

itu , benarlah integrasi nasional sememangnya pemangkin kemajuan negara .

Seterusnya , proses membentuk integrasi dapat dibentuk melalui kurikulum seperti

mata pelajaran Sejarah yang banyak menceritakan jasa-jasa dan pengorbanan

pemimpin terdahulu sewaktu berjuang menaikkan negara . Pada masa itu , integrasi

nasional amatlah penting untuk membangunkan Malaysia. Kita seharusnya mencontohi

datuk nenek kita yang bersatu padu untuk menyelamatkan Tanah Melayu daripada

terus dijajah oleh kuasa asing. Secara tidak langsung , sejarah integrasi nasional

mereka dahulu telah memajukan sektor pendidikan Malaysia pada masa kini . Murid-

murid mempelajari Sejarah tentang perpaduan yang telah membawa kepada

kemerdekaan Malaysia pada 1957. Sebagai contoh , pelajar di sekolah menengah ada

mempelajari Konsep Malayan Union dan kemunculan Parti Perikatan pada tahun 1952
dahulu. Ini telah mengingatkan pelajar bahawa sesungguhnya di mana bumi dipijak , di

situ langit dijunjung. Bahasa Malaysia yang mereka pelajari kini juga merupakan hasil

daripada usaha pemerintah dahulu yang bersatu padu untuk memperjuang Bahasa

Melayu daripada terus lenyap ekoran kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu

dahulu. Melalui integrasi nasional , bahasa yang kita gunakan kini adalah bahasa nenek

moyang kita sendiri. Jelaslah bahawa integrasi nasional menjadi pemangkin kemajuan

negara bukan hanya pada masa kini malah berpuluh-puluh tahun dahulu.

Integrasi antara kaum juga menyumbang dalam kemajuan sosiobudaya di negara

kita. Dengan adanya semangat perpaduan di negara kita , Malaysia telah berjaya

muncul sebagai satu negara yang kaya dengan budaya dan tradisi. Pada masa kini ,

orang Melayu sudah boleh menjamah capatti , orang Cina mula menyukai nasi lemak

dan orang India sudah mulai kelihatan menikmati dim sum di restoran Cina. Dalam

upacara keagamaan pula , semua lapisan masyarakat menghormati agama masing-

masing dan tidak timbul isu sensitif setiap kali sebarang upacara keagamaan

dijalankan. Jelaslah kelihatan integrasi antara kaum telah membuatkan rakyat Malaysia

maju dari segi pemikiran dan penerimaan dalam aspek sosiobudaya. Sebagai contoh ,

dalam pertandingan zapin sudah ada peserta yang datang dari kaum lain . Ini

menunjukkan bahawa idea zapin hanya untuk Melayu sudah tidah boleh diguna pakai.

Orang Melayu juga sudah pandai berkungfu pada masa kini. Keghairahan bangsa lain

mempelajari budaya daripada bangsa lain jelas menonjolkan kemajuan kita dalam

mencapai tahap integrasi nasional sejurus membuat kemajuan pada negara.


Akhir sekali , integrasi nasional telah membawa kepada kemajuan dalam jati diri

anak-anak muda zaman kini. Melalui integrasi nasional , rasa cinta akan negara dan

semangat patriotik dalam diri mereka dapat dicambah sejak mereka kecil. Sebagai

contoh , apabila seseorang pelajar itu mengenali kaum lain , semangat kerjasama dapat

ditingkatkan dan seterusnya rasa cinta akan negara mulai meningkat. Semangat

integrasi nasional perlu disemai dalam diri setiap remaja agar tidak berlaku perpecahan

kaum pada satu hari nanti. Peristiwa 13 Mei sudah cukup menyakitkan untuk kita.

Remaja seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian itu. Marcapada pelbagai

program sudah dianjurkan agar integrasi nasional dapat dikecapi sejak mereka di

bangku sekolah contohnya , program Rancangan Integrasi Antara Pelajar (RIMUP)

yang sudah dijalankan sejak dua tahun lepas di seluruh Malaysia. Melalui rancangan

ini, integrasi nasional telah dicapai dan hasilnya , kemajuan dalam semangat jati diri

dan sayang akan tanah air Malaysia telah ada dalam diri mereka. Program ini menyeru

pelajar berbilang kaum untuk bekerjasama menjayakan sebarang pertandingan yang

dilakukan dengan semangat perpaduan yang ada. Jelaslah , integrasi nasional ini

meningkatkan jati diri mereka pada hari ini.

Integrasi Nasional kini menjadi fokus utama kerajaan di bawah kepimpinan Dato

Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Hasilnya pelbagai program telah disusun dalam usaha

memperteguh konsep Integrasi Nasional dalam kalangan masyarakat majmuk di

Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ini merupakan

contoh kesungguhan kepimpinan negara untuk melihat hasrat konsep Integrasi

Nasional bertambah mantap. Sekiranya hasrat ini tercapai, maka negara akan menjadi
aman dan rakyat akan hidup dalam suasana harmonis tanpa wujud prasangka buruk

sesame pelbagai kaum di Malaysia. Hal inilah yang menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang unik di dunia.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa integrasi nasional begitu signifikan

dalam menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi

sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Oleh itu , masyarakat perlu

memainkan peranan yang vital dalam memastikan integrasi nasional di Malaysia dapat

dikekalkan hingga ke zaman anak cucu kita kelak. Bak kata pepatah Melayu , ‘pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Kesimpulannya,resepi Malaysia boleh berjaya

hingga ke hari ini ialah kerana masyarakatnya yang hidup aman damai, bersatu,

bekerjasama dan hormat-menghormati. Kita tidak mahu keharmonian masyarakat kita

dicabul oleh kuasa-kuasa asing bagi menjatuhkan negara Malaysia yang tercinta.

NAMA : NURUL FAQIHAH BTE MOHD YUSOF

KAD PENGENALAN : 950101- 01 – 6546

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH SAINS , MUAR

ALAMAT SEKOLAH : SM SAINS MUAR ,

NO. TELEFON SEKOLAH : 06-952 3181

ALAMAT KARUNG BERKUNCI : 511, Tanjung Agas,

84009 Muar, Johor

You might also like