You are on page 1of 6

TOPIK 4 : FIRMA SEBAGAI PENGELUAR SUBTOPIK : KOS PENGELUARAN

Konsep Kos Pengeluaran

Jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh sesebuah firma untuk f.p yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk hasil barang dan perkhidmatan..

Contoh perbelanjaan yang ditanggung firma : bayaran upah kepada buruh. Faedah untuk modal sewa untuk tanah. untung kepada pengusaha.

Kos pengeluaran dalam jangka pendek terdiri daripada :

bayaran2 ini merupakan kos pengeluaran sesebuah firma.

1.kos tetap 2.kos berubah 3.jumlah kos 4.kos purata 5.kos sut @ kos marginal

1. Kos Tetap (Fixed Cost -FC) bayaran kerana menggunakan input input tetap. Firma akan menanggung kos ini walaupun tidak mengeluarkan output. kos berkaitan penggunaan input tetap iaitu barang modal, jentera, loji pengeluaran,bangunan,tapak kilang,pembayaran faedah kepada pinjaman bank,bayaran sewa bangunan dan sebagainya. apabila output ditambah atau dikurangkan, kos tetap adalah malar (tidak berubah). kos tetap tidak berubah pada setiap tingkat output. Contoh 1 : Jadual dibawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran sebuah firma. berapakah kos tetap untuk mengeluarkan 4 unit output? output Jumlah kos (rm) 0 80 2 120

4 150 Penyelesaian : Kos tetap = RM80 (Pada output sifar, jumlah kos sama dengan kos tetap. Kos tetap malar pada setiap tingkat output) Contoh 2 : Berdasarkan jadual dibawah hitung kos tetap. Output Kos purata 0 1 2 Penyelesaian : Kos purata = Kos tetap + kos berubah Jumlah Keluaran 80 = X + 30 1 80 = X + 30 X = 50 Kos tetap = RM50 2. Kos Berubah ( Variable Cost - VC) Bayaran firma untuk penggunaan input-input berubah. kos berubah akan berubah secara langsung dengan perubahan jumlah keluaran. Apabial tingkat output adalah sifar, kos berubah tidak wujud (sifar) dan apabila output bertambah, kos berubah juga bertambah. Firma yang menghentikan pengeluaran tidak perlu menanggung kos berubah, tetapi apabila output bertambah, kos berubah juga bertambah. Kos berubah = Kuantit input berubah x Harga input berubah. Contoh 1 : Jadual dibawah menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek. Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) 0 100 1 180 2 250 3 300 Hitungkan kos berubah untuk mengeluarkan 3 unit keluaran. Penyelesaian : Jumlah kos = kos tetap + kos berubah 300 = 100 + Kos berubah Kos Berubah = RM 200. Contoh 2 : Output (unit) 1 2 3 4 Kos purata (RM) 20 16 12 8 80 60

Kos berubah 30 70

Andaikan kos tetap ialah RM10.00, berapakah kos berubah pada output ke 3? Penyelesaian : Kos purata = kos tetap + kos berubah jumlah keluaran 12 = 10 + x 3 36 = 10 + x 26 = x Kos berubah = RM26

Perbezaan antara kos tetap dengan KOS TETAP(FC) Bayaran terhadap penggunaan input tetap. Wujud dalam jangka masa pendek.

kos berubah KOS BERUBAH (VC) Bayaran terhadap penggunaan input berubah. Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang. Tidak berubah secara langsung dengan Berubah secara langsung dengan tingkat output. perubahan tingkat output Apabila output adalah sifar kos Apabila output adalah sifar kos tetap masih wujud. berubah tidak wujud. Contoh : sewa tanah dan kos insuran. Contoh : kos bahan mentah dan kos buruh. 3. Jumlah Kos (Total Cost - TC) JUmlah semua kos yang terlibat dalam sesuatu pengeluaran. Jumlah kos (TC) = Kos tetap (FC) + Kos Berubah(VC) Pada tingkat output sifar, jumlah kos adalah sama dengan kos tetap. Ini kerana hanya kos tetap yang wujud pd tingkat output sifar. Apabila output adalah sifar, FC = RM10,VC =RM0 DAN TC = RM10. Apabila output bertambah, jumlah kos juga bertambah sekadar dengan kos berubah. Ini kerana kos tetap tidak berubah tetapi kos berubah yang bertambah. Oleh itu, tambahan dalam jumlah kos ialah tambahan dalam kos berubah. jumlah kos meningkat dengan tingkat output (jumlah kos adalah berhubungan positif dengan tingkat output seperti kos berubah). Contoh : Kuantiti (unit) Kos sut (rm) 1 12 2 10 3 6 4 2 Hitungkan jumlah kos firma untuk mengeluarkan 4 unit barang jika kos tetap firma ialah RM20. Penyelesaian : Jumlah kos = kos tetap + kos berubah = RM 20 + (12+10+6+2) = RM 20 + RM 30 = RM50 4. Kos Purata (Average Cost - AC) Nilai kos seunit keluaran yang dihasilkan. Kos purata (AC) = Jumlah Kos (TC) Output (Q)

Bentuk atau pola kos purata adalah menurun , mencapai maksimum dan seterusnya meningkat. - Contoh : Keluaran (unit) Kos berubah (rm) 10 500 20 700 30 875 - Jika kos tetap ialah RM175, hitungkan kos purata untuk keluaran 30 unit. - Penyelesaian : kos purata = jumlah kos / output = RM175 + 875 / 30 = RM35 Contoh 2 : Keluaran (unit) Jumlah kos (rm) 0 14 2 20 4 38 Hitungkan kos purata bagi output ke 6 jika kos berubah ialah RM58. Kos purata = RM14 + RM58 / 6 = RM12 Dalam ekonomi, konsep kecekapan dapat dibahagikan kepada TAHUKAH kecekapan pengeluaran dan kecekapan teknik. Kecekapan ANDA? pengeluaran berlaku apabila firma mengeluarkan output pada tingkat kos purata minimum. Contoh : Kaedah PengeluaranJumlah Kos (RM)Kos purata (RM)Output (unit)O P R8000 6000 70008 6 71000 1000 1000Kaedah P adalah paling cekap dalam proses pengeluaran kerana ia mengeluarkan tingkat output pada kos purata paling minimum. Pemilihan kaedah ini akan memaksimumkan keuntungan firma. Kecekapan teknik pula tidak mengambil kira kos pengeluaran. Kecekapan teknik berlaku apabila tiada pembaziran input. Dengan kata lain, kecekapan teknik adalah berkaitan dengan penggunaan input yang paling minimum untuk mengeluarkan output yang maksimum. Kaedah PengeluaranInput (Unit)Output (unit)Buruh ModalA B10 15 1 2 100 100Kaedah A adalah paling cekap dari segi teknik kerana ia menggunakan input yang kurang untuk menghasilkan output yang sama banyak dengan kaedah B.

5. Kos Sut (Marginal Cost - MC) Pertambahan dalam jumlah kos akibat daripada pertambahan satu unit keluaran. Kos sut (MC) = perubahan jumlah kos (TC) perubahan jumlah keluaran (Q) MC pada peringkat awal semakin menurun, mencapai minimum dengan cepat, dan selepas itu semakin meningkat. Contoh 1: Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM) 0 100 2 126 4 138 Hitungkan kos sut untuk keluaran ke 4 unit. Penyelesaian : Kos sut = RM138 RM126 42 = 12/2 = RM6 Contoh 2 : Untuk mengeluarkan 10 helai baju kos pengeluaran ialah RM80. Apabila firma menambahkan pengeluaran baju kepada 15 helai, kos pengeluaran meningkat sebanyak 50%. Hitungkan kos sut firma pada output 15 helai. Penyelesaian : Jumlah kos pengeluaran untuk mengeluarkan 15 helai. Baju = RM 80 x 150% = RM 120 Kos sut = RM 120-RM80 15-10 = 40/5 =RM8 Contoh 3 : Berdasarkan jadual di atas, hitungkan kos sut untuk keluaran ke 25 unit. Keluaran (unit) 20 25 Penyelesaian : Kos sut = (25Xrm6) (20xrm5) 25-20 = RM150 RM100 5 = RM10 Kos purata (RM) 5 6

Hubungan antara kos purata dengan kos sut

Apabila AC menurun, MC adalah kurang daripada kos purata (MC<AC)

Apabila AC meningkat, MC adalah lebih daripada AC(MC>AC)

Apabila AC mimimun, MC menyamai AC (MC=AC)

TIP SPM! Kos pengeluaran kerap disoal dalam peperiksaan SPM. Penekanan hendaklah diberikan kepada : - Jenis-jenis kos (takrifannya) - Contoh kos tetap dan kos berubah - Penghitungan kos tetap, kos berubah, jumlah kos, kos purata dan kos sut. - Pola perubahan kos - Hubungan antara jenis-jenis kos.

You might also like