You are on page 1of 60

K

E
R
T
A
S

P
E
N
E
R
A
N
G
A
N

TERHAD
TERHAD
MATEMATI K KEJURUTERAAN 3



Cetakan Kedua Mac 2011
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan
mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM)
dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER TIGA ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa
Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu
Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM : WIM/MK 3011/12011/S03/P1
Kod Pengesahan Silibus : SFB/MK 3011/12009/P1
Tarikh Pengesahan WIM : 11 Mac 2011

KANDUNGAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i
SENARAI SINGKATAN ..................................................................................................... ii
KERTAS PENERANGAN MODUL ....................................................................................1
MK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3 ..............................................................1
GROUP CLUSTERING MODULE .................................................................................2
LE 1 STATISTIK 3
LE 2 KEBARANGKALIAN 48
i
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM

KLUSTER SUBJEK UMUM MATEMATIK KEJURUTERAAN 3



Ahli Jawatankuasa :

1. Pn Ainin Nisak binti Ahmad Asnawi
(Pengerusi Kluster Subjek Umum)
ADTEC Shah Alam
2. En Ismail bin Sukeeman
(Penolong Pengerusi Kluster Subjek Umum)
ADTEC Melaka
3. En Zawawi bin Mohamad ILP Kota Bharu
4. Pn Hii Ching Fen ADTEC Melaka





Urusetia :


1. Pn Norpisah binti Jumin BKT, Ibu Pejabat
2. En Ismail bin Mat Taha BKT, Ibu Pejabat





Tarikh dibangunkan : 6 Julai 9 Julai 2010

Tempat : ADTEC Taiping
ii
SENARAI SINGKATAN

IS INFORMATION SHEET
WS WORK SHEET
AS ASSIGNMENT SHEET


KOD KURSUS

SEMESTER

NO. MODUL

KREDIT

NO. LE

JENIS WIM



MK 3 01 1-LE2-IS

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 1



















KERTAS
PENERANGAN
MODUL
MK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 2

GROUP CLUSTERING MODULE


MK 3011-LE1 STATISTIK
1.1 Pengenalan statistik
1.2 Penjadualan dan penyajian data
1.3 Pengukuran kecenderungan memusat bagi data tak terkumpul dan data terkumpul
1.4 Pengukuran serakan bagi data tak terkumpul dan data terkumpul

MK 3011-LE2 KEBARANGKALIAN
2.1 Konsep kebarangkalian

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 3



INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM - MATEMATIK KEJURUTERAAN 3
KOD DAN NAMA
MODUL
MK 3011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 3
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
LE 1 STATISTIK
NO. TUGASAN
BERKAITAN

1.1 PENGENALAN STATISTIK
1.2 PENJADUALAN DAN PENYAJIAN DATA
1.3 PENGUKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT BAGI DATA TAK
TERKUMPUL DAN DATA TERKUMPUL
1.4 PENGUKURAN SERAKAN BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN
DATA TERKUMPUL
OBJEKTIF
PRESTASI
AKHIRAN (TPO)
KENALPASTI DAN FAHAM PERMASALAHAN MATEMATIK
KEJURUTERAAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PERATUS SUPAYA :
1. DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG
BERKAITAN DENGAN BETUL.
2. DAPAT MEMBANTU PELAJAR SEMASA KEGUNAAN DI BENGKEL
BAGI SUBJEK TERAS.

OBJEKTIF
MEMBOLEH (EO)
DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-

MENGETAHUI KONSEP DAN PENGIRAAN STATISTIK DALAM
PENYELESAIAN MASALAH





MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 4


1.1 PENGENALAN STATISTIK
Statistik adalah merupakan cabang matematik yang melibatkan kaedah-kaedah pengumpulan,
penganalisaan dan penakrifan data atau maklumat yang hendak dikaji dengan lebih terperinci.
Hampir semua yang terjadi seharian boleh dianalisa dan dilapor menggunakan statistik seperti
pasaran saham, ramalan cuaca, kadar kelahiran dan kematian serta lain-lain lagi.Keputusan
yang diperolehi daripada penganalisaan data atau maklumat secara statistik dapat memberi
kepercayaan dan bukti tentang kebaikan sesuatu yang dikaji.

Statistik mempunyai banyak pengertian. Berikut merupakan beberapa takrifan yang diberikan
kepada statistik :






1.1.1 Istilah Statistik
a) Data
Data merupakan ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian.

b) Pembolehubah
Pembolehubah merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai berbeza-beza
dan menjadi tumpuan dalam kajian. Dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :
i) Pembolehubah kualitatif
Merupakan pembolehubah yang mewakili taraf, sifat dan kategori. Contohnya
jantina, status perkahwinan dan jenis pekerjaan.
ii) Pembolehubah kuantitatif
Merupakan pembolehubah yang mewakili nilai dalam bentuk angka atau nombor.

Statistik merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu
aspek
Statistik merupakan suatu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang
digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan.
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 5


Pembolehubah kuantitatif terdiri daripada :
i) Pembolehubah kuantitatif diskrit
Pembolehubah yang mempunyai nilai yang tepat atau boleh dibilang seperti markah
peperiksaan dan saiz kasut.
ii) Pembolehubah kuantitatif selanjar
Pembolehubah yang mewakii ukuran yang kejituannya bergantung kepada alat
pengukuran seperti tinggi, berat dan masa.

c) Populasi
Merupakan keseluruhan objek, individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam
penyelidikan. Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat
daripada keseluruhan populasi yang dikaji.

d) Sampel
Merupakan subset atau sebahagian daripada populasi. Kaedah pengambilan sample
dikenali sebagai pensampelan.

1.2 PENJADUALAN DAN PENYAJIAN DATA
1.2.1 Jadual Kekerapan
Langkah pertama dalam penganalisaan data adalah pengolahan data mentah dan dipaparkan
dalam ilustrasi yang mudah difahami. Kaedah yang paling mudah sekali ialah dengan
menyediakan satu jadual kekerapan. Jadual kekerapan adalah jadual yang menunjukkan
bilangan kekerapan dalam setiap kelas. Jadual kekerapan boleh dibina berdasarkan selang
kelas yang dipilih.

Contoh 1:
Data - data berikut menunjukkan berat tiap-tiap kotak berjumlah 15 kotak. Dengan
menggunakan sistem gundalah atau tally buatkan satu jadual kekerapan atau jadual frekuensi
bagi berat kotak tersebut.
13 13 13 13 13
9 10 11 13 9
11 12 12 11 13

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 6


Penyelesaian Contoh 1:
Sistem gundalan atau tally digunakan dimana jumlah berapa banyak kotak yang sama beratnya
ditunjukkan.
Berat Gundalan Jumlah
9 // 2
10 / 1
11 /// 3
12 // 2
13 //// // 7
Jumlah besar 15

Kaedah di atas adalah asas dalam penganalisaan statistik. Tiap-tiap berat kotak di adalah satu
contoh pemboleh ubah dan biasanya disimbolkan dengan x. Nombor-nombor dalam lajur
jumlah adalah frekuensi atau kekerapan yang disimbolkan sebagai f. Frekuensi suatu
pembolehubah ialah jumlah berapa kalu satu nilai tertentu tersebut berlaku. Jumlah semua
frekuensi ialah populasi. Bagi taburan frekuensi diatas, populasi kotak adalah 15 dan biasanya
populasi disimbolkan sebagai n.

Dengan itu jadual diatas boleh diringkaskan seperti berikut :

Berat (x) 9 10 11 12 13
Frekuensi (f) 2 1 3 2 7


Contoh 2:
Cuba anda fikirkan bagaimana cara untuk menyusun data di bawah yang menunjukkan berat
badan setiap pelajar di dalam sebuah kelas?

43 54 71 45 57 74 55 49 52 47
61 58 62 59 68 65 44 60 50 41
70 55 53 49 65 68 48 50 71 55

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, data data ini boleh disusun dalam sebuah jadual
kekerapan dengan selang kelas yang tertentu. Selang kelas yang sesuai haruslah dipilih bagi
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 7


mengumpulkan data di dalam beberapa kelas. Saiz selang kelas yang hendak dibina mestilah
sama dan setiap data hanya boleh dikumpulkan dalam satu selang kelas sahaja.

Penyelesaian Contoh 2 :
Terdapat beberapa langkah bagi membina jadual kekerapan:
i) Menentukan selang kelas bagi data. Tentukan nilai data yang tinggi dan nilai data
yang terendah dalam set data diatas.
Nilai tertinggi data = 74
Nilai terendah data = 41
Jika data itu dikumpulkan dalam 7 kelas, saiz setiap selang kelas = 5
7
41 74
~


Maka saiz setiap selang kelas adalah 5 dan selang kelasnya adalah seperti
berikut,40 44, 45 49, 50 54, 55 59, 60 64, 65 69 dan 70 -74.

ii) Menentukan frekuensi bagi setiap kelas.
Frekuensi setiap kelas dapat ditentukan dengan menggunakan tanda gundal.

Jisim Gundalan Frekuensi
40 - 44 ||| 3
45 - 49 |||| 5
50 - 54 |||| 5
55 - 59 |||| | 6
60 - 64 ||| 3
65 - 69 |||| 4
70 - 74 |||| 4
Jumlah 30

Had atas, had bawah, sempadan atas dan sempadan bawah selang kelas
Perhatikan kelas 40 44 dalam jadual kekerapan di atas. Nombor 40 di kenali sebagai
had bawah bagi kelas 40 44, manakala nombor 44 di kenali sebagai had atas bagi
kelas 40 44.
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 8


Sempadan atas dan sempadan bawah bagi setiap kelas juga boleh dikenalpasti.
Pertimbangkan sempadan atas dan sempadan bagi kelas 45 - 49














Selepas mengetahui sempadan-sempadan sesuatu kelas, saiz sesuatu selang kelas
boleh diketahui iaitu:





Contoh 3:

Nyatakan had bawah, had atas, sempadan bawah dan sempadan atas bagi setiap kelas dalam
jadual berikut


Penyelesaian Contoh 3:



Saiz selang kelas = sempadan atas-sempadan bawah
Umur (thn) 0 - 9 10 - 19 20 - 29 30 39 40 - 49 50 - 59
Umur (thn) Had bawah Had atas Sempadan
bawah
Sempadan
atas
0 9 0 9 -0.5 9.5
10 - 19 10 19 9.5 19.5
20 - 29 20 29 19.5 29.5
30 - 39 30 39 29.5 39.5
40 - 49 40 49 39.5 49.5
50 - 59 50 59 49.5 59.5
Sempadan atas = Had atas kelas (45 49) + had bawah kelas selepasnya (50-54)
2
= 49 + 50
2
= 49.5

Sempadan bawah = Had bawah kelas (45 49) + had atas kelas sebelumnya (40-44)
2
= 45 + 54
2
= 44.5
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 9

1.2.2 Carta bulatan / pai
Suatu carta bulatan boleh ditunjukkan mewakili maklumat statistik. Carta pai merupakan
suatu bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sector yang luasnya adalah menurut
kadar kekerapan kelasnya dalam ukuran sudut atau peratusan.



Contoh 4:
Berdasarkan data dalam jadual di bawah, binakan carta bulatan.
Jadual gred yang diperolehi oleh 128 orang pelajar dalam kursus statistik pada tahun 2010.
Gred Bilangan Peratus
A 12 9.38
B 33 25.78
C 34 26.56
D 33 25.78
F 16 12.50

Penyelesaian Contoh 4:
Langkah 1 : Kira peratus dan darjah bagi setiap Gred.
Peratus Gred A = X 100
= 9.38%
Darjah Gred A = X 360
= 33.77



MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 10

Langkah 2 : Binakan jadual seperti di bawah.

Gred Bilangan Peratus ( % ) Darjah (
o
)
A 12 9.38 33.77
B 33 25.78 92.81
C 34 26.56 95.62
D 33 25.78 92.81
F 16 12.50 45

Langkah 3 : Binakan carta bulatan berdasarkan pembahagian dalam darjah (
o
).


1.2.3 Carta bar

Dalam satu carta bar, tiap-tiap bar dilukiskan dengan lebar yang sama, sama ada
secara tegak atau mendatar. Ketinggiannya atau panjangnya adalah setara dengan nilai
frekuensi yang diwakilinya.


Contoh 5:

Gambarkan taburan frekuensi dalam jadual di bawah secara carta bar.

x 0 1 2 3 4 5 6 7
f 1 2 5 7 10 8 5 4


MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 11


Penyelesaian Contoh 5:
Perkara-perkara berikut mesti diberikan perhatian untuk melukis carta bar / palang :
- Bar/palang diselangselikan dengan ruang kosong yang sama lebarnya.
- Tiap-tiap bar/palang mestilah sama lebar.
- Titik permulaan setiap paksi mestilah dimulakan dengan sifar.
- Gambaran yang baik akan diperoleh jika semua bar/palang tersebut yang dilukis
disusun dengan tertib.



f
1
2
5
7
10
8
5
4
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5 6 7 8 9
f



Perhatian : Paksi x mengambarkan pembolehubah manakala paksi y mewakili frekuensi.

1.2.4 Histogram
Taburan frekuensi juga boleh digambarkan secara histogram dimana frekuensi dalam
tiap-tiap kelas atau sela diwakili oleh segiempat tepat. Untuk melakar histogram, perlu
diketahui bilangan kelas, lebar kelas, selang kelas, sempadan kelas serta kekerapan
sesuatu kelas.
Histogram berbeza dengan carta palang kerana
i. Tidak terdapat ruang diantara dua segiempat tepat yang bersebelahan
ii. Paksi-x dalam histogram mestilah merupakan satu garis nombor





MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 12

Contoh 6:
Taburan dibawah menunjukkan jumlah rintangan mengikut kelasnya. Gambarkan data-data
tersebut dalam histogram
Rintangan (ohm) 10 15 20 25 30 35
Frekuensi 3 12 20 15 6 4



Penyelesaian Contoh 6:
f

20

16

12

8

4
x
10 15 20 25 30 35
Perhatian :
Paksi x mengambarkan
pembolehubah manakala paksi
y mewakili frekuensi.

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 13


Contoh 7 : Pembinaan Histogram
Berikut adalah data-data panjang 40 cengkerang sejenis siput dipantai (mm). Gambarkan data-
data tersebut dengan menggunakan histogram.

9 19 25 23 8 19 20 13 23 27
12 26 21 24 15 17 17 27 31 23
18 20 25 14 18 22 26 28 14 29
21 19 26 23 28 16 34 22 30 25

Penyelesaian Contoh 7 : Pembinaan Histogram
Langkah langkah untuk melukis histogram daripada data tersebut diatas adalah seperti
berikut :-

i) Bina jadual kekerapan dengan menentukan selang kelas dan frekuensi
Data-data tersebut dikumpulkan dalm 7 kelas, = 34 8 = 4 , maka selang kelasnya
7
adalah 8 11, 12 15, 16 19, 20 23, 24 27, 28 31, 32 35

ii) Menentukan sempadan bawah dan sempadan atas bagi setiap selang kelas
iii) Memilih skala yang sesuai pada paksi-x untuk mewakili selang kelas atau sempadan
kelas atau titik tengah selang kelas dan paksi-y untuk mewakili kekerapan
iv) Lukis segiempat tepat yang lebarnya sama dan tingginya berkadaran dengan kekerapan

Berikut adalah jadual kekerapan, sempadan bawah dan sempadan atas yang terhasil.


















Kelas Frekeunsi
Sempadan
bawah
Sempadan
atas
8 11 2 7.5 11.5
12 15 5 11.5 15.5
16 19 8 15.5 19.5
20 23 10 19.5 23.5
24 - 27 9 23.5 27.5
28 31 5 27.5 29.5
32 - 35 1 29.5 35.5
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 14

Histogram boleh dibina daripada jadual kekerapan ini.




1.2.5 Poligon Kekerapan
Poligon Kekerapan ialah graf yang menyambungkan titik tengah selang kelas pada
hujung setiap segiempat tepat dalam sebuah histogram yang lebar setiap segiempat
tepatnya sama. Poligon kekerapan biasanya dilukis berdasarkan histogram dan jadual
kekerapan. Poligon kekerapan lazimnya ditutup dengan cara menambah satu kelas
dengan kekerapan 0 sebelum kelas pertama dan selepas kelas terakhir.
Melukis poligon kekerapan daripada jadual kekarapan
Berikut merupakan panduan untuk melukis poligon kekerapan daripada histogram:
i. Tandakan titik tengah pada hujung setiap segiempat tepat dalam histogram.
Untuk mendapatkan titik tengah adalah seperti berikut :


ii. Kemudian tambahkan satu kelas dengan kekerapan 0 sebelum kelas pertama
dan selepas kelas terakhir. Tandakan titik tengah bagi kedua-dua kelas itu.
iii. Sambungkan setiap titik tengah dengan lurus.
Titik tengah = had atas + had bawah
2
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 15


Contoh 8:
Lukis satu poligon kekerapan daripada jadual kekerapan di bawah.









Penyelesaian Contoh 8:
Tambahkan satu kelas dengan kekerapan 0 sebelum kelas pertama dan satu lagi selepas kelas
terakhir. Kemudian cari titik tengah bagi setiap selang kelas.







Markah Frekuensi
40 - 49 10
50 - 59 5
60 - 69 20
70 - 79 15
80 89 5
Markah Frekuensi Titik Tengah
30-39
40-49
50-59
60-69
70-79
80-89
90-99
0
10
5
20
15
5
0
34.5
44.5
54.5
64.5
74.5
84.5
94.5
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 16


Pilih skala yang sesuai pada paksi-x untuk mewakili selang kelas dan paksi-y untuk mewakili
kekerapan. Plotkan setiap pasangan nilai titik tengah dan kekerapan yang sepadan pada graf.
Kemudian, lukiskan garis lurus yang menyambungkan setiap titik yang telah diplotkan.










Melukis poligon kekerapan daripada histogram
Berikut merupakan panduan untuk melukis poligon kekerapan daripada histogram:

i. Tandakan titik tengah pada hujung setiap segiempat tepat dalam histogram.
titik tengah bagi setiap selang kelas
ii. Tambahkan satu kelas dengan kekerapan 0 sebelum selang kelas pertama
dan selepas selang kelas kelas terakhir. Tandakan titik tengah bagi kedua-
dua kelas itu.
iii. Sambungkan setiap titik tengah dengan lurus










MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 17

Contoh 9
Lukiskan histrogram dan poligon kekerapan bagi data-data dibawah:
Jisim badan
(kg)
Kekerapan
40-44
45-49
50-54
55-59
60-64
65-69
70-74
75-79
0
3
4
7
11
10
5
0

Penyelesaian contoh 9
Langkah 1 : Bina histogram dengan menentukan saiz selang kelas, sempadan atas dan
sempadan bawah bagi setiap selang kelas

Langkah 2 : Tentukan titik tengah setiap selang kelas

Jisim
badan (kg)
Kekerapan
Sempadan
bawah
Sempadan
atas
Titik
tengah
40-44
45-49
50-54
55-59
60-64
65-69
70-74
75-79
0
3
4
7
11
10
5
0
39.5
44.5
49.5
54.5
59.5
64.5
69.5
74.5
44.5
49.5
54.5
59.5
64.5
69.5
74.5
79.5
42
47
52
57
62
67
72
77





MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 18

Langkah 3 : sambungkan setiap titik tengah dengan satu garis lurus seperti di bawah


1.2.6 Lengkung Frekuensi Melanggok atau Ogif
Kekerapan longgokan bagi suatu data atau selang kelas dalam jadual kekerapan ialah
hasil tambah kekerapannya dengan jumlah kekerapan semua data atau selang. Graf
bagi kekerapan longgokan ini dinamakan ogif. Biasanya, sempadan atas digunakan
untuk melukis ogif.

Contoh 10
Lukis ogif berdasarkan daripada jadual kekerapan data tidak berkumpul dibawah :
Bilangan radio yang dijual
setiap hari
Kekerapan
1
2
3
4
5
6
6
4
2
8
7
3

44.5 49.5 54.5
59.5
64.5 69.5 74.5
0
2
4
6
8
10
12
Jisim Berat (kg)
K
e
k
e
r
a
p
a
n
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 19

Penyelesaian Contoh 10:
i) Tambahkan satu kelas dengan kekerapan longgokan 0 sebelum selang kelas
pertama. Kemudian, cari sempadan atas bagi setiap kelas.

Bilangan radio
yang dijual setiap
hari
Sempadan atas Kekerapan Kekerapan longgokan
0
1
2
3
4
5
6
0.5
1.5
2.5
3.5
4.5
5.5
6.5
0
6
4
2
8
7
3
0
6 (0 + 6)
10 (6 + 4)
12 (10 + 2)
20 (12 + 8)
27 (20 + 7)
30 (27 + 3)

ii) Pilih skala yang sesuai pada paksi -x untuk mewakili sempadan atas dan paksi -y
untuk mewakili kekerapan longgokan. Setiap nilai (sempadan atas dan
kekerapan longgokan) merupakan satu titik pada satah Cartesan.
iii) Plotkan graf dengan menyambungkan titik-titik itu dengan satu lengkungan yang
licin


0
5
10
15
20
25
30
35
1 2 3 4 5 6 7
Bil. Radio
K
e
k
e
r
a
p
a
n

l
o
n
g
g
o
k
a
n

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 20

Contoh 11 :
Jadual di bawah menunjukkan markah yang diperolehi oleh 68 orang pelajar di dalam suatu
ujian Statistik (data terkumpul ). Lukiskan ogif bagi data yang diberi itu.
Markah (%)
Kekerapan
longgokan
30 34
35 39
40 44
45 49
50 54
55 59
60 64
65 69
70 74
75 - 79
3
8
15
26
37
48
56
62
65
68

Penyelesaian Contoh 11:
i. Tambahkan satu kelas dengan kekerapan longgokan 0 sebelum kelas pertama.
Kemudian, cari sempadan atas bagi setiap kelas.
Markah (%)
Sempadan
atas
Kekerapan
longgokan
25 - 29
30 34
35 39
40 44
45 49
50 54
55 59
60 64
65 69
70 74
75 - 79
29.5
34.5
39.5
44.5
49.5
54.5
59.5
64.5
69.5
74.5
79.5
0
3
8
15
26
37
48
56
62
65
68

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 21

ii. Pilih skala yang sesuai pada paksi -x untuk mewakili sempadan atas dan paksi -x untuk
mewakili kekerapan longgokan. Plotkan graf.
iii. Kemudian, sambungkan titik-titik itu dengan satu lengkungan yang licin.














1.3 PENGUKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT BAGI DATA TAK TERKUMPUL
DAN DATA TERKUMPUL

Sukatan kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat
sesuatu taburan data dan ianga merupakan ssas pengukuran dalam statistik. Terdapat tiga
ukuran yang akan memberikan kedudukan pusat data iaitu MIN, MEDIAN, MOD.

Min.
Ditakrifkan sebagai purata bagi semua nilai-nilai dalam populasi atau sampel.

Median
Ditakrifkan sebagai nilai cerapan ditengah apabila semua cerapan tersebut disusun
mengikut turutan. Sekiranya terdapat dua titik tengah, maka median ialah purata bagi
dua nilai tengah itu.

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 22

Mod
Ditakrifkan sebagai cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set
data. Kelas mod ialah kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi.

1.3.1 Pengukuran kecenderungan memusat bagi data tidak terkumpul

Min
Min adalah purata satu kumpulan data
Min, x = =
n
x


Mod Nilai yang paling kerap berulang dalam sekumpulan data
Median Nilai yang berada ditengah-tengah kumpulan data setelah data
disusun mengikut tertib menaik
Median, m =
2
1 + n
T

dimana, T = sebutan atau cerapan
n = bilangan data

2
1 + n
T
= cerapan ke
2
1 + n



Contoh 12 :
Bagi set data berikut 4, 7, 3, 7, 2, 5, 3 dan 7, carikan
a) min
b) mod
c) median

Penyelesaian contoh 12 :
a)
Min taburan data diatas adalah,
x =
n
x

= 75 . 4
8
7 3 5 2 7 3 7 4
=
+ + + + + + +

b) Mod = nilai yang paling kerap berulang = 7 (berulang sebanyak 3 kali)
c) Median, m =
2
1 + n
T

Bilangan data, n = 8 ,
Jumlah nilai data
Bilangan data
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 23

maka median berada di cerapan ke
2
1 8 +
= 4.5
Susunkan data mengikut magnitud menaik iaitu 2, 3, 3, 4, 5, 7, 7,7

Maka median =



Contoh 13 :
Berikut adalah data-data yang diperolehi bagi satu sample pembolehubah x untuk
sepuluh orang dewasa 6 3 1 2 7 5 9 2 3 4. Kirakan min, mod dan median bagi
data-data tersebut.

Penyelesaian Contoh 13 :
a) min, x =
n
x

= 2 . 4
10
4 3 2 9 5 7 2 1 3 6
=
+ + + + + + + + +


b) mod = 2 dan 3
c) 1, 2, 2, 3, 3, 4, 5, 6, 7, 9
median = cerapan ke

2
1 10 +

= cerapan ke 5.5
=
5 . 3
2
4 3
=
+











2 3 3 4 5 7 7 7
1 2 2 3 3 4 5 6 7 9
5 . 4
2
5 4
5 . 4
=
+
= T
5 . 3
2
4 3
5 . 4
=
+
= T

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 24

Contoh 14 :
Bagi data 3, 6, 11, 4, 8, 14, 21, tentukan median.
Penyelesaian contoh 14 :
3, 4, 6, 8, 11, 14, 21 dimana bilangan data, n = 7
median = cerapan ke
2
1 7 +

= cerapan ke 4 8
4
= T
= 8

1.3.2 Pengukuran kecenderungan memusat bagi data terkumpul

Min
Min, x =

f
fx

dimana, x = nilai data (data tidak terkumpul) atau titik
tengah (data terkumpul)
f = kekerapan
Mod
Nilai data dengan kekerapan tertinggi
Kelas mod bagi data terkumpul berselang kelas adalah
selang kelas dengan kekerapan yang tertinggi.
Mod bagi data terkumpul berselang kelas diberikan oleh titik
persilangan pepenjuru-pepenjuru pada bar yang tertinggi.
Median
(data terkumpul
tidak berselang
kelas)
Median, m =
2
1 + n
T

dimana, T = cerapan
n =

f
Median
(data terkumpul
berselang kelas)
Median, m = c
f
f
n
L
m
l
(
(
(
(


+
2

dimana,
L = sempadan bawah
kelas/sela median
n = jumlah kekerapan
l
f = kekerapan longgokan
sebelum kelas / sela median
m
f = kekerapan kelas / sela
median
c = saiz selang kelas
3 4 6 8 11 14 21
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 25

Contoh 15 :
Bilangan anak per keluarga untuk 50 keluarga di sebuah kampung telah dikumpulkan
dalam jadual taburan kekerapan berikut.

Bilangan anak 0 1 2 3 4 5
Bilangan keluarga 4 8 16 13 6 3

Hitungkan (a) mod, (b) median dam (c) min bagi taburan ini

Penyelesaian contoh 15 :

a) Mod = 2 orang

b) Median =
2
1 + n
T =
5 . 25
2
1 50
T T =
+










c) Min
Bil.
Anak
Bil.
Keluarga
Kekerapan
melonggok
0 4 4
1 8 12
2 16 28
3 13 41
4 6 47
5 3 50
Data dengan kekerapan tertinggi
Cerapan ke 25.5 di selang kelas
ketiga ditentukan dengan
mendapatkan kekerapan melanggok
bagi setiap selang kelas. Maka nilai
median adalah 2
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 26











Min, x = orang 36 . 2
50
118
=





Bil. Anak Bil.
Keluarga
fx

0 4 0
1 8 8
2 16 32
3 13 39
4 6 24
5 3 15
Ef = 50 E = 118
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 27


Contoh 16 :
Jadual kekerapan berikut menunjukkan tinggi sekumpulan pelajar.
(a) Nyatakan kelas mod.
(b) Anggarkan mod tinggi pelajar bagi taburan dengan melukis histogram.

Tinggi (cm) 150-154 155-159 160-164 165-169 170-174
Kekerapan 4 3 7 10 6

Penyelesaian Contoh 16 :
(a) Kelas mod = 165 169 iaitu selang kelas dengan kekerapan tertinggi
(b) Anggaran mod tinggi pelajar daripada histogram, mod = 166.8 cm
















mod
Kelas mod
1
4
9
.
5

1
5
4
.
5

1
5
9
.
5

1
6
4
.
5

1
7
4
.
5

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 28

Contoh 17 :
Jadual kekerapan dibawah adalah bilangan buah durian yang gugur di dusun Pak Ali.
Kirakan min, median dan mod bagi bilangan buah durian tersebut.

Bil. buah Frekuensi
6-10 2
11-15 4
16-20 10
21-25 11
26-30 6
31-35 7
Jumlah 40


Penyelesaian Contoh 17 :
a) Min dikira dengan menggunakan rumus berikut, . Kirakan titik
tengah bagi setiap selang kelas, Titik tengah =
2
bawah had atas had +

Bil. buah Frekuensi
(f)
Titik Tengah
(x)
fx
6-10 2 8 16
11-15 4 13 52
16-20 10 18 180
21-25 11 23 253
26-30 6 28 168
31-35 7 33 231
Jumlah 40 900

x = 5 . 22
40
900
= =

f
fx






MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 29

b) kirakan nilai median dengan rumus berikut,

C

i) Tentukan kedudukan median = cerapan
20
2
40
2
T T T
n
= = = selang kelas 21 - 25

Bil. buah Kekerapan Kekerapan
melonggok
6-10 2 2
11-15 4 6
16-20 10 16
21-25 11 27
26-30 6 33
31-35 7 40
Jumlah f = n = 40


ii) Tentukan sempadan bawah sela median,
L = (had bawah sela median + had atas sebelumnya)
2
= 5 . 20
2
20 21
=
+


iii) Dapatkan jumlah kekerapan, n = Ef = 40
iv) Tentukan kekerapan longgokan sebelum sela median,
l
f = 16
v) Tentukan kekerapan sela median
m
f = 11, dan
vi) Tentukan saiz selang kelas, c = 5



Se la
median
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 30

Maka nilai median bagi data diatas adalah
Median = c
f
f
n
L
m
l
(
(
(
(


+
2

= 32 . 22 5
11
16
2
40
5 . 20 =
(
(
(
(


+ biji durian



Nilai median juga boleh diperolehi dengan menggunakan ogif. Untuk melakarkan ogif,
sempadan atas bagi setiap sela mestilah dikira sebelum diplotkan diatas kertas graf.

Bil. buah Kekerapan Kekerapan melonggok Sempadan atas
1 - 5 0 0 5.5
6-10 2 2 10.5
11-15 4 6 15.5
16-20 10 16 20.5
21-25 11 27 25.5
26-30 6 33 30.5
31-35 7 40 35.5

Plotkan paksi x mewakili pembolehubah iaitu bilangan buah durian dan paksi y mewakili
kekerapan longgokan.
ATAU
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 31

Graf Kekerapan melonggok
0
2
6
16
27
33
40
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
5.5 10.5 15.5 20.5 25.5 30.5 35.5
Bil. buah
K
e
k
e
r
a
p
a
n

m
e
l
o
n
g
g
o
k


Median = nilai pada kekerapan longgokkan ke
2
n
daripada ogif.
= nilai pada kekerapan longgokkan
2
40
= 20
= ~ 22 biji durian


c) Kelas mod adalah 21 25 biji durian (nilai kekerapan yang tertinggi)
Bil. buah Kekerapan
6-10 2
11-15 4
16-20 10
21-25 11
26-30 6
31-35 7

Mod
Median = 22
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 32


1.4 PENGUKURAN SERAKAN BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN DATA
TERKUMPUL
Pengukuran serakan ialah satu ukuran darjah penyerakanuntuk menentukan sejauh mana nilai-
nilai data disebarkan daripada nilai puratanya. Terdapat beberapa jenis sukatan serakan iaitu :
a) Julat
Julat bagi suatu set data ialah suatu sukatan serakan yang merujuk kepada beza antara
nilai tertinggi dengan nilai terendah data itu.
b) Kuartil
Kuartil membahagi satu set data yang disusun mengikut tertib menaik kepada empat
bahagian sama banyak
i) kuartil pertama Q1, ialah satu nilai yang membahagi semua cerapan yang
kurang daripada median kepada dua bahagian yang sama banyak
ii) kuartil kedua (median) Q2, ialah satu nilai yang membahagi semua cerapan
kepada dua bahagian yang sama banyak
iii) kuartil ketiga Q3, ialah satu nilai yang membahagi semua cerapan yang lebih
besar daripada median kepada dua bahagian yang sama banyak
c) Julat antara kuartil merujuk kepada beza antara kuartil ketiga dengan kuartil pertama
suatu sukatan serakan.
d) Varians =
( )
n
x x


2

Dimana x = min
n = bilangan data
e) Sisihan piawai = Varians









MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 33

1.4.1 Julat, kuartil dan julat antara kuartil bagi data tidak terkumpul

Contoh 18 :

Cari julat bagi data berikut, 4, 6, 7, 8, 2, 11,15, 10

Penyelesaian contoh 18 :

Julat = 15 2
= 13

Contoh 19:
Carikan kuartil pertama dan ketiga bagi set data berikut
i) 2,6,8,3,10,5
ii) 6,2,4,12,9,15,8,16
Penyelesaian contoh 19 :

i) Data disusun mengikut tertib menaik:



Maka, nilai kuartil pertama, Q1 = 3 dan kuartil ketiga, Q3 = 8

ii) Data disusun mengikut tertib menaik




Maka, kuartil pertama
5
2
6 4
1
=
+
= Q
dan kuartil ketiga 5 . 13
2
15 12
3
=
+
= Q

Contoh 20
Carikan julat antara kuartil bagi set data 6, 8, 5, 9, 12, 1, 4, 7, 15




(2 3 5) (6 8 10)

Q1 Q2/ M Q3

(2 4 6 8) (9 12 15 16)

Q1 Q2/ M Q3
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 34

Penyelesaian contoh 20
Data disusun mengikut tertib menaik




Maka kuartil pertama 5 . 4
2
5 4
1
=
+
= Q dan kuartil ketiga 6 . 10
2
12 9
3
=
+
= Q
Julat antara kuartil = Q3 Q1 = 10.5 4.5 = 6

1.4.2 Julat, kuartil dan julat antara kuartil bagi data terkumpul

Julat titik tengah selang kelas tertinggi titik tengah selang kelas
terendah
Kuartil pertama Q1
c
f
f
n
L
Q
l
Q
(
(
(
(


+
1
1
4

L = sempadan bawah selang kelas Q1
n = jumlah kekerapan
l
f = kekerapan longgokan sebelum kelas
Q1
1 Q
f = kekerapan kelas Q1
c = saiz selang kelas
Kuartil ketiga Q2
c
f
f
n
L
Q
l
Q
(
(
(
(


+
3
3
4
3

L = sempadan bawah selang kelas Q3
n = jumlah kekerapan
l
f = kekerapan longgokan sebelum kelas
Q3
3 Q
f = kekerapan kelas Q3
c = saiz selang kelas
Julat antara kuartil Q3-Q1
Menentukan kuartil
pertama, kedua
dan ketiga
daripada Ogif

Q1 = nilai pada kekerapan longgokan ke
4
n
daripada ogif
Q2 = nilai pada kekerapan longgokan ke
2
n
daripada ogif
(1 4 5 6) (7) (8 9 12 15)

Q1 Q2 Q3
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 35

Q3 = nilai pada kekerapan longgokan ke
4
3n
daripada ogif


Contoh 21 :

Jadual berikut menunjukkan diameter 120 alas bebola yang dihasilkan oleh sebuah
mesin. Carikan
a) julat
b) julat antara kuartil

Diameter (mm) Kekerapan
4.7 18
4.8 20
4.9 24
5.0 26
5.1 18
5.2 14

Penyelesaian contoh 21:
a) Julat = diameter kekerapan tertinggi diameter kekerapan terendah
= 5.2 4.7
= 0.5 mm
b) Dapatkan kekerapan longgokan dan tentukan kuartil pertama dan kuartil ketiga
Diameter (mm) Kekerapan Kekerapan
longgokan
4.7 18 18
4.8 20 38
4.9 24 62
5.0 26 88
5.1 18 106
5.2 14 120



MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 36

Kuartil pertama, mm T T T Q
n
8 . 4
4 4
25 . 30
1 120 1
1
= = = =
+ +

Kuartil ketiga, mm T T T Q
n
1 . 5
4 4
75 . 90
) 1 120 ( 3 ) 1 ( 3
3
= = = =
+ +

Maka julat antara kuartil = Q3 Q1 = 5.1 4.8 = 0.3 mm

Contoh 22 :

Jadual kekerapan berikut menunjukkan taburan kekerapan bagi tinggi 200 anak pokok
durian. Bagi data-data tersebut cari
a) julat
b) median
c) kuartil pertama
d) kuartil ketiga
e) julat antara kuartil

Tinggi (cm) Kekerapan
85-89
90-94
95-99
100-104
105-109
110-114
115-119
120-124
4
14
21
34
61
44
15
7








MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 37

Penyelesaian contoh 22 :

a) Julat = (titik tengah selang kelas tertinggi) (titik tengah selang kelas terendah)
=
|
.
|

\
| +
|
.
|

\
| +
2
89 85
2
124 120

= 122 + 87
= 35 cm

b) Median atau Q2

Tinggi (cm) Kekerapan Kekerapan
longgokan
85-89
90-94
95-99
100-104
105-109
110-114
115-119
120-124
4
14
21
34
61
44
15
7
4
18
39
73
134
178
193
200

Kedudukan median = cerapan
100
2
200
2
T T T
n
= = = selang kelas 105-109
Median = c
f
f
n
L
m
l
(
(
(
(


+
2

= 5
61
73
2
200
2
104 105
(
(
(
(


+
(

+

= 104.5+2.21
= 106.71 cm

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 38

c) Kuartil pertama

Kedudukan median = cerapan
50
4
200
4
T T T
n
= = = selang kelas 100-104
Q1 = c
f
f
n
L
Q
l
Q
(
(
(
(


+
1
1
4

= 5
34
39
4
200
2
99 100
(
(
(
(


+
(

+

= 99.5 + 1.62
= 101.12 cm

d) Kuartil ketiga

Kedudukan median = cerapan
150
4
) 200 ( 3
4
3
T T T
n
= = = selang kelas 110 114
Q3 = c
f
f
n
L
Q
l
Q
(
(
(
(


+
3
3
4
3

= 5
44
134
4
) 200 ( 3
2
109 110
(
(
(
(


+
(

+

= 109.5 + 1.82
= 111.32 cm

e) Julat antara kuartil = Q3 Q1
= 111.32 101.12
= 10.2 cm




MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 39

Contoh 23 :

Tinggi (cm) Kekerapan
151-155
156-160
161-165
166-170
171-175
176-180
7
29
15
6
2
1
Jadual kekerapan di atas menunjukkan tinggi, kepada cm yang terdekat, bagi
sekumpulan pelajar. Lukis ogif bagi data itu. Daripada ogif itu, cari:
a) julat
b) median
c) kuartil pertama
d) kuartil ketiga
e) julat antara kuartil
Penyelesaian contoh 23 :
Kira sempadan atas dan kekerapan longgokan bg data-data tersebut









Tinggi (cm) Sempadan atas Kekerapan Kekerapan longgokan
146-150
151-155
156-160
161-165
166-170
171-175
176-180
150.5
155.5
160.5
165.5
170.5
175.5
180.5
0
7
29
15
6
2
1
0
7
36
51
57
59
60
MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 40

Plotkan ogif dengan paksi x untuk pembolehubah tinggi dan paksi y merujuk kepada
kekerapan longgokan.











a) Julat = Titik tengah kelas tertinggi titik tengah kelas terendah
= 178-153
= 25 cm

b) Median =
30
2
60
T T = maka, daripada ogif median = 159.0 cm
c) Kuartil pertama, Q1 =
15
4
60
T T = maka , daripada ogif = 157.5 cm
d) Kuartil ketiga, Q3=
45
4
) 60 ( 3
T T = , maka daripada ogif = 163.0 cm
e) Julat antara kuartil = 163 157.5
= 5.5 cm






MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 41

1.4.3 Sisihan min

Data tidak terkumpul
| | x x x x x x
n
n
+ + + ....
1
2 1

dimana x = min
n = bilangan cerapan
Data terkumpul berselang kelas
( )

x x f
f
1

dimana x = min
n = jumlah kekerapan

Contoh 24 :
Cari sishan min bagi data berikut 2, 9, 6, 5, 8

Penyelesaian Contoh 22:

Min, 6
5
8 5 6 9 2
=
+ + + +
= x

Sisihan min, | | x x x x x x
n
n
+ + + = ...
1
2 1

| |
| |
2
2 1 0 3 4
5
1
6 8 6 5 6 6 6 9 6 2
5
1
=
+ + + + =
+ + + + =


Contoh 25 :

Cari sisihan min bagi taburan kekerapan berikut :


Kelas Kekerapan
0 4 4
5 9 4
10 14 20
15 16 10
20 24 2



MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 42


Penyelesaian Contoh 25 :

Kelas
Kekerapan
(f)
Titik
tengah (x)
fx x x x x f
0 4 4 2 8 10.25 41
5 9 4 7 28 5.25 21
10 14 20 12 240 0.25 5
15 19 10 17 170 5.25 47.5
20 24 2 22 44 10.25 19.5

f = 40 490 134


Min x =

f
fx
= 25 . 12
40
490
=
Sisihan min = ( ) 35 . 3
40
134 1
= =

x x f
f



1.4.4 Varians dan sisihan piawai

Varian adalah merupakan sukatan min kuasa dua sisihan daripada min dan
diwakilkan dengan simbol o atau s. Sisihan piawai merupakan punca kuasa
dua varians dengan simbol o atau s.

Jenis Data Varians, Sisihan Piawai
Data tidak
terkumpul
( )
2
2
x
n
x


dimana

2
x = hasil tambah setiap nilai
cerapan
x = min
n = bilangan cerapan
( )
2
2
x
n
x


MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 43

Data terkumpul
(jadual
kekerapan)
( )
2
2
x
f
fx


x = nilai data
x = min
( )
2
2
x
f
fx


Data terkumpul
( )
2
2
x
f
fx


x = titik tengah
x = min
( )
2
2
x
f
fx



Contoh 26 :

Cari varians dan sisihan piawai bagi data berikut 1,7,2,5

Penyelesaian Contoh 24:

Min, 75 . 3
4
15
4
5 2 7 1
= =
+ + +
= =

n
x
x
79 5 2 7 1
2 2 2 2 2
= + + + =

x

( ) 685 . 5 ) 75 . 3 (
4
79
,
2
2
2
2
= = =

x
N
x
s Varians
Sisihan piawai, s = 38 . 2 685 . 5 =

Contoh 25 :

Jadual kekerapan berikut menunjukkan titik tengah diameter tiub alaterima televisyen
yang diterima dari pembekal A. Kirakan varians dan sisihan piawainya.

Diameter (x) 12 14 16 18 20 22
Kekerapan 6 22 28 31 10 3

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 44


Penyelesaian contoh 25 :

Diameter
(x)
Kekerapan
(f)
fx x fx
12 6 72 144 864
14 22 308 196 4312
16 28 448 256 7168
18 31 558 324 10040
20 10 200 400 4000
22 3 66 484 1452

=100 f

=1652 fx

27836
2
=

fx

Min = 52 . 16
100
1652
= =

f
fx

Varians, o = ( )
2
2
x
f
fx

= ( )
2
52 . 16
100
27840
= 5.499

Sisihan piawai = 34 . 2 499 . 5 = = Varians

Contoh 26 :

Jadual di bawah menunjukkan taburan markah bagi Ujian Statistik yang diperolehi oleh 140
orang pelajar. Hitungkan min dan sisihan piawai.

Markah 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89
Bil pelajar 4 8 35 46 31 6

Penyelesaian Contoh 26:

Markah
Bil. Pelajar
(f)
Titik
Tengah
(x)
fx x fx
30-39 4 34.5 138.0 1190.25 4761.00
40-49 18 44.5 801.0 1980.25 35644.50
50-59 35 54.5 1907.5 2970.25 103958.75
60-69 46 64.5 2967.0 4160.25 191371.50
70-79 31 74.5 2309.5 5550.25 172057.75
80-89 6 84.5 507.0 7140.25 42841.50

140 8630 550635



MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 45

Min, x = 64 . 61
140
8630
= =

f
fx


Sisihan piawai, s = ( ) 56 . 11 6 . 133 ) 64 . 61 (
140
550635
2
2
2
= = =

x
f
fx

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 46

LATIHAN

SOALAN 1

Jadual 1 menunjukkan berat 40 orang pelajar Bengkel Elektrik Semester 4 ILP Kota Bharu

Berat (kg) Kekerapan
30-34 5
35-39 6
40-44 9
45-49 8
50-54 7
55-59 5
Jadual 1

a ) Berdasarkan jadual 1 di atas, bina satu jadual kekerapan yang mengandungi
sempadan bawah, sempadan atas, titik tengah dan kekerapan longgokan.
b) Cari min bagi data di atas.
c) Lukis satu histogram berdasarkan jadual di atas.
d) Lukis poligon kekerapan daripada histogram di atas.


SOALAN 2

Cari min, mod dan median bagi set data yang berikut :

19, 17, 20, 16, 19, 15, 16, 19, 20


SOALAN 3

Tentukan varians dan sisihan piawai bagi set data berikut :

Jisim (kg) Kekerapan, f
51-55 4
56-60 5
61-65 8
66-70 14
71-75 9

MK3011-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 47


SOALAN 4
50 ekor kambing yang berada di dalam satu kandang ditimbang dan berat setiap ekor
dicatatkan. Hasil timbangan itu ditunjukkan di dalam jadual berikut :
Berat (kg) Bilangan
5 9 1
10 14 4
15 19 6
20 24 7
25 29 10
30 34 12
35 39 6
40 44 2
45 49 1
50 54 1

Bina satu ogif daripada jadual yang diberikan di atas dan kemudian cari
(a) julat
(b) median
(c) kuartil pertama
(d) kuartil ketiga
(d) julat antara kuartil

RUJUKAN :

1. Nur Azah Abdul Manaf, Mazlan Mohamad Abdul Hamed (2000), Statistik, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, ISBN 983-52-0172-2
2. Nor Azura Md Ghani, Rudzah Talib, Asas Matematik 1A, UiTM Shah Alam, Universiti
Teknologi Mara.
3. Lan Foo Huat, Yong Kien Cheng (2005), Siri Teks Referens Matematik Tambahan,
PEARSON Malaysia Sdn Bhd, ISBN 983-74-3291-8
4. Tiew Eyan Keng (1994), Nota Peperiksaan SPM Matematik, Persekutuan PRESTON Sdn
Bhd, ISBN 967-917-354-2
MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 48



INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM MATEMATIK KEJURUTERAAN 3
KOD DAN NAMA
MODUL
MK 3011 KONSEP KEBARANGKALIAN
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
LE 2 KEBARANGKALIAN
NO. TUGASAN
BERKAITAN

2.1 RUANG SAMPEL
2.2 PERISTIWA
2.3 UJIKAJI RAWAK
OBJEKTIF
PRESTASI
AKHIRAN (TPO)
JELASKAN KONSEP DAN PRINSIP KEBARANGKALIAN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH PERBINCANGAN DAN EKSPERIMEN
SUPAYA PELAJAR BOLEH :

1. DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG
BERKAITAN DENGAN BETUL.
2. DAPAT MEMBANTU PELAJAR SEMASA KEGUNAAN DI
BENGKEL UNTUK SUBJEK TERAS.

OBJEKTIF
MEMBOLEH (EO)
DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-

MENGETAHUI ISTILAH DAN KONSEP KEBARANGKALIAN SERTA
BOLEH MENGAPLIKASIKANNYA DALAM SITUASI SEHARIAN.



MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 49


2.0 KEBARANGKALIAN


TUJUAN:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai konsep
kebarangkalian yang merangkumi ruang sampel, peristiwa dan ujikaji rawak.



2.1 Pengertian kebarangkalian

Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan yang akan atau
telah berlaku. Teori kebarangkalian digunakan secara meluas dalam bidang seperti statistik,
matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat kesimpulan berkaitan
kebarangkalian peristiwa terjadi dan mekanik dasar sistem kompleks.

a) Ruang Sampel

Eksperimen menghasilkan kesudahan-kesudahan yang berlainan. Contohnya, lambungan
sekeping duit syiling menghasilkan dua kesudahan yang mungkin iaitu [gambar,angka].
Lambungan sebiji dadu pula menghasilkan enam kesudahan yang mungkin iaitu {1, 2, 3, 4, 5,
6}. Set semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu eksperimen dikenali sebagai ruang
sampel dan ditanda dengan simbol S. Ahli-ahli ruang sampel dikenali sebagai unsur. Bilangan
unsur dalam ruang sampel S ditanda dengan n(S).

Contoh 1
Dua keping duit syiling dilambungkan. Tuliskan ruang sampel bagi eksperimen ini.

Penyelesaian
Dengan menggunakan G untuk menandakan gambar dan A untuk angka, maka ruang sampel S
ialah:
S = {GG, GA, AG, AA}
Bilangan unsur dalam ruang sampel ialah 4 dan ditulis sebagai n(S)=4.

MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 50

Contoh 2
Tentukan ruang sampel bagi setiap uji kaji yang berikut dengan menggunakan tatatanda set
(a) Sekeping duit syiling dilambung dua kali berturut-turut.
(b) Dua biji dadu dilambung secara serentak.
(c) Dua huruf dipilih secara rawak daripada huruf-huruf perkataan RIA.

Penyelesaian
(a) Katakan G mewakili gambar dan A mewakili angka.
Ruang sampel = { GG, GA, AG, AA }

(b) Ruang sampel = { (1,1), (1,2), (1,3), (1,4), (1,5), (1,6),
(2,1), (2,2), (1,3), (1,4), (1,5), (1,6),
(3,1), (3,2), (3,3), (3,4), (3,5), (3,6),
(4,1), (4,2), (4,3), (4,4), (4,5), (4,6),
(5,1), (5,2), (5,3), (5,4), (5,5), (5,6),
(6,1), (6,2), (6,3), (6,4), (6,5), (6,6) }

(c) Ruang sampel = { (R,I), (R,A), (I,R), (I,A), (A,R), (A,I) }


b) Peristiwa

Peristiwa ialah suatu subset bagi ruang sampel. Peristiwa merupakan set kesudahan yang
memenuhi syarat-syarat tertentu. Peristiwa dilabelkan sebagai E
1
E
2
dan seterusnya.


Contoh 3

Apabila sebiji dadu adil dilambungkan, ruang sampel ialah S= {1,2, 3, 4, 5, 6} dan n(S) = 6.
Katakan E
1
ialah peristiwa 'nombor yang muncul ialah genap', maka E
1
={2, 4, 6} dan n(E
1
)= 3.
Katakan E
2
ialah peristiwa 'nombor yang muncul melebihi 4', maka E
2
={5,6} dan n(E
2
) = 2.

MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 51

Contoh 4

W A R G A T U A

Rajah di atas menunjukkan lapan biji guli yang bertanda dengan huruf. Guli-guli itu dimasukkan
ke dalam sebuah kotak . Wahid mengeluarkan sebiji guli secara rawak daripada kotak itu.
Nyatakan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat berikut.
(a) Huruf vokal dikeluarkan.
(b) Huruf konsonan dikeluarkan.


Penyelesaian
Ruang sampel = { A, G, R, T, U, W }
(a) A, U
(b) G, R, T, W


c) Ujikaji Rawak




















UJIKAJI
Satu proses yang apabila dilaksanakan, akan menghasilkan satu dan hanya
satu keputusan yang diperolehi daripada banyak cerapan.
Siri-siri percubaan yang menghasilkan semua yang mungkin dengan setiap
cubaan menghasilkan set kesudahan tertentu,
MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 52


Contohnya, ujikaji melambung dadu dan ujikaji melambung sekeping duit syiling.

Kebarangkalian Suatu Peristiwa dan Ujikaji Rawak

Andaikan S sebagai ruang sampel yang mengandungi n kesudahan yang sama
kemungkinannya. Kebarangkalian bagi peristiwa E, ditulis sebagai P(E) diberi oleh:


) (
) (
) (
S n
E n
E P =


Nilai skala kebarangkalian ialah di antara 0 hingga 1. Nilai kebarangkalian 0 mewakili ukuran
kemungkinan yang mustahil berlaku, manakala 1 pula mewakili ukuran kemungkinan yang pasti
akan berlaku. Nilai kebarangkalian yang menghampiri 0 bagi sesuatu peristiwa bererti
kemungkinan berlakunya peristiwa berkenaan adalah tipis, manakala, nilai-nilai kebarangkalian
yang menghampiri 1 bererti kemungkinan berlakunya peristiwa berkenaan adalah tinggi.

Dengan menentukan sejauh manakah kemungkinan sesuatu peristiwa itu akan berlaku atau
tidak. Keputusan ini amat berguna dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh, katakan sahabat anda memberi tawaran untuk membeli sejumlah saham
daripada syarikatnya. Berdasarkan kepada rekod-rekod lepas, didapati dalam tempoh 10 tahun
hanya 2 tahun sahaja syarikat tersebut mendapat keuntungan. Persoalannya, adakah anda
akan melabur dalam syarikat tersebut? Kemungkinan besar jawapan anda adalah TIDAK
kerana kebarangkalian (kemungkinan) syarikat tersebut mendapat keuntungan adalah rendah
iaitu 2/10 sahaja.

Contoh 5
Cari kebarangkalian bagi peristiwa E
1
dan peristiwa E
2
dalam Contoh 3.

Penyelesaian
Ruang sampel S ={1, 2, 3, 4, 5, 6}, n(S) = 6.


= bilangan kesudahan peristiwa E
bilangan kesudahan S

MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 53

E
1
={2,4,6}, n(E
1
)=3
E
2
={5, 6}, n (E
2
)=2


3
1
6
2
) (
) (
) (
2
2
= = =
S n
E n
E P
Contoh 6
Sekeping kad terup dicabut secara rawak daripada kotak yang mengandungi 52 keping kad
terup. Sekotak kad terup itu mengandungi 4 keping nombor 8 dan 26 keping kad terup merah.
Cari kebarangkalian bahawa
(a) kad terup itu ialah lapan, dan
(b) kad terup itu ialah merah.

Penyelesaian.
Andaikan A: peristiwa kad terup ialah lapan
B: peristiwa kad terup merah dicabut

Sekotak kad terup itu mengandungi 4 keping nombor 8 dan 26 keping kad terup merah.
Jadi, n(A)= 4 ; n(B) = 26; n(S)=52


3
1
52
4
) (
) (
) ( = = =
S n
A n
A P
2
1
52
26
) (
) (
) ( = = =
S n
B n
B P


Contoh 7
Sebuah beg mengandungi 10 biji guli merah. Sebiji guli dikeluarkan secara rawakdaripada beg
itu. Cari kebarangkalian bahawa guli yang dikeluarkan itu adalah
(a) merah,
(b) kuning.
Penyelesaian
(a) Semua 10 biji guli dalam beg adalah merah. Peristiwa guli merah dikeluarkan pasti
berlaku.Jadi
P(guli merah) = 1.

(b) Tidak ada guli kuning dalam beg itu. Peristiwa guli kuning dikeluarkan tidak mungkin berlaku.
Jadi, P(guli kuning) = 0.
MK3011-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 54

SOALAN :

1. Sepuluh biji bola dinomborkan dari 1 hingga 10 dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Nombor 1
hingga 4 adalah bola berwarna merah manakala nombor 5 hingga 10 adalah bola berwarna biru.
Sebiji bola diambil secara rawak daripada kotak tersebut. Apakah kebarangkalian bahawa bola
yang diambil:
a. berwarna biru.
b. berwarna merah.
c. mempunyai nombor melebihi 6.

2. Satu huruf dipilih secara rawak daripada 6 huruf {A. B. C. D. E, F}. Cari kebarangkalian bagi
setiap peristiwa berikut:
a. Huruf ialah A.
b. Huruf ialah vokal.
c. Huruf itu bukan A, B atau D.

3 Sebiji dadu dilambung sebanyak dua kali. Cari kebarangkalian bahawa 5 muncul pada
lambungan pertama dan nombor ganjil muncul pada lambungan kedua.

4. Dua biji dadu yang adil dilambung secara serentak, kirakan kebarangkalian mendapat jumlah 7
pada kedua-dua dadu tersebut.


RUJUKAN :

1. Mahayudin Matematik Statistik T; Siri Teks STPM; Soon Chin Loong, Tong Swee Foong & Lau
Too Kya; Pearson Malaysia Sdn. Bhd.(2002).
2. Matematik Tambahan SPM; Leong Kai Hoong, Yip Chee Yin; Longman Malaysia Sdn. Bhd.(1994).
3. Algebra Asas; Mustafa Mamat, Zarina Ibrahim; Dewan Bahasa Dan Pustaka(1995).
4. Matematik STPM; Quek Suan Goen, Leng Ka Man, Yong Ping Kiang; Federal Publication (1994).
5. Aljabar II; Che Rahim Che The, Mazlan Mohamad Abd Hame; Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor (1997).

You might also like