You are on page 1of 9

LEMBANGAN SALIRAN : DEFINISI, CIRI DAN GERAKBALAS

DEFINISI KAWASAN TADAHAN (CATCHMENT)


Umumnya pandang darat persekitaran fizikal ini begitu unik. Rupa bentuk bumi yang berbeza kesan daripada proses-proses tektonik, lipatan dan gelinciran telah mewujudkan permukaan bumi tinggi-rendah. Keunikan rupa bumi tinggi-rendah menghasilkan jaringan lurah-lurah bagi membolehkan kawasan tinggi dapat berhubung dengan kawasan rendah. Siratan dan jaringan lurah yang membentuk alur-alur sungai dan permuakaan di antara alur telah membentuk satu ruang fizikal yang dinamik dikenali sebagai lembangan saliran/sungai. Banyak istilah-istilah yang berbeza digunakan bagi menggambarkan unit geografi yang dinamik ini. Antaranya river basin, drainage basin, catchment dan watershed. Penggunaan istilah yang berbeza ini bergantung kepada disiplin sesorang pengkaji. Istilah drainage basin, river basin, catchment sering digunakan bagi merujuk sstem pengawalan sungai (river control) manakala istilah watershed lebih kepada usaha-usaha pengurusan sumber air (Gregory and Walling, 1973 : 37). Muligan (2004 : 108) menjelaskan catchment merujuk kepada mana-mana titik dalam sesuatu lanskap dimana kawasan lanskap tersebut menyediakan air ke point melalui aliran lateral di atas permukaan dan bawah permukaan. Ia disempadani oleh watershed[1] (garis/point tertinggi) yang ditentukan berdasarkan topografi permukaan yang mana air yang wujud di sebelah-menyebelah watershed ini akan mengalir di atas permukaan lanskap yang berbeza (juga ke outlet yang

berbeza). Krenkel and Novotny (1980 : 158) mengatakan bahawa watershed atau drainage basin ditentukan berdasarkan outletnya, yang mana kebiasaannya merujuk kepada kawasan terendah (the lowest point) di kawasan tersebut. Kawasan ini dipisahkan melalui satu jaringan poin-poin tertinggi dalam bentuk garisan yang membentuk sempadan. Mana-mana air yang jatuh dalam kawasan sempadan ini samada membentuk air larian (runoff) ke outlet, menyusup ke bawah permukaan dan hilang melalui sejatpeluhan. Penjelasan lembangan tersebut yang menggunakan legeh/poin tertinggi/watershed

sebagai sempadan pengagih aliran air ke outlet di kenali sebagai pendefinisian secara topografi.

Pendefinisian secara topografi dalam penentuan sempadan pemisah tidak selalunya tepat bagi menggambarkan proses-proses sebenar. Ini kerana pergerakan dan pengagihan air dalam tanih khususnya di antara batuan dasar tidak selalunya mengikut garis sempadan topografi (Muligan, 2004:18, Gregory and Walling, 1973 : 41, VICAIRE, 2006). Oleh itu, VICAIRE (2006) mengelaskan lembangan sungai ini kepada 2 iaitu lembangan topografi (topographical watershed) dan lembangan realiti (real watershed) bagi menjelaskan kekeliruan

Sempadan lembangan topografi merujuk kepada kawasan yang dibahagikan berdasarkan jaringan point tertinggi sesuatu kawasan seperti yang diutarakan oleh Krenkel dan Novotny (1980). Dalam rajah di atas, pembahagian lembangan secara topografi merujuk pemisahan dan pengagihan air larian permukaan dilakukan oleh puncak bukit. Puncak bukit tertinggi ini bertindak sebagai sempadan pemisah mengasilkan lembangan LT1 dan LT2. Bagi lembangan realiti, penentuan sempadan bergantung kepada dari lokasi/point mana air yang diterima oleh sesuatu outlet. Untuk itu, penjelasan boleh dilihat mengikut tiga keadaan. Keadaan pertama apabila semua air hujan yang jatuh ke permukaan akan disusupkan. Dalam kes ini, penentuan sempadan bergantung kepada ciri-ciri keterlapan sesuatu tanih, sudut tegak batuan dan paras water table kawasan tersebut. Dalam kes rajah 2, air yang disusupkan di lokasi LT1 akan dihalang memasuki outlet (a) oleh lapisan atas batuan tidak telap air. Air akan bergerak mengikut kecondongan batuan dan memasuki outlet (b). Dalam konteks ini, sempadan pemisah adalah

batuan tidak telap air sperti yang ditunjukkan oleh LR1 dan LR2. Keadaan kedua merujuk kepada lapisan permukaan daratan tersumbat dan susupan tidak berlaku. Dalam kes ini, kesemua air yang turun akan mengalir secara larian permukaan. Dalam konteks ini, sempadan lembangan merujuk kepada sempadan topografi. Keadaan ketiga merujuk kepada keadaan hujan lebat dimana proses susupan dan larian permukaan berlaku serentak. Dalam keadaan ini persempadanan keadaan pertama dan kedua perlu digunakan serentak. Air yang mengalir dipermukaan dan masuk ke outlet (a), sempadannya merujuk sempadan topografi. Manakala air yang mengalir dipermukaan dan menyusup ke dalam tanih dan bergerak mengikut batuan tidak telap air, sempadan berdasarkan bahan tidak telap air digunakan.

CIRI-CIRI MORFOMETRI
1. Tertib Segmen Alur Dari segi skala keluasan, pembahagian sesuatu lembangan dilakukan berdasarkan order atau tertib sesuatu sungai. Pentertiban sungai ini merujuk kepada proses pemberian pangkat atau nombor bagi setiap segmen sungai yang berjaring dengan segmen-segmen yang lain. Antara sarjana yang terlibat dalam pembangunan pentertiban sungai ialah Gravelius-1914, Horton (1945), Strahler (1952), Shreve (1957), Scheidegger (1965) dan Lewin (1970). Namun daripada banyak pentertiban, pentertiban Strahler yang diubahsuai daripada Horton secara meluas digunakan hingga ke hari ini (Gregory and Walling, 1973 : 43-44).

Menurut kaedah ini, semua segmen yang tidak mempunyai cabang di atasnya, diberikan pangkat 1. Pemangkatan seterusnya iaitu mana-mana segmen bertemu dan mempunyai nilai pangkat/tertib yang sama, segmen seterusnya hendaklah ditambah 1. Contohnya segmen tertib 1 bertemu segmen tertib 1, segmen seterusnya diberi pangkat B tertib 2. Bagi segmen yang bertemu dengan segmen yang tidak sama nilai tertibnya, segmen seterusnya hendaklah dikekalkan nilai tertib tetinggi di antara dua segmen sebelumnya. Contohnya apabila segmen tertib 2 bertemu segmen tertib 3, segmen seterusnya diberikan pangkat 3. 2. Bentuk dan Luas 3. Kepadatan Jaringan Alur 4. Panjang Alur 5. Kecerunan Alur

CIRI-CIRI BATUAN DAN TANIH CIRI-CIRI TUMBUHAN PROSES-GERAKBALAS DALAM KAWASAN TADAHAN
Lembangan saliran merupakan satu sistem natural yang besar yang terdiri daripada dua sistem utama iaitu sistem fizikal dan sistem kegunaan manusia. Sistem fizikal terdiri daripada subsistem atmosfera, hydrosfera, litosfera dan biosfera manakala sistem kegunaan manusia meliputi semua aktiviti sosial dan ekonomi. Setiap subsistem ini terdiri daripada beberapa subsistem kecil hinggalah kepada komponen paling asas iaitu atom yang terdiri daripada proton, neutron dan elektron. Setiap subsistem mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada angkubah yang berhubung dan berinteraksi melalui proses-proses naturalnya sendiri bagi memastikan keadaan keseimbangan[2] dapat dicapai. Keseimbangan atau kadang-kadang berkeadaan tetap merujuk kepada pengekalan struktur organisasi mengikut ruang dan masa walaupun jumlah tenaga dan bahan yang masuk adalah berbeza. Sebagai satu sistem terbuka, ia menerima input tenaga[3] dan bahan (matter)[4] dari atmosfera. Tenaga dan bahan ini samada disimpan oleh objek penyimpan dilembangan atau hilang melalui perpindahan air dan sediment yang sebahagian besarnya melalui mulut lembangan (outlet). Kesan kemasukan tenaga dan bahan, menyebabkan wujud hubungan-hubungan yang berantaian lagi rencam di antara angkubang-angkubah. Kerencaman hubungan ini digambarkan melalui proses-proses dan tindakbalas yang berlaku di dalamnya. Keseimbangan dapat dicapai apabila objek dan angkubah dapat menyesuaikan diri dengan proses dan tindakbalas yang bertindak ke atasnya. Proses penyesuaian ini dapat dilihat melalui mekanisme maklumbalas[5] dimana kawalan kendiri (self-regulation) sesuatu objek mesti berupaya untuk mengawal, mengatur, menyesuaikan diri dan seterusnya bertindak apabila tenaga dan bahan yang berinteraksi dengannya. Terdapat dua maklum balas yang wujud iaitu maklumbalas positive dan maklumbalas negatif (Pidwirny, 2006). Sekiranya maklumbalas yang terhasil bersifat positif dan ia berlaku berterusan akan menyebabkan ketahanan kendiri (self-sustained) akan lemah dan boleh merosakkan keadaan (state) keseimbangan sistem. Kemerosotan keseimbangan sistem dapat dipulihkan apabila sistem kawalan dan ketahanan kendiri sesuatu objek dapat disesuaikan dengan proses dan tindakbalas yang bertindak. Pemulihan sistem kawalan dan ketahanan ini akan menghasilkan maklum balas negartif yang mana maklumbalas ini penting bagi membolehkan persekitaran lembangan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan dinamik (dynamic equilibrium)[6] Dalam konteks lembangan sebagai sistem fizikal,elemen-elemen angkubah seperti factor penggalak, factor penghad, agen penerima dan sistem kawalan kendiri sentiasa bekerja dalam suatu organisasi tersusun dan bertindak bersama-sama. Pesanan-pesanan yang diterima mampu disesuai dan diselaraskan oleh semua angkubah untuk menyeimbangkan keadaan sistem (Rajah 6). Hubungan elemen-elemen angkubah di atas dapat dijelaskan dengan kemasukan input hujan daripada atmosfera. Pesanan/signal akan dihantar kepada agen penerima sebelum perpindahan tenaga dan bahan dilakukan. Sistem atmosfera-daratan akan berhubung melalui pesanan-pesanan tertentu berkaitan jumlah bahan yang akan dipindahkan. Sekiranya persetujuan kedua-dua pihak

telah dicapai, bahan akan dipindahkan mengikut kadar yang tetap dan mampu diterima oleh agen penerima. Allah s.w.t melalui surah Al-Raad :17 (Al-Quran) menjelaskan bahawa air yang diturunkan ke tanah-tanah lembah mengikut kadar yang telah ditetapkan dan member faedah kepada semua komponen alam sekitar. Jumlah air yang turun bersesuaian dengan kemampuan agen penerima. Tumbuhan adalah angkubah yang menjadi agen penerima pertama yang menerima air hujan. Melalui sifat kawalan kendirinya yang kental, air hujan akan diintersepsikan oleh silara daunan tumbuhan. Daun akan bertindak sebagai agen penyimpan dan pengawal. Air daripada satu daunan akan dipindahkan ke daunan-daunan yang lain. Daripada daunan, air akan dipindahkan ke lantai saraf menerusi aliran dahan dan batang. Semua agen penympan air seperti daun, batang dan lantai sarap berperanan untuk memperlahankan perpindahan air daripada angkubah tumbuhan ke angkubah tanih melalui pesanan-pesana antara kedua angkubah ini. Tanah akan menerima kemasukan air melalui proses infiltrasi dengan penuh kesantunan tanpa menggangu struktur tanih. Melalui proses susupan dan recharge, air akan di simpan sebagai lembapan tanih dan air bawah. Air-air yang tersimpan dalam tanih akan membekalkan air ke dalam alur sungai sesuai dengan kemampuan alur tersebut dan daripada alur akan di hantar terus ke lautan. Air daripada agen-agen simpanan akan dipindahkan melalui proses sejatpeluhan bergantung kepada gipermintaan atmosfera. Sekiranya kandungan wap air berkurangan di atmosfera signal akan dihantar kepada factor penggalak seperti matahari dan angin bagi membolehkan cecair ditukarkan menjadi wap. Sekiranya sesuatu lembangan tersebut tidak mampu menerima kemasukan air, wap air tadi akan membentuk awan dan awan akan menghalang factor penggalak matahari. Sejatan kurang menyebabkan, peruses pembentukan awan hujan akan dapat

diperlahankan. Namun fungsi lembangan saliran bukan sahaja sebagai sebuah sistem fizikal tetapi juga berfungsi sebagai sistem kegunaan manusia (Jamaluddin, 2000). kebanyakan aktiviti manusia dalam sistem ini telah mengubah keharmonian interaksi dan kedinamikan susunan organisasi sistem fizikal. Ini kerana disamping bilangan angkubah bertambah, siratan dan interaksi turut menjadi lebih kompleks dan rencam. Kebanyakkan gangguan-gangguan yang berlaku merujuk kepada peningkatan proses-proses penggalak (proses pecutan) yang diterima oleh agen penerima yang tidak mampu dikawal dan diselaraskan tindakan oleh sistem kawalan kendiri alam sekitar. Ia akan menghasilkan maklumbalas positif secara berterusan. Kebeterusan makumbalas ini akan menyebabkan perubahan-prubahan sistem hidrologi dalam lembangan.

Perubahan hasil gangguan manusia ke atas interasksi angkubah persekitaran boleh dilihat melalui 3 elemen yang bertalian iaitu perubahan (changes), kesan (effects) dan akibat (consequences or impacts). Dalam rajah di atas, perubahan dalam lembangan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama. Kumpulan perubahan pertama disebabkan oleh perubahan litupan tumbuhan (land cover) merujuk kepada proses penaggalan tumbuhan yang bertindak sebagai payung daratan lembangan disebabkan oleh aktiviti penebangan hutan, pertanian, pembandaran dan perlombongan. Kumpulan perubahan kedua dikaitkan dengan penggunaan dan pengeksplotasian air. Ia meliputi penggunaan untuk tujuan pembandaran dan domestic, industry, pertanian dan pembinaan takungan air/ reseboir. Kumpulan perubahan ketiga merujuk kepada kerja-kerja pengubahan jaringan alur. Ia meliputi kerja-kerja dalam alur dan kerja-kerja di dataran banjir untuk mengelakkan ditenggelami air (Arnel, 2002 : 170-171). Kawasan lembangan yang didominasikan oleh bandar merupakan gambaran yang terbaik bagi menjelaskan kesan-akibat ini. Terdapat tiga kesan utama akibat perbandaran terhadap perilaku sistem hidrologi iaitu perubahan jumlah aliran dan simpanan air bawah tanah, perubahan masa aliran atau masa konsentrasi aliran dan perubahan kualiti air tanah, sungai dan bawah tanah. Terdapat beberapa pengarang telah menerangkan perubahan rejim aliran kesan daripada persekitaran lembangan natural di tukar menjadi persekitaran bandar. Antaranya Savini and Kammerer (1961), Leopold (1968) dan Hall (1973). Kesan perbandaran kepada proses-proses

hidrologi digambarkan dalam rajah di bawah. Berpandukan rajah di atas, sistem lembangan berasaskan bandar menunjukkan proses dan kitaran hidrologi akan diganggu oleh peningkatan kepadatan penduduk, perubahan litupan disebabkan oleh permintaan kawasan untuk mendirikan bangunan dan pengubahan jaringan sistem saliran. Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan yang tinggi selaras dengan taraf hidup masyarakat bandar. Penggunaan yang banyak akan menyebabkan air yang dilepaskan dalam bentuk sisa juga akan meningkat. Kebiasaanya, air sisa yang dilepaskan ini telah berubah kualitinya. Air sisa yang kualitinya merosot akan memasuki alur (simpanan air transit) akan turut mengubah kualiti air alur. Kesannya sekiranya julah air dalam alur tidak mampu untuk membersihkan dirinya sendiri (self-purification), air sungai akan tercemar.

Situasi kedua bila mana permintaan kawasan yang tinggi untuk pembangunan menyebabkan banyak tumbuhan akan dinyahkan dan sistem saliran diubah. Kesan pemusnahan tumbuhan ini akan menyebabkan ciri-ciri permukaan berubah. Kebiasaannya permukaan tanah akan mejadi tidak telap air sama ada disebabkan oleh pemadatan lapisan atas tanah atau berlakunya proses penyimenan permukaan. Ini menyebabkan simpanan air bawah tanah akan berkurangan disebabkan oleh kegagalan proses susupan Semasa hujan ribut berlaku, air akan mengalir dipermukaan dengan jumlah yang banyak dengan halaju yang tinggi (storm runoff). Permukaan tidak telap akan dibasuh dan segala kekotoran akan dibawa bersama ke dalam alur sungai. Kesannya ada dua di mana kemerosotan air sungai meningkat dan jumlah air dalam alur akan bertambah dengan cepat disebabkan oleh masa konsentrasi aliran bertambah (lag time[7] telah di pendekkan). Sekiranya alur sungai tidak mampu menampung kehadiran air, paras aliran puncak akan meningkat berbanding masa biasa menyebabakan banjir akan berlaku. Sekiranya hujan berhenti, paras air dalam alur semakin rendah dan sekiranyan air sisa yang kotor berterusan memasuki alur, kualiti air semakin merosot disebabkan oleh kemerosotan aliran air daripada simpanan bawah tanah. Kemerosatan aliran ini disebabkan air bawah tanah berkurangan disebabkan oleh pengisian semula melalui proses susupan dan recas tidak berlaku. RUJUKAN Al-Quran. Perisian DivineIslams Quran Viewer v2.910. Dibangunkan oleh Jamal Al-Nasir Arnel, N. 2002. Hydrology and Global Environmental Change. Malaysia : Prentice Hall. 346 p Biswas, A. K. 1970. History of Hydrology, New York: American Elsevier Pub. Co. 336 Carhart, A.H. 1951. Water - or Your Life. New York: J.B. Lippincott Co. 42-43 Chan, N. W. 2004. Managing Water Resources in the 21st Century : Involving All Stakeholders Towards Sunstainable Water Resources Management in Malaysia. Bangi : Centre For Graduate Studies, University Kebangsaan Malaysia. 73. Chan, N.W. 1999. Pengantar Geografi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Chorley, R.J. & Kates, R.W. 1969. Introduction. Chorley, R.J. (ed). Introduction to Geographical Hydrology: Spatial Aspects of the Interactions Between Water Occurrence and Human Activity. London : Methuen & Co. 1 - 7 Clapham, W.B. 1973. Natural Ecosystem. New York: Macmillan Co. 64-73. Gregory, K. J. & Walling, D. E. 1973, Drainage Basin Form and Process : A Geomorphological Approach. London : Edward Arnold. 456. Hall, M.J. 1973 The effect of urbanization on storm runoff from two catchment areas in North London. (atas talian) http://www.cig.ensmp.fr/~iahs/redbooks/a123/iahs_123_0144.pdf. Dicetak 20 Julai 2008 12.03 pm

Jamaluddin Md. Jahi. 2000. Considering Social and Economic Aspects in Integrated River Basin Management. National Conference on Sustainable River Basin Management in Malaysia. 13 - 14 November 2000. Kuala Lumpur. Krenkel, P. A. & Novotny, V. 1980. Water Quality Management. New York : Academic Press. 671 Leopold LB (1968) Hydrology for urban land planning-A guidebook on the hydrologic effects of urban land use. United States geological survey circular 554, 18 (atas talian) http://eps.berkeley.edu/people/lunaleopold/(104)Hydrologyfor Urban Land Planning - A Guidebook on the Hydrologic Effects of Urban Land Use.pdf Dicetak 20 Julai 2008 12.13 pm More, R. J. 1979. The Basin Hydrological Cycle. Chorley, R. J. (ed). Introduction to Physical Hydrology. London : Methuen & Co. Muligan, M. 2004. Modelling Catchment Hydrology. Wainwright, J & Mulligan, M. (ed). Environmental Modelling : Finding Simplicity in Complexity. London : John Wiley & Son. 106121 Pidwirny, M. 2006. Fundamental of Physical Geography. 2nd (atas talian) http://www.physicalgeography.net/home.html (1 of 2)1/24/2008 12:54:16 AM Santhi, C., Srinivasan, R., Arnold, J.G and Williams, J.R., 2006. A modeling approach to evaluate the impacts of water quality management plans implemented in a watershed in Texas. Journal Of Sciencedirect Savini, J. and J. C. Kammerer, 1961, Urban growth and the water regime. United States Geological Survey publication, 1591A. (atas talian) http://www.citeulike.org/user/timfewtrell/article/1033735 Dicetak 18 Jun 2008 6:56 AM Sing, V.P. 1988. Hydrology System : Rainfall-Runoff Modelling, Vol. 1. New Jersey : Prentice Hall. Thompson, S. A. 1999. Hydrology for Water Management. Netherlands : AA Balkema. 362 VICAIRE [Virtual Campus In Hydrology and Resources Management]. 2006. Basic Hydrology. (atas talian) http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm Dicetak 18 Jun 2008 5:36:16 AM Ward, R.C. dan Robinson, M. 1990. Principles of Hydrology. 3rd Edition. New York: McGrawHill Book Co. 367

[1] Istilah watershed merujuk kepada sempadan lembangan (point tertinggi - legeh). Namun begitu istilah ini biasa digunakan untuk menggambarkan kawasan lembangan itu sendiri (Muligan, 2004:12)

[2] Keseimbangan menerangkan keadaan purata sesuatu system yang diukur dalam satu jangkamasa tertentu (Pidwirny, 2006). [3] Tenaga merujuk kepada keupayaan untuk melakukan kerja [4] Bahan terdiri daripada elemen dan sebatian (compound). Elemen dibentuk oleh satu jenis atom. Ahli kimia telah mengenalpasti terdapat 112 jenis elemen. Manakala sebatian ialah gabungan dua atau lebih elemen yang berbeza (Pidwirny, 2006). [5] Maklumbalas merujuk kepada proses dimana output sesuatu sistem menyebakan perubahan positif atau negative terhadap komponen yang diukur (Pidwirny, 2006) [6] Keseimbangan dinamik merujuk kepada sesuatu sistem tidak berubah megikut masa (timeinvariant). Dengan kata lain jumlah input (I) yang masuk ke dalam sistem menyamai dengan output (Q) yang keluar daripada sistem (Sing, 1988) [7] Lag time merujuk jangka masa daripada bermulanya hujan hingga masa puncak tertinggi dalam sesuatu hidrograf

You might also like