You are on page 1of 3

Kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda dan mediummedium penyiaran yang lain.

Aktiviti perniagaan berkembang dengan pesat bagaikan cendawan yang tumbuh. Papan tanda digunakan untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, banyak kesalahan bahasa telah dilakukan pada papan tanda yang digunakan. Kesalahan bahasa yang sangat ketara dilakukan adalah dengan menggunakan nama perniagaan yang salah. Ini merupakan kesalahan dalam penggunaan hukum D-M. Contohnya, Aminah Restoran. Kesalahan ini biasa berlaku, khususnya dalam kalangan orang yang bersikap keinggerisan. Ia disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Perkataan yang sebenarnya ialah Restoran Aminah. Contoh lain, Restoran Bakar. Apakah yang akan berlaku jika kata majmuk ini diterbalikkan? Kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah perlu dimulakan dengan peringkat awal penubuhan sesuatu perniagaan. Pihak pendaftaran perniagaan juga harus memastikan nama perniagaan yang hendak didaftarkan perlu mematuhi sistem bahasa yang betul. Bagi syarikat pengeluar papan tanda juga perlu diberi garis panduan yang tepat dalam membuat papan tanda yang betul. Penguasaan juga perlu dikenakan kepada peniaga yang menggantung papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa di papan tanda, pihak pendaftar perniagaan dan DBP perlu bekerjasama. Dalam hal ini, pihak DBP telahpun diberi kuasa dalam menangani 'bahasa rojak' dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara langkah yang diambil ialah pihak pemohon perlulah merujuk kepada DBP sebelum memohon sesuatu lesen seperti iklan dan sebagainya. Penggunaan teknologi terkini adalah antara kaedah yang paling mudah dan cepat boleh digunakan. Oleh itu, DBP telah menyediakan portal dalam laman web http://www.dbp.gov.my untuk memudahkan pemohon

mengakses perkhidmatan (e-perkhidmatan) iaitu khidmat pengesahan bahasa DBP yang disediakan. Dengan langkah yang telah diambil oleh pihak DBP, semua pihak seperti peniaga, pihak pendaftar, pembuat papan tanda dan orang awam boleh mendapatkan maklumat yang terkini mengenai sistem bahasa yang betul dengan mudah dan cepat.

Selain daripada itu, banyak lagi kesalahan bahasa yang sering digunakan oleh orang ramai termasuklah pihak media terutamanya media cetak.

Antara kesalahan yang dapat saya kesan ialah kesilapan penggunaan satu 'k' atau dua 'kk'. Contohnya kesalahan : kerosakkan, kebanyakkan, pertunjukkan dan lain-lain lagi. Penggunaan yang betul : kerosakan, kebanyakan, pertunjukan. Ini kerana akhiran kata nama tidak ada unsur '-kan'. Akhiran kata nama ialah '-an'. Penggunaan dua 'kk' adalah untuk akhiran kata kerja iaitu terdapat unsur '-kan' Penggunaan yang betul ialah merosakkan, meletakkan, menunjukkan dan sebagainya. Pihak media sepatutnya menjadi contoh pembaca dan menjadi rujukan dalam aspek penulisan. Walau bagaimanapun, peranan media belum cukup membantu dalam memartabatkan bahasa Melayu. Pihak media seharusnya mempunyai pegawai yang dilantik khas dengan kerjasama DBP untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul digunakan.

You might also like