You are on page 1of 18

SULIT* 1 NAMA : _________________________

KELAS: _________________________
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
NO. KP:__________________________
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
ANGKA GILIRAN:________________
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
910/1 STPM 2008
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
BAHASA MALAYSIA
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
KERTAS 1
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE
(Dua jam)
JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

EXCEL 2
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan
menandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah:
jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan
betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak.


© JPN SABAH 2008
SULIT* 2

Soalan-soalan 1 hingga 3 berdasarkan petikan di bawah ini.

Tentu ramai yang bersetuju apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan


Pelancongan menyatakan bahawa orang ramai semakin melupai permainan-
permainan tradisional. Benarkah kanak-kanak era IT tidak tahu lagi bermain congkak,
gasing, guli, teng-teng, layang-layang, dan banyak lagi permainan kesukaan ayah dan
datuk mereka ketika kecil dahulu?
Dalam hal ini, usaha untuk mempopularkan dan menghidupkan permainan-
permainan tradisional berkenaan perlu digiatkan semula. Kita bimbang sekiranya
tidak ada pihak yang mengambil berat fenomena ini, tidak lama lagi permainan-
permainan tradisional tersebut akan pupus di muka bumi. Hal ini tentu menyedihkan.
Membudayakan permainan tradisional seumpama congkak, gasing dan yang
lainnya bukanlah satu kerja mudah. Zaman sudah berubah dan masa telah berlalu.
Permainan-permainan tradisional tersebut seolah-olah sudah tidak relevan dengan
keadaan sekarang. Kekurangan ruang di rumah pangsa atau pangsapuri tidak
memungkinkan permainan gasing, guli dan lebih-lebih lagi layang-layang
dilaksanakan.
Congkak, teng-teng, dan batu seremban mungkin boleh dilakukan di dalam
rumah kerana permainan ini tidak memerlukan ruang yang luas. Masalahnya sekarang
ialah bagaimana alat permainan ini dapat diperoleh dengan mudah. Alat ini kini hanya
mudah diperoleh di kedai-kedai antik atau di tempat-tempat pelancongan dan
harganya di luar kemampuan orang biasa. Mereka yang mampu membeli peralatan
permainan congkak lebih suka menjadikannya sebagai perhiasan dan bukannya
permainan.
Perkara yang lebih penting difikirkan ialah permainan-permainan tradisional
ini tidak mempunyai nilai komersil. Ketika orang ramai berebut mementingkan nilai-
nilai kebendaan, perkara yang tidak mendatangkan nilai wang ringgit tentunya akan
diketepikan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan wajar mengatur
program untuk mengkomersilkan permainan-permainan tradisional tersebut.
Tanpa menyuntik nilai komersil pada gasing, congkak, dan sebagainya,
masyarakat akan lebih tertarik untuk bermain komputer dan pelbagai permainan
moden lain yang lebih menarik dan mencabar minda. Ketika negara mencanangkan
arus kemajuan IT, sentimental terhadap permainan tradisional ini dengan sendirinya
boleh mati. Oleh itu,usaha yang lebih serius diperlukan untuk mempopularkan
permainan ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada Minda, September 2001)

1 Apakah kesan sekiranya tidak ada pihak yang mengambil berat untuk
menghidupkan permainan tradisional?

A Khazanah tradisi Melayu akan pupus.


B Industri membuat congkak akan mengalami kerugian.
C Orang-orang tua kehilangan nostalgia masa lampau mereka.
D Permainan ini tidak dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 3

2 Berikut merupakan faktor-faktor yang menyukarkan usaha membudayakan


permainan tradisional kecuali

A zaman telah berubah.


B kekurangan tempat bermain.
C harganya di luar kemampuan orang biasa.
D alat permainan itu tidak dapat diperolehN dengan mudah.

3 Langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan,


Kesenian dan Pelancongan untuk mengelakkan kepupusan permainan-
permainan tradisional ini adalah dengan

A menggalakkan permainan-permainan itu dipertandingkan.


B mewajibkan permainan-permainan tersebut di sekolah-sekolah.
C mengatur program untuk mengkomersilkan permainan-permainan
tersebut.
D membuka kedai-kedai menjual barangan tersebut di tempat-tempat
pelancongan.

Soalan-soalan 4 hingga 6 berdasarkan carta di bawah ini.

PERNIAGAAN
SRI IMPIAN

Syarikat Ceria Syarikat Cendana

Keluaran Keluaran

Pekerja
Roti Susu Biskut Gula Plastik Kertas Alat-alat Cetak

Eksport

Bunei Thailand Indonesia Hong Kong

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 4

4 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Syarikat Ceria?

A Anak Syarikat Cendana.


B Hasil eksportnya ialah kertas.
C Tenaga buruhnya adalah daripada Syarikat Cendana.
D Hasil pengeluarannya dieksport ke semua negara Asia Tenggara.

5 Perniagaan Sri Impian ialah syarikat perniagaan yang menghasilkan barang-


barang

A industri berat.
B barangan elektrik.
C barang-barang keperluan harian.
D barang makanan dan keperluan syarikat.

6 Persamaan antara Syarikat Ceria dengan Syarikat Cendana ialah

I menghasilkan barangan yang sama.


II anak syarikat Perniagaan Sri Impian.
III mempunyai kakitangan yang berbeza mengikut kemahirannya.
IV hasil keluarannya dieksport ke beberapa buah negara di Asia Tenggara.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan-soalan 7 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah banyak diperkatakan oleh


masyarakat Malaysia. Walaupun pelbagai langkah dan strategi telah diambil oleh
pihak yang bertanggungjawab tetapi masalah tersebut semakin berleluasa dan
membimbangkan pelbagai pihak terutama kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada hujung tahun 2003 mengenal pasti


76,300 pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit
dengan masalah disiplin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap negeri
mempunyai pelajar sekolah yang bermasalah dan memerlukan perhatian semua pihak.

Kegiatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kongsi gelap, lumba


motosikal haram, peras ugut, rogol, mencuri, dan membunuh telah banyak dilaporkan
oleh pihak polis melalui media massa. Pendek kata, bukan sahaja pelajar sekolah
sudah berani melanggar peraturan sekolah malah undang-undang negara.

Dalam setahun, banyak pelajar sekolah menengah dibuang sekolah kerana


melibatkan diri dalam kegiatan salah laku dan samseng. Kumpulan samseng yang
membabitkan pelajar sekolah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kongsi gelap,
kumpulan samseng dan kumpulan pelajar nakal di sekolah.

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 5

Kongsi gelap ialah organisasi yang dianggotai oleh ahli yang mempunyai
kecenderungan melakukan pelbagai salah laku yang terikat oleh ‘peraturan dan
undang-undang’ tersendiri serta mengamalkan upacara angkat sumpah. Kumpulan
samseng pula terdiri daripada individu yang bergabung untuk tujuan jenayah.
Kumpulan pelajar nakal di sekolah ialah mereka yang bermasalah dan sering
melakukan modus operandi pelbagai salah laku berunsur kongsi gelap atau meniru
perbuatan sedemikian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Januari 2004)

7 Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas ialah

A kumpulan pelajar nakal di sekolah.


B peraturan dan undang-undang di sekolah.
C masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah.
D kegiatan lumba haram dalam kalangan pelajar.

8 Kegiatan salah laku pelajar berdasarkan petikan di atas dapat dikategorikan


sebagai

A kes juvana.
B kes samseng.
C kes jenayah sivil.
D kes kongsi gelap.

9 Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah, boleh dirumuskan sebagai

A masalah kongsi gelap di sekolah tidak membimbangkan.


B masalah pelajar di sekolah memerlukan perhatian semua pihak.
C sekolah perlu dipersalahkan berhubung dengan masalah disiplin
sekolah.
D pelajar sekolah melanggar peraturan kerana undang-undang sekolah
terlalu longgar.

10 Keterangan yang tidak benar tentang kongsi gelap ialah

A mengamalkan upacara sumpah.


B kongsi gelap merupakan aktiviti kenakalan pelajar di sekolah.
C melibatkan aktiviti-aktiviti jenayah di dalam dan luar sekolah.
D organisasi yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri.

11 Berikut merupakan bahasa-bahasa di Kepulauan Austronesia Bahagian Timur


yang disebut sebagai bahasa-bahasa Pasifik, kecuali

A Bahasa-bahasa Farmosa
B Bahasa-bahasa Polinesia
C Bahasa-bahasa Melanesia
D Bahasa-bahasa Mikronesia

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 6

12 Antara batu bersurat yang berikut, yang manakah tidak menggambarkan


penggunaan bahasa Melayu pada abad ke-7?

A Minye Tujuh
B Karang Brahi
C Talang Tuwo
D Kota Kapur

13 Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik?

I Menggunakan tulisan kawi


II Sering menggunakan bahasa dalam
III Sering menggunakan ayat songsang
IV Banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Antara yang berikut, yang manakah bukti yang menunjukkan bahawa


kedudukan bahasa Melayu bertambah kukuh dan penting pada zaman kerajaan
Acheh?

I Catatan pedagang Eropah tentang bahasa Melayu.


II Surat-surat Sultan Acheh kepada pemerintah Inggeris.
III Karya-karya sastera Islam ditulis dalam bahasa Melayu.
IV Penggunaan kata pinjaman bahasa Jawa dalam bahasa Melayu.

A I , II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III ,dan IV
D II, II,I dan IV

15 Penggunaan kata-kata seperti bicara, sutera, dahaga, seroja, asmara dan


purnama dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa bahasa itu dipengaruhi
oleh…

A bahasa Arab
B bahasa Belanda
C bahasa Portugis
D bahasa Sanskrit

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 7

16 Usaha-usaha kodifikasi dalam perancangan bahasa melibatkan…

I penyeragaman tatabahasa
II penciptaan istilah teknikal
III pemilihan variasi yang standard
IV penyeragaman semula perancangan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Penyataan yang benar tentang bahasa Melayu moden ialah ......

I menunjukkan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik.


II menjadikan bahasa Inggeris sebagai asas pemodenan.
III mengalami perancangan dari segi fungsi.
IV lebih bertumpu pada peminjaman daripada bahasa serumpun.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

18 Tujuan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 ialah…

I menyelaraskan ejaan
II menerbitkan risalah swasta
III menyusun dan menerbitkan kamus
IV memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Pilih ayat-ayat di bawah ini yang menepati penggunaan bahasa halus.

I Orang rumah Encik Salim bekerja sebagai pengurus di Syarikat Maju.


II Mak Som telah menghembuskan nafas yang terakhir petang semalam.
III Patik memohon limpah perkenan Tuanku bagi merasmikan majlis ini.
IV Pak Samad selalu membuta pada waktu tengah hari selepas penat
bekerja di ladang.
.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 8

20
• Mempunyai istilah khusus
• Disampaikan secara objektif
• Memperlihatkan kematangan dan keintelektualan

Ciri-ciri di atas memperlihatkan laras bahasa…

A akademik
B perundangan
C media massa
D kesusasteraan

21
Pelajar-pelajar seharusnya menunjukkan sikap rajin berusaha dan
bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Kejayaan yang
dicapai oleh anak-anak merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada ibu
bapa.

Petikan di atas memperlihatkan retorik…

A pemerian
B pemujukan
C pendedahan
D penghujahan

22 Pilih laras iklan daripada contoh-contoh ayat seperti yang berikut.

A Internet, sumber maklumat yang tiada batas sempadan.


B ASTRO mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
C Mesin pengira ini dapat menyelesaikan kerumitan kira anda.
D Tidak merugikan, teknologi terkini yang menemukan anda dengan
dunia luar.

23 Pilih padanan yang betul tentang rujukan hormat seperti yang berikut.

Orang yang disapa Rujukan hormat

Jabatan Yang Mulia


A Ketua
Yang Berusaha
B Mufti
Yang Berhormat
C Toh Puan
Ketua Hakim Yang Amat Arif
D
Negara

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 9

24 Pilih penyataan yang betul tentang kajian fonetik .

I Menumpukan kajian terhadap bunyi daripada sudut akustik.


II Bertujuan untuk menentukan lambang sesuatu bunyi.
III Mengenal pasti fon-fon bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa.
IV Bermatlamat untuk menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

25 Di manakah kedudukan konsonan [w] dalam cara sebutan dan daerah sebutan
yang berikut?

Cara sebutan Daerah sebutan


Bibir Gusi Lelangit Lelangit
keras lembut
Letupan
Getaran B
Separuh vokal A C D

26 Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai konsonan pinjaman.

A fasih, pantas
B zuriat, takbir
C tarikh, isyarat
D azimat, mengaji

27 Bunyi yang terhasil dengan menyebut vokal depan luas dan digeluncurkan
ke arah vokal belakang sempit terdapat dalam perkataan

A kaloi
B amboi
C taulan
D permai

28 Antara yang berikut, yang manakah prinsip yang digunakan dalam


menentukan keselarasan vokal ?

I Kata dasar berakhir dengan suku kata terbuka.


II Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup.
III Keselarasan hanya melibatkan dua huruf vokal pada kata dasar.
IV Bagi kata dasar yang lebih daripada dua suku kata, keselarasan hanya
melibatkan dua suku kata akhir.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 10

29
• Berfungsi menampan aliran udara.
• Tidak bergerak sewaktu penghasilan
bunyi bahasa

Organ pertuturan yang dikaitkan dengan maklumat di atas ialah

A gusi
B gigi
C bibir
D lelangit keras

30
• Bunyi ini terhasil apabila tengah lidah
dirapatkan pada lelangit keras.
• Lelangit lembut yang diturunkan
membenarkan udara keluar melalui
rongga hidung.

Bunyi yang terhasil dengan cara di atas ialah

A angsa
B kenal
C garam
D tanya

31 Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai vokal depan separuh


sempit.

A ikan - pahit
B emas - perut
C ukur - dusun
D tauge - petak

32 Pilih kata majmuk yang dieja dengan betul.

I aku-janji
II semulajadi
III pesuruhjaya
IV mata pelajaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 11

33 Pilih ayat-ayat yang mempunyai ejaan yang salah?

I Dia mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan itu.


II Kita perlu mengkaji latar belakangnya sebelum bertindak.
III Pihak yang antikerajaan harus disedarkan secara berkesan.
IV Campurtangan politik menyulitkan penyelesaian masalah itu.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Pada ayat yang manakah yang terdapat penggunaan kata hubung pancangan
komplemen?

A Rahmat amat rajin tetapi adiknya pemalas.


B Adiknya yang bongsu datang ke rumah saya.
C Dia memberitahu saya bahawa perkara itu adalah fitnah.
D Najihah membaca buku sementara menanti kedatangan ayahnya.

35 Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata berapitan meN-
…-kan yang membawa makna kausatif?

I Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa.


II Datuk menceritakan pengalaman hidupnya semasa pemerintahan
Jepun.
III Penduduk kampung membersihkan kawasan kediaman mereka secara
bergotong-royong.
IV Ketua pengawas menaikkan bendera kebangsaan apabila “Lagu
Negaraku” dinyanyikan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36 Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper-…-kan yang betul?

A Ibu memperisterikan anak terunanya yang baru pulang dari luar negara.
B Pekerja itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan pulang
awal.
C Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia
Tenggara perlu digiatusahakan.
D Majlis Bandaran Alor Gajah telah memperindahkan kawasan itu
sempena lawatan Ketua Menteri Melaka.

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 12

37 Yang manakah antara ayat yang berikut menggunakan kata sendi nama dengan
betul?

I Lokman menerima surat dari Sabah.


II Wai Leng menerima hadiah daripada ibunya.
III Kumathi menghempaskan bukunya pada meja.
IV Ajay Singh menyerahkan wang itu pada ayahnya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

38 Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi penggunaan kata


sendi daripada yang betul?

I Syarifah lebih tinggi daripada kakaknya.


II Serangan itu datang daripada dalam dan luar kota
III Rumah barunya itu diperbuat daripada batu yang diimport.
IV Hamdan belajar daripada pukul sembilan hingga pukul dua belas.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D II dan IV

39 Yang manakah antara ayat yang berikut mengandungi unsur partikel?


I Adakah pemberian ini ikhlas?
II Pasangan kekasih itu berlari-larian di tepi pantai.
III Mengada-ada sungguh dia, apatah lagi kalau emaknya ada.
IV Kami akan tetap berjuang biarpun nyawa menjadi taruhannya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

40
Kebanyakan siswazah yang telah menamatkan pengajian mereka
mahu bekerja sendiri.

Kedua-dua kata yang berhuruf condong di atas termasuk dalam golongan …..

A kata bantu
B kata pemeri
C kata penguat
D kata sendi nama

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 13

41 Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan
betul.

I Banjir besar itu beransur surut.


II Kami tidur berbantalkan lengan.
III Padi sedang menguning di sawah.
IV Pemuda itu sedang tersenyum seorang diri.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

42 Antara yang berikut ayat majmuk pasif yang manakah betul binaannya?

A Budak kecil itu kena marah.


B Baju dan seluar itu belum berbasuh.
C Barang itu sudah Ali ambil semalam.
D Baju Maimon gosok sementara lauk dimasak oleh Leha.

43 Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat tunggal?

I Mereka menonton wayang yang mendapat sambutan orang ramai.


II Jangan dibiarkan anak-anak berseorangan pada waktu malam.
III Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
IV Anaknya itu pulang ke kampung berhari raya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

44 Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut yang manakah betul
penggunaannya?

I Hamid telah gagal dalam peperiksaan sebab dia tidak berusaha.


II Rumah saya terletak di antara rumah Zaleha dan rumah Ahmad.
III Perselisihan di antara kedua-dua negara itu masih belum tamat.
IV Tetamu jemputan telah masuk di dalam dewan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 14

45 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi predikat nama
terbitan?

A Cerita pemuda itu rekaan semata-mata.


B Perlanggaran itu mengorbankan dua nyawa.
C Pertandingan itu bermula pada pukul lapan pagi.
D Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan negara kita.

46
Sejak lebih lima puluh tahun lalu, rakyat negara ini telah mengecapi nikmat
kemerdekaan.

Unsur keterangan predikat bagi ayat di atas ialah

A rakyat negara ini


B nikmat kemerdekaan
C sejak lebih lima puluh tahun lalu
D rakyat negara ini telah mengecapi

47 Antara yang berikut, ayat manakah yang gramatis?

I Keputusan sebulat suara telah dibuat di dalam mesyuarat itu.


II Mereka membincangkan tentang perkara itu dengan teliti.
III Beliau mempelajari hal itu daripada pengalamannya.
IV Dia mengalihkan pandangannya ke arah kakak saya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

48 Antara ayat berikut, ayat manakah yang mengalami pengguguran frasa nama?

A Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.


B Pusat beli-belah dan taman permainan jauh dari sini.
C Kesopanan dan budi bahasa sangat mulia.
D Dia dan isterinya masih di kampung.

49 Daripada ayat-ayat berikut, pilih ayat tanya tertutup.

I Adakah awak anak pelakon terkenal itu?


II Bilakah bapa kamu pulang dari Jepun?
III Ibu kamu seorang guru?
IV Di manakah kamu tinggal?

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 15

50 Pilih ayat yang menggunakan frasa kerja dengan unsur keterangan cara.

A Penceramah motivasi itu sedang berbicara tentang cara-cara untuk


mengurus masa.
B Saiful sedang melukis gambar pemandangan di tepi sawah.
C Azman menangkap ikan dengan menggunakan pukat.
D Ziela pergi melancong ke Indonesia bersama suaminya

51 Pilih ayat aktif transitif yang betul.

I Salmah menghadiahi ibu sepasang baju kebaya.


II Datuk melarang kami daripada mendekati kawasan bekas lombong itu.
III Para pengguna digalakkan membeli barang buatan Malaysia oleh
kerajaan.
IV Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan lumba haram di kawasan
tersebut.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

52 Pilih ayat yang mengandung frasa adjektif yang menerima kata penguat bebas.

A Rumah Nurliza cantik sekali.


B Air yang dibuatnya agak manis.
C Kanak-kanak itu sangat berani.
D Faizal merupakan pelajar yang paling pintar di kelasnya.

53 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya?

I Makanan ini belum kumakan.


II Keputusan ini akan saya umumkan dengan segera.
III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar.
IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
54
Burung merpati itu hinggap di dahan pokok bunga raya.

Frasa yang bergaris dalam ayat di atas ialah

A Kata kerja transitif aktif


B Kata kerja tak transitif
C Kata kerja pasif
D Kata hubung

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 16

55 Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan?

I Sesetengah pihak berpendapat bahawa kawasan itu tidak selamat untuk


didiami.
II Pelajar-pelajar digalakkan untuk beriadah agar dapat menenangkan
fikiran.
III Para penonton terpegun ketika melihat persembahan teater itu.
IV Zali bijak dan berdisiplin orangnya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

56 Pilih ayat yang mempunyai objek sipi.

A Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu.


B Penjaja itu menjual barangan seludup.
C Dia menganggap saya lawannya.
D Ibu menghadiahi kakak rantai.

57 Antara yang berikut, yang manakah contoh kiasan melompat?

I Kaki botol
II Kaki seluar
III Menjahit baju
IV Tubuh membadak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

58
Pelekat = Kain sarung
= Gam

Pedal = Pengayuh
= Organ pada burung

Berdasarkan pernyataan di atas, perkataan pelekat dan pedal ialah contoh

A antonim
B sinonim
C hiponim
D homograf

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 17

59

Jenis peribahasa Contoh


I Pepatah P Jangan digenggam bara api, terasa
hangat dilepaskan
II Bidalan Q Bak manik putus tali
III Simpulan bahasa R Buaya darat
IV Perumpamaan S Zaman beralih, musim bertukar

Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa di atas dengan contohnya.

I II III IV
A Q S R P
B S P Q R
C Q S P R
D S P R Q

60 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul tentang homonim?

A Mempunyai makna yang sama.


B Mempunyai makna yang berbeza.
C Mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna.
D Mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna.

STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT* 18

Jawapan Set 2 50 C
1 A 51 A
2 B 52 C
3 C 53 A
4 C 54 B
5 D 55 C
6 C 56 D
7 C 57 C
8 D 58 D
9 B 59 D
10 C 60 D
11 B
12 A
13 C
14 C
15 D
16 B
17 B
18 B
19 A
20 A
21 B
22 D
23 D
24 B
25 A
26 C
27 C
28 B
29 B
30 A
31 D
32 D
33 B
34 C
35 D
36 A
37 A
38 B
39 B
40 A
41 D
42 B
43 C
44 A
45 A
46 C
47 D
48 A
49 B

You might also like