You are on page 1of 12

DOKUMEN RASMI : DASAR KURIKULUM SEKOLAH

NAMA ORGANISASI : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR ALAMAT ORGANISASI : 192, JALAN BUKIT, 31900 KAMPAR PERAK MAKLUMAT PERHUBUNGAN ORGANISASI : TELEFON / FAKS : 05- 465 1237 EMEL : aba2026@ppdks.gov.my / skkampar@ovi.com LAMAN SESAWANG : http://skkampar.weebly.com

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1.0. LATAR BELAKANG Kurikulum adalah core business bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampar dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi. 2.0. OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ; 2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 3.0 DASAR 3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan 3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 3.3. Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Integrasi Pendidikan Khas segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya. 3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan. 3.5. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3. Mesyuarat Panitia minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing. 4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan. 4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran guru besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL 5.1. Jenis fail diselaraskan kepada hard file bersais 2 inci. 5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah. 5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah. 5.2. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai desk copy 5.3. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ; - Fail 1 Pengurusan : Isikandungan fail ( Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa (cetak dari Emis) takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, instrumen pencerapan guru, instrumen pencerapan murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program peningkatan mata pelajaran. - Fail 2 Sukatan Pelajaran terkini, Huraian Sukatan Pelajaran, modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan. 6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN 6.1. Sistem KSSR : Modul Teras Asas : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Teras Tema : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia Muzik. Modul Elektif : Bahasa Arab. 6.2. Sistem KBSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Arab Kominikasi, Pendidikan Muzik, Pendidikan jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Sivik dan Kewarganegaraan. 6.3. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar. 7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru. 7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari tahun berkenaan. 7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. 7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas; i) Tajuk/Isi Pelajaran ii) Objektif iii) Aktiviti iv) KBKK v) Refleksi 7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal. 7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, rancangan tahunan dan sukatan pelajaran setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa mata pelajaran tersebut.

7.8. Menghabiskan Sukatan ; i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa. ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa. 7.9. Pendidikan Khas kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered /berpusatkan murid berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri. 8.0. JADUAL WAKTU 8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. 8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi. 8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa. 9.0. GURU GANTI 9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf. 9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran. 9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu. 9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. 9.5. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain. 9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu. 10.0. WAKTU PERSEKOLAHAN i. Sesi pagi Isnin-Khamis 07.25 pagi-01.15 petang. Jumaat 07.25 pagi-12.10 petang. ii. Sesi petang Isnin-Khamis 12.50 petang-06.10 petang. Jumaat 02.30 petang-05.50 petang. * Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa. 11.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 11.0.1 Bagi Sistem KBSR 4 kali peperiksaan yang diselaraskan kertas soalan dan jadualnya oleh Majlis Guru Besar. 11.0.2 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 11.0.3 Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBS KSSR dijalankan sepenuhnya tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, band eviden dan showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.

11.1. Format Peperiksaan 11.1.1. Murid dalam Sistem KBSR, JSU disediakan untuk menentukan aras soalan. 11.1.2. Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam. 11.1.3. Format mengikut format soalan kertas peperiksaan awam. 11.1.4. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar. 11.2. Jadual Pengawasan 11.2.1. Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman. 11.2.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi. 11.2.3. Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam. 11.3. Rekod Markah 11.3.1. Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar. 11.3.2. Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 11.3.3 Slip keputusan atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi Peperiksaan Semester 1 dan 2. 11.4. Syarat Lulus 11.4.1 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ; A: 80-100 B: 60-79 C:40-59 D:20-39 E:0-19 11.5. Jadual Spesifikasi Ujian 11.5.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang. 11.5.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya. 11.5.3. Bagi soalan objektif analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. 11.5.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak. 11.6. Post Mortem Untuk Peperiksaan 11.6.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan Semester 1 dan 2 dan Percubaan UPSR. 11.6.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. 11.6.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya. 11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM dan Kaunselor. 11.7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah 11.7.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang ditetapkan. 11.7.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan. 11.7.3. Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukankan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.

11.7.4. Isikandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah. Format tatacara dan isi kandungan serta pengendalian fail PBS adalah sebagaimana berikut ; SISTEM FAIL PBS (PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD - PRS) PERSEDIAN FAIL SEKOLAH BIL 1 JENIS FAIL **FAIL PENGURUSAN PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD (PRS) KOD SEKOLAH/ 600-6/2/_ _ CADANGAN PELAKSANAAN JANUARI KANDUNGAN 1. Fail Putih AM 365 * 1.1 Pekeliling daripada KPM/JPN/PPD 1.2 Surat-surat jawapan daripada sekolah kepada KPM/JPN/PPD 1.3 Surat-menyurat berkaitan PBS PRS 2. Fail Pendua ( Fail Kulit Keras Ring File ) 2.1 PEKELILING-PEKELILING Pekeliling daripada KPM/JPN/PPD Surat-surat jawapan daripada sekolah kepada KPM/JPN/PPD Surat-menyurat berkaitan PBS PRS 2.2 CARTA ORGANISASI PBS - PRS SEKOLAH Struktur Jawatankuasa Jadual Petugas Pentaksiran Carta Organisasi 2.3 MAKLUMAT GURU PBS - PRS Senarai Guru PBS - PRS Biodata Guru PBS - PRS Surat Lantikan sebagai guru PBS PRS/ Pentaksir Jadual Waktu Mengajar 2.4 PERANCANGAN SEKOLAH PBS - PRS Takwim aktiviti PBS - PRS Program Tahunan PBS PRS (Mengikut Panitia Mata pelajaran) Rancangan Tahunan M/Pel PBS - PRS 2.5 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA Minit mesyuarat J/Kuasa PBS - PRS tahunan atau bulanan Minit mesyuarat pelaksanaan aktiviti PBS - PRS Minit mesyuarat Khas(Kes Khas) jika ada Laporan aktiviti PBS PRS Lampiran 4 CATATAN * Simpan di Pejabat ** Fail mengikut Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3

2.6 LAPORAN PRESTASI TAHUNAN Data murid PBS - PRS tahun berkenaan Analisis Pentaksiran Setengah Tahun dan Akhir Tahun Graf Pencapaian Keseluruhan Mata pelajaran dan Pencapaian Standard 2.7 LAPORAN PENCERAPAN Jadual Pencerapan Laporan Pencerapan Guru PBS - PRS oleh GB/PK Laporan Pencerapan oleh Pegawai KPM/JPN/PPD/Nazir 2.8 KES-KES KHAS Murid yang kerap tidak datang ke sekolah Murid yang tidak ada maklumat / Murid luar negara Murid Berkeperluan Khas Kes- Kes Lain 2 PORTFOLIO PERKEMBANGA N MURID (Lampiran 8) MAC OKTOBER 5 BUAH FAIL MENGIKUT MATA PELAJARAN BAGI SETIAP MURID - Bahasa Malaysia i. Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan Kemahiran Mendengar dan Bertutur ii. Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan Kemahiran Membaca iii. Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan Kemahiran Menulis iv. Catatan Refleksi - English Language i. Listening and Speaking Development Chart and Standard Performance Achievement ii. Reading Development Chart and Standard Performance Achievement iii. Writing Development Chart and Standard Performance Achievement iv. Language Arts Development Chart and Standard Performance Achievement v. Catatan Refleksi - Matematik i. Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan ii. Catatan Refleksi *Disimpan dalam kelas / tempat yang selamat Lampiran 5 & 6

Lampiran 7 Lampiran 5 & 6

Lampiran 7 Lampiran 5, 6&7

PORTFOLIO SHOWCASE (Lampiran 9)

NOVEMBER

- Dunia Sains dan Teknologi i. Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan ii. Catatan Refleksi

Lampiran 5, 6&7

1 BUAH FAIL SETIAP MURID Maklumat Murid (Lampiran 10) Sasaran Pencapaian Murid (Lampiran 12) Laporan Perkembangan Keseluruhan (Lampiran 11) Pencapaian Standard Prestasi dan Carta Perkembangan bagi setiap mata pelajaran Catatan Refleksi bagi setiap mata pelajaran Evidens terbaik bagi setiap mata pelajaran Pendidikan Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Borang Skor PAJSK (dari Fail Guru PJ) 4 PORTFOLIO GURU JAN NOVEMBER 1 BUAH FAIL SETIAP GURU Maklumat Guru Standard Prestasi Mata pelajaran Instrumens Pentaksiran Takwim Jadual Waktu Surat Lantikan Pentaksir Salinan Modul Teras Asas dan Tema (KSSR)

* Kandungan showcase diambil dari Portfolio Perkembanga n Murid

* Sekiranya guru mengajar lebih daripada satu mata pelajaran sediakan satu fail sahaja

RUMUSAN BIL JENIS FAIL FAIL PENGURUSAN PBS (PRS) AM 365 FAIL PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD (PRS) PENDUA PORTFOLIO PERKEMBANGAN MURID PORTFOLIO SHOWCASE PORTFOLIO GURU BILANGAN FAIL 1 TINDAKAN CATATAN

1.

PENTADBIRAN

SIMPAN DI PEJABAT

2.

PENYELARAS

DISIMPAN OLEH PENYELARAS PBS PRS DISIMPAN OLEH GURU MATA PELAJARAN DISIMPAN DI BILIK OPERASI PENTAKSIRAN DISIMPAN OLEH GURU

3.

4 (SK) 5 (SJK) 1 1

GURU MATA PELAJARAN GURU KELAS GURU

4. 5.

12.0. PEMANTAUAN / 12.1. Pengajaran dan Pembelajaran 12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun secara rasmi. 12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. 12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. 12.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. 12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masingmasing. 12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar. 12.2. Pengurusan Panitia 12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan. 12.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun. 12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran. 12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi. 12.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid. 12.2.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun berikutnya. 12.2.6. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 12.3. Bilik-bilik Khas 12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. 12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ; - Surau - Bengkel Kemahiran Hidup - Bilik Sains - Stor Audio - Bilik PSS - Bilik SPBT - Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani - Bilik Pemulihan Khas - Bilik Kaunseling 12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan. 12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas. 12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

12.4. Jawatankuasa Pemantauan 12.4.1. Guru Besar. 12.4.2. Penolong Kanan Pentadbiran. 12.4.3. Penolong Kanan HEM. 12.4.4. Penolong Kanan Ko Kurikulum. 12.4.5. Penolong Kanan Pendidikan Khas. 12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid 12.5.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 12.5.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa. 12.6. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid 12.6.1. Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa. 12.7.2. Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata Pelajaran bahasa. 12.7.3. Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu. 12.7.4. Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu. 12.7.5. Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1semester. 12.7.6. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains. 12.7.7. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik. 12.7.8. Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik. 12.7.9. Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen - asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda) - ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah) - adab dan akhlak islamiah - jawi 12.7.10. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, Sivik dan Moral dalam seminggu. 12.7.11. Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Kajian Tempatan, Sivik dan Moral. 12.7.12. Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori. 12.7.13. Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dan dipamerkan. 12.7.14. Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan Seni dan Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan. 12.7.15. Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik dalam seminggu. 12.7.16. Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai eviden bagi setiap unit kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi setiap mata pelajaran dalam sistem KSSR hendaklah difailkan dalam Fail Portfolio Perkembangan Murid dan dalam Fail Portfolio Showcase bagi 1 pencapaian terbaik murid bagi tujuan pencerapan.

12.7.17. Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku, 10 buah Fail Portfolio Perkembangan Murid dan Fail Portfolio Showcase bagi setiap kelas. 12.7.18. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, Fail Portfolio Perkembangan Murid dan Fail Portfolio Showcase hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 12.7.19. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran. 13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 13.1. 13.2. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi kegunaan awal tahun. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan.

13.3. 13.4. 13.5.

14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN 14.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya. 14.2. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun. 14.4. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM. 14.5. Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. 14.6. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal. 14.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa. 14.8. Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa. 14.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS. 14.10. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia. 15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 15.1. Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia. 15.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. 15.3. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 15.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 15.5. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

16.0. PERKEMBANGAN STAF 16.1. Kursus Dalaman 16.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. 16.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. 16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain. 16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi 16.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. 16.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. 16.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia. 16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus 16.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain. 16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia 17.0. KAJIAN TINDAKAN 17.1. Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 17.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah. 18.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN 18.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5 18.2. Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat yang disewa. 19.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN 19.1. Peperiksaan dalaman semua murid lulus setiap mata pelajaran. 19.2. UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 90% Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan 50% 20.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 20.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. 20.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. 21.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 21.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara . 21.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR-ILMU PUNCA KEJAYAAN

You might also like